pecahan.pendapatan.rakyat

3
Page 1 of 3 Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Perdana Menteri menyatakan, maklumat terkini terhadap pecahan keluarga di Malaysia yang memperoleh pendapatan bulanan di bawah RM1,000 sebulan, antara RM1,001 dan RM2,000 dan RM2,001 hingga RM3,000 sebulan dan seterusnya hingga RM20,000 sebulan mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Orang Asli dan lain-lain. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan S. K. Devamany]: Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat daripada Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, mengikut perangkaan daripada penyiasatan pendapatan isi rumah, HIS yang terkini tahun 2007 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Anggaran isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan ialah seramai 496,500 isi rumah. Daripada jumlah tersebut pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 isi rumah - Melayu, 50,900 isi rumah Cina, 29,000 - India, 29,300 - Kadazan, 7,500 - Orang Asli dan lain-lain kaum 78,800 isi rumah. Bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah. Di mana daripada jumlah tersebut 976,500 merupakan isi rumah Melayu, 338,300 - Cina, 125,300 - India, 38,800 - Kadazan, 9,800 - Orang Asli dan 207,200 isi rumah dari lain-lain kumpulan etnik. Lain-lain kumpulan etnik ini Tuan Yang di-Pertua adalah termasuk golongan-golongan dari Sarawak contohnya golongan Iban dan sebagainya. Baik Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan isi rumah bagi kumpulan berpendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000 pula adalah 1,144,700 isi rumah. Daripada jumlah ini 614,700 isi rumah merupakan isi rumah Melayu, 300,800 isi rumah - Cina, 121,500 - India, 15,300 - Kadazan, 2,500 - Orang Asli dan 89,900 isi rumah daripada lainlain kumpulan etnik. Bagi kumpulan berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula keseluruhan bilangan isi rumah ialah 743,000 isi rumah di mana jumlah tersebut 380,500 isi rumah adalah isi rumah Melayu, 234,700 - Cina, 73,300 - India, 8,900 - Kadazan, 1,000 - Orang Asli dan 44,600 isi rumah daripada kumpulan etnik lain-lain. Bagi kumpulan berpendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 keseluruhan bilangan isi rumah ialah 497,800 isi rumah dengan 254,700 merupakan isi rumah Melayu, 166,600 - Cina, 44,800 - India, 6,900 - Kadazan, 200 - Orang Asli dan 24,600 dari kumpulan etnik lain. Bagi julat pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula melibatkan 914,200 isi rumah. Daripada jumlah tersebut isi rumah Melayu adalah melibatkan 419,200 isi rumah, Cina - 368,400 isi rumah, India - 76,800, Kadazan - 13,400 dan kumpulan etnik lain - 36,500 isi rumah.

Upload: mohd-zaidi-bin-harun

Post on 08-Jun-2015

1.248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pecahan pendapatan mengikut kaum di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Pecahan.Pendapatan.rakyat

Page 1 of 3

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta Perdana Menteri menyatakan, maklumat terkini terhadap pecahan keluarga di Malaysia yang memperoleh pendapatan bulanan di bawah RM1,000 sebulan, antara RM1,001 dan RM2,000 dan RM2,001 hingga RM3,000 sebulan dan seterusnya hingga RM20,000 sebulan mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Orang Asli dan lain-lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan S. K. Devamany]: Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat daripada Sungai Siput. Tuan Yang di-Pertua, mengikut perangkaan daripada penyiasatan pendapatan isi rumah, HIS yang terkini tahun 2007 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Anggaran isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan ialah seramai 496,500 isi rumah. Daripada jumlah tersebut pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 isi rumah - Melayu, 50,900 isi rumah Cina, 29,000 - India, 29,300 - Kadazan, 7,500 - Orang Asli dan lain-lain kaum 78,800 isi rumah.

Bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah. Di mana daripada jumlah tersebut 976,500 merupakan isi rumah Melayu, 338,300 - Cina, 125,300 - India, 38,800 - Kadazan, 9,800 - Orang Asli dan 207,200 isi rumah dari lain-lain kumpulan etnik.

