pelaksanaan peta pemikiran i-think dalam kalangan guru · pdf filelama guru dalam teknik...

6
491 PELAKSANAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU Linawati @ Lina Adiman 1 , Sharifah Nor Puteh 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Pelaksanaan program I-Think di sekolah bertujuan mempertingkatkkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berinovatif, kreatif dan kritis di masa akan datang. Program I-Think telah diperkenalkan pada tahun 2013, bertujuan mengubah dan menghidupkan suasana serta menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan pada masa yang sama dapat menarik minat murid. Di dalam program ini, guru berperanan mendedahkan lapan peta pemikiran yang bersesuaian kepada murid untuk digunakan semasa pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan dan kemahiran guru dalam menggunakan atau mempraktikkan kaedah peta pemikiran I-Think yang dapat meningkatkan kebolehan murid terhadap pembelajaran di dalam kelas. Bagi mencapai objektif ini, kaedah tringulasi digunakan yang melibatkan tiga orang guru terdiri daripada guru Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik yang dijadikan responden kajian dan kumpulan murid yang terlibat ialah enam orang murid yang diwakili oleh dua orang murid bagi setiap kelas Tahun 2, Tahun 5 dan Tahun 6. Daripada kajian yang dijalankan didapati perubahan terhadap cara pengajaran guru dan seterusnya menarik minat murid untuk belajar. Peta pemikiran I-Think ini dapat dijadikan alat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir. Diharapkan program ini dapat membantu guru-guru dalam mengubah dan meningkatkan pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas dan dapat melahirkan generasi yang cemerlang. Kata kunci : Program I-Think, pengajaran dan pemudahcara ABSTRACT The I-Think project is implemented to increase thinking skills among pupils towards creating pupils who are innovative, creative and critical in the future. The I-Think programme was introduced in 2013 with the aim of changing and creating a fun filled study environment to attract pupils. In this programme, the teachers role is to expose to pupils eight suitable mind maps which can be used during the teaching and learning in class. Therefore, this reaserch is carried out to identify effectiveness the implementation and skills of teacher in using and practicing the I-Think method to enhance the learning ability of pupils in class. To achieve this objective, the triangulation method is used whereby English, Bahasa Melayu and Mathematics teachers are made the respondents of the of the study. The pupils involved are six pupils comprising of two each from Years 2, 5 and 6. From this study it was found that there was an effective change in teaching, resulting in attracting pupils towards the learning process. This I-Think maps can be used as a tool in teaching the thinking skills. It is hoped that this programme will be able to help teachers in changing and improving the teaching and learning process in class and thus give rise to brilliance. Keyword : I-Think programme, teaching and facilitating PENGENALAN Di Malaysia, sistem pendidikan telah menetapkan untuk menerapkan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc) guru semasa mengajar di dalam kelas bagi melahirkan modal insan yang cemerlang serta berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk mencapai hasrat murni dengan memberikan penekanan kepada pengajaran dan pemudahcara yang berpusatkan kepada murid. Pelaksanaan program I-Think di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia adalah bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan melahiran berfikir dalam kalangan murid-murid ke arah menghasilkan murid yang kreatif. Selain menumpukan kepada pengajaran menggunakan peta pemikiran ini, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) perlu diberikan penekanan semasa proses pengajaran dan pemudahcara guru di dalam kelas. Sebagai guru, mempelbagaikan kaedah pengajaran adalah penting bagi menarik minat murid untuk belajar. Teknik mengajar menggunakan peta pemikiran I-Think ini diharapkan dapat mengubah prespektif dan amalan lama guru dalam teknik pengajaran di samping mempromosikan teknik ini agar suasana mengajar yang lebih menyeronokkan murid-murid, ringkas, berinformasi dan menjimatkan masa dan bahan. Setiap peta pemikiran I-

Upload: truongphuc

Post on 06-Feb-2018

269 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU · PDF filelama guru dalam teknik pengajaran di ... sikap guru yang tidak menguruskan masa PdPc yang baik ... unttuk menyeimbangkan

