bajet 2016.pdf

106
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA BAJET 2016

Upload: vukhuong

Post on 11-Jan-2017

297 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bajet 2016.pdf

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

BAJET2016

Page 2: Bajet 2016.pdf

Kementerian Kewangan Malaysia

UCAPAN BAJET 2016

Page 3: Bajet 2016.pdf

Teks:Kementerian Kewangan Malaysia

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62592 PUTRAJAYA

Rekabentuk dan dicetak oleh:Percetakan Nasional Malaysia Berhad

Page 4: Bajet 2016.pdf

iii

Kandungan

Muka Surat

MUKADIMAH 2

MENAMBAH BAIK CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)

10

PERUNTUKAN BAJET 2016 13

KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA

15

Merancakkan Pelaburan Domestik 15Mempergiatkan Pasaran Modal 17Mempergiatkan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)

17

Menambah Baik Infrastruktur 18Sistem Pengangkutan Awam Yang Efisien 19Menambah Baik Infrastruktur Telekomunikasi

20

Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar 21Menggalakkan Sektor Pelancongan 22Memodenkan Sektor Pertanian 23Memperkukuh Eksport 25

Page 5: Bajet 2016.pdf

iv

Muka Surat

KEUTAMAAN KEDUA:

MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU

26

Melonjakkan Inovasi Dan Keusahawanan 26

Mempertingkat Penggunaan Teknologi 27

Membudayakan Teknologi Hijau 28

KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN

28

Memantapkan Kualiti Pendidikan Malaysia

29

Meningkatkan Penguasaan Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris

29

Bantuan Persekolahan Dan Makanan 30

Menyelenggara Fasiliti Pendidikan 30

Memantapkan Pendidikan Tinggi 30

Mentransformasi Latihan Teknikal Dan Vokasional

31

Memperkasa Belia, Komuniti Dan NGO 32Meningkatkan Kualiti Tenaga Kerja 33

KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA

34

Memperkasa Bumiputera 34Memperhebat Pembangunan Sabah Dan Sarawak

35

Page 6: Bajet 2016.pdf

v

Muka Surat

KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT

37

Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40

37

Bantuan Pesawah, Pekebun Kecil Dan Penoreh Getah

39

Menyediakan Rumah Mampu Milik 41

Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti 43

Memperkukuh Sistem Jaringan Perlindungan Sosial

44

Memperkukuh Pengurusan Bencana 45

Keselamatan Dan Ketenteraman Awam 47

Memerangi Rasuah 49

Menghargai Penjawat Awam 50

Bantuan Rakyat 1Malaysia 51

Menambah Pendapatan Boleh Guna M40 52

Menambah Baik Gaji Minimum 55Pemberian Khas Penjawat Awam 55

PENUTUP 56

Page 7: Bajet 2016.pdf

vi

“Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,… merupakan bagian dar ipada ter jemahan Rancangan Malaysia Ke-11. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian lima Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. Insya Allah.”

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia

Page 8: Bajet 2016.pdf

vii

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia

Page 9: Bajet 2016.pdf

viii

EK

ON

OM

I NE

GA

RA

201

6PA

DA

HA

RG

A M

ALA

R 2

010

1 Ter

mas

uk p

erub

ahan

sto

k.

Sum

ber:

Kem

ente

rian

Kew

anga

n M

alay

sia.

PE

NG

EL

UA

RA

N D

OM

ES

TIK

PE

RM

INT

AA

N D

OM

ES

TIK

PE

RM

INT

AA

NL

UA

R N

EG

ER

IIM

POR

T

PE

RLO

MB

ON

GA

N5.

5%

PE

MB

UAT

AN

14.2

%

PE

MB

INA

AN

2.9%

PE

RK

HID

MAT

AN

33.8

%

IMP

OR

TB

AR

AN

GA

N30

.7%

IMP

OR

TP

ER

KH

IDM

ATA

N7.

6%

PE

RTA

NIA

N5.

3%

PE

NG

GU

NA

AN

SW

AS

TA33

%

PE

NG

GU

NA

AN

AWA

M8.

1%

PE

LAB

UR

AN

SW

AS

TA1

10.7

%P

ELA

BU

RA

NAW

AM

1

5.5%

EK

SP

OR

TB

AR

AN

GA

N35

.4%

EK

SP

OR

TP

ER

KH

IDM

ATA

N

7.3%

RM

1,80

7,16

8ju

taR

M1,

807,

168

juta

Page 10: Bajet 2016.pdf

ix

BA

JET

KE

RA

JAA

N P

ER

SE

KU

TU

AN

201

6 PER

BEL

AN

JAA

NM

ENG

UR

US

PER

BEL

AN

JAA

NPE

MB

AN

GU

NA

N

KE

MA

NA

DIB

ELA

NJA

KA

ND

AR

I MA

NA

DAT

AN

GN

YA

1 Te

rdiri

dar

ipad

a ha

sil,

pinj

aman

dan

pen

ggun

aan

aset

Ker

ajaa

n.2

Tida

k te

rmas

uk s

impa

nan

luar

jang

ka.

PIN

JAM

AN

HA

SIL

CU

KA

I PE

ND

APA

TAN

43.9

%

EK

ON

OM

I11

.4%

CU

KA

I TID

AK

LAN

GS

UN

G21

.9%

HA

SIL

BU

KA

N C

UK

AI

15.9

%

CU

KA

I LA

NG

SU

NG

LA

IN3.

4%

PE

RB

ELA

NJA

AN

LAIN

10.8

% SU

BS

IDI

9.8%

SO

SIA

L4.

9%

KE

SE

LAM

ATA

N1.

9%P

EN

TAD

BIR

AN

AM

0.6%

EM

OLU

ME

N26

.6% BAY

AR

AN

KH

IDM

ATH

UTA

NG

10%

BE

KA

LAN

DA

NP

ER

KH

IDM

ATA

N13

.7%

BAY

AR

AN

PE

RS

AR

AA

N7.

4%

PE

MB

ER

IAN

DA

NS

ER

AH

AN

KE

PAD

AK

ER

AJA

AN

NE

GE

RI

2.9%

PIN

JAM

AN

DA

N P

EN

GG

UN

AA

NA

SE

T K

ER

AJA

AN

14.9

%

1

Sum

ber:

Kem

ente

rian

Kew

anga

n M

alay

sia.

RM

265,

2241

juta

RM

265,

2242

juta

Page 11: Bajet 2016.pdf
Page 12: Bajet 2016.pdf

1

BAJET 2015

UCAPAN BAJET TAHUN 2016

Oleh

YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAKPERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

KETIKA MEMBENTANGRANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2016)

DI DEWAN RAKYATPADA JUMAAT, 23 OKTOBER 2015

“MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT”

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

Page 13: Bajet 2016.pdf

2

BAJET 2015

MUKADIMAH

Tuan Yang Dipertua,

1. Saya mulai, dengan menyebut Bismillahir Rahmanir Rahim, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nastai’n.

2. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta’ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi,… juga,… yang telah mewujudkan keadaan gelap-gulita, ke alam terang benderang.

3. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,… pembuka bagi sesuatu yang terkunci, penutup bagi yang terdahulu, penolak yang batil, pembela hak dan kebenaran.

Tuan Yang Dipertua,

4. Sejak Mac tahun 2009, saya telah membentangkan lebih 11 dokumen besar berkait ekonomi negara.

5. Termasuklah, Pakej Rangsangan Pertama, Pakej Rangsangan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11, seterusnya Bajet 2010, hinggalah pada hari ini, akan dipersembahkan pula Bajet 2016.

6. Insya Allah, jika diberi izin oleh Tuhan yang Maha Menyimpan segala Tahu dan rahsia setiap sesuatu, kita berdoa serta berharap agar terus berpeluang lagi, dapat membentangkan Bajet-Bajet pada tahun-tahun selanjutnya,… Amin.

Page 14: Bajet 2016.pdf

3

BAJET 2015

7. Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,… merupakan bagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-11. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian lima Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. Insya Allah.

8. Sebelum itu, sebagai hamba-hambaNya yang beringat lagi bersyukur, marilah bersama, dengan rasa kerendahan hati, mengambil sempena dan iktibar daripada sejarah dan sirah, berasaskan Al-Quran, melalui mafhum pengertian surah An-Nisa’ ayat 58, seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, pabila menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat.

Tuan Yang Dipertua,

9. Lantaran itu, sebelum diteruskan penyampaian ini, walau apa sekalipun diwajahkan di mana-mana, meski apa yang dilaporkan dalam media, berkait letak duduk dan keadaan Malaysia, kononnya, negara ini di ambang muflis, berada dalam krisis ekonomi, nilai ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara perbelanjaan Kerajaan yang katanya tidak berhemah.

Makanya, berdasarkan ehwal yang dihebah-hebahkan itu, moleklah kiranya saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk memperjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, serta rakyat Malaysia, yang sedang menonton dan mendengar di luar sana, supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat.

Page 15: Bajet 2016.pdf

4

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

10. Semenjak tahun 2009, janganlah sesekali kita lupa, satu persatu datangnya dugaan terhadap ekonomi negara. Kita telah berdepan dengan pelbagai ketidakkeruan ekonomi global dan pastinya kemelut iktisad domestik.

11. Alhamdulillah, meskipun telah ditantang dengan segala ara l dan r in tangan i tu , Kera jaan terbukt i mampu menanganinya dan mengatasinya dengan begitu berkesan.

Tuan Yang Dipertua,

12. Jika hendak disimpulkan, antaranya terdapat 6 pencapaian utama sebagai penanda kejayaan yang boleh dibanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan ekonomi negara, dari mana ia berada separuh dekad lalu.

Tuan Yang Dipertua,

13. Pencapaian pertama: Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia, ia mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan mencapai 4.5 peratus hingga 5.5 peratus sepanjang tahun, meskipun, ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1 peratus pada tahun ini.

14. Dalam perkara ini, perlu kita ingat baik-baik, keadaan ekonomi sekarang, bak kata dalam bahasa Inggeris, there is no comparison whatsoever, berbanding tahun 1998. Nyatanya, pada ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif 7.4 peratus.

Page 16: Bajet 2016.pdf

5

BAJET 2015

15. Sungguhpun begitu, kita sedar, bahawa kita tidak dapat lari daripada menghadapi kelembapan ekonomi global, termasuklah dari segi penurunan harga komoditi terutamanya minyak, kelapa sawit dan getah, penyusutan nilai ringgit serta pertumbuhan perlahan di negara-negara kuasa besar ekonomi dunia.

16. Justeru, pertumbuhan KDNK negara dijangka dapat berkembang pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini, akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.

17. Eksport pula, tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus. Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.

Tuan Yang Dipertua,

18. Pencapaian Kedua: Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal Kerajaan, daripada paras 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.

Tuan Yang Dipertua,

19. Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang bermula pada tahun 2010, Kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan.

20. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun, kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8 peratus pada tahun 2009, kepada kini 0.6 peratus pada tahun 2014. Malah, sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir disifarkan.

21. Pencapaian Keempat: Kalau dikaj i , stat ist ik pengangguran pada tahun 1999 adalah 3.4 peratus.

Page 17: Bajet 2016.pdf

6

BAJET 2015

22. Dengan kehendak Allah jua, hasil daripada pengurusan ekonomi negara yang berkesan, kita telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus dan Kerajaan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan.

Tuan Yang Dipertua,

23. Pencapaian Kelima: Seramai 5 juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih.

24. Akhir sekali, Pencapaian Keenam: Rakyat telah mendapat pelbagai kemudahan seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, UTC, RTC dan Kedai Rakyat 1Malaysia, demi meringankan kos sara hidup rakyat.

Tuan Yang Dipertua,

25. Pada sudut lain, kemasukan pelaburan asing pula terus kukuh pada 22.4 bilion ringgit pada separuh pertama tahun ini, manakala indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran 1.675 trilion ringgit menjelang penutup bursa pada 22 Oktober 2015 dan Alhamdulillah pada hari ini, naik lagi nilainya.

26. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak 418 bilion ringgit pada 15 Oktober 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.

27. Laginya, pada tahun hadapan, negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal, di antara 2 hingga 3 peratus.

Page 18: Bajet 2016.pdf

7

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

28. Ini menunjukkan bahawa realitinya, realitinya, Malaysia, negara kita yang tercinta bukanlah negara yang gagal atau bankrap, sebaliknya kita masih stabil,... masih kukuh dengan economic fundamental dan terus berdaya saing.

Tuan Yang Dipertua,

29. Sebelum bingkisan Bajet tahun ini diteruskan, terdapat dua perkara mustahak yang wajar diberi penjelasan. Perkara pertama, adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST, yang hangat diperkatakan oleh orang ramai terutamanya sejak awal tahun ini.

30. Dalam isu GST, Kerajaan berterima kasih kerana pematuhan dalam pendaftaran dan pengisytiharannya amat tinggi dan membanggakan.

31. Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia, setakat ini, jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST adalah hampir 400 ribu buah semuanya, dengan kadar patuh serahan atau submission mencapai lebih 90 peratus.

Tuan Yang Dipertua,

32. Alhamdulillah, sesungguhnya keputusan Kerajaan melaksanakan GST adalah tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak kepada paras lebih 50 peratus daripada paras 100 dolar Amerika sebelum ini.

33. Faktanya, Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS menyumbang sejumlah dividen kepada Perbendaharaan pada setiap tahun. Jumlah sumbangan dividen ini, bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia.

Page 19: Bajet 2016.pdf

8

BAJET 2015

34. Misalannya, dalam tempoh setahun di mana harga minyak adalah pada purata 100 dolar Amerika setong, pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasi l cukai petro leum kepada negara, ber jumlah 62 bilion ringgit.

35. Akan tetapi, senarionya berbeza, pabila harga minyak telah turun kepada paras sekitar 50 dolar Amerika setong. Pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroleum kepada negara, berjumlah 44 bilion ringgit pada tahun 2015.

36. Harga minyak ini pula, dijangka akan kekal rendah pada tahun 2016, dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar 31.7 bilion ringgit, atau Tuan Yang Dipertua, penyusutan pendapatan Kerajaan lebih 30 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

37. Jadinya, jika sebelum ini, dalam beberapa pengumuman rasmi, saya, bagi pihak Kerajaan ada menyebut bahawa rakyat usahlah bimbang, kerana hasil kutipan GST dikembalikan semula demi manfaat ramai, malah, dimaklumkan pula bagaimana ia dibelanjakan. Ini adalah benar apa yang Kerajaan hasratkan dan tidak ada apa-apa agenda yang terselindung.

