pelajaran 01- 05

81
1 BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mendefinisi istilah tamadun. 2. Mengenal pasti prinsip-prinsip asas tamadun. 3. Membezakan antara tamadun, agama, dan budaya. 4. Menghuraikan perkara yang berkaitan dengan tamadun seperti perbezaan dan persamaan antara tamadun-tamadun di dunia dan interaksi antara tamadun. 1.1 PENGENALAN Perkataan tamadun adalah merupakan perkataan yang biasa kita dengar dan baca tetapi dari segi penggunaannya kadangkala kita dapati agak berbeza. Kebiasaannya tamadun merujuk kepada pembangunan atau perubahan dari sesuatu yang bersifat tradisional kepada pembangunan yang lebih sempurna. Kebolehan manusia dalam mencipta dan melahirkan sesuatu yang baru juga disebutkan sebagai tamadun. Dengan kata lain, tamadun sering digunakan bagi menunjukkan ‘elite’ sesuatu masyarakat atau negara. Tetapi yang jelasnya perkataan tamadun mempunyai makna yang pelbagai dan terpulang kepada kesesuaian seseorang yang mengungkapkannya. Perbincangan secara menyeluruh terhadap ‘tamadun’ telah menimbulkan beberapa persoalan, antaranya: “Apa itu tamadun?”, “Apakah intisari atau ciri-ciri tamadun?” dan “Apakah falsafah tamadun?”. Ahli sejarah, para sarjana Islam dan barat telah menerbitkan banyak buku berkenaan tamadun tetapi tidak ada satu pun yang dapat memberikan kefahaman yang jelas terhadap istilah tamadun (Beg, 1980). Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang merujuk kepada erti tamadun ialah ‘civilization’ dan pengunaan perkataan ini hanyalah digunakan dalam buku-buku Inggeris pada abad ke-19.

Upload: brenda-nelson

Post on 26-Dec-2015

79 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajaran 01- 05

1

BAB 1

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mendefinisi istilah tamadun. 2. Mengenal pasti prinsip-prinsip asas tamadun. 3. Membezakan antara tamadun, agama, dan budaya. 4. Menghuraikan perkara yang berkaitan dengan tamadun seperti

perbezaan dan persamaan antara tamadun-tamadun di dunia dan interaksi antara tamadun.

1.1 PENGENALAN Perkataan tamadun adalah merupakan perkataan yang biasa kita dengar dan baca tetapi dari segi penggunaannya kadangkala kita dapati agak berbeza. Kebiasaannya tamadun merujuk kepada pembangunan atau perubahan dari sesuatu yang bersifat tradisional kepada pembangunan yang lebih sempurna. Kebolehan manusia dalam mencipta dan melahirkan sesuatu yang baru juga disebutkan sebagai tamadun. Dengan kata lain, tamadun sering digunakan bagi menunjukkan ‘elite’ sesuatu masyarakat atau negara. Tetapi yang jelasnya perkataan tamadun mempunyai makna yang pelbagai dan terpulang kepada kesesuaian seseorang yang mengungkapkannya. Perbincangan secara menyeluruh terhadap ‘tamadun’ telah menimbulkan beberapa persoalan, antaranya: “Apa itu tamadun?”, “Apakah intisari atau ciri-ciri tamadun?” dan “Apakah falsafah tamadun?”. Ahli sejarah, para sarjana Islam dan barat telah menerbitkan banyak buku berkenaan tamadun tetapi tidak ada satu pun yang dapat memberikan kefahaman yang jelas terhadap istilah tamadun (Beg, 1980). Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang merujuk kepada erti tamadun ialah ‘civilization’ dan pengunaan perkataan ini hanyalah digunakan dalam buku-buku Inggeris pada abad ke-19.

Page 2: Pelajaran 01- 05

2

1.2 ISTILAH TAMADUN Dalam penulisan Arab, perkataan hadharah, madaniyyah, thaqafah, dan bunyan sering digunakan bagi mengambarkan tamadun tetapi perkataan tamadun lebih popular dan meluas penggunaannya. Perkataan tamadun berasal daripada perkataan arab “tamaddun” yang berasal dari “maddana” yang bermaksud:

(i) Membangunkan atau memajukan (bandar), misalnya dalam ungkapan “Dia membangunkan bandar”.

(ii) Menjadikan atau mengubah (seseorang yang berkelakuan kekampungan) kepada berkelakuan (kebandaran) misalnya dalam ungkapan “Dia menjadikan kelakuan budak itu seperti orang bandar”.

Tamadun juga dikatakan berasal daripada perkataan “madana” yang bererti:

(i) ‘Menduduki sesuatu tempat’ atau ‘datang menduduki sesuatu bandar’.

(ii) Berkelakuan seperti orang bandar atau halus budi pekertinya.

Istilah kampung dan bandar dalam masyarakat Arab adalah merujuk kepada realiti masyarakat Badawi yang biasanya kasar, dan masyarakat bandar (hadhari) yang kebiasaannya lebih bersopan santun. 1.3 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAMADUN Dalam bahagian ini anda akan didedahkan kepada beberapa prinsip asas tamadun dalam konteks yang menyeluruh. Perbincangan akan berkisar pada takrifan perkataan secara terperinci dan perkataan yang yang sering dikaitkan dengan tamadun juga diutarakan. Anda juga akan diperlihatkan hubungan tamadun dengan ajaran Islam dan satu perspektif yang bersepadu akan dikemukakan di akhir perbincangan. 1.3.1 Apakah Maksud Tamadun?

Menurut Kamus Dewan, perkataan tamadun bermaksud kebudayaan, peradaban, dan kemajuan (Teuku Iskandar, 1970). Dari segi penggunaan, peradaban adalah sinonim dengan tamadun. Beradab bererti bersopan dan hidup diatur oleh hukum dan mempunyai tingkat kebudayaan yang lebih tinggi. Dari segi penguasaan makna, maksud tamadun adalah lebih meluas berbanding peradaban dalam konteks penggunaannya. Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada tamadun ialah civilization yang berasal daripada perkataan latin ‘civitas’ yang bermaksud kota atau ‘city’ (Beg, 1980) dan dari segi etimologinya, tamadun berkait rapat dengan urbanisasi.

Page 3: Pelajaran 01- 05

3

Dalam bahasa Arab, terdapat empat istilah yang sering digunakan dalam membahaskan maksud tamadun iaitu istilah hadharah1, umran2, madaniyyah3, dan tamadun4. Dalam perkembangan ketamadunan Islam, Ibn Khaldun adalah pelopor awal dalam penulisan ilmiah tamadun seperti yang terkandung dalam bukunya yang terkenal ‘Al-Mukaddimah li kitab al Ibar, di mana beliau telah menggunakan perkataan ‘umran’ bagi menjelaskan sifat sifat tamadun dan itulah perkataan yang digunakan sekarang bagi menjelaskan maksud civilization dalam abad ke-20 ini. Umran dalam maksud yang lebih sempurna ialah suatu kawasan yang didiami dan diusahakan dan berkembang subur, aman makmur dan ditadbir secara baik dan sistematik. Perkataan umran juga dikaitkan dengan ibu kota atau bandar yang telah didirikan oleh raja-raja pada zaman pemerintahan Islam. Dengan sebab itulah perkataan bunyan juga dirujukkan kepada maksud tamadun tetapi dalam maksud yang lebih spesifik kepada struktur dan kerja-kerja pembinaan sesuatu bangunan sahaja (Beg, 1980).

Pengkajian yang dilakukan oleh Ibn Khaldun dengan merujuk kepada umran adalah merangkumi perkembangan dan pembangunan masyarakat yang memiliki pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang teratur, sistem perundangan yang tersusun rapi, dan pencapaian ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai kepakaran. Dengan kata lain, tamadun atau umran adalah suatu pencapaian yang tinggi merangkumi semua aspek kemajuan dalam masyarakat dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan dunia dan akhirat.5

1.3.2 Al-Hadharah Penggunaan perkataan hadharah pada awalnya (abad ke-14) tidak mewakili pengertian tamadun secara keseluruhannya, dan ianya lebih bersifat sebahagian daripada ciri-ciri tamadun. Ibn Khaldun sebagai contoh, menggunakan perkataan hadharah dalam The Mukaddimah hanyalah merujuk kepada kedudukan masyarakat yang mengusahakan tanaman dan kehidupan mereka pada suatu kawasan yang tetap (sedentary life). Tetapi dalam abad abad ke-20, istilah ini telah mengalami perubahan di mana penggunaannya adalah lebih meluas dengan merujuk kepada pembangunan wilayah, bandar dan kampung yang sudah mengalami perubahan dari segi penggunaan tanah, pemikiran masyarakat, akhlak atau moral dan kehidupan masyarakat adalah dalam bentuk yang lebih moden dan maju dan seiring dengan istilah tamadun (Beg, 1980). Mengikut Malik Bin Nabi, hadharah mengandungi dua pengertian, iaitu

(i) Pengertian yang objektif – himpunan kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan, teknikal dan undang-undang yang telah dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat.

Page 4: Pelajaran 01- 05

4

(ii) Pengertian yang subjektif – suatu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang lebih maju dan berlawanan dengan kehidupan kehaiwanan yang liar dan tidak berpedoman dan lebih bermoral atau digambarkan sebagai kehidupan yang ideal dan bergantung kepada kedudukan masa, tempat dan nilai-nilai yang dianuti6.

Secara keseluruhannya, perkataan hadharah dalam konteks ini adalah dimaksudkan kepada aspek-aspek kemajuan dalam bidang pemikiran, moral dan sosial dalam kehidupan sesuatu masyarakat dan lebih ketara dalam bidang ilmu pengetahuan, kesusasteraan, kesenian, sistem pemerintahan, peraturan moral dan adat resam, budi pekerti dan kepercayaan agama atau dengan kata lain, perkembangan peradaban dalam masyarakat. 1.3.3 Al-Madaniyyah Perkataan madaniyyah sering disamaertikan dengan hadharah (mutaradif) oleh kebanyakan penulis mutakhir bagi menjelaskan maksud tamadun. Antara mereka termasuklah Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya al-Madaniyyah wa al-Islam (Islam dan tamadun) dan Sheikh Muhammad Abduh dalam kitabnya al-Islam wa al-Nasraniyyat maa ilm wa al-Madaniyyat (Islam dan Nasrani serta Kaitanya dengan Sains dan Tamadun). Perkataan madaniyyah berasal daripada perkataan ‘madinah’ atau ‘city’ dan perkaitannya dengan tamadun adalah berdasarkan kepada bandar ‘city based culture’. Wujudnya perkaitan antara kedua-dua perkataan ini adalah kerana kebiasaannya bandar adalah induk tamadun, dan tamadun asalnya berkembang di bandar. Dengan kata lain, hubungan keduanya adalah perkaitan antara sebab dan musabab (cause and effect connection) (Beg, 1980). Jelasnya, perkataan hadharah dan madaniyyah adalah menunjukkan penekanan yang berbeza dalam menjelaskan tamadun. Madaniyyah menggambarkan ketinggian dalam kehidupan kebendaan dalam sesuatu masyarakat khususnya dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur dan wujudnya pelbagai keperluan hidup yang asasi dan tidak asasi seperti makanan, minuman, tempat tinggal dan hiburan. Keperluan ini memerlukan kepada adanya pelbagai keperluan kewangan serta kemempuan untuk berbelanja (Osman, 1989). Justeru itu, penekanan yang diberikan oleh al-Madaniyyah adalah lebih bersifat kebendaan dan keperluan lahiriah manusia. Ketamadunan sesuatu ummah dalam konteks ini adalah bergantung kepada kemampuan kekayaan sumber hasil bumi dan pembangunannya.

Dr. Lutfi Ibrahim (Mustafa, 1991) yang telah membuat analisis terhadap kedua-dua istilah tersebut telah menyimpulkan seperti berikut (Mustafa, 1991):

Page 5: Pelajaran 01- 05

5

(i) Al-Hadharah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusia sesama manusia yang bersumberkan wahyu,

(ii) Al-Madaniyyah pula merupakan pencapaian dari segi kebendaan seperti peralatan teknologi dalam pertanian, pengeluaran dan pengangkutan dan sebagainya. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitar yang bersifat kebendaan dan bersumberkan wahyu, dan

(iii) Tamadun merangkumi kedua-dua aspek di atas. 1.3.4 Masyarakat Madani Masyarakat madani adalah masyarakat yang dibentuk hasil daripada penggabungan pembangunan kebendaan dan kerohanian. Oleh itu, masyarakat madani merangkumi kedua-dua sifat al-Madaniyyah dan al-Hadharah.

SOALAN DALAM TEKS 1.1

1. Pilih definisi yang terbaik bagi menjelaskan maksud

tamadun. A. Jenis masyarakat yang memiliki ciri-ciri tertentu. B. Jenis kebudayaan yang didapati di bandar-bandar. C. Tahap perkembangan kebudayaan yang tinggi. D. Sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama

sama ada bersifat abstrak atau material. 2. Tamadun ialah kemajuan kebendaan. Betul / Salah 3. Istilah berikut merujuk kepada konsep tamadun

kecuali A. Madinah B. Umrah C. Hadharah D. Civilization

4. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat madani?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Page 6: Pelajaran 01- 05

6

1.4 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN Dalam bahagian ini, pembaca akan diperlihatkan secara rasional dan logik kenapa sesuatu tamadun itu wujud dan berkembang di alam ini dan mampukah sesebuah tamadun bertahan lama. Adakah segala perubahan alam ini berlaku secara kebetulan atau sememangnya alam ini sentiasa memerlukan perubahan mengikut tuntutan zaman? Persoalan ini adalah di antara intipati perbincangan dalam bahagian ini. Kemunculan sesuatu tamadun di dunia ini sebenarnya adalah didorong oleh perubahan yang berlaku ke atas manusia itu sendiri. Kekuatan akal fikiran yang dikurniakan, menjadikan manusia antara makhluk yang terbaik dan dimuliakan di sisi tuhan. Sebahagian penulis berpendapat bahawa agama juga berkait rapat sebagai penggerak kepada kemunculan tamadun, dan sebahagiannya pula meragui (Beg, 1982). Jika ditinjau dari sudut sejarah, memang ada kebenarannya kerana banyak bangunan yang didirikan atas dorongan agama dan diperkayakan dengan seni berunsurkan agama. Persoalan ini akan dibahaskan secara terperinci dalam bahagian berikutnya. 1.5 PUNCA KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN

TAMADUN Bagi memperlihatkan secara jelas tentang keadaan ini, kita akan cuba bahaskan faktor faktor yang menyebabkan kemunculan tamadun kepada beberapa perkara seperti berikut: 1.5.1 Peredaran dan Perubahan Alam dan Manusia Sejarah telah membuktikan bahawa manusia berkembang dari suatu zaman kesatu zaman dengan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan. Putaran alam yang berlaku atas kehendak Allah adalah asas utama kepada perubahan yang dialami oleh manusia. Perubahan dan perkembangan yang berlaku ke atas manusia bukanlah dalam bentuk fizikal tetapi dalam bentuk kemampuan berfikir dan mempergunakan segala makhluk di alam ini untuk keperluan manusia. Keadaan ini telah mencetuskan tamadun manusia dan akhirnya putaran alam malam dan siang telah digunakan sebaiknya oleh manusia untuk membangunkan diri mereka. Alam yang diciptakan untuk manusia yang serba lengkap dengan bukit-bukau, gunung-ganang dan lautan yang luas adalah sebagai pelengkap kepada kehidupan manusia keadaan ini menjadikan manusia merasa terpanggil untuk berkhidmat kepada alam dan membangunkannya.

Page 7: Pelajaran 01- 05

7

1.5.2 Desakan Persekitaran dan Keperluan Hidup Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, Allah menganugerahkan akal kepada manusia sebagai perkara yang tidak ternilai. Kemampuan dan kehebatan manusia mempergunakan akal telah mencetuskan pelbagai idea yang baik dalam membantu mempertingkatkan tahap kualiti hidup mereka. Bermula dari zaman batu sehinggalah ke hari ini, perubahan yang amat ketara dapat di lihat daripada kesan pembangunan sains dan teknologi. Semua ini lahir adalah disebabkan desakan kepada keperluan dalam kehidupan manusia. Sifat semula jadi manusia ingin hidup senang dan mewah telah memaksa mereka memikirkan sesuatu yang terbaik sebagai landasan dalam kehidupan. Manusia yang diciptakan berbekalkan nafsu dan syahwat serta akal fikiran yang waras selayaknya berfikir dengan baik dalam usaha memajukan diri dan masyarakat yang akhirnya menjadi punca kepada kemunculan dan kelahiran tamadun. 1.5.3 Fitrah Perkembangan Manusia Fakta ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan kebenarannya dan keunikan ciptaan manusia oleh Allah sejak awalnya telahpun dimasukkan unsur unsur seperti yang telah disebutkan sebelum ini sebagai pelengkap kepada sebuah kehidupan. Tabiat manusia sukakan sesuatu yang terbaik dan selagi itulah perubahan cara berfikir akan terus berlaku dan corak hidup manusia akan terus berubah sehingga ke akhir zaman. 1.6 MAMPUKAH TAMADUN BERTAHAN LAMA? Perkara-perkara yang telah dibincangkan di bahagian sebelum ini merujuk kepada kemunculan dan berkembangnya sesuatu tamadun, malah keadaan ini berlaku hingga ke hari ini. Berdasarkan kenyataan yang berlaku dalam sejarah dan agama Islam sendiri, para sarjana mengakui bahawa Islam berkait erat dengan tamadun dan sebagai sumber tamadun (perkara ini akan dibincangkan kemudian), dan tidak seperti agama lain. Edward Sullivans menulis “Moslem civilization was the product of Moslem religion” dan J. Jomier menegaskan “Islam supplied the creative element out of which arose a new civilization”. Ralph dan Burn yang pada awalnya meragui pandangan tersebut akhirnya mengakui peranan agama sebagai asas penting dalam pembangunan tamadun Islam khususnya (Beg, 1982). Tetapi suatu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah sejauh manakah sesuatu tamadun yang wujud itu dapat berkembang, bergerak maju dan bertahan lama. Secara ringkasnya, kejayaan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada beberapa perkara seperti berikut, iaitu

Page 8: Pelajaran 01- 05

8

1.6.1 Menjadikan Agama Sebagai Asas Utama Fakta ini adalah perkara asas yang perlu diberikan perhatian sekiranya sesuatu tamadun yang dikembangkan diharapkan akan dapat bertahan lama. Keyakinan terhadap fakta ini adalah didasarkan kepada ketahanan ajaran agama daripada sebarang penyelewengan dan perubahan kerana agama adalah suatu yang tetap dan tidak berubah walaupun mengalami perubahan masa, zaman, dan kepimpinan. Sekiranya kejayaan sesebuah tamadun didasarkan kepada ajaran agama bermakna kejayaan yang diperoleh akan berkekalan seperti yang berlaku kepada ajaran Islam (yang menekankan setiap ruang lingkup pembangunan sebagai ajaran agama), maka semestinya ia mampu bertahan. Nilai-nilai agama adalah sesuatu yang murni dan bersifat sejagat dan boleh diterima pakai oleh segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian keturunan di sepanjang zaman. 1.6.2 Memiliki Ilmu Pengetahuan yang Tinggi Tidak ada kejayaan diatas kejahilan manusia dan tidak ada kemajuan di atas kemalasan manusia. Hakikat ini adalah jelas dan tidak perlu diperdebatkan lagi kerana ilmu adalah tunggak kepada setiap kemajuan dan pembangunan yang dicitakan oleh manusia. Ilmu adalah nadi utama penggerak tamadun dan tiada tamadun tanpa ilmu. Sejarah perkembangan Islam telah mencatatkan bahawa kemajuan dalam perkembangan awal islam adalah disebabkan kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan. Keadaan ini adalah pemangkin kepada pencapaian yang lebih besar. Tamadun sesuatu ummah itu akan bertahan selama mana masyarakat yang mendukunginya tetap kekal sebagai masyarakat yang bermaklumat dan berilmu pengetahuan yang tinggi. Kejahilan sesuatu ummah hanya akan memusnahkan tamadun yang mereka miliki.

1.6.3 Tidak Kabur Terhadap Pembangunan Kebendaan Antara perkara awal yang boleh memusnahkan sesuatu tamadun ialah tiadanya keseimbangan pembangunan dan kemajuan antara kebendaan dan kerohanian (material dan spiritual). Sikap manusia yang rakus, tamak haloba, dan tidak berwaspada adalah punca kepada kemusnahan dalam apa jua keadaan. Keadaan ini perlulah dikawal dan kepentingan kebendaan yang berlebihan perlulah di sekat. Sekiranya suasana keharmonian antara kebendaan dan kerohanian wujud dalam pembangunan masyarakat dan negara, maka tamadun yang lahir akan menjadi cemerlang dan mampu bertahan lama.

Page 9: Pelajaran 01- 05

9

SOALAN DALAM TEKS 1.2

1. Kenapakah manusia memerlukan tamadun? A. Alam diciptakan untuk manusia. B. Manusia dibekalkan akal dan fikiran. C. Fitrah kejadian manusia memerlukan perubahan. D. Manusia dan alam saling bergantungan.

