pejabat hal ehwal pelajar dan alumni...majlis makan malam graduan sulung unimas yang telah diadakan...

33

Upload: others

Post on 02-Aug-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran
Page 2: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

TIMBALAN NAIB CANSELOR

HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI

PUSAT KHIDMAT PELAJAR

PUSAT KESIHATAN

UNIMAS

PUSAT SUKAN

UNIMAS

PUSAT PEMBANGUNAN

PELAJAR

PUSAT PRAKTIKAL KEUSAHAWANAN TEKNOLOGI DAN

INOVASI

FAKULTI (HAL EHWAL

PELAJAR DAN ALUMNI

UNIT PENGURUSAN PENAJAAN & PAS PELAJAR

UNIT KEGIATAN PELAJAR

UNIT PENTADBIRAN AM, TATATERTIB (BUKAN

AKADEMIK) & KEWANGAN

UNIT KEBUDAYAAN & KESENIAN

UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN PELAJAR

UNIT PENGINAPAN PELAJAR

JABATAN HAL EHWAL KERJAYA &

KEBOLEHPASARAN GRADUAN

JABATAN PERHUBUNGAN ALUMNI

JABATAN KOKURIKULUM BERKREDIT & KEMAHIRAN

INSANIAH

PENGETUA KOLEJ

KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

Page 3: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

SIDANG EDITORIAL

MYHEP@UNIMAS 2019 Penaung

YBhg Prof Datuk Mohamad Kadim Suaidi Penasihat

YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abd Rahman Pengerusi

YBhg Prof Dr Siti Raudzah Ghazali Ketua Pengarang

Prof Madya Dr Faisal Ali Anwarali Khan

Ketua Pengarang Digital

Pn Aileen Anne Jinggong Pengarang Sukan

YBhg Prof Dr Azhaili Baharun Pengarang Keusahawanan

Prof Madya Dr Mohammad Affendy Arip Pengarang Khidmat Pelajar

Dr Nasriman Bin Abdul Rahman Pengarang Kesenian

En Noor Azrul Mohd Ariff Pengarang Kaunseling

Pn Saptuyah Barahim Pengarang Pusat Kesihatan UNIMAS

Dr. Dessmon Weydon anak Ajong Pengarang Fakulti/Pusat/Institut

Prof Madya Dr Nor Aliza Abdul Rahim Prof Madya Dr. Siti Halipah bt Ibrahim Prof Madya Dr Halikul Lenando Prof Madya Dr Yakup Mohd Rafee Dr Mohamad Suhaidi Bin Salleh Dr Aida Shafreena Ahmad Puad Dr Dzulzalani Eden Dr Idawati Ismail Dr Nazeri Abdul Rahman Dr Norazirah Hj Ayob Dr Roslan Ali Dr Zuraini Seruji Pn Dayang Kartini Abang Ibrahim En Bakri Abd Karim Pembantu Pengarang

En Asri Ali En Mohamad Hambali Tumiran En Muhammad Arfan Hj Abdul Samad En Thian Foong Fatt En Thomas Lamada Pn Nur Fahidah Ali

Asssalamualikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera, Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas kurnia dan rahmatNya, kita dapat bersama-sama menerbitkan buletin MyHEPA yang sudah sejak sekian lamanya tertangguh sejak beberapa tahun yang lalu. Untuk kali ini, Pusat Pembangunan Pelajar (PPP) telah diamanahkan oleh YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk mengetuai kumpulan penerbitan untuk kali ini. Matlamat utama bulletin MyHEPA diterbitkan adalah untuk melaporkan semua aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pusat, kolej kediaman, fakulti, dan unit-unit yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sama ada di peringkat universiti, negeri, kebangsaan, mahu pun di peringkat antarabangsa. Sepanjang tahun 2019 yang lalu, bahagian hal ehwal pelajar di setiap pusat tanggungjawab di UNIMAS telah berjaya melaksanakan banyak aktiviti. Aktiviti-aktiviti pelajar yang dilaksanakan sesuai dengan tema pelan strategik pendidikan negara yang bermatlamat untuk melahirkan graduan yang seimbang rohani, emosi, jasmani, dan intelektual. UNIMAS memberi penekanan betapa pentingnya aktiviti yang berbentuk bukan akademik untuk melahirkan graduan yang seimbang, dan mampu berdaya saing dalam pasaran pekerjaan di peringkat global. Sebagai pengerusi buletin MyHEPA,saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan di setiap pusat tanggungjawab yang telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam menyediakan ringkasan aktiviti pelajar yang telah dilaksanakan.

Kami percaya bahawa laporan aktiviti pelajar dapat menjadi satu sumber rujukan semasa dan di masa akan datang, agar aktiviti yang akan dilaksanakan akan dapat diperkasakan dan memberi manafaat sepanjang para pelajar menimba pengalaman di UNIMAS. Adalah menjadi harapan saya dan rakan-rakan sidang editor agar usaha untuk menerbitkan buletin ini akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Sekian, terima kasih. YBhg Prof Dr Siti Raudzah Ghazali Pengarah Kanan Pusat Pembangunan Pela-jar Merangkap Pengerusi Sidang Editorial MyHEPA

Aluan Pengerusi

Page 4: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sidang Editorial atas usaha gigih untuk menerbitkan MYHEP@UNIMAS 2019.

Saya mula menerima amanah untuk menerajui HEPA mulai 15 Januari 2020 dengan serah tugas daripada tokoh yang sangat hormati iaitu YBhg Prof Datu Haji Mohd Fadzil Abdul Rahman yang telah 12 tahun berbakti jiwa dan raga dengan HEPA. Pesanan dan nasihat daripada YBhg Prof Datu akan saya ingati dan jadikan panduan untuk meneruskan kecemerlangan ini.

Serba sedikit perkongsian bersama UNIMAS bermula pada 1 April 2001 apabila saya mula melapor diri sebagai pensyarah pelatih FPSK semasa masih menjalani program Sarjana Perubatan Keluarga di USM Kubang Kerian. Sebelum itu, saya pernah bertugas sebagai Doktor Pelatih dan Pegawai Perubatan di Hospital Ipoh, Miri dan Daro. Setelah selesai pengajian hujung tahun 2003, saya balik ke UNIMAS sebagai pesnyarah perubatan. Tahun 2012 – 2019, saya dilantik sebagai Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Pembangunan Pelajar) dan menjadi Dekan pada 1 Mei 2019. Saya sangat meminati bidang ketenteraan dan menyertai sebagai Askar Wataniah dalam tahun 1996 dan ditauliah sebagai Kapten pada tahun 1997. Pekhidmatan dalam Askar Wataniah disambung ke PALAPES UNIMAS dalam tahun 2006 dengan pangkat Mejar. Seterusnya saya dilantik sebagai Timbalan Komandan PALAPES UNIMAS pada tahun 2017 dan dinaikkan pangkat sebagai Lt. Kol. pada tahun 2019.

Saya terlibat juga dalam persatuan seperti PPAU, MMA, AFPM, FMSA, Kenyalang Foundation dan panel auditor dalam MMC, MyQuest. Dalam perkhidmatan klinikal, saya mengadakan sesi klinik di KK Kota Sentosa dan pasukan perubatan untuk SUKMA Sarawak dan Rombongan Perubatan Tabung Haji.

Harapan saya adalah untuk meneruskan tradisi dan kecemerlangan HEPA daripada era YBhg Prof Datu Haji Mohd Fadzil Abdul Rahman dan TNC HEPA terdahulu. Fokus saya adalah kepada pelajar khususnya dari segi aspek kepimpinan. Saya mengharapkan setiap staf di HEPA untuk memainkan peranan masing–masing dengan terbaik dalam apa jua tugas yang diamanahkan. Perpaduan, kerjasama, tolong–menolong dan perihatin sesama staf dapat mewujudkan suasana kerja yang menyeronokan. Saya akan sentiasa berlapang dada dengan nasihat dan teguran daripada staf di HEPA dan pelajar demi menambahbaik pendekatan saya yang mesra dan terancang. Saya ingin menyeru semua staf di HEPA supaya cinta dan sayangkan UNIMAS dan ikhlas, cekal dan tabah dalam menjalani tugas serta berkerja bersama-sama saya demi kejayaan UNIMAS amnya dan HEPA khususnya.

Terima kasih kepada pengorbanan Frontliners & Essential Services COVID19 UNIMAS khususnya kepimpinan Kolej Kediaman, PKU, PKP, PB, Pengurusan HEPA dan sesiapa jua yang sama–sama berjuang menentang wabak COVID19.

TEGUH BERSAMA UNIMAS KUSAYANG.

LT. KOL. PROF DR HAJI KAMARUDIN BIN HAJI KANA

TIMBALAN NAIB CANSELOR

HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI

Selamat Datang

Page 5: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Selamat Tahun Baru kepada semua warga HEPA dan warga UNIMAS amnya. Berkongsi

perjalanan selama hampir 12 tahun sebagai Timbalan Naib Canselor HEPA telah memberikan banyak pengalaman kepada saya dari segi pengurusan pelajar. Dalam melihat perubahan HEPA dari awal pentadbiran hingga kini, semestinya banyak rintangan dan cabaran yang telah diharungi. Apabila mula menggalas tugas sebagai TNC HEPA pada 2008, cabaran yang dihadapi pada waktu itu adalah bermulanya fasa sosial media dan ledakan teknologi serta fasa politik di dalam kampus di mana elemen penting bagi pengurusan pelajar yang baik adalah penyediaan penempatan,

pengangkutan dan kemudahan yang mencukupi bagi pelajar. Namun, penambahan kapasiti pelajar melebihi kemudahan yang disediakan pada waktu itu menyebabkan ia tular di laman sosial. Antara cabaran lain yang dihadapi adalah dari segi sentimen agama dan adat resam yang agak berbeza dengan IPTA lain kerana kepelbagaian kaum di Sarawak menyebabkan cabarannya agak rumit. Namun, pihak pengurusan HEPA mengambil

pendekatan melalui ikhtiar, memberi didikan dan penjelasan yang telus kepada pelajar serta menerapkan sikap menghormati antara satu sama lain yang merupakan kunci kejayaan dalam menyatupadukan pelajar dan mewujudkan kampus yang harmoni yang seterusnya memberi keyakinan kepada pelajar terhadap pengurusan HEPA. Akhirnya, masalah tersebut telah selesai tanpa mengetahui pelbagai ledakan di bawah permukaan air yang tampak tenang pada permukaannya.