38. Namun, keadaan telah berubah. Hasrat ini perlu diimbangi dengan realiti kedudukan kewangan negara, berdasarkan perkembangan harga minyak dunia yang tidak menentu seperti yang saya sampaikan tadi. Tetapi, disebabkan oleh kekurangan kutipan hasil petroleum, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi tampungan sebahagian besar daripadanya.

Page 20: Bajet 2016.pdf

9

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

39. Sehubungan itu, pada tahun 2016, dalam perkiraan Kerajaan, sekira dan seandainya GST tidak dilaksanakan, dan ki ta masih dengan sistem SST sepert i yang sebelumnya, hasil negara akan berkurangan sebanyak 21 bilion ringgit. 40. Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak 39 bilion ringgit.

41. Akibatnya, defisit negara akan meningkat dengan ketara kepada 4.8 peratus, dan bukan lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016.

42. Andai kata, andai kata, ini berlaku, Kerajaan terpaksa meminjam termasuk untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman perumahan, pastinya meningkat.

Tuan Yang Dipertua,

43. Di atas segalanya, bersyukurlah kita kepada Allah, kerana Kerajaan yang ada tetap bertegas dengan pendirian, mempunyai dengan izin, political will atau keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST... sekalipun,…sekalipun… keputusan ini ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.

44. Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka.

Page 21: Bajet 2016.pdf

10

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

45. Oleh itu, berdiri atas pendirian sedemikian, Kerajaan yang bertanggungjawab ini, akan terus melakukan keputusan-keputusan yang betul, waima tidak bersifat populis, demi,… mendahulukan rakyat dan kepentingan negara.

Tuan Yang Dipertua dan Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

46. Oleh yang demikian, ternyatalah, GST ini sebetulnya merupakan satu sistem percukaian yang efisien. Maka sebab itulah, telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara.

47. Tampaknya juga, meskipun keadaan kewangan negara terkekang, kita terus mendengar denyut nadi dan rintihan rakyat.

48. Kerana itu, setelah menerima maklum balas daripada pelbagai golongan masyarakat, termasuklah pihak NGO, dengan ini, sukalah saya mengumumkan bahawa, Kerajaan bersedia, melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas kehidupan seharian rakyat.

MENAMBAH BAIK CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (GST)

49. Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST, berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016, adalah seperti berikut:

50. Pertama, pengenaan GST pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat Terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, B, C dan D, serta tambahan sebanyak 95 jenama ubat over the counter, meliputi ubat bagi 30 jenis

Page 22: Bajet 2016.pdf

11

BAJET 2015

penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini melibatkan peningkatan dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat.

51. Kedua: pengenaan GST pada kadar sifar ke atas barangan makanan berikut:

• Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik;

• Dhal, atau kata orang utara kacang ‘parpu’, berasaskan kekacang daripada kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih;

• Akar teratai atau lotus root dan sengkuang air atau water chestnut;

• Biji sawi;

• Gula merah; dan

• Khas untuk orang Sarawak,…mee kolok kering.

52. Ketiga: Bagi membolehkan petani berskala kecil mendapat manfaat dari Skim Kadar Rata di bawah GST, Kerajaan mencadangkan supaya, threshold jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah skim ini diturunkan daripada 100 ribu ringgit kepada 50 ribu ringgit;

53. Dengan penurunan threshold, ia bererti, lebih ramai petani kecil boleh mendaftar di bawah skim ini dan mengenakan tambahan 2 peratus ke atas nilai jualannya, dan amaunnya boleh disimpan untuk menampung sebarang GST yang telah dibayar ke atas inputnya.

54. Keempat: Bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih di dalam industri aeroangkasa pula akan dibenarkan menyertai Approved Trader Scheme dan diberi pelepasan GST ke atas pengimportan barang-barang;

Page 23: Bajet 2016.pdf

12

BAJET 2015

55. Kelima: Pelepasan GST juga diberikan ke atas pengimportan semula barangan yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran;

56. Keenam: Kini, bagi industri minyak dan gas pula, pelepasan GST diberikan kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara, bagi tujuan sewaan dan pajakan seperti peralatan pelantar minyak juga platform terapung; serta

57. Ketujuhnya: Pelepasan GST juga diberi untuk perolehan bahan dan peralatan mengajar, kepada penyedia latihan kemahiran dan vokasional yang menjalankan program diluluskan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006.

Tuan Yang Dipertua,

58. Kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya daripada golongan belia, bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar atau prepaid card.

59. Berhubung ini, para pengguna warga Malaysia, akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka. Langkah ini, adalah mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Tuan Yang Dipertua,

60. Seterusnya, bagi memantapkan struktur cukai supaya lebih kompetitif dan progresif, banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan daripada 25 peratus, kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara 600 ribu ringgit dan 1 juta ringgit.

Page 24: Bajet 2016.pdf

13

BAJET 2015

61. Sementara itu, mereka yang berpendapatan melebihi 1 juta ringgit, kadar cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus kepada 28 peratus.

Tuan Yang Dipertua,

PERUNTUKAN BAJET 2016

62. Bajet 2016 memperuntukkan 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion ringgit peruntukan dipinda 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.

63. Di bawah peruntukan mengurus, 70.5 bi l ion ringgit adalah untuk Emolumen dan 36.3 bilion ringgit bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala sebanyak 106.6 bilion ringgit adalah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 761 juta ringgit dan 1 bilion ringgit kepada perbelanjaan lain.

64. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 30.1 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 13.1 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat.

65. Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 5.2 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak 1.6 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.

66. Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 225.7 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding 2015.

Page 25: Bajet 2016.pdf

14

BAJET 2015

67. Dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan, defisit fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada tahun 2016.

Tuan Yang Dipertua,

68. Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan diantara Capital Economy dan People Economy. Di samping itu, kita perlu mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable dan membina sebuah negara yang kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu.

Tuan Yang Dipertua,

69. Lantaran demikian, saya pohon membentangkan sebuah Bajet yang bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”, bertunjangkan lima Keutamaan berikut:

PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA;

KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU;

KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN;

KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA; DAN

KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT.

Page 26: Bajet 2016.pdf

15

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA

MERANCAKKAN PELABURAN DOMESTIK

70. Langkah satu: Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016. Ini akan dipacu oleh pelaburan swasta yang meningkat sebanyak 218.6 bilion ringgit serta disokong oleh pelaburan awam sebanyak 112.2 bilion ringgit.

71. Dalam langkah ini, terdapat sembilan projek dan inisiatif yang akan dilaksanakan:

Pertama: Membangun Malaysian Vision Valley meliputi keluasan tanah seluas 108,000 hektar dari Nilai ke Port Dickson seperti yang telah dibentangkan pada RMK-11, dengan unjuran pelaburan permulaan 5 bilion ringgit pada tahun 2016;

Kedua: Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir 11 bilion ringgit dalam tempoh 5 tahun;

Ketiga: Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak 7 bilion ringgit;

Keempat: Pelaburan 6.7 bilion ringgit oleh Khazanah Nasional Berhad, dalam 9 projek domestik berimpak tinggi seperti dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perisian dan infrastruktur komunikasi;

Page 27: Bajet 2016.pdf

16

BAJET 2015

Kelima: Khazanah Nasional juga memperuntukkan 500 juta ringgit untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak 50 juta ringgit;

Keenam: Pelaburan seterusnya dianggarkan 18 bilion ringgit untuk tahun 2016, bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor;

Ketujuh: Untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta, antara projek yang sedang dilaksanakan adalah pembangunan Rubber City di Kedah dengan peruntukan 320 juta ringgit, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak sebanyak 142 juta ringgit dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah sebanyak 20 juta ringgit; dan

Kelapan: Tumpuan turut diberi kepada pembangunan industri Kimia, Elektronik dan Elektrikal, Mesin dan Peralatan, Aeroangkasa, Peranti Perubatan dan Perkhidmatan. Untuk itu, 730 juta ringgit disediakan kepada dana-dana di bawah MIDA; dan

Kesembilan: Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih yang telah tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance, insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan.

Kadar tuntutan adalah 60 peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan d i to lak dar ipada 70 peratus dar ipada pendapatan berkanun untuk tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.

Page 28: Bajet 2016.pdf

17

BAJET 2015

MEMPERGIATKAN PASARAN MODAL

72. Langkah 2: Dalam mempergiatkan pasaran modal pula, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan beberapa inisiatif termasuk potongan cukai diberi ke atas kos penerbitan sukuk Sustainable and Responsible Investments dan pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah.

MEMPERGIATKAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

73. Langkah 3: Sememangnya, PKS memainkan peranan penting dalam membangunkan rantaian nilai perniagaan. Ia dijangka menyumbang kepada 41 peratus KDNK menjelang 2020. Untuk itu, lima tindakan berikut akan diambil:

Pertama: Tambahan satu bilion ringgit bagi Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Disember 2017, dengan Kera jaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan;

Kedua: 107 juta ringgit untuk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana di pelbagai peringkat perniagaan;

Ketiga: 60 juta ringgit untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS;

Keempat: Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Technology Transformation Fund sejumlah 200 juta ringgit, di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus; dan

Page 29: Bajet 2016.pdf

18

BAJET 2015

Kelima: 18 juta ringgit untuk memperluas Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR, dan Projek Automative Workshop Modernisation atau ATOM.

MENAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR

74. Langkah 4: Seperti yang kita tahu, infrastruktur merupakan pemangkin kepada keseluruhan pembangunan ekonomi dan sosial negara.

75. Terkini, ingin saya maklumkan, bahawa, Malaysia menduduki tangga ke-25 di antara 160 negara yang disenaraikan dalam Laporan Indeks Pencapaian Logistik Bank Dunia 2014.

76. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menambahbaik infrastruktur logistik, termasuklah membina dan menambahbaik jaringan pengangkutan rel, serta lebuhraya pada 2016. Ini termasuk, Lebuhraya Damansara – Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road.

77. Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu kota pula, 900 juta ringgit diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak, yang akan dilaksanakan secara kerjasama strategik awam-swasta.

78. Kerajaan juga akan mengkaji pembinaan lebuhraya pesisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz, di Melaka.

79. Seterusnya, sebanyak 42 juta ringgit disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu. Kajian akan turut dilaksanakan, bagi pembesaran landasan di lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka.

Page 30: Bajet 2016.pdf

19

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

SISTEM PENGANGKUTAN AWAM YANG EFISIEN

80. Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem pengangkutan awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.

81. Izinkan saya memberi sedikit status terkini, tentang antara projek terbesar dalam sejarah negara, iaitu projek pengangkutan awam bersepadu MRT – LRT.

82. Bagi projek sambungan LRT Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer, akan boleh kita naiki pada Mac 2016. Manakala, bagi projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights, dengan jarak 17.4 kilometer pula, akan boleh dinaiki pada pertengahan tahun 2016. Kedua-dua projek sambungan ini, bernilai 10 bilion ringgit.

83. Projek MRT jajaran Sungai Buloh – Semantan pula, juga dapat digunakan pada tahun 2016, pada bulan Disember. Manakala, Fasa 2 Semantan – Kajang dijangka siap pertengahan 2017. Projek ini, dengan jarak 51 kilometer sedang dilaksanakan dengan kos 32 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

84. Hasil daripada permintaan ramai, Kerajaan juga telah memulakan rangkaian perhubungan awam lain seperti berikut:

Pertama: Projek MRT II dari Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dengan jarak 52 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran

Page 31: Bajet 2016.pdf

20

BAJET 2015

kos pembinaan 28 bilion ringgit. Kerja pembinaan direncana bermula dalam suku kedua 2016 dan dijangka siap menjelang 2022;

Kedua: Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara – Johan Setia, Klang dengan jarak 36 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 10 bilion ringgit. Ia mula dibina 2016 dan siap pada 2020. Di samping itu, Kerajaan juga akan meneruskan rundingan High Speed Rail dengan Kerajaan Singapura; dan

Ketiga: Bagi perkhidmatan awam bas, projek Bus Rapid Transit atau BRT KL – Klang pada kos melebihi 1.5 bilion ringgit, dan BRT Kota Kinabalu pada kos hampir 1 bilion ringgit akan dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

MENAMBAH BAIK INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI

85. Untuk menambahbaik infrastruktur telekomunikasi pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyediakan 1.2 bi l ion r inggit , antara lain, untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar 4 kali ganda dari 5 Megabit sesaat kepada 20 Megabit sesaat, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut.

86. Selain itu, 250 juta ringgit untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi meningkatkan kualiti audio visual dan memberi nilai tambah kepada kandungan TV serta transaksi data interaktif.

Page 32: Bajet 2016.pdf

21

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

87. Memang dari dahulu lagi, semenjak merdeka, kesejahteraan penduduk luar bandar, menjadi keutamaan kita. Mana mungkin kita meminggirkan mereka. Liputan jalan luar bandar telah meningkat daripada 46 ribu pada tahun 2009 kepada 51 ribu kilometer, 98 peratus kawasan luar bandar telah mendapat bekalan elektrik, dan hampir 95 peratus mendapat bekalan air.

88. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar seperti berikut:

Pertama: 1.4 bilion ringgit bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara. Selain itu, 200 juta ringgit lagi disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA;

Kedua: 878 juta ringgit untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, yang membabitkan 10 ribu buah rumah. 568 juta ringgit bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk 3 ribu buah rumah;

Ketiga: 60 juta ringgit untuk Program Ameniti Sosial, terutamanya projek perparitan bagi mencegah berlakunya banjir. Tumpuan diberikan kepada negeri-negeri yang terlibat banjir seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak;

Keempat: Sebagai pemangkin keusahawanan di kawasan luar bandar dan komuniti desa, 70 juta ringgit untuk meneruskan Program Rural Business Challenge dan Program Desa Lestari; dan

Page 33: Bajet 2016.pdf

22

BAJET 2015

Kelima: 67 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Kenderaan Bas MARA, untuk pengendalian pengangkutan bas di laluan yang tidak ekonomik di luar bandar.