2. Antara perkara-perkara yang boleh memusnahkan

sesuatu tamadun ialah wujudnya keseimbangan antara rohani dan jasmani. Betul / Salah

3. Nyatakan pra-syarat bagi mewujudkan tamadun yang

mampu bertahan lama.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.7 INTERAKSI ANTARA TAMADUN Dalam perbincangan kita sebelum ini, pendedahan banyak diberikan kepada prinsip prinsip asas, sejarah dan perkembangan tamadun. Penekanan dalam bahagian ini akan diberikan kepada interaksi tamadun dalam pelbagai budaya dan agama dapat berinteraksi antara satu sama lain. Seperti yang telah kita sedia maklum, perkembangan tamadun adalah bergantung kepada asas kepercayaan dan ideologi semasa yang dianuti. Keadaan ini semestinya akan melahirkan pelbagai percanggahan dan persamaan dalam tamadun manusia. Persoalannya sekarang, mampukah kepelbagaian tamadun ini berinteraksi antara satu sama lain? 1.7.1 Pra-Syarat Berlakunya Interaksi antara Tamadun Proses interaksi antara tamadun akan berlaku sekiranya sesebuah tamadun mempunyai kriteria atau sifat-sifat yang universal seperti yang akan dibincangkan berikut: 1. Keterbukaan Sesuatu Tamadun Asas sesuatu tamadun yang diamalkan perlulah bersifat terbuka, iaitu boleh menerima perubahan dan universal. Asas ini akan memastikan sesebuah tamadun tidak bergerak secara persendirian. Terbuka dalam konteks ini bukanlah bermaksud menegenepikan prinsip asas yang

Page 10: Pelajaran 01- 05

10

dipegang oleh sesuatu tamadun secara total, tetapi penerimaan idea-idea tamadun lain juga diberikan keutamaan sekiranya tidak bertentangan dengan perkara asas tamadun itu. Sebagai contoh, tamadun Islam mempunyai ciri-ciri asas yang tertentu tetapi ini tidak bermakna bahawa Islam telah menolak segala ideologi dalam tamadun lain. Pokok pangkalnya, sekiranya ideologi yang dibawa oleh tamadun lain tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, selagi itulah ia diterima sebagai asas yang diguna pakai. Keterbukaan ini akan memastikan sesebuah tamadun tidak merasa terpencil dan saling berinteraksi antara satu dengan lain. Dengan kata lain, kewujudannya bersesuaian dengan zaman dan perubahan yang dilalui. Menerima pengalaman dan perubahan yang berguna di samping mempersembahkan kepada tamadun asing hasil pencapaian yang dicapai. Dengan interaksi sesebuah tamadun tidak akan tersisih dari kehidupan manusia, malah ia berkeyakinan bahawa tamadun kemanusiaan merupakan satu rangka binaan yang besar yang dibangunkan oleh manusia seluruhnya, setiap bangsa menyumbangkan sesuatu didalam rangka binaan tersebut. Berdasarkan kenyataan inilah, tamadun Islam sebagai contoh telah bertaut dengan kebudayaan Parsi, Yunani, Romawi dan sebagainya. Justeru itu, proses syncritisme dan toleransi ini telah membuahkan satu tamadun yang mantap yang dijalin oleh berbagai unsur, namun demikian corak dan bentuknya adalah diadunkan berdasarkan citarasa islam dan segala unsur yang bertentangan dengan nilai- nilai Islam disisihkan. 2. Kepentingan Sejagat dan Kesesuaiannya dengan Tabiat

Semula Jadi Manusia Sifat sejagat adalah sesuatu yang amat penting bagi memastikan boleh berlakunya interaksi antara tamadun. Sesuatu tamadun yang universal adalah ditegakkan atas dasar yang seimbang dengan semula jadi manusia dan selaras dengan kehendak dan kecenderungannya. Bertitik tolak daripada sini, kebolehan, kemampuan dan keistimewaan yang dimiliki oleh manusia perlu diiktiraf. Kemampuan manusia untuk berfikir sebagai contoh, perlu di lihat secara positif dan dihormati. Kemampuan seperti ini semestinya akan menjuruskan kepada pertelingkahan dan pertikaian sesuatu tamadun yang diwakili. Ini tidak bermakna, bila berlakunya pertentangan maka di pihak yang lain adalah tidak benar. Pertikaian sebegini hanya bersifat sementara dan apa yang lebih penting ialah ianya dapat memberikan sumbangan yang positif terhadap perkembangan tamadun dan pemikiran manusia. Sekiranya kesesuaian ini wujud, interaksi antara tamadun akan berlaku.

Page 11: Pelajaran 01- 05

11

Manusia perlu dihormati dan dilayan dengan baik. Itu adalah sifat asas kejadian manusia. Dalam apa jua suasana, manusia dan kemanusiaan adalah perkara utama yang perlu diberikan perhatian. Sebagai contoh, dalam konteks negara perindustrian, ramai yang terlibat dalam bidang pekerjaan perkilangan dan perusahaan. Keadaan ini memungkinkan manusia akan dilayan seperti mesin atau robot kerana objektif operasi perusahaan adalah meningkatkan produktiviti. Perkara seperti ini sering diutarakan oleh tokoh-tokoh pengurusan barat yang melihat manusia adalah ‘rational animal’ atau ‘human animal’ dan sebagai makhluk untuk mencapai cita-cita ekonomi semata-mata. Sekiranya fakta seperti ini menjadi tunjang kepada sesuatu tamadun, maka penghormatan terhadap manusia dan kemanusiaan adalah diketepikan dan pertentangan ideologi antara tamadun akan berlaku. Di sini, dapatlah kita lihat betapa pentingnya kepentingan sejagat dan kesesuaiannya dengan sifat-sifat semula jadi manusia merupakan asas yang mutlak bagi memastikan boleh berlakunya interaksi antara tamadun. Sekarang, apakah yang anda faham tentang kesejagatan dalam konteks budaya? Berikan beberapa contoh yang sesuai bagi menyokong pendapat anda. Apakah pula pandangan anda terhadap pendapat yang mengatakan manusia adalah makhluk ‘rational animal’ atau ‘human animal’? 3. Menepati Falsafah Kebahagiaan dan Kemakmuran untuk

Manusia dan Alam Alam atau dunia ini diciptakan oleh Allah adalah untuk kepentingan manusia dan segala isinya. Atas dasar itu, segala perubahan, pembaharuan dan permodenan atau tamadun hendaklah digerakkan tanpa sebarang percanggahan dengan alam atau merosakkan kebahagiaan dan kemakmuran manusia dan alam. Keperluan manusia kepada kesempurnaan alam tidak dinafikan dan perubahan fizikal alam untuk permodenan dan kemajuan adalah diperlukan. Bagi memastikan kedua-duanya berjalan dengan lancar dan saling memerlukan antara satu sama lain, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian, iaitu

(i) Kepentingan sesuatu agenda perubahan dan kesannya kepada alam sekitar. Perkara ini adalah penting bagi memastikan kepentingan kemanusiaan dan alam secara keseluruhannya tidak diketepikan. Sebagai contoh, pembangunan sesuatu projek atau urbanisasi yang tidak dikawal selia boleh menganggu ekosistem dan persekitaran. Keadaan ini sering berlaku di negara negara yang sedang membangun lantaran keghairahan dalam membangunkan negara. Pembangunan sesuatu kawasan secara keterlaluan tanpa mengambil kira faktor geografi akhirnya akan menganggu proses perjalanan alam dan

Page 12: Pelajaran 01- 05

12

yang berkaitan dengannya. Akibat terlalu mementingkan kepentingan manusia maka kepentingan alam sekitar terjejas. Lihat saja kawasan perbandaran yang besar seperti di negara negara barat di mana keadaan cuaca dan iklimnya menjadi tidak menentu dan sukar diramalkan. Di negara kita Malaysia juga tidak ketinggalan seperti Kuala Lumpur, di mana keadaan yang sama berlaku. Kebiasaannnya dimusim hujan, kejadian tanah runtuh dan banjir kilat akan berlaku. Sebagai contoh, tragedi kertuntuhan Highland Tower dan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kebakaran hutan dan pencemaran alam sekitar adalah suatu hal yang tidak dapat dielakkan. Atas alasan inilah, pembangunan sesuatu kawasan perlulah juga melihat kepada kepentingan persekitaran dan putaran alam bagi memastikan alam dan manusia tidak musnah.

(ii) Keghairahan membangunkan alam dan mengenepikan kepentingan sekitarnya. Fakta ini adalah sesuatu yang agak kontroversial dan sering diperdebatkan di mana-mana saja sama ada dinegara maju atau di negara sedang membangun. Sikap mementingkan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pengeluaran barangan yang tidak terkawal boleh menjejaskan kualiti hidup manusia dan mendorongkan pencemaran. Bagi golongan pencinta alam, mereka akan mempertahankan keindahan alam dan pembangunan yang direstui adalah sesuatu yang tidak memusnahkan alam. Keadaan ini tentu akan bertentangan dengan satu pihak yang lain yang memperjuangkan pembangunan secara total. Perdebatan ini akan berpanjangan sekiranya kedua pihak tidak bertolak ansur bagi mencapai sesuatu keputusan. Apa yang penting, manusia dan alam adalah sama sama penting.

(iii) Manusia memerlukan alam dan alam diciptakan untuk manusia. Atas dasar itulah, Islam melihat pembangunan adalah sesuatu yang wajib dan pemeliharaan alam sekitar juga adalah wajib. Oleh kerana kewujudan manusia adalah untuk alam dan kewujudan alam adalah untuk manusia dan keduanya saling berkait rapat. Oleh yang demikian, keduanya mestilah dipelihara dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, apa ertinya kemajuan dan pembangunan sekiranya manusia hidup dalam keadaan terancam dan tidak menentu. Kerancakan pembangunan dan perkembangan sains haruslah diseimbangkan dengan pembangunan insan dan alam. Ringkasnya, pembangunan dan teknologi

Page 13: Pelajaran 01- 05

13

sains mestilah tidak digunakan untuk mengawal dan menakluk alam semula jadi termasuk hidupan lain. Sebaliknya ia harus dibawa ke arah keadaan yang serasi dengan kehendak alam semula jadi dan digunakan supaya keuntungan yang maksimum dari kehendak itu boleh dicapai. Jadi, kepentingan alam dan manusia adalah sesuatu yang harus diberikan perhatian oleh setiap tamadun kerana ia adalah kepentingan sejagat dan ini akan memastikan interaksi antara tamadun berlaku. Apakah yang akan berlaku sekiranya pembangunan dan permodenan ketamadunan tidak diiringi dengan keseimbangan pembangunan insan dan alam sekitar? 4. Keseimbangan Kemajuan Kebendaan dan Kebudayaan Seperkara lagi yang menjadi asas penting kepada sesuatu tamadun bagi memastikan ianya boleh berinteraksi ialah keseimbangan kemajuan kebendaan dan kebudayaan. Kemajuan kebendaan dan kebudayaan adalah sesuatu yang relatif. Apa yang kita kata baik dan maju belum tentu orang lain akan bersetuju dengan kita. Apa yang penting dalam konteks ini ialah kemajuan kebendaan atau material yang dikejar mestilah diseimbangi dengan kepentingan kerohanian (spiritual). Kebendaan untuk manusia dan kerohanian untuk kesejahteraan manusia. Tanpa adanya perhubungan antara kedua-dua perkara tersebut menyebabkan kemajuan yang dicapai tidak memberi apa-apa makna terhadap kehidupan manusia yang sebenar. Berapa ramai orang yang hartawan dan mewah dalam kehidupan – hidup dalam keadan cemas dan perasaan tidak menentu disebabkan jiwa mereka kosong dan akhirnya meletakkan mereka dalam keadaan serba salah, frustrasi, tiada pegangan hidup dan sebagainya, dan apatah lagi kekayaan yang dikecapi adalah dari jalan yang salah dan haram. Tamadun yang mementingkan kebendaan mungkin membenarkan perkara seperti ini, tetapi untuk tujuan kemanusiaan ia adalah bertentangan sama sekali dan tidak bersifat universal. Dalam konteks kebudayaan dan cara hidup yang diketengahkan, nilai-nilai agama perlu diterapkan kerana nilai agama adalah sesuatu yang universal dan boleh diterima pakai oleh semua manusia. Dalam konteks Malaysia sebagai contoh, kepelbagaian kaum dan agama sebenarnya bukanlah alasan untuk tidak bersatu atas kepentingan perpaduan, keharmonian hidup dan sebagainya. Setiap rupa bangsa mempunyai pendekatan budaya yang tersendiri seperti budaya Melayu, Cina, India dan budaya tempatan yang lain seharusnya menonjolkan persamaan yang wujud dalam masyarakat dan mengenepikan perbezaan antara satu sama lain. Keadaan ini akan melahirkan semangat kemalaysiaan dan sekaligus membentuk tamadun dan budaya Malaysia. Pendek kata, pembangunan dan tamadun yang kita impikan perlulah diseimbangkan dengan nilai nilai agama dan kerohanian bagi memastikan ianya sejajar dengan tuntutan hidup manusia keseluruhannya. Cuba anda kaitkan perbincangan di atas

Page 14: Pelajaran 01- 05

14

dengan pembentukan falsafah pendidikan nasional dan kebudayaan kebangsaan di Malaysia? Apakah erti universal dan tolak ansur yang wujud dalam kedua-dua falsafah nasional ini? 1.7.2 Interaksi antara Tamadun: Cabaran dan Harapan Pendedahan sesuatu tamadun kepada dunia luar sebenarnya akan mempercepatkan perkembangan sesebuah tamadun itu sendiri. Proses interaksi yang berlaku akan memudahkan percambahan dan proses kematangan, dan ini sekaligus memastikan kecemerlangan sesebuah tamadun. Namun, proses interaksi yang berlaku, kadang-kadang memudahkan perkembangan tamadun dan kadang-kadang akan menyulitkan. Kesulitan yang timbul biasanya disebabkan oleh beberapa faktor: 1. Perbezaan Ideologi Politik dan Budaya Memang tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian ideologi politik dan budaya adalah halangan yang besar kepada berlakunya interaksi antara tamadun. Setiap rumpun bangsa mempunyai budaya dan keegoan tersendiri, dan saling mempertahankan antara satu sama lain dan begitu juga persempadanan politik yang menghasilkan kepelbagaian ideologi berdasarkan kefahaman dan anutan masing-masing. Sekiranya keadaan ini terus berlaku tanpa sebarang tolak ansur, maka proses interaksi adalah sukar untuk berlaku. Kemungkinan akan berlakunya proses tersebut hanya akan terjadi apabila fakta-fakta yang telah dibentangkan sebelum ini di penuhi. 2. Perkembangan Sejarah Bangsa dan Ideologi Setiap bangsa mempunyai sejarah perkembangan bangsanya yang tersendiri. Keadaan ini akan melahirkan semangat dan nasionalism tersendiri terhadap bangsa dan negara mereka. Seperti juga dalam hal politik dan budaya, sesuatu bangsa itu akan mempunyai sifat keegoannya tersendiri. Setiap bangsa yang lahir di dunia ini mempunyai rupa budaya dan cara hidup yang menjadi intipati dalam kehidupan dan tamadun mereka dan ini juga adalah halangan kepada proses interaksi antara tamadun. 3. Ketegangan dan Persaingan antara Tamadun Satu hal yang perlu diketengahkan di sini ialah persaingan yang berlaku antara tamadun. Setiap tamadun tetap ingin berjaya dan berkembang secara tersendiri dan sentiasa bersaing antara satu sama lain. Keadaan ini akan bertambah rumit apabila berlaku pertembungan budaya dan persaingan yang berlaku hanya akan menambahkan lagi perpecahan dan kegoan yang semakin memuncak sesama mereka.

Page 15: Pelajaran 01- 05

15

Ringkasnya, perkara perkara yang telah dibincangkan diatas adalah asas yang besar yang perlu dirombak dan diberikan perhatian yang serious, sekiranya seluruh anggota masyarakat di dunia ini ingin melihat wujudnya keserasian dan keamanan sejagat. Sikap boleh bertolak ansur sebenarnya adalah asas utama yang tidak akan merugikan sesiapa sebaliknya akan menguntungkan semua pihak. Sekiranya berlaku persaingan, maka persaingan yang sihat dan ini semestinya akan mematangkan perkembangan sesuatu tamadun.

SOALAN DALAM TEKS 1.3

1. Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai kejayaan sesuatu tamadun kecuali A. menjadikan agama sebagai asas utama. B. memiliki pengetahuan yang tinggi. C. meletakkan kejayaan dunia sebagai asas yang

penting. D. menghargai fitrah kejadian manusia.

2. Semua kenyataan berikut adalah benar kecuali A. Tamadun bukanlah agama atau budaya sesuatu

masyarakat. B. Agama adalah asas pembinaan tamadun. C. Budaya mengalami perubahan, mengembang dan

merosot. D. Tamadun berkembang tanpa dipengaruhi oleh

budaya. 3. Jelaskan punca-punca kelahiran sesuatu tamadun.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.8 PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA TAMADUN Dalam perbincangan terdahulu, anda telah didedahkan secara terperinci tentang kemunculan dan perkembangan tamadun. Penekanan dalam bahagian ini pula akan diberikan terhadap kriteria-kriteria asas yang memperlihatkan persamaan dan perbezaan antara tamadun. Pada asasnya, tamadun mempunyai falsafah dan matlamat yang sama. Perkara ini telahpun dijelaskan dengan panjang lebar dalam topik yang lalu.

Page 16: Pelajaran 01- 05

16

Tamadun dalam apa jua keadaan dan suasana dari segi prinsipnya adalah suatu perubahan dan permodenan dari sesuatu yang sedia ada kepada lebih baik. Perbezaan antara sesuatu tamadun hanya akan berlaku sekiranya wujud kepelbagaian ideologi dan kepercayaan yang dianuti. Sekiranya dua asas ini bersifat fleksibel dan boleh menerima perubahan, maka proses interaksi antara tamadun akan berlaku dan ini memungkinkan wujudnya persamaan antara tamadun dan begitulah sebaliknya. Proses reformasi yang telah dimulakan oleh Martin Luther dalam abad ke-16 terhadap ajaran Kristian telah melahirkan satu mazhab baru dalam ajaran Kristian yang dikenali sebagai Protestan. Bertitik tolak daripada sinilah munculnya fahaman sekularisme yang berakar kata ‘Render unto Ceaser the thing which are Ceaser and unto God the thing which are God’. Fahaman yang telah memisahkan pembangunan keduniaan kebendaan dan kerohanian keakhiratan ini telah meletakkan falsafah kehidupan manusia dalam keadaan serba salah antara keduniaan dan keakhiratan dan antara kebahagiaan dan kehancuran. Konflik yang berlaku ini menjadi bertambah kusut dan sukar dirungkaikan apabila fahaman sekularisme ini telah bertapak dengan kukuh dalam pemikiran masyarakat di barat dan akhirnya mempengaruhi masyarakat Islam. Perbezaan yang ketara dapatlah dibahaskan dalam perbincangan seterusnya. 1.8.1 Doktrin Agama dalam Tamadun Agama adalah sebahagian daripada kebudayaan dan selain itu komponen kebudayaan adalah merangkumi sosial, politik, ekonomi, pengetahuan, teknik, seni, dan falsafah. Dengan kata lain, agama adalah sama seperti budaya yang boleh mengalami perubahan, mengembang, dan merosot. Agama akan berubah menurut perubahan masa dan pembaharuan ketamadunan manusia. Itulah pandangan ringkas kedudukan agama dari perspektif sekular. Bertitik tolak dari sinilah, dalam setiap ruang lingkup kehidupan manusia, agama hanyalah di lihat sebagai sebahagian atau pelengkap kepada kehidupan dan bukan merupakan kepercayaan yang mutlak. Agama sama seperti perkara lain, digunakan apabila diperlukan, dan sebaliknya. Dalam konteks perkembangan ilmu pengetahuan dan sains, segala fakta dan teori yang dilahirkan adalah berpandukan kepada akal semata-mata dan dinafikan sama sekali kebenaran agama. Ini adalah di antara fakta-fakta asas yang membezakan antara tamadun di alam ini. Tamadun Islam meletakkan agama sebagai asas yang kukuh dalam mengembangkang

Page 17: Pelajaran 01- 05

17

tamadun. Dalam konteks ini, agama tidak berubah dan yang berubah hanyalah tamadun yang dikembangkan oleh manusia mengikut kesesuaian masa dan tempat, pada ukuran akal yang bersesuaian dengan acuan wahyu agama. Oleh yang demikian, dalam Islam, pembaharuan yang dilakukan hendaklah berdasarkan agama dan bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun, pembaharuan itu tetap bersifat fleksibel dan tidak rigid. Perbezaan antara dua konsep asas tamadun seperti yang dijelaskan di atas adalah berpunca daripada perbezaan ajaran dan fungsi antara agama yang pelbagai. Pandangan masyarakat barat atau tamadun di Eropah tidak memasukkan semua aspek kehidupan dalam agama seperti yang terdapat dalam Islam. Inilah perkara asas yang menjadi cabaran awal kepada interaksi antara tamadun. 1.8.2 Konsep Kesepaduan dan Pengawalan Perjalanan alam dan dunia ini sering di lihat oleh manusia sebagai suatu yang tersendiri dan tiada kaitan dengan pihak lain. Segalanya berlaku secara kebetulan dan tiada kaitan dengan ketuhanan. Dalam tamadun sekular barat, perkara seperti ini adalah jelas, di mana sekularisme yang menguasai pemikiran mereka mengajar bahawa perkara-perkara keduniaan hanyalah untuk keduniaan semata-mata dan tiada kaitan dengan agama. Oleh yang demikian, segala aktiviti yang bersifat keduniaan seperti urusan perniagaan dianggap sebagai kegiatan sesama manusia sahaja dan tiada hubungan dengan tuhan. Apa yang diharapkan hanyalah keuntungan, dengan apa cara sekalipun dan tanpa terikat dengan perundangan tuhan. Undang undang atau peraturan ciptaan hasil pemikiran manusia untuk mengawal sesuatu urusan adalah wujud, tetapi dari segi perlaksanaannya adalah bergantung terhadap budi bicara dan kebijaksanaan manusia dalam mengendalikannya. Di dalam keadaan seperti ini, manusia seolah-olah melakukan sesuatu tanpa keikhlasan, mengenepikan aspek kebajikan dan sebagainya kerana yang dikejar hanyalah keuntungan dunia. Apatah lagi sekiranya kita merasakan tiada hubungan ketuhanan terhadap apa yang dilakukan dan ini bermakna, penipuan boleh berlaku dibelakang tabir kerana kawalan manusia adalah terhad kepada apa yang berlaku di depan mata sahaja dan terlalu longgar. Keadaan ini adalah berbeza sekiranya di lihat dari perspektif Islam di mana hubungan manusia dengan Allah dan erat dan begitu juga hubungan manusia sesama manusia. Segala urusan manusia sehari hari seperti berniaga dan sebagainya mestilah mengikut akidah, syariat, dan akhlak Islam. Walaupun kegiatan seperti itu hanya dilihat sesama manusia

Page 18: Pelajaran 01- 05

18

tetapi ianya tidak terlepas daripada kawalan Ilahi sebagai kawalan yang mutlak. Tegasnya, tamadun Islam adalah tamadun yang terpimpin dan sempurna.