Harapan saya, jadilah pelajar yang cemerlang agar anda boleh menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang berjaya. Prof Datu Haji Mohd Fadzil Bin Abdul Rahman

Mantan Timbalan Naib Canselor

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Ringkasan Prakata

SILA IMBAS

TEM UB UAL PE N UH O L EH

J A B A T A N P E R H U B U N G A N

ALUMNI, PUSAT PEMBANGUNAN

PELAJAR BERSAMA PROF DATU

HAJI MOHD FADZIL

https://youtu.be/eYDqJMRAa4Q

Page 6: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR (PPP)

Pusat Pembangunan Pelajar (PPP) merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab dalam aspek pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah, kebolehpasaran graduan serta perhubungan alumni di kalangan pelajar. Tiga jabatan utama iaitu Jabatan Hal Ehwal Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan, Jabatan Kokurikulum dan Kemahiran Insaniah serta Jabatan Perhubungan Alumni dalam PPP merupakan tunjang utama yang telah menggerakkan kesemua aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar.

JABATAN HAL EHWAL KERJAYA DAN

KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Kebolehpasaran graduan adalah merupakan satu agenda negara yang penting demi menghasilkan graduan yang berketrampilan, holistik dan memiliki ciri-ciri keusahawanan yang tinggi sekaligus mampu berdaya saing dalam

pasaran kerja. PPP telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan dan menyelaras semua aktiviti yang berkaitan kebolehpasaran graduan di peringkat universiti.

Gambar Bersama TRACIAN 2019

Berikut merupakan kesemua program yang telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama fakulti di peringkat universiti dan kebangsaan:

Program-program dijalankan di Peringkat UNIMAS: 1. UNIMAS Talent Recruitment and Career

Exhibition (UNIMAS TRACE 2019) 2. Graduate Professional Programme

(GPP 2019) 3. Maybank MPower Race 2019 4. Axiata University Leadership

Development Programme 5. JobStreet.com-UNIMAS Sarawak Online

Career Fair 6. Malaysia Airline Berhad (MAB)

Leadership Executive Programme (LEAP) 7. Maybank Go Ahead Challenge 2019 8. Program Celik Kewangan Be$Mart 9. Alcon Walk-In Interview 10. Pengiklanan Jawatan Kosong di Laman

Sosial serta kepada Alumni UNIMAS

Program yang dijalankan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): 1. Program Halal-Shariah Executive

Programme 2. Program Mutawwif dan Mutawwifah 3. MDTC

Peratusan kebolehpasaran graduan UNIMAS 2018 menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Secara keseluruhannya, peratusan Graduate

Emplyability (GE) ialah 83%. Peratusan Kebolehpasaran Graduan UNIMAS 2019 akan di senaraikan dalam masa terdekat dan dilaporkan dalam laporan berikutnya.

Kakitangan Pusat Pembangunan Pelajar

Page 7: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

JABATAN KOKURIKULUM DAN KEMAHIRAN

INSANIAH

Jabatan Kokurikulum dan Kemahiran Insaniah telah membuat penawaran kursus pengukuhan bagi Semester 2, Sesi 2018/2019 dan Semester 1, Sesi 2019/2020. Bagi Semester 2, Sesi 2018/2019 sebanyak lapan puluh enam (86) subteras dibawah tujuh (7) teras utama telah menawarkan kursus

Kokurikulum Berkredit (PPD1032). Tujuh teras utama tersebut adalah Teras Kepimpinan, Teras Kebudayaan, Teras Khidmat Masyarakat, Teras Kesukarelawanan, Teras Daya Usaha dan Inovasi, Teras Keusahawanan dan Teras Sukan. Bagi Semester 1, Sesi 2019/2020, kursus PPD1041

Kemahiran Insaniah & Asas Kesukarelawanan telah ditawarkan kepada 3561 pelajar. Selain itu, kursus-kursus yang berteraskan badan beruniform juga telah ditawarkan pada kedua-dua semester tersebut. Jabatan Kokurikulum dan Kema-hiran Insaniah melalui juga komited da-

lam menanam nilai kesukarelawanan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti kesukarelawanan yang diterapkan dalam kursus-kursus pengukuhan yang ditawarkan kepada pelajar sejak tahun pertama pengajian lagi. Pelajar-pelajar yang mengambik kursus PPD1032 dan PPD1041.

Jabatan juga telah menjayakan beberapa program termasuk: 1. Festival Kokurikulum Berkredit telah

diadakan pada 27 April 2019 2. Bengkel Training for Trainers PPD 1041

telah diadakan pada 5 hingga 6 September 2019.

3. Bengkel Daya Saing dan Motivasi Pelajar Tahun Akhir yang mengfokuskan kepada para pelajar kategori B40

Gambar kenang-kenangan bersama semua hadirin pada

Majlis Makan Malam Gaduan Sulung UNIMAS

Bengkel Daya Saing dan Motivasi Pelajar Tahun Akhir

Persembahan pembukaan sempena Festival Kokurikulum

JABATAN PERHUBUNGAN ALUMNI

Jabatan Perhubungan Alumni berperanan

dalam menyediakan data alumni yang terkini bagi tempoh setiap 18 bulan untuk perkongsian kepada fakulti dan pengurusan universiti. Jabatan Perhubungan Alumni juga berfungsi sebagai medium pengumpulan maklumat seperti alumni yang bekerja di UNIMAS dan juga staf yang menyumbang

kepada Endowmen Alumni.

Diantara aktiviti lain yang dijalankan sepanjang tahun 2019 ialah: 1. Majlis Makan Malam Graduan Sulung

UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak.

2. Pelancaran E-Bulletin Alumni 3. Pelancaran Kempen 1 Alumni 1 Ringgit

Malaysia (1ARM1) 4. Menyediakan cenderahati bagi graduan

semasa Hari Konvokesyen Ke-23

Page 8: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

PUSAT KHIDMAT PELAJAR (PKP)

PKP bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada pelajar termasuklah kemudahan penginapan pelajar (kolej kediaman), kemudahan kebudayaan dan kesenian, urusan berkaitan pinjaman/tajaan pendidikan, perkhidmatan kaunseling dan kebajikan pelajar serta khidmat nasihat, bantuan dana dan bantuan teknikal dalam penganjuran aktiviti kelab/persatuan pelajar.

Di antara program-program yang telah dianjurkan ialah Food Bank Siswa. Program Food Bank Siswa merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertujuan meringankan beban dan kos sara hidup dialami oleh mahasiswa di universiti. Di Sarawak, UNIMAS telah dipilih sebagai UA yang pertama untuk menjalankan Program Food Bank Siswa melalui kaedah ‘food pantry’.

Diantara program-program lain yang telah dianjurkan ialah: 1. Food Bank Siswa 2. Free Food Zone 3. Program Kembara Siswa Patriotik

2018 4. Program gotong royong seluruh

Kolej Kediaman UNIMAS 5. Program CSR Patriotik 2019 di

Rumah Panjang Sambau Entulang, Sri Aman

6. Hari Kesukarelawan Perdana 2019 Program Kembara Siswa Patriotik 2018

Keratan Akhbar Pelancaran Bank Makanan Siswa

Program CSR Patriotik 2019 di Rumah Panjang

Sambau Entulang, Sri Aman

Poster Pelancaran Free Food Zone

Page 9: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

PUSAT PRAKTIKAL KEUSAHAWANAN TEKNOLOGI DAN INOVASI

APPLIED ENTREPRENEURSHIP IN TECHNOLOGY AND INNOVATION CENTRE

(APPERENTICE)

PROJEK BERSEPADU AGROPRENEUR Fertigasi Beri Pendedahan Kepada Pelajar UNIMAS Tentang Sektor Usahawan Tani

Menyedari potensi bidang keusahawanan pertanian sebagai satu sektor kerjaya yang mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada golongan belia pada hari

ini, UNIMAS APPERENTICE telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Program Agropreneur – Fertigasi Siswa untuk pelajar UNIMAS. Projek yang mendapat dana perlaksanaan dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia ini telah mula dijalankan pada Ogos 2018

hingga Jun 2019 untuk 2 fasa. Sebanyak 960 benih golden melon dan rock melon telah ditanam bagi setiap fasa dengan menggunakan kaedah fertigasi yang dikenali sebagai salah satu kedah precision farming. Seramai lebih kurang 20

orang pelajar dari pelbagai fakulti telah terlibat secara aktif dalam program ini yang melibatkan penyemaian anak benih, penjagaan pokok, penuaian buah dan juga penjualan buah. Di samping itu, projek ini juga turut menarik minat beberapa orang staf UNIMAS untuk turut serta mempelajari

ilmu pertanian moden. Buah hasil tuaian dijual dengan harga RM10 per kilogram kepada warga UNIMAS di KShoppe MyAgrosis, HEPA. Jualan buah potong juga dijalankan oleh para peserta di Student Pavilion, UNIMAS untuk memberi

peluang kepada pelajar UNIMAS menikmati hasil tuaian tersebut. Jumlah terkumpul hasil jualan bagi 2 fasa projek ini mencecah RM 12,000 dan digunakan sebagai modal pusingan untuk fasa seterusnya serta sebagai bayaran saguhati kepada para peserta program. UNIMAS APPERENTICE

akan meneruskan projek ini bagi fasa seterusnya sebagai salah satu aktiviti pembangunan dan pembudayaan keusahawanan kepada pelajar serta warga UNIMAS. Terkini, program ini telah mendapat permintaan dikalangan pelajar untuk dijadikan salah satu modul kursus PPD1032 (kokurikulum berkredit).

SISWABIZ@UNIMAS

Inisiatif Motivasi Keusahawanan Kepada

Pelajar

UNIMAS APPERENTICE juga telah berjaya menjalankan program SISWABIZ@ UNIMAS pada 23 hingga 27 Mac 2019

yang lalu bertempat di Permai Rainforest Resort, Kuching. Program tersebut telah mendapat dana dar i Jabatan Pengaj i an T in gg i , Kem en ter i an Pendidikan Malaysia dan disertai seramai 30 orang pelajar UNIMAS dari pelbagai fakulti serta tahun pengajian.