Tuan Yang Dipertua,

MENGGALAKKAN SEKTOR PELANCONGAN

89. Langkah Kelima: Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling berpotensi untuk menjana ekonomi negara dalam keadaan kini. Untuk tahun 2016, Kerajaan mensasarkan 30.5 juta pelancong yang dijangka menyumbang sebanyak 103 bilion ringgit kepada ekonomi negara. 1.2 bilion ringgit pula diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan untuk tujuan ini.

Tuan Yang Dipertua,

90. Tambahan lagi, permohonan visa secara atas talian atau online application, akan dilaksanakan bermula dengan negara China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada.

91. Di samping itu, untuk memudahkan pelancong dan pelawat untuk berkunjung ke Malaysia, Kerajaan akan melaksanakan e-Visa menjelang pertengahan 2016.

92. Seterusnya, bagi mengambil peluang atas kedudukan Ringgit kini, dan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, pengecualian cukai pendapatan sedia ada sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun diberikan kepada pengusaha pelancongan dilanjutkan mulai tahun taksiran 2016 sehingga tahun taksiran 2018.

Page 34: Bajet 2016.pdf

23

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

MEMODENKAN SEKTOR PERTANIAN

93. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian adalah sumber makanan negara dan merupakan tempat pergantungan pendapatan bagi petani, pesawah dan nelayan.

94. Sehubungan ini, 5.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara program yang akan dilaksanakan:

Pertama: 450 juta ringgit bagi pelbagai program berimpak tinggi seperti program penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta geran pemadanan dan penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar;

Kedua: 180 juta ringgit bagi menaiktaraf infrastruktur saliran dan pengairan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu;

Ketiga: 190 juta ringgit kepada FAMA, bagi tujuan Program Penurunan Harga, dengan menambah 50 buah lagi Pasar Tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia atau ABR1M yang baru. 40 peratus daripada barang jualan ABR1M, adalah barang-barang basah seperti ikan dan sayur yang harganya dianggarkan 5 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran; dan

Keempat: 90 juta ringgit diperuntukkan untuk Program Pembangunan Agropreneur Muda dalam bentuk geran in-kind, Dana Pembiayaan Usahawan, penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar,

Page 35: Bajet 2016.pdf

24

BAJET 2015

Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan serta pelaksanaan Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung.

95. Dalam mengolah dasar sesuai dengan keadaan ekonomi terkini, Kerajaan mencadangkan galakan cukai bagi aktiviti pengeluaran bahan makanan dilanjutkan sehingga tahun 2020. Insentif yang disediakan adalah seperti berikut:

Pertama: Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan akan diberi potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dibuat;

Kedua: Syarikat yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama 10 tahun; dan

Ketiga: Syarikat sedia ada yang menjalankan projek pembesaran pula, juga diberikan insentif yang sama untuk tempoh lima tahun.

96. Skop insentif juga akan diperluas kepada ternakan rusa, tanaman cendawan, kelapa, rumpai laut, lebah madu dan kelulut serta tanaman makanan ternakan seperti ubi keledek dan ubi kayu.

Tuan Yang Dipertua,

MEMPERKUKUH EKSPORT

97. Sehubungan dengan tindakan-tindakan tadi, Kerajaan akan melipat-gandakan sokongan untuk memperkukuhkan eksport negara.

Page 36: Bajet 2016.pdf

25

BAJET 2015

98. Dengan itu, 235 juta ringgit diperuntukkan kepada MATRADE untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport.

99. MATRADE dan SME Corp juga akan meningkatkan keupayaan PKS dan syarikat peringkat pertengahan atau mid-tier, untuk mengeksport barangan dan perkhidmatan ke luar negara.

100. Seterusnya, bagi mempelbagaikan penggunaan matawang asing untuk urusan perdagangan pula, Bank Negara Malaysia menyediakan kemudahan credit swap Ringgit-Renminbi kepada bank tempatan.

101. Pada masa ini, PKS boleh menuntut pengecualian cukai pendapatan sebanyak 10 atau 15 peratus daripada nilai peningkatan eksport. Untuk terus meningkatkan eksport, PKS diberi kelonggaran mematuhi syarat nilai tambah iaitu 30 peratus kepada 20 peratus dan 50 peratus kepada 40 peratus bagi produk perkilangan Kelonggaran ini akan diberikan bagi tahun taksiran 2016 hingga 2018.

102. Bagi menggalakkan perkhidmatan penilaian dan pematuhan piawaian antarabangsa dilakukan di dalam negara, Kerajaan akan memberi galakan untuk penubuhan Independent Conformity Assessment Bodies atau ICAB.

Tuan Yang Dipertua,

103. Setakat hari ini, Malaysia telah menandatangani 13 perjanjian perdagangan bebas atau FTA iaitu enam secara serantau melalui ASEAN dan tujuh secara dua hala.

104. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, di mana jumlah dagangan adalah sekitar

Page 37: Bajet 2016.pdf

26

BAJET 2015

150 peratus melebihi KDNK, Kerajaan telah menerima secara prinsipnya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP. Walaubagaimanapun, pertimbangan secara muktamad akan dibuat di Parlimen kelak.

Tuan Yang Dipertua,

KEUTAMAAN KEDUA : MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU

105. Lonjakan inovasi dan kreativiti adalah kritikal untuk meningkatkan produktiviti kita. Penggunaan teknologi hijau akan turut membantu melestarikan sumber-sumber asli negara.

106. Oleh yang demikian, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun melalui:

MELONJAKKAN INOVASI DAN KEUSAHAWANAN

107. Langkah Satu: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

108. Lantaran, 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia dalam melonjakkan hasil produk R&D oleh institusi penyelidikan tempatan. Maka, inisiatif- inisiatif berikut akan dilaksanakan:

Pertama: PKS yang membuat perbelanjaan untuk projek R&D sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran layak menuntut potongan cukai dua kali secara automatik. Kemudahan ini diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga 2018;

Page 38: Bajet 2016.pdf

27

BAJET 2015

Kedua: 100 juta r inggi t kepada Agensi Inovasi Malaysia;

Ketiga: 200 juta ringgit di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd;

Keempat: 35 juta ringgit kepada MaGIC sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau, termasuk 10 juta ringgit sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund;

Kelima: 30 juta r inggi t untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah; dan

Keenam: Bagi menggiatkan aktivit i demand driven innovation, pada tahun 2016, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit untuk Public-Private Research Network.

Tuan Yang Dipertua,

MEMPERTINGKAT PENGGUNAAN TEKNOLOGI

109. Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat menggunapakai teknologi IBS.

110. Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah.

Page 39: Bajet 2016.pdf

28

BAJET 2015

MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI HIJAU

111. Langkah Tiga: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan bekalan air bersih, melalui pembinaan loji rawatan air dengan peruntukan 877 juta ringgit. 515 juta ringgit pula, diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah.

112. Kerajaan turut mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus KDNK pada tahun 2020 melalui:

Pertama: Pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik termasuk proses audit tenaga dengan peruntukan 45 juta ringgit;

Kedua: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih, dengan kuota 100 MW setahun dalam menggalakkan penggunaan solar photovoltaic; dan

Ketiga: Melan ju tkan tempoh pe laksanaan Sk im Pembiayaan Tekno log i H i jau seh ingga 31 Disember 2017 dengan dana sebanyak 1.2 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN

113. Perkara ini amat kr i t ikal untuk masa depan negara. Justeru Kerajaan akan mengambil langkah-langkah seperti:

Page 40: Bajet 2016.pdf

29

BAJET 2015

MEMANTAPKAN KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA

114. Langkah Pertama: Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebanyak 41.3 bilion ringgit akan diperuntukkan pada tahun 2016.

115. Antara lain, Kerajaan akan membina:

• 30 buah sekolah rendah;

• 27 buah sekolah menengah;

• Empat buah MRSM di Sik, Kedah, Ketereh dan Tanah Merah, Kelantan serta Bagan Datoh, Perak; dan

• Lima buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah, Segamat dan Ledang di Johor serta Jerantut, Pahang.

116. Untuk peringkat kelas prasekolah pula, 44.6 juta ringgit diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS

117. Untuk meningkatkan Penguasaaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, 135 juta ringgit diperuntukkan bagi program Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris.

118. Oleh kerana, Bahasa Inggeris amat penting dalam persaingan global semasa, maka dua lagi inisiatif iaitu Dual Language Programme dan Highly Immersive Programme akan dilaksanakan secara optional dengan kos 38.5 juta ringgit. Dalam hal ini, 300 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai projek perintis.

Page 41: Bajet 2016.pdf

30

BAJET 2015

BANTUAN PERSEKOLAHAN DAN MAKANAN

119. Bagi meringankan tanggungan ibubapa untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak, bantuan 100 ringgit akan diteruskan. Mulai Januari 2016, ia hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan 3 ribu ringgit ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan peruntukan 350 juta ringgit.

120. Selain itu, program rancangan makanan tambahan yang melibatkan 550 ribu pelajar dari keluarga miskin yang tersenarai dalam eKasih akan ditambah baik.

121. Program ini, yang sebelumnya hanya tertakluk kepada makanan waktu rehat, akan diperluaskan dengan kos tambahan 173 juta ringgit untuk sarapan pagi. Kos keseluruhan program ini sebanyak 423 juta ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

MENYELENGGARA FASILITI PENDIDIKAN

122. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan juga terus menyediakan peruntukan untuk membangunkan dan menyelenggara Fasiliti Pendidikan untuk Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sekolah Mubaligh; Sekolah Berasrama Penuh; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; MRSM; Sekolah Pondok yang berdaftar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau Conforming School yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan. Peruntukan bagi tujuan ini, keseluruhannya berjumlah 500 juta ringgit.

MEMANTAPKAN PENDIDIKAN TINGGI

123. Langkah Kedua: Pembiayaan biasiswa diteruskan dengan agihan, antaranya:

Page 42: Bajet 2016.pdf

31

BAJET 2015

• 1.65 bilion ringgit melalui Jabatan Perkhidmatan Awam;

• 288 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan; • 250 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan

Tinggi; dan • 258 juta ringgit melalui Kementerian Kesihatan.

124. Selanjutnya, dalam menggalakkan lagi pendidikan tinggi, sukacita saya umumkan, had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi bagi pembayar cukai individu, dinaikkan kepada 7 ribu ringgit daripada 5 ribu ringgit setahun.

125. Ini dilengkapkan lagi dengan penerusan Program Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai 250 ringgit, bagi 1.2 juta pelajar. Untuk mengelakkan salah guna baucar ini, kaedah penebusan akan diperkemaskan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf.

Tuan Yang Dipertua,

MENTRANSFORMASI LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

126. Langkah Ketiga: Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja, kita mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu, adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020. Sejumlah 4.8 bilion ringgit diperuntukkan kepada 545 Institusi TVET di bawah Bajet ini.

127. Dalam usaha ini juga, MITI akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kemahiran Industri bagi menyelaras program TVET dengan kerjasama pihak industri.

128. Selain daripada itu, lebih 330 ribu pelatih akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini melalui antaranya program-program berikut:

Page 43: Bajet 2016.pdf

32

BAJET 2015

Pertama: 585 juta ringgit untuk peralatan latihan TVET di Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, GiatMARA dan Kolej Vokasional;

Kedua: 350 juta ringgit untuk membiayai program di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran; dan

Ketiga: 80 juta ringgit untuk penubuhan Akademi Pelancongan di Kolej Komuniti Kota Kinabalu, Kolej Vokasional Sandakan serta Institut Latihan Perindustrian Serian, Sarawak.

Tuan Yang Dipertua,

MEMPERKASA BELIA, KOMUNITI DAN NGO

129. Langkah Keempat pula, berkenaan Memperkasa Belia, Komuniti dan NGO. Bagi langkah ini, Bajet 2016 memperuntukkan 930 juta ringgit kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi inisiatif berikut:

Pertama: 280 juta ringgit untuk latihan teknikal dan vokasional di Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara;

Kedua: 50 juta ringgit untuk meningkatkan aktiviti pembangunan belia dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan;

Ketiga: 145 juta ringgit untuk mempersiapkan atlet negara untuk menghadapi cabaran Sukan SEA ke 29 dan Sukan Para ASEAN ke 9 pada tahun 2017 di Kuala Lumpur;

Page 44: Bajet 2016.pdf

33

BAJET 2015

Keempat: 75 juta ringgit untuk terus melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia melalui Program Pembangunan Podium Sukan Elit;

Kelima: 22 juta ringgit untuk membina dua Kompleks Sukan di Bagan Datoh dan Kuantan; dan

Keenam: 360 juta ringgit untuk menambahbaik Program Latihan Khidmat Negara bagi 20 ribu pelatih. Ia melibatkan kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran teknikal.

130. Akhir sekali, 160 juta ringgit disediakan untuk NGO-NGO, bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan.

Tuan Yang Dipertua,

MENINGKATKAN KUALITI TENAGA KERJA 131. Langkah Kelima, memfokus kepada Kualiti Tenaga Kerja. Bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja, program seperti berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Memperuntukkan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak serta Outplacement Centre bagi melatih semula pekerja yang telah diberhentikan; dan

Kedua: Melatih 15 ribu peserta melalui program Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M dengan kos 250 juta ringgit yang akan dibiayai sepenuhnya oleh GLC.

Page 45: Bajet 2016.pdf

34

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

132. Untuk Menambahbaik Pengurusan Tenaga Kerja Asing pula, sebanyak 77 juta ringgit akan diperuntukkan oleh PSMB bagi menjalankan program seperti Train & Replace dalam bidang terpilih seperti hospitaliti, perkapalan dan pengangkutan.

Tuan Yang Dipertua,

133. Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah dan Kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini.

Tuan Yang Dipertua,

KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA

134. Perlu saya tegaskan, bahawa pemerkasaan Bumiputera adalah agenda nasional dan ini tentunya merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

MEMPERKASA BUMIPUTERA 135. Sebanyak 150 juta ringgit disalurkan kepada TERAJU untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi.

136. 150 juta ringgit diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.