SOALAN DALAM TEKS 1.4

1. Apakah halangan kepada berlakunya interaksi antara tamadun? A. Bersifat terbuka kepada semua tamadun di dunia. B. Menekankan kepentingan peribadi dan keluarga. C. Mengikut falsafah kebahagiaan dan kemakmuran. D. Terlalu ikhlas dalam melakukan sesuatu.

2. Bincangkan persamaan dan perbezaan antara tamadun

beserta contoh yang sesuai. 3. Bolehkah kepelbagaian tamadun yang wujud didunia

ini berinteraksi antara satu sama lain? Kemukakan hujah anda beserta bukti dan contoh-contoh yang relevan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.8.3 Konsep Kemajuan dan Pembangunan Kemajuan menurut pandangan sekular barat adalah diukur berdasarkan keuntungan, penciptaan perkara-perkara baru dan sebagainya. Pendek kata, keutamaan hanyalah diberikan kepada aspek kebendaan dan mengenepikan aspek kerohanian. Islam mengambil kira kedua-dua aspek tersebut atau dengan lain perkataan, pembangunan Islam adalah bersifat komprehensif dan multi-dimensional. Islam mengutamakan kerohanian tanpa mengabaikan aspek kebendaan. Pendidikan ditekankan semenjak manusia dilahirkan ke dunia ini dan hinggalah ke akhir hayat. Dalam menjalani kehidupannya, manusia diperintahkan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam konteks ekonominya, dan mendapat rezeki yang halal dan tidak mengejar kejayaan dan kekayaan tanpa batas. Dengan kata lain, keseimbangan antara kemajuan kebendaan dan kerohanian atau keduniaan dan keakhiratan haruslah berjalan seiring bagi melahirkan manusia yang sempurna dan sentiasa mendapat keredaan Allah s.w.t.

Page 19: Pelajaran 01- 05

19

Islam juga mengambil kira bentuk-bentuk pembaharuan yang dilahirkan dan ditemui, bagaimana dicapai dan matlamatnya. Sebagai contoh, virus computer adalah suatu penemuan baru dalam dunia sains, tetapi Islam tidak mengiktiraf ia sebagai pembaharuan dan tamadun dan begitu juga Islam menyanjungi kemajuan sains nuklear tetapi tidak sama sekali membenarkan ia digunakan untuk memusnahkan alam dan manusia. Oleh yang demikian, kayu ukur sebenar untuk menentukan kemajuan yang sebenar adalah sejauh mana ia menepati etika kebenaran yang mutlak yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

1.9 KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan di atas, diharapkan anda sudah dapat memahami secara mendalam tentang tamadun dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Tamadun adalah satu perubahan dan permodenan tehadap alam dan manusia. Kepelbagaian ideologi dan kefahaman yang wujud telah melahirkan pelbagai takrifan terhadap tamadun. Dalam masyarakat barat, mereka melihat tamadun sebagai satu pencapaian kebendaan dan keduniaan semata-mata, dan sebaliknya apabila di lihat dari perspektif agama, tamadun adalah suatu tuntutan yang diwajibkan. Keseimbangan antara rohani dan jasmani (material dan spiritual) adalah asas penting yang melahirkan tamadun yang unggul. Atas dasar inilah dibahaskan tentang masyarakat madani, iaitu suatu masyarakat yang terkandung nilai-nilai yang positif dan merangkumi kedua aspek rohani dan jasmani. Keadaan ini mungkin berbeza dengan pemikiran masyarakat barat yang menekankan pembangunan kebendaan dan menolak kepentingan rohani dalam kehidupan. Tamadun muncul dan berkembang dalam sesuatu masyarakat dengan merujuk kepada keadaan dan suasana masyarakat itu sendiri. Yang mengerakkan tamadun adalah masyarakat dan yang meruntuhkan tamadun juga adalah masyarakat itu sendiri. Pertimbangan akal fikiran yang baik akan memastikan berlakunya proses interaksi antara tamadun dan sifat tolak ansur adalah sesuatu yang mulia dan perlu diberikan keutamaan sekiranya kita ingin melihat pembangunan masyarakat di dunia ini mencapai tahap yang gemilang dari segi keamanan sejagat dan kemajuan yang berpanjangan.

Page 20: Pelajaran 01- 05

20

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan dengan jelas definisi tamadun dan kemukakan

pendapat ahli sejarah mengenainya? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan al-Hadharah dan al-madaniyyah? 3. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan dan

perkembangan sesuatu tamadun. 4. Nyatakan dengan jelas, bagaimanakah berlakunya interaksi antara

tamadun? 5. Nyatakan fakta-fakta asas yang membezakan antara tamadun.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 1.1

1. D. 2. Salah. 3. B. 4. Masyarakat yang dibentuk hasil daripada penggabungan

pembangunan kebendaan dan kerohanian.

SDT 1.2 1. C. 2. Salah. 3. - menjadikan agama sebagai asas utama tamadun.

- memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. - tidak kabur terhadap pembangunan kebendaan.

Page 21: Pelajaran 01- 05

21

SDT 1.3 1. C. 2. D. 3. - perubahan dan peredaran alam dan manusia.

- desakan persekitaran dan keperluan hidup. - fitrah kejadian dan perkembangan manusia yang memerlukan

perubahan dalam hidup.

SDT 1.4 1. B. 2. - doktrin agama dalam tamadun.

- konsep kesepaduan dan pengawalan. - konsep kemajuan dan pembangunan.

3. Tamadun di dunia boleh berinteraksi.

Page 22: Pelajaran 01- 05

22

Page 23: Pelajaran 01- 05

23

BAB 2

KONSEP TAMADUN ISLAM

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mendefinisikan tamadun Islam. 2. Mengenal pasti konsep dan kandungan tamadun Islam. 3. Membincangkan ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam. 4. Membezakan konsep agama dan ad-din.

2.1 PENGENALAN Dalam pelajaran yang lalu telah dibincangkan tentang peristilahan tamadun secara umum. Perbincangan dalam pelajaran ini pula akan ditumpukan secara khusus kepada konsep dan definisi tamadun Islam. Selain daripada itu, perbincangan juga akan memfokuskan kepada kandungan utama tamadun Islam, di samping melihat apakah perbezaan antara agama dan ad-din. 2.2 KONSEP DAN DEFINISI TAMADUN ISLAM Berdasarkan penelitian dan pengkajian didapati tidak terdapat definisi khusus yang diberikan kepada tamadun Islam oleh para penulis ilmu ketamadunan. Hal ini disebabkan konsep tamadun merupakan suatu konsep yang luas dan kompleks yang boleh di lihat dari pelbagai sudut. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada huraian-huraian yang dikemukakan oleh para pengkaji dan penulis ilmu ketamadunan yang terdahulu, dapat disimpulkan bahawa yang dimaksudkan dengan tamadun Islam ialah manifestasi kecemerlangan sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek yang merangkumi unsur kerohanian, jasmani, pemikiran dan kebendaan yang seimbang dan bersepadu, yang terkesan secara langsung daripada penghayatan Islam itu sendiri (Rasid, 1996). Bagi sesetengah sarjana dan pengkaji ilmu ketamadunan lain, mereka mendefinisikan tamadun Islam sebagai segala yang dihasilkan oleh fikiran orang Islam menurut watak dan panduan agama Islam sendiri, ini

Page 24: Pelajaran 01- 05

24

termasuklah segala bentuk peralatan dan perkakasan yang mereka hasilkan dan gunakan sejak dahulu hingga sekarang (Abd. Rahman et al., 1995). Berdasarkan catatan sejarah, bangsa Arab merupakan perintis dan pelopor kepada perkembangan tamadun Islam. Kemudiannya perkembangan ini diteruskan pula oleh bangsa Sepanyol, Parsi, Turki, India, dan bangsa-bangsa lain yang berada dalam pemerintahan Islam. Keadaan ini akhirnya membentuk tamadun Islam sebagai tamadun yang bersifat antarabangsa. Sifat ini boleh di lihat menerusi pencapaian tamadun Islam itu sendiri dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kesenian dan seni bina. Berbagai-bagai bentuk hasil seni bina dan kesenian telah lahir daripada tamadun Islam. Adunan ini berpandukan kepada kitab suci al-Quran dan al-Sunnah yang dilahirkan dalam satu bentuk tamadun pemikiran yang mempunyai sifatnya yang tersendiri. Ini merupakan tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.

SOALAN DALAM TEKS 2.1

1. Berdasarkan kefahaman anda, apakah definisi tamadun Islam yang paling tepat seperti yang diberikan oleh sesetengah para pengkaji ilmu ketamadunan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.3 KELAHIRAN TAMADUN ISLAM Tamadun Islam seperti yang ada sekarang telah mula lahir apabila lahirnya sebuah masyarakat Islam di Mekah pada tahun 610 Masihi serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Pesuruh Allah (Rasulullah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, di sana tertubuh sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh Baginda. Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab kepada perkembangan tamadun Islam setapak demi setapak hingga terdiri satu tamadun yang tinggi yang telah menjadi sebab munculnya tamadun dunia moden.

Page 25: Pelajaran 01- 05

25

Perlu juga diingatkan bahawa sebelum tamadun Islam wujud, tamadun-tamadun lain seperti tamadun Parsi, tamadun India, tamadun Yunani, tamadun Mesir dan tamadun Romawi telah pun wujud. Orang Arab sendiri pun telah ada satu bentuk tamadun yang tidak kurang majunya. Tidak dapat dinafikan bahawa tamadun–tamadun ini banyak mempengaruhi tamadun Islam yang baru lahir. Oleh itu, ada baiknya disentuh secara umum mengenai tamadun-tamadun awal sebelum tamadun Islam itu. 2.4 TAMADUN-TAMADUN TERDAHULU Seperti yang terdapat dalam sejarah, orang Arab sebelum kedatangan agama Islam telah mempunyai tamadun sendiri dalam bidang kehidupan terutama orang Arab yang dikenali sebagai Arab Badawi yang tinggal di kawasan Hijaz. Sungguhpun orang Arab Badawi hidup berpindah- randah dan berpuak-puak tetapi bagi tiap-tiap puak itu telah wujud suatu bentuk pemerintahan. Syeikh al-Qabilah (Ketua Kabilah) bagi mereka dianggap sebagai raja, hakim, penguasa perbendaharaan dan juga ketua tentera. Pemilihan ketua kabilah dilakukan atas dasar-dasar tertentu seperti orang yang berpengaruh, orang yang termulia di kalangan mereka dan yang lebih berusia. Selain daripada itu orang Arab Badawi juga telah terkenal dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Di kalangan mereka Mekah merupakan pusat perniagaan yang menjadi tumpuan. Namun begitu, pada musim-musim tertentu mereka juga akan keluar untuk berdagang dan berniaga di tempat-tempat lain seperti Syam dan Yaman. Di samping perniagaan orang Arab juga telah terkenal dalam bidang kesusasteraan terutamanya dalam seni pengarangan sajak dan syair. Sering kali ketika mereka berniaga, mereka akan mengadakan pertandingan mengarang dan mencipta sajak serta syair. Pasar-pasar seperti Suhar, Ukaz dan Zul Majaz merupakan tempat di mana mereka mempersembahkan hasil sastera mereka untuk dinilai dan dipertandingkan di samping mengurus perdagangan dan perniagaan. Selain tamadun Arab Jahiliah, tamadun Parsi juga adalah sebuah tamadun yang terkenal sebelum kedatangan Islam. Tamadun Parsi banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam terutama dalam bidang ilmu falsafah dan ilmu perubatan. Dalam pada itu, tamadun Romawi yang terletak di sebelah barat juga dikenal pasti banyak mempengaruhi tamadun Islam. Ini boleh di lihat terutamanya dalam bidang ilmu astronomi dan perubatan yang mereka warisi daripada tamadun Yunani. Orang Islam banyak menterjemahkan buku-buku ilmu pengetahuan mereka ke dalam bahasa Arab.

Page 26: Pelajaran 01- 05

26

Di samping dua tamadun besar di atas yang banyak mempengaruhi tamadun Islam, tamadun-tamadun lain seperti tamadun India, tamadun China dan tamadun Mesir Purba juga telah menyumbangkan pelbagai perkara kepada tamadun Islam sama ada ianya berupa ilmu pengetahuan atau kemahiran-kemahiran yang dibawa masuk ke dalam tamadun Islam oleh bangsa-bangsa tersebut apabila mereka memeluk Islam. Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa tamadun Islam pada awalnya merupakan himpunan daripada tamadun-tamadun terdahulu yang kemudiannya telah dibina semula mengikut acuan dan panduan agama Islam sehingga akhirnya terbentuklah sebuah tamadun yang mempunyai identiti yang berbeza daripada bentuk asalnya yang dikenali sebagai tamadun Islam (Mahayudin, 1998; Hamka,1994).

SOALAN DALAM TEKS 2.2

1. Sejarah tamadun Islam bermula apabila terbentuknya masyarakat Islam di Mekah. Bincangkan.

2. Tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh tamadun-

tamadun terdahulu seperti tamadun Romawi, Parsi, Yunani dan sebagainya. Bagaimana proses ini boleh berlaku?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.5 KANDUNGAN TAMADUN ISLAM Tamadun Islam merupakan tamadun yang unik dan kompleks, dan menggabungkan pelbagai unsur, sama ada yang diambil dari tamadun lain mahu pun yang berasal dari tamadun Islam sendiri. Oleh sebab itu, untuk menghuraikan kandungan tamadun Islam ianya hendaklah dibuat dalam bentuk yang luas yang boleh menggambarkan keluasan tamadun Islam itu sendiri. Mengikut Jurji Zaydan dalam bukunya ‘Tarikh at-Tamaddun al-Islami’ (lihat dalam M.A.J. Beg, 1982) tamadun Islam mengandungi perkara-perkara berikut:

(i) Negara Islam dan kerajaan (termasuk sistem pentadbiran);

(ii) Bandar-bandar Islam termasuk Basrah, Kufah, Fustat dan Baghdad;

Page 27: Pelajaran 01- 05

27

(iii) Susun lapis masyarakat; (iv) Sains dan perkembangan ilmu pengetahuan; (v) Bangunan-bangunan dan seni bina Islam; dan (vi) Seni Islam terutama muzik dan nyanyian.

Seorang penulis lain, Hassan Husni Abdul Wahab, dalam tulisannya ‘Waraqat ‘an al-Hadarat al-Arabiyah bi Ifriqiyah al-Tunisia’ (lihat dalam M.A.J. Beg, 1982) memfokuskan perkara berikut sebagai kandungan utama tamadun Islam, iaitu

(i) Bandar-bandar Islam seperti Qairawan, Abbasiah, Raqqadah dan Susah;

(ii) Bangunan-bangunan dan seni bina Islam dengan penumpuan khusus kepada masjid dan bangunan penting lain;

(iii) Kehidupan ekonomi, terutama perniagaan dan perusahaan;

(iv) Susun lapis masyarakat, terutama masyarakat kota; (v) Sains dan pendidikan, dengan tumpuan khusus kepada

astronomi, perubatan dan pengajian Islam; dan (vi) Seni Islam seperti muzik, nyanyian dan seni lukis.

Seorang penulis barat, Rene Grausset (1967) menghuraikan kandungan tamadun Islam hampir sama dengan huraian sarjana-sarjana Arab di atas. Melalui bukunya ‘The Civilization of The East’, beliau memfokuskan dua zaman Islam iaitu zaman Umaiyah dan Abbasiah. Tamadun zaman Abbasiah sebagai contoh difokuskan secara mendalam mengandungi unsur-unsur berikut:

(i) Negara Abbasiah; (ii) Bandar Baghdad; (iii) Kemajuan ekonomi pada zaman tersebut; (iv) Aliran-aliran intelektual; (v) Seni islam termasuk seni lukis dan tembikar; dan (vi) Seni bina dan tugu-tugu peringatan.

Ibnu Khaldun (lihat buku terjemahan F. Rosenthal’s berjudul The Muqaddimah: An Introduction to History, 1978) pula dalam kitabnya ‘al-Muqaddimah’ menganalisis aspek ketamadunan Islam dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek seperti berikut, iaitu

(i) Pengenalan terhadap tamadun dunia secara umum; (ii) Penjelasan tentang kehidupan masyarakat yang tidak

bertamadun; (iii) Negara dan sistem pentadbiran; (iv) Bandar-bandar, asal-usul dan pertumbuhannya; (v) Kehidupan ekonomi dengan penumpuan khusus kepada

kegiatan dalam kemahiran dan perdagangan; dan

Page 28: Pelajaran 01- 05

28

(vi) Sains dan pengajian, seperti Ilmu Hisab, Algebra dan Geografi, Kimia, Perubatan dan Pengajian keagamaan.