Lawatan industri ke Rumah Hijau, Lotus Farm Agritech

Penuaian buah golden melon untuk dijual di KShoppe,

MyAgrosis, HEPA

Taklimat program dan pengenalan UNIMAS

APPERENTICE bersama Pengarah UNIMAS

APPERENTICE

Page 10: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN (UKK) Disediakan oleh Cik Ermi Sanisha Binti Suran

SUASANA BARU, SEMANGAT BARU UKK 2019

1 Februari 2019 yang lalu, Pejabat Unit Kebudayaan dan Kesenian (UKK) telah secara rasminya beroperasi di Aras 2 Bangunan DeTAR Putra, Kampus Barat UNIMAS. Seperti yang sedia maklum sebelum ini Pejabat UKK terletak di Kampus Timur bersebelahan dengan Dewan UNIMAS. Urusan perpindahan ke tempat baru ini telah dilakukan

sebulan lebih awal iaitu pada bulan Januari 2019 lagi. Perpindahan ini dilakukan kerana keadaan struktur bangunan pejabat lama sudah uzur dan tidak selamat lagi untuk urusan pejabat dan menjalankan sebarang aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Kumpulan Tari Badan Budaya UNIMAS (BAYUTARI) sekali lagi menempa nama dengan mengungguli gelaran juara dalam Festival Tari dan Lagu Asli 2019Bahagian Samarahan. Festival

yang dianjurkan oleh Majlis Seni Sarawak (MSS) ini telah berlangsung pada 30 Mac 2019 yang lalu di Dewan Sukan, Asajaya, Kota Samarahan. BAYUTARI memper taruhkan tar ian berkonsepkan Etnik Kreatif bertajuk “Jerunai” hasil ciptaan dan koreografi Saudara Affendi Sebli, Artis Budaya Unit Kebudayaan dan

Kesenian.

PUSAT KESIHATAN UNIMAS

Majlis Pelancaran Kempen ‘Jom Berhenti Merokok’ telah diadakan pada 12 Disember 2018 di Dewan Kristal Bangunan HEPA, UNIMAS. Pada hari kejadian, pelancaran kempen telah disempurnakan oleh YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, TNC HEPA. Majlis juga dilengkapkan dengan ceramah kesihatan berkaitan keburukan

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN ‘JOM BERHENTI MEROKOK’, CERAMAH KESIHATAN, DAN

PAMERAN KESIHATAN ANJURAN PUSAT KESIHATAN UNIMAS

merokok kepada kesihatan oleh Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Kota Samarahan, Dr Rafidah Binti Elias. Di samping itu, terdapat juga pameran kesihatan yang dianjurkan oleh pihak

Pejabat Kesihatan Bahagian Kota Samarahan di Laman Nona. Seramai 126 orang yang hadir terdiri daripada 80 orang pelajar dan 46 orang staf UNIMAS. Pelancaran kempen ini juga menandakan bermulanya Khidmat Berhenti Merokok di Pusat Kesihatan Unimas yang julung-julung kalinya diadakan di UNIMAS. Khidmat ini diketuai oleh Dr Nur

Afiqah Morshidi sebagai pegawai perubatan yang mengendalikan program ini. Pelajar atau staf yang bertekad untuk berhenti merokok akan diberi motivasi dan kaunseling serta dirujuk ke Klinik Kesihatan Kota Samarahan sekiranya memerlukan ubat-ubatan untuk berhenti merokok. Melawat Pameran Kesihatan dari Pe-

jabat Kesihatan Bahagian Kota Sama-

Perasmian Kempen ‘Jom Berhenti Mero-

BAYU TARI RANGKUL GELARAN JUARA FESTIVAL TARI DAN LAGU ASLI 2019 BAHAGIAN

SAMARAHAN

Persembahan Kumpulan Tari Badan Budaya

UNIMAS Sempena Festival Tari dan Lagu Asli

Page 11: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

UNIT KAUNSELING & KEBAJIKAN PELAJAR (UniK)

Mengimbau kejayaan UniK separa tahun 2019, pelbagai program yang telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Kebajikan Pelajar (UniK) yang melibatkan bimbingan, kesedaran, motivasi dan khidmat komuniti kepada warga UNIMAS dan juga masyarakat setempat.

UNIK OPEN DAY ; “LOVE YOURSELF” & PELANCARAN PROJEK FREE FOOD ZONE UNIK 2019 Program ini telah dijalankan dari 17 hingga 18 April 2019 bertempat di Dewan Kristal HEPA & Ruang Legar Aras G HEPA. Program ini juga merupakan jaringan program kerjasama dengan kelab-kelab di bawah seliaan UniK iaitu Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS), Kelab PENYAYANG, Kelab PEMADAM dan Kelab AMAR. Program ini turut disertai oleh pengamal kaunseling, pelajar-pelajar daripada pelbagai agensi termasuklah warga UNIMAS. Program ini be r tu ju an m e n i n gk a tk an ku a l i t i penyampaian perkhidmatan dengan membuka ruang untuk mendekati para pelajar dan staf, mendengar dan berkongsi maklumat khususnya berhubung dengan perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Program ini juga merupakan strategi outreach/engagement untuk menyebar-luaskan capaian perkhidmatan kaunseling dan psikologi, khususnya berkaitan dengan kemahiran asas sokongan psikologi kepada warga UNIMAS. Projek Free Food Zone UniK juga ialah inisiatif pihak UniK menyediakan makanan dan pakaian terpakai secara percuma kepada para pelajar yang tidak berkemampuan. Sumbangan adalah berbentuk makanan kering dan pakaian-pakaian terpakai yang masih elok yang disalurkan oleh kelab-kelab di bawah seliaan UniK

Program-program lain yang dianjurkan oleh pihak UNIK termasuk:

1. Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi

Kumpulan & LDK) bagi Program Transformasi Minda Siri 1A/2019 anjuran Bahagian Pembangunan Modal Insan UNIMAS

2. Program Kepimpinan Ketua & Penolong Tingkatan Sesi 2019 di SMK St Thomas

3. Program Motivasi Mencipta Selembar Harapan, Membentuk Jati Diri Pelajar Cemerlang SMK Matu telah dianjurkan pada 28 Februari – 3 Mac 2019

4. Program Motivasi Transformasi Ke Arah Minda Universitas bersama 7 para pelajar dan 2 guru SMA Al-Khairiah Al Islamiah, Mersing Johor

5. Program Team Building, Together We Achieve More anjuran Fakulti Kejuruteraan UNIMAS

6. Mini Kempen Kesihatan (Saringan Kesihatan Mental) bersempena Program Derma Darah Mahasiswa Prihatin Universiti Awam Malaysia 2019

7. Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Pelajar UNIMAS 2019

8. Laughter Therapy dengan tema “Journey to Healthier Me”

Page 12: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

(UNTAN), Indonesia membuktikan kehebatan mereka apabila berjaya meraih gelaran berganda ‘Raja Tasik Dragon Boat’ acara perahu naga peringkat akhir sempena UNIMAS International Regatta 2019 dengan menjuarai Kategori Perahu Naga Lelaki dan Kategori Perahu Naga Campuran. Kejohanan tahun ini menyaksikan

penyertaan pasukan dari negara jiran iaitu Universiti Tanjung Pura (UNTAN), Indonesia dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) turut menyertai kejohanan ini selain pasukan Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL), Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM) dan Sarawak Sports Corporation (SSC). Dalam acara kayak, UNIMAS tetap berbangga apabila berjaya meraih 6 emas, 3 perak dan 1 gangsa daripada tujuh (7) acara kayak yang dipertandingkan.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah menarik penyertaan sebanyak empat (4) pasukan kategori perahu naga iaitu Universiti Tanjung Pura (UNTAN) Indonesia, Univsersiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Mara (UiTM Sarawak) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Manakala bagi acara kayak pula telah disertai oleh pasukan Universiti Tanjung Pura (UNTAN) Indonesia, Universiti Teknologi Mara (UiTM Sarawak), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) dan Sarawak Sports Corporation (SSC).

Pasukan UNTAN Dinobatkan Sebagai Juara ‘Raja Tasik Dragon Boat’ Sempena UNIMAS Internation-

PUSAT SUKAN UNIMAS Disediakan oleh En Hardy bin Suntol

UNIMAS INTERNATIONAL REGATTA 2019

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) buat j u l u n g ka l in ya te l ah be r jaya menganjurkan UNIMAS International Regatta 2019 pada 19-20 Oktober 2019

bertempat di Tasik UNIMAS, Kota Samarahan. Kejohanan ini merupakan penganjuran peringkat antarabangsa yang berjaya menarik lebih 150 orang peserta. Secara keseluruhan sebanyak 6 pasukan telah mengambil bahagian dalam acara ini. Universiti Tanjung Pura Acara Dragon Boat Sempena UNIMAS International Regatta

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Da-to Hj Idris Hj Buang, ADUN N16 Muara Tuang. Turut hadir adalah Prof Datuk Dr Moham-

ad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Kamarullah S.H.M Hum, Pembina Uta-ma Madya wakil Rektor Bidang Kemaha-siswaan dan Alumni Universiti Tanjung Pura, Cikgu Mohammad Ali Sabri bin Hj Abang, Pegawai kontinjen Universiti Brunei Darus-salam, Prof. Dr Azhaili Baharun Pengarah

Pusat Sukan UNIMAS, Dato Rozalix serta peg-awai teknikal jemputan dari Singapura iaitu Encik Calvan See dan Jason Kho.

Yang Berhormat Dato Hj Idris Buang, ADUN N16 Muara Tuang

menyampaikan hadiah kepada Juara Perahu Naga Lelaki,

Pasukan UNTAN

Page 13: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

KOLEJ ALAMANDA

ALLOHA FESTIVALO KOLEJ ALLAMANDA 2019 MERIAH!

