pekeliling majikan bil 22014 - penstrukturan baru bagi bantuan kewangan di bawah skim- skim geran...

Upload: aziz-jamaludin

Post on 07-Jul-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Pekeliling Majikan Bil 22014 - Penstrukturan Baru Bagi Bantuan Kewangan Di Bawah Skim- Skim Geran Latihan _a…

    1/3

    1

    Rujukan kami  : ( )PSMB/20/8 KulitTarikh : 13 Januari 2013

    PEKELILING MAJIKAN BIL. 2/2014

    STRUKTUR BARU BANTUAN KEWANGAN DI BAWAH SKIM- SKIM GERAN

    LATIHAN

     _______________________________________________________

    1.0 TUJUAN

    1.1 Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan kepada majikan

    mengenai struktur baru bantuan kewangan di bawah Skim- skim Geran

    Latihan PSMB.

    2.0 LATAR BELAKANG

    2.1 Dalam menggalakkan budaya latihan di kalangan majikan, PSMB telah

    membangunkan pelbagai skim latihan untuk meningkatkan

    pengetahuan dan kemahiran pekerja. Di antara skim latihan tersebut

    adalah SBL, SBL-Khas, SLB, Skim ITS, Skim FWT, Skim PPT dan

    Skim SME-OJT.

    2.2 Bermula pada 1 Januari 2014, kadar bantuan kewangan telah

    ditetapkan kembali pada kadar 100%. Kadar ini bertujuan untuk

    membantu majikan merancang dan melaksanakan aktiviti latihan

    pekerja bagi mencapai sasaran pekerja mahir negara sebanyak 50%

    menjelang tahun 2020.

  • 8/18/2019 Pekeliling Majikan Bil 22014 - Penstrukturan Baru Bagi Bantuan Kewangan Di Bawah Skim- Skim Geran Latihan _a…

    2/3

    2

    3.0 STRUKTUR BARU BANTUAN KEWANGAN DI BAWAH SKIM-SKIM

    GERAN LATIHAN

    3.1 Mesyuarat Lembaga Pengarah PSMB pada 16 Disember 2013 telah

    memutuskan bahawa peratusan penggunaan levi majikan adalah

    berdasarkan kepada program seperti berikut:

    Struktur Baru Bantuan Kewangan Bagi Program Latihan Skim-Skim dibawah Geran Latihan

    PeratusPenggunaan Levi Yang Dibenarkan

    Jenis Program Yang Layak *Kadar BantuanKewangan

    60% atau lebih   Program latihan berfokuskankepada keperluan sektor,perniagaan dan operasisyarikat/ jabatan.

      Program latihan persijilanprofesional

      Program latihan pembangunanseperti Sijil, Diploma, IjazahSarjana dan Ijazah Kedoktoran

    100%

    Tidak melebihi40%

      Program latihan berfokuskankepada keperluan individu iaituberbentuk generik atausoftskills 

    100%

    *Kadar bantuan kewangan 100% adalah bagi program latihan yang dijalankan diMalaysia. Manakala program latihan yang dijalankan di luar negara adalah kekal padakadar 50% kecuali program teknologi tinggi, teknologi baru, pembangunan produkbaru, pembangunan dan penyelidikan, kejuruteraan, pemasaran dan pengurusanstrategik

    3.2 Kelayakan seperti jadual di atas adalah untuk Skim Bantuan Latihan

    (SBL), SBL-Khas, Skim Latihan Bersama (SLB), SME On-The-Job

    Training (OJT), dan Skim Latihan Bakal Pekerja (FWT) sahaja.

  • 8/18/2019 Pekeliling Majikan Bil 22014 - Penstrukturan Baru Bagi Bantuan Kewangan Di Bawah Skim- Skim Geran Latihan _a…

    3/3

    3

    3.3 Bermula tahun 2015, program berbentuk induksi, motivasi dan team-

    building  tidak akan diluluskan dan tidak diliputi di bawah KWPSM.

    3.4 Permohonan geran latihan hendaklah dikemukakan kepada PSMB

    selewat-lewatnya 14 hari sebelum latihan bermula. Permohonan

    Geran Latihan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tujuh(7)

    hari bekerja.

    4.0 TARIKH KUATKUASA

    4.1 Kadar kelayakan dan struktur baru bantuan kewangan di bawah skim-

    skim Geran Latihan akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2014.

    5.0 PENUTUP

    5.1 Sebarang pertanyaan dan bantuan berhubung perkara di atas, sila

    hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 1-800-88-4800.

    Sekian, terima kasih.

    “HRDF – SHAPING PEOPLE”  “Pekerja Pemangkin Transform asi Negara ”  

    Yang Ikhlas,

    t.t( ALI BADARUDDIN BIN ABD. KADIR )Ketua EksekutifPembangunan Sumber Manusia Berhad