pejabat kesihatan pelabuhan

Upload: nur-amira-azizan

Post on 13-Oct-2015

269 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

tugasan dan aktiviti yang dijalankan oleh pk pelabuhan

TRANSCRIPT

Tajuk:LAPORAN LAWATAN KE PORT KLANG

Nama Pengajar:Pn.Zuriyah Binti SallehPengiring:En. Hasamizi Bin Mustapa

Lokasi:West Port, Port KlangTarikh: 17 Mac 2014Kuliah:Ibnu RusydNama Ahli Kumpulan:Bil NamaNo.Matrik

1.Amy Syuhadah Binti RosliBPPKP 2012-4583

2.Hazimah Binti Stapha@Mustapha BPPKP 2012-4593

3.Mashaniza Binti IsaBPPKP 2012-4598

4.Nur Amira Binti AzizanBPPKP 2012-4654

5.Nor Fatimah Binti Abdul RasheedBPPKP 2012-4651

6.Hema Darshenee A/P RameshBPPKP 2012-4595

7.Nurul Isnaini Binti DollahBPPKP 2012-4661

8.Nurul Nadhirah Binti Nor AzlamBPPKP 2012-4662

9.

10.

ISI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKASURAT

1.0PENGHARGAAN

2.0PENGENALAN

3.0OBJEKTIF

4.0AKTIVITI HARIAN

5.0DAPATAN

6.0KESIMPULAN

7.0LAMPIRAN

PENGHARGAANSyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami yang terdiri daripada 47 orang pelatih membuat lawatan ke west port pada 17 mac 2014 di port klang.Dikesempatan ini, ingin kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pn. Zuriyah binti salleh selaku coordinator kami yang telah banyak membantu dan sekaligus menjayakan lawatan ini. Tidak lupa juga kepada en.hasamizi bin mustapa selaku pengajar pengiring yang telah memberi banyak informasi-infomasi dan tunjuk ajar yang berguna kepada kami semasa lawatan ini berjalan. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga turut diberikan kepada semua PPKP U36,PPKP U29 dan semua staff-staff di PKD pelabuhan port klang yang terlibat secara langsung ataupun tidak yang telah banyak meluangkan masa untuk member penerangan tentang west port.Berdasarkan informasi yang telah diberikan, dapatlah kami menyiapkan laporan lawatan ini. Segala keprihatinan dan penat lelah pihak puan amatlah kami hargai.Sekian terima kasih.

PENGENALAN KAWASANNamaTempat: Pelabuhan Klang Lokasi: North Port KlangStatusTerkini: melakukan pemeriksaan keatas kapal dan makanan import

OBJEKTIF1. Melihat kaedah yang digunakan semasa pemeriksaan barang apabila barang yang diimport tiba di port klang.2. Memerhati bagaimana ciri-ciri barang yang diimport di pelabuhan klang yang perlu menjalani sesi persampelan sebelum dilepaskan kepada orang awam.3. Melihat dan memahami aktiviti yang dijalankan di pelabuhan klang apabila barang yang diimport tiba .4. Mengenalpasti kelas-kelas dalam penahanan sesuatu barang yang diimport di pelabuhan klang.5. Memahami bagaimana pengeluaran sijil dijalankan bagi sesebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan klang antaranya pengeluaran sijil Ship Sanitation Control Certificate(SSCC) dan Ship Sanitation Control Exemption Certificate(SSEC).6. Mengetahui penyakit-penyakit yang perlu diberi perhatian ketika menjalankan pemeriksaan dipelabuhan antaranya yellow fever dan hawar. 7. Mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil sebelum pengwasapan dilakukan keatas sesebuah kapal .

HARI /TARIKHAKTIVITI

Isnin17 mac 20148.30 am Bertolak dari KSKB sg. Buloh

9.30 am Tiba di port klang Pelatih dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.

10.00 am Taklimat bagi kumpulan A Kumpulan B ke lapangan west port

1.00 pm Rehat dan persiapan diri.