Page 46: Bajet 2016.pdf

35

BAJET 2015

137. Manakala kepada MARA pula, diperuntukkan 3.7 bilion ringgit, termasuk menaja pengajian 72 ribu pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.

138. Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera, peruntukan akan diberikan seperti berikut:

Pertama: 400 juta ringgit kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS;

Kedua: 250 juta ringgit kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad;

Ketiga: 150 juta ringgit kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan

Keempat : 100 juta ringgit sebagai pinjaman kepada UDA Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur.

Tuan Yang Dipertua,

MEMPERHEBAT PEMBANGUNAN SABAH DAN SARAWAK

139. Manakala, untuk agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang meliputi jajaran sepanjang 1,090 km, dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan anggaran kos sebanyak 16.1 bilion ringgit.

Di Sabah pula, fasa 1 lebuhraya ini, akan mula dibina pada tahun 2016 meliputi 706 kilometer, bermula dari Sindumin dan akan berakhir di Tawau dengan anggaran kos 12.8 bilion ringgit.

Page 47: Bajet 2016.pdf

36

BAJET 2015

Sukacitanya saya berkongsi sekali lagi, Lebuhraya Pan Borneo ini akan bebas daripada sebarang bayaran tol;

Kedua: Pengangkutan penumpang udara merupakan antara mod utama pengangkutan bagi penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak serta Labuan. Maka perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Rural Air Services dikecualikan daripada GST;

Ketiga: Sebagai satu program baru, 70 juta ringgit disediakan melalui Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had pinjaman 50 ribu ringgit untuk setiap unit di rumah panjang;

Keempat: 70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma disediakan untuk meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi huma yang meliputi kawasan seluas 65 ribu hektar di Sarawak dan 11 ribu hektar di Sabah;

Kelima: 260 juta ringgit disediakan untuk Program 1Harga 1Sarawak dan Program 1Harga 1Sabah bagi memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara;

Keenam: 115 juta ringgit disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti untuk program native customary rights yang merangkumi prosedur-prosedur pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, serta melibatkan kos membina native courts atau

Page 48: Bajet 2016.pdf

37

BAJET 2015

mahkamah-mahkamah adat. Bagi projek native customary rights 20 juta daripada jumlah tersebut untuk pemetaan tanah di Sabah, dan 30 juta ringgit pula, untuk tujuan yang sama di Sarawak; dan

Ketujuh: Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pedalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru.

Tuan Yang Dipertua,

KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT

140. Hal ini, adalah amat dekat di hati saya dan Kerajaan. Makanya, pelbagai inisiatif akan dilakukan melalui:

MENINGKATKAN TARAF HIDUP ISI RUMAH B40

141. Langkah Satu: Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40 di mana:

Pertama: TEKUN akan menyediakan 600 juta ringgit yang meliputi 500 juta ringgit untuk usahawan Bumiputera dan 100 juta ringgit untuk 10 ribu usahawan India melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Selain itu, 50 juta ringgit disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India;

Kedua: Tambahan 200 juta ringgit kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40;

Page 49: Bajet 2016.pdf

38

BAJET 2015

Ketiga: 100 juta ringgit disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang melibatkan kerjasama NGO dengan Institut Latihan Kemahiran Swasta;

Keempat: Tambahan 90 juta ringgit sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina yang termasuk 50 juta ringgit untuk KOJADI.

Seterusnya, 40 juta ringgit bagi melaksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung-kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah;

Kelima: 50 juta ringgit kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Peningkatan Pendapatan. Melalui kedua-dua program ini, peserta akan mendapat manfaat latihan kemahiran dan juga bantuan berbentuk aset serta bahan mentah; dan

Keenam: Menyediakan 100 juta ringgit kepada Institusi Latihan Kemahiran Swasta dan NGO bagi meningkatkan kemahiran B40 untuk mereka mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan.

Tuan Yang Dipertua,

142. Sejak dulu lagi, Kerajaan ini sungguh prihatin terhadap kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli. Untuk ini, sebanyak 300 juta ringgit disediakan bagi melaksanakan:

Page 50: Bajet 2016.pdf

39

BAJET 2015

Pertama: Pembangunan Perkampungan Bersepadu antaranya di Sungai Siput, Perak yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan air terawat dengan peruntukan 80 juta ringgit;

Kedua: Bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah sebanyak 45 juta ringgit; dan

Ketiga: Projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan, menerusi Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli sebanyak 25 juta ringgit.

143. Untuk golongan B40 lagi, program eRezeki dan eUsahawan akan diperluaskan ke seluruh negara, untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari kalangan B40 mendapat manfaat dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit, yang disediakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

BANTUAN PESAWAH, PEKEBUN KECIL DAN PENOREH GETAH

144. Untuk Golongan Pesawah, Pekebun Kecil dan Penoreh Getah pula, Bajet kali ini menyediakan 852 juta ringgit kepada RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti.

145. Kerajaan bercadang menambahbaik Insent i f Pengeluaran Getah atau IPG. Untuk ini, sukacita saya

Page 51: Bajet 2016.pdf

40

BAJET 2015

umumkan, paras pengaktifan IPG dinaikkan daripada 4 ringgit 60 sen, kepada 5 ringgit 50 sen sekilogram, bagi getah SMR20 Free On Board. Bagi getah sekerap atau cuplumps di peringkat ladang pula, dinaikkan daripada 1 ringgit 75 sen, kepada 2 ringgit 20 sen sekilogram.

146. Sebagai ilustrasi, berdasarkan purata pengeluaran 250 kilogram sebulan bagi setiap hektar, pemilik kebun seluas dua hektar dijangka mampu meraih pendapatan seribu ringgit sebulan. Ini adalah pada harga pasaran getah sekerap 2 ringgit sekilogram.

147. Kini, dengan bayaran tambahan IPG sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram, pendapatan keseluruhan pemilik kebun tersebut akan meningkat kepada 1,100 ringgit sebulan.

148. Dengan penambahbaikan IPG ini juga Tuan Yang Dipertua, jikalau senario tadi hanya merujuk kepada seorang pemilik kebun, secara keseluruhannya pula, melalui Bajet ini seramai 300 ribu pekebun getah akan menerima manfaat tambahan daripada Kerajaan. Jumlah peruntukan yang dianggarkan adalah sebanyak 200 juta ringgit.

149. Selanjutnya, bagi menggalakkan petani meningkatkan mutu padi dan hasil tuaian mereka, Kerajaan akan melaksanakan Pemutuan Sebenar Padi dan menambahbaik Skim Subsidi Harga Padi, mulai 1 Januari 2016.

150. Pemutuan Sebenar Padi adalah berasaskan penyeragaman harga padi pada paras 1,200 ringgit setiap tan metrik. Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, Kerajaan juga meningkatkan kadar SSHP dari 248 ringgit 10 sen, kepada 300 ringgit bagi setiap tan metrik.

151. Maksudnya, sekiranya seseorang petani i tu menghasilkan enam tan metrik padi, yang menepati kualiti

Page 52: Bajet 2016.pdf

41

BAJET 2015

pemutuan 20 peratus pemotongan, beliau layak mendapat bayaran hasil jualan sebanyak 5,760 ringgit.

152. Bukan itu sahaja, petani tersebut juga akan menerima penambahan menerusi peningkatan kadar SSHP, menjadikan jumlah pendapatannya meningkat daripada 1,190 ringgit kepada 1,440 ringgit.

153. Maka, secara keseluruhannya, setelah ini, petani tersebut akan mendapat 7,200 ringgit, pada setiap kali penuaian. Suka saya menyatakan di sini, seramai 155 ribu pesawah akan menikmati penambahbaikan skim ini.

154. Langkah Dua: Seperti kita tahu, isu pemilikan rumah adalah isu yang sering dibangkitkan semenjak beberapa tahun ini. Pelaksanaannya memerlukan penglibatan pelbagai agensi.

Tuan Yang Dipertua,

MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK

155. Baje t 2016, meneruskan pe lbagai program pemilikan rumah bagi segenap lapisan pendapatan seperti berikut:

Pertama: Membina 175 ribu unit rumah oleh PR1MA, yang dijual 20 peratus di bawah harga pasaran, dengan peruntukan 1.6 bilion ringgit. Sebanyak 10 ribu unit dijangka siap tahun hadapan;

Kedua: Membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi 20 ribu ringgit bagi seunit rumah dengan peruntukan 200 juta ringgit;

Page 53: Bajet 2016.pdf

42

BAJET 2015

Ketiga: Membina 100 ribu unit rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M, menjelang tahun 2018, dengan harga di antara 90 hingga 300 ribu ringgit. Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan akan disediakan;

Keempat: Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT dengan peruntukan 863 juta ringgit;

Kelima: Menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT, sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Untuk ini, 200 juta ringgit diperuntukkan;

Keenam: Membina lima ribu unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel, antaranya di Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa;

Ketujuh: Memperuntukkan 60 juta ringgit kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli;

Kelapan: Membina rumah untuk generasi kedua peneroka, iaitu 20 ribu unit rumah oleh FELDA, dua ribu unit rumah oleh FELCRA dan dua ribu unit rumah oleh RISDA.

Bagi rumah FELDA, harga maksima kini diturunkan kepada 70 ribu ringgit berbanding 90 ribu ringgit sebelum ini;

Kesembilan: Membina 800 unit rumah mampu milik oleh GLC berhampiran stesen MRT dalam Kawasan Pusat Bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa

Page 54: Bajet 2016.pdf

43

BAJET 2015

Land milik KWSP dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property; dan

Kesepuluh: Memperuntukkan 40 juta ringgit di bawah KPKT, bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai.

Selain itu, pengecualian duti setem diberikan ke atas surat cara pembiayaan pinjaman kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai.

Tuan Yang Dipertua,

156. Seterusnya, bagi menyediakan persekitaran penduduk yang selesa, langkah berikut akan dilaksanakan:

Pertama: 150 juta ringgit bagi membina dan membaik pulih 11 ribu rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW; dan

Kedua: 155 juta ringgit bagi penyelenggaraan perumahan awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT. Antara lain, tabung ini membolehkan pembiayaan 100 peratus untuk pembaikan lif, railings serta pendawaian semula.

Tuan Yang Dipertua,

PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

157. Langkah Tiga: Sememangnya, negara mana yang tidak mahu kualiti perkhidmatan kesihatan terbaik dan bertaraf dunia. Inilah yang sentiasa diperjuangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Antara projek yang akan dilaksanakan adalah:

Page 55: Bajet 2016.pdf

44

BAJET 2015

Pertama: Membina lima hospital baharu di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran dan Cyberjaya;

Kedua: Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur, yang bernilai 848 juta ringgit pada Oktober 2016;

Ketiga: Projek Pembangunan Semula Hospital Kajang;

Keempat: 260 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan dan klinik pergigian berserta kuarters di seluruh negara;

Kelima: 52 juta ringgit bagi operasi 328 klinik 1Malaysia sedia ada dan pembukaan 33 klinik 1Malaysia baharu;

Keenam: 72 juta ringgit untuk bantuan perubatan, termasuk hemodialisis, yang memanfaatkan hampir 10 ribu pesakit kurang berkemampuan; dan

Ketujuh: 4.6 bilion ringgit untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan reagents kepada semua hospital dan klinik Kerajaan.

158. Bermula 1 Januari 2016 juga, Kerajaan akan mengenakan caj penuh rawatan kepada pesakit bukan warganegara Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

MEMPERKUKUH SISTEM JARINGAN PERLINDUNGAN SOSIAL

159. Langkah Empat: Kerajaan akan terus memperkukuh sistem jaringan perlindungan sosial dengan peruntukan hampir 2 bilion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, untuk membantu golongan

Page 56: Bajet 2016.pdf

45

BAJET 2015

OKU, warga emas dan keluarga miskin. Untuk tujuan ini, antara program yang akan dilaksanakan adalah:

Pertama: 445 juta ringgit bagi meneruskan pemberian 350 ringgit sebulan kepada OKU bekerja dan 200 ringgit sebulan kepada OKU yang tidak bekerja serta untuk penjagaan OKU terlantar sebanyak 300 ringgit sebulan. Kesemuanya ini, akan memanfaatkan hampir 150 ribu OKU;

Kedua: 100 juta ringgit disediakan termasuk untuk menambah 20 lagi buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti; dan

Ketiga: Bantuan 662 juta ringgit untuk anak daripada keluarga miskin berjumlah 100 hingga 450 ringgit sebulan serta warga emas miskin sebanyak 300 ringgit sebulan.

Tuan Yang Dipertua,

MEMPERKUKUH PENGURUSAN BENCANA

160. Dalam setahun yang lepas, negara telah dilanda dua bencana yang besar, iaitu banjir besar pada penghujung 2014 dan gempa bumi di Ranau, Sabah. Musibah dan tragedi ini, jika tidak diambil langkah yang proaktif, boleh menyebabkan kerugian berbilion ringgit dan lebih penting lagi, kehilangan nyawa dan anggota.

161. Maka, bagi memperkukuh pengurusan bencana alam, 180 juta ringgit disediakan termasuk untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara di bawah JPM.

162. Seterusnya, 730 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara. Manakala, 60 juta ringgit untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir

Page 57: Bajet 2016.pdf

46

BAJET 2015

Negara serta membangunkan Sub-Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional di Sabah.

Tuan Yang Dipertua,

Ahli-Ahli Dewan yang mulia serta rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

163. Jelasnya, apa yang pentadbiran Kerajaan sedia ada selama ini, sedang lakukan dan laksanakan, dengan sehabis baik ini,…sebetulnya, merupakan tali-temali, sambung menyambung dasar serta perancangan pimpinan negara, sejak dekad-berdekad.

164. Lantas,… ingin saya ulangi,.. Bajet ini,…satu antara langkah dalam rantaian langkah-langkah besar terakhir,…yang hanya tinggal sedikit masa lagi sebelum mentari sebagai negara maju, menzahirkan cahayanya.

165. Pucuk pangkalnya, sebagaimana baik pun perancangan yang dibuat, sedemikian apapun rencana yang disusun, hukum hakam dan resmi bernegara, seperti tercatat dalam tawarikh kehidupan, membuktikan bahawa, hatta sebuah tamadun pun akan gagal jikamana kerukunan, kestabilan dan kebersatuan negara tidak diperkekalkan.