491

PELAKSANAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU

Linawati @ Lina Adiman1, Sharifah Nor Puteh2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK Pelaksanaan program I-Think di sekolah bertujuan mempertingkatkkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berinovatif, kreatif dan kritis di masa akan datang. Program I-Think telah diperkenalkan pada tahun 2013, bertujuan mengubah dan menghidupkan suasana serta menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan dan pada masa yang sama dapat menarik minat murid. Di dalam program ini, guru berperanan mendedahkan lapan peta pemikiran yang bersesuaian kepada murid untuk digunakan semasa pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan dan kemahiran guru dalam menggunakan atau mempraktikkan kaedah peta pemikiran I-Think yang dapat meningkatkan kebolehan murid terhadap pembelajaran di dalam kelas. Bagi mencapai objektif ini, kaedah tringulasi digunakan yang melibatkan tiga orang guru terdiri daripada guru Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik yang dijadikan responden kajian dan kumpulan murid yang terlibat ialah enam orang murid yang diwakili oleh dua orang murid bagi setiap kelas Tahun 2, Tahun 5 dan Tahun 6. Daripada kajian yang dijalankan didapati perubahan terhadap cara pengajaran guru dan seterusnya menarik minat murid untuk belajar. Peta pemikiran I-Think ini dapat dijadikan alat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir. Diharapkan program ini dapat membantu guru-guru dalam mengubah dan meningkatkan pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas dan dapat melahirkan generasi yang cemerlang. Kata kunci : Program I-Think, pengajaran dan pemudahcara

ABSTRACT The I-Think project is implemented to increase thinking skills among pupils towards creating pupils who are innovative, creative and critical in the future. The I-Think programme was introduced in 2013 with the aim of changing and creating a fun filled study environment to attract pupils. In this programme, the teachers role is to expose to pupils eight suitable mind maps which can be used during the teaching and learning in class. Therefore, this reaserch is carried out to identify effectiveness the implementation and skills of teacher in using and practicing the I-Think method to enhance the learning ability of pupils in class. To achieve this objective, the triangulation method is used whereby English, Bahasa Melayu and Mathematics teachers are made the respondents of the of the study. The pupils involved are six pupils comprising of two each from Years 2, 5 and 6. From this study it was found that there was an effective change in teaching, resulting in attracting pupils towards the learning process. This I-Think maps can be used as a tool in teaching the thinking skills. It is hoped that this programme will be able to help teachers in changing and improving the teaching and learning process in class and thus give rise to brilliance. Keyword : I-Think programme, teaching and facilitating

PENGENALAN Di Malaysia, sistem pendidikan telah menetapkan untuk menerapkan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc) guru semasa mengajar di dalam kelas bagi melahirkan modal insan yang cemerlang serta berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang. Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk mencapai hasrat murni dengan memberikan penekanan kepada pengajaran dan pemudahcara yang berpusatkan kepada murid. Pelaksanaan program I-Think di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia adalah bertujuan untuk meningkatkan dan membudayakan melahiran berfikir dalam kalangan murid-murid ke arah menghasilkan murid yang kreatif. Selain menumpukan kepada pengajaran menggunakan peta pemikiran ini, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) perlu diberikan penekanan semasa proses pengajaran dan pemudahcara guru di dalam kelas. Sebagai guru, mempelbagaikan kaedah pengajaran adalah penting bagi menarik minat murid untuk belajar. Teknik mengajar menggunakan peta pemikiran I-Think ini diharapkan dapat mengubah prespektif dan amalan lama guru dalam teknik pengajaran di samping mempromosikan teknik ini agar suasana mengajar yang lebih menyeronokkan murid-murid, ringkas, berinformasi dan menjimatkan masa dan bahan. Setiap peta pemikiran I-

Page 2: PELAKSANAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU · PDF filelama guru dalam teknik pengajaran di ... sikap guru yang tidak menguruskan masa PdPc yang baik ... unttuk menyeimbangkan

492

Think ini mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit. Ini dapat membantu murid merangsang pemikiran secara aktif. Melalui kaedah ini secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi dan melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif dan mampu berfikir pada aras tinggi bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara.