2.30 pm Taklimat bagi kumpulan B Kumpulan A ke lapangan west port

4.45 pm penutup

5.00 pm bergerak balik KSKB sg.buloh

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI LAPANGAN ( PELABUHAN )

6.1 Tugas Pegawai Kesihatan

i. Menguatkuasakan Peraturan Kesihatan Antarabangsa dilaksanakan ii. Mempastikan bahawa kapal kapal yang memasuki pelabuhan tidak menjadi punca penularan penyaki berjangkit terutama penyakit demam kuning, plaque ke negara iniiii. Mempastikan kakitangan yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti di pelabuhan 6.2 Tugas PPKP U32 i. Menyelaraskan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit di pelabuhan.ii. Memastikan kelulusan berlabuh diproses dalam 24 jam.iii. Memberikan kelulusan kepada permohonan kapal untuk berlabuh di dermaga.iv. Menentukan samada sesebuah kapal itu perlu dikuarantin atau tidak.v. Menentukan status kapal, samada perlu dijalankan aktiviti kuarantin atau dibebaskan.vi. Mengeluarkan sijil Port Health Clearance dan kebenaran menjalankan aktiviti pemunggahan barangan ( Free Practique ).vii. Memohon pandangan kepada Pegawai Kesihatan sekiranya perlu dalam pengeluaran kelulusan berlabuh di dermaga atau kapal perlu dikuarantin atau tidak.

6.3 Tugas PPKP U29 i. Mendapatkan maklumat ketibaan kapal sekurang- kurangnya 24 jam sebelum ketibaan kapal dari Jabatan Laut atau Pihak Berkuasa Pelabuhan dan dari agen Perkapalan.ii. Menyemak borang notifikasi ketibaan kapal bagi menenti=ukan status kapal samada perlu dikuarantinkan atau tidak.iii. Mendaftar permohonan dalam buku daftar iv. Memproses permohonan borang notifikasi ketibaan dalam tempoh 24 jamv. Memantau kejadian penyakit berjangkit di negara- negara di dunia melalui Weekly Epidemiological Report dapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia melalui laman Web.vi. Mencadangkan kepada Pegawai atasan samadaa. membenarkan sesuatu kapal berlabuh di dermaga atau di labuhan.b. Perlu kuarantin atau tidak kuarantin ( bebas ) sesuatu kapal.vii. mendapatkan dokumen yang berkaitan dari agen perkapaln setelah kapal berlabuh.viii. Menjalankan pemeriksaan dokumen yang berkaitan yang diberikan oleh agen perkapalanix. Menjalankan pemeriksaan kapal yang dikuarantin.x. Mencadangkan kepada pegawai atasan samada kapal yang dikuarantin perlu dijalankan aktiviti kuarantin atau dibebaskan dari kuarantin.xi. Mencadangkan pengeluaran sijil Port Health Clearance

AKTIVITI DALAM UNIT VEKTOR DI PELABUHAN

- Aktiviti pintu masuk berbeza dari Pejabat Kesihatan Daerah biasa kerana kawasan operasi adalah terhad.

- Memastikan semua pintu masuk adalah bebas dari vektor penyakit Demam Kuning, iaitu nyamuk Aedes aegypti.

- Objektif a. Untuk kawalan kemasukan penyakit Demam Kuning b. Memastikan kehendak- kehendak Peraturan IHR

Aktiviti kawalan vektor adalah seperi berikut :

Kajian Aedes Kajian Ovitrap Kajian Rodensia Pendidikan KesihatanKajian Aedes

Memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes aegypti di kawasan perimeter dengan membuat pemeriksaan bekas- bekas yang boleh menakung air di sekitar kawasan perimeter pelabuhan dan di sekitar kawasan 400 meter dari kawasan perimeter. Surveillan Entomologi merupakan aktiviti utama kawalan untuk memastikan pelabuhan adalah bebas dari nyamuk aedes. Semasa pemeriksaan, kajian larva Aedes dilakukan, spesimen larva dikutip dan di bawa ke makmal untuk mengenalpasti jenis larva dan seterusnya untuk mengira Indeks Premis / rumah, Indeks Breteau dan Indeks Bekas. Hasil daripada analisa data entomologi yang diperolehi, aktiviti aktiviti kawalan seperti pengurangan punca pembiakan ( source reduction ), pengasapan ( fogging ) dan penguatkuasaan undang undang akan dilakukan

Memastikan Indek aegypti berada pada paras 0 ( Free ) Merancang peta kawasan operasi mengikut zon- zon Menjalankan aktiviti aedes secara berjadual mengikut zon. Menjalankan aktiviti abating pada kawasan- kawasan yang berisiko ada pembiakan aedes Tindakan kompaun di bawah Akta pemusnahan Penyakit- Penyakit Bawaan Serangga 1975

Kajian Ovitrap

ovitrap diletakkan di kawasan perimeter pelabuhan di zon- zon tertentu. Pemeriksaan dijalankan ke atas ovitrap dan seterusnya bilangan ovitrap yang positif ( telur / larva ) akan direkodkan untuk mengira Indeks ovitrap. Tindakan kawalan akan dijalankan sekiranya Indeks ovitrap untuk Aedes Aegypti melebihi 0 %. Indeks ovitrap kurang dari 1 Jenis ovitrap adalah bekas yang berwarna hitam dan dipasang di setiap zon yang telah ditetapkan zon perimeter 142 ovitrap dipasang di pelabuhan Memeriksa ovitrap secara mingguan mengikut kitaran hidup nyamuk mengikut zon yang dijadualkan.