Tuan Yang Dipertua, 166. Oleh sebab itulah, tatkala membicarakan tentang ketenteraman tanahair, tiada kalimah sebagai ibarat, tiada kata sebagai umpama, yang dapat menunjukkan betapa kita berterima kasih dan menghargai jasa serta pengorbanan anggota keselamatan, mahupun para perajurit, anggota polis, dalam menjamin keamanan pertiwi.

Page 58: Bajet 2016.pdf

47

BAJET 2015

167. Oleh yang demikian, Kerajaan komited untuk melaksanakan pelan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia atau ATM secara berperingkat.

KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

168. Sehubungan itu, sebanyak 17.3 bilion ringgit disediakan untuk Kementerian Pertahanan. Antaranya, bagi perolehan enam buah Littoral Combatant Ship, sistem persenjataan Very Short Range Air Defence, kereta berperisai dan pesawat Airbus A-400M.

169. Tambahan lagi, ATM akan diperlengkapkan dengan teknologi terkini, termasuk penggunaan Unmanned Airborne System untuk meningkatkan keupayaan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance.

170. Sejumlah 523 juta ringgit pula, diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat ESSCOM di FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah.

171. Seterusnya, bagi mengenang jasa dan khidmat bakti wira-wira kita, sebanyak 160 juta ringgit diperuntuk bagi membina empat ribu unit lagi kuarters anggota ATM.

172. Tidak cukup sekadar itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera sedang merancang untuk membina tambahan dua ribu unit lagi rumah mampu milik, kepada anggotanya bermula tahun hadapan.

173. Di samping itu, Kerajaan bersetuju supaya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, diperuntukkan sejumlah 864 juta ringgit bertujuan antaranya, perolehan Offshore Patrol Vessel dan kapal peronda.

Page 59: Bajet 2016.pdf

48

BAJET 2015

174. Manakala, bagi mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dalam negeri, untuk terus mengurangkan kadar jenayah,… sejumlah 13.1 bilion ringgit disediakan. Inisiatif-inisiatif berikut akan dilaksanakan:

Pertama: 155 juta ringgit untuk pembinaan dua buah Ibu Pejabat Polis Daerah atau IPD baharu, iaitu di Lawas, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah serta 10 buah IPD dan lima buah balai polis yang masih dalam pembinaan;

Kedua: Merancang untuk membina dua ribu unit lagi rumah mampu milik bagi anggota Polis Diraja Malaysia atau PDRM, antaranya di Rawang dan kawasan-kawasan yang sedang dikenalpasti;

Ketiga: 36 juta ringgit untuk membina pejabat, kuarters dan menaiktaraf depoh tahanan imigresen;

Keempat: 50 juta ringgit bagi mempertingkatkan langkah keselamatan penjara; dan

Kelima: 20 juta ringgit untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam, antaranya melalui pengasingan laluan pejalan kaki dan pencahayaan di kawasan tersebut.

Sukacita saya mengumumkan, penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM lagi, dan 500 unit lagi kereta peronda, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 35 juta ringgit.

Page 60: Bajet 2016.pdf

49

BAJET 2015

Tuan Yang Dipertua,

MEMERANGI RASUAH

175. Bagi menguatkan lagi usaha integriti dan mengurangkan ketirisan serta rasuah, SPRM akan terus dimantapkan dengan program-program serta latihan yang relevan. Dengan ini, bilangan pegawai SPRM akan turut ditambah mengikut keperluan.

176. Merujuk kepada falsafah Rancangan Malaysia Kesebelas lagi, Tuan Yang Dipertua, sepertimana yang telah saya nyatakan di awal ucapan tadi, tentang rupawajah dan warna-warna kemajuan negara serta sahsiah rakyat yang kita dambakan, ketikamana memasuki gelanggang negara maju kelak, dalam apa jua yang direncanakan, seperti dokumen Bajet ini,… perihal kebajikan dan kepentingan rakyat, menjadi keutamaan.

177. Sepertimana ramai makrufi,… Malaysia kontemporari ini, sudah pun dikenali sebagai sebuah negara Islam yang progresif lagi dinamik, sehingga disegani di seantero dunia. Sejak tahun-tahun kebelakangan,… Kerajaan sedang menuju maksud dalam usaha menepati kerangka maqasid syariah dan pengertian wasatiyyah. 178. Walau apapun, untuk memenuhi tuntutan maqasid syariah, bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi, berkait ciri kemajmukan rakyat di negara ini.

179. Sememangnya pun, tanpa disedari, sejak meraih kemerdekaan, kita telah mengamalkan objektif tersebut dengan prinsip kesederhanaan yang begitu tersendiri.

180. Berdiri di atas asas ini, kita telah berjaya membina sebuah negara yang makmur, aman dan sentosa.

Page 61: Bajet 2016.pdf

50

BAJET 2015

181. Di sudut ini,… tidak ada sesiapa yang dapat menafikan bahawa tunjang dan tonggak kepada urusan pentadbiran negara adalah para kakitangan awam.

182. Oleh itu, marilah kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada lebih 1.6 juta mereka yang berjasa ini.

MENGHARGAI PENJAWAT AWAM

183. Pucuk dicita ulam pun mendatang, saat dinanti kini menjelang. Bagi Menghargai Perkhidmatan Awam, atas segala sumbangan dan khidmat bakti kepada negara, Kerajaan bersetuju:

Pertama : Memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan memanfaatkan 1.6 juta warganya dengan peruntukan 1.1 bilion ringgit;

Kedua : Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;

Ketiga : Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada 1,200 ringgit sebulan yang akan memanfaatkan 60 ribu penjawat awam;

Keempat: Menetapkan kadar pencen minimum sebanyak 950 ringgit sebulan, yang akan melibatkan hampir 50 ribu pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan; dan

Kelima: Melantik secara tetap pegawai lantikan Contract of Service yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Ini akan memanfaatkan lebih 10 ribu pegawai kontrak.

Page 62: Bajet 2016.pdf

51

BAJET 2015

184. Pelaksanaan kesemua langkah ini Tuan Yang Dipertua, akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak 1.4 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

185. Bagi merealisasikan harapan, seperti yang dijanjikan, dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat pula, Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M akan diteruskan.

186. Saya tahu benar,… ada pihak yang mengatakan bahawa BR1M tidak perlu diteruskan. Namun, melalui maklum balas yang diterima, mereka sebenarnya sangat bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan ini, kerana terbukti, BR1M tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup mereka.

187. Sehubungan yang demikian,… selaras dengan Aku Janji Kerajaan Barisan Nasional juga, sukacita saya umumkan, jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:

Pertama: Satu kategor i baru d iperkenalkan bag i semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan d i bawah 1,000 ringgit, akan menerima BR1M sebanyak 1,050 ringgit;

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit;

Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit, pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit;

Page 63: Bajet 2016.pdf

52

BAJET 2015

Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak seribu ringgit akan diteruskan; dan

Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

188. Keseluruhannya, kesemua bantuan ini akan memanfaatkan sebanyak 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, dengan peruntukan sebanyak 5.9 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua, 189. Jika, dalam RMK-11, saya telah menyebut tentang kelompok B40, dan tafsiran kumpulan yang terlibat, maka dalam Bajet ini, satu lagi kumpulan besar yang Kerajaan kini akan turut memberi tumpuan bergelar M40.

190. Secara statistiknya, tafsiran awal M40 adalah, kelompok isirumah yang berpendapatan antara 3,860 ringgit hingga 8,320 ringgit. Namun, definisi M40 ini, akan terus Kerajaan perincikan dari masa ke semasa.

MENAMBAH PENDAPATAN BOLEH GUNA M40

191. Dalam hal ini, sukacita saya umumkan:

Pertama: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada 1 ribu ringgit kepada 2 ribu ringgit;

Page 64: Bajet 2016.pdf

53

BAJET 2015

Kedua: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada 3 ribu ringgit kepada 4 ribu ringgit;

Ketiga: Jika buat masa ini, pembayar cukai individu diberi pelepasan sehingga 5 ribu ringgit setahun bagi tujuan perubatan dan penjagaan terhad hanya kepada ibubapa mereka yang sakit.

Dalam Bajet ini, Kerajaan memandang positif sikap anak yang mengambil berat terhadap kebajikan ibubapa mereka dan mengalu-alukan pengukuhan institusi kekeluargaan.

Sehubungan itu, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibubapa mereka, meskipun tidak tinggal bersama, akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak 1,500 ringgit untuk ibu, dan 1,500 ringgit lagi untuk bapa.

Tapi,…dengan syaratnya, ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi 2 ribu ringgit sebulan dan berumur 60 tahun ke atas; dan

Keempat: Sempena Bajet ini juga, Kerajaan memutuskan, untuk menaikkan had pelepasan cukai daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian dalam dan luar negara, mulai tahun taksiran 2016; dan

Kelima: Bagi ibubapa kepada anak-anak Orang Kurang Upaya-nya, yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam dan luar negara, had pelepasan cukai dinaikkan daripada 6 ribu ringgit kepada 8 ribu ringgit, mulai tahun taksiran 2016.

Page 65: Bajet 2016.pdf

54

BAJET 2015

Ingin saya tambah di sini, had pelepasan cukai sedia ada bagi ibubapa yang mempunyai anak OKU adalah 6 ribu ringgit. Ini bermakna, sekiranya anak OKU ini melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya, adalah sebanyak 14 ribu ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

192. Seterusnya, untuk membolehkan lebih ramai pekerja mendapat manfaat di bawah PERKESO, kelayakan caruman wajib dinaikkan daripada gaji 3 ribu ringgit kepada 4 ribu ringgit sebulan. Pengubahsuaian ini, memanfaatkan kepada 500 ribu pekerja, di mana jika si pencarum meninggal dunia dalam tempoh kerja, waris akan menerima bayaran bulanan sehingga 90 peratus pendapatan bulanan terakhir beliau.

Tuan Yang Dipertua,

193. Secara kesimpulannya, selama puluhan tahun, Kerajaan telah memikul mandat dan menggalas kepercayaan rakyat. Kerajaan ini juga telah secara berterusan melunaskan serta melangsaikan janji-janji yang dilafaz dan dicatat. Ini bererti, Kerajaan yang mentadbir sekian waktu ini jua, terserlah mempunyai visi dan halatuju yang jelas.

194. Apa yang mustahak, untuk dinyata dan dipertegaskan sekali lagi, kita terus mendapat pengiktirafan-pengiktirafan daripada pengabsah-pengabsah berwibawa tinggi di dunia, antaranya agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody’s dan Standard & Poor’s, yang telah memberi gambaran sebenar, tentang keadaan serta pengurusan ekonomi Malaysia.

195. Malah,… pelbagai pencapaian telah kita raih, antaranya yang terkini, kedudukan Malaysia dalam Laporan

Page 66: Bajet 2016.pdf

55

BAJET 2015

Daya Saing Global 2015-2016 oleh World Economic Forum, melonjak dua anak tangga kepada kedudukan 18 daripada 140 negara utama ekonomi di dunia.

196. Kepada rakyat sekalian,… usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah. Jelas sekali,… dengan rekod pencapaian yang cemerlang,… antaranya yang telah saya tuturkan di awal ucapan tadi, maka letakkanlah keyakinan,… taruhlah harapan, bahawa,… inilah Kerajaan yang boleh dibergantung harap, demi masa depan hari muka, anak cucu dan keturunan kita.

197. Dalam apa jua keadaan, saya dan rakan-rakan akan meneruskan perancangan ekonomi negara, dengan mengutamakan serta mendahulukan kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang Dipertua,

MENAMBAH BAIK GAJI MINIMUM

198. Pokoknya,… bagi Kerajaan ini,… rakyat adalah segala-galanya. Khabar bahagia sudahpun tiba. Maka, ingin saya umumkan, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada 900 ringgit kepada 1,000 ringgit sebulan bagi Semenanjung, dan daripada 800 ringgit kepada 920 ringgit sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gaji minimum ini melibatkan semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.

Tuan Yang Dipertua,

PEMBERIAN KHAS PENJAWAT AWAM

199. Tidak cukup sekadar itu,… bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam.

Page 67: Bajet 2016.pdf

56

BAJET 2015

200. Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016.

PENUTUP

Tuan Yang Dipertua,

201. Demikianlah, Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus ingin membuat kebaikan dan kebajikan kepada sekalian rakyat. Sejak dulu, kesemuanya tidak terbina dengan mudah atau dalam sekelip mata. Ia menuntut kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa.

202. Lalunya, berbicara tentang betapa susah dan jerih payahnya membina Malaysia tercinta ini,… kita berasa kesal, bahkan sebenarnya, kita berasa amat-amat kesal, dengan tindak-tanduk tidak bertanggungjawab sama ada musuh dari dalam, mahupun luar, yang cuba mempalit dan merosakkan imej negara ini.

203. Pada kita,… perbuatan segelintir pihak ini, akan hanya memporak-perandakan, sampai boleh memusnahkan apa yang terbina selama ini.

204. Waima, wujud sesetengah orang, yang kita sendiri kadang-kadang tidak tersangka-sangka, atau terduga-duga, ibarat api di dalam sekam,…menjadi gunting dalam lipatan.

Tuan Yang Dipertua serta rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,…

205. Dalam menghela nafas keinsafan, saya perakui,… benarlah saya ini seorang pemimpin, tetapi saya juga manusia seperti saudara saudari sekalian. Kita sama-sama ada kelebihan dan sama-sama ada kelemahan di sana sini.

Page 68: Bajet 2016.pdf

57

BAJET 2015

206. Sayugia,… sambil merujuk-rujuk mafhum tafsir daripada surah Yusuf, bahawa,… Tuhan tidak menyuruh kita berhenti dari berusaha,... Tuhan juga tidak benarkan kita sesekali berputus asa dari RahmatNya,… dan apatah lagi sesungguhnya,… Tuhan juga tetap menjanjikan kepada hamba-hambanya yang berislah dan beriltizam, bahawa,… kejayaan pasti menjelma jua.

207. Sebab itu,… Tuan yang Dipertua,… sudah menjadi adat orang berjuang, pasti akan menempuh rintangan dan dugaan. Namun,… biar pun berjuta gugatan menghalang, biar menggunung ombak mendatang, kita,…kita tidak akan sesekali berputus harapan.