Rajah 1: Lapan Peta Pemikiran I-Think

TINJAUAN LITERRATUR Menurut Muhamad Sidek, Mohamad Ab. Kadir dan Mohamad Sabri Awang Hitam (2012) pelaksanaan dan penerimaan program I-Think oleh pelajar PISMP, j-Qaf, kemas, YIT , DPLI dan PGSR di IPG kampus Sultan Mizan menunjukkan amalan guru melalui program ini telah merubah tingkahlaku pelajar kepada positif dan tekun. Para responden menganggap program I-Think adalah satu teknik pengajaran yang berkesan kerana setiap tajuk yang dipelajari boleh disesuaikan dengan peta pemikiran sesuai bagi membantu pelajar fokus serta mudah untuk mereka ingati. Maklumbalas yang postif daripada pelajar mengakui peningkatan ingatan mereka terhadap subjek yang diajar. Kejayaan dalam pengajaran dan pemudahcara guru semasa di dalam kelas adalah apabila kaedahnya sesuai dan memenuhi kehendak pelanggannya. Keperluan murid sentiasa berubah-ubah. Oleh itu tidak ada satu kaedah pembelajaran pun dikatakan unggul atau betul. Jika sekiranya kaedah itu didapati tidak berkesan, maka kaedah lain harus dicari dan dicuba agar apa yang diimplementasikan oleh murid dapat diterima sepenuhnya. Dalam kajian Chiew Wye Mei (2015) mendapati latih tubi menggunakan peta pemikiran I-Think dalam pengajaran pengajian perniagaan yang dilakukan dengan bimbingan guru telah meningkatkan peratus kelulusan dang gred pelajar di Tingkatan 6 Atas Sastera. Kepentingan kaedah ini bertepatan dengan kajian Lee & Gan (2012) peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian adalah mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam meningkatkan pengajaran dan pemudahcara guru di dalam kelas. Bagi mencapai tujuan kajian ini maka objektif kajian adalah seperti berikut :- i. Mengenal pasti pelaksanaan menggunakan atau mempraktikkan penggunaan peta pemikiran I-Think

semasa proses pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas. ii. Mengenalpasti kemahiran guru-guru dalam menggunakan lapan peta pemikiran iii. I-Think mengikut mata pelajaran tertentu. iv. Mengenalpasti persepsi murid terhadap pembelajaran di dalam kelas dengan menggunakan peta pemikiran

I-Think.

Page 3: PELAKSANAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU · PDF filelama guru dalam teknik pengajaran di ... sikap guru yang tidak menguruskan masa PdPc yang baik ... unttuk menyeimbangkan

493

METADOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mengutip data dengan mengemukakan soalan temu bual. Temubual ini melibatkan tiga orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik. Murid-murid seramai enam orang dan dua orang setiap kelas dipilih daripada kelas Tahun 2, 5 dan 6. Temubual murid adalah mengenai persepsi mereka terhadap pengajaran guru menggunakan peta pemikiran I-think di dalam kelas. Bagi murid-murid di Tahun 2, temubual disesuaikan mengikut tahap mereka dengan mengemukakan soalan-soalan yang mudah untuk dijawab.

