pelajar sains dan teknologi, kejuruteraan rangkul anugerah ... filefakulti sains dan teknologi...

5
Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah Seni UKM 2010 Isnin, 10 Januari 2011 18:12 Oleh Siti Madihah Ahmad Mahir Pelajar Latihan Industri, UiTM dan Nurul Haziqah Abdul Halim Pelajar Latihan Industri, Lim Kok Wing Universiti Foto oleh Saliman Leman BANGI, 10 Jan, 2010 – Dua pelajar Fakulti Sains dan Teknologi merangkul hadiah pada Malam Anugerah Seni UKM 2010 – seorang memenangi Anugerah Naib Canselor dan seorang lagi Anugerah Seni Mahasiswi manakala Anugerah Seni Mahasiswa dimenangi pelajar dari Fakulti Kejuruteraan. Noor Azrina Sidek, 21, pelajar tahun dua dari Fakulti Sains dan Teknologi, jurusan Sains Biologi (Haiwan) yang memenangi Anugerah Naib Canselor turut menerima Anugerah Pengurusan Teknikal. Anugerah Seni Mahasiswi dimenangi oleh Norshida Mohmad Yasin, 22, pelajar tahun akhir di Fakulti Sains dan Teknologi jurusan Sains Sekitaran (Biologi) manakala Anugerah Seni Mahasiswa dirangkul oleh Zulkifli Ibrahim, 23, pelajar tahun empat bidang kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan. Hadiah-hadiah berupa piala, sijil penghargaan dan wang tunai bagi anugerah utama itu disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal-Ehwal Antarbangsa), Prof. Dato’ Dr Ir Hasan Basri, di majlis Malam Anugerah Seni UKM 2010, di Dectar malam minggu lalu (8 Jan). Selain penyampaian anugerah, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh pelbagai kumpulan pelajar dan tidak ketinggalan dendangan lagu oleh Al-Amril Othman, pensyarah dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang turut memukau seluruh dewan. Malam Anugerah anjuran Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar itu adalah acara tahunan dianjurkan untuk menghargai jasa dan sumbangan pelajar dan kakitangan yang mencurahkan bakti dalam program kesenian selain memberi peluang mengasah bakat di kalangan mereka lantas menaikkan imej dan mengharumkan nama UKM. Ia juga sebagai usaha memberi dorongan dan galakan agar warga kampus bergiat lebih aktif dalam setiap program kesenian di dalam dan di luar kampus selain memupuk perpaduan bangsa di kalangan masyarakat kampus. Di segi pencapaian, pelajar UKM muncul johan dalam Pesta Pantun Bestari 2010 (Peringkat 1 / 5

Upload: phungphuc

Post on 01-Apr-2019

248 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah ... fileFakulti Sains dan Teknologi jurusan Sains Sekitaran (Biologi) ... Ia juga sebagai usaha memberi dorongan dan galakan

Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah Seni UKM 2010Isnin, 10 Januari 2011 18:12

Oleh Siti Madihah Ahmad Mahir Pelajar Latihan Industri, UiTM dan Nurul Haziqah AbdulHalim Pelajar Latihan Industri, Lim Kok Wing Universiti Foto oleh Saliman Leman

BANGI, 10 Jan, 2010 – Dua pelajar Fakulti Sains dan Teknologi merangkul hadiah pada MalamAnugerah Seni UKM 2010 – seorang memenangi Anugerah Naib Canselor dan seorang lagiAnugerah Seni Mahasiswi manakala Anugerah Seni Mahasiswa dimenangi pelajar dari FakultiKejuruteraan.

Noor Azrina Sidek, 21, pelajar tahun dua dari Fakulti Sains dan Teknologi, jurusan Sains Biologi(Haiwan) yang memenangi Anugerah Naib Canselor turut menerima Anugerah PengurusanTeknikal.

Anugerah Seni Mahasiswi dimenangi oleh Norshida Mohmad Yasin, 22, pelajar tahun akhir diFakulti Sains dan Teknologi jurusan Sains Sekitaran (Biologi) manakala Anugerah SeniMahasiswa dirangkul oleh Zulkifli Ibrahim, 23, pelajar tahun empat bidang kejuruteraanElektrikal dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan.

Hadiah-hadiah berupa piala, sijil penghargaan dan wang tunai bagi anugerah utama itudisampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hal-Ehwal Antarbangsa), Prof. Dato’Dr Ir Hasan Basri, di majlis Malam Anugerah Seni UKM 2010, di Dectar malam minggu lalu (8Jan).