208. Kini,…Tuan Yang Dipertua, saya,… bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,… berserta anggota pentadbiran dan pimpinan-pimpinan Barisan Nasional,… sehati sejiwa,… akan tetap tabah dan bertawakal meneruskan perjuangan yang mulia ini.

209. Nescaya, dengan dipersaksikan masa dan dineraca oleh waktu,… yang benar tetap benar,… sejarahnya kelak menjadi bukti.

210. Akhir kalam,… bak kata para hukama’,… yang indah-indah itu dari Ilahi dan yang kurang itu sifat insani. Marilah kita berdoa kepada Maha Pencipta, agar tiap sesuatu akan kembali pulih seperti sediakala. Semoga Bajet ini dilimpah-limpah RahmatNya dan membawa sentosa kepada semua.

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan.

Wabi l lah i Tauf ik Wal Hidayah Wassalamuala ikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 69: Bajet 2016.pdf

58

BAJET 2015

Page 70: Bajet 2016.pdf

LAMPIRAN

Page 71: Bajet 2016.pdf
Page 72: Bajet 2016.pdf

61

SENARAI LAMPIRAN

LANGKAH CUKAI MUKA SURAT

LAMPIRAN 1 : Kajian Semula Kadar Cukai Pendapatan Individu

63

LAMPIRAN 2 : Kajian Semula Pelepasan Cukai Bagi Pembayar Cukai Yang Pasangan Tiada Pendapatan Dan Membayar Alimoni Kepada Bekas Isteri

65

LAMPIRAN 3 : Pelepasan Cukai Untuk Penjagaan Ibu Bapa 66

LAMPIRAN 4 : Kajian Semula Pelepasan Cukai Bagi Anak Berumur Di Bawah 18 Tahun

67

LAMPIRAN 5 : Kajian Semula Pelepasan Cukai Untuk Anak Yang Sedang Menuntut Di Peringkat Pengajian Tinggi

68

LAMPIRAN 6 : Kajian Semula Pelepasan Cukai Ke Atas Yuran Pengajian Di Peringkat Tertiari

69

LAMPIRAN 7 : Pelepasan Cukai Bagi Caruman Pekerja Kepada Skim Perlindungan Keselamatan Sosial

70

LAMPIRAN 8 : Galakan Cukai Ke Atas Penerbitan Sukuk Pelaburan Mampan Dan Bertanggungjawab (Sustainable And Responsible Investments) (Sukuk SRI)

71

LAMPIRAN 9 : Galakan Cukai Bagi Penerbitan Bon Runcit Dan Sukuk Runcit

72

LAMPIRAN 10 : Lanjutan Pengecualian Cukai Ke Atas Pendapatan Perkhidmatan Pengurusan Dana Patuh Syariah

73

LAMPIRAN 11 : Lanjutan Tempoh Galakan Cukai Bagi Amanah Pelaburan Hartanah (REITs)

74

LAMPIRAN 12 : Lanjutan Pengecualian Duti Setem Bagi Pemulihan Projek Rumah Terbengkalai

75

LAMPIRAN 13 : Lanjutan Pengecualian Duti Setem Ke Atas Surat Cara Pembiayaan Secara Syariah

76

Page 73: Bajet 2016.pdf

62

LANGKAH CUKAI MUKA SURAT

LAMPIRAN 14 : Pelarasan Barang Makanan Yang Dikenakan GST Pada Kadar Sifar

77

LAMPIRAN 15 : Skop Ubat-Ubatan Yang Dikenakan GST Pada Kadar Sifar

79

LAMPIRAN 16 : Layanan GST Ke Atas Perkhidmatan Pengangkutan Penumpang Udara Domestik Di Sabah Dan Sarawak

80

LAMPIRAN 17 : Kajian Semula Entiti Yang Layak Memohon Untuk Kelulusan Di Bawah Skim Pedagang Diluluskan

81

LAMPIRAN 18 : Pelepasan Daripada Membayar GST Ke Atas Perolehan Barang Oleh Pusat Latihan Kemahiran Dan Vokasional

83

LAMPIRAN 19 : Pelepasan Daripada Membayar GST Ke Atas Pengimportan Semula Barang Yang Telah Dieksport Sementara Bagi Tujuan Promosi, Penyelidikan Atau Pameran

84

LAMPIRAN 20 : Pelepasan Dari Membayar GST Ke Atas Pengimportan Semula Barang Yang Telah Dieksport Sementara Bagi Tujuan Sewaan Dan Pajakan

85

LAMPIRAN 21 : Galakan Cukai Bagi Penubuhan Independent Conformity Assessment Bodies (ICAB)

86

LAMPIRAN 22 : Kajian Semula Galakan Cukai Bagi Projek Pengeluaran Bahan Makanan

88

LAMPIRAN 23 : Lanjutan Galakan Cukai Bagi Syarikat Pengendali Pelancongan

90

LAMPIRAN 24 : Potongan Dua Kali Secara Automatik Bagi Projek R&D

91

LAMPIRAN 25 : Galakan Elaun Peningkatan Eksport Kepada Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)

92

LAMPIRAN 26 : Galakan Elaun Pelaburan Semula Khas 93

Page 74: Bajet 2016.pdf

63

LAMPIRAN 1

KAJIAN SEMULA KADAR CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU Kedudukan Semasa Struktur cukai pendapatan bagi individu pemastautin menggunapakai kadar cukai progresif antara 0% dan 25% ke atas pendapatan bercukai. Kadar cukai pendapatan yang berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2015 adalah seperti berikut:

Pendapatan Bercukai (RM)

Kadar Cukai Semasa (%)

1 – 5,000 0

5,001 – 20,000 1

20,001 – 35,000 5

35,001 – 50,000 10

50,001 – 70,000 16

70,001 – 100,000 21

100,001 – 250,000 24

250,001 – 400,000 24.5

Melebihi 400,000 25

Individu bukan pemastautin dikenakan cukai pendapatan pada kadar tetap 25%. Cadangan Bagi memastikan struktur cukai individu yang lebih progresif, adalah dicadangkan kadar cukai pendapatan bagi individu pemastautin yang mempunyai pendapatan bercukai melebihi daripada RM600,001 hingga RM1,000,000 dinaikkan sebanyak 1 mata peratusan dan pendapatan bercukai melebihi RM1,000,000 dinaikkan sebanyak 3 mata peratusan seperti berikut:

Page 75: Bajet 2016.pdf

64

Pendapatan Bercukai (RM)

Kadar cukai semasa

(%)

Kadar cukai dicadangkan

(%)

1 – 5,000 0 0

5,001 – 20,000 1 1

20,001 – 35,000 5 5

35,001 – 50,000 10 10

50,001 – 70,000 16 16

70,001 – 100,000 21 21

100,001 – 250,000 24 24

250,001 – 400,000 24.5 24.5

400,001 – 600,000 25 25

600,001 – 1,000,000 25 26

Melebihi 1,000,000 25 28 Kadar tetap cukai pendapatan bagi individu bukan pemastautin dinaikkan 3 mata

peratusan daripada 25% kepada 28%. Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016.

Page 76: Bajet 2016.pdf

65

LAMPIRAN 2

KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAI BAGI PEMBAYAR CUKAI YANG PASANGAN TIADA PENDAPATAN DAN MEMBAYAR

ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI

Kedudukan Semasa

Pembayar cukai individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan dan/atau pembayar cukai individu membayar alimoni kepada bekas isteri layak menuntut pelepasan sehingga RM3,000.

Cadangan

Bagi membantu pembayar cukai individu yang pasangannya tidak mempunyai

pendapatan dan/atau membayar alimoni kepada bekas isteri, adalah dicadangkan pelepasan berkenaan dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2016.

Page 77: Bajet 2016.pdf

66

LAMPIRAN 3

PELEPASAN CUKAI UNTUK PENJAGAAN IBU BAPA

Kedudukan Semasa

Pembayar cukai individu dibenarkan menuntut pelepasan sehingga RM5,000 setahun bagi tujuan perubatan dan penjagaan ibu bapa. Perbelanjaan perubatan dan penjagaan tersebut perlu dibuktikan dengan resit dan mendapat pengesahan keperluan penjagaan daripada pegawai perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council.

Cadangan

Bagi membantu pembayar cukai menampung kos penjagaan ibu bapa, adalah dicadangkan pelepasan baharu untuk ibu bapa sebanyak RM1,500 bagi ibu dan RM1,500 bagi bapa. Amaun pelepasan ini boleh dikongsi sesama adik-beradik untuk menuntut pelepasan ke atas ibu dan bapa mereka dengan syarat jumlah tuntutan pelepasan tidak melebihi RM1,500 bagi ibu dan RM1,500 bagi bapa.

Di samping itu, pembayar cukai individu dibenarkan menuntut pelepasan terhad kepada ibu bapa yang layak dengan syarat:

i. pembayar cukai berkenaan tidak menuntut pelepasan perubatan dan penjagaan ibu bapa;

ii. ibu bapa hendaklah ibu kandung, bapa kandung, ibu angkat dan bapa angkat yang sah di bawah undang-undang tertakluk kepada maksima 2 orang ibu bapa;

iii. ibu bapa berumur 60 tahun dan ke atas; iv. ibu bapa menetap di Malaysia dalam tahun taksiran semasa; dan v. ibu bapa mempunyai pendapatan tahunan tidak melebihi RM24,000

setahun bagi setiap ibu dan bapa.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2020.

Page 78: Bajet 2016.pdf

67

LAMPIRAN 4

KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAI BAGI ANAK BERUMUR DI BAWAH 18 TAHUN

Kedudukan Semasa

Pembayar cukai individu diberi pelepasan RM1,000 ke atas setiap orang anak berumur di bawah 18 tahun.

Cadangan

Bagi membantu pembayar cukai menampung kos saraan anak, adalah

dicadangkan pelepasan bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000. Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2016.

Page 79: Bajet 2016.pdf

68

LAMPIRAN 5

KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAI UNTUK ANAK YANG SEDANG MENUNTUT DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI

Kedudukan Semasa

Pembayar cukai individu layak menuntut pelepasan RM6,000 untuk setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas yang sedang menuntut sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di peringkat diploma dan ke atas di Malaysia atau di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di luar Malaysia di peringkat ijazah pertama dan ke atas.

Cadangan

Bagi membantu pembayar cukai mengurangkan kos perbelanjaan pengajian tinggi anak-anak, adalah dicadangkan pelepasan tersebut dinaikkan dari RM6,000 ke RM8,000 untuk setiap orang anak.

Bagi anak kurang upaya, pelepasan ini merupakan tambahan kepada pelepasan

anak kurang upaya sebanyak RM6,000 bagi setiap anak. Oleh itu, pembayar cukai layak menuntut pelepasan sebanyak RM14,000 bagi setiap anak kurang upaya yang berumur 18 tahun ke atas dan sedang menuntut sepenuh masa di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di Malaysia atau di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf di luar Malaysia.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2016.

Page 80: Bajet 2016.pdf

69

LAMPIRAN 6

KAJIAN SEMULA PELEPASAN CUKAI KE ATAS YURAN

PENGAJIAN DI PERINGKAT TERTIARI Kedudukan Semasa

Pembayar cukai individu yang melanjutkan pengajian di peringkat tertiari dalam bidang pengajian terpilih, atau di peringkat sarjana atau kedoktoran dalam mana-mana bidang yang ditawarkan oleh institusi atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf Kerajaan Malaysia atau yang diluluskan oleh Menteri Kewangan boleh menuntut pelepasan ke atas yuran pengajian. Pelepasan tersebut adalah terhad sehingga RM5,000 setahun dan bidang pengajian yang layak adalah seperti berikut:

Peringkat Pengajian Bidang Pengajian

Sijil/Diploma/ Sarjana Muda

Undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, kemahiran atau kelayakan vokasional, teknikal, industri, saintifik dan teknologi

Sarjana/Kedoktoran Semua bidang Cadangan

Bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan mendokong aspirasi negara untuk meningkatkan pengetahuan dan pembangunan bakat bertaraf global, adalah dicadangkan had pelepasan yuran pengajian dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000 setahun. Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2016.

Page 81: Bajet 2016.pdf

70

LAMPIRAN 7

PELEPASAN CUKAI BAGI CARUMAN PEKERJA KEPADA SKIM PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL

Kedudukan Semasa

Caruman pekerja swasta kepada skim perlindungan keselamatan sosial yang dikawal selia oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 terdiri daripada dua komponen, iaitu:

i. Caruman berkanun bagi pekerja warganegara Malaysia yang dibayar gaji

bulanan kasar sehingga RM3,000 pada kadar 0.5% daripada gaji bulanan kasar yang ditawarkan di bawah perjanjian penggajian. Jumlah caruman dihadkan kepada asas gaji bulanan kasar maksimum RM3,000 walaupun gaji pekerja tersebut meningkat di masa depan; dan

ii. Caruman sukarela bagi pekerja warganegara Malaysia yang dibayar gaji

bulanan kasar melebihi RM3,000 pada kadar 0.5% daripada gaji bulanan kasar yang ditawarkan di bawah perjanjian penggajian. Jumlah caruman juga dihadkan kepada asas gaji bulanan kasar maksimum RM3,000 sahaja.

Caruman majikan kepada skim perlindungan keselamatan sosial adalah pada kadar 1.75% daripada gaji bulanan kasar pekerja Malaysia tertakluk kepada had gaji maksimum RM3,000. Caruman ini layak dituntut potongan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan.

Pada masa ini, pekerja tidak layak menuntut pelepasan ke atas caruman kepada

skim perlindungan keselamatan sosial. Cadangan

Bagi menggalakkan lebih ramai pekerja mencarum secara sukarela kepada skim

perlindungan keselamatan sosial, adalah dicadangkan pekerja layak menuntut pelepasan maksimum RM250 setahun bagi caruman kepada PERKESO berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2016.

Page 82: Bajet 2016.pdf

71

LAMPIRAN 8

GALAKAN CUKAI KE ATAS PENERBITAN SUKUK PELABURAN MAMPAN DAN BERTANGGUNGJAWAB

(SUSTAINABLE AND RESPONSIBLE INVESTMENTS) (SUKUK SRI)

Kedudukan Semasa

Potongan cukai diberi ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk di bawah prinsip Mudharabah, Musyarakah, Ijarah, Istisna’, Murabahah, Wakalah dan Bai’ Bithaman Ajil yang berasaskan tawarruq yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Galakan ini diberi mulai tahun taksiran 2003 hingga tahun taksiran 2015.