DAPATAN KAJIAN Hasil analisis dari segi pengetahuan guru dalam penerapan penggunaan peta pemikiran I-Think menunjukkan kursus dan bengkel yang dihadiri oleh guru-guru dapat membantu mereka memahami, mengetahui dan menguasai lapan peta pemikiran I-Think sebelum didedahkan kepada murid. Kaedah ini telah dapat meransang murid untuk berfikir dan mengembangkan idea-idea dalam mencari maklumat dan mencari isi penting dalam pelajaran. Dari segi kemahiran penerapan peta pemikiran ini, perancangan awal perlu dilakukan sebelum memulakan pengajaran dan pemudahcara menggunakan kaedah I-Think. Ketiga-tiga responden sependapat bahawa penyediaan buku rekod mengajar harian, penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai, tugasan yang hendak diberikan kepada murid dan elemen-elemen yang berkaitan dengan pengajaran dan pemudahcara guru perlu perancangan yang teliti. Penggunaan bahan bantu yang sesuai dapat menarik minat murid untuk belajar. Dapatan kajian tentang sikap guru dalam penerapan penggunaan peta pemikiran I-Think ini, responden 1 menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan kaedah ini kerana tidak membebankan guru malah dapat meningkatkan pengetahuan murid. Responden 2 mempraktikkan kaedah ini dan mendapati murid-murid kurang menulis nota yang panjang dan mudah untuk mengingati isi-isi penting. Namun demikian, sikap guru yang tidak menguruskan masa PdPc yang baik menyebabkan kaedah ini kurang dipraktikkan kepada murid-murid di Tahap 1 seperti yang dinyatakan oleh responden 3 kerana bagi mata pelajaran Matematik di Tahap 1 penekanan terhadap konsep yang dititik beratkan. Namun peta bulat dan peta buih ada diperkenalkan dan murid-murid memberikan respon yang positif kerana memahami cara penggunakannya dalam tajuk pecahan dan operasi tambah. Hasil analisis temubual dengan murid, menunjukkan persepsi yang positif terhadap pengajaran guru kerana dapat meningkatkan pengetahuan mereka pada mata pelajaran yang diajar oleh guru dengan menggunakan kaedah I-Think. Murid-murid di Tahun 5 dan 6 ketika ditemubual menjelaskan bahawa kaedah ini dapat membudayakan pemikiran mereka ke arah lebih kreatif dan kritis. Penerangan daripada guru semasa pengajaran di dalam kelas memberikan impak yang baik dan mudah untuk mereka mengingati fakta, isi penting dan maklumat yang disampaikan.Walaupun murid-murid di Tahun 2 cuma didedahkan dengan peta bulat dan peta buih, mereka seronok belajar menggunakan kaedah ini dengan bimbingan guru. Dapatan kajian tentang cabaran dalam pelaksanaan penerapan peta pemikiran I-Think ini berdasarkan temubual antaranya masih ada murid-murid yang tidak memahami fungsi lapan peta pemikiran yang sesuai digunakan dalam tajuk yang diajar. Responden 1 ketika ditemubual menyatakan kesukaran ditambah lagi apabila ada murid yang tidak mengenal huruf dan tidak mahir dalam Bahasa Inggeris. Responden 2 menyatakan murid-murid kurang membaca menjadi punca mereka tidak boleh membina ayat dengan baik dan kurang mengenali pembendaharaan kata. Responden 3 dalam temubual menyatakan murid-murid di Tahun 2 didedahkan dengan peta pemikiran I-Think semasa program Transisi di Tahun 1 dan selepas itu tidak digunakan sepenuhnya tetapi semasa di Tahun 2 responden 3 mendedahkan peta bulat dan peta buih kepada murid walaupun kaedah ini memerlukan masa untuk memberikan kefahaman kepada murid. Responden 2 menyatakan guru perlu berperanan memahami dan menguasai lapan peta pemikiran I-Think. Tidak dinafikan ada sebilangan guru yang kurang mempraktikkan kaedah ini dan masih menggunakan kaedah konvensional semasa PdPc.

PERBINCANGAN Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dan menguasai lapan peta pemikiran I-Think . Kajian ini juga memperlihatkan bahawa pengetahuan murid tentang peta pemikiran dan fungsi setiap peta adalah baik dan memuaskan kerana mereka mendapat pendedahan daripada guru-guru. Adalah amat penting bagi setiap murid mengetahui nama dan fungsi peta pemikiran I-Think kerana

Page 4: PELAKSANAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU · PDF filelama guru dalam teknik pengajaran di ... sikap guru yang tidak menguruskan masa PdPc yang baik ... unttuk menyeimbangkan

494

kaedah ini adalah alat berfikir yang boleh membantu murid berfikir dengan cepat. Kajian ini mendapati bahawa pengetahuan tentang peta pemikiran I-think dalam kalangan murid akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan murid Selain itu, peta pemikiran ini dapat menyumbang kepada peningkatan tingkah laku murid di dalam kelas kerana kaedah yang menarik dapat mewujudkan suaana pembelajaran yang menyeronokkan. Dapatan temubual dengan guru juga mendapati murid mengetahui mengenai peta pemikiran dan fungsinya. Penggunaan peta pemikiran I-Think dalam PdPc dilihat mampu meningkatkan minat murid dan mendapati murid lebih seronok, aktif dan bersemangat ketika belajar. Khairuddin (2008) menyatakan setiap guru perlu mengemaskini pengetahuan seperti kehendak perubahan dunia pendidikan semasa dan perlu mempunyai pengetahuan luas terhadap mata pelajaran yang hendak diajar. Menurut Zamri (2014), murid tidak semestinya menggunakan semua peta pemikiran I-Think bagi setiap tajuk atau mata pelajaran tetapi perlu menyesuaikan mengikut tajuk pembelajaran dan guru perlu mengambil inisitif untuk memikirkan teknik yang lebh berkesan unttuk menyeimbangkan perbezaan individu di dalam kelas. Dari segi pengetahuan guru, didapati ada sebilangan guru yang tidak menguasai sepenuhnya lapan peta pemikiran I-Think. Ini menyukarkan untuk guru memberikan pendedahan kepada murid-murid. Walaupun guru-guru telah diberi pendedahan awal di dalam Latihan Dalam Perkhidmatan dan bengkel-bengkel yang berkaitan dengan penggunaan peta pemikiran I-Think ini, namun guru-guru masih tidak menggunakan kaedah ini untuk memudahkan pengajaran mereka di dalam kelas. Bagi guru-guru yang mempraktikkan kaedah ini seperti responden, kaedah ini dapat membantu murid-murid dalam pembelajaran tanpa menulis nota yang panjang dan dapat menarik minat mereka untuk belajar lebih mudah lagi, kaedah ini dapat membantu murid-murid mengembangkan idea dan dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis seterusnya membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Perancangan dalam pengajaran perlu dirancang dengan teliti dan setiap perancangan perlu mencapai objektif pengajaran agar memberikan impak yang positif terhadap murid-murid. Buku Rekod Pengajaran Harian berperanan sebagai perancangan awal guru-guru sebelum memulakan PdPc mereka. Elemen-elemen yang terdapat dalam perancangan pengajaran perlu mengikut standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Penggunaan peta pemikiran I-Think di dalam Pdpc perlu sesuai dengan tajuk yang diajar. Bahan bantu belajar juga memainkan peranan yang penting agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik minat murid untuk belajar. Dalam kajian ini, responden guru memberikan tugasan berbentuk latih tubi dan latihan mengikut tahap penguasaan murid kerana di Tahap Satu terdapat Sembilan orang murid LINUS Numerasi dan salah seorangnya adalah responden kajian. Analisis kajian mengenai sikap guru dalam penerapan penggunaan peta pemikiran I-Think mendapati ada sebilangan guru tidak mahu menerima transformasi dan masih menggunakan kaedah lama untuk mengajar. Kaedah lama yang berpusatkan guru tidak sesuai digunakan pada masa kini. Pembelajaran Abad 21 yang berpusatkan murid dan bahan telah diperkenalakan bagi mengubah cara dan kaedah pengajaran guru. Salah satu kaedah ialah penggunaan peta pemikiran I-Think di dalam PdPc guru. Responden menyatakan kaedah ini tidak membebankan guru kerana guru boleh memilih salah satu peta pemikiran I-think yang sesuai digunakan bagi tajuk yang diajar. Guru perlu bersikap positif dalam menerima tranformasi pendidikan bagi mengembangkan pengetahuan dan seterusnya ada anjakan paradigma di kalangan guru agar berubah daripada kebiasaan seperti pengajaran secara konvensional. Pendedahan kepada murid tentang penggunaan kaedah ini dapat mengalakkan murid untuk berfikir dan lebih fokus dalam memahami tajuk yang dipelajari. Dalam meniti arus perubahan dalam pendidikan, guru-guru tidak dapat lari daripada cabaran yang dihadapi di dalam melaksanakan program ini. Analisis daripada kajian ini mendapati terdapat beberapa cabaran yang dihadapai oleh guru-guru seperti murid tidak mengenali huruf, tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, tidak memahami fungsi lapan peta pemikiran I-Think, kesukaran untuk mencari bahan rujukan, bahan rujukan dalam bahasa Inggeris dan guru kurang mahir dalam penggunaan peta pemikiran I-Think. Dalam hal ini, responden menggunakan pendekatan positif seperti membimbing murid dan memberikan tunjuk cara bagaimana untuk menggunakan kaedah ini dalam pembelajaran.

KESIMPULAN Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi bahawa para responden menggunakan kaedah peta pemikiran I-Think semasa pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas. Peta pemikiran yang diperkenalkan kepada guru-guru seterusnya kepada murid-murid adalah dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid-murid. Seman (2004) berpendapat perancangan guru seperti tajuk pelajaran, isi pelajaran dan keadaan murid merupakan salah satu strategi terbaik yang boleh ditentukan oleh guru. Menurut Zamri (2014) peta pemikiran tidak semestinya digunakan kesemuanya oleh pelajar tetapi peranan

Page 5: PELAKSANAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU · PDF filelama guru dalam teknik pengajaran di ... sikap guru yang tidak menguruskan masa PdPc yang baik ... unttuk menyeimbangkan

495

guru dengan mengambil inisiatif untukmemikirkan teknik yang lebih berkesan untuk menyeimbangkan perbezaan individu di dalam kelas. Dapatan temu bual dengan guru mendapati murid-murid telah memahami peta pemikiran I-Think yang didedahkan kepada mereka. Fungsi lapan peta pemikiran boleh mereka fahami melalui pendedahan oleh guru. Untuk murid-murid Tahun 2 peta pemikiran yang mudah telah diberikan pendedahan kepada mereka. Didapati juga penggunaan peta pemikiran I-think dalam PdPc telah mampu meningkatkan minat murid dan mereka lebih seronok, aktif dan bersemangat ketika belajar. Murid-murid berupaya meningkatkan kefahaman, penguasaan, pencapaian, daya ingatan dan keseronokkan semasa belajar. Persepsi positif murid-murid terhadap guru-guru juga membuktikan kaedah ini amat sesuai digunakan dalam PdPc guru kerana murid-murid dapat berfikir untuk mencari tujuan dalam proses pemikiran yang berbeza. Lapan peta pemikiran yang mampu dikuasai oleh murid dapat meningkatkakn mutu pelajaran mereka di dalam kelas seterusnya meningkatkan pencapaian mereka di dalam ujian atau peperiksaan. Kesimpulannya kaedah pengajaran menggunakan peta pemikiran I-Think dapat meningkatkan pengajaran dan pemudahcara guru di dalam kelas berbanding menggunakan kaedah konvensional, dapat menarik minat murid untuk belajar dan memberikan kesan yang terbaik kepada murid dalam membudayakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

RUJUKAN Chiew Wye Mei 2015. Peta ke arah kejayaan dalam pengajian perniagaan.The Development Of Pedagogical

Education From The Perpective Of The 21st centery and Cooperation ASEAN Education Community. Dewey,J (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective thinkingto the educative process.

Boston: Houghton Miffin Company. Buzan. T (1989). Use your Head. London:BBC Books. Buzan ,T.& Buzan, B. 2003, Mind Map Dessine-moi I’intelligence, France: AllianceDes Consultantas

Industriels Francophones. Buzan, Tony (2001). The Power of Creative Intelligence. “ London: Thorsonm.s. 38,42. Buzan, Tony ((2002). “ How to Mind Map.” London Thorsons. M.s. 65. Buzan, Tony (2005). “ Mind Map: the Ultimate Thingking Tool.” London: Thorson.m.s. 5. Hyerle, D & Yeager, C. (2007). A language of learning: Thinking map incorporatedNorth Carolina; Thinking

Maps.Inc Hyerle, D.2011. Student successes with thinking maps. 2 edition. Thousand oaks, CA:Corwin Press. Khairuddin Mohamad. 2008. Amalan penyerapan kemahiran berfikir kritisdalam pengajaran cerpen KOMSAS

Bahasa Melayu. Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-2025) (Pendidikan

prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran Inovatif melalui

‘thinking maps’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar PenyelidikanPendidikan antarabangsa Malaysia-Indonesia (Malindo), IPGKIK, Kuala Lumpur, 4-6 Okt 2012

Pusat Perkembangan Kurikulum 2012, Progran i-think: Membudayakan kemahiran berfikir. Putrajaya:

kementerian Pelajaran Malaysia. Muhamad Sidek Said (2013). Aplikasi menggunakan ‘ thinking map’ dalam program Praktikum KPLD di

Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas kerja dibentangkan di seminar kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan , Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu, 23-25 April 2013.

Page 6: PELAKSANAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM KALANGAN GURU · PDF filelama guru dalam teknik pengajaran di ... sikap guru yang tidak menguruskan masa PdPc yang baik ... unttuk menyeimbangkan

496

Muhamad Sidek & Ahamad Rahim (2012) Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui Program i-think.

Kertas Kerja dibentangkan di IPGM International convention In teacher learning & development, Pearl International Hotel, Kuala Lumpur, 19 – 21 Nov 2012

Sulaiman R, Aziz M, Mok SS (2011) Kemahiran berfikir.Penerbitan Multimedia, Selangor. Zamri Mahamod, 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan ketiga. Tanjung Malim:

Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zamri Mahamod, 2015. Strategi belajar:Iventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.