Berdasarkan pandangan dan tulisan para sarjana ketamadunan, secara keseluruhannya perbincangan mereka menumpukan beberapa aspek utama yang dapat disimpulkan sebagai kandungan atau hasil sesebuah tamadun. Di antara unsur yang difokuskan ialah faktor kerajaan Islam yang mempengaruhi kemunculan tamadun. Di samping itu, mereka juga memfokuskan aspek bandar dan perbandaran dalam kaitannya dengan tamadun, kegiatan ekonomi, pendidikan dan keilmuan serta seluruh cabang seni yang merupakan hasil tamadun yang unggul yang telah diterima oleh generasi yang lalu. Ia dapat memberi gambaran bahawa tamadun Islam ialah tamadun yang dinamik dan berkembang yang bukan hanya merujuk aspek spiritual dan agama, tetapi spiritual dan agama merentasi seluruh kegiatan masyarakat dan negara sama ada dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, keilmuan, perbandaran, kesenian, dan yang lainnya. Ia dapat membuktikan bahawa unsur agamalah yang mencetuskan satu peradaban yang tinggi yang dapat dibuktikan melalui hasil pencapaian tamadun yang cukup unggul. 2.6 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang membezakannya daripada tamadun lain. Antara ciri-ciri itu ialah bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah; mempunyai bentuk yang tetap dan tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu; sikap terbuka kepada semua tamadun; kesesuaiannya dengan tabiat semula jadi manusia; dan tamadun yang syumul dan unik. 2.6.1 Bersumberkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah Tamadun Islam tegak di atas dasar atau manhaj Allah s.w.t. yang terpancar di dalam al-Quran, kitab Allah terakhir yang diturunkan kepada manusia, mengandungi segala nilai, dasar, prinsip serta hukum-hakam yang membimbing manusia untuk mencapai perkembangan, dan kesempurnaan hidupnya. Ajaran-ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan bimbingan serta panduan yang terdapat di dalamnya telah mewujudkan tamadun yang unggul. Oleh kerana al-Quran adalah wahyu dan kalimah Allah, maka ia menghubungkan manusia dengan perubahan dan perkembangan, dan

Page 29: Pelajaran 01- 05

29

tamadun yang dicetuskannya sentiasa subur dan berkembang selaras dengan kehidupan. Tamadun Islam sentiasa memenuhi keperluan manusia dan mampu menyelesaikan persoalan yang dihadapi oleh manusia. Menurut perspektif Islam, wahyu (al-Quran dan al-Sunnah) adalah sebagai kriteria bagi menilai sesuatu perkara. Kriteria-kriteria yang lain seperti human experiance (pengalaman manusia), intiution (kebolehan mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau mengkaji), reason (akal) adalah sebagai faktor-faktor pembantu kepada wahyu. 2.6.2 Mempunyai Bentuk Tetap dan Tidak Dipengaruhi oleh

Hawa Nafsu Tamadun Islam mempunyai bentuk tetap dan bersandarkan kepada kitab Allah, oleh itu tamadun Islam terpelihara daripada keinginan dan hawa nafsu manusia kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan halal haram, baik buruk, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh semuanya jelas tertera dalam kitab al-Quran dan al-Sunnah. Semua ini dikenakan ke atas semua manusia tanpa batas perbezaan. Ini berbeza dengan perundangan manusia yang diciptakan oleh sekumpulan atau sesuatu bangsa yang tidak terjamin daripada dipengaruhi oleh dorongan hawa nafsu dalam mewujudkan undang-undang tersebut. Sementara itu nilai-nilai halal haram dalam perundangan Islam adalah tetap, berbeza dengan perundangan manusia yang dipengaruhi oleh perasaan dan sentimen yang kadang-kadang terpengaruh oleh cetusan fikiran, keinginan untuk mengambil hati segolongan manusia, yang mana kesemua ini akhirnya boleh melenyapkan nilai undang-undang tersebut dan menyebabkan berlakunya ketidakadilan. 2.6.3 Sikap Terbuka kepada Semua Tamadun Keistimewaan ini menjadikan tamadun Islam sentiasa berkembang maju dan ini menjamin kewujudannya sepanjang zaman. Tamadun Islam bersifat mengambil dan memberi (take and give). Ia menerima pengalaman-pengalaman yang berguna di samping mempersembahkan kepada tamadun asing hasil-hasil serta pencapaian-pencapaian yang diperolehinya. Berdasarkan inilah tamadun Islam telah bertaut dengan kebudayaan Parsi, Yunani, Romawi, dan sebagainya yang akhirnya telah membuahkan suatu tamadun yang mapan lagi mantap yang dijalin oleh berbagai unsur. Namun demikian corak atau bentuknya adalah corak Islam, setelah kebudayaan-kebudayaan tersebut dilebur dan disisihkan mana-mana yang tidak selari dengan nilai-nilai Islam.

Page 30: Pelajaran 01- 05

30

2.6.4 Kesesuaiannya dengan Tabiat Semula Jadi Manusia Tamadun Islam tegak di atas dasar yang seimbang dengan tabiat semula jadi manusia dan selaras dengan kehendak serta kecenderungan mereka. Ianya mencetuskan dorongan sehingga manusia dapat menjalankan peranan utamanya sebagai pemimpin (khalifah) di atas muka bumi. Ajaran-ajaran dan nilai yang dibawa oleh Islam adalah bertujuan untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Justeru itu, tidak hairanlah jika tamadun Islam yang berteraskan kepada ajaran-ajaran Islam sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia. 2.6.5 Tamadun yang Syumul (Lengkap) dan Unik Tamadun Islam adalah satu tamadun yang syumul. Kesyumulannya meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan kehidupan manusia pada masa lalu, masa kini, dan masa akan datang. Begitu juga ia dikatakan unik kerana tamadun Islam menyepadukan antara kehidupan keduniaan dan kehidupan kerohanian tanpa ada dikotomi, menghubungkan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar, dan manusia dengan Tuhan.

SOALAN DALAM TEKS 2.3

1. Berdasarkan pandangan sarjana Islam dan barat, apakah kesimpulan mereka terhadap kandungan utama tamadun Islam?

2. Antara ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam ialah

bersikap terbuka kepada tamadun-tamadun lain. Huraikan.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

2.7 ISLAM, AGAMA, DAN AD-DIN Tiap-tiap agama pada kebiasaannya diberi nama sesudah berlalu masa orang yang mengembangkannya. Nama-nama agama disandarkan kepada pendiri agama tersebut atau kepada suku bangsa di mana agama lahir dan berkembang. Di Parsi wujud agama Zoroaster, di mana agama ini dinisbahkan kepada pengembangnya iaitu Zoroaster yang meninggal

Page 31: Pelajaran 01- 05

31

pada tahun 583 SM. Agama Buddha (Buddhisme) adalah berasal dari nama Sidharta Gautama Buddha yang lahir pada tahun 560 SM di India. Buddha adalah gelaran bagi Sidharta yang bermaksud Penerangan Agung. Agama Yahudi (Judaisme) adalah agama yang dianut oleh orang-orang Yahudi (Jews) adalah berasal dari negeri Juda (Judea) atau Yahuda. Agama Hindu (Hinduisme) adalah merupakan kumpulan pelbagai agama dan pandangan tentang dunia oleh orang-orang India. Agama Toa (Toaisme) pula pada mulanya hanyalah berupa suatu ajaran falsafah sebagai manifestasi perasaan dan khayalan kehidupan orang-orang Cina. Ajaran Toa kemudiannya berkembang menjadi agama semasa Dinasti Han ( 206 SM – 220 M). Agama Kristian adalah nama yang berasal dari pengembangnya “Jesus Christ”, pengikut-pengikutnya pula dipanggil orang-orang Kristian. Orang-orang Islam biasanya menyebut agama Kristian sebagai agama Nasrani seperti yang disebut dalam al-Quran. Nasrani diambil bersempena dengan daerah asal Jesus Christ, iaitu Nazareth (Jesus of Nazareth) ( Nasrudin, 1971). Orang-orang barat biasanya menyebut Islam dengan nama Mohammedanisme atau Mohammedan. Peristilahan ini bukan sahaja tidak tepat tetapi secara prinsipnya juga adalah salah. Peristilahan sebegini boleh membawa erti bahawa Islam adalah fahaman atau pemujaan terhadap Nabi Muhammad sebagaimana perkataan Kristian dan Kristianiti yang mengandungi makna pemujaan kepada Jesus Christ. Analogi nama dengan agama-agama lain adalah tidak tepat untuk Islam. Nama Islam mempunyai perbezaan yang cukup ketara dengan nama agama lainnya. Perkataan Islam tidak mempunyai hubungan dengan orang tertentu atau dari kalangan manusia tertentu atau dari suatu tempat atau negeri tertentu. Islam adalah agama wahyu dari Allah. Perkataan Islam adalah nama yang diberikan oleh Allah. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang nama Islam, antaranya ialah

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.”

(Surah Ali Imraan 3:19) “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”

(Surah Ali Imraan 3:85)

Page 32: Pelajaran 01- 05

32

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan ni’matku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

(Surah al-Maaidah 5:3)

Menurut etimologi, Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu akar kata salama yang bererti sejahtera. Dari akar kata ini dibentuk kata aslama yang bermaksud memelihara diri dalam keadaan sejahtera dan yang juga bererti menyerahkan diri, patuh, tunduk dan taat. Kata aslama kemudiannya menjadi kata dasar Islam mengandungi segala makna yang terkandung dalam kata dasarnya. Oleh sebab itu orang yang melakukan aslama atau masuk Islam dinamakan muslim yang bererti orang itu telah menyatakan dirinya telah taat, menyerahkan diri dan patuh kepada Allah. Dengan melakukan aslama seseorang itu telah menjamin kesejahteraan hidupnya di dunia dan di akhirat. Islam adalah agama sepanjang sejarah manusia. Agama dari sekalian para Nabi dan Rasul yang pernah diutus oleh Allah kepada bangsa-bangsa dan kelompok-kelompok manusia. Islam adalah agama Nabi Adam, Ibrahim, Ya’kub, Musa, Isa dan lainya. Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada para RasulNya untuk disampaikan kepada umat manusia. Ia adalah rahmat, hidayah dan petunjuk kepada manusia untuk menjalani kehidupan dunia dan merupakan manifestasi sifat Rahman dan Rahim Allah (Harun et al.,1985). Dari perbincangan di atas telah dinyatakan tentang erti harfiah Islam. Berbeza dengan kata agama ia tidak berasal daripada bahasa Arab sebaliknya agama berasal daripada bahasa Sanskrit. Oleh kerana itu tafsiran tentang agama tidak mungkin boleh di bincang berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan Allah. Kata “ga” tidak ada dalam bahasa Arab sebab itu huraiannya mesti di lihat dari aspek lain. Dalam masalah terminologi, kata agama sama dengan istilah religion atau religi dalam bahasa Inggeris. Dalam kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English, ‘religion’ didefinisikan sebagai:

“Belief in the existence of supernatural rulling power, the creator and controller of the unverse,who has given to man a spiritual nature which continues to exist after the death of body.” (Agama ialah mempercayai adanya kuasa yang maha mengatasi, menguasai, menciptakan dan mengawasi alam semesta dan yang telah memberikan kepada manusia suatu tabiat rohani yang akan sentiasa wujud sekalipun jasadnya sudah mati).

(A.S Hornby, 1994)

Page 33: Pelajaran 01- 05

33

Dalam kamus ‘An English-Reader’s Dictionary’, A.S Hornby dan E.C Parnwell (1971) merumuskan ‘religi’ sebagai berikut:

(i) Belief in God as creator and controller of the universe. (Kepercayaan kepada Tuhan sebagai pencipta dan pengawas alam semesta); dan

(ii) System of faith and worship based on such belief. (Sistem kepercayaan dan peribadatan yang didasarkan atas keyakinan tertentu).

Sidi Gazalba (1986) mendefinisikan ‘religi’ sebagai “kepercayaan kepada Tuhan dan hubungan manusia dengan Tuhan yang kudus, yang dihayati sebagai hakikat yang ghaib berdasarkan doktrin tertentu.” Dengan penjelasan dan definisi yang telah dikemukakan itu jelas kepada kita pengertian agama. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa agama itu meliputi:

(i) Satu sistem kepercayaan kepada Tuhan, dan (ii) Satu sistem penyembahan kepada Tuhan.

Dengan demikian agama itu bidangnya ialah hubungan manusia dengan tuhan sahaja, tegasnya hanya bersifat vertikal. Dalam peristilahan bahasa Arab dan al-Quran, kata agama dapat diseertikan dengan ad-Din. Tetapi apabila ad-Din itu dihubungkan dengan Allah atau al-Haq maka jadilah Dinullah yang bererti agama yang datang dari Allah atau Dinulhaq yang bererti agama yang benar sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dialah yang telah mengutus Rasulnya (Muhammad s.a.w.) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.”

(Surah as-Saff 61:9) “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.”

(Surah Ali Imraan 3:19) Oleh kerana itu Islam ialah agama Allah yang diturunkan kepada para Rasul sejak Nabi Adam a.s hingga Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai Nabi terakhir baginda s.a.w. diutus dengan membawa syariat agama yang sempurna untuk seluruh manusia sepanjang zaman. Justeru itu agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. itulah yang tetap ada hingga sekarang dan pada masa akan datang. Secara kesimpulan, maka Islam itu ialah “ad-Din yang dibawa oleh nabi Muhammad, iaitu apa yang diturunkan oleh Allah di dalam al-Quran dan

Page 34: Pelajaran 01- 05

34

yang disebut dalam Sunnah yang sahih, berupa perintah-perintah, larangan-larangan dan petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.” (Nasrudin, 1971). Jadi tujuan Islam ialah untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan itu, Islam mengajar manusia aspek-aspek yang berkaitan dengan duniawi dan juga aspek-aspek yang berkaitan dengan ukhrawi. Oleh kerana itu Islam berpaksikan kepada:

(i) Ajaran yang menyusun dan mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya, merangkumi kepercayaan dan penyembahan. Oleh sebab itu Islam mengajar tentang sistem iman dan sistem ibadah yakni rukun iman dan rukun Islam; dan

(ii) Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Oleh sebab itu Islam mempunyai ajaran-ajaran yang berkaitan sosial, ekonomi, politik, seni, kebudayaan, perkahwinan, perwarisan, jihad, perang dan sebagainya.

Ajaran yang pertama (hubungan manusia dengan Tuhan) bersifat vertikal manakala ajaran kedua (hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam) bersifat horizontol. Jelas di sini bahawa yang menjadi skop agama hanya satu sahaja iaitu hubungan manusia dengan Tuhan sedangkan yang menjadi skop Islam ialah hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam. Oleh itu, Islam bukan hanya sistem agama sahaja sebaliknya ia adalah sistem hidup yang lebih luas. Di sinilah sebenarnya perbezaan antara agama Islam dengan agama-agama lain. Dalam hal ini, pendapat H.A.R Gibbamat bertepatan sekali iaitu “Islam is indeed much more than a system of theology, it is a complete civilization” - Islam itu sesungguhnya lebih daripada satu sistem agama sebaliknya ia adalah satu peradaban yang lengkap (Nasrudin, 1971).

SOALAN DALAM TEKS 2.4

1. Bincangkan perbezaan utama antara ad-din dan agama.

2. Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu daripada akar kata salama yang bererti sejahtera. Benar / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Page 35: Pelajaran 01- 05

35

2.8 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan dapat dirumuskan bahawa tamadun Islam merupakan antara tamadun yang unik, berprinsip serta mempunyai dinamika dan kepelbagaian dalam perkembangannya. Ia telah melalui perjalanan sejarah yang panjang dan mampu bertahan sehingga kini walaupun mengalami pasang surut. Namun ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri jikalau diteliti dan dikaji. Dalam setiap peringkat perkembangan tamadun Islam, agama Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap merupakan teras yang mendokongi kesemua cabang-cabang kehidupan manusia. Tamadun Islam merupakan tamadun yang menggabungkan aspek kerohanian dan aspek jasmani, dan yang menggabungkan kehidupan duniawi dan juga ukhrawi. Matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan membawa manusia kepada erti kemajuan dan kejayaan yang sebenar mengikut panduan agama.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai kejayaan tamadun Islam KECUALI A. menjadi agama sebagai asas utama. B. memiliki pengetahuan yang tinggi. C. meletakkan kejayaan dunia sebagai asas penting. D. menghargai fitrah manusia.

2. Tamadun Islam bermula di __________ pada tahun

__________ sebelum melewati Basrah, Damsyik, Baghdad, Cordova hinggalah ke Melaka, Acheh dan sebagainya. A. Mekah, 610 M B. Madinah, 622 M C. Mekah, 612 M D. Madinah, 610 M

3. Pilih keterangan yang hanya berkaitan dengan tamadun Islam.

I Tamadun Islam bersifat antarabangsa. II Tamadun Islam bersifat sarwajagat. III Tamadun Islam wujud sejak 12 abad yang lalu. IV Tamadun Islam pernah mengalami era kemerosotan. V Tamadun Islam adalah sinonim dengan tamadun Arab.

A. I, II, III dan IV

Page 36: Pelajaran 01- 05

36

B. I, II, III dan V C. I, II, IV dan V D. I, II dan IV

4. Semua berikut adalah berkaitan dengan asas tamadun Islam,

KECUALI A. al-Quran B. al-Sunnah C. Aqiqah D. Syariah

5. Siapakah masyarakat yang bertamadun menurut Islam?

A. Masyarakat yang tinggal di Madinah. B. Masyarakat yang mengamalkan cara hidup moden. C. Masyarakat yang membangun secara fizikal dan spiritual. D. Masyarakat yang hanya menjurus kepada bidang rohani.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 2.1

1. Berdasarkan pandangan para pengkaji ilmu ketamadunan,

kebanyakan mereka bersetuju dengan definisi tamadun Islam yang menyebut tamadun Islam ialah satu manifestasi kecemerlangan sesebuah masyarakat dalam pelbagai aspek yang merangkumi unsur kerohanian, jasmani, pemikiran dan kebendaan yang seimbang dan bersepadu, yang dipengaruhi secara langsung hasil daripada penghayatan Islam itu sendiri.

SDT 2.2

1. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejarah tamadun Islam

bermula apabila terbentuknya masyarakat Islam di Mekah. Selepas Nabi Muhammad dilantik sebagai Rasul, antara tugas terawal baginda ialah berdakwah kepada masyarakat Arab di Mekah untuk memeluk Islam. Hasil pemelukan Islam oleh beberapa orang Arab pada peringkat awal akhirnya telah membentuk masyarakat Islam di Mekah. Pembentukan masyarakat Islam di Mekah merupakan detik awal bermulanya sejarah tamadun Islam. Manakala pembentukan negara Islam di

Page 37: Pelajaran 01- 05

37

Madinah pula merupakan sebab kepada perkembangan tamadun Islam secara lebih pesat sehingga menjadi tamadun yang besar.

2. Tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh tamadun terdahulu seperti tamadun Romawi, Yunani, Parsi dan sebagainya. Proses ini berlaku terutamanya melalui dua cara. Pertama melalui penterjemahan buku-buku ilmu pengetahuan tamadun-tamadun tersebut ke adalah bahasa Arab oleh orang-orang Islam, dan kedua melalui proses pemelukan Islam oleh bangsa-bangsa tamadun tersebut. Dengan memeluk Islam, mereka juga sebenarnya membawa masuk pengaruh tamadun mereka ke dalam tamadun Islam.

SDT 2.3

1. Secara kesimpulan, para sarjana Islam dan barat bersetuju bahawa

kerajaan Islam merupakan kandungan dan hasil utama tamadun Islam. Faktor kerajaan ini kemudiannya dibantu pula oleh aspek perbandaran, kegiatan ekonomi, pendidikan, keilmuan dan seluruh cabang seni. Kesemua aspek ini bersandarkan kepada agama Islam yang menjadi teras kepada tamadun Islam.

2. Antara ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam ialah bersikap terbuka kepada tamadun lain. Ciri ini menjadikan tamadun Islam sentiasa berkembang maju dan berupaya meneruskan kewujudannya sepanjang zaman. Tamadun Islam menerima segala pengetahuan dan pengalaman tamadun-tamadun lain yang kemudiannya diolah semula menurut corak Islam. Hasilnya lahirlah sebuah tamadun manusia yang hebat dan mantap yang terjalin dalam pelbagai unsur.

SDT 2.4

1. Ad-Din ialah suatu konsep yang menyeluruh yang

menghubungkan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam, sedangkan agama hanya menfokuskan hubungan manusia dengan Tuhan semata-mata. Tegasnya agama bersifat ritual sahaja. Dari sudut yang lain, ad-din ialah sistem hidup yang serba lengkap sedangkan agama hanya memberi penekanan kepada aspek kepercayaan dan penyembahan Tuhan semata-mata.

Page 38: Pelajaran 01- 05

38

Page 39: Pelajaran 01- 05

39

BAB 3

AL-QURAN

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Menghayati dan memahami maksud al-Quran. 2. Membahaskan sejarah penurunan al-Quran. 3. Membezakan antara ayat Makkiyah dan ayat Madaniyyah. 4. Membincangkan sejarah penulisan dan pengumpulan al-Quran. 5. Mengetahui kandungan dan mengkaji keistimewaan al-Quran.

3.1 PENGENALAN Tamadun Islam mempunyai prinsip dan teras kewujudannya melalui keunggulan sistem Islam itu sendiri, dan al-Quran merupakan sumber yang mengarahkan perjalanan tamadun sepanjang pembinaannya. Oleh kerana itu, perkembangan tamadun Islam mendapat hidayah daripada al-Quran khususnya dalam memantapkan beberapa aspek nilai yang menjadi asas orientasi dalam merancang dan melaksanakan pembangunan tamadunnya. Justeru itu dalam pelajaran ini perbincangan akan menumpukan kepada konsep serta kedudukan al-Quran dalam tamadun Islam dan bagaimana al-Quran berperanan dalam membentuk kehidupan individu serta masyarakat dengan segala keistimewaan yang ada padanya. 3.2 DEFINISI AL-QURAN Perkataan al-Quran dari segi bahasa bermaksud ‘bacaan’. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu).” (Surah al-Qiyamah 75:17)

Pendapat yang kedua pula mengatakan bahawa al-Quran bermakna satu bentuk himpunan kerana perkataan Quran berasal daripada kata dasar qaraa yang bermakna himpunan. Pendapat lain pula menegaskan bahawa

Page 40: Pelajaran 01- 05

40

kata Quran itu berasal daripada qarana yang bermaksud bandingan; dengan maksud bahawa al-Quran apabila dibandingkan dengan kitab-kitab lain akan menyerlahkan keistimewaannya. Ada juga yang berpendapat bahawa perkataan al-Quran itu hanya nama kepada wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bukannya berasal daripada mana-mana kata-kata dasar (Muhammad Abdul Azim, 1986).

Dari sudut istilah pula, al-Quran didefinisikan sebagai kalam Allah yang bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan secara mutawatir (diriwayatkan secara beramai dengan cara berturut-turut) dan membacanya merupakan ibadah (Subhi, 1964). Al-Quran tersusun dalam 114 bahagian yang dikenali sebagai surah dan jumlah ayatnya ialah melebihi enam ribu ayat. Pembahagian surah adalah berdasarkan petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Setiap surah diberi nama mengikut isi atau perkataan yang terkandung didalamnya. Surah-surah ini ada yang panjang dan ada yang pendek. Surah al-Baqarah merupakan yang terpanjang dengan 286 ayat dan surah al-Nasr merupakan yang terpendek dengan tiga ayat (Nizamudin,1984).

