pejabat timbalan dekan (akademik & …reg.upm.edu.my/eiso/docs/20150527123313gp003_garis panduan...

5
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 Halaman: 1/5 No. Semakan: 02 No. Isu: 02 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK Tarikh: 05/06/2015 Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’ 1.0 TUJUAN Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini bertujuan memberi penjelasan kepada pelajar, penasihat akademik dan pegawai universiti yang terlibat dengan Sistem Penasihatan Akademik. 2.0 SKOP Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini merangkumi hubungan ‘mentor- mentee’ (pengajar-pelajar) bagi tujuan menimbulkan rasa yakin diri dan bermotivasi untuk belajar sehingga akhirnya pelajar mencapai kejayaan di dalam program pengajiannya. Dalam ‘Sistem Penasihatan Akademik’ seseorang pelajar di sepanjang pengajiannya di Universiti diletakkan di bawah bimbingan Penasihat Akademik. Dalam hal ini, PA merupakan sahabat, penasihat dan pembimbing yang bijak, berpengalaman dan diyakini oleh pelajar di bawah bimbingannya. 3.0 DOKUMEN RUJUKAN Kod Dokumen Tajuk Dokumen - Jadual Waktu Kuliah dan Amali Semester Berkaitan - Jadual Waktu Peperiksaan Semester Berkaitan TERKINI Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik Prasiswazah) 2014 - Kalendar Akademik Sesi Pengajian Berkaitan - Modul Penasihatan Akademik (Sistem Maklumat Pelajar)

Upload: ngongoc

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20150527123313GP003_GARIS PANDUAN … · Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini merangkumi hubungan ‘mentor-mentee’

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN DEKAN

(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003

Halaman: 1/5

No. Semakan: 02

No. Isu: 02

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Tarikh: 05/06/2015

Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

1.0 TUJUAN Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini bertujuan memberi penjelasan

kepada pelajar, penasihat akademik dan pegawai universiti yang terlibat dengan

Sistem Penasihatan Akademik.

2.0 SKOP

Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini merangkumi hubungan ‘mentor-

mentee’ (pengajar-pelajar) bagi tujuan menimbulkan rasa yakin diri dan bermotivasi

untuk belajar sehingga akhirnya pelajar mencapai kejayaan di dalam program

pengajiannya. Dalam ‘Sistem Penasihatan Akademik’ seseorang pelajar di sepanjang

pengajiannya di Universiti diletakkan di bawah bimbingan Penasihat Akademik.

Dalam hal ini, PA merupakan sahabat, penasihat dan pembimbing yang bijak,

berpengalaman dan diyakini oleh pelajar di bawah bimbingannya.

3.0 DOKUMEN RUJUKAN

Kod Dokumen Tajuk Dokumen

- Jadual Waktu Kuliah dan Amali Semester Berkaitan

- Jadual Waktu Peperiksaan Semester Berkaitan

TERKINI Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik Prasiswazah) 2014

- Kalendar Akademik Sesi Pengajian Berkaitan

- Modul Penasihatan Akademik (Sistem Maklumat Pelajar)

Page 2: PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20150527123313GP003_GARIS PANDUAN … · Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini merangkumi hubungan ‘mentor-mentee’

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN DEKAN

(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003

Halaman: 2/5

No. Semakan: 02

No. Isu: 02

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Tarikh: 05/06/2015

Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

4.0 TERMINOLOGI/ SINGKATAN

AKD : Bahagian Urus Tadbir Akademik

KBAKD : Ketua Bahagian Urus Tadbir Akademik

Ketua PTJ : Dekan Fakulti, Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Pengarah Pusat Inovasi, Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar, dan Pengarah Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa

KPA : Ketua Penasihat Akademik

KPAA : Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa

PA : Penasihat Akademik

SPA : Sistem Penasihatan Akademik

TDA : Timbalan Dekan (Akademik)

TNC (A&A) : Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

5.0 TANGGUNGJAWAB

TNC (A&A), Ketua PTJ, KPAA dan KBAKD bertanggungjawab memastikan Garis

Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini dilaksanakan.

Sesiapa yang terlibat mesti mematuhi garis panduan ini.

Page 3: PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20150527123313GP003_GARIS PANDUAN … · Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini merangkumi hubungan ‘mentor-mentee’

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN DEKAN

(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003

Halaman: 3/5

No. Semakan: 02

No. Isu: 02

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Tarikh: 05/06/2015

Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

6.0 PANDUAN

Bil Panduan Tanggungjawab

6.1 Memastikan SPA dilaksanakan di peringkat fakulti dengan SMP

modul PA.