Sambutan Alloha Festivalo anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Allamanda Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Sesi 2018/2019 pada tahun ini

tidak kurang meriahnya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Festival yang dianjurkan dari tahun 2012 ini bukan sahaja dimeriahkan dengan warga UNIMAS, malah festival yang diadakan selama tujuh hari itu bermula dari 10 hingga 17 Mac lalu, telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan. A Pelbagai acara dan aktiviti

yang telah diadakan sepanjang festival tersebut, antaranya ALLOHA Bazaar, UNIMAS Do Care, Memory Lane, Soletre de Allamanda, Neon Zumba, Allamanda Exotic Day, Artfest Coachilla, ALLOHA Sports Fiesta, Artkal Haunted House, Allamanda Star Award, Labyrinth Hunt, Arm & Thumb Wrestling, Blind

Room, Tarian Tradisional, Coachilla, Sing Sing Centre,

Ritma Sayau dan Cultural Night.

Johan Citrawarna sempena ConFest. Sepanjang sesi 2018/2019, terdapat pelbagai program dan aktiviti yang telah dianjurkan dan disertai oleh penghuni Kolej Cempaka yang selayaknya mendapat per-

hatian dan diangkat sebagai Permata Cempaka.

Diantara program-program yang telah dijalankan: 1. The Tour: Malaya X Borneo dianjurkan bersama Kolej

Tun Fatimah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Simunjan dan banyak lagi. Program ini telah berlangsung pada 27 hingga 30 Mac 2019 yang berkonsepkan khidmat komuniti bertujuan meningkatkan kemahiran sosial dan menanam sifat kemanusiaan dalam diri maha-siswa.

2. Odyssey Across The Sea: The Future is Now pada 20 hingga 21 Jun 2019 di SMK Rantau Panjang, Kelantan. Program ini bertujuan menyediakan pelajar Tingkatan Enam untuk menghadapi kehidupan selepas STPM, baik dalam meneruskan pengajian di IPT ataupun memasuki sektor pekerjaan.

3. Johan pertandingan Citrawarna sempena ConFest di UNIMAS.

KOLEJ CEMPAKA

PERMATA KOLEJ CEMPAKA YANG BERKILAUAN SEPANJANG SESI 2018/2019

Kolej Cempaka bukan asing lagi bagi warga UNIMAS di mana sejak mula ditubuhkan, Kolej Cempaka berusaha untuk bangkit dan mencapai kejayaan yang diimpikan oleh seluruh warga UNIMAS, dari Anugerah MEGAH sehinggalah dinobatkan sebagai

Artis

jemputan

Naim

Daniel

Pertandingan tarian oleh para pelajar.

Keratan Akhbar Utusan Borneo bertarikh 18 April 2019, m/s A1 berkenaan program The Tour: Malaya X Borneo.

Gambar semasa aktiviti menziarahi penduduk Kampung Nanas, Simunjan.

Page 14: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

East ival Seroja dan Sambutan Kemerdekaan merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seroja.

Program Eastival merupakan program induk dan tradisi sejak sesi 2014/2015 yang berlangsung selama 2 atau tiga hari. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti bazar jualan makanan, pakaian dan barangan harian, pertandingan yang mencungkil bakat pelajar seperti

nyanyian, tarian dan choral speaking, aktiviti sukan seperti sukaneka, zumba dan pelbagai aktiviti menarik yang berbeza setiap tahun.

KOLEJ SEROJA EASTIVAL SEROJA DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KOLEJ SEROJA

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat para pelajar agar bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Justeru, program ini memfokuskan kepada bazar jualan yang melibatkan pelajar selain menyewakan tapak-tapak gerai kepada peniaga tempatan yang secara tidak langsung dapat menjana pendapatan

kepada Jawatankuasa Perwakilan Kolej. Selain itu, program ini merupakan platform untuk para pelajar bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan penyelesaian masalah serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kolej. Program Sambutan Kemerdekaan yang diadakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bertujuan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar dengan

pelbagai aktiviti dianjurkan seperti melukis bendera terpanjang, aktiviti senamrobik, deklamasi puisi merdeka, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan bukan sahaja dapat menaikkan semangat patriotisme tetapi bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa pemimpin terdahulu yang telah berkorban dalam mendapatkan sebuah kemerdekaan.

Perasmian Program Eastival Seroja oleh

YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman

Aktiviti Jogathon Program Eastival Seroja

Persembahan Tarian Program Eastival Seroja Aktiviti Senamrobik Sempena Sambutan Kemerdekaan

Bendera terpanjang yang dihasilkan pelajar sempena Bulan Kemerdekaan

Page 15: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

KOLEJ TUN AHMAD ZAIDI

PROGRAM “TAZ EXPLORE CULTURE”

Program “TAZ Explore Culture” anjuran

Exco Kesenian dan Kebudayaan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Ahmad Zaidi sesi 2018/2019 telah berlangsung pada hari Sabtu, 8 Disember 2018 bertempat di Kampung Budaya, Kuching bermula jam 6.30 pagi hingga 5 petang. Sepanjang

program ini, seramai 20 orang peserta serta barisan ahli jawatankuasa program “TAZ Explore Culture” telah hadir bagi memeriahkan program ini.

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta menerangkan tentang keunikan asal usul dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Selain itu, program ini juga menekankan kepentingan setiap individu dalam mengekalkan tradisi budaya masing-masing agar tidak hilang ditelan zaman. Program ini juga terbuka kepada

seluruh warga Kolej Tun Ahmad Zaidi untuk menimba ilmu dan pengalaman tentang kebudayaan Malaysia.

PROGRAM “TAZ GOT CHALLENGE: DARE TO BE ACTIVE”

Program “TAZ Got Challenge” merupakan satu aktiviti yang telah dilaksanakan oleh

Exco Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Ahmad Zaidi sesi 2018/2019. Program ini telah berlangsung dari 29 November sehingga 15 Disember 2018 dengan pelbagai aktiviti yang telah dipertandingkan Antaranya ialah pertandingan futsal bagi pelajar siswa yang dijalankan pada hari Khamis dan Jumaat selama dua minggu bertempat di Kompleks Sukan UNIMAS. Manakala, pertandingan Sukan Rakyat dikendalikan di Bilik Gunasama bagi permainan dalaman dan di Kompleks Sukan UNIMAS bagi permainan luaran.

Program ini dijalankan dengan tujuan untuk mencungkil bakat penghuni Kolej Tun Ahmad Zaidi dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan warga kolej Tun Ahmad Zaidi.

Terdapat empat jenis sukan dalaman yang dipertandingkan iaitu carrom, batu seremban, catur dan juga congkak.

Congkak merupakan aktiviti yang mendapat sambutan paling hangat di kalangan pelajar s iswa dan siswi. Permainan padang juga telah dibahagikan kepada empat aktiviti iaitu tarik tali, gula-gula

sayang, belon sayang dan galah panjang.

Page 16: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

Sharing Session disampaikan oleh

saudara Hasif.

BRC, FAMILY DAY 2019: CORAL LAND

Program yang dianjurkan oleh Exco Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa Perwakilan Kolej Bunga Raya ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan pelajar Kolej Bunga Raya. Program ini dijalankan di luar UNIMAS iaitu bertempat di D’Cove Pasir Panjang, Kuching.

Program ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 9 dan 10 Februari 2019. Kursus ini merangkumi dua program iaitu Bengkel Protokol dan Telematch. Bengkel Protokol telah dijalankan pada 9 Februari tepat pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan serba sedikit berkenaan hal- hal dalam pengendalian program kepada semua sekretariat. Pada 10 Februari, Telematch telah diadakan bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan antara sekretari-at dan ahli jawatankuasa program. Bengkel Protokol telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang protokol iaitu saudari Nur Afiqah Kuswandi dan juga seorang pensyarah Pengurusan Seni Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif iaitu Encik Sharizam yang juga merupakan Felo Kolej Bunga Raya.

KOLEJ BUNGA RAYA

KURSUS INDUKSI SEKRETARIAT BRC WEEK 2019: MILLENNIALS’ REVIVAL

Bersama pihak pengurusan dan JPK Kolej Bunga Raya.

Family Day ini turut dihadiri oleh pihak pengurusan kolej dan juga Pengetua yang menjadikan program ini lebih meriah. Senaman Zumba menjadi pembuka tirai kepa-da peserta Family Day dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan yang menyer-onokkan. Pelbagai gelagat dan ragam dapat dirakam pada hari tersebut. Setelah penat berzumba dan mengadakan aktiviti, para peserta Family Day disajikan dengan ayam dan sosej BBQ yang menambahkan kemeriahan program ini.

BRC SUARAYA MENGANJURKAN SCHOOL ATTACK SIRI YANG KEEMPAT

Seawal jam 7.00 pagi, para fasilitator telah berkumpul di dataran Kolej Bunga Raya dan bertolak ke Sekolah Menengah Sains Kuching pada jam 7.40 pagi. Sebaik sahaja sampai di sekolah tersebut, para pelajar memulakan program dengan sesi refreshment dan pembahagian kumpulan. Seterusnya, modul pertama dimulakan pada jam 11.00 pagi dan berhenti untuk rehat dan solat pada jam 12.30 tengah hari dan bersambung pada jam 2.30 petang.

Program School Attack 4.0 diakhiri dengan majlis penutupan pada jam 5.00 petang yang dihadiri oleh Cik Cloudy selaku wakil dari Sekolah Menengah Sains Kuching dan Cik Nurul Syuhada binti Zaidi selaku felo penasihat Kelab Delegasi SUARAYA, Kolej Bunga Raya.

Aktiviti bersama pelajar sekolah

Page 17: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

BRC, SHINE THE DRAGON

Program Shine The Dragon anjuran JPK Kolej Bunga Raya sesi 2018/2019 ini diadakan untuk menyahut seruan YBhg Prof Datu Mohd Fadzil agar setiap kolej di UNIMAS bergotong-royong membersihkan kolej kediaman masing-masing. Justeru, dengan pendekatan yang serba-serbi ini telah memberikan impak yang besar terutamanya kepada pelajar Kolej Bunga Raya sekali gus menjadikan Kolej Bunga Raya sebagai sebuah tempat kediaman yang selamat dan sejahtera untuk didiami oleh pelajar-pelajar.

Sampah yang dikutip disimpan di dalam plastik sampah dan dikumpul bersama.