SOALAN DALAM TEKS 3.1

1. Nyatakan definisi al-Quran dari sudut bahasa dan istilah.

2. Al-Quran mengandungi 114 surah dan lebih daripada

enam ribu ayat. Betul / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.3 SEJARAH PENURUNAN AL-QURAN Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara beransur-ansur dengan cara menurunkan beberapa ayat dari sesuatu surah atau satu surah yang pendek secara lengkap. Penurunan al-Quran mengambil masa selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Ayat atau wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah lima ayat pertama dari Surah al-Alaq iaitu firman Allah yang bermaksud:

Page 41: Pelajaran 01- 05

41

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.

(Surah al-Alaq 96 :1-5) Ayat-ayat ini diturunkan ketika Nabi Muhammad sedang berada di Gua Hira’. Penurunan ayat-ayat ini juga menandakan perlantikan Nabi Muhammad secara rasmi sebagai rasul dan nabi. Mengikut ulama dan pengkaji al-Quran, ayat-ayat ini diturunkan pada tarikh 17 Ramadan, iaitu bersamaan 6 Ogos 610 Masihi. Manakala ayat al-Quran yang terakhir sekali yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ialah ayat ketiga daripada surah al-Maidah yang bermaksud:

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

(Surah al-Maidah 5: 3) Ayat terakhir ini turun ketika Nabi Muhammad s.a.w. sedang menunaikan ibadat Haji Wida’ (Haji Perpisahan) di Arafah, iaitu pada hari Jumaat 9 Zulhijah tahun ke 10 Hijrah bersamaan dengan bulan Mac 632 Masihi. Selepas 81 hari ayat ini diturunkan Nabi Muhammad s.a.w. pun wafat, iaitu pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah bersamaan dengan 8 Jun 632 Masihi (Masjfuk, 1980). 3.4 AYAT MAKKIYYAH DAN MADANIYYAH Al-Quran diturunkan dalam dua peringkat iaitu di Mekah dan di Madinah. Peringkat pertama ialah ayat-ayat yang diturunkan ketika Nabi Muhammad berada di Mekah iaitu bermula sejak baginda dilantik sebagai Rasul sehingga baginda berhijrah ke Madinah. Peringkat ini mengambil masa selama 13 tahun. Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dinamakan sebagai Makkiyah. Peringkat kedua iaitu ayat-ayat yang diturunkan di Madinah iaitu selepas Nabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah. Peringkat ini berlangsung selama 10 tahun. Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah dikenali sebagai Madaniyyah. Perbezaan utama antara ayat-ayat Makkiyah dan Madaniyyah adalah seperti berikut:

Page 42: Pelajaran 01- 05

42

1. Ayat-ayat Makkiyah umumnya pendek-pendek sedangkan ayat-ayat yang diturunkan di Madinah (Madaniyyah) panjang-panjang.

2. Dalam surah-surah Makkiyah selalunya terdapat ayat-ayat yang dimulai dengan perkataan “Yaa ayyuhannas” (Wahai! Manusia) sedangkan dalam ayat-ayat Madaniyyah kebanyakan ayat-ayat dimulai dengan ungkapan, “Ya ayyuhal ladzi na aamanu” (Wahai! Orang-orang yang beriman).

3. Ayat-ayat Makkiyah banyak membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan tauhid, iman, taqwa, dosa dan pahala serta sejarah bangsa-bangsa lalu. Sedangkan ayat-ayat Madaniyyah banyak membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam, kemasyarakatan, kenegaraan, peperangan, undang-undang antarabangsa serta perhubungan antara orang Islam dengan yang bukan Islam (Hafiz, 1985).

SOALAN DALAM TEKS 3.2

1. Ayat pertama al-Quran yang diturunkan iaitu iqra bermaksud ______________. Diturunkan kepada Nabi Muhammad di ____________ mengandungi signifikan mengenai___________ . A. bacalah/Gua Thur/intelektual B. bacalah/Gua Hira’/politik C. bacalah/Gua Hira’/intelektual D. bacalah/Gua Hira’/politik

2. Nyatakan dua perbezaan antara ayat Makkiyah dan

ayat Madaniyyah.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.5 SEJARAH PENGUMPULAN DAN PENULISAN AL-

QURAN

Pengumpulan dan penulisan al-Quran mengalami tiga peringkat iaitu pada zaman Nabi Muhammad, zaman Khalifah Abu Bakar, dan zaman Khalifah Uthman.

Page 43: Pelajaran 01- 05

43

3.5.1 Pengumpulan dan Penulisan Al-Quran Pada Zaman Nabi Muhammad

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w pengumpulan al-Quran pada mulanya lebih tertumpu kepada kaedah penghafazan. Ini disebabkan Nabi Muhammad s.a.w sendiri merupakan seorang yang buta huruf dan baginda diutuskan kepada masyarakat yang juga buta huruf. Dalam pada itu kemudahan-kemudahan penulisan tidak wujud lagi pada zaman itu. Oleh kerana itu penghafazan dalam dada lebih diutamakan daripada pengumpulan dalam bentuk tulisan. Pada hakikatnya al-Quran mendapat perhatian yang lebih daripada Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya dengan mengutamakan penghafazan daripada pengumpulan dalam bentuk tulisan. Walau pun begitu ada juga dari kalangan para sahabat yang menulis al-Quran sekalipun jumlah dan keupayaan mereka agak terhad. Dalam pada itu, Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah melantik beberapa sahabat yang mempunyai kebolehan menulis sebagai jurutulis wahyu, antaranya ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zaid bin Thabit, Muawiyah, Ubai bin Kaab, Khalid al-Walid, dan lain-lain. Apabila ayat al-Quran turun baginda menyuruh penulis-penulis wahyu ini menulis ayat-ayat itu dengan penuh hati-hati dan cermat. Penulisan al-Quran pada masa itu dibuat atas pelepah tamar, batu-batu leper dan nipis, kulit-kulit binatang dan daun-daun kayu serta tulang-tulang binatang. Semua bahan-bahan yang dituliskan dengan ayat-ayat al-Quran ini disimpan di rumah Nabi Muhammad. Pada peringkat ini ayat-ayat yang ditulis masih dalam keadaan tidak tersusun atau tidak di himpun dalam suatu mashaf. Di samping penulisan yang disimpan di rumah Nabi Muhammad, ada juga para sahabat lain yang menulis al-Quran untuk simpanan peribadi mereka. Kebiasaannya mereka tidak menulis semua ayat al-Quran yang diturunkan dengan teratur dan lengkap kerana sering kali mereka tidak dapat mengikuti setiap kali turunnya ayat al-Quran disebabkan terpaksa menjalankan tugas-tugas lain. Apa yang jelas al-Quran sebenarnya sudahpun mula ditulis pada zaman Nabi Muhammad lagi (Muhammad Abdul, 1986). 3.5.2 Pengumpulan dan Penulisan Al-Quran Pada Zaman

Khalifah Abu Bakar Setelah Nabi Muhammad s.a.w wafat, Abu Bakar telah mengambil alih pentadbiran masyarakat Islam. Antara cabaran utama yang beliau terpaksa tempuh semasa mengambil alih pentadbiran dari Nabi Muhammad ialah pemberontakan yang dilakukan oleh golongan yang murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. Hasilnya telah berlaku pertempuran di antara tentera-tentera Islam dengan kedua

Page 44: Pelajaran 01- 05

44

golongan tersebut di Yamamah, iaitu pada tahun 12 Hijrah. Dalam pertempuran ini ramai golongan penghafaz al-Quran telah terkorban. Ada pendapat yang mengatakan seramai 70 orang penghafaz al-Quran telah terkorban, dan ada yang mengatakan jumlah penghafaz al-Quran yang terkorban ialah 500 orang (Hamka, 1994). Melihat ramainya para penghafaz al-Quran yang terkorban, Umar ibn al-Khattab memikirkan sesuatu untuk menjamin supaya al-Quran tidak akan hilang ditelan zaman. Akhirnya beliau telah mencadangkan kepada Abu bakar supaya al-Quran dikumpulkan untuk mengelakkan al-Quran dari hilang bersama para penghafaznya yang mati atau terkorban. Pada mulanya Abu Bakar ragu-ragu untuk melaksanakan cadangan Umar memandangkan hal seperti itu tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad, tambahan pula beliau bimbang bahawa kalau al-Quran dikumpulkan seperti cadangan Umar, mungkin ianya akan mendedahkan al-Quran kepada penyelewengan dan pemalsuan disebabkan pengubahsuaian yang mungkin dilakukan oleh para pengumpul tersebut. Walau bagaimanapun, Abu Bakar akhirnya bersetuju dengan cadangan Umar setelah beliau diyakinkan oleh Umar tentang kebaikan yang akan wujud sekiranya al-Quran dikumpulkan. Menurut Umar usaha pengumpulan al-Quran tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai satu usaha untuk menjaga al-Quran dari sebarang penyelewengan dan pemalsuan, malahan ia bukanlah perkara baru yang terkeluar dari cara yang dikehendaki oleh Nabi Muhammd s.a.w kerana usaha itu merupakan lanjutan daripada asas-asas yang telah dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri dalam menjaga al-Quran, di mana Nabi Muhammad s.a.w pernah melantik para penulis wahyu pada masa baginda masih hidup. Abu Bakar kemudiannya telah memberi tanggungjawab untuk mengumpul al-Quran kepada salah seorang sahabat yang cukup terkenal dengan pengalamannya mengumpul al-Quran, iaitu Zaid ibn Thabit. Sebagaimana yang diketahui Zaid bin Thabit merupakan seorang penghafaz al-Quran dan beliau juga adalah salah seorang penulis wahyu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di samping itu, beliau juga adalah seorang yang berfikiran matang, warak, amanah, berakhlak mulia, dan sangat patuh dalam menjalankan perintah agama. Dalam menjalankan tugasnya mengumpul al-Quran, Zaid sangat berhati-hati. Ini adalah untuk menjamin bahawa al-Quran yang dikumpulkan itu adalah menyeluruh dan sempurna. Ketika menjalankan tugas mengumpul al-Quran Zaid bergantung kepada dua sumber utama iaitu

(i) Ayat-ayat al-Quran yang ditulis di hadapan Nabi dan yang disimpan di rumah Nabi; dan

(ii) Ayat-ayat yang dihafaz oleh para sahabat yang hafiz al-Quran.

Page 45: Pelajaran 01- 05

45

Zaid tidak akan menerima atau merekodkan sebarang tulisan ayat al-Quran, kecuali kalau dia sudah mendapat pengesahan dari dua orang saksi yang adil bahawa ayat itu benar-benar telah ditulis di hadapan Nabi Muhammad s.a.w atas perintahnya. Tugas mengumpul al-Quran akhirnya telah dapat disempurnakan oleh Zaid dalam tempoh kurang dari satu tahun. Hasil dari usaha-usaha dan tindakan yang diambil oleh Abu Bakar yang berdasarkan cadangan Umar dan dikerjakan pula oleh Zaid bin Thabit maka lahirlah sebuah mashaf al-Quran yang disusun kemas dan lengkap serta diyakini bahawa ianya adalah memang wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mashaf al-Quran karya Zaid ini mengandungi semua ayat-ayat al-Quran sama ada yang dinaskhahkan atau yang tidak dinaskhahkan. Mashaf ini dapat diterima oleh semua orang Islam tanpa ada bantahan atau pembetulan. Mashaf ini kemudiannya disimpan oleh Abu Bakar dan kemudiannya disimpan pula oleh Umar setelah Abu Bakar wafat. Setelah Umar wafat, tugas ini diambil oleh Hafsah (salah seorang isteri Nabi Muhammad s.a.w dan juga merupakan anak Umar) atas wasiat Umar. Tugas ini diberi kepada Hafsah atas pertimbangan beliau merupakan seorang yang pandai membaca dan menulis, dan juga seorang yang hafiz al-Quran (Masjfuk, 1980). 3.5.3 Penulisan dan Pengumpulan Al-Quran Pada Zaman

Khalifah Uthman Pada masa pemerintahan Kerajaan Uthman wilayah kerajaan Islam semakin luas. Di samping itu, pembangunan dalam beberapa bidang juga berkembang pesat. Orang Islam yang dahulunya hanya berada di sekitar Semenanjung tanah Arab kini telah tersebar luas di seluruh pelusuk negeri yang dikuasai oleh Islam. Keadaan ini menjadikan minat orang ramai untuk mengkaji dan mempelajari al-Quran semakin hebat dan meluas. Dalam pada itu jarak antara zaman Nabi Muhammad s.a.w dan generasi selepasnya semakin jauh. Oleh kerana itu terjadilah perbezaan bacaan al-Quran di kalangan umat Islam kerana setiap negeri yang dikuasai oleh Islam akan membaca al-Quran berpandukan kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang mengajarkan al-Quran kepada mereka. Penduduk Syam membaca al-Quran berpandukan kepada bacaan Ubai bin Ka’ab, penduduk Kufah pula berpandukan bacaan Abdullah bin Mas’ud dan penduduk-penduduk di tempat-tempat lain berpandukan bacaan Abu Musa al-‘Asy’ari. Kesan dari keadaan ini lahirlah perbezaan cara sebutan huruf dan kalimah al-Quran. Perbezaan ini menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan perdebatan yang sengit di kalangan umat Islam yang boleh menggugat perpaduan umat.

Page 46: Pelajaran 01- 05

46

Melihat kepada fenomena ini, khalifah Uthman telah berbincang dengan para sahabat yang lain, di mana akhirnya satu keputusan telah diambil untuk menyusun semula al-Quran dengan cara menyeragamkan penulisan al-Quran. Keputusan ini diambil pada akhir tahun 24 Hijrah. Untuk melaksanakan tugas ini satu jawatankuasa yang diketahui oleh Zaid bin Thabit telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan untuk menyalin al-Quran dari naskhah yang disimpan oleh Hafsah, sebab mashaf Hafsah merupakan mashaf yang standard. Jawatankuasa ini telah membuat beberapa salinan naskhah al-Quran untuk dikirim dan diedarkan ke daerah-daerah umat Islam. Selepas naskhah al-Quran ini dikirim ke tempat-tempat yang telah ditetapkan Khalifah Uthman kemudiannya memerintahkan agar mana-mana salinan selain salinan yang dikirimkan hendaklah dimusnahkan. Ini dilakukan untuk memastikan keseragaman bacaan al-Quran dapat dijamin dan terpelihara. Akhirnya yang tinggal hanyalah naskhah rasmi yang ditulis dan didokumentasikan oleh Zaid. Bersempena dengan arahan Khalifah Uthman ini, al-Quran yang ada pada hari ini dikenali sebagai Rasm Uthmani atau Mashaf Uthmani (Ahmad Von denffer, 1983).

SOALAN DALAM TEKS 3.3

1. Apakah faktor utama yang mendorong penyeragaman penulisan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.6 KANDUNGAN AL-QURAN Isi kandungan al-Quran pada hakikatnya mengandungi lima perkara pokok iaitu 1. Tauhid Banyak ayat al-Quran yang menyentuh persoalan tauhid dan keesaan Tuhan. Melalui al-Quran, Allah telah menunjukkan pelbagai perkara tentang kebesaran dan KeesaanNya. Manusia diperintahkan agar hanya menyembah Allah dan tidak mensyirikkanNya. Tanpa tauhid, manusia akan hidup dalam kesesatan. Untuk membimbing manusia supaya dapat mentauhidkan Allah, para rasul dan nabi telah diutuskan bagi mengajar mereka dasar-dasar tauhid bagi menjamin kehidupan yang sejahtera di dunia dan juga akhirat.

Page 47: Pelajaran 01- 05

47

2. Janji dan Ancaman Allah Allah telah menjanjikan kepada setiap orang beriman dan mematuhi segala perintah-Nya akan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, dan akan dijadikan Khalifah di atas muka bumi. Sebaliknya Allah mengancam kepada sesiapa yang ingkar kepada-Nya dan memusuhi para Nabi dan Rasul-Nya dengan azab yang pedih sama ada di dunia mahu pun di akhirat. 3. Ibadah Tujuan hidup manusia di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah. Pengertian ibadat dalam Islam adalah cukup luas sebab ianya tidak terbatas kepada upacara ritual semata-mata sebaliknya semua aktiviti yang dilakukan manusia dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah akan dikira sebagai ibadah. Ibadah bagi manusia adalah manifestasi kesyukuran kepada Allah di atas segala nikmat yang dikurniakan dan sebagai bukti kepercayaan manusia kepada Allah yang Maha Esa sebab tidak cukup bagi manusia hanya membuat pengakuan beriman tanpa disertai dengan amal/ibadah. 4. Jalan dan Cara Mencapai Kebahagiaan Setiap orang yang beragama pasti bercita-cita untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan juga akhirat. Untuk mencapai cita-cita tersebut Allah menerusi al-Quran telah memberi petunjuk bagaimana cita-cita tersebut boleh dicapai iaitu dengan cara menghayati semua ajaran agama yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. 5. Kisah-Kisah dan Sejarah Umat Terdahulu Di dalam al-Quran terdapat kisah-kisah para Nabi dan Rasul serta umat masing-masing. Kisah-kisah ini diungkapkan dalam al-Quran dengan tujuan dijadikan iktibar dan pengajaran oleh umat Nabi Muhammad tentang bagaimana nasib umat manusia yang taat dan nasib umat manusia yang ingkar. Di samping itu kisah-kisah para Nabi dan Rasul terdahulu pula diungkapkan sebagai hiburan kepada Nabi Muhammad dan umat Islam agar bersabar dalam menempuh pelbagai rintangan ketika menyampaikan agama Allah kepada manusia kerana para Nabi dan Rasul terdahulu juga tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran dan rintangan ini. 3.7 KEISTIMEWAAN AL-QURAN Sekiranya dibuat kajian yang teliti ternyata al-Quran mengandungi pelbagai keistimewaan atau mukjizat. Hal ini semakin jelas apabila dilihat dalam aspek-aspek berikut:

Page 48: Pelajaran 01- 05

48

1. Kesahihan dan Jaminan Keterpeliharaannya Kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran seperti kitab Taurat, Injil, dan Zabur kesemuanya telah diubah dan diselewengkan oleh manusia dan penganutnya sendiri. Namun begitu al-Quran telah diberi jaminan oleh Allah akan terhindar dan terpelihara daripada sebarang kemungkinan penyelewengan ini bermula dari sejak ia diturunkan sehinggalah ke hari Kiamat. Dalam hal ini Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang menjaga dan memeliharanya.”

(Surah al-Hijr 15:9)

2. Syariah Syariah atau sistem undang-undang yang terkandung dalam al-Quran bersifat sempurna dan menyeluruh untuk semua umat manusia, dan sesuai untuk setiap masa, suasana, tempat dan zaman. Ia tidak khusus untuk bangsa Arab sahaja malah untuk semua bangsa yang ada di dunia ini. Sistem syariah dalam al-Quran mengatur tatacara kehidupan manusia dari perkara yang paling asas seperti membersihkan diri sehinggalah kepada perkara-perkara yang besar seperti cara bernegara, ekonomi, sosial, politik dan lainnya. Syariah bersifat sederhana, praktikal, dan rasional. Ajarannya memerlukan gabungan antara kerohanian dan kejasmanian, keduniaan, dan keakhiratan. Ia menjamin kepentingan individu di samping kepentingan masyarakat serentak. Ajarannya lengkap, tepat, dan benar. Dalam erti kata lain, ajaran al-Quran yang terangkum dalam konsep ad-din merupakan satu sistem hidup yang paling lengkap. Inilah sebenarnya keunggulan syariah yang dibawa oleh al-Quran. 3. Gaya Bahasa Keistimewaan al-Quran sebagai sumber utama tamadun Islam juga boleh di lihat melalui aspek bahasa. Menerusi balaghah (retorik) yang tinggi al-Quran telah memukau kesemua sasterawan Arab yang begitu mahir dengan balaghah. Malah ia sama sekali telah melumpuhkan keangkuhan dan kepakaran mereka. Mereka telah gagal untuk mencipta walaupun satu ayat yang boleh menandingi ketinggian mutu bahasa al-Quran. Allah telah berfirman yang bermaksud:

Page 49: Pelajaran 01- 05

49

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya yang boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.”