Kajian Rodensia

Menentukan kawasan pelabuhan bebas daripada tikus yang berjangkit Pasang perngkap untuk dapatkan tangkapan tikus hidup Pastikan semua perngkap tikus yang dipasang mempunyai umpan dan boleh berfungsi dengan baik Buat pemeriksaan perangkap pada setiap hari bekerja Tikus hidup yang ditangkap di bawa ke makmal untuk disikat bagi mencari kutu (Flea) Pengsankan / matikan tikus dengan menggunakan (Cloroform ) kemudian sikat tikus tersebut untuk mencari kutu. Basuh semula perangkap yang telah di masuki tikus pasang semula umpan dan letak di tempat yang diambil tadi

Tikus disikat mengikut kaedah yang dipelajari di IMR Memastikan spesies flea di bawah mikroskop Mengira Indeks Flea Indeks Flea ditetapkan oleh IHR ialah tidak melebihi dari 1 Kenalpasti Spesies tikus

Pendidikan Kesihatan

Mengedarkan risalah yang berkaitan dengan penyakit Demam Kuning dan vektor kepada penumpang antarabangsa Adakan ceramah kepada masyarakat. INDEKS AEDES= Bil. Rumah yang diperiksa x 100 Rumah yang positif INDEKS FLEA = Bil. Xenopsyella CheopisTikus disikat

INDEKS BREATEAU = Bil. Bekas yang positifJumlah yang diperiksaKESIMPULAN

Secara kesimpulannya ,selepas mengikuti lawatan Ke west Port Klang banyak maklumat dan pengetahuan yang kami dapat .Dalam masa sehari kami dapat melawat beberapa tempat di kitar west Port Klang antara ialah Kapal domestik ,kapal Roro ,kapal perindustrian dan banyak lagi jenis kontena yang diangkut oleh kapal tersebut .Selain itu ,kami juga dapat melihat kaedah yang digunakan semasa pemeriksaan barang apabila barang yang diimport tiba di Port Klang .Kami juga memerhati bagaimana ciri-ciri barang yang diimport di Port Klang yang perlu menjalani sesi persampelan sebelum dilepaskan kepada orang awam .contohnya bagi level 3 dan 4 sampel perlu diambil untuk dihantar ke makmal dalam tempoh 30 hari ,bagi level 5 pula tahan ,uji dan lepas untuk konsaimen tersebut .

Kami juga dapat memahami bagaimana pengeluaran sijil dijalankan bagi sesebuah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Klang antaranya pengeluaran sijil Ship Sanitation Control Certificate(SSCC) dan Ship Sanitation Control Exemption Certificate(SSEC). Selain itu ,kami juga dapat mengetahui penyakit-penyakit yang perlu diberi perhatian ketika menjalankan pemeriksaan di Pintu Masuk antaranya yellow fever dan hawar.Untuk penyakit Yellow fever kawal vektor nyamuk Aedes aegypti manakala bagi penyakit hawar hapuskan vektor flea dan tikus .Semoga dengan lawatan ini, para pelatih lebih bersemangat untuk meneruskan cita-cita sebagai seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran kelak .Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Puan Zuriyah bt.Salleh selaku koordinator kelas kami serta kepada pihak Pejabat Kesihatan Pelabuhan Klang kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada kami .

LAMPIRAN

Gambar 1Kren yang digunakan untuk mengangkat barang ke atau dari kapal

Gambar 2Sebuah kapal yang berlabuh di dermaga.

Gambar 3 :Gudang yang menjadi tempat simpanan sementara barangan.

Gambar 4 : Tempat khas untuk pemeriksaan Kastam

Gambar 5 : Piagam Pelanggan PK Pelabuhan Klang

Gambar 7 : Aktiviti Unit Keselamatan dan Kualiti MakananGambar 6 : Proses kerja Unit Perkapalan