KOLEJ DAHLIA

DAHLIA TRAILBLAZER 2019: STUDENT LEADERS INTERNATIONAL ENGAGEMENT AND

EXPLORATION

Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia Sesi 2018/2019 telah mengajurkan program Dahlia Trailblazer 2019: Student Leaders International Engagement and Exploration di National University of Singapore, Singapura pada 6 hingga 9 April 2019. Sasaran program ini adalah ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Dahlia Sesi 2018/2019. Seramai 7 orang telah menyertai program ini dan diiringi seorang felo Kolej Dahlia. Program ini bertujuan untuk mendapatkan input dan perkongsian dari National University of Singapore terutamanya dari segi pemerkasaan peranan dan profesionalisme

pemimpin pelajar di universiti tersebut. Selain itu, program ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada pelajar untuk menyumbang idea dari segi

rangka kerja berasaskan bukti untuk kesediaan dan penambahbaikan serta penubuhan Student Union mengikut acuan UNIMAS. Program ini juga telah membantu pelajar dalam mengasah kebolehan diri untuk menyumbang idea serta bergaul dengan pelajar lain yang

terl ibat. Sepanjang program ini dijalankan, terdapat pelbagai tempat yang telah dilawati untuk menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman dan pada masa yang sama dapat memahami secara mendalam tentang cara dan budaya masyarakat di

Singapura. Dengan perkongsian yang telah diadakan, program ini diharapkan dapat memberi impak yang tinggi terutamanya dalam menyokong as p i ra s i kem e nte r i an ke a rah p e m e r k a s a a n p e l a j a r m e l a l u i penubuhan dan pelaksanaan Student

Union.

Jawatankuasa Perwakilan Kolej 2018/2019 dan pegawai pengiring diNational University of Singapore

Jawatankuasa Perwakilan Kolej 2018/2019 bersama Student Union National University of Singapore

Page 18: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

KOLEJ SAKURA Disediakan oleh Cik Deveena Iyot Anak Adrian Betie

SAKURA@KENYALANG “ROAD TO JAPANESE WORLD”

“Understanding languages and other cultures build bridges. It is the fastest way

to bring the world closer together. Through understanding, people will be able to see

their similarities before differences.” – Suzy Kassem

Terkenal sebagai satu-satunya kolej siswi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kolej Sakura telah mendapat namanya bersempena dengan nama bunga yang berasal dari negara matahari terbit iaitu bunga Sakura. Bukan itu sahaja, nama Sakura turut menjadi simbolik ikatan perpaduan antara rakyat dua negara iaitu Malaysia dan

Jepun. Manakala, Kenyalang pula melambangkan tempat bertapaknya kolej siswi ini. Sakura@Kenyalang secara ringkasnya merupakan acara tahunan yang dianjurkan bersempena dengan hari terbuka Kolej Sakura. Pada tahun ini, Sakura@Kenyalang telah kembali buat kali ketiga dengan temanya “Road to Japanese World”. Sejajar dengan tema tersebut, objektif utama penganjurannya adalah bagi memberi pendedahan tentang keunikan budaya dan kemasyarakatan Jepun.

Pada dasarnya, bahasa merupakan salah satu aspek terpenting dalam sesuatu budaya kerana bahasa tidak hanya berfungsi sebagai medium

untuk berkomunikasi bahkan turut memainkan peranan penting dalam menyatupadukan sesebuah bangsa dan negara. Sehubungan dengan itu, Haro Japan telah dianjurkan bagi memperkenalkan Bahasa Jepun kepada mahasiswa. Sepanjang aktiviti

tersebut, mahasiswa telah diajar asas tulisan kanji dan cara bertutur menggunakan frasa-frasa Jepun yang sering digunakan dalam per-bualan seharian.

Mahasiswa sedang bersedia untuk melepaskan tanglung mereka secara serentak

Peserta sedang memotong sushi yang telah siap digulung

Suasana sekitar ketika Sumo Pelikat berlangsung

Belajar Bahasa Jepun secara lisan

Page 19: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

KOLEJ RAFFLESIA

Apa di Kolej Rafflesia?

Kolej Kediaman yang terbesar dan bertempat di luar kampus UNIMAS, iaitu di Taman Desa Ilmu yang dikelilingi kemudahan komersial termasuk, pusat membeli-belah, restoran, klinik, gim, dan sebagainya. Dibina dan dibangunkan berkonsepkan apartmen oleh Suruhanjaya Perumahan Sarawak, Kolej Rafflesia telah mula beroperasi

sepenuhnya sejak 2013. Secara umumnya, Kolej ini mempunyai 15 blok (bagi tujuan penginapan pelajar) dan 4 blok (bagi penginapan pelawat), 3 tingkat dengan 480 unit berkapasiti 7 orang setiap satu unit. Antara kemudahan yang disediakan adalah penyelenggaraan bangunan asrama (baikpulih kerosakan bilik & unit), perkhidmatan bas shuttle kampus timur dan barat (7 pagi hingga 11 malam), kawalan keselamatan (polis bantuan), perkhidmatan

pembersihan (persekitaran kawasan apartment), perkhidmatan kafeteria (waktu perkuliahan sahaja), perkhidmatan dobi, minimarket (10 pagi hingga 10 malam), surau dan semestinya kemudahan WIFI. Disertakan bersama beberapa visual untuk memberikan gambaran sebenar lokasi serta servis asas yang bakal dinikamati oleh setiap penghuni Kolef Rafflesia.

Pandangan lanskap Kolej Rafflesia di kawasan Desa Ilmu

Kemudahan yang disediakan di Kolej Rafflesia

Page 20: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

KOLEJ KASTURI Disediakan oleh Dr Muhammad Hamdi bin Mahmood

PROGRAM EDUVARIOM DI SMK BATU LINTANG (SELASA, 09 APRIL 2019) Kolej Kasturi UNIMAS, Sekretariat Projek Variom Manusia Nod Malaysia / Nod Asia Tenggara (MyHVP / SEAHVP) berpangkalan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan SMK Batu Lintang telah menganjurkan forum ‘Bisakah Dia Nikahi Aku: Merungkai keperluan saringan DNA Pra-perkahwinan [ “Decent Nuptial Agreement”: should or shouldn’t we consider a Pre-marital DNA screening ]. Objektif umum forum ini adalah untuk memberikan kesedaran dan pendedahan awal kepada para pelajar pelbagai agama dan kepercayaan, tentang kepentingan ujian saringan genetik pra- perkahwinan. Aktiviti ini sangat baik untuk pelajar yang suatu hari kelak akan membentuk keluarga masing-masing. Semasa forum ini juga, perkongsian dengan pesakit talasemia telah memberikan rasa empati dan melihat situasi sebenar yang di hadapi oleh pesakit talasemia. Ini telah membawa sesi pengajaran dan pembelajaran melangkaui bilik darjah serta buku teks. Melalui platform forum ini juga, peserta turut mendengar penjelasan saintifik mengenai penyakit keturunan dari Doktor yang terlibat dalam rawatan penyakit keturunan. Manakala yang paling istimewa kesemua elemen tersebut di harmonikan dari sudut pelbagai agama. Adalah diharapkan, forum ini, menjadi permulaan kolaborasi HEP UNIMAS dengan MyHVP, SMKBL serta pihak-pihak berkepentingan lain. Melalui forum ini juga, diharapkan minda kita, serta generasi muda, lebih bersedia menghadapi masa depan dan realiti kehidupan. Pautan kepada berita penuh: https://mestr.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=news&sub=news_view&menu_id=0&sub_id=171&nid=295&m=4&y=2019

KOLEJ KENANGA

PENTAULIAHAN 86 ORANG PELAJAR UNIMAS

Seramai 86 orang Pegawai Kadet telah ditauliahkan bagi Majlis Pentauliahan Diraja Kali ke 38 ini. 46 orang daripadanya adalah Pegawai Kadet PALAPES Darat dan 40 orang dari Pegawai Kadet PALAPES Udara. Majlis Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES UNIMAS telah dilaksanakan pada 3 Ogos

2019 di UTM Skudai. Latihan pentauliahan telah bermula pada 20 Julai 2019 hingga 3 Ogos 2019 iaitu selama 14 hari di UTM Skudai. Turut hadir sepanjang latihan pentauliahan hingga ke hari sebenar adalah Kolonel Kehormat Prof Datuk Dr Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS selaku Komandan PALAPES

UNIMAS, Leftenan Kolonel Prof Dr Thomas Kana @ Kamaruddin Kana, Timbalan Komandan PALAPES UNIMAS dan Mej Nasriman Abdul Rahman, Pegawai Sukarela PALAPES UNIMAS.

Page 21: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

FAKULTI ALAM BINA

KEGEMILANGAN DALAM PENYERTAAN PELAJAR SENIBINA DI BENGKEL SENIBINA Bengkel Senibina Tahunan ke-30 ‘RE:DEFINE’ yang telah dianjurkan oleh Taylor’s University pada 5 hingga 9 Ogos 2018 menyaksikan penyertaan kali pertama pelajar UNIMAS ke bengkel seumpamanya. Bengkel Senibina (Architectural Workshop) merupakan acara tahunan besar-besaran yang disertai oleh pelajar dari lebih 30 institusi pengajian tinggi Senibina di Malaysia dan beberapa negara rantau ASEAN yang mula dianjurkan sejak tahun 1987. Delegasi pelajar UNIMAS terdiri daripada 13 orang pelajar dari Tahun 1 Senibina yang juga merupakan ambilan sulung UNIMAS bagi program berkenaan. Terdapat pelbagai kategori dipertandingkan termasuk pertandingan Esei Grafik yang menyaksikan Maclaude Lister dari UNIMAS berjaya merangkul tempat ke-2 bagi kategori tersebut dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 800 berserta trofi.

Persidangan ‘Better Air Quality’ yang ke-10 telah di-anjurkan pada 14 hingga 16 November 2018 di Bor-neo Convention Centre Kuching. Seramai 16 orang pelajar Tahun 1 Program Ukur Bahan telah bertugas

sebagai sukarelawan bagi persidangan berkenaan di bawah seliaan Prof Madya Sr. Dr. Afzan binti Ah-mad Zaini. Acara bertaraf antarabangsa yang di-anjurkan oleh NGO ‘Clean Air Asia’ ini julung kali di-adakan di Malaysia dan merupakan persidangan utama yang membincangkan isu berkenaan pencemaran dan kualiti udara di rantau Asia.