(Surah al-Baqarah 2:23-24) Al-Quran telah berjaya menyampaikan mesejnya dengan menggunakan bahasa yang sama untuk semua manusia tanpa mengira bangsa, darjat keturunan, adat, kebudayaan, bahasa, dan sebagainya. Hal ini disebabkan al-Quran berbicara dengan batin, perasaan, dan bakat manusia. Allah berkomunikasi dengan sekalian hamba-Nya yang ia Maha Mengetahui tentang hati dan budi setiap manusia ciptaan-Nya. Sedangkan manusia apabila ia berbicara dengan seseorang yang lain mungkin ia kenal peribadi seseorang tetapi batinnya belum tentu ia dapat menyelaminya. Bahasa al-Quran sama untuk setiap orang, keadaan, tempat dan terlepas daripada sebarang kongkongan emosi. Orang yang marah akan reda kemarahannya apabila mendengar al-Quran, orang yang sedih akan ceria apabila mendengar bacaan al-Quran dan orang yang gembira akan bertambah keinsafan dan kesedaran apabila mendengarnya. Ringkasnya bahasa al-Quran adalah bahasa yang tersendiri, bahasa yang penuh dengan kemukjizatan dan keluarbiasaan yang mampu meruntun jiwa manusia yang mencari kebenaran (Ahmad Von Denffer, 1993). 4. Keilmuan Perkembangan dan penemuan baru dalam bidang keilmuan yang diterokai oleh manusia sama ada dari kalangan orang Islam atau bukan, tidak satu pun terlepas daripada jangkauan perbicaraan al-Quran. Malah masih banyak lagi ilmu-ilmu yang dibincangkan oleh al-Quran yang masih belum dapat dihuraikan oleh manusia. Ini menunjukkan segala apa yang diperlukan oleh manusia ada dalam al-Quran. Al-Quran tidak pernah bertentangan dengan akal fikiran manusia, ilmu pengetahuan dan juga sains malah ia berjalan seiring dan serasi. Banyak penemuan-penemuan yang dibuat oleh manusia dan sains telah terlebih dahulu dibicarakan asasnya oleh al-Quran (Abdul Wahab, 1981). Sebagai bukti perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan:

Page 50: Pelajaran 01- 05

50

(i) Rahim ibu mempunyai tiga lapisan: endometrium, miometrium, dan perimetrim. Di sebut dalam surah az-Zumar ayat 6;

(ii) Tentang ruang hampagas di angkasa lepas, indikasinya ditunjukkan dalam surah al-An’am ayat 125;

(iii) Tentang proses pertumbuhan dan kejadian manusia dalam rahim dijelaskan dalam surah al-Mu’minun: ayat 12-14;

(iv) Tentang geologi, gerak rotasi dan pergerakan bumi dinyatakan dalam surah al-Naml ayat 88; dan

(v) Teori graviti yang ditemui oleh Newton pada tahun 1667 telah terlebih dahulu dinyatakan oleh Allah dalam surah ar-rahman ayat 7.

Pembaca digalakkan untuk mencari sendiri ayat-ayat al-Quran berkenaan dengan perkara di atas dalam al-Quran. Untuk bacaan tambahan sila rujuk Shaharir Mohamad Zain et al. (1992). Pengenalan tamadun Islam dalam sains dan teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Kejiwaan Al-Quran juga merupakan mukjizat dari sudut kejiwaan atau nafsiah. Ini berpunca daripada keupayaan dan kejayaannya menguasai jiwa manusia untuk menyampaikan risalah akidah, syarak dan akhlak. Setiap ajaran yang hendak disampaikan, al-Quran berusaha untuk mempengaruhi dan menguasai jiwa manusia sehingga dengan segala sikap keterbukaan, keinsafan dan penuh kesedaran mereka menerima segala ajaran yang disampaikan. Jiwa manusia dari segi fitrah memang mudah menerima kebenaran. Hakikat ini digunakan oleh al-Quran. Dalam akidah misalnya, al-Quran mempengaruhi jiwa manusia dengan membuktikan kewujudan alam ini sebagai bukti kewujudan dan kebesaran Allah. Sebelum manusia dapat menerima ajaran akidah yang terkandung dalam al-Quran mereka terlebih dahulu dikehendaki meneliti, merenung dan berfikir tentang kejadian alam dan diri mereka sendiri. Dengan cara ini akan mencetuskan kesedaran, keyakinan, dan keimanan terhadap kewujudan Allah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud:

“Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan. Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya orang yang memberi peringatan.

(Surah al-Ghasyiah 88:17-20)

Page 51: Pelajaran 01- 05

51

Secara tidak langsung melalui ayat di atas, al-Quran mencabar manusia supaya bergiat dalam kegiatan ilmiah dan penyelidikan. Melalui penyelidikan manusia pasti menemui kesimpulan bahawa wujudnya sunnatullah atau undang-undang alam (the law of nature) yang menganjurkan bahawa yang ada di alam semesta ini, sama ada mahu atau tidak mahu perlu tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah. Untuk mempengaruhi jiwa manusia, al-Quran dalam banyak hal dan keadaan menyampaikan mesej dan risalahnya melalui kisah para Nabi, Rasul, para salihin, para syuhada’ dan sebagainya yang berkaitan dengan orang terdahulu. Dalam konteks ini, al-Quran menggunakan pelbagai kaedah penyampaian seumpama pengulangan, amthal (perbandingan) dan tamsil ibarat. Dengan kaedah ini al-Quran berjaya membawa manusia untuk mentauhidkan Allah secara penuh hikmah dan dengan cara ini juga mereka dapat melaksanakan syariah Islam secara beransur-ansur sehingga tidak menimbulkan sebarang kesusahan dan kepayahan.

SOALAN DALAM TEKS 3.4

1. Antara perkara berikut yang manakah TIDAK terkandung dalam al-Quran I ajaran tentang tauhid. II kisah-kisah para nabi dan rasul. III janji dan ancaman Allah. IV kisah penglipurlara. V hiburan. A. I, II dan IV B. II dan IV C. IV dan V D. II dan IV

2. Bagaimana al-Quran boleh mempengaruhi manusia

dari sudut kejiwaan untuk mentauhidkan Allah?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

3.8 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, al-Quran memang tidak boleh dinafikan sebagai sumber utama tamadun Islam. Peranan yang dimainkan telah berjaya meletakan tamadun Islam pada kedudukan yang cukup tinggi pada suatu

Page 52: Pelajaran 01- 05

52

ketika dahulu. Oleh kerana itu, tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa dari seluruh buku dan dokumentasi yang ada di dunia ini, al-Quran merupakan buku yang paling banyak dibaca oleh manusia. Bagi setiap Muslim, adalah menjadi kewajipannya untuk membaca dan mempelajari al-Quran dari kecil hingga dewasa. Maka sesuai dengan sejarah dan kenyataan, dari sekian banyak buku dan dokumentasi pasti al-Quran yang paling banyak peranannya dalam kancah kehidupan manusia di dunia (Nasruddin, 1977). Al-Quran telah mengubah dan merubah wajah dan sejarah dunia, dan peranan itu akan terus berlaku sepanjang kehidupan manusia. Sejarah telah memperlihatkan betapa al-Quran yang diturunkan 15 abad yang lalu telah diikuti oleh berjuta manusia. Dimulakan oleh satu rumpun bangsa di daerah padang pasir yang gersang, dan dari kaum jahiliah yang tidak dikenali, tetapi dengan berkat al-Quran bangsa itu kemudiannya telah bangkit menjadi penggerak kepada peradaban manusia. Oleh yang demikian, al-Quran akan terus menjadi rujukan dan panduan kepada umat manusia amnya dan umat khasnya.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Berikut adalah maksud al-Quran dari sudut bahasa

I bacaan II himpunan III bandingan IV pemberitahuan

A. I dan II B. 1, II dan III C. II, III dan IV D. semua di atas

2. Manakah di anatar berikut adalah ciri-ciri ayat Makkiyyah?

I Ayat-ayatnya pendek-pendek. II Ayat-ayatnya biasa dimulai dengan seruan “wahai

manusia!”. III Ayatnya banyak membicarakan persoalan tauhid. IV Ayatnya banyak membicarakan persoalan hukum-hakam.

A. I dan IV B. II dan III C. II, III dan IV D. I, II dan III

Page 53: Pelajaran 01- 05

53

3. Keunggulan al-Quran sebagai sumber tamadun Islam dapat dilihat daripada aspek berikut KECUALI A. kesahihan dan keterpeliharaannya. B. kesempurnaan syariahnya. C. keluasan ilmunya. D. kepelbagaian sumbernya.

4. Keterangan di bawah BUKAN berkaitan dengan al-Quran

A. pengetahuan dan pemisahan antara benar dan salah. B. menggabungkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. C. datang dari Nabi Muhammad untuk umatnya. D. kalam Allah yang diturunkan kepada rasul-Nya.

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 3.1

1. Dari sudut bahasa al-Quran bererti bacaan. Namun begitu ada

yang menyatakan bahawa al-Quran dari sudut bahasa bermaksud himpunan atau bandingan. Dari sudut istilah, al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah yang bersifat mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad yang diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadah.

2. Benar

SDT 3.2 1. C. bacalah/Gua Hira’/intelektual 2. Dua perbezaan antara ayat Makkiyah dan ayat Madaniyyah ia;ah

seperti berikut: (i) ayat Makkiyah pendek-pendek, sedangkan ayat

Madaniyyah panjang-panjang (iii) ayat Makkiyah banyak membicarakan persoalan tauhid

dan ketuhanan sedangkan ayat Madaniyyah banyak membincangkan persoalan hukum-hakam dan cara pelaksanaannya.

SDT 3.3

1. Faktor utama yang membawa kepada penyeragaman penulisan al-

Quran pada zaman Khalifah Uthaman ialah wujudnya cara

Page 54: Pelajaran 01- 05

54

bacaan dan sebutan yang berbeza di kalangan masyarakat Islam. Hal ini telah menimbulkan perdebatan yang hebat di kalangan umat Islam yang akhirnya boleh menimbulkan perpecahan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, Khalifah Uthman mengarahkan agar penulisan al-Quran diseragamkan.

SDT 3.4

1. C. IV dan V 2. Al-quran boleh mempengaruhi manusia dari sudut kejiwaan

disebabkan secara fitrah manusia mamang mudah menerima kebenaran. Dengan mengeksploitasi fitrah ini, al-Quran akan menggunakan pelbagai kaedah seperti meminta manusia memikir tentang kejadian alam dan diri mereka sendiri dan sebagainya. Dengan cara ini akan mencetuskan kesedaran dan keyakinan terhadap kewujudan Allah. Begitu juga al-Quran banyak menyampaikan mesejnya dalam pelbagai pendekatan. Penyampaian yang terkandung dalam ketinggian mutu bahasanya seperti pengulangan, amthal, dan tamsil ibarat. Melalui kaedah ini manusia mudah untuk mentauhidkan Tuhan.

Page 55: Pelajaran 01- 05

55

BAB 4

AS-SUNNAH

OBJEKTIF BAB

Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Membahaskan konsep as-sunnah dan hadis. 2. Mengetahui jenis-jenis as-sunnah. 3. Membincangkan sejarah penyusunan dan penulisan hadis. 4. Mengenal pasti peranan dan fungsi as-sunnah.

4.1 PENGENALAN Dalam pelajaran yang lalu, telah dijelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber pertama dalam tamadun Islam. Kedudukan al-Quran sebagai sumber utama dalam tamadun Islam di lihat dalam konteks bahawa al-Quran merupakan kalam Allah yang suci lagi sempurna yang mana tujuannya adalah untuk memandu kehidupan manusia ke arah kesejahteraan di dunia dan juga akhirat. Sekalipun al-Quran merupakan sumber utama, ini tidak bermakna semua perkara yang diperlukan oleh manusia dijelaskan secara terperinci oleh al-Quran. Ada perkara-perkara yang diperincikan oleh al-Quran, namun tidak kurang juga yang hanya disentuh secara umum oleh al-Quran, dan ada juga perkara atau aspek yang langsung tidak disentuh oleh al-Quran. Untuk memperincikan perkara-perkara yang disebut secara umum oleh al-Quran atau menjelaskan perkara yang tidak disentuh oleh al-Quran, sudah pastilah manusia memerlukan sumber yang lain untuk menjelaskan perkara-perkara tersebut. Dalam tamadun Islam, sumber yang berperanan sedemikian diambil oleh as-Sunnah. Untuk itu, dalam pelajaran ini penekanan akan diberikan terhadap kedudukan sunnah dalam tamadun Islam terutamanya dalam aspek dan peranannya sebagai pelengkap kepada sumber yang pertama iaitu al-Quran. 4.2 DEFINISI AS-SUNNAH DAN PEMBAHAGIANNYA As-Sunnah menurut pengertian bahasa bermaksud perjalanan sama ada yang baik atau yang jahat (Mahmud Saedon, 1992). Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

Page 56: Pelajaran 01- 05

56

“Barang siapa yang mengadakan sesuatu sunnah (perjalanan) yang baik, dan diamalkan oleh orang lain maka ia akan mendapat ganjaran seperti ganjaran orang melakukannya dengan tidak dikurangi sedikit pun ganjaran mereka, dan sesiapa yang mengadakan sesuatu perjalanan yang jahat maka ia akan mendapat dosa akibat tindakannya itu, di samping itu ia juga akan mendapat dosa perlakuan orang yang melakukan perjalanan yang diadakannya itu tanpa mengurangkan sedikit pun dosa mereka.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Dari sudut istilah, para ulama hadis mendefinisikan sunnah sebagai setiap sesuatu yang dapat dikesan atau yang datang daripada Nabi Muhammad sama ada berbentuk perkataan, perbuatan, persetujuan, akhlak, sifat kejadian, sirah perjalanan baginda, sama ada sebelum baginda diutus menjadi rasul ataupun selepasnya (al-Qasimi, 1961). Berdasarkan pengertian sunnah di atas, sunnah boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu (Muhammad Ajaj, 1981):

(i) Sifat-sifat kejadian Nabi Muhammad s.a.w. seperti warna kulit, tinggi dan sebagainya;

(ii) Perkara-perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan sifat kemanusiaan seperti makan, minum, duduk, berdiri, berjalan dan sebagainya yang merupakan sifat tabii dan semula jadi;

(iii) Perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w. berasaskan pengalaman sebagai seorang insan seperti berniaga, menggembala kambing dan urusan keduniaan lain yang diperoleh oleh baginda melalui pengalaman dan pengetahuan atas sifat baginda sebagai insan;

(iv) Perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang kadi atau hakim yang melaksanakan undang-undang keadilan dan syariat Islam;

(v) Perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang imam dan pemimpin negara. Baginda telah memberi bimbingan dan pimpinan terbaik untuk kepentingan umat;

(vi) Perkara-perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua tentera dan ketua pasukan keamanan yang bertugas menegakkan kewibawaan negara Islam dan keamanannya;

(vii) Perkara-perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w. atas sifat baginda sebagai seorang rasul dan nabi; dan

Page 57: Pelajaran 01- 05

57

(viii) Perkara-perkara yang terbit daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang langsung tidak boleh menjadi contoh kepada manusia lain kerana ia merupakan keistimewaan untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja, seperti baginda berkahwin lebih daripada empat orang dalam satu masa dan berkahwin tanpa mas kahwin. Walaupun ia sunnah, ia bukan merupakan sumber perundangan Islam atau sunnah yang boleh dicontohi kerana ia khusus untuk Nabi Muhammad s.a.w. sahaja.

4.3 SUNNAH DAN HADIS Hadis menurut bahasa mengandungi beberapa makna, antaranya ialah baharu lawan kepada perkataan al-qadim iaitu lama, khabar atau berita, sesuatu perkara atau kejadian yang masih baharu terjadi, perutusan atau perkataan dan kisah atau cerita (Muhammad Zubayr, 1993). Dari sudut istilah, para ulama hadis mendefinisikan hadis sebagai apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan, diam setuju, sifat baginda sama ada sifat kejadian sifat akhlak, dan sirah baginda sebelum atau sesudah menjadi rasul. Berdasarkan takrif ini, hadis menurut para ulama adalah sama dengan sunnah (Muhammad Ajaj al-Khatib, 1981).

SOALAN DALAM TEKS 4.1

1. Berikan definisi sunnah dari sudut bahasa dan istilah.

2. Berdasarkan pendapat ulama hadis, sunnah dan

hadis adalah perkara yang sama. Benar / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.4 PENULISAN DAN PEMBUKUAN SUNNAH Ketika al-Quran masih diturunkan, Nabi Muhammad s.a.w. melarang pencatatan dan penulisan hadis. Hanya al-Quran sahaja yang dibenarkan dicatat dan ditulis. Semua catatan selain al-Quran diperintahkan supaya

Page 58: Pelajaran 01- 05

58

dimusnahkan. Tujuan larangan dan perintah ini adalah untuk menjamin ketulenan dan keaslian al-Quran supaya tidak bercampur aduk dengan hadis dan lainnya. Pada ketika ini, hadis hanya berada dalam hafalan dan ingatan para sahabat sahaja. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadis baginda yang bermaksud:

“Jangan kamu menulis apa-apa selain al-Quran dariku. Barang siapa yang menulis apa-apa dariku selain al-Quran hendaklah menghapuskannya.”

(Hadis Riwayat Muslim) Secara positif larangan ini adalah satu kebijaksanaan dan berhikmah. Ketika mana banyak para sahabat masih buta huruf dan al-Quran masih diturunkan adalah tidak mustahil jika hadis juga ditulis ianya akan bercampur dengan teks al-Quran. Sekalipun begitu, bagi sesetengah ulama larangan untuk menulis hadis tidaklah mutlak sifatnya, ini kerana terdapat hadis lain yang membenarkan hadis ditulis dan dicatat. Hadisnya adalah seperti berikut:

“Tulislah dariku, demi zat yang diriku di dalam kekuasannya (Allah) tidak keluar dari mulutku kecuali yang baik (benar)”.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis ini, para ulama hadis berpendapat bahawa larangan untuk menulis hadis seperti yang diperintahkan oleh hadis terdahulu hanya berkuatkuasa bagi mereka yang mempunyai daya ingatan dan hafalan yang kuat sahaja, sedangkan bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan hafalan yang kuat atau daya ingatan yang lemah, mereka digalakkan untuk mencatat dan menulis hadis. Menurut ulama hadis lagi, hadis yang melarang penulisan hadis sebenarnya dikhususkan kepada penulis-penulis al-Quran sahaja kerana dibimbangi berlaku percampuran antara al-Quran dan hadis (Muhammad Noor et al., 1995). Sekalipun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam penulisan hadis tetapi apa yang nyata sunnah/hadis tetap mengalami perkembangan dalam penyusunan dan pembukuannnya. Natijah dari perkembangan ini, hadis secara rasmi akhirnya telah didokumentasikan pada masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz (100 Hijrah/718 Masihi). Khalifah Umar Abdul Aziz telah mengarahkan gabenornya untuk menyusun dan membukukan hadis-hadis. Perintah ini berbunyi sebagai berikut:

“Perhatikanlah hadis Rasulullah, kemudian engkau tuliskan, kerana sesungguhnya aku takut kehapusan ilmu dan kehilangan ulama”

Page 59: Pelajaran 01- 05

59

Di samping itu, Khalifah Umar Abdul Aziz juga telah mengirim surat kepada gabenor-gabenornya yang lain supaya mereka juga berusaha membukukan hadis yang ada pada para ulama hadis di tempat mereka. Perintah untuk membukukan hadis ini akhirnya telah dapat dilaksanakan oleh seorang ulama yang bernama Muhammad bin Shihab Az-Zuhri, iaitu seorang ulama yang pakar dalam bidang ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Selepas daripada tarikh ini, penyusuan dan pembukuan hadis berlaku dengan pesat sekali. Namun begitu pada peringkat awal pembukuan hadis, ianya berlaku dalam cara dan bentuk yang sangat sederhana. Pada peringkat ini pembukuan hadis dilakukan secara bercampur-campur yakni tidak tersusun, sebagai contoh antara hadis-hadis yang berkaitan dengan sembahyang dibukukan dengan bab zakat, hadis-hadis yang berkaitan haji dibukukan dengan bab nikah, jual beli, dan seterusnya. Pada zaman Khalifah al-Mansur (136 Hijrah/744 Masihi) barulah bermula era di mana para ulama menulis kitab-kitab hadis dengan susunan yang lebih teratur dan sistematik. Pada ketika ini muncul kitab yang bernama al-Muwatha’ hasil tulisan Imam Malik (Maliki), Imam Abu Hanifah (Hanafi) dengan kitab hadis yang bertemakan Fiqh, Imam Syafe’i dengan kitab al-Umm dan al-Sunan dan Imam Ahmad bin Hanbal (Hanbali) dengan kitab hadis al-Musnad. Akhirnya muncullah para ulama besar hadis melakukan pengkajian dan penelitian terhadap hadis, di mana akhirnya hadis telah menjadi suatu bidang keilmuan yang besar pengaruhnya dalam masyarakat dan tamadun Islam. Oleh kerana itu, adalah amat layak sekali sunnah/hadis menduduki hierarki kedua dalam menjadi sumber rujukan dan panduan untuk umat Islam membangunkan tamadunnya (Muhammad Ajaj, 1981; Mustafa, 1992).

SOALAN DALAM TEKS 4.2

1. Apakah hujah para ulama yang mengatakan bahawa larangan penulisan hadis pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. adalah tidak mutlak?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.5 FUNGSI DAN PERANAN SUNNAH Al-Quran dan Sunnah mempunyai hubungan dan pertalian yang begitu rapat sekali. Di antara peranan dan fungsi sunnah adalah seperti berikut:

Page 60: Pelajaran 01- 05

60

(i) Sebagai memperkuat dan memperkukuh hukum al-Quran;

(ii) Sebagai pentafsir kepada al-Quran, penghurai dan penerang maksud al-Quran;

(iii) Sebagai sumber untuk mengetahui nasikh (pembatal) dan mansukh (yang dibatal) dalam al-Quran; dan

(iv) Tambahan kepada hukum al-Quran. 1. Memperkuat dan Memperkukuh Hukum Al-Quran Al-Quran telah menetapkan dan menentukan sesuatu hukum kemudian disokong dan diperkuat oleh Sunnah. Umpamanya perintah mendirikan sembahyang, zakat, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan sebagainya. Hukum-hukum ini kemudiannya diperkuatkan lagi oleh Sunnah. Sebagai contoh Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”

(Surah an-Nisa’ 4:29) Hukum pengharaman memakan harta secara curang telah diperkuat oleh hadis yang bermaksud:

“Tidak halal harta seseorang Muslim itu melainkan dengan keredhaan dan persetujuan daripadanya.”

(Hadis Riwayat Muslim)

2. Mentafsir dan Menghurai Maksud Al-Quran Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang memerlukan pentafsiran yang lebih lanjut, penerangan yang lebih jelas dan huraian terperinci. Pentafsiran dan penghuraian yang dibuat oleh sunnah terhadap al-Quran boleh di simpul kepada empat cara: (a) Menerang dan mentafsir sesuatu yang umum Di dalam al-Quran terdapat nas yang mempunyai maksud ringkas atau dianggap umum. Fungsi Sunnah ialah menerang dan mentafsir perkara-perkara yang umum ini. Contohnya Allah memerintahkan umat Islam melaksanakan ibadat sembahyang tetapi perintah ini tidak menerangkan cara bagaimana menunaikan sembahyang, waktu, bilangan rakaat, bacaan yang wajib dalam sembahyang, rukuk, sujud dan sebagainya. Sunnah

Page 61: Pelajaran 01- 05

61

melalui tunjuk ajar dari Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya menunjukkan cara-cara bagaimana sembahyang perlu dilaksanakan dan perkara lain yang berkaitan dengan sembahyang. Perkara ini dijelaskan oleh hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku sembahyang.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

(b) Mentafsir dan memperjelas kesamaran Sesetengah ayat al-Quran kurang jelas dan samar-samar maksudnya yang sebenar. Ayat tersebut sukar difahami oleh pemikiran manusia. Walaupun nas tersebut mempunyai makna yang zahir tetapi yang dikehendaki ialah makna di sebalik makna yang zahir itu. Sebagai contoh, Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.”

(Surah al-Baqarah 2:187)

Maksud perkataan ‘benang putih’ dan ‘benang hitam’ di dalam ayat ini samar-samar. Melalui pemikiran dan kefahaman manusia ayat ini sukar difahami. Untuk menghilangkan kemusykilan dan menjelaskan kesamaran, Nabi Muhammad s.a.w. telah menjelaskannya menerusi hadisnya bahawa yang dimaksudkan dengan benang putih ialah waktu siang dan maksud benang hitam ialah waktu malam. (c) Mengkhusus yang umum Terdapat beberapa ayat al-Quran yang disebut secara umum dan sunnah mengkhususkan sifat umum ayat tersebut. Dengan cara ini dapatlah diketahui bahawa maksud sebenar yang dikehendaki oleh al-Quran dan hakikat hukumnya ialah bukan umum al-Quran tetapi ialah hukum yang telah dikhususkan oleh Sunnah. Sebagai contoh firman Allah yang bermaksud:

“Allah memerintahkan kamu tentang (pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.”

(Surah an-Nisa’ 4:11)

Jelaslah secara umum Allah memerintahkan anak lelaki diberi dua bahagian manakala anak perempuan pula diberi satu bahagian daripada harta pusaka. Hukum ini berbentuk umum meliputi seluruh anak lelaki

Page 62: Pelajaran 01- 05

62

dan perempuan tanpa pengecualian. Hukum umum bahagian anak lelaki dan anak perempuan dalam pembahagian harta pusaka ini telah di khusus oleh sunnah yang menegaskan anak yang menjadi pembunuh tidak berhak menerima harta pusaka.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Pembunuh tidak boleh mewarisi harta pusaka.”

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Dengan adanya hadis ini maka hukum umum al-Quran telah dikhususkan oleh hukum khusus hadis. (d) Membataskan yang mutlak Yang dimaksudkan dengan mutlak ialah sesuatu hukum yang disebut oleh al-Quran secara mutlak tanpa ada batasan atau ikatan. Kemutlakan ini kemudiannya dibataskan oleh sunnah. Sebagai contoh al-Quran mengharamkan bangkai dan darah secara mutlak dalam firman Allah yang bermaksud:

“Diharamkan bagi kamu bangkai, darah dan daging babi.”

(Surah al-Maidah 5:3)

Kemutlakan pengharaman bangkai dan darah telah dibatasi oleh sunnah dengan beberapa pengecualian seperti yang terdapat dalam hadis yang bermaksud:

“Di halal bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah; bangkai itu ialah bangkai ikan dan bangkai belalang, manakala dua jenis darah ialah hati dan limpa.”

(Hadis Riwayat Daruquthni)

3. Sumber untuk mengetahui nasikh dan mansukh Ada hukum-hukum di dalam al-Quran telah dimansukhkan oleh Sunnah, dengan itu hukum yang terpakai ialah yang dibawa oleh sunnah dan bukan lagi hukum di dalam al-Quran. Sebagai contoh Allah berfirman yang bermaksud:

“Diwajibkan apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik sebagai suatu kewajipan kepada orang-orang yang bertakwa.”

(Surah al-Baqarah 2: 180)

Page 63: Pelajaran 01- 05

63

Ayat ini telah dimansukhkan oleh hadis yang bermaksud:

“Tiada wasiat bagi penerima pusaka.”

(Hadis Riwayat Muslim) Ini bermakna hukum yang mewajibkan seseorang membuat wasiat kepada ibu bapa dan kaum kerabat dalam pembahagian harta pusaka tidak lagi berkuatkuasa sebaliknya hukum yang terpakai ialah hukum sunnah yang tidak membenarkan pemberian harta pusaka kepada ibu bapa dan penerima pusaka secara wasiat. 4. Mengadakan hukum yang tidak di sebut al-Quran Dalam kes-kes tertentu sunnah bertindak untuk mengadakan dan membina hukum bagi kes-kes dan peristiwa yang tidak disebut dalam al-Quran. Sebagai contoh, sunnah mengharamkan memakai emas dan sutera bagi lelaki dan mengharamkan perkahwinan yang melibatkan perempuan dengan ibu saudaranya dalam satu masa. Hukum-hukum ini tidak terdapat dalam al-Quran tetapi dijelaskan oleh Sunah.

SOALAN DALAM TEKS 4.4

1. Di antara fungsi sunnah ialah menafsir dan menerang sesuatu yang dijelaskan secara umum oleh al-Quran. Jelaskan bagaimana fungsi ini berlaku beserta contoh.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.6 KESIMPULAN Sunnah menjadi sumber kedua pembinaan tamadun Islam selepas al-Quran. Ia memperinci dan merealisasikan ajaran al-Quran berkaitan perkara-perkara yang menjadi teras dalam tamadun Islam. Bersama al-Quran, Sunnah berperanan untuk membawa dan membentuk kehidupan manusia yang sejahtera di dunia dan juga akhirat. Dari aspek akidah pula, keyakinan terhadap autoriti Sunnah merupakan sebahagian daripada rukun Iman, iaitu beriman dengan para Rasul. Sunnah merupakan sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah. Tidak yakin dengan Sunnah bermakna tidak yakin dengan Nabi Muhammad s.a.w. Ini jelas telah terkeluar dari akidah Islam yang sebenar. Oleh kerana itu, setiap orang

Page 64: Pelajaran 01- 05

64

Islam harus yakin dan percaya dengan autoriti serta kehujahan Sunnah sebagai salah sumber utama umat Islam. Tanpa Sunnah kehidupan umat Islam tidak akan sempurna.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Yang manakah BENAR berkaitan dengan kenyataan di bawah.

I Sunnah dari sudut bahasa bermaksud perjalanan. II Sunnah hanya ditulis pada zaman khalifah Umar Abdul

Aziz. III Sunnah ialah sumber utama tamadun Islam. IV Sunnah ialah apa sahaja yang datangnya daripada Nabi

Muhammad s.a.w. V Sunnah dan hadis adalah perkara yang sama.

A. I dan II B. III dan IV C. I, IV dan V D. III, IV dan V

2. Manakah kenyataan berikut yang TIDAK menggambarkan

peranan sunnah. A. Memperjelas al-Quran B. Memperkuat hukum al-Quran C. Menafsir hadis D. Tambahan kepada hukum al-Quran

3. Berikut adalah pengertian hadis menurut bahasa KECUALI

I Baharu II Khabar III Perutusan IV Perjalanan V Persetujuan

A. I, II dan III B. III dan iIV C. IV dan V D. V sahaja

4. Hukum yang terkandung dalam al-Quran boleh dinasakhkan oleh

sunnah. Benar / Salah

Page 65: Pelajaran 01- 05

65

5. Menolak autoriti sunnah tidak bererti menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Benar / Salah

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 4.1 1. Sunnah menurut bahasa bermaksud perjalanan iaitu sama ada

perjalanan itu baik atau jahat. Dari sudut istilah, sunnah didefinisikan sebagai sesuatu yang dikesan atau yang datang daripada Nabi Muhammad s.a.w. sama ada sebelum baginda dilantik sebagai rasul atau selepasnya.

2. Benar.

SDT 4.2 1. Antara hujah yang digunakan oleh ulama’ yang mengatakan

bahawa larangan untuk menulis hadis pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. tidak mutlak ialah adanya hadis yang membenarkan hadis ditulis. Selain daripada itu, mereka juga berhujah bahawa larangan menulis seperti yang terdapat dalam sebuah hadis yang melarang penulisan hadis hanya berkuatkuasa kepada mereka yang mempunyai daya ingatan yang kuat sahaja, begitu juga larangan itu hanya terhad kepada penulis wahyu al-Quran. Bagi mereka yang tidak mempunyai daya ingatan yang kuat dan mereka bukan tergolong sebagai penulis wahyu, larangan itu tidak berkuatkuasa ke atas mereka.

SDT 4.3 1. Dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang mempunyai maksud

yang ringkas atau umum. Untuk memperjelaskan ayat-ayat ini supaya dapat difahami maksudnya oleh manusia, sunnah akan menjelaskan maksud ayat tersebut. Sebagai contoh, al-Quran hanya menyebut bahawa sembahyang itu wajib tetapi tidak dijelaskan bagaimana sembahyang hendak didirikan. Nabi Muhammad s.a.w. melalui sunnahnya kemudian akan menunjuk ajar cara-cara bagaimana sembahyang perlu dilakukan.

Page 66: Pelajaran 01- 05

66

Page 67: Pelajaran 01- 05

67

BAB 5

AKIDAH DAN PEMBINAAN TAMADUN ISLAM

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Menyatakan maksud akidah. 2. Mengenal pasti fungsi akidah sebagai intisari dalam pembinaan

tamadun Islam 3. Membezakan antara kepercayaan yang berteraskan akidah dan

khurafat. 4. Membincangkan perkara yang samar-samar dalam memahami

akidah. 5. Menyakini bahawa akidah adalah asas utama dalam pembinaan

tamadun Islam.

5.1 PENGENALAN Dalam pelajaran yang lalu, anda telah didedahkan dengan aspek-aspek asas yang membawa kepada pembinaan tamadun Islam yang meliputi ciri-ciri yang membentuk tamadun Islam, konsep agama, serta peranan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas utama atau rujukan dalam pembinaan tamadun Islam. Dalam pelajaran ini pula, perbincangan ditumpukan kepada asas yang paling utama iaitu akidah sebagai intisari tamadun Islam. Akidah adalah asas utama dan tonggak kepada Islam dan semestinya merupakan asas yang akan mewarnai tamadun. Penafian terhadap kepentingan akidah dalam tamadun bererti kepincangan dalam tamadun itu sendiri. 5.2 DEFINISI AKIDAH Akidah, syariah dan akhlak adalah tiga dimensi utama yang merupakan tonggak dan prinsip asas pembinaan tamadun Islam. Dalam pelajaran sebelum ini, perbincangan tentang syariah telah diperincikan dan kelangsungan daripada itu, akidah yang menjadi teras kepercayaan umat Islam akan diperbahaskan secara terperinci dalam pelajaran ini. Akidah atau dengan perkataan lain, tauhid adalah merangkumi kepercayaan

Page 68: Pelajaran 01- 05

68

kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab, Hari Kiamat dan Qada’k Qadar. Kepercayaan kepada semua perkara tersebut dengan penuh keyakinan akan melahirkan keimanan yang mutlak kepada Allah. Kepercayaan kepada rukun Islam dan keimanan yang tidak berbelah-bagi kepada setiap prinsip-prinsip tersebut, disimpulkan sebagai tauhid atau dengan lain perkataan, akidah. 5.2.1 Asal Perkataan Akidah Perkataan akidah berasal dari perkataan Arab, iaitu ‘aqd’, pecahan dari perkataan ‘aqada’ yang umumnya bermaksud ikatan atau simpulan. Kebiasaannya ikatan hanya ditumpukan kepada benda dalam maksud ‘hissi’ seperti tali dan sebagainya tetapi dalam konteks ini, ikatan yang dimaksudkan adalah bersifat ‘maknawi’ iaitu ikatan perjanjian dan perkataan ‘akidah’ itu merujuk kepada kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kukuh dalam jiwa manusia dan tidak mungkin bercerai-berai. Berdasarkan dua maksud tersebut, simpulan maknawi adalah lebih kukuh daripada simpulan hissi kerana simpulan hissi akan bercerai tanggal dan boleh terputus sedangkan simpulan maknawi akan lebih kekal dan tiada siapa boleh memutuskannya kecuali dirinya sendiri. Dari penjelasan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa akidah adalah satu konsep keimanan kepada Allah atau secara ringkasnya dapatlah ditakrifkan sebagai (Mohd. Sulaiman, 1988:169-170):

“Kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, iaitu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin terhurai atau terputus dalam apa jua suasana dan keadaan sekalipun”.

Dengan kata lain, akidah adalah kepercayaan atau keyakinan yang bulat di lubuk hati dan dibuktikan dengan perbuatan atau amalan manusia seharian. Berdasarkan kepada takrifan inilah, maka kekuatan akidah Islam adalah bergantung kepada:

(i) Keyakinan terhadap kebenaran yang mutlak, hakikat yang mutlak, pasti dan abadi seperti yang telah dijelaskan dalam al-Quran. Allah mencabar manusia supaya mempergunakan akal yang diberikan untuk mencari hakikat tersebut, buktikan kebenaran hakikat tersebut sebagai jalan terbaik untuk beriman dan berakidah kepada Allah; dan

(ii) Sejauh mana keimanan dan keyakinan kita kepada Allah dalam setiap aktiviti dan amalan hidup manusia seharian. Keimanan mestilah disertai dengan ilmu dan pengalaman

Page 69: Pelajaran 01- 05

69

rohani bagi memastikan bahawa iman yang wujud akan kekal dan bertahan lama.

Secara kesimpulannya, kukuhnya seorang muslim itu adalah bergantung kepada kukuhnya pegangan tali simpulan keimanan terhadap Allah. 5.2.2 Perbezaan antara Akidah dan Ideologi Masa Kini Akidah dengan pengertian yang umum seperti yang telah dibincangkan sebelum ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana ianya bersifat ketuhanan. Keistimewaan yang ada pada akidah dapatlah disimpulkan kepada beberapa perkara seperti berikut:

(i) Akidah mempunyai daya dan kekuatan untuk mencorakkan amal dan usaha yang dilakukan oleh manusia kerana hubungan antara akidah dan amal adalah sangat rapat – segala amalan dan gerak laku perbuatan umat Islam adalah terjemahan yang tepat kepada akidahnya atau keimanannya.

(ii) Akidah atau keimanan adalah sesuatu yang boleh meningkat dan menurun, bertambah dan berkurang dan terletak kepada tahap keimanan individu tertentu. Ianya bergantung kepada ketinggian ilmu yang dimiliki. Kebenaran ilmu yang diamal itu menjadikan manusia lebih dekat kepada Allah. Dengan kata lain, semakin tinggi ilmu dan keyakinan kepada Allah, semakin meningkatlah iman seseorang dan begitulah sebaliknya.

(iii) Akidah mempunyai daya tarikan yang bersifat ghaib di sebalik alam nyata dan sukar digambarkan oleh akal fikiran manusia. Banyak perkara-perkara yang tidak dapat di lihat dan dirasai oleh pancaindera manusia (samiyyat) tetapi wajib diimani kerana ianya telah dijelaskan secara terperinci dalam al-Quran dan al-Sunnah seperti Syurga dan Neraka, Hari Akhirat, dan sebagainya.

(iv) Akidah adalah acuan Allah dan bai’ah antara manusia dan Tuhannya, seterusnya ia dapat membentuk tamadun manusia dan dunia serasi dengan kehendak Tuhannya. Dengan acuan inilah manusia sepatutnya mencorakkan segala ruang lingkup kehidupannya sama ada pemikiran, sistem peraturan dan undang undang.

Berdasarkan kepada keistimewaan yang disebutkan di atas, akidah adalah sesuatu yang berbeza dengan pendapat, fikiran, idea, teori, ideologi, dan seumpamanya yang termasuk dalam himpunan maklumat dan pengetahuan yang mampu dimiliki oleh manusia. Akidah berakar umbi dalam hati dan jiwa manusia – menjadikan seseorang itu teguh pendirian

Page 70: Pelajaran 01- 05

70

dan tidak terumbang-ambing dalam kehidupan. Berbanding dengan tabiat orang yang berfalsafah dan berideologi, tidak mempunyai pendirian yang teguh dan bersifat dingin, dan pendirian senantiasa berubah-ubah. Ideologi adalah sesuatu yang beku dan kaku, dan lebih mirip kepada keinginan nafsu, syahwat dan khayalan, dan penuh dengan syak dan wasangka yang tidak menentu. Secara ringkasnya, perbezaan antara akidah dan ideologi dapat dikelaskan seperti berikut: Akidah Ideologi 1. Iman tertanam di lubuk hati. 1. Di alam fikiran, fantasi dan

khayalan 2. Kebenaran yang mutlak. 2. Mungkin betul dan

mungkin salah. Bersifat relatif.

3. Aman bahagia, tenang kerana sentiasa benar.

3. Gembira jika benar dan sedih jika salah.

4. Pendirian yang teguh, tetap, dan kukuh selamanya.

4. Pendirian yang mudah berubah dan dipengaruhi faktor persekitaran.

5. Tenang hadapi semua kemungkinan, suka, dan duka.

5. Dipenuhi dengan kebimbangan dan keraguan.

Sumber: Diubahsuai daripada Mohd Sulaiman. (1988). Pengantar akidah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

SOALAN DALAM TEKS 5.1

1. Akidah adalah kepercayaan dan keyakinan yang bulat di lubuk hati dan hendaklah dibuktikan dengan: A. Penciptaan sesuatu yang mengagungkan Tuhan. B. Keyakinan terhadap perkara yang disuruh dan

dilarang. C. Perbuatan dan amalan manusia seharian. D. Kejayaan dalam hidup.

2. Takrifkan secara terperinci istilah akidah. 3. Jelaskan secara ringkas tiga perbezaan di antara

akidah dan ideologi moden.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Page 71: Pelajaran 01- 05

71

5.3 AKIDAH SEBAGAI INTISARI TAMADUN ISLAM Perbincangan dalam bahagian sebelum ini hanyalah berkisar pada konsep-konsep asas akidah dan perbezaannya dengan ideologi moden ciptaan akal manusia. Dalam pelajaran ini, anda akan diperlihatkan pula peranan yang seharusnya dimainkan oleh akidah dalam membentuk tamadun manusia. Sebelum ini kita telah maklum bahawa akidah adalah berperanan mencorakkan segenap ruang kehidupan manusia. Dalam proses ini terdapat dua aspek yang perlu diberikan perhatian, iaitu

(i) Aspek kepercayaan: konsep akidah yang telah dijelaskan dalam pelajaran sebelum ini, diistilahkan sebagai kepercayaan dan keimanan; dan

(ii) Aspek kaedah: pembuktian terhadap kebenaran akidah dan kepercayaan yang mutlak terhadap Allah.

5.3.1 Aspek Kepercayaan Aspek kepercayaan adalah perkara-perkara asas rukun iman yang wajib diimani oleh setiap umat Islam. Kepercayaan dan keimanan adalah dikhususkan kepada hakikat yang benar dan tidak kepada kesesatan dan kebatilan. Hakikat yang dimaksudkan seperti yang dijelaskan dalam al-Quran ialah hakikat Allah, hakikat Malaikat, hakikat Kitab Allah, hakikat Kerasulan, hakikat Alam Ghaib dan Hari Akhirat, dan hakikat Qadak dan Qadar Allah. 1. Percaya kepada Allah adalah hakikat yang pokok dan

daripadanya tercabang hakikat-hakikat lain yang menjelaskan hakikat Allah. Kepercayaan kepada Allah merangkumi beberapa perkara iaitu (i) Kepercayaan bahawa Tuhan itu mutlak dan satu, dan

tidak ada tuhan selainnya, dan sekiranya manusia bertuhankan selain dari Allah maka dinamakan syirik iaitu menduakan Allah.

(ii) Percaya bahawa Tuhan adalah pencipta, pemilik, dan pentadbir seluruh alam ini. Dialah yang menjadikan alam dan maka Dialah yang berhak mengatur perjalanan alam dan menentukan segalanya atas kehendak-Nya.

(iii) Percaya bahawa Tuhan bukanlah makhluk, berbangsa, lapisan, golongan yang tertentu. Iktikad ini sekaligus menafikan bahawa Tuhan bersifat seperti makhluk dan sama tarafnya dengan manusia.

(iv) Tuhan sajalah yang layak disembah dan penyembahannya adalah seperti yang terkandung dalam ajaran Islam seperti sembahyang, puasa, berdoa, ikhlas dalam bekerja, dan sebagainya. Amalan seperti ini tidak dikecualikan kepada sesiapapun sekiranya ia seorang Islam.

Page 72: Pelajaran 01- 05

72

(v) Percaya bahawa Tuhan maha sempurna, maha hebat, perkasa, dan maha menentukan segalanya. Fakta ini adalah untuk menunjukkan kepada kekuasaan Allah dalam melakukan sesuatu dan kehebatannya tidak akan dapat ditandingi oleh makhluk sampai hari kiamat.

(vi) Percaya bahawa selain daripada Allah maka semua yang ada di alam ini dipanggil makhluk atau alam. Alam merangkumi alam kebendaan, alam cakerawala, alam tumbuh-tumbuhan, alam haiwan, alam manusia, alam jin, alam ghaib, alam syurga, dan alam neraka. Semua alam dicipta khusus untuk berkhidmat kepada Allah menurut kehendak-Nya dan tidak diciptakan secara sia-sia. Manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, dikurniakan akal, jasad, dan roh dan ditugaskan sebagai khalifah untuk mentadbir alam. Tugas sebagai khalifah adalah untuk mengubah diri mereka sendiri, masyarakat dan alam persekitaran kepada yang lebih baik. Manusia diberikan kebebasan dan bertanggungjawab menanggung risiko untuk mengubah diri dan masyarakat dan berdosa sekiranya melanggar segala perintah Allah dalam melaksanakan tugasnya. Bala atau balasan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah dalam berbagai bentuk. Antaranya ialah (a) Pada alam: perubahan ekologi dan cuaca dunia; (b) Pada manusia: kemusnahan nilai manusia kerana

kehancuran sistem moral; dan (c) Di alam akhirat: dibakar dalam api Neraka.

2. Kepercayaan kepada Malaikat, Kitab, Rasul, hari Kiamat

dan Qada Qadar adalah pelengkap keimanan kepada Allah. Malaikat adalah penolong Allah dalam melaksanakan tugasnya ke atas manusia dan alam; Kitab adalah panduan dan petunjuk kepada manusia dan mengandungi peraturan yang mengatur hidup manusia; Rasul adalah utusan Allah di kalangan manusia dan peranannya untuk menjelaskan kepada manusia tentang hakikat ketuhanan dan perkara yang berkaitan dengannya; Hari Kiamat adalah hari pembalasan kepada manusia ke atas apa yang telah dilakukan di dunia; dan Qada’ dan Qadar adalah ketentuan Allah sama ada yang baik dan tidak baik dari Allah ke atas makhluknya dan manusia adalah mampu untuk mengubah nasibnya di atas muka bumi ini. Percaya kepada rangkaian rukun iman di atas adalah merangkumi: (i) Percaya bahawa semua perkara di atas adalah benar dan

semuanya adalah berkait rapat dengan kehidupan manusia dalam semua lapangan;

Page 73: Pelajaran 01- 05

73

(ii) Percaya bahawa semuanya adalah berhubungan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat; dan

(iii) Semua yang berlaku adalah dalam pengetahuan dan kehendak Allah.

5.3.2 Aspek Kaedah Aspek kaedah adalah lebih menekankan kepada kaedah perlaksanaan akidah atau bagaimana akidah boleh bertapak dan memainkan peranan dalam membentuk dan mengembangkan tamadun Islam. Perbincangan terhadap perkara ini dapat kita bahagikan kepada tiga prinsip utama, iaitu aspek kesatuan, rasional, dan tolak ansur. Ketiga-tiga aspek ini sebenarnya adalah kriteria asas akidah. Apabila kita melihat dari aspek tersebut memudahkan kita memahami prinsip asas akidah dan kedudukannya dalam tamadun Islam.

5.3.3 Aspek Kesatuan Akidah atau tauhid adalah paksi kepada tamadun Islam di mana semua unsur yang membentuk tamadun Islam akan diikat oleh prinsip tauhid. Tauhid akan membezakan sama ada sesuatu itu yang sesuai atau bertentangan dengan Islam. Ia adalah pengukur mutlak bagi setiap muslim yang ingin mengambil ilmu dari tamadun asing atau melahirkan suasana baru dalam tamadun Islam. Dalam dunia yang serba moden dan membangun, kepelbagaian ideologi dan pemikiran adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dan atas dasar itulah Islam telah meletakkan tauhid sebagai suatu yang tertinggi dan sekaligus berperanan dalam membezakan antara kebenaran dan kebatilan menurut prinsip Islam yang sebenar. Apabila tauhid menjadi paksi atau penyatu kepada ajaran Islam, maka sandaran utamanya adalah kepada al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber yang mutlak. Justeru itu prinsip asas tamadun Islam adalah sama walau di pelusuk dunia mana pun kita berada. Itulah keistimewaan tamadun Islam – ia tidak relatif, spekulatif dan tidak terpengaruh dengan ideologi moden sebaliknya boleh menerima perubahan sekiranya tidak bertentangan dengan tauhid. 5.3.4 Aspek Rasional Perbincangan dalam konteks ini adalah merujuk kepada akal pemikiran yang logik manusia untuk membuktikan kebenaran akidah umat Islam. Di sini akan dikemukakan beberapa pendekatan yang boleh difikirkan bersama iaitu

Page 74: Pelajaran 01- 05

74

1. Pendekatan 1 : Menolak Semua yang Tidak Bersesuaian dengan Realiti

Pendekatan ini adalah untuk menolak segala pemikiran yang bersifat khayalan, tahayul, perkara sihir, keramat dan sesuatu yang bertentangan dengan akal fikiran manusia yang waras. Kaedah ini adalah untuk memastikan tamadun yang berkembang dalam Islam adalah sesuatu yang boleh diuji dengan akal dan disahkan oleh ilmu dan mengelak daripada dakwaan yang bercanggah dengan akal. Dakwaan yang tidak sahih adalah dilarang dalam Islam. 2. Pendekatan 2 : Menolak Pertentangan antara Akal dan

Wahyu Akal yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan sebaiknya oleh setiap umat Islam dalam usaha meningkatkan keimanan mereka kepada Allah dan bukan untuk mereka cipta sesuatu yang bertentangan dengan perintah dan larangan Nya. Al-Quran adalah wahyu Allah yang bersih daripada sebarang syak dan prasangka manusia, sentiasa membimbing dan mendorong ke arah yang terbaik. Segala pengarahan yang diberikan adalah sesuatu yang benar dan mutlak, sejagat dan bersesuaian sepanjang zaman. Atas prinsip inilah wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah bersesuaian dengan akal manusia dan tidak sekali-kali bertentangan. Justeru itu, golongan profesional muslim sentiasa didesak supaya mengkaji berulang kali sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dalam al-Quran untuk mencapai kebenaran yang mutlak dan sekaligus akan membebaskan manusia daripada sebarang kesilapan dan pertentangan antara akal dan wahyu. 3. Pendekatan 3 : Bersifat Terbuka kepada Penemuan-

Penemuan Baru Pendekatan ini adalah berkaitan dengan pendekatan kedua di atas kerana ia melibatkan penggunaan akal secara total dalam membuktikan sesuatu perkara baru. Tapi dalam hal ini, sesuatu yang baru ditemui khususnya berkaitan dengan sains dan teknologi dan apa saja pencapaian yang memberikan kebaikan kepada manusia adalah diterima selama mana ianya tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Penerimaan terhadap perkara-perkara baru ini sekaligus menafikan sifat jumud, fanatik dan literalisme yang boleh menjuruskan manusia ke arah kemunduran dan konservatif. Penerimaan idea-idea baru adalah bersandarkan kepada beberapa perkara berikut:

Page 75: Pelajaran 01- 05

75

(i) Sebarang penemuan dan pencapaian tamadun yang baru hendaklah tidak bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah dan apatah lagi akal fikiran manusia.

(ii) Tidak memberikan kemudaratan dan kesengsaraan kepada manusia dan makhluk lain di alam ini.

(iii) Tidak menjuruskan manusia ke lembah kemaksiatan dan kehancuran daripada akhlak dan tatacara hidup dan beragama.

(iv) Penemuan yang boleh membuktikan keagungan dan kebesaran Allah dan sekaligus meningkatkan keimanan kepada-Nya.

5.3.5 Aspek Toleransi Toleransi adalah sifat yang perlu wujud dalam setiap ruang lingkup pemikiran dan tindakan manusia. Kewujudan kepelbagaian pemikiran, agama dan sikap di kalangan manusia di alam ini seharusnya menuntut manusia supaya bersifat sedemikian. Dengan kata lain, dorongan manusia kepada melakukan kebaikan hendaklah dilakukan dengan cara sebaik mungkin, menyeru manusia secara hikmah, bijaksana dan berterusan. Bukan sekadar itu saja, akidah dalam Islam menuntut manusia bertolak ansur dalam semua perkara asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam:

(i) Toleransi terhadap perubahan pada alam ini. Manusia mesti sanggup menerima perubahan yang berlaku demi kemaslahatan manusia dan pembangunan. Manusia harus mengkaji fakta-fakta baru untuk memperkayakan pengalaman dan kehidupan dan kebudayaan yang cemerlang.

(ii) Toleransi terhadap sikap dan pemikiran dan akal manusia supaya boleh menerima hakikat kewujudan Allah, memahami agama dan mengiktiraf kehendak Allah.

(iii) Menerima hakikat bahawa segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah dan dialah yang maha menentukan segala sesuatu. Sifat ini akan memastikan manusia tidak akan kecewa apabila menerima nasib yang tidak baik dalam kehidupan mereka.

Secara ringkasnya, perbincangan di atas telah mengemukakan asas-asas yang penting dalam meletakkan akidah sebagai asas pembinaan tamadun Islam. Penafian terhadap asas tersebut secara mutlak meletakan tamadun yang dicapai oleh manusia adalah bersifat sekular. Perkembangan dan kemajuan sesuatu tamadun hendaklah didasari atas asas-asas yang telah dibincangkan di atas bagi memastikan ianya tidak terseleweng ke arah yang menyesatkan.

Page 76: Pelajaran 01- 05

76

SOALAN DALAM TEKS 5.2

1. Percaya kepada Allah adalah merangkumi A. Percaya bahawa Tuhan mempunyai sifat seperti

manusia. B. Tuhan yang menjadikan alam dan tidak

mengaturkan perjalanannya. C. Tuhan bukanlah makhluk. D. Tuhan hidup bebas seperti makhluk-makhluk lain

di dunia. 2. Tamadun Islam adalah relatif, spekulatif dan

terpengaruh dengan ideologi moden. Betul / Salah 3. Akal yang waras akan menolak semua perkara yang

bertentangan dengan realiti. Betul / Salah

4. Wahyu dan akal adalah saling memerlukan. Betul / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.4 KESAMARAN DALAM MEMAHAMI AKIDAH Salah faham terhadap agama adalah perkara yang sudah menjadi suatu fenomena yang membimbangkan di dalam masyarakat kita sekarang. Penyelewengan akidah dan kegagalan dalam memahaminya dalam konteks sebenar telah meletakkan manusia dalam kesamaran. Perkara ini adalah disebabkan kecetekan ilmu yang dimiliki oleh manusia terhadap Islam atau disebabkan penerimaan Islam yang tidak menyeluruh dan hanya melibatkan aspek-aspek tertentu sahaja seperti dalam persoalan ibadah, nikah kahwin dan sebagainya. Penafian terhadap kesempurnaan Islam dan ajarannya telah mendorong ramai manusia menjadi serba salah dan menerima Islam secara tidak menentu. Dalam masa yang sama menerima pakai kaedah dalam ilmu dan pengalaman yang dipelopori oleh barat dan fahaman yang bersifat animisme dan tahayul walaupun ternyata bertentangan dengan Islam. Perbincangan dalam hal ini dapat dikelaskan dalam beberapa perkara seperti berikut:

Page 77: Pelajaran 01- 05

77

5.4.1 Khurafat, Bidaah, dan Syirik

Ketiga-tiga fahaman ini adalah rangkaian kesesatan manusia yang cetek kefahamannya terhadap akidah yang sebenar. Khurafat adalah kepercayaan yang karut dan amat bertentangan dengan akal manusia yang waras seperti pemujaan terhadap kubur-kubur keramat, dan perkara-perkara tahayul seperti kepercayaan kepada perkara seperti mandi safar untuk membersihkan dosa dan sebagainya. Manakala perbuatan bid’ah adalah perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan orang Islam dan ternyata ianya adalah perkara yang dilarang dalam Islam. Syirik adalah kepercayaan kepada dua tuhan yang memerintah alam ini, ataupun pemujaan terhadap makhluk atau benda sebagai tuhan yang boleh memberikan sesuatu kepada manusia sedangkan objek-objek ketuhanan itu sendiri adalah diciptakan oleh manusia sendiri. Jelasnya, perkara yang disebutkan di atas sebenarnya hanya mengarahkan manusia kepada kesesatan kerana kepercayaan kepada sesuatu yang karut tidak akan memberikan apa-apa kepada manusia sebaliknya akan meletakkan manusia dalam keadaan serba salah. 5.4.2 Akidah Sebagai Keyakinan Dalam Islam akidah bukanlah sekadar meletakkan keyakinan kepada Allah dan hanya dipusatkan di hati semata-mata kerana akidah mempunyai peranan yang besar dalam membangunkan diri manusia sebagai insan yang sebenar. Akidah perlulah dibuktikan dengan amalan dan perbuatan manusia dan sekaligus memastikan bahawa akidah akan menjadi pendorong dan mengatur setiap perbuatan manusia. Hasil perbuatan dan kelakuan manusia sebenarnya adalah manifestasi kepada akidah yang dimiliki. Semakin tinggi iman dan akidah yang dimiliki bermakna perbuatan yang lahir adalah bersifat luhur dan diredai tuhan dan akan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Seseorang itu tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan ditegah oleh Islam sekiranya ia beriman dan berakidah kepada Allah. 1. Ideologi-Ideologi Moden Seperti Sekularisme,

Nasionalisme, dan Sebagainya Seperti yang telah dijelaskan dalam topik sebelum ini, segala idea-idea yang diutarakan oleh manusia bukanlah bersifat ajaran agama. Segala hasil pemikiran dan pengalaman manusia bukanlah ajaran agama apatah lagi sekiranya hasil pemikiran akal manusia itu bertentangan dengan akidah Islam yang sebenar. Allah anugerahkan akal kepada manusia adalah untuk mereka memikirkan kebesaran Allah melalui amalan hidup mereka seharian. Ini tidaklah bermakna bahawa Islam menolak segala pemikiran yang dihasilkan oleh akal, tetapi akal manusia sebenarnya

Page 78: Pelajaran 01- 05

78

dipandu oleh akidah dalam memikirkan sesuatu. Ada perkara-perkara yang tidak mampu difikirkan oleh manusia seperti perkara ghaib dan perkara yang berkenaan dengan sifat Allah dan sebagainya. Pendek kata, peranan akal adalah untuk melengkapkan seruan wahyu Allah dan diadunkan menurut kesesuaian umat yang menghuni sesuatu zaman. Ini bukan bermakna bahawa akidah dan syarak merupakan sesuatu yang boleh berubah tetapi dari segi perlaksanaannya sahaja yang berubah. Walau bagaimanapun, ideologi dan hasil pemikiran manusia yang tidak bertentangan dengan Islam adalah diterima sebagai pelengkap kepada pembangunan manusia dan persekitarannya. 2. Akidah Bukanlah Suatu Warisan Seumur Hidup danTidak

Bercerai Tanggal Ini adalah di antara kesamaran yang besar pengaruhnya dalam pemikiran umat Islam. Ramai di kalangan umat Islam menganggap bahawa sekiranya ibu bapa mereka Islam maka sudah cukup untuk mereka menyatakan diri mereka juga Islam atau dengan kata lain mereka bebas melakukan apa saja yang disukai walaupun mengetahui perbuatan mereka bercanggah dengan Islam. Iman seseorang boleh bertambah dan boleh berkurang berdasarkan amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu. Ia bukan merupakan sesuatu yang kekal dan tidak bercerai tanggal. Akidah boleh terpisah daripada jasad umat Islam sekiranya mereka mensyirikkan Allah dan menentang secara jelas segala hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

SOALAN DALAM TEKS 5.3

1. Pilih kenyataan yang BENAR A. Khurafat adalah kepercayaan yang tidak

bertentangan dengan akal. B. Syirik adalah kepercayaan kepada satu atau lebih

Tuhan. C. Akidah adalah berpusat dihati. D. Akidah tidak mencerminkan keperibadian

seseorang. 2. Manakah yang SALAH mengenai ideologi moden

A. Lahir hasil pemikiran manusia. B. Lahir untuk membesarkan Allah. C. Lahir untuk mengatur kehidupan manusia. D. Lahir untuk pembangunan alam dan manusia.

Page 79: Pelajaran 01- 05

79

3. Akidah adalah warisan seumur hidup yang akan kekal

hingga ke akhir hayat manusia. Betul / Salah

4. Syirik boleh membatalkan akidah seseorang. Betul / Salah

5. Akidah adalah punca pemurnian tamadun dunia. Betul / Salah

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.5 KESIMPULAN Hidup beragama atau berakidah adalah naluri atau sifat semula jadi manusia yang telah sedia ada diciptakan oleh Allah. Jiwa manusia yang bersih sejak dilahirkan dan tidak pernah dicemari akidahnya akan dapat memikirkan kebenaran, dan mengenal Allah dan kesempurnaanya. Kelalaian manusia untuk memahami dirinya yang sebenar akhirnya akan meletakkan mereka dalam keadaan serba salah dan lupa kepada fitrah kejadian mereka yang sebenar. Akidah yang wujud dalam Islam bukanlah untuk mengasingkan manusia dengan kehidupan atau sesama manusia, malah akidah bukan sesuatu yang asing kepada manusia. Sebaliknya akidah adalah sesuatu yang dapat mendorongkan manusia melakukan sesuatu dengan cara yang sebaik mungkin, menghalang kelalaian, menghindarkan kemungkaran dan kepentingan yang tidak pernah memberikan faedah kepada sesama manusia. Jelasnya, Allah menyuruh manusia supaya beragama dan berakidah setelah Allah menyediakan pada manusia:

(i) Sifat semula jadi untuk beragama dan hanya kerana keegoan manusia saja yang menafikan hakikat tersebut;

(ii) Kemampuan untuk mengesan dan membuktikan kebenarannya dan sekaligus menolak segala kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan dengan akal;

(iii) Segala bukti sama ada ayat-ayat al-Quran yang tersurat dan tersirat di dalam alam kejadian dan ciptaannya, sama ada di langit dan di bumi, di daratan atau di lautan, dan di mana saja yang dapat ditempuh oleh pancaindera manusia; dan

(iv) Segala bukti telah dinyatakan dengan jelas oleh Rasulullah s.a.w. yang telah diutuskan-Nya kepada manusia.

Page 80: Pelajaran 01- 05

80

Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bagaimana akidah memainkan peranan dalam membina tamadun manusia sekaligus bertindak sebagai asas yang penting dalam pembinaan tamadun Islam.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan secara terperinci maksud akidah dan apakah

perbezaan antara akidah dan ideologi moden? 2. Beriman kepada Allah secara rasionalnya dapat memajukan diri

dan tamadun manusia itu sendiri. Buktikan kebenaran kenyataan tersebut.

3. Akidah sering disalahtafsirkan oleh masyarakat Islam pada hari

ini. Bincangkan tentang tafsiran-tafsiran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip akidah yang sebenar?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

SDT 5.1

1. D. 2. “kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-

nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam, iaitu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin terhurai atau terputus dalam apa jua suasana dan keadaan sekalipun”.

3. Akidah: - iman yang tertanam di lubuk hati - pendirian yang teguh dan kukuh - tenang menghadapi semua kemungkinan

Ideologi - fikiran, fantasi dan khayalan - pendirian yang mudah berubah dan dipengaruhi - dipenuhi dengan kebimbangan dan keraguan

SDT 5.2 1. C

Page 81: Pelajaran 01- 05

81

2. Salah 3. Betul 4. Betul

SDT 5.3 1. C 2. B 3. Salah 4. Betul 5. Betul