Lain-lain kumpulan etnik ini Tuan Yang di-Pertua adalah termasuk golongan-golongan dari Sarawak contohnya golongan Iban dan sebagainya. Baik Tuan Yang di-Pertua, keseluruhan isi rumah bagi kumpulan berpendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000 pula adalah 1,144,700 isi rumah. Daripada jumlah ini 614,700 isi rumah merupakan isi rumah Melayu, 300,800 isi rumah - Cina, 121,500 - India, 15,300 - Kadazan, 2,500 - Orang Asli dan 89,900 isi rumah daripada lainlain kumpulan etnik.

Bagi kumpulan berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 pula keseluruhan bilangan isi rumah ialah 743,000 isi rumah di mana jumlah tersebut 380,500 isi rumah adalah isi rumah Melayu, 234,700 - Cina, 73,300 - India, 8,900 - Kadazan, 1,000 - Orang Asli dan 44,600 isi rumah daripada kumpulan etnik lain-lain.

Bagi kumpulan berpendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 keseluruhan bilangan isi rumah ialah 497,800 isi rumah dengan 254,700 merupakan isi rumah Melayu, 166,600 - Cina, 44,800 - India, 6,900 - Kadazan, 200 - Orang Asli dan 24,600 dari kumpulan etnik lain.

Bagi julat pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula melibatkan 914,200 isi rumah. Daripada jumlah tersebut isi rumah Melayu adalah melibatkan 419,200 isi rumah, Cina - 368,400 isi rumah, India - 76,800, Kadazan - 13,400 dan kumpulan etnik lain - 36,500 isi rumah.

Page 2: Pecahan.Pendapatan.rakyat

Page 2 of 3

Tuan Yang di-Pertua, bagi kumpulan berpendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000, yang terakhir Tuan Yang di-Pertua pula melibatkan 235,300 isi rumah. Daripada jumlah tersebut 85,700 merupakan isi rumah Melayu, 118,700 - golongan Cina, 23,400 - India, 800 - Kadazan dan 6,700 - kumpulan etnik lain.

Bagi kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula terdapat 49,500 isi rumah dan daripada jumlah tersebut 16,500 merupakan isi rumah Melayu, 27,900 - Cina, 3,600 - India dan 1,500 daripada kumpulan kaum etnik lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 3: Pecahan.Pendapatan.rakyat

Page 3 of 3

Jadual mengikut bilangan

Melayu Cina India Kadazan Asli Lain-lain

Jumlah

1001-2000 976,500 338,300 125,300 38,800 9,800 207,200 1,695,900 2001-3000 614,700 300,800 121,500 15,300 2,500 89,900 1,144,700 3001-4000 380,500 234,700 73,300 8,900 1,000 44,600 743,000 4001-5000 254,700 166,600 44,800 6,900 200 24,600 497,800

5001-10,000 419,200 368,400 76,800 13,400 36,500 914,300 10,001-20,000 85,700 118,700 23,400 800 6,700 235,300

>20,000 16,500 27,900 3,600 1,500 49,500 Jumlah 2,747,800 1,555,400 468,700 84,100 13,500 411,000 5,280,500

Peratus kaum mengikut julat pendapatan

Melayu Cina India Kadazan Asli Lain-lain

Jumlah

1001-2000 57.58 19.95 7.39 2.29 0.58 12.22 100.00 2001-3000 53.70 26.28 10.61 1.34 0.22 7.85 100.00 3001-4000 51.21 31.59 9.87 1.20 0.13 6.00 100.00 4001-5000 51.17 33.47 9.00 1.39 0.04 4.94 100.00

5001-10,000 45.85 40.29 8.40 1.47 - 3.99 100.00 10,001-20,000 36.42 50.45 9.94 0.34 - 2.85 100.00

>20,000 33.33 56.36 7.27 - - 3.03 100.00 Jumlah 52.04 29.46 8.88 1.59 0.26 7.78 100.00

Peratus julat pendapatan mengikut kaum

Melayu Cina India Kadazan Asli Lain-lain

Jumlah

1001-2000 35.54 21.75 26.73 46.14 72.59 50.41 32.12 2001-3000 22.37 19.34 25.92 18.19 18.52 21.87 21.68 3001-4000 13.85 15.09 15.64 10.58 7.41 10.85 14.07 4001-5000 9.27 10.71 9.56 8.20 1.48 5.99 9.43

5001-10,000 15.26 23.69 16.39 15.93 - 8.88 17.31 10,001-20,000 3.12 7.63 4.99 0.95 - 1.63 4.46

>20,000 0.60 1.79 0.77 - - 0.36 0.94 Jumlah 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00