AKD, Ketua PTJ

6.2 Mengemukakan laporan pelajar yang tiada PA kepada Dekan Fakulti untuk tindakan.

AKD

6.3 Setiap pelajar mesti mempunyai seorang Penasihat Akademik (PA) sepanjang pengajian di UPM.

TDA

6.4 Pelajar perlu mendapatkan nama PA di fakulti masing-masing. Pelajar yang masih tidak mempunyai PA perlu merujuk kepada Ketua Penasihat Akademik (Timbalan Dekan Akademik) fakulti masing-masing.

Pelajar

6.5 Pelajar perlu meluangkan masa untuk berbincang tentang pelajaran, kerjaya dan sebagainya dengan membuat temu janji terlebih dahulu dengan PA tersebut.

Pelajar, PA

6.6 Pelajar dikehendaki berbincang dan mendapat persetujuan PA mengenai pendaftaran atau perubahan kursus pada setiap semester.

Pelajar, PA

6.7 Menemui PA sekurang-kurangnya dua kali setiap semester untuk membincangkan kemajuan prestasi akademik.

Pelajar, PA

6.8 Mendapatkan nasihat, pandangan atau buah fikiran PA mengenai perkara akademik mahupun peribadi. Temui PA pada bila-bila masa sepanjang pengajian pelajar di universiti ini.

Pelajar, PA

6.9 Membincangkan sesuatu masalah sesama pelajar dan PA dalam sesuatu kumpulan adalah digalakkan.

Pelajar, PA

6.10 Melantik pensyarah sebagai PA kepada sekumpulan pelajar.

TDA

6.11 Menyediakan “ID” dan “kata laluan” kepada semua PA.

TDA

Page 4: PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20150527123313GP003_GARIS PANDUAN … · Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini merangkumi hubungan ‘mentor-mentee’

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN DEKAN

(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003

Halaman: 4/5

No. Semakan: 02

No. Isu: 02

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Tarikh: 05/06/2015

Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

Bil Panduan Tanggungjawab

6.12 Menetapkan senarai sekumpulan pelajar kepada setiap PA hingga tamat pengajian

TDA, KPA

6.13 TDA/ KPA boleh mengambil alih atau melantik PA baru kepada mana-mana pelajar atau sekumpulan pelajar jika perlu.

TDA, KPA

6.14 Membuat jadual rancangan aktiviti SPA pada setiap semester dan melaporkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan salinan kepada Ketua Bahagian Akademik.

TDA, KPA

6.15 Memantau kelicinan perjalanan SPA di peringkat Fakulti.

AKD,TDA, KPA

6.16 Memantau kemajuan prestasi secara “online” (SMP) dan menasihati pelajar dengan sewajarnya.

PA

6.17 Mengesan dan merujukkan seseorang pelajar yang memerlukan perhatian khas, runding cara atau bimbingan kepada seseorang pensyarah yang mengajar atau kaunselor universiti atau pegawai yang berkenaan

PA

6.18 Memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada pelajar secara positif, serta mewujudkan perasaan rasa dihargai di kalangan pelajar di samping membuka peluang untuk mereka mencapai matlamat masing-masing.

PA

6.19 PA bertanggungjawab merekodkan setiap pertemuan dan perbincangan yang diadakan.

PA

6.20 Membantu pelajar memahami kurikulum, sistem semester, sistem pendaftaran, sistem peperiksaan dan pengecualian kursus.

PA

6.21 Membantu pelajar menyelesaikan masalah selain akademik, dan jika perlu merujuk perkara tersebut pada pihak tertentu

PA

6.22 Menyelia projek berkumpulan (pembangunan dan pengembangan).

PA

Page 5: PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & …reg.upm.edu.my/eISO/docs/20150527123313GP003_GARIS PANDUAN … · Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini merangkumi hubungan ‘mentor-mentee’

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEJABAT TIMBALAN DEKAN

(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003

Halaman: 5/5

No. Semakan: 02

No. Isu: 02

GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Tarikh: 05/06/2015

Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’

Bil Panduan Tanggungjawab

6.23 Merancang, mengadakan dan memantau aktiviti yang melibatkan semua pelajar di bawah penasihatannya.

PA

6.24 PA boleh diminta untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Senat untuk membantu kes gagal dan diberhentikan.

PA

6.25 Mengaktifkan pendaftaran kursus pelajar di bawah seliaan selepas pelajar berbincang dengan PA melalui SMP pada minggu pendaftaran kursus.

PA

6.26 Mengesahkan pendaftaran kursus pelajar di SMP-Modul Pendaftaran Kursus.

PA

6.27 Menyediakan buku panduan untuk memudahkan PA memberi nasihat kepada pelajar mengenai peraturan akademik, pengecualian kursus, cara pengiraan keputusan peperiksaan dan mata kekurangan serta lain-lain.

TDA

6.28 Menyediakan peruntukan kewangan untuk menjalankan aktiviti Penasihatan Akademik.

Ketua PTJ