AKTIVITI PELAJAR TAHUN 1 UKUR BAHAN SESI 2018/ 2019

Pada tahun berikutnya, sekumpulan pelajar ba-haru Tahun 1 Senibina turut menyertai Bengkel Senibina yang ke-31 yang dianjurkan di Infra-structure University Kuala Lumpur (IUKL) pada 31 Julai sehingga 5 Ogos 2019. Acara yang di-namakan NYALA bertujuan menjadi arena krea-tiviti melalui eksposisi bakat dari seluruh negara dan luar negara melalui platform kebersamaan dalam kalangan peserta, pengamal dan orang awam. Salah satu daripada modul acara terse-but adalah pertandingan mereka bentuk dan membina ‘installation’ di mana binaan yang ber-judul ‘De-Light Haus’ tersebut merupakan panji delegasi UNIMAS yang telah direka bentuk dan dibina di kampus UNIMAS sendiri sebelum diba-wa dan dipasang di IUKL. Gabungan idea, keupayaan membina dan mobiliti binaan terse-but telah melayakkan delegasi UNIMAS me-menangi tempat ketiga dalam pertandingan ter-sebut. Bagi pertandingan larian ‘Nyala Run’, Inas Ayunni telah memenangi tempat ketiga dalam kategori ‘3km Women Open Fun Run’. Kumpulan delegasi diketuai oleh Norazrin binti Roslan dan diiringi oleh Pn Yon Syafni selaku pensyarah pengiring.

Delegasi UNIMAS ke ‘Re:Define’ Bersama pensyarah iringan, Dr Atta Idrawani.

Semua pelajar dimasukkan ke dalam kumpulan berbeza dari institusi berlainan.

Delegasi pelajar Senibina yang menyertai Bengkel Senibina Nyala 2019.

Sukarelawan yang terdiri daripada pelajar tahun 1 Ukur Bahan.

Page 22: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

FAKULTI EKONOMI DAN PERNIAGAAN

PERFEP’S OUTREACH PROGRAMME “ONE STEP AHEAD” AT SMK SIMUNJAN NO. 1

Para peserta kelihatan teruja sebelum berangkat ke SMK Simunjan 1

PROGRAM V-LEARN BORNEO

"V-Learn Borneo" adalah program lawatan

dan pembelajaran yang dianjurkan oleh Society of Marketing Talent (SMART), Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (PERFEP) dengan kerjasama rakan penganjurnya, Kelab Pemasaran dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah.

Program ‘Satu Langkah ke Hadapan’ telah dijalankan di SMK Simunjan No. 1 oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (PERFEP) pada

13 dan 14 April 2019. Program ini dilaksanakan oleh 37 orang pelajar dari FEP sebagai Fasilitator yang diketuai ol eh Saudar i Rukkum ann i a/p Thannirmalai sebagai pengarah program dan dibantu oleh Saudara Khirulazi bin Samsuddin. Peserta terdiri

daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Delegasi bersama Dekan dan pengurusan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS

Program ini diadakan dari 21 Mac 2019 hingga 24 Mac 2019 di Universiti Malaysia Sabah dan disertai oleh 21orang pelajar Pemasaran dan 4 orang pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak. Program ini bertujuan untuk mempromosikan pembelajaran di luar bilik darjah kepada peserta dari dua

universiti Malaysia Timur, iaitu UNIMAS dan UMS. Ini bertujuan untuk menggalakkan mahasiswa yang berlatarbelakang budaya yang berbeza untuk bertukar idea dan pengetahuan, menjadi lebih proaktif, meningkatkan pemikiran kritis dan kemahiran sosial mereka melalui aktiviti pembelajaran berpasukan. Program 4 hari 3 malam ini dipenuhi dengan aktiviti pendidikan yang menyeronokkan, termasuk pertandingan cabaran, ceramah dan lawatan perindustrian kepada PKS tempatan, seperti Desa Dairy Farm, Ladang Teh Sabah, Gaya Street dan Pasar Filipin.

Industrial visits to local SMEs Lecturers and students from the Faculty of Economics

and Business, Universiti Malaysia Sarawak

Page 23: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

EDUTOUR PROGRAMME FOR UTSUNOMIYA UNIVERSITY 2019

EduTour Programme for Utsunomiya University

telah dianjurkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi dari 8 Februari hingga 23 Februari 2019 dan melibatkan 30 pelajar dan 6 staf

Utsunomiya University, Jepun. 20 orang pelajar UNIMAS turut menyertai program ini sebagai buddies. Fokus program pada tahun 2019 adalah pembelajaran Bahasa Inggeris, serta pendedahan kepada budaya dan persekitaran di Sarawak. Antara tempat-tempat yang dilawati semasa program ini adalah Matang

Wildlife Park, Brooke Gallery and Museum, Sarawak Traditional Boat Cruise, Water Front, Darul Hana Bridge, serta pasar Kubah. Program ini juga melibatkan lawatan ke fakulti di UNIMAS (FK, FSTS, FSS, FBK) serta lawatan ke sekolah.

Menyambut kedatangan pelajar dari Universiti Utsunomia di Lapangan Terbang Atarabangsa Kuching

Antara persembahan yang disediakan oleh para pelajar dari Universiti Utsonomia pada majlis perpisahan.

Buat julung kalinya, UNIMAS menjadi tuan rumah bagi penganjuran program International Intercultural Expedition Camp (IIEC) 2019 yang menyaksikan penyertaan

seramai 58 orang pelajar antarabangsa daripada Thailand, Indonesia, Laos, dan juga 30 pelajar tempatan pada 8 hingga 12 Februari 2019. Program yang berlangsung selama lima hari ini dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak iaitu Datuk Abdul

Karim Rahman Hamzah di perkarangan Muzium Sejarah Semulajadi. Program ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta. Timbalan N a i b C a n s e l o r ( A k a d e m i k d a n Antarabangsa), Prof Dr Fasihuddin Burhanudin Ahmad dan Dekan Fakulti

Bahasa dan Komunikasi, Prof Dr Ambigaphaty Pandian turut hadir pada majlis tersebut. Keunikan penganjuran Program IIEC 2019 melibatkan pengisian pelbagai aktiviti di beberapa lokasi seperti Kampus Barat UNIMAS, Kampung Budaya Sarawak, Tebingan Kuching dan beberapa muzium di

sekitar bandaraya Kuching iaitu Muzium Sejarah Semulajadi, Muzium Islam, Muzium Tekstil, Muzium Cina dan Muzium Seni.

INTERNATIONAL INTERCULTURAL EXPEDITION CAMP 2019

Sambutan kedatangan para pelajar di Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuching

Lawatan ke Sarawak Cultural Museum untuk

mendalami dan memahami jenis-jenis tempat

kediaman dan sedikit pendedahan tentang budaya

sukukaum di Sarawak.

Page 24: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF Disediakan oleh En Yow Chong Lee

MINI FILM FESTIVAL UNIMAS DIAKHIRI DENGAN KEMERIAHAN MALAM ANUGERAH

Mini Film Festival (MFF), anjuran Program Sinematografi, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif telah mengadakan Majlis Anugerah Filem Tahunan untuk meraikan hasil kerja penggiat filem dari seluruh Asia Tenggara. Malam Anugerah Festival Filem tersebut berlangsung di Panggung Eksperimen, UNIMAS dan telah meninggalkan para hadirin dengan malam penuh tawa dan kegembiraan. Lebih kurang 300 orang telah menghadiri festival filem tersebut di mana mereka disajikan dengan tayangan filem dan pelbagai aktiviti berkaitan dengan filem seperti bengkel dan ceramah mulai21 hingga 24 Mei 2019.

Pada malam anugerah tersebut, sebanyak 23 anugerah telah diberikan. Anugerah Filem Terbaik bagi kategori Asia Tenggara dimenangi oleh Arjanmar Rebeta (Filipina) untuk filemnya yang bertajuk “A Country in Moving Pictures” sementara kategori Malaysia pula dimenangi oleh Jun Yap Won untuk filemnya yang bertajuk, “Block A-2-15”. Anugerah tersebut diberikan bagi mengiktiraf keberanian pembuat filem mencabar konvensi filem dalam menceritakan kisah yang bererti bagi kita semua.

Malam anugerah tersebut juga telah dimenangi oleh pelajar dari SMK Tok Janggut iaitu Muhammad Alif Ikhwan bin Mohamad Nawi di mana beliau membawa pulang Anugerah Filem Terbaik bagi kategori sekolah Malaysia. Sementara itu, kategori universiti Malaysia pula telah dimenangi oleh Fahmi Sani dari Sunway University untuk filemnya, “Jo: A Love Story”.

Malam anugerah Mini Film Festival telah diacarakan oleh penyanyi dan pelakon tempatan, Anding Indrawani dari Akademi Fantasia 2. Turut membuat persembahan adalah kumpulan indie tempatan seperti Tikar Terbang, Drasska dan Umar and Friends yang telah memberi persembahan yang menarik.

Majlis anugerah tersebut bakal diadakan lagi pada tahun hadapan, sebagai pentas bagi pembuat filem untuk mempamerkan karya mereka.

Pelajar dari SMK Tok Janggut, Muhammad Alif Ikhwan (kanan)menerima trofi untuk Anugerah Filem

Terbaik (kategori sekolah) daripada En. Nova Goh (tengah), seorang pembuat filem Sarawak dan juga

juri untuk MFF ke-15.

Dekan Fakulti Prof. Madya Dr. Musdi Shanat menyampaikan anugerah Filem Pendek Terbaik

kepada pemenang, Nurlina Musa dengan filemnya, “Salah Alamat”

Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Prof. Madya Dr. Musdi Shanat dan para VIP setelah selesainya malam anugerah MFF ke-15.