Potongan cukai bagi sukuk di bawah prinsip Ijarah dan Wakalah di atas telah

dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.

Layanan cukai yang sama turut terpakai ke atas penerbitan sukuk yang mematuhi ciri-ciri Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (Sustainable and Responsible Investment – SRI). Sukuk SRI adalah merujuk kepada pembiayaan projek yang mempunyai objektif berikut:

i. memelihara dan melindungi alam sekitar dan sumber asli; ii. menjimatkan penggunaan tenaga; iii. menggalakkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui; iv. mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau; atau v. memperbaiki kualiti hidup masyarakat.

Cadangan

Bagi menggalakkan penerbitan Sukuk SRI dan menempatkan Malaysia sebagai hab penerbitan serantau Sukuk SRI, adalah dicadangkan bahawa potongan cukai diberikan selama lima tahun ke atas kos penerbitan Sukuk SRI yang diluluskan atau dibenarkan atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2020.

Page 83: Bajet 2016.pdf

72

LAMPIRAN 9

GALAKAN CUKAI BAGI PENERBITAN BON RUNCIT DAN SUKUK RUNCIT

Kedudukan Semasa

Penerbitan bon runcit dan sukuk runcit melibatkan kos tambahan berbanding penerbitan bon bukan runcit dan sukuk bukan runcit. Kos tambahan ini meliputi:

i. fi profesional berhubung dengan usaha wajar, mendraf dan penyediaan

prospektus; ii. kos percetakan prospektus; iii. kos pengiklanan prospektus; iv. fi pendaftaran prospektus Suruhanjaya Sekuriti; v. fi pemprosesan dan fi awal penyenaraian Bursa Malaysia; vi. fi pengkreditan terbitan baru Bursa Malaysia; dan vii. fi pengagihan utama.

Kos tambahan di atas diberikan layanan cukai seperti berikut:

i. potongan dua kali bagi kos tambahan penerbitan bon runcit; dan ii. potongan tambahan bagi kos tambahan penerbitan sukuk runcit.

Layanan di atas berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2015.

Cadangan

Bagi terus menggalakkan penglibatan lebih ramai pelabur terutamanya pelabur individu dalam pasaran modal, adalah dicadangkan supaya potongan dua kali atau potongan tambahan bagi bon runcit dan sukuk runcit dilanjutkan bagi tempoh tiga tahun lagi seperti berikut:

i. potongan dua kali bagi kos tambahan penerbitan bon runcit; ii. potongan dua kali bagi kos tambahan penerbitan sukuk runcit yang

menggunakan prinsip Mudharabah, Musyarakah, Istisna’, Murabahah dan Bai’ Bithaman Ajil berasaskan tawarruq; dan

iii. potongan tambahan bagi kos tambahan penerbitan sukuk runcit yang menggunakan prinsip Ijarah dan Wakalah.

Tarikh Kuat Kuasa Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.

Page 84: Bajet 2016.pdf

73

LAMPIRAN 10

LANJUTAN PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DANA PATUH SYARIAH

Kedudukan Semasa

Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan dana patuh Syariah dan diperakukan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, diberi pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan-pendapatan berikut:

i. pendapatan berkanun daripada perniagaan perkhidmatan pengurusan

dana kepada pelabur asing di Malaysia. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2007 sehingga tahun taksiran 2016;

ii. pendapatan berkanun daripada perniagaan perkhidmatan pengurusan

dana kepada pelabur tempatan di Malaysia. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2008 sehingga tahun taksiran 2016; dan

iii. pendapatan berkanun daripada perniagaan perkhidmatan pengurusan

dana kepada amanah perniagaan atau amanah pelaburan harta tanah di Malaysia. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014 sehingga tahun taksiran 2016.

Cadangan

Bagi terus menggalakkan aktiviti pengurusan dana yang patuh Syariah, adalah

dicadangkan pengecualian cukai pendapatan di atas dilanjutkan bagi tempoh 4 tahun lagi.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2020.

Page 85: Bajet 2016.pdf

74

LAMPIRAN 11

LANJUTAN TEMPOH GALAKAN CUKAI BAGI AMANAH PELABURAN HARTANAH (REITs)

Kedudukan Semasa

Pelabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) telah diberi galakan cukai seperti berikut:

i. pelabur institusi asing khususnya dana pencen dan dana pelaburan berkumpulan yang menerima agihan keuntungan daripada REITs yang tersenarai di Bursa Malaysia dikenakan cukai pegangan muktamad pada kadar 10% mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016; dan

ii. pelabur bukan syarikat termasuk individu pemastautin dan bukan

pemastautin serta entiti tempatan selainnya yang menerima agihan keuntungan daripada REITs yang tersenarai di Bursa Malaysia dikenakan cukai pegangan muktamad pada kadar 10% mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016.

Cadangan Bagi terus menggalakkan pembangunan REITs dan merancakkan pasaran

modal serta pelaburan dalam bidang hartanah, adalah dicadangkan galakan cukai di atas dilanjutkan bagi tempoh 3 tahun lagi.

Tarikh Kuat Kuasa Mulai 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2019.

Page 86: Bajet 2016.pdf

75

LAMPIRAN 12

LANJUTAN PENGECUALIAN DUTI SETEM BAGI PEMULIHAN PROJEK RUMAH TERBENGKALAI

Kedudukan Semasa

Pengecualian duti setem disediakan dalam usaha memulihkan projek perumahan terbengkalai seperti berikut:

A. Kontraktor Penyelamat:

i. ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi tujuan pembiayaan penyiapan projek perumahan terbengkalai; dan

ii. ke atas surat cara pindah milik bagi tujuan pindah milik tanah atau

projek perumahan terbengkalai.

Pengecualian diberikan ke atas surat cara di atas yang disempurnakan bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015.

B. Pembeli Asal Rumah Terbengkalai:

i. ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi tujuan pembiayaan

tambahan; dan ii. ke atas surat cara pindah milik rumah.

Pengecualian diberikan ke atas surat cara di atas yang disempurnakan bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2015.

Projek perumahan terbengkalai yang layak mendapat pengecualian di atas hendaklah disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Cadangan

Bagi terus menggalakkan kontraktor penyelamat untuk memulihkan projek

perumahan terbengkalai dan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pembeli rumah yang terjejas, adalah dicadangkan supaya pengecualian duti setem kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai ini dilanjutkan selama 2 tahun lagi. Tarikh Kuat Kuasa

Surat cara perjanjian pinjaman dan pindah milik yang disempurnakan bermula 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2017 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Page 87: Bajet 2016.pdf

76

LAMPIRAN 13

LANJUTAN PENGECUALIAN DUTI SETEM KE ATAS SURAT CARA PEMBIAYAAN SECARA SYARIAH

Kedudukan Semasa

Surat cara pembiayaan secara Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti diberi layanan duti setem seperti berikut:

i. pengecualian duti setem ke atas surat cara tambahan yang

disempurnakan bagi mematuhi prinsip Syariah untuk memastikan tax neutrality di antara pembiayaan secara konvensional dengan Syariah. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai 11 September 2004; dan

ii. pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan

prinsipal atau utama yang mematuhi prinsip Syariah bagi menggalakkan pembangunan sektor kewangan Islam. Pengecualian ini diberi berkuat kuasa mulai 2 September 2006 hingga 31 Disember 2015.

Cadangan

Bagi terus menggalakkan pembiayaan secara Syariah dan membantu mengurangkan kos pemilikan rumah, adalah dicadangkan pengecualian duti setem sebanyak 20% dilanjutkan selama 2 tahun. Pengecualian ini diberikan secara berfokus ke atas surat cara pembiayaan prinsipal atau utama yang mematuhi prinsip Syariah bagi produk pembiayaan perumahan sahaja yang diluluskan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Tarikh Kuat Kuasa Bagi surat cara pembiayaan perumahan yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2016 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2017.

Page 88: Bajet 2016.pdf

77

LAMPIRAN 14

PELARASAN BARANG MAKANAN YANG DIKENAKAN GST PADA KADAR SIFAR

Kedudukan Semasa

Barangan makanan di bawah telah dikenakan GST pada kadar sifar (GST 0%):

i. Lentils (Dhal) di bawah kod tariff 0713.40 000 ii. Sayur-sayuran Semua jenis keluaran sayur-sayuran di bawah kod tarif 07.01 sehingga

07.14 iii. Rempah-ratus Asam jawa, lada putih, lada hitam, bunga cengkih, buah pelaga, bunga

lawang, serbuk kunyit, kulit kayu manis, jintan putih, jintan manis, halba dan buah pala

iv. Gula Semua jenis gula putih yang berasaskan tebu termasuk gula icing, coarse,

castor, fine dan rock; dan dalam pelbagai bentuk bungkusan v. Produk mi Semua jenis bihun (kering), mi kuning (basah), laksa (basah) dan kuetiau

(basah) vi. Susu bayi Susu bayi dan kanak-kanak dari umur 0 hingga 36 bulan meliputi semua

jenis perisa di bawah kod tarif 19.01

Cadangan

Bagi memberikan layanan yang sama untuk produk makanan di dalam kategori yang sama, adalah dicadangkan senarai barangan makanan seperti di bawah dikenakan GST pada kadar sifar:

i. Susu bayi dan kanak-kanak bagi yang berumur 0 hingga 36 bulan

diperluaskan untuk meliputi:

Page 89: Bajet 2016.pdf

78

a. Susu berasaskan organik bagi bayi dan kanak-kanak di bawah kod tarif 04.02 10 000; dan

b. Susu berasaskan kacang soya bagi bayi dan kanak-kanak di bawah kod tarif 2106.90 910,

dan mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 [Akta 281];

ii. Kacang dhal diperluaskan meliputi kekacang daripada kacang kuda [Chickpeas (Garbanzos)] di bawah kod tarif 0713.20 000, kekacang berasaskan kacang hijau dan kacang putih [(Beans of the species Vigna mungo (L.) Hepper or Vigna radiate (L.) Wilczek] di bawah kod tariff 0713.31 000, lentils di bawah kod 0713.40 000 dan kekacang [Pigeon peas (Cajanus cajan)] di bawah kod tarif 0713.60 000;

iii. Sayur-sayuran diperluaskan untuk meliputi akar teratai (lotus root) dan sengkuang air (water chestnut) di bawah kod tariff 0714.90 900;

iv. Rempah-ratus diperluaskan untuk meliputi biji sawi di bawah kod tarif 1207.50 000;

v. Gula diperluaskan untuk meliputi gula merah di bawah kod tarif 1701.13 000 dan 1701.14 000; dan

vi. Produk mi diperluaskan untuk meliputi mi kolok (kering) di bawah kod tarif 1902.19 400.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai 1 Januari 2016.

Page 90: Bajet 2016.pdf

79

LAMPIRAN 15

SKOP UBAT-UBATAN YANG DIKENAKAN GST PADA KADAR SIFAR

Kedudukan Semasa

Sebanyak 4,215 jenama ubat-ubatan dan gas perubatan dalam Senarai Ubat

Penting Kebangsaan (National Essentials Medicines List - NEML) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan diluluskan oleh Menteri Kewangan serta dalam sukatan dos atau dalam bentuk bungkusan untuk jualan runcit dikenakan GST pada kadar sifar. Ini meliputi 321 entiti kimia bagi rawatan lebih 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser, hepatitis dan rawatan kesuburan.

Cadangan

Bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan ubat-ubatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan, adalah dicadangkan senarai ubat-ubatan yang dikenakan kadar sifar diperluaskan seperti berikut:

i. Semua jenis Ubat Terkawal di dalam Racun Kumpulan A, B, C dan D di

bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] yang didaftarkan oleh Pusat Berkuasa Kawalan Dadah melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dengan Nombor Pendaftaran di bawah Suffix A meliputi 7,397 jenama ubat iaitu tambahan sebanyak 4,320 jenama ubat berbanding dengan 3,077 jenama ubat yang diliputi di bawah NEML;

ii. Ubat Over the Counter yang didaftarkan oleh Pusat Berkuasa Kawalan

Dadah, melalui BPFK dengan Nombor Pendaftaran di bawah Suffix X & N di bawah NEML diperluaskan daripada 1,013 jenama ubat kepada 1,105 jenama ubat; dan

iii. Ubat-ubatan di bawah NEML yang diklasifikasikan sebagai peranti

perubatan diperluaskan daripada 125 jenama kepada 128 jenama.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai 1 Januari 2016.

Page 91: Bajet 2016.pdf

80

LAMPIRAN 16

LAYANAN GST KE ATAS PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN PENUMPANG UDARA DOMESTIK DI SABAH DAN SARAWAK

Kedudukan Semasa

Perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik adalah tertakluk kepada kenaan GST pada kadar 6%. Ini termasuk bagi perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik di bawah Rural Air Services di Sabah dan Sarawak termasuk Labuan. Cadangan Memandangkan pengangkutan penumpang udara merupakan antara mod pengangkutan utama bagi penduduk di Sabah dan Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman, adalah dicadangkan perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik di dalam dan di antara Sabah dan Sarawak serta Labuan bagi penumpang kelas ekonomi di bawah Rural Air Services ditetapkan sebagai pembekalan dikecualikan. Sehubungan itu, penumpang kelas ekonomi tidak perlu membayar GST ke atas tambang penerbangan. Tarikh Kuat Kuasa

Mulai 1 Januari 2016.

Page 92: Bajet 2016.pdf

81

LAMPIRAN 17

KAJIAN SEMULA ENTITI YANG LAYAK MEMOHON UNTUK KELULUSAN DI BAWAH SKIM PEDAGANG DILULUSKAN

Kedudukan Semasa

Skim Pedagang Diluluskan [Approved Trader Scheme (ATS)] di bawah Seksyen 71, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762] membenarkan penggantungan pembayaran GST ke atas barang yang diimport oleh mana-mana entiti yang telah berdaftar GST dan memenuhi kelayakan tertentu. Entiti tersebut hendaklah telah berdaftar di bawah Seksyen 20 dan memenuhi salah satu kriteria berikut:

i. Dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967; ii. Beroperasi dalam suatu zon perindustrian bebas di bawah perenggan

10(1)(b) Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; iii. Telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan

Malaysia sebagai pusat perolehan antarabangsa atau sebagai pusat pengedaran serantau;

iv. Mempunyai perolehan jualan tahunan melebihi RM25 juta dan membuat

sekurang-kurangnya 80% pembekalan berkadar sifar; v. Merupakan pengilang tol selain daripada penerima barang di bawah Skim

Pengilang Tol Diluluskan menurut Seksyen 72 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014;

vi. Tukang emas yang diluluskan di bawah Skim Tukang Emas Diluluskan

menurut Seksyen 73 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014; atau vii. Orang atau suatu golongan orang sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri. Cadangan

Bagi memastikan aktiviti maintenance, repair and overhaul (MRO) terus berdaya saing dan menyumbang kepada perkembangan pesat industri aeroangkasa, adalah dicadangkan syarikat yang menjalankan aktiviti MRO aeroangkasa layak memohon kelulusan untuk menyertai ATS.

Page 93: Bajet 2016.pdf

82

Kelulusan ATS dipertimbangkan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti MRO bagi sektor aeroangkasa sahaja dan memenuhi syarat berikut :

i. Mempunyai sijil Approval of Organisation of Aircraft and Components yangmasih berkuatkuasa dan dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam di bawah Seksyen 2B, Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3] ; dan/atau

ii. Mempunyai kelulusan yang masih berkuatkuasa daripada:

a. Design Authority of Original Equipment Manufacturer; dan/atau

b. Design Organisation Approval.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai 1 Januari 2016.

Page 94: Bajet 2016.pdf

83

LAMPIRAN 18

PELEPASAN DARIPADA MEMBAYAR GST KE ATAS PEROLEHAN BARANG OLEH PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN DAN VOKASIONAL

Kedudukan Semasa

Institusi pendidikan swasta untuk taman asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah serta institusi pendidikan tinggi swasta telah diberi pelepasan daripada membayar GST ke atas perolehan bahan mengajar dan peralatan seperti berikut:

i. Peralatan multimedia yang digunakan secara langsung sebagai alat bantuan mengajar;

ii. Peralatan untuk makmal sains dan bahasa;

iii. Perkakas dan peralatan bagi pendidikan teknikal dan vokasional; dan

iv. Bahan kimia, larutan dan gas untuk kegunaan makmal sains.

Cadangan

Bagi menyelaraskan pelepasan GST yang diberikan kepada taman asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta serta institusi pendidikan tinggi swasta, adalah dicadangkan perolehan bahan mengajar dan peralatan oleh penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program yang diluluskan dan ditauliahkan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]diberikan pelepasan daripada membayar GST.

Senarai bahan mengajar dan peralatan adalah seperti yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai 1 Januari 2016.

Page 95: Bajet 2016.pdf

84

LAMPIRAN 19

PELEPASAN DARIPADA MEMBAYAR GST KE ATAS PENGIMPORTAN SEMULA BARANG YANG TELAH DIEKSPORT SEMENTARA BAGI TUJUAN PROMOSI,

PENYELIDIKAN ATAU PAMERAN

Kedudukan Semasa

Barang yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran adalah tertakluk kepada kenaan GST pada kadar standard apabila ianya diimport semula ke Malaysia.

Cadangan

Bagi memastikan perniagaan tempatan yang telah mengeksport barang secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran tidak perlu membayar GST berulang kali semasa pengimportan semula, adalah dicadangkan pelepasan dari membayar GST diberi setiap kali pengimportan semula barang yang dieksportsementara.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai 1 Januari 2016.

Page 96: Bajet 2016.pdf

85

LAMPIRAN 20

PELEPASAN DARI MEMBAYAR GST KE ATAS PENGIMPORTAN SEMULA BARANG YANG TELAH DIEKSPORT SEMENTARA BAGI TUJUAN

SEWAAN DAN PAJAKAN Kedudukan Semasa

Barang yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan sewaan dan pajakan adalah tertakluk kepada kenaan GST pada kadar standard apabila ianya diimport semula ke Malaysia. Cadangan

Bagi menggalakkan pembangunan aktiviti perkhidmatan sokongan dalam pelbagai sektor, adalah dicadangkan supaya pelepasan dari membayar GST diberikan kepada pengimportan semula peralatan layak yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan sewaan dan pajakan di luar negara. Antara peralatan yang layak adalah yang digunakan bagi industri huluan minyak dan gas.

Senarai peralatan dan syarat-syarat kelulusan ditetapkan oleh Menteri

Kewangan. Tarikh Kuat Kuasa

Mulai 1 Januari 2016.

Page 97: Bajet 2016.pdf

86

LAMPIRAN 21

GALAKAN CUKAI BAGI PENUBUHAN INDEPENDENT CONFORMITY ASSESSMENT BODIES (ICAB)

Kedudukan Semasa

ICAB adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengesahan pematuhan bebas kepada pelanggannya untuk menguji produk, bahan, sistem atau perkhidmatan bagi pematuhan kepada spesifikasi antarabangsa atau standard keselamatan dan pematuhan lain.

Galakan cukai pernah diberikan terhad kepada makmal pengujian yang menumpukan kepada pengujian peralatan perubatan tetapi telah tamat pada 31Disember 2012. Pada masa ini, tiada galakan cukai diberi kepada syarikat yang menjalankan aktiviti penilaian pematuhan bebas.

Cadangan

Bagi terus menggalakkan pembangunan perkhidmatan pengesahan pematuhan bebas di Malaysia, adalah dicadangkan galakan cukai diberi seperti berikut:

A. Bagi ICAB baru:

Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% ke atas pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti yang layak bagi tempoh 5 tahun;

atau

Pengecualian cukai pendapatan bersamaan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak bagi tempoh 5 tahun. Elaun ini boleh ditolak sehingga 100% daripada pendapatan berkanun.

B. Bagi ICAB sedia ada:

Pengecualian cukai pendapatan bersamaan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal yang layak untuk tempoh 5 tahun bagi aktiviti tambahan yang layak. Elaun ini boleh ditolak sehingga 100% daripada pendapatan berkanun.

Page 98: Bajet 2016.pdf

87

Galakan di atas diberi kepada sektor berikut:

i. Jentera dan Kelengkapan; ii. Elektrikal dan Elektronik; iii. Kimia; iv. Aeroangkasa; v. Peralatan Perubatan; dan vi. Makanan segar dan yang telah diproses.

Aktiviti yang layak adalah seperti berikut:

i. Makmal Pengujian; ii. Makmal Penentukuran (Calibration); iii. Pensijilan; iv. Pemeriksaan; atau v. Good Laboratory Practice.

Untuk melayakkan insentif di atas, ICAB perlu mendapatkan akreditasi daripada badan berikut:

i. Jabatan Standard Malaysia; ii. Badan akreditasi yang diiktiraf oleh International Laboratory Accreditation

Cooperation (ILAC) di bawah Mutual Recognition Arrangement;iii. International Accreditation Forum (IAF) di bawah Multi-Lateral Agreement;

atau iv. OECD Good Laboratory Practice Mutual Acceptance Data.

Tarikh Kuat Kuasa

Bagi permohonan yang diterima oleh MIDA mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2018.

Page 99: Bajet 2016.pdf

88

LAMPIRAN 22

KAJIAN SEMULA GALAKAN CUKAI BAGIPROJEK PENGELUARAN BAHAN MAKANAN

Kedudukan Semasa

Syarikat yang terlibat dalam projek pengeluaran bahan makanan diberi galakan cukai berikut:

i. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan yang dibuat dalam syarikat subsidiari tersebut dalam tahun asas pelaburan dibuat; dan

ii. Syarikat yang menjalankan:

a. projek baharu pengeluaran bahan makanan diberi pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas pendapatan statutori selama 10 tahun taksiran; atau

b. projek pembesaran pengeluaran bahan makanan sedia ada diberi pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas pendapatan statutori selama 5 tahun taksiran.

Tempoh pengecualian bagi (a) dan (b) bermula daripada tahun taksiran pertama syarikat memperoleh pendapatan statutori.

Projek pengeluaran bahan makanan yang layak adalah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan iaitu penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, kenaf, herba, rempah; penternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri; akuakultur dan perikanan laut dalam.

Galakan di atas adalah bagi permohonan yang diterima oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sehingga 31 Disember 2015.

Cadangan

Bagi memastikan sektor agro-makanan dan industri asas tani terus berkembang dan berdaya saing, adalah dicadangkan permohonan galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan dilanjutkan selama 5 tahun lagi.

Page 100: Bajet 2016.pdf

89

Projek pengeluaran bahan makanan yang layak diperluaskan juga kepada penanaman kelapa, cendawan dan tanaman kontan; penternakan rusa; akuakultur (rumpai laut); apikultur (lebah madu dan kelulut) serta tanaman makanan ternakan yang dikenalpasti oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan diluluskan oleh Menteri Kewangan. Tarikh Kuat Kuasa

Permohonan yang diterima oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2020.

Page 101: Bajet 2016.pdf

90

LAMPIRAN 23

LANJUTAN GALAKAN CUKAI BAGI SYARIKAT PENGENDALI PELANCONGAN

Kedudukan Semasa

Galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan adalah seperti berikut:

i. Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun yang diperoleh

daripada perniagaan pengendalian pakej pelancongan dalam Malaysia yang disertai oleh tidak kurang daripada 1,500 pelancong tempatan setiap tahun; dan

ii. Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun yang diperoleh

daripada perniagaan pengendalian pakej pelancongan ke Malaysia yang disertai oleh tidak kurang daripada 750 pelancong asing setiap tahun.

Galakan ini telah dilanjutkan mulai tahun taksiran 2013 sehingga tahun taksiran 2015.

Cadangan

Bagi menggalakkan syarikat pengendali pelancongan untuk mempromosikan

Malaysia sebagai destinasi pilihan utama dan merancakkan pelancongan domestik adalah dicadangkan supaya galakan cukai di atas dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun taksiran lagi.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.

Page 102: Bajet 2016.pdf

91

LAMPIRAN 24

POTONGAN DUA KALI SECARA AUTOMATIK BAGI PROJEK R&D

Kedudukan Semasa

Syarikat yang melaksanakan projek R&D layak menuntut galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan projek R&D di bawah Seksyen 34A Akta Cukai Pendapatan 1967. Syarikat perlu mendapatkan kelulusan projek R&D terlebih dahulu daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya layak menuntut potongan dua kali. Cadangan

Bagi menggalakkan aktiviti R&D dalam kalangan syarikat dengan modal

berbayar tidak melebihi RM2.5 juta, adalah dicadangkan supaya syarikat dibenarkan menuntut secara automatik potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan projek R&D berjumlah sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran. Walau bagaimanapun, syarikat perlu mengemukakan permohonan projek R&D kepada LHDN. Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.

Page 103: Bajet 2016.pdf

92

i

LAMPIRAN 25

GALAKAN ELAUN PENINGKATAN EKSPORT KEPADA PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS)

Kedudukan Semasa

Galakan cukai disediakan kepada syarikat perkilangan dan pertanian untuk meningkatkan eksport. Galakan disediakan seperti berikut:

i. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 10% daripada nilai peningkatan eksport untuk pengilang tertakluk kepada syarat produk yang dieksport hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 30% nilai tambah;

ii. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 15% daripada nilai peningkatan eksport untuk pengilang tertakluk kepada syarat produk yang dieksport hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 50% nilai tambah; dan

iii. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 10% daripada nilai peningkatan eksport untuk produk pertanian bagi syarikat pengeksport.

Pengecualian cukai tersebut di atas dihadkan kepada maksimum 70% daripadapendapatan berkanun.

Cadangan

Bagi mendorong syarikat yang mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta meluaskan pasaran eksport mereka ke pasaran global, adalah dicadangkan galakan cukai diberi dengan kelonggaran kriteria nilai tambah seperti berikut:

i. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 10% daripada nilai peningkatan eksport untuk pengilang tertakluk kepada syarat produk yang dieksport hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 20% nilai tambah; dan

ii. Pengecualian cukai di peringkat pendapatan berkanun bersamaan dengan 15% daripada nilai peningkatan eksport untuk pengilang tertakluk kepada syarat produk yang dieksport hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 40% nilai tambah.

Pengecualian cukai tersebut dihadkan kepada 70% daripada pendapatan berkanun.

Tarikh Kuat Kuasa

Mulai tahun taksiran 2016 sehingga tahun taksiran 2018.

Page 104: Bajet 2016.pdf

93

LAMPIRAN 26

GALAKAN ELAUN PELABURAN SEMULA KHAS

Kedudukan Semasa

Syarikat yang membuat pelaburan semula bagi tujuan pembesaran, pemodenan, automasi atau pelbagaian layak kepada Elaun Pelaburan Semula (EPS) bagi tempoh 15 tahun berturut-turut bermula dari tahun taksiran EPS dituntut. Kadar tuntutan EPS adalah 60% daripada perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan ditolak ke atas:

i. 70% daripada pendapatan berkanun; atau

ii. 100% ke atas pendapatan berkanun jika dalam tahun taksiran berkenaan syarikat mencapai tahap produktiviti yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan.

Aktiviti yang layak adalah:

A. Aktiviti pengilangan; dan

B. Aktiviti pertanian terpilih seperti berikut:

i. penanaman padi dan jagung; ii. penanaman sayur-sayuran, umbi dan akar-akar (tuber and roots);iii. penanaman buah-buahan; iv. penternakan ternakan; v. penternakan, pembiakan atau pemeliharaan hasil-hasil akuatik; dan vi. lain-lain aktiviti yang diluluskan Menteri Kewangan.

Cadangan

Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada yang telah tamat tempoh kelayakan mendapat EPS, adalah dicadangkan EPS khas diberi ke atas pelaburan semula yang dilakukan dalam tempoh 3 tahun taksiran.

Tarikh Kuat Kuasa

Bagi perbelanjaan modal yang layak dilakukan bagi tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.

Page 105: Bajet 2016.pdf

DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2015www.printnasional.com.myemail: [email protected].: 03-92366895 Faks: 03-92224773WJD006307

Page 106: Bajet 2016.pdf