pekerja yang bodoh

Upload: uvaraja-bbf

Post on 23-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Pekerja Yang Bodoh

    1/2

    Pekerja yang bodoh

    Di sebuah kampung, ada seorang pedagang yang kaya dan kedekut. Dia juga

    mempunyai seorang hamba sebagai pekerjanya. Pada suatu hari, peniaga itu

    memanggil hambanya. Abu, engkau pergi ke ladang pokok kelapa dan tebang pokok

    kelapa seperti pekerja-pekerja yang lain, katanya kepada hambanya.

    Dia pun membawa kereta lembunya ke ladang pokok kelapa. Di sana beberapa

    orang pekerja sedang menebang pokok dengan menggunakan kapak dan beberapa

    orang lagi cuba meletakkan pokok yang ditumbang ke dalam kereta lembu.

    kenapa semua orang bodoh seperti ini, kalau letak kereta lembu di bawah

    tempat pokok kelapa dijatuhkan, dapatlah senangkan kerja kita , katanya Abu. Dia juga

    memilih pokok yang tinggi dan ingin menebang di depan pekerja-pekerja yang lain

    untuk membuktikan kepintarannya. Dia pun bermula menebang pokok yang dipilihnya

    dengan menggunakan kapak. Setelah menebang setengah pokok, dia pun

    mengerakkan kereta lembunya di bawah tempat yang pokok akan dijatuhkan. Pekerja-

    pekerja yang lain pun berasa hairan dengan perlakuan Abu.

    Selepas beberapa minit pokok yang ditebang oleh Abu telah jatuh terhempas ke

    atas kereta lembunya. aka, kereta lembu pun terderai lalu lembu juga menjadi

    mangsa. Dia pun terkejut dan tidak dapat mencari kesilapan yang dilakukannya. saya

    dapat menebang pokok dengan betul, kereta lembulah yang tidak kuat, ingatlah Abu

  • 7/24/2019 Pekerja Yang Bodoh

    2/2

    dalam hatinya. Setelah balik ke rumah majikannya, Abu lalu menceritakan perkara yang

    telah telah berlaku. aduhai, engkau ini kenapa bodoh seperti ini, pedagang pun

    memarahi dan menyesal tentang hambanya.

    !eberapa bulan kemudian, kampung itu telah mengalami situasi kehabisan

    minyak tanah. Pedagang itu telah merancang untuk menyembunyikan "# tong minyak

    tanah yang ada padanya supaya dapat keuntungan. $alu dia memanggil Abu dan

    mengarahkan dia untuk memindahkan kesemua tong minyak tanah dalam kedainya ke

    kebun serta mengarahkanya untuk menanam minyak tanah dalam tanah kebunnya.

    Abu juga mengikuti arahan majikannya. Dia menggali lubang yang besar dan

    mengguling setiap tong minyak tanah ke tempat menggali lubang. Dia juga

    menuangkan minyak tanah dalam tong ke dalam lubang yang digali. Setelah habis

    menuang minyak, Abu telah ber%ikir nak buat apa dengan semua tong ini, dalam

    hatinya. $alu Abu mengejutkan majikannya dari ketiduran, tuan tak kata apa nak buat

    dengan tong ini, tanya kepada majikannya. Pedagang pun telah memahami perbuatan

    hambanya dan lalu menghalau keluar Abu dari rumahnya.