Page 25: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

Pelbagai program serta aktiviti telah dijalankan pada sesi 2018/2019 dan merupakan acara utama setiap tahun FKSPM bagi membantu dalam membentuk pelajar yang cemerlang dan mampu membentuk jati diri yang mampan dan berdikari dalam

aktiviti yang dianjurkan. Bukan setakat membantu pelajar dari segi membentuk keyakinan diri bahkan setiap aktiviti yang dijalankan juga menerapkan nilai dan semangat setiakawan di kalangan pelajar. Selain daripada itu, fakulti juga ada menyediakan ‘KIOSK FSKPM’ bagi memberi ruang pelajar FSKPM untuk menjana pendapatan dan mengenal erti dunia keusahawanan. Program dan aktiviti yang dijalankan memberi peluang kepada pelajar dan warga FSKPM untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

FAKULTI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIA

AKTIVITI HEPA FAKULTI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNAN MANUSIA (FSKPM) 2018/2019

: # RESPONSIBILITY, RESPECT & RESILIENCE

Program Speaker’s Corner adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meluah dan mencetuskan

pendapat dan perasaan mereka terhadap sesuatu isu, dengan cogankata speak out ! dare to speak!

Program dan Aktiviti yang telah dijalankan di dalam Fakulti adalah seperti berikut: 1. Program/Projek Secangkir Kasih (2017)

2. Program Speaker’s Corner (2018)

3. Book Drive’s Corner (2018)

4. Program Menuju Persada Ilmu (2012)

5. Fiesta FSKPM (2018)

6. Bulan Kaunseling & Psikologi (2018)

7. HOBP (2017)

8. KIOSK FSKPM (2016)

Tambahan pula, program dan aktiviti seperti ini mampu untuk mengetengahkan hubungan kerjasama antara kelab dan persatuan di dalam fakulti. Persatuan

Mahasiswa Fakulti FSKPM (PESAKMA) juga memainkan peranan sebagai duta fakulti di samping memperkenalkan kelab-kelab dan juga program serta aktiviti yang dijalankan anjuran fakulti dan secara langsung menarik minat mahasiswa untuk aktif dalam akademik dan juga bukan akademik.

Program Menuju Persada Ilmu adalah satu platform untuk mendedahkan pelajar-pelajar sekolah rendah

dan menengah tentang suasana pembelajaran di IPT dan memberi motovasi kepada pelajar sekolah

agar mereka berjuang untuk menyambung pembelajaran mereka sehingga ke menara gading

A. B.

A. Projek Secangkir Kasih diwujudkan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan dan meringankan beban yang mereka hadapi.

B. Book Drive’s Corner bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu melalui pembudayaan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.

Page 26: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

IT WEEK 2019 FSKTM

Program ini melibatkan beberapa projek yang terpilih untuk dinilai oleh penal industri yakni MAGIC sebagai pemberi khidmat nasihat bagaimana projek ini boleh terus dikembangkan. Encik Abdul Rahman dan Dr Irwandy juga turut memberi perkongsian ilmiah yang mana masing-masing mengupas topik “Basic Software

Menyedari keperluan IT dalam kehidupan masyarakat, program IT Week diilhamkan untuk memenuhi aspirasi genarasi IT oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang diterajui oleh Persatuan Teknologi Maklumat atau lebih dikenali sebagai PERTEKMA. PERTEKMA adalah persatuan pelajar yang aktif bernaung di

bawah Fakulti FSKTM. IT Week merupakan agenda utama PERTEKMA. Untuk tahun 2019, PERTEKMA membuka tirai IT Week dengan menganjurkan larian ARTIN RUN sejauh 5 KM di kampus baru UNIMAS. Seramai kira-kira 200 perserta dari luar dan dalam UNIMAS terlibat dalam larian ini. Dekan, Professor Madya Dr Johari Abdullah dan Timbalan Dekan HEPA FSKTM, Dr Halikul Lenando juga turun sama dalam menyerikan dan menyempurnakan larian ini. Program larian ini ditaja oleh Lamar Sdn Bhd.

Selepas penganjuran larian, IT Week yang

diadakan sepanjang satu minggu disusuli dengan perkongsian ilmu daripada pensyarah FSKTM dan industri. MAGIC

telah Dijemput untuk memberi kesedaran awal kepada pelajar Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun dan Lodge I n ternat ional School mengenai pengaturcaraan MICROBIT. Seramai kira-kira 40 pelajar terlibat dalam program ini. Di samping itu, MAGIC juga menawarkan

khidmat bagi membimbing pelajar FSKTM khususnya mengembangkan lagi projek mereka ke arena yang lebih besar melalui program “Grill or Chill”.

Engineering and Artificial Intelligent ”dan “Computer Vision”. APIGATE juga turut berkongsi perkhidmatan yang

ditawarkan oleh syarikat kepada pelajar-pelajar UNIMAS di Bilik Seminar, CTF3. APIGATE memberikan pendedahan bagaimana pelajar boleh mengunakan API (Application Prgram Interface) yang

disediakan oleh syarikat ini bagi membangunkan aplikasi yang boleh menandingi aplikasi-aplikasi yang ada di pasaran.

Di antra perserta Artin Run 5 KM di perkarangan Lobby

FSKTM selepas sesi penyampian hadiah kepada

pemenang.

Program motivasi dan perkongsian ilmu bertajuk Transforming

Walls into Doors bersama En Sukur Ibrahim

Page 27: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

Keselamatan Siber adalah komponen utama dalam era digitial, oleh itu PERTEKMA telah menjemput Encik Danny dari Sarawak Information

System (SAINS) untuk berkongsi kepentingan Keselamatan Siber dalam perkembangan teknologi komunikasi pada abad ini. Encik Ruben dari IDS Datanet juga turut dijemput untuk berkongsi mengenai “Important computer science in

industry” bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai

IT Week tidak akan sempurna tanpa ada E-sport yang semakin hangat dikalangan masyarakat. Seperti kebiasaannya, FSKTM akan menganjurkan E-Sport bersama dengan GIZMO yang merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan E-sport kepada masyarakat di kawasan Kuching khususnya. Di antara E-Sport yang

dipertandingkan kali ini termasuklah DOTA 2 dan Street Fighter.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Dekan FSKTM, Profesor Madya Dr Johari Abdullah pada 15 April 2019 di DK1, CTF1 yang dihadiri oleh para penaja

IT WEEK (LAMAR, GIZMO, MAGIC and Pink&Teal), peserta E-sport dari UNIMAS dan Swinburn University serta pelajar-pelajar FSKTM. Dalam ucapan beliau, IT Week adalah satu program berteraskan pelajar dan masyarakat yang berjaya kerana mampu melibatkan pihak luar

dan UNIMAS secara sistematik. Tambahan pula program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar melalui PERTEKMA.

Bengkel bersama Apigatego di BS, CTF3 UNIMAS

Kepentingan komputer sains dari perspektif industri. Ini sekaligus memberi motivasi kepada masyarakat untuk mendalami bidang komputer sains.

Dekan memberi Penghargaan kepada Pink & Teal atas

sumbangan kepada PERTEKMA

Bengkel pengaturcaraan MICROBIT yang dikendalikan

oleh MAGIC

Perkongsian Ilmu Bersama Profesor Madya Dr Jane

mengenai “Computer Science uncovered workshop”.

Page 28: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI SUMBER

AKTIVITI KOKURIKULUM MENJANA KECEMERLANGAN MAHASISWA FSTS UNIMAS

En. Raee Yeoh dari Teach For Malaysia serta program Eksplorasi Diri Penentu Kerjaya anjuran bersama pelajar kohort 4 Sarjana Sains Kaunseling, UNIMAS. Mahasiswa FSTS juga sangat aktif di dalam aktiviti memperkasa subjek Sains di kalangan pelajar-pelajar sekolah dengan menyertai pelbagai aktiviti berkaitan STEM serta melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bersama komuniti kampung. Penglibatan mahasiswa FSTS di dalam aktiviti kokurikulum diharap dapat menjadikan mahasiswa FSTS yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang di dalam bidang kemahiran insaniah.

M ahas i swa juga te l ah menyertai aktiviti anjuran fakulti yang dapat membantu di dalam persediaan pelajar ke alam pekerjaan. Aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah Employability Talk oleh Cik Rafizah Amran dari Prasarana, forum bersama alumni Teach For Malaysia dan bengkel How to Ace Interview? bersama

Ahli-ahli PERSAINTEK bersama para pensyarah yang hadir bagi

memeriahkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar FSTS Photo Credit: FSTS (Mohd Hadzan Mos)

Penglibatan mahasiswa di dalam aktiviti kokurikulum amat penting dalam membantu mereka menjadi mahasiswa yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin, mengasah bakat kepimpinan, dapat belajar menerima dan memberi arahan dengan baik serta kemahiran di dalam komunikasi. Mahasiswa yang aktif dalam bidang kokurikulum ketika di universiti mempunyai pelbagai kelebihan yang akhirnya memberi faedah kepada mereka terutama dalam perkembangan kerjaya pada masa hadapan. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh mahasiswa FSTS melalui persatuan pelajar iaitu Persatuan Sains dan Teknologi (PERSAINTEK). Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah sesi motivasi Bersama En. Sukur Ibrahim yang bertajuk Transforming Walls into Doors, Karnival Sukan FSTS (KARSU) yang telah diadakan di Kompleks Sukan UNIMAS, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang telah diadakan di DK, CTF1 UNIMAS, FRST WEEK yang telah dijalankan dengan jayanya pada 6-13 Mac 2019, aktiviti bersama anak-anak yatim Rumah Amal Nur Murni, Batu Kawa, Kuching serta pelbagai aktiviti lain.

Program motivasi dan perkongsian ilmu bertajuk Transforming Walls into Doors bersama En Sukur Ibrahim Photo Credit: FSTS (Mohd Hadzan Mos)

Bola tampar lelaki sempena Karnival Sukan (KARSU), FSTS Photo Credit: PERSAINTEK

Beberapa booth Career Expo bersempena FRST Week, FSTS

Photo Credit: FSTS (Mohd Hadzan Mos)

Page 29: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

FAKULTI KEJURUTERAAN

PROGRAM BEJALAI MERI PENEMU “STEM EDUCATION” DI SK RUMAH GUDANG, MARUDI.

Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr Nazeri Abdul Rahman bersama 9 orang wakil pelajar dari Jabatan Kujuruteraan Kimia dan Sustainabiliti Tenaga. Selain itu, program ini juga mendapat sokongan dan bantuan daripada Pusat Kelestarian Komuniti UNIMAS seperti kos pengangkutan, buku, alat tulis dan STEM kits. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai minat pelajar sekolah rendah terhadap kepentingan pembelajaran STEM dalam kehidupan seharian.

MENGHARUNGI SUNGAI UNTUK “STEM EDUCATION” DI SEKOLAH KEBANGSAAN SALAK,

PULAU SALAK, KUCHING

Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Kimia (FACES) dan Fakulti Kejuruteraan telah dijemput untuk mengadakan Program Pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan Ceramah Motivasi di SK Gudang, Marudi, Baram pada 3 hingga 5 Mei 2019. Program tersebut telah diketuai oleh Timbalan Dekan Hal

Aktiviti STEM bersama pelajar

Program Mutiara SK Salak anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) telah diadakan pada 3 Ogos 2019 yang bertempat di Pulau Salak, Kuching. Program ini bertujuan untuk mem-perkasakan pengurusan dan kepimpinan Sekolah Kurang Murid (SKM) dan Sekolah-Sekolah Pedalaman di Sarawak. Program ini juga telah dirasmikan oleh Menteri Muda Utili-ti Sarawak (Bekalan Elektrik), YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Junaidi, yang bertempat di dewan Kampung Hilir, Pulau Salak. Pihak UNIMAS melalui Fakulti Kejuruteraan yang

diketuai oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Fakulti Kejuruteraan, Dr. Nazeri Abdul Rahman yang turut diiringi oleh 5 orang staff dan 5 orang pelajar Fakulti Kejuruteraan telah mengadakan satu program yang diberi nama “STEM Education” di Sekolah Kebangsaan Salak, Kuching. Program STEM ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pendidikan STEM yang menjadi kepentingan untuk semua pelajar di seluruh Sarawak. Program “STEM Education” ini ikhususkan kepada 50 orang murid tahap 2 di Sekolah Kebangsaan Salak.

Gambar staf dan pelajar UNIMAS bersama YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Junaidi, Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Pihak Sekolah Kebangsaan Salak.

Page 30: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN KIMIA, FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIMAS MENYAPA

KEBUDAYAAN MELANAU DI PROGRAM ‘JUH BERAMEH TUGUN BELAWAI’, BELAWAI,

MUKAH

Program ‘Juh Berameh Tugun Belawai’ telah diadakan dari 26 hingga 28 April 2019 di Belawai, Mukah. Program ini adalah dianjur oleh Pelajar Tahun 3 Jabatan Kejuruteraan Kimia dan

Sustainabiliti Tenaga, Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS. Seramai 25 orang peserta telah mengikuti program tersebut termasuk Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS, Dr Nazeri Abdul Rahman, 22 orang pelajar Kejuruteraan Kimia dan 2 orang staf. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan ialah untuk memupuk semangat

kesukarelawan dalam diri para pelajar sekaligus membina jalinan persaudaraan antara UNIMAS dan masyarakat Melanau di Daerah Belawai, mukah terutamanya Kampung Tepi Laut Belawai serta sekolah rendah dan menengah yang terletak di daerah Belawai.

Aktiviti bersama penduduk Kampung Tepi Laut, Belawai.

Aktiviti STEM menggunakan STEM kit.

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

JALINAN KASIH UKM X UNIMAS H.E.A.L PROJECT Program Jalinan Kasih UKM x UNIMAS ataupun “THE H.E.A.L Project” merupakan program kerjasama anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia bersama UNIMAS Medical Society (UNIMED). Ianya telah diadakan dari 31 Januari hingga 2 Februari 2019 bertempat di Pusat IDEAS Autism, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Jantung Negara dan Kawasan gelandangan di sekitar Lembah Klang. Program yang julung kali di adakan ini melibatkan 16 orang pelajar perubatan UNIMAS dan 40 orang pelajar perubatan UKM. THE H.E.A.L Projek ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada para pelajar bagi melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan di samping membina hubungan persahabatan yang rapat antara pelajar perubatan dari UKM dan UNIMAS. Selain itu program ini mampu meningkatkan nilai sosial seperti empati, disiplin dan semangat saling membantu tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

UNIMED, MPPUKM dan kanak-kanak autistik di Pusat IDEAS Autism

UNIMED, MPPUKM dan staf di wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur bergambar selepas aktiviti H.E.A.L project.

Page 31: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

Kanak-kanak disleksia berkumpul sebelum pertandingan lompat tali di adakan

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2019 Sambutan Tahun Baru Cina 2019 “Nian Lun - The Tradition Continues” telah diadakan pada 22hb Februari 2019 di Dewan Serbaguna, Kampus Timur UNIMAS. Program makan malam ini adalah anjuran UNIMED & Persatuan Kebudayaan Cina, UNIMAS. Program ini juga telah mendapat tajaan Malaysian Medical Association (MMA), Yeo’s Malaysia dan Imperial Hotel Kuching. Program makan malam ini diserikan dengan pertunjukkan tarian singa dan tarian-tarian tradisional Cina yang memukau. Lebih kurang 300 orang pelajar dan 20 orang kakitangan UNIMAS terdiri dari pensyarah

PROGRAM DISLEKSIA 2019 Pada 13 Julai 2019, Persatuan Disleksia Sarawak dengan kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS telah menganjurkan pertandingan lompat tali atau rope skipping. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan rope skipping sebagai satu aktiviti fizikal bagi individu disleksia sebagai satu aktiviti untuk mengimbangi

AMSEP OUTBOUND MALAYSIA – TAIWAN 2019 AMSEP (Asian Medical Student Exchange Program) adalah di bawah AMSA iaitu Persatuan Pelajar Perubatan Asia. AMSA adalah organisasi yang dikendalikan oleh pelajar program perubatan yang merentasi Asia dan Asia Pasifik. Ianya yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Manila. AMSA UNIMAS adalah sebahagian dari 15 anggota AMSA Malaysia. Program AMSEP ini bertujuan meningkatkan keharmonian melalui kerjasama yang bermanfaat dalam rangkaian program berkualiti dan perkhidmatan komuniti. Pada 28hb Januari hingga 2 hb Februari 2019, 8 pelajar program perubatan telah menyertai

pertukaran pelajar ke Mackay Medical College di Sanzhi District, New Taipei City, Taiwan. Pelbagai pengalaman baru telah di lalui oleh pelajar seperti mengenali budaya di Taiwan dan lawatan ke kolej perubatan di sana. Lawatan ini telah di balas dengan lawatan pelajar perubatan Mackay ke UNIMAS pada 13 hingga 19 Februari 2019.

Ketibaan pelajar-pelajar FPSK di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan

proses kognitif otak kiri dan kanan. Acara ini telah diadakan di Pustaka Negeri Sarawak dan dihadiri oleh Dr Ong Puay Hoon, yang merupakan Presiden Persatuan Disleksia Sarawak bersama pelajar-pelajar disleksia dan sukarelawan UNIMED. Sukarelawan UNIMED te lah d idedahkan cara bekomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar disleksik melalui permainan rope skipping dengan mereka.

dan staf telah hadir. Program ini telah berjaya mengumpul keuntungan dan sumbangan hampir RM12K dimana RM10K telah didermakan kepada Childrens Cancer Society of Sarawak.

Persembahan tarian kipas yang berwarna-warni sempena majlis makan malam sambutan Tahun Baru Cina ‘Nian Lun - The Tradition Continues’

Page 32: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Aktviti berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) diletakkan di bawah portfolio Timbalan Dekan HEPA FSSK. Tiga fokus utama HEPA di FSSK merangkumi: kebajikan pelajar, aktiviti kokurikulum pelajar, dan juga alumni. Sepanjang tahun 2019, banyak aktiviti telah dijalankan di peringkat fakulti di bawah seliaan HEPA FSSK dan dilaksanakan oleh Persatuan Sains Sosial dan Kemanusiaan (PSSK), yang juga merupakan tulang belakang kepada hampir semua aktiviti pelajar di peringkat fakulti.

Diantara program yang telah dilaksanakan ialah: 1. Social Sciences and Humanities Camp - salah

satu aktiviti utama yang dijalankan oleh FSSK bagi mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru khasnya yang mendaftar di FSSK. Aktiviti selama dua hari ini dijalankan sepenuhnya oleh Persatuan Sains Sosial dan Kemanusiaan (PSSK). Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar baru dan persediaan menjadi siswa dan siswi dengan bantuan pelajar lama. Majlis Penutupan disempurnakan oleh YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman.

2. Festival of Social Sciences and Humanities (FOSSH): Setiap sesi pengajian, PSSK akan menganjurkan Festival of Social Sciences and Humanities (FOSSH) yang melibatkan acara sukan dan pertandingan seperti bahas, debat dan penampilan bakat. Antara lain, usaha ini bertujuan untuk mencari bakat yang boleh diketengahkan bagi mewakili FSSK ke Kejohanan Sukan Mahasiswa UNIMAS.

3. Speaker Corner: Dalam usaha mencungkil bakat dan ketrampilan pelajar, HEPA@FSSK menyalurkan ruang kepada pelajar untuk meningkatkan keupayaan diri melalui wadah Speaker Corner @ FSSK.

4. Pelajar FSSK turut digalakkan untuk menyertai aktiviti keilmuan agar mendapat manfaat untuk peningkatan ilmu dan pengetahuan. Pada tahun 2019, pelajar telah mengikuti tiga forum yang mempunyai hubungan langsung dengan bidang pengajian.

Kunjungan Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah serta berkongsi berkenaan dasar luar Malaysia

Baharu kepada pelajar.

Kunjungan Hormat UNIRAZAK dan Sesi Ulasan Buku “Crisis Leadership and Resilience”

Pemenang Pidato Kebangsaan berkongsi pengalaman semasa pelancaran Speaker’s Corner FSSK

Aktiviti sukan sempena festival FOSSH

Aktiviti mengalukan pelajar-pelajar baru FSSK

Page 33: Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni...Majlis Makan Malam Graduan Sulung UNIMAS yang telah diadakan pada 23 Mac 2019 yang lalu bertempat di Hotel Hilton Kuching, Sarawak. 2. Pelancaran

www.unimas.my

www.hepa.unimas.my