Selain penyampaian anugerah, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian dannyanyian oleh pelbagai kumpulan pelajar dan tidak ketinggalan dendangan lagu oleh Al-AmrilOthman, pensyarah dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial danKemanusiaan yang turut memukau seluruh dewan.

Malam Anugerah anjuran Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar itu adalah acaratahunan dianjurkan untuk menghargai jasa dan sumbangan pelajar dankakitangan yang mencurahkan bakti dalam program kesenian selain memberi peluangmengasah bakat di kalangan mereka lantas menaikkan imej dan mengharumkan nama UKM.

Ia juga sebagai usaha memberi dorongan dan galakan agar warga kampus bergiat lebih aktifdalam setiap program kesenian di dalam dan di luar kampus selain memupuk perpaduanbangsa di kalangan masyarakat kampus.

Di segi pencapaian, pelajar UKM muncul johan dalam Pesta Pantun Bestari 2010 (Peringkat

1 / 5

Page 2: Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah ... fileFakulti Sains dan Teknologi jurusan Sains Sekitaran (Biologi) ... Ia juga sebagai usaha memberi dorongan dan galakan

Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah Seni UKM 2010Isnin, 10 Januari 2011 18:12

IPTA/IPTS); Naib Johan Festival Dondang Sayang MAKUM 2010; Johan KeseluruhanPertandingan Festival Nasyid Kemerdekaan IPT Peringkat Kebangsaan 2010/1431H; TempatKetiga Festival Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia 2010, ia itu NyanyianAntarabangsa – Emas; Nyanyian Irama Malaysia – Emas; Tarian Rampaian Melayu – Emasdan Tarian Klasik India – Gangsa.

Pemenang Anugerah Naib Canselor, Noor Azrina ketika ditemui memberitahu penglibatannyadalam ARTISUKMA secara amnya tidak mengganggu waktu belajarnya kerana kebanyakanacara yang mana beliau perlu bertugas diadakan pada waktu malam (contohnya, majlis makanmalam kolej). Beliau menyiapkan tugasan kuliah tepat pada waktu dan memanfaatkan mingguulangkaji sepenuhnya.

Noor Azrina juga melibatkan diri dalam ARTISUKMA sebagai salah satu cara meluaskannetworking.

Walaupun terlibat dalam bidang ini, beliau tidak menyimpan hasrat untuk meneruskan karierdalam bidang seni kerana penglibatannya hanyalah untuk meluangkan masa lapang denganberpersatuan. Beliau ingin meneruskan karier dalam bidang sains.

Pemenang Anugerah Seni Mahasiswa, Zulkifli Ibrahim, dari Kolej Pendeta Zaaba bergiat dalamseni tari sejak tahun satu dalam bidang tarian Melayu dan kontemporari dan berminat menjadiguru.

Beliau sentiasa memberi tumpuan kepada pelajarannya dan bergiat dalam seni bagi mengisimasa lapang. Selain bijak membahagikan masa beliau juga sentiasa bekerjasama rapatdengan rakan-rakan sepengajian dalam mengulangkaji. Beliau juga adalah ahli JaksaKebudayaan Kolej Pendeta Zaaba.

Pemenang Anugerah Seni Mahasiswi, Norshida Mohmad Yasin, pula memberitahu antaratanggungjawab ahli pengurusan seni ARTISUKMA ialah berurusan dengan pegawaikebudayaan serta menguruskan persembahan untuk acara-acara.

Penglibatannya dalam ARTISUKMA juga tidak mengganggu waktu belajarnya kerana biasanyakesemua ahli akan bergilir-gilir melakukan tugasan. Sesiapa yang mempunyai masa senggangakan ditugaskan ketika itu.

Selain itu, mereka turut merancang tugasan lebih awal. Contohnya, untuk acara yang bakalberlangsung pada bulan Mac, mereka akan memulakan tugasan sejak Januari lagi. Dengan inimereka tidak terlalu sibuk atau kelam-kabut di pertengahan semester.

Bagi beliau, jika tidak dapat meneruskan karier dalam bidang seni sekalipun,sekurang-kurangnya kemahiran dan pengalaman yang beliau perolehi dalam ARTISUKMA ini,iaitu pengurusan acara, adalah amat berguna dalam kariernya kelak.

Pengetua Kolej Pendeta Zaaba, Prof. Madya Ahmad Sunawari Long berpendapat perancangandan Jaksa yang gigih mengatur kegiatan membolehkan mereka meraih kemenangan buat kali

2 / 5

Page 3: Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah ... fileFakulti Sains dan Teknologi jurusan Sains Sekitaran (Biologi) ... Ia juga sebagai usaha memberi dorongan dan galakan

Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah Seni UKM 2010Isnin, 10 Januari 2011 18:12

ketiga berturut-turut tahun ini.

Selain ahli Jaksa yang aktif, mereka juga mempunyai jurulatih yang komited dan kemudahanbilik kesenian yang memberi perangsang kepada penggiat seni di kalangan pelajar.

Beliau berharap untuk terus mengatur pelbagai kegiatan hujung minggu bagi membantu pelajarmengisi masa terluang seperti acara membaca sajak.

Pemenang Penerbitan Foto, Ra’ai Osman, 53, pula menceburi bidang fotografi sejak 32 tahunlalu dan bertugas di UKM setelah tamat kursus Institut Latihan Belia Pertak.

Pada 1997, beliau menjadi pengajar untuk Kokorikulum UKM dan juga Penceramah Luar UKMHoldings.

Beliau gembira mememangi anugerah itu, namun amat terharu kerana UKM turut menghargaikhidmat dan kemahiran fotografinya.

Berikut adalah senarai penuh penerima Anugerah pada Malam Anugerah Seni UKM 2010:

Anugerah Penerbitan Seni  (Grafik/Cetak) - Festival Gamelan Malaysia UKM 2010 – SitiNorazilah Saharom

Anugerah Penerbitan Foto – Manifestasi Seni Tari Antarabangsa UKM 2010 -Ra’ai Osman

Anugerah Pengurusan Teknikal – Noorazrina Sidek – Teknikal Artisukma

Anugerah Seni Tradisi Lisan – Nor Adlyzan Theis – Artisukma

Anugerah Seni Muzik – Ahmad Busuki

Anugerah Seni Tari – Zulkifli Ibrahim – Tarian Aadyamaatra

Anugerah Seni Vokal – Mohd Taufik Shamsudin – Dikir Barat Tunas Warisan

Anugerah Seni Teater – Zuliati Jaidi – Teater Rimba

Anugerah Pengurusan Seni – Norshida Mohamed Yasin – Pengurusan Seni Artisukma

Anugerah Seni Beladiri – Mohamed Nasa’ei Abdullah – Seni Silat Gayung Malaysia

Anugerah Penggiat Seni Kampus – Dr Zubir Idris – Penasihat Kumpulan Tradisi Lisan

Anugerah Kumpulan/Kelab Teraktif

Arti’Z Kolej Pendeta Zaaba; Kumpulan Tarian Aadyamaatra Artisukma; Kumpulan NasyidArtisukma

3 / 5

Page 4: Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah ... fileFakulti Sains dan Teknologi jurusan Sains Sekitaran (Biologi) ... Ia juga sebagai usaha memberi dorongan dan galakan

Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah Seni UKM 2010Isnin, 10 Januari 2011 18:12

Anugerah Kreativiti Seni Projek

Persembahan Gitar Teramai (1000 Gitar) Malaysia Book of Records Sempena FestivalMalaysia Inovatif 2010

Anugerah Kolej Teraktif

Kolej Pendeta Zaaba

Nurul Hani Mardi menerima Anugerah Khas Juri           Norshida Mohmas Yasinmenerima Anugerah Kreativiti Seni Projek

Noor Azrina Sidek menerima Anugerah Naib                  Wakil kumpulan TrianAadyanamaatra ARTISUKMA Canselor                                                                   menerima Anugerah kumpulan/kelab teraktif

Penerima Anugerah Citra Kencana                               Dr. Zubir Idris menerima AnugerahPenggiat Seni Kampus

4 / 5

Page 5: Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah ... fileFakulti Sains dan Teknologi jurusan Sains Sekitaran (Biologi) ... Ia juga sebagai usaha memberi dorongan dan galakan

Pelajar Sains dan Teknologi, Kejuruteraan rangkul Anugerah Seni UKM 2010Isnin, 10 Januari 2011 18:12

Moheamed Nasa'ei Abdullah menerima Anugerah           Zulkifli Ibrahim menerima AnugerahSeni MahasiswaSeni Beladiri

Zuliati Jaidi menerima Anugerah Seni Teater                 Pensyarah Fakulti Sains Sosial &Kemanusiaan,                                                                                  Al-Amril Othman menyampaikan lagu'Kerana Kau'

Norshida Mohmad Yasin menerima Anugerah                 Abdul Ra'ai Osman menerimaAnugerah Penerbitan FotoSeni Mahasiswi

5 / 5