pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah selaras dengan kssr

Upload: nurul-amirah

Post on 16-Jul-2015

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah Selaras Dengan Kssr

Antara strategi untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah selaras dengan kssr ialah, belajar cara belajar (bcb). Kemahiran belajar ini merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka. Antara teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menyerapkan belajar cara belajar ialah, Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru,memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid, membimbing guru mengenal pasti,startegi pembelajaran yang sesuai untuk murid, membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan pembelajaran, serta menyediakan contoh rancangan

pengajaran-pembelajaran untuk guru. Dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran belajar cara belajar mampu menjadikan murid yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru, Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran, Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri dan Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

Selain itu, pembelajaran masteri iaitu,suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Pembelajaran Masteri mempunyai ciri-ciri seperti berikut, Hasil pembelajaran perlu ditentukan, Hasil pembelajaran disusun

mengikut hierarki atau unit pembelajaran, Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan, Penilaian berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria (URK), Bahan pengajaran dan pembelajaran berkesan, Murid perlu menguasai 80 peratus aras masteri yang ditetapkan sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru, Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri dan Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri. Kaedah kaedah pembelajaran masteri sememangnya tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan. Antara yang boleh dilakukan aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar ialah, soal jawab, latih tubi, becerita dan lain-lain. Bagi meningkatkan kefahaman pelajar bahan bantu mengajar juga diperlukan seperti, buku teks, akhbar, majalah dan lain-lain. Kesimpulanya, pembelajaran masteri dalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar , selaras dengan prinsipnya iaitu semua pelajar boleh menguasai apa yang diajar.

Disamping itu, pembelajaran secara kontekstual. Makna pembelajran secara kontekstual ialah pembelajaran mengikut konteks atau dalam konteks. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar

memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau bermakna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri dalam proses pembelajaran ini minda minda akan mencari maksud dalam

konteks dengan cara semulajadi iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu melalui proses pengalaman, penemuan, pengukuhan dan menghubungkait. Strategistrategi pengajaran dalam pembelajaran secara kontekstual ialah, menerangkan bahawa pada akhir pengajaran, pelajar seharusnya boleh mencapai objektif yang ditetapkan, memerlukan proses pengajaran mengikut langkah yang telah digariskan iaitu membaca teks, ambil bahagian dalam perbincangan kelas dan membuat latihan dan Pelajar didedahkan dengan proses berkaitan dengan isi pelajaran serta isi pelajaran yang dijelaskan secara keseluruhan. Penggunaan bahan dalam pembelajaran kontekstual juga perlu seperti, komputer untuk menghubungkaitkan secara langsung dengan tempat kerja dan dunia pembelajaran dan menyediakan motivasi untuk belajar. Selain itu, kemudahan makmal untuk memperkembangkan lagi pengetahuan. Dalam pembelajaran secara kontekstual ini juga mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kesimpulanya guru-guru harus melihat proses pengajaran dan pembelajaran dalam perspektif yang lebih luas ke arah membawa pelajar memahami dan mampu membawa diri dalam dunia yang serba mencabar

Seterusnya, pembelajaran akses kendiri. Maksud pembelajaran ini ialah pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran serta membolehkan murid perolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari dengan menggunakan bahan pembelajaran yang direka dan diurus agar murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan serta gaya pembelajran mereka. Program ini dibentuk bagi menggalakkan murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri lantas menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan, gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza . Dalam pembelajaran akses kendiri ini memerlukan penubuhan pusat pembelajran akses kendiri bagi Melatih murid belajar secara kendiri. Dalam pusat tersebut, sebuah bilik khas diperlukan bagi menyimpan bahan-bahan pembelajaran yang disusun secara sistematik untuk kegunaan murid. Antara bahan-bahan yang terdapat dalam pusat tersebut ialah Lembaran kerja, Buku bacaan/rujukan, Majalah/akhbar/jurnal, Bahan audio visual, Hasilan murid dan sebagainya yang dapat membantu murid dalam proses pembelajran secara kendiri. Tugas guru dalam pembelajaran ini ialah berfungsi sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor dalam membantu murid memperoleh kemahiran yang diperlukan. Kesimpulanya, guru perlu sentiasa memperingkatkan kualiti, jenis dan mempelbagaikan bahan untuk menari minat murid menggunakan bahan-bahan di pusat pembelajaran ini. Guru juga perlu memastikan bahan-bahan di pusat ini mencabar dan menarik untuk ketekalan penggunaan pusat ini. Pusat ini akan lebih popular dikalangan murid jika terdapat hubungkait antara pembelajarn di dalam kelas dengan bahan yang disediakan di pusat ini.

Strategi lain ialah, pembelajaran secara konstruktivisme.Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Konstruktivisme menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina

pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Selain itu, Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia

ada,mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia.peranan guru dalam pembelajaran ini ialah, Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka, Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis, Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Dengan ini, dapat Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru, Menggalakkan proses inkuirimurid melalui kajian dan eksperimen serta Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.

seterusnya ialah, pengajaran berasaskan kajian masa depan, iaitu suatu strategi pengajaran secara saintifik yang dibina untuk melatih murid memikirkan tentang masa depan secara berkaedah, bermakna dan bertangggungjawab. Dengan ini, menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Terdapat empat prinsip atau rasional mengapa Kajian Masa Depan digunakan iaitu, Prinsip Perubahan, Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan sebagainya, berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan dan merancang.selain itu, Prinsip Pandangan Jauh iaitu Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial di dunia dekat. Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah perlindungan atau pencegahan sebelum sesuatu perkara berlaku, Prinsip Perancangan Strategik iaitu Andaian terhadap masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi rancangan kita pada masa kini serta Prinsip Pengupayaan iaitu Remaja selalunya prihatin tentang masa depan mereka. Oleh itu, mereka perlu belajar kemahiran perancangan strategic, cara menangani masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka. Terdapat beberapa Faedah Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Di Bilik Darjah, antaranya ialah, merangsang murid berfikir, menyemai semangat optimistic tentang masa depan, menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu, berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi juga merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kssr. Penggunaan teknologi maklumat& komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan teknologi maklumat & komunikasi secara terancang dan bersesuaian untuk

meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran . Integrasi teknologi maklumat & komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna maklumat & komunikasi digunakan sebagai wahana pengajaran dan pembelajaran bukan belajar tentang maklumat & komunikasi. Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan dalam proses pembelajaran. Daripada penggunaan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat member manfaat kepada guru dan pelajar secara tidak langsung. Antaranya ialah, Membolehkan murid mengakse maklumat yang sukar diperolehi, Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan dan Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Setrusnya dapat meningkatkan kemahiran ICT.