bajet 2012

46
TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia NOTA PENERANGAN BAJET 2012 I. AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 [AKTA 53] 1. Memasukkan Definisi Private Retirement Scheme – Subseksyen 2(1) Cadangan Pindaan dibuat untuk memasukkan definisi private retirement scheme selari dengan pindaan yang dibuat kepada seksyen 49 yang membenarkan pelepasan kepada individu residen yang mencarum ke dalam skim ini. Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012. 2. Memperluas Layanan Pengecualian Bagi Pelupusan Aset Atau Pajakan Berhubung Skim Pembiayaan Berlandaskan Prinsip Syariah Kepada Skim Pembiayaan Yang Diluluskan Oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (The Malaysia Co-Operative Societies Commission) – Subseksyen 2(8) Peruntukan sekarang Pelupusan atau pajakan aset dalam sesuatu skim pembiayaan yang dilakukan semata-mata bagi memenuhi prinsip syariah adalah tidak dianggap sebagai suatu transaksi pelupusan atau pajakan bagi maksud percukaian dengan syarat skim pembiayaan tersebut diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan Financial Services Authority). Cadangan Skim pembiayaan berlandaskan prinsip syariah kini turut ditawarkan oleh beberapa buah koperasi. Sehubungan dengan itu, pindaan dicadangkan bagi memasukkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai badan yang boleh memberi kelulusan kepada skim pembiayaan tersebut supaya skim yang ditawarkan oleh Koperasi mendapat layanan cukai saksama yang diberikan kepada Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan. Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012. Nota: Cadangan ini juga akan melibatkan pindaan kepada- Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 ( subperenggan 3(g) Jadual 2); dan Akta Setem 1949 (perenggan 6, General Exemption Jadual 1) Muka surat 1/46

Upload: zubaidah-dahlui

Post on 08-Mar-2016

287 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

reading pleasure

TRANSCRIPT

Page 1: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

NOTA PENERANGAN BAJET 2012

I. AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967 [AKTA 53]

1. Memasukkan Definisi Private Retirement Scheme – Subseksyen 2(1)

Cadangan

Pindaan dibuat untuk memasukkan definisi private retirement scheme selari dengan pindaan yang dibuat kepada seksyen 49 yang membenarkan pelepasan kepada individu residen yang mencarum ke dalam skim ini.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

2. Memperluas Layanan Pengecualian Bagi Pelupusan Aset Atau Pajakan Berhubung Skim Pembiayaan Berlandaskan Prinsip Syariah Kepada Skim Pembiayaan Yang Diluluskan Oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (The Malaysia Co-Operative Societies Commission) – Subseksyen 2(8)

Peruntukan sekarang

Pelupusan atau pajakan aset dalam sesuatu skim pembiayaan yang dilakukan semata-mata bagi memenuhi prinsip syariah adalah tidak dianggap sebagai suatu transaksi pelupusan atau pajakan bagi maksud percukaian dengan syarat skim pembiayaan tersebut diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan Financial Services Authority).

Cadangan

Skim pembiayaan berlandaskan prinsip syariah kini turut ditawarkan oleh beberapa buah koperasi. Sehubungan dengan itu, pindaan dicadangkan bagi memasukkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai badan yang boleh memberi kelulusan kepada skim pembiayaan tersebut supaya skim yang ditawarkan oleh Koperasi mendapat layanan cukai saksama yang diberikan kepada Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

Nota:

Cadangan ini juga akan melibatkan pindaan kepada-

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 ( subperenggan 3(g) Jadual 2); dan Akta Setem 1949 (perenggan 6, General Exemption Jadual 1)

Muka surat 1/43

Page 2: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

3. Melanjutkan Kadar Cukai Pegangan Untuk REITs Sebanyak 10 % Untuk Tempoh 5 Tahun Lagi – Perenggan Seksyen 6(1)(i)

Peruntukan Sekarang

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011, kadar cukai pegangan yang dikenakan atas pendapatan yang diagihkan oleh REITs kepada pelabur –

selain syarikat residen; dan pelabur institusi asing,

telah dikurangkan, masing-masing daripada 15% dan 20% kepada 10%. Memandangkan tempoh kadar cukai pegangan 10% akan tamat pada 31 Disember 2011, dicadangkan kadar cukai pegangan pada kadar 10% ini dilanjutkan 5 tahun lagi.

Cadangan

Meminda peruntukan di perenggan 6(1)(i) bagi membenarkan pelanjutan tempoh kadar cukai pegangan yang dikenakan di bawah seksyen 109D bagi pelabur-pelabur tersebut, kekal pada kadar 10% untuk tempoh 5 tahun lagi iaitu mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016.

4. Membenarkan Rebat Cukai Untuk Individu Yang Diluluskan Di Bawah Program Bagi Menggalakkan Rakyat Malaysia Berpakaran Pulang [Returning Expert Programme (REP)] – Proviso Perenggan 6A(2)(c)

Cadangan

Individu yang diluluskan di bawah program REP dikenakan cukai pendapatan pada kadar 15% atas pendapatan bercukai. Individu ini layak menikmati rebat cukai sebanyak RM400 sekiranya keseluruhan pendapatan bercukai dari semua punca adalah RM35,000 atau kurang.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

5. Takrifan Syarikat R & D Atau Syarikat R & D Kontrak Bagi Tujuan Potongan Cukai Dua Kali Atas Bayaran Bagi Perkhidmatan Penyelidikan Dan Pembangunan (R & D) Diperkemaskan – Seksyen 34B

Peruntukan sekarang

Bayaran perkhidmatan R & D kepada syarikat R & D atau syarikat R & D Kontrak, layak diberi potongan dua kali. Walau bagaimanapun, peruntukan sedia ada hanya menggunakan tafsiran syarikat R & D atau syarikat R & D Kontrak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 2, Akta Penggalakan Pelaburan 1986 (APP 1986). Tafsiran tersebut tidak menyatakan bahawa kedua-dua syarikat R & D perlu memenuhi syarat-syarat tertentu walaupun pada amalannya syarat tersebut ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Muka surat 2/43

Page 3: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cadangan

Bagi memastikan tuntutan bayaran perkhidmatan R & D dibenarkan hanya kepada syarikat yang mempunyai R & D yang menepati piawai dan syarat tertentu sebagai syarikat R & D atau syarikat R & D Kontrak, dicadangkan perkataan diluluskan oleh agensi yang bertanggungjawab dimasukkan ke dalam perenggan 34B(1)(c).

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

6. Deemed Claimed Bayaran Yang Tertakluk Kepada Cukai Pegangan Kepada Pembayar (Payer) Yang Menikmati Insentif Atau Pengecualian Cukai – Perenggan 39(1)(f), (i) Dan (j)

Peruntukan sekarang

Cukai pendapatan dikenakan kepada bukan pemastautin atas pendapatan yang diterima dari Malaysia di bawah perenggan 4(c), 4(d), 4(f) dan seksyen 4A dan Cukai dikenakan melalui kaedah cukai pegangan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 107A, 109, 109B dan 109F. Kegagalan pembayar untuk membayar atau meremit cukai pegangan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) akan mengakibatkan perbelanjaan yang dilakukan/dibayar kepada bukan pemastautin tidak dibenarkan potongan di bawah perenggan 39(1)(f), (i) dan (j) dan perbelanjaan berkenaan akan ditambah balik dalam pengiraan cukai.

Peruntukan punitive ini tidak menghasilkan apa-apa manfaat cukai jika pembayar menikmati pengecualian cukai.

Pemerhatian daripada aktiviti audit yang dijalankan mendapati peruntukan ini telah disalahguna oleh beberapa syarikat pemastautin yang mendapat insentif atau pengecualian cukai.

Cadangan

Bagi memastikan pembayar (payer) yang menikmati pengecualian cukai (100%) atas pendapatan yang diterima daripada satu punca bagi satu tahun taksiran di bawah – perenggan 127(3)(b); subseksyen 127(3A); atau galakan di bawah APP 1986;

tidak dapat mengelak daripada membayar cukai pegangan, dicadangkan peruntukan perenggan 39(1)(f), (i) dan (j) untuk menambah balik perbelanjaan yang dituntut tidak terpakai kepada pembayar (payer).

Walau bagaimanapun, pemakaian peruntukan perenggan-perenggan tersebut masih terpakai kepada pembayar yang – menikmati pengecualian cukai atas pendapatan yang bersamaan dengan

perbelanjaan modal yang dilakukan; atau tiada pendapatan dikenakan cukai (mengalami kerugian).

Pembayar (sama ada memegang atau tidak cukai pegangan) perlu membayar cukai pegangan bagi pihak penerima. Tindakan pemungutan (recovery) akan digunakan sekiranya pembayar gagal mematuhi peruntukan cukai pegangan tersebut.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Muka surat 3/43

Page 4: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Contoh 1:

Ayam Penyet Sdn Bhd menikmati pengecualian pendapatan di bawah subseksyen 127(3A) dalam tahun 2012. Syarikat membayar royalti sebanyak RM50,000 kepada syarikat PT Ganda Maju Pte Ltd di Indonesia pada 30 Jun 2012 tanpa membuat bayaran cukai pegangan. Syarikat menuntut potongan bagi bayaran royalti dalam akaun untung dan rugi yang ditutup pada 31 Disember 2012.

Tahun Taksiran 2012

Layanan Cukai Semasa Layanan Cukai Yang Dicadangkan

Pendapatan larasan (selepas diaudit)Campur balik:Bayaran royalti (per. 39(1)(f)) Pendapatan larasanTolak: elaun modalPendapatan berkanun

Pendapatan dikecualikan

RM

500,000

50,000550,000100,000450,000

450,000

RM

500,000

0500,000100,000400,000

400,000Pendapatan dikecualikan (dimasukkan ke dalam akaun dikecualikan)

450,000 400,000

7. Tarikh Pemilihan Untuk Taksiran Bersama – Subseksyen 45

Peruntukan sekarang

Pasangan yang memilih untuk taksiran bersama perlu membuat pilihan berkenaan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum 1 hb. April setiap tahun. Ini adalah disebabkan tarikh akhir pengemukaan BNCP di bawah taksiran formal adalah pada 31 Mac pada tahun berikutnya.

Cadangan

Memandangkan sistem taksiran formal telahpun digantikan dengan sistem taksir sendiri (STS), pilihan hendaklah dibuat dalam BNCP yang dikemukakan mengikut peruntukan subseksyen 77(1) iaitu sebelum / pada 30 April (selain kes perniagaan) atau sebelum / pada 30 Jun (kes perniagaan).

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

Muka surat 4/43

Page 5: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

8. Caruman Kepada Skim Persaraan Swasta [Private Retirement Scheme (PRS)] – Seksyen 49

Peruntukan sekarang

Potongan atas caruman yang dibuat kepada premium insurans nyawa atau anuiti tertangguh (deferred annuity) dan KWSP dalam satu tempoh asas tertakluk kepada tuntutan maksimum RM6,000. Pelepasan tambahan RM1,000 diberi kepada anuiti tertangguh yang dibeli pada atau selepas 1 Januari 2010 sebagai tambahan kepada potongan atas caruman sedia ada menjadikan jumlah maksimum tuntutan caruman KWSP, premium insurans nyawa dan anuiti tertangguh sebanyak RM7,000.

Cadangan

Bagi menggalakkan rakyat meningkatkan tabungan persaraan, kerajaan telah memperkenalkan skim persaraan swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Dengan adanya skim ini, individu residen yang membuat caruman ke dalam skim ini dibenarkan pelepasan terhad kepada tuntutan maksimum RM3,000 dalam satu tempoh asas. Amaun RM3,000 ini adalah termasuk caruman ke dalam anuiti tertangguh. Pelepasan cukai bagi caruman ke dalam skim ini berkuat kuasa selama 10 tahun iaitu mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

Maklumat Tambahan Berhubung Skim Persaraan Swasta

a. Caruman oleh majikan bagi pihak pekerja ke dalam skim ini dibenarkan potongan maksimum sebanyak 19% daripada gaji pekerja meliputi caruman KWSP dan skim yang diluluskan di bawah seksyen 150.

b. Pendapatan yang diterima oleh skim persaraan swasta ini dikecualikan daripada cukai di bawah perenggan 20, Jadual 6.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

9. Mengurangkan Pengecualian Cukai Bagi Perniagaan Kapal Malaysia Daripada 100% Kepada 70% Atas Pendapatan Berkanun – Seksyen 54A

Peruntukan sekarang

Seseorang pemastautin Malaysia yang mengendalikan:

a. perniagaan pengangkutan penumpang atau kargo melalui laut atas kapal Malaysia; atau

b. pemilik kapal Malaysia bermastautin yang menyewakan kapal berasaskan masa atau perjalanan,

layak menikmati pengecualian cukai 100% atas pendapatan berkanun.

Dalam mengira pendapatan dikecualikan –

elaun modal akan disifatkan dituntut (deemed claimed) dan baki elaun modal yang tidak dapat diserap tidak boleh ditolak daripada pendapatan lain; dan

Muka surat 5/43

Page 6: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

kerugian larasan hanya boleh ditolak daripada pendapatan kapal Malaysia lain yang menikmati pengecualian dan baki kerugian tersebut tidak boleh ditolak daripada pendapatan lain.

Cadangan

Pendapatan kapal yang dikecualikan dikurangkan daripada 100% kepada 70% atas pendapatan berkanun. Baki 30% pendapatan berkanun disifatkan sebagai jumlah pendapatan (deemed total income) dan dikenakan dicukai.

Layanan cukai bagi kapal Malaysia yang menikmati pengecualian: Pendapatan perniagaan daripada setiap kapal Malaysia hendaklah dilayan

sebagai punca yang berasingan dan berbeza; Kerugian larasan daripada punca kapal Malaysia yang dikecualikan tidak boleh

dibenarkan sebagai potongan dalam mengira jumlah pendapatan dalam satu tahun taksiran;

Kerugian larasan hantar hadapan hanya boleh ditolak daripada pendapatan berkanun yang dikecualikan dalam tahun taksiran berikutnya.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

Contoh 2:

Syarikat Armada Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pemastautin yang menjalankan perniagaan pengangkutan penumpang dan kargo di atas kapal Malaysia (kapal Bunga Melati) yang layak menikmati pengecualian di bawah seksyen 54A. Syarikat Armada juga menerima pendapatan faedah di bawah seksyen 4(c).

Pengiraan Agihan Pendapatan Berkanun Kapal Malaysia Bagi Tahun Taksiran 2012

Kapal Bunga Melati RMPendapatan/(Kerugian) larasan (400,000)Rugi thn asas (400,000) h/h tolak: Elaun modal150,000 h/h

RM tiada

tiada

Pendapatan berkanun tiada

RMPendapatan berkanun

dikecualikan70% @ tiada

tiada

RMPendapatan berkanun

kena cukai30% @ tiada

Tiada

Pengiraan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2012 [Format Pengiraan Berdasarkan Susunan Laporan Di Bahagian A, BNCP]

Muka surat 6/43

Page 7: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

RM

Pendapatan berkanun faedah 13,000Jumlah pendapatan 13,000

Pendapatan berkanun kena cukai daripada Kapal Bunga Melati tiada(Kerugian) larasan (400,000) (1) = h/h

Pendapatan bercukai 13,000 Nota (1) - Rugi tahun asas RM400,000 tidak dibenarkan ditolak daripada

pendapatan faedah. Rugi dihantar hadapan untuk diserap daripada 70% pendapatan berkanun yang dikecualikan dalam tahun taksiran berikutnya (tahun taksiran 2013).

Pengiraan Agihan Pendapatan Berkanun Kapal Malaysia Bagi Tahun Taksiran 2013

Kapal Bunga Melati RM RM

Pendapatan larasan 1,000,000

tolak: Elaun modaltahun asas 150,000b/h 150,000 (300,000)

Pendapatan berkanun 700,000

tolak: rugi b/h

RMPendapatan berkanun

dikecualikan70% @700,000 490,000

RMPendapatan berkanun

kena cukai30% @700,000 210,000

(400,000) 90,000

Pengiraan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2013[Format Pengiraan Berdasarkan Susunan Laporan Di Bahagian A, BNCP]

RM

Pendapatan berkanun faedah 11,000Jumlah pendapatan 11,000

Pendapatan berkanun kena cukai daripada kapal Bunga Melati 210,000Pendapatan bercukai 221,000

Contoh 3:

Syarikat Nakhoda Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pemastautin yang menjalankan perniagaan pengangkutan penumpang dan kargo di atas kapal Malaysia (kapal Bunga Mawar) yang layak menikmati pengecualian di bawah seksyen 54A. Syarikat Nakhoda

Muka surat 7/43

Page 8: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

juga menjalankan perniagaan pengangkutan laut di bawah seksyen 54 dan menerima pendapatan faedah di bawah seksyen 4(c).

Dalam tahun taksiran 2012, pendapatan syarikat Nakhoda seperti berikut -

RM

Pendapatan larasan dari kapal Bunga Mawar Elaun modal

850,000 250,000

Kerugian larasan dari pengangkutan laut (seksyen 54) Elaun modal

(360,000) 60,000

Faedah [seksyen 4(c)] 17,000

Pengiraan Agihan Pendapatan Berkanun Kapal Malaysia Bagi Tahun Taksiran 2012

Kapal Bunga Mawar

Pendapatan /(Kerugian) larasan

tolak: Elaun modal tahun asas

Pendapatan berkanun

RM850,000

250,000

600,000

RMPendapatan berkanun

dikecualikan70% @ 600,000

420,000

RMPendapatan berkanun

kena cukai30% @ 600,000

180,000

Pengiraan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2012[Format Pengiraan Berdasarkan Susunan Laporan Di Bahagian A, BNCP]

RM

Pendapatan perniagaan pengangkutan laut (seksyen 54) tiadaKerugian larasan = (360,000)Elaun modal tahun asas = 60,000 h/h

Pendapatan berkanun faedah 17,000Pendapatan agregat 17,000Tolak: Kerugian seksyen 44(2) (360,000) terhad 17,000 Rugi h/h = 343,000Jumlah pendapatan tiada

Pendapatan berkanun kena cukai daripada kapal Bunga Mawar 180,000Pendapatan bercukai 180,000

Muka surat 8/43

Page 9: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Dalam tahun taksiran 2013, pendapatan syarikat Nakhoda seperti berikut –

RM

Pendapatan larasan dari kapal Bunga Mawar Elaun modal

1,050,000 250,000

Pendapatan larasan dari pengangkutan laut (seksyen 54)Rugi b/h = 343,000

Elaun modal: tahun asas 60,000 + b/h 60,000

200,000

Faedah [seksyen 4(c)] 18,000

Pengiraan Agihan Pendapatan Berkanun Kapal Malaysia Bagi Tahun Taksiran 2013

Kapal Bunga Mawar

Pendapatan/(Kerugian) larasan

tolak:Elaun modal tahun asas

Pendapatan berkanun

RM1,050,000

(250,000)

800,000

RMPendapatan berkanun

Dikecualikan (RM)70% @ 800,000

560,000

RMPendapatan berkanun

kena cukai (RM)30% @ 800,000

240,000

Pengiraan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2013 RM RM

Pendapatan larasan daripada perniagaan pengangkutan laut (seksyen 54) 200,000tolak:Rugi b/h = (343,000) (1) terhad 200,000 tiada Rugi h/h = 143,000 (2)

Elaun modal:tahun asas dan b/h (60,000 + 60,000) = 120,000 h/h

Pendapatan faedah 18,000 Pendapatan agregat/Jumlah pendapatan 18,000

Pendapatan berkanun kena cukai daripada kapal Bunga Mawar 240,000

Pendapatan bercukai 258,000

Nota (1)

Nota (2)- Rugi bawa hadapan daripada punca perniagaan pengangkutan laut di

bawah seksyen 54 hanya boleh ditolak daripada punca yang sama.

- Baki rugi daripada punca perniagaan pengangkutan laut di bawah seksyen 54 tidak dibenarkan sebagai tolakan daripada punca kapal Bunga Mawar di bawah seksyen 54A.

Muka surat 9/43

Page 10: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Contoh 4:Syarikat Kelasi Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pemastautin yang menjalankan perniagaan pengangkutan penumpang dan kargo di atas kapal Malaysia (Kapal B dan Kapal C) yang layak menikmati pengecualian di bawah seksyen 54A. Syarikat Kelasi juga menerima pendapatan daripada perniagaan pengangkutan laut dan pendapatan faedah di bawah seksyen 4(c).

Dalam tahun taksiran 2012, pendapatan syarikat Kelasi seperti berikut –

RM

Pendapatan larasan dari Kapal B Elaun modal

1,200,000 250,000

Kerugian larasan dari Kapal C Elaun modal

(800,000) 200,000

Faedah [seksyen 4(c)] 9,000

Pengiraan Agihan Pendapatan Berkanun Kapal Malaysia Bagi Tahun Taksiran 2012

Kapal B Kapal C

Pendapatan/(Kerugian) larasan

Pendapatan berkanun

RM 1,200,000

tolak: E/modaltahun asas (250,000)

950,000

RM RM(800,000) tiadaRugi thn asas = (800,000)h/h

tolak: E/modalthn asas: 200,000 h/h

tiada

RMPendapatan

berkanun dikecualikan

70% @ 950,000

665,000

RMPendapatan

berkanunkena cukai

30% @ 950,000

285,000

RMPendapatan

berkanun dikecualikan

70% @ tiada

tiada

RMPendapatan

berkanunkena cukai

30% @ tiada

tiada

Pengiraan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2012 RM

a. Pendapatan berkanun faedah 9,000Jumlah pendapatan 9,000

b. Pendapatan berkanun kena cukai daripada Kapal B 285,000

c. Pendapatan berkanun kena cukai daripada Kapal C tiada Rugi sek. 44(2) = 800,000 (1) = h/hElaun modal h/h = 200,000

Pendapatan bercukai 294,000

Muka surat 10/43

Page 11: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Nota (1) - Rugi tahun asas daripada Kapal C hanya boleh dibenarkan sebagai tolakan daripada 70% pendapatan berkanun dikecualikan daripada Kapal C dalam tahun taksiran berikutnya

Dalam tahun taksiran 2013, pendapatan Syarikat Kelasi seperti berikut -

RM

Pendapatan larasan dari Kapal B Elaun modal

900,000 250,000

Pendapatan larasan dari Kapal CRugi b/h = 800,000

Elaun modal: tahun asas 200,000 + b/h 200,000

1,300,000

Faedah [seksyen 4(c)] 16,000

Pengiraan Agihan Pendapatan Berkanun Kapal Malaysia Bagi Tahun Taksiran 2013

Kapal B Kapal C

Pendapatan/(Kerugian) larasan

Pendapatan berkanun

RM 900,000

tolak: E/M tahun asas (250,000)

650,000

RM RM 1,300,000

tolak: E/Mthn asas 200,000b/h 200,000 (400,000)

Rugi sek. 43(2) = (800,000)

900,000RM

Pendapatan berkanun

dikecualikan

70% @ 650,000

455,000

RMPendapatan

berkanunkena cukai

30% @ 650,000

195,000

RMPendapatan berkanun

dikecualikan

70% @ 900,000

630,000Tolak:Rugi 43(2)(800,000)(1) terhad 630,000Rugi 170,000 h/h tiada

RMPendapatan

berkanunkena cukai

30% @ 900,000

270,000

Nota (1)- Rugi b/h (tahun taksiran 2012) daripada Kapal C dibenarkan tolakan daripada

70% pendapatan berkanun dikecualikan daripada Kapal C dalam tahun taksiran 2013.

Pengiraan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2013 RM

Muka surat 11/43

Page 12: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pendapatan berkanun faedah 16,000Jumlah pendapatan 16,000

Pendapatan berkanun kena cukai daripada Kapal B 195,000

Pendapatan berkanun kena cukai daripada Kapal C tiada Rugi h/h = 170,000

Pendapatan bercukai 211,000

10. Tempoh Peralihan - Layanan Cukai Ke Atas Kerugian Dan Elaun Modal Bagi Kapal Malaysia

Cadangan

Tempoh peralihan diperuntukkan untuk memberi layanan cukai bagi baki kerugian dan elaun modal yang tidak dapat diserap dalam tahun taksiran 2011 akan diagihkan dalam tahun taksiran 2012 berdasarkan formula berikut:

A X CB

di mana:–

A - Pendapatan kasar dari kapal Malaysia dalam tahun taksiran 2011B - Jumlah pendapatan kasar dari semua kapal Malaysia dalam tahun taksiran 2011

C - Baki kerugian larasan/elaun modal bagi tahun taksiran 2011 sebelum pindaan Akta Kewangan 2012.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

Contoh 5:

Syarikat Samudra Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pemastautin yang menjalankan perniagaan pengangkutan penumpang dan kargo di atas kapal Malaysia (Kapal D dan Kapal E) yang layak menikmati pengecualian di bawah seksyen 54A. Sebelum tahun taksiran 2012, kerugian daripada kapal Malaysia boleh ditolak daripada pendapatan dari mana-mana kapal Malaysia manakala elaun modal bagi setiap kapal boleh ditolak daripada jumlah pendapatan larasan dari Kapal D dan E.

Tahun Taksiran 2011

Pendapatan kasar

Kapal D Kapal E RM

1,500,000 RM

800,000

Tolak:Perbelanjaan yang dibenarkan

700,000 1,400,000

Keuntungan /(Kerugian) larasan

________800,000

________(600,000)

E/Modal 250,000 E/Modal 100,000 Jumlah pendapatan larasan 800,000

Muka surat 12/43

Page 13: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

350,000Tolak:Elaun modalPendapatan berkanunTolak:Rugi tahun asasRugi h/h = (150,000)

450,000

(600,000) terhad (450,00)Tiada

Nota:

Dalam contoh di atas, kerugian tahun asas bagi Kapal E (RM600,000) boleh ditolak daripada jumlah pendapatan larasan dari Kapal D dan E.

Baki kerugian yang tidak boleh diserap (RM150,000) dihantar hadapan untuk diserap dalam tahun taksiran 2012 berdasarkan nisbah pendapatan kasar bagi setiap kapal. Begitu juga sekiranya, terdapat baki elaun modal yang tidak boleh diserap dalam tahun taksiran 2011 dan dihantar hadapan ke tahun taksiran 2012. Agihan baki elaun modal juga berdasarkan nisbah pendapatan kasar bagi setiap kapal.

Sekiranya dalam tahun taksiran 2011, syarikat memiliki 3 buah kapal Malaysia, dan mempunyai kerugian/elaun modal untuk dihantar hadapan ke tahun taksiran 2012. Jika salah satu daripada kapal tersebut dijual pada tahun 2012, pembahagian kerugian/elaun modal dalam tempoh peralihan adalah berdasarkan kepada nisbah pendapatan kasar tahun taksiran 2011 bagi 3 kapal. Oleh kerana 2 kapal sahaja yang masih digunakan dalam perniagaan agihan kerugian / elaun modal bagi 2 kapal tersebut sahaja yang dibenarkan sebagai tolakan dalam tahun taksiran 2012. Kerugian / elaun modal bagi kapal yang telah dijual diabaikan.

Pengiraan Agihan Pendapatan Berkanun Kapal Malaysia Bagi Tahun Taksiran 2012

Pendapatan kasar

Kapal D Kapal E RM 1,000,000

RM 1,200,000

Tolak:Perbelanjaan yang dibenarkan

500,000 600,000

Keuntungan/(kerugian) larasan

500,000 600,000

Tolak:

Pendapatan berkanun

E/M 550,000 terhad 500,000E/M 50,000 h/h

tiada

E/M b/h 200,000E/M tahun asas 200,000 400,000

200,000

RMPendapatan berkanun

dikecualikan70% @ tiada

RMPendapatan

berkanunkena cukai

30% @ tiada

RMPendapatan

berkanundikecualikan

70% @ 200,000

RMPendapatan

berkanunkena cukai

30% @ 200,000

Muka surat 13/43

Page 14: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

tiadaTolak:Rugi b/h =h/h 97,826 (1)

tiada

tiada 170,000Tolak:Rugi b/h 52,174 (2)

117,826

60,000

Pengiraan Agihan Rugi Dari Tahun Taksiran 2011

Nota (1)

Nota (2)

1,500,000 x (150,000) 2,300,000 = 97,826

Amaun kerugian h/h RM97,826 dan elaun modal (sekiranya ada) hanya boleh diserap daripada pendapatan berkanun dikecualikan daripada Kapal D (70%) dalam tahun-tahun taksiran berikutnya.

800,000 x (150,000) 2,300,000 = 52,174

11. Layanan Cukai Ke Atas Kerugian Dana Pemegang Saham Dalam Perniagaan Insurans – Subseksyen 60(10A)

Peruntukan sekarang

Struktur percukaian perniagaan insurans hayat dalam seksyen 60 telah dipinda oleh Akta 531 Akta Kewangan 1995. Mulai tahun taksiran 1995, satu pendekatan baru kepada percukaian perniagaan insurans hayat diperkenalkan seperti berikut:

a. Pendapatan dana hayat dianggap sebagai punca pendapatan yang berasingan daripada pendapatan dana pemegang saham - perenggan 60(2)(c).

b. Perniagaan insurans dikenakan cukai atas pendapatan daripada dana hayat dan atas pendapatan daripada dana pemegang saham - subseksyen 60(3), 60(3A), 60(4) dan 60(4A).

c. Pendapatan bercukai dana hayat dikenakan cukai pada kadar konsesi 8% (Bahagian VIII, Jadual 1) dan pendapatan bercukai dana pemegang saham dikenakan cukai pada kadar cukai korporat (25%).

d. Sepertimana yang dimaksudkan dalam huraian Rang Undang-Undang Kewangan 1994, kerugian daripada perniagaan insurans hayat sebelum tahun taksiran 1995 yang tidak dapat diserap dan dibawa hadapan hanya boleh ditolak daripada pendapatan berkanun dana hayat – subseksyen 60(10A).

Tiada peruntukan khusus dalam seksyen 60 untuk melarang tolakan kerugian dana pemegang saham daripada pendapatan dana hayat dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu rugi daripada dana hayat dan dana pemegang saham dibenarkan potongan mengikut peruntukan am di bawah seksyen 43 dan 44.

Cadangan

Muka surat 14/43

Page 15: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Disebabkan perbezaan kadar cukai yang dikenakan ke atas dana hayat (8%) dan dana pemegang saham (25%), pindaan dibuat untuk memberi layanan cukai yang mana kerugian larasan dana hayat dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran hanya boleh dibenarkan tolakan daripada pendapatan berkanun dana hayat dalam tahun taksiran berikutnya sehingga diserap sepenuhnya.

Dalam mengira jumlah pendapatan perniagaan insurans bagi suatu tahun taksiran, kerugian larasan daripada punca selain dana hayat hanya boleh dibenarkan tolakan daripada aggregat pendapatan berkanun tetapi tidak termasuk pendapatan berkanun dana hayat. Apa-apa kerugian yang tidak dapat diserap, tidak boleh dibenarkan tolakan daripada pendapatan berkanun dana hayat.

Layanan cukai yang sama juga diperuntukkan bagi perniagaan takaful di bawah subseksyen 60AA(15).

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

Contoh 6:

Syarikat Global Asia Sdn Bhd menjalankan perniagaan insurans pada tahun 2007 (tempoh perakaunan ialah pada 31 Disember setiap tahun). Syarikat mengalami kerugian perniagaan dana hayat dalam tahun taksiran 2012.

TahunTaksiran 2012

Dana Hayat

(8%)

Dana Am

(25%)

Dana Pemegang Saham(25%)

Pendapatan/(Kerugian) larasanRugi sek. 44(2) 1,500,000 h/h

RM(1,500,000) (1)

RM RM

Pendapatan berkanun - 900,000 187,900

Agregat pendapatan berkanun 1,100,900

Jumlah pendapatan tiada 1,100,900

Nota (1)

Kerugian dana hayat hanya boleh ditolak daripada pendapatan berkanun dana hayat. Walaupun syarikat mempunyai agregat pendapatan daripada dana am dan dana pemegang saham tetapi kerugian dana hayat tidak boleh ditolak daripada pendapatan agregat dana lain. Ini bermakna kerugian dana hayat tidak akan mengurangkan agregat pendapatan berkanun dana am dan dana pemegang saham. Amaun kerugian ini akan dihantar hadapan untuk ditolak daripada pendapatan berkanun dana hayat dalam tahun taksiran 2013.

Tahun Taksiran 2013

Dana Hayat Dana Am Dana Pemegang

Muka surat 15/43

Page 16: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

(8%) (25%)Saham(25%)

Pendapatan berkanunTolak:Rugi sek. 43(2)

RM2,000,000

(1,500,000)

RM1,800,000

RM(1,154,200)

Tolak:Rugi sek. 44(2)

1,800,000

(1,154,200) (2)

500,000 645,800 Pendapatan agregat dari semua danaTolak: derma

1,145,800

(50,000) (3)

Jumlah Pendapatan 1,095,800

Pendapatan kena cukai

500,000 X 1,095,8001,145,800

= 478,181

645,800 X 1,095,8001,145,800

= 617,619

Nota (2)

Kerugian dana pemegang saham hanya boleh ditolak daripada pendapatan agregat dana am dan dana pemegang saham (jika ada) tetapi tidak termasuk dana hayat.

Nota (3)

Syarikat memberi derma kepada persatuan yang diluluskan di bawah seksyen 44(6) sejumlah RM50,000

12. Pelantikan Wakil/Ejen (Pihak Ketiga) Yang Mempunyai Hutang Yang Perlu Dibayar Kepada Pembayar Cukai Untuk Meremitkan Hutang Itu Kepada KPHDN Bagi Pihak Pembayar Cukai - Seksyen 67(4A)

Peruntukan sekarang

Di bawah subseksyen 67(4) sedia ada, KPHDN boleh melantik wakil/ejen untuk memungut tunggakan cukai pembayar cukai (recovery of tax) daripada wakil/ejen (pihak ketiga) yang mempunyai accessible moneys yang perlu dibayar kepada pembayar cukai itu. Bagaimanapun notis taksiran perlu dibangkitkan ke atas wakil/ejen (pihak ketiga) bagi membolehkan wang berkenaan diremitkan kepada KPHDN untuk penyelesaian tunggakan cukai pembayar cukai.

Cadangan

Dalam usaha untuk menyelesaikan tunggakan cukai yang tidak dapat dipungut daripada pembayar cukai yang tegar tetapi KPHDN mempunyai maklumat bahawa wakil/ejen (pihak ketiga) yang memegang wang (accessible moneys) bagi pihak pembayar cukai itu, kuasa diberikan kepada KPHDN untuk mengarahkan wakil/ejen tersebut supaya meremitkan wang tersebut kepada KPHDN untuk menyelesaikan cukai tertunggak bagi pembayar cukai tanpa perlu membangkitkan taksiran ke atas wakil/ejen berkenaan. Contohnya -

a. Jika pembayar cukai mempunyai pendapatan sewa, amaun tunggakan cukai boleh dikutip daripada penyewa.

Muka surat 16/43

Page 17: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

b. Jika pembayar cukai mempunyai pendapatan sebagai remisier, amaun tunggakan cukai boleh dikutip daripada syarikat broker saham.

c. Jika pembayar cukai adalah subkontraktor amaun tunggakan cukai boleh dikutip daripada kontraktor utama.

Walau bagaimanapun, accessible moneys tidak termasuk wang yang dipegang oleh wakil/ejen sebagai amanah (custody) dan kawalan bagi pihak pembayar cukai. Contohnya wang yang dipegang oleh -

a. Majikan - pendapatan penggajian kerana ianya telah tertakluk kepada Potongan Cukai Berjadual.

b. Bank - simpanan atau deposit kerana merupakan pelaburan pembayar cukai.

c. KWSP - caruman majikan / pekerja merupakan simpanan untuk persaraan.

Bagi tujuan pelaksanaan peruntukan ini, satu prosedur standard operasi (Standard Operation Procedure) akan disediakan oleh Jabatan Pungutan Hasil.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

13. Kuasa Mengakses Dan Memuat Turun Data Yang Disimpan Dalam Komputer Pembayar Cukai Semasa Lawatan Audit Atau Siasatan - Subseksyen 80(1)(B)

Peruntukan sekarang

Suatu data/maklumat adalah penting sebagai bahan bukti khususnya dalam kes siasatan jenayah. Peruntukan seksyen 80 sedia ada adalah memadai dan berkesan sekiranya pembayar cukai bekerjasama dan memberi kata laluan untuk mengakses data yang terdapat dalam komputer mereka secara sukarela kepada pegawai audit / penyiasat, LHDNM. Walau bagaimanapun, sekiranya pembayar cukai tidak bekerjasama maka pegawai audit / penyiasat tidak mempunyai kuasa untuk mengakses dan memuat turun data yang terdapat dalam sesebuah komputer milik pembayar cukai kerana ianya disekat dengan kata laluan atau kod encryption atau decryption.

Jika data yang hendak dimuat turun dari komputer pembayar cukai diperoleh secara godam (hacking) maka kesahihan data sebagai bahan bukti boleh dipertikaikan oleh pembayar cukai dan tidak akan diterima oleh pihak PKCP atau mahkamah.

Cadangan

Memberi kuasa kepada pegawai audit / penyiasat untuk memperoleh kata laluan atau kod encryption atau decryption, perisian, perkakasan dan lain-lain daripada pembayar cukai bagi membolehkan pegawai audit / penyiasat mengakses dan memuat turun data dari komputer milik pembayar cukai di premis pembayar cukai semasa tindakan audit / siasatan dijalankan. Justeru, sesuatu data yang dimuat turun dari komputer milik pembayar cukai tidak lagi boleh dipertikaikan kesahihannya oleh pembayar cukai.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Muka surat 17/43

Page 18: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

14. Membolehkan KPHDN Mendapat Maklumat Daripada Syarikat Berkaitan Yang Berada Di Luar Negara - Subseksyen 81(1)

Peruntukan sekarang

Peruntukan sedia ada adalah berkesan dalam keadaan maklumat yang diperlukan berada di bawah milikan (possession) syarikat tempatan sama ada syarikat mempunyai kawalan ataupun tidak. Walau bagaimanapun, perkataan milikan tidak menjangkau kepada maklumat yang berada di luar negara. Maklumat yang berada diluar negara boleh diperolehi sekiranya syarikat mempunyai kawalan ke atas maklumat tersebut.

Cadangan

Memasukkan perkataan control bagi membolehkan KPHDN mendapat maklumat yang berada di luar negara yang bukan dalam milikan syarikat tempatan tetapi di bawah kawalannya.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tarikh berkuat kuasa Akta Kewangan 2011.

15. Maklumat/Butiran Sokongan Yang Dikemukakan Selepas Notis Dikeluarkan Atau Selepas Rayuan Dikemukakan Kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) / Mahkamah Tidak Diterima Sebagai Bukti - Subseksyen 81(2) dan(3)

Peruntukan sekarang

Pembayar cukai kerap mengelak atau melengah-lengahkan pengemukaan maklumat/butiran yang dikehendaki semasa lawatan audit atau siasatan yang diperlukan untuk penyelesaian kes berkenaan. Pembayar cukai selalunya memberi alasan bahawa dokumen/maklumat tersebut tidak ada dalam simpanan. Dalam kebanyakan kes, dokumen/maklumat hanya dikemukakan selepas tempoh yang ditetapkan atau selepas taksiran/taksiran tambahan dibangkitkan mengikut best judgement. Walaupun dokumen/butiran dikemukakan di luar tempoh atau selepas taksiran/taksiran tambahan dibangkitkan, maklumat tersebut masih diterima sebagai dokumen sokongan untuk meminda taksiran berkenaan.

Cadangan

Bagi mengatasi masalah KPHDN perlu membuka semula taksiran/taksiran tambahan yang dibangkitkan tanpa sekatan masa, peruntukan baharu di bawah subseksyen 81(2) diperkenalkan supaya KPHDN boleh mengabaikan maklumat/butiran yang dikemukakan di luar tempoh masa yang ditetapkan di dalam suatu notis (surat pemberitahuan) di bawah subseksyen 81(1).

Peruntukan baharu di bawah subseksyen 81(3) diperkenalkan supaya maklumat/butiran yang dikemukakan di luar tempoh masa seperti yang ditetapkan di bawah subseksyen 81(2) tidak dibenarkan sebagai bahan bukti di hadapan PKCP atau mahkamah.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tarikh berkuat kuasa Akta Kewangan 2011.16. Tanggungjawab Pembayar Untuk Melaporkan Insentif Berbentuk Wang Tunai Dan

Bukan Tunai Kepada Ejen, Dealer Atau Pengedar - Seksyen 83A

Peruntukan sekarang

Muka surat 18/43

Page 19: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Insentif akan dibayar kepada ejen, dealer atau pengedar apabila mencapai sasaran jualan yang ditetapkan. Insentif tersebut adalah dalam bentuk wang tunai dan bukan tunai seperti manfaat berupa barangan (benefit in-kind), pakej percutian dan sebagainya.

Oleh kerana ejen, dealer atau pengedar adalah bukan pekerja kepada syarikat pembayar, maka syarikat berkenaan tidak diwajibkan untuk melapor pendapatan yang diterima oleh ejen, dealer atau pengedar kepada KPHDN.

Kedua-dua jenis penerimaan tersebut adalah punca pendapatan perniagaan kepada ejen, dealer atau pengedar dan tertakluk kepada pengenaan cukai pendapatan. Kebiasaannya ejen, dealer atau pengedar tidak melaporkan pendapatan yang diterima itu kepada KPHDN terutama pendapatan bukan tunai. Selain daripada itu, tindakan pengesahan juga sukar dilakukan semasa lawatan audit disebabkan ketiadaan dokumen yang jelas berhubung bayaran insentif.

Cadangan

Mewajibkan syarikat pembayar untuk merekodkan semua pembayaran insentif kepada ejen, dealer atau pengedar dalam borang yang ditetapkan (prescribed form). Borang yang ditetapkan ini akan memudahkan pegawai audit/siasatan untuk membuat pengesahan berhubung bayaran insentif yang dilakukan oleh syarikat pembayar. Di samping itu penerima insentif iaitu ejen, dealer dan pengedar juga tidak dapat mengelak dari dikenakan cukai atas pendapatan insentif yang diterima.

Salinan borang yang ditetapkan itu hendaklah diberikan kepada ejen, dealer atau pengedar selewat-lewatnya pada 31 Mac dalam tahun berikutnya. Syarikat pembayar pula perlu menyimpan salinan asal bagi tujuan semakan semasa lawatan audit atau siasatan dijalankan. Kegagalan menyedia dan memberikan borang berkenaan kepada ejen, dealer atau pengedar adalah satu kesalahan di bawah perenggan 120(1)(b).

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai pada 1 Januari 2012.

17. Rayuan Oleh Pembayar Cukai Yang Tidak Mempunyai Pendapatan Bercukai Daripada Punca Perniagaan Tetapi Mempunyai Pendapatan Kena Cukai Daripada Punca Lain - Seksyen 97A

Peruntukan Sekarang

Pembayar cukai boleh mengemukakan rayuan kepada PKCP dalam keadaan tiada taksiran dibangkitkan disebabkan ketiadaan pendapatan larasan, pendapatan berkanun, pendapatan agregat atau jumlah pendapatan. KPHDN akan mengeluarkan notis pemberitahuan tidak kena cukai (TKC) secara bertulis kepada pembayar cukai (PC) dan rayuan kepada kepada PKCP dibuat dalam tempoh 30 dari tarikh notis pemberitahuan TKC dikeluarkan. Sebaliknya, rayuan berkaitan punca perniagaan tidak boleh dibuat dalam keadaan tiada pendapatan larasan, pendapatan berkanun, pendapatan agregat atau jumlah pendapatan tetapi BNCP telah disifatkan di bawah seksyen 90(1) atau notis taksiran dikeluarkan disebabkan terdapat pendapatan berkanun dari punca lain seperti sewa atau faedah.

Cadangan

Muka surat 19/43

Page 20: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Memberi ruang kepada pembayar cukai agar dapat mengemukakan rayuan kepada PKCP bagi punca pendapatan perniagaan (dalam tahun taksiran semasa di mana isu tuntutan elaun modal atau insentif berlaku) sekiranya pembayar cukai tidak bersetuju dengan layanan cukai yang dikenakan walaupun taksiran dibangkitkan dari punca pendapatan lain seperti faedah atau sewa.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

Contoh 7:

Syarikat CT Sdn Bhd menjalankan aktiviti pengilangan dan ada menjalankan projek yang layak bagi tujuan Elaun Pelaburan Semula (EPS). Dalam tahun taksiran 2012, Syarikat CT mengalami kerugian bagi aktiviti pengilangan dan menerima pendapatan faedah. BNCP bagi tahun taksiran 2012 telah disifatkan. Tindakan audit ke atas syarikat CT telah dijalankan pada 13 Mac 2015. Hasil penemuan audit, pelarasan telah dibuat ke atas pengiraan EPS yang menyebabkan tuntutan EPS yang dihantar hadapan berkurangan. Pemberitahuan TKC (CP5Q-2009) berserta pengiraan pelarasan cukai telah disampaikan kepada Syarikat CT pada 15 Ogos 2015.

Syarikat CT tidak bersetuju dengan pelarasan EPS yang dibuat dan berhasrat untuk mengemukakan rayuan kepada PKCP. Syarikat CT hendaklah mengemukakan notis rayuan (Borang Q) dalam tempoh 30 hari dari tarikh Pemberitahuan TKC (CP5Q-2009) disampaikan iaitu selewat-lewatnya pada 14 September 2015. Pengiraan pelarasan audit adalah seperti berikut:

RM RM Pendapatan/(Kerugian larasan) (40,000) Tiada

EPS dituntut (amaun asal)Tolak:EPS tidak dibenarkan(selepas lawatan audit)EPS dihantar hadapan

500,000

100,000400,000

FaedahJumlah Pendapatan/Pendapatan kena cukai

6,0006,000

Dengan pindaan ini, walaupun cukai bagi tahun taksiran 2012 telah disifatkan, pembayar cukai masih boleh mengemukakan rayuan kepada PKCP bagi isu EPS yang tidak dipersetujui di bawah seksyen 97A bagi tahun taksiran 2012 dengan menggunakan Pemberitahuan TKC (CP5Q-2009) yang mengandungi pengiraan pelarasan cukai terperinci.

18. Kuasa KPHDN Meremit Faedah Yang Dikenakan Oleh Mahkamah Ke Atas Pembayar Cukai - Seksyen 106

Peruntukan sekarang

Cukai terhutang dan boleh dibayar (tax due and payable) boleh dikutip oleh KPHDN melalui prosiding sibil. Dalam membuat keputusan penghakiman, Mahkamah mengarahkan pembayar cukai membuat bayaran cukai terhutang berserta faedah sebanyak 8% kepada KPHDN. Dalam banyak kes, pembayar cukai hanya membayar tunggakan hasil sahaja. KPHDN tiada kuasa untuk meremitkan faedah berkenaan.

Muka surat 20/43

Page 21: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cadangan

Bagi menggalakkan penyelesaian kes dan mengurangkan kes-kes tunggakan hasil, KPDHN diberi kuasa untuk meremit keseluruhan atau sebahagian faedah yang dikenakan atas penghakiman oleh Mahkamah terhadap pembayar cukai. Pertimbangan diberikan berdasarkan alasan munasabah (good cause) seperti bersetuju membuat bayaran tunggakan sekali gus (lump sum payment).

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tarikh berkuat kuasa Akta Kewangan 2011.

19. Membenarkan KPHDN Memungut Cukai Bagi Kes Audit Atau Siasatan Sebelum Taksiran Dibangkitkan - Seksyen 107D

Peruntukan sekarang

Pada masa ini, terdapat beberapa kaedah bayaran pendahuluan (advance payment) seperti -

bayaran ansuran dwi-bulanan (CP500) atas punca perniagaan bagi individu di bawah seksyen 107B; atau

bayaran ansuran secara bulanan (CP204) bagi syarikat di bawah seksyen 107C.

Namun demikian, tiada peruntukan yang membolehkan KPHDN memungut cukai bagi kes-kes audit atau siasatan sebelum satu taksiran (taksiran asal, tambahan, komposit) dibangkitkan. Walau bagaimanapun, bagi kes siasatan pada amalannya KPHDN telah membenarkan pembayar cukai untuk membuat bayaran ansuran ke atas kes-kes siasatan yang telah dipersetujui sebelum taksiran dibangkitkan.

Cadangan

Pindaan ini adalah untuk memberi kuasa kepada KPHDN mengarah pembayar cukai yang disiasat/audit untuk membuat bayaran ansuran berdasarkan pengiraan cukai yang disediakan di dalam borang yang ditetapkan sebelum suatu taksiran itu dibangkitkan sekiranya pembayar cukai–

a) lewat atau tidak mengemukakan BNCP semasa tindakan audit atau siasatan dijalankan; atau

b) mengemukakan BNCP yang tidak betul dengan tidak melaporkan atau terkurang lapor pendapatan atau memberi maklumat yang salah.

KPHDN boleh meminda arahan (amaun bayaran ansuran dan bilangan ansuran) jika pembayar cukai membuat permohonan dalam tempoh 30 hari selepas pengeluaran arahan tersebut.

Sebaik taksiran dikeluarkan, arahan ini dianggap terbatal dan bayaran cukai yang telah dibuat akan digunakan sebagai bayaran berkaitan taksiran tersebut. Pemakaian peruntukan ini juga dipanjangkan kepada kes-kes audit. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan kepada Rangka Kerja Audit perlu dibuat bagi membendung penyalahgunaan peruntukan ini.

Muka surat 21/43

Page 22: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tarikh berkuat kuasa Akta Kewangan 2011.

20. Pengenaan Kenaikan Cukai 10% Atas Baki Amaun Cukai Pegangan Yang Belum Dibayar Oleh Pengendali Takaful Bagi Pengagihan Pendapatan Dana Keluarga, Dan Lain-Lain – Seksyen 109E(4)

Peruntukan sekarang

Mulai 2 September 2006, kenaikan cukai bersamaan dengan 10% dikenakan atas jumlah cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109B dan 109D yang masih belum dibayar dan bukannya ke atas jumlah pendapatan yang tertakluk kepada cukai pegangan. Walau bagaimanapun, sekiranya pengendali takaful gagal mematuhi peruntukan cukai pegangan di bawah seksyen 109E, ia akan dikenakan kenaikan cukai bersamaan dengan 10% daripada jumlah pendapatan yang tertakluk kepada cukai pegangan.

Cadangan

Bagi memberi layanan cukai yang saksama kepada pengendali takaful, kenaikan cukai bersamaan 10% akan dikenakan atas jumlah cukai pegangan yang masih belum dibayar dan bukannya atas jumlah pendapatan yang tertakluk kepada cukai pegangan. Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

21. Pampasan Bagi Lebihan Bayaran Cukai (Overpayment Of Tax) – Seksyen 111D

Peruntukan sekarang

Sekiranya pembayar cukai terlebih membuat bayaran cukai pendapatan, KPHDN akan membuat pembayaran balik. Walaupun pembayaran balik akan dibuat tetapi tiada had masa yang mengikat KPHDN untuk membayar balik cukai terlebih bayar kepada pembayar cukai.

Cadangan

a. Selaras dengan sistem taksir sendiri, cukai yang terlebih dibayar seharusnya dibayar balik kepada pembayar cukai dalam tempoh -

i. 90 hari selepas tarikh akhir tempoh yang ditetapkan bagi suatu tahun taksiran mengikut peruntukan Akta, melalui transmisi elektronik (e-Filing); atau

ii. 120 hari selepas tarikh akhir tempoh yang ditetapkan bagi suatu tahun taksiran dikemukakan mengikut peruntukan Akta, bagi kes-kes lain (BNCP yang dihantar secara pos atau serahan di kaunter).

b. Pampasan juga terpakai kepada kes NL yang mempunyai cukai terlebih bayar semasa pengemukaan BNCP.

c. Sekiranya KPHDN gagal membuat bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan seperti di atas, KPHDN akan membayar pampasan bersamaan 2% per annum per daily basis seperti formula berikut -

Muka surat 22/43

Page 23: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

A X B X 2% C

A - Amaun pembayaran balik yang terlebih dibayar di bawah seksyen 111;

B - Bilangan hari bermula dari hari pertama selepas tempoh 90 hari atau 120 hari dari tarikh akhir BNCP patut dikemukakan, sehingga hari pembayaran balik dibuat; dan

C - Bilangan hari dalam setahun.

d. KPHDN boleh memungut balik bayaran pampasan jika berlaku kesilapan di pihak–

i. KPHDN, seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 91(2) - tanpa pengenaan kenaikan cukai;

ii. pembayar cukai, ketika melaporkan pendapatan dalam BNCP atau memberi maklumat kepada KPDHN, kenaikan cukai sebanyak 10% dikenakan atas amaun bayaran pampasan yang sepatutnya tidak dibayar kerana merupakan tax due and payable di bawah Akta.

e. Pampasan tidak akan dibayar jika –

i. BNCP yang dihantar tidak mematuhi peruntukan seksyen 77 atau 77A seperti -

kesilapan pengiraan matematik (mathematical computational error);

kesilapan tuntutan seperti pelepasan anak yang menuntut di institusi pengajian tinggi di luar negara yang sepatutnya RM1,000 tetapi dituntut RM4,000.

ii. amaun lebihan bayaran seperti di bawah subseksyen 111(1A) dan (1B); dan

iii. pembayar cukai membuat rayuan terhadap taksiran kepada PKCP di bawah seksyen 99.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013.

Contoh 8:

Encik Adam mengemukakan BNCP (Borang BE) bagi tahun taksiran 2013 melalui e-filing pada 17 Mac 2014. Beliau mempunyai cukai terlebih bayar berjumlah RM1,500 bagi PCB berkaitan dengan cukai tahun taksiran 2013 itu. Atas sebab-sebab tertentu, bayaran balik lebihan bayaran tersebut hanya dapat dibuat pada 10 September 2014 (melebihi tempoh 90 hari yang ditetapkan) iaitu 43 hari selepas tarikh akhir tempoh yang ditetapkan.

Pengiraan tempoh –

Muka surat 23/43

BNCP Diterima17 Mac

Tarikh mula pengiraan 90 hari

1 Mei

Tarikh kelulusan bayaran balik (tarikh baucer)10 September

Tarikh akhir pengiraan 90 hari

29 Julai

Page 24: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pengiraan pampasan –

RM1,500 X 43 hari @ 2% = RM3.53365 hari

Amaun bayaran balik RM1,503.53 (RM1,500 + RM3.53)

Nota:

Had minimum yang akan dibayar balik adalah RM25 (amaun bayaran balik termasuk pampasan).

Cukai terlebih bayar bagi tahun taksiran 2013 hanya akan dibuat setelah semua cukai tertunggak untuk tahun-tahun kebelakangan dan CKHT dilaraskan (set-off) terlebih dahulu.

Bayaran pampasan 2% hanya dibayar atas lebihan cukai terlebih bayar bagi tahun semasa sahaja.

22. Pengenaan Denda Di Atas Kegagalan Mengemukakan Borang Yang Ditetapkan Kepada Ejen, Dealer Atau Pengedar – Perenggan 120(1)(b)

Cadangan

Pindaan ini berbangkit dari cadangan pengenalan subseksyen 83A(1), yang baharu (bayaran wang tunai atau bukan wang tunai kepada ejen, dealer atau pengedar) di mana sekiranya syarikat pembayar melakukan kesalahan di bawah subseksyen 83A(1), pembayar cukai boleh dikenakan denda (fine) atau penjara atau kedua-duanya selaras dengan peruntukan di bawah perenggan 120(1)(b).

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

23. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, LHDNM Yang Dilantik Di Bawah Subseksyen 6A