pelan pembangunan pendidikan (pppm)

4
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025) 5 Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020. Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMMS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020. Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian dan nilai kepadaanak- anak dengan menghargai kepelbagaian. Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. 6 Aspirasi Murid Pengetahuan Kemahiran Berfikir Kemahiran Memimpin Kemahiran Dwibahasa Etika Kerohanian Identiti Nasional 11 Anjakan 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Upload: anthony-farmer

Post on 05-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

O

TRANSCRIPT

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025)

5 Aspirasi Sistem Pendidikan MalaysiaAkses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.

Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMMS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020.

Perpaduan

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian dan nilai kepadaanak-

anak dengan menghargai kepelbagaian.

Kecekapan

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan

sedia ada.

6 Aspirasi Murid Pengetahuan

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Memimpin

Kemahiran Dwibahasa

Etika Kerohanian

Identiti Nasional

11 Anjakan 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

GOVERNMENT TRANSFORMATION PROGRAM 2 (GTP2) NKRA: PENDIDIKAN1. Prasekolah

Perluasan (kesinambungan GTP1).

Kualiti dan piawaian (baharu).

2. LINUS

Bahasa Malaysia dan Matematik (kesinambungan GTP1).

Bahasa Inggeris (baharu).

3. Piagam Pengetua dan pelan pelapis yang berkaitan dengan Baiah dan Guru Besar dalam GTP1.

4. Program Transformasi Daerah dan Negeri (kesinambungan daripada SIP dalam GTP1).

5. Piagam Guru

Laluan kerjaya.

Instrument Profesional Berterusan.

Portal e-Guru untuk meningkatkan kemahiran guru.

6. Bahasa Inggeris Meningkatkan kemahiran dan penempatan semula.

6 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)1. Mengurangkan kadar jenayah Menteri Dalam Negeri.

2. Memerangi rasuah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

3. Meluaskan akses kepada pendidikan kualiti dan berkemampuan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan.

4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah Menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat.

5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

6. Menambah baik pengangkutan awam Menteri Pengangkutan.

7. Mengurangkan kos kehidupan (cost of living) tambahan.

84% rakyat menyokong dan 240 ahli professional terlibat dengan NKRA-Labs. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan Kerajaan di bawah pimpinan YB Dato Seri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Ini kerana dengan adanya NKRA ini rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan YB Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak secara adil dan sistematik tanpa berdasarkan emosi ataupun persepsi semata-mata.

Selain daripada itu juga Kerajaan pimpinan YB PM telah memperkenalkan sistem pengukuran prestasi yang boleh membuktikan secara fakta keberkesanan setiap 6 bidang NKRA. NKRA ini juga merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandat rakyat di kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana, rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.

NKRA KEMENTERIAN MURID DAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

NKRA No. 3 - Meluaskan akses kepada pendidikan kualiti dan berkemampuanDi bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - di mana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah high performance schools termasuk trust schools pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan performance based assessment mulai tahun 2010.

Perincian NKRA ini:

Seperti yang semua maklum, ilmu pengetahuan menjadi kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup di dunia. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina dan yang menentukan kelancangannya. Justeru, kerajaan akan terus mengiktiraf dan memberikan ruang kepada yang terbaik dan terbilang tanpa mengira latar keturunan mahupun taraf sosioekonomi.

Oleh itu, dalam bidang pendidikan, PM mahu memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada internasional yang penuh cabaran ini dari kemudahan yang diberikan.

Kerajaan akan memberikan keutamaan untuk menyediakan pendidikan yang terbaik bermula daripada peringkat asas iaitu peringkat prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana.

Adalah amat merugikan kerana terdapat kanak-kanak yang pergi ke sekolah tetapi masih tidak menguasai kemahiran membaca atau menulis apabila meninggalkan bangku pengajian. Maka, bagi menangani kemelut ini, PM telah menetapkan supaya semua kanak-kanak normal yang bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Kerajaan menyedari hanya 60% sahaja anak-anak Malaysia yang dapat akses pendidikan pra sekolah, jadi KPI menjelang 2012 berharap pencapaian ini dapat dinaikkan sekurang-kurangnya kepada 80%.

Bersesuaian dengan konsep pencapaian diutamakan pula, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu menyedari mereka adalah peneraju tapak semaian modal insan nasional. Berkaitan itu, kerajaan dengan ini ingin menawarkan new deal atau satu Baiah baru kepada semua pengetua dan guru besar sekolah dengan janji ganjaran berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.

Selain itu, sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh, akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengan ini, kerajaan akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun sebelum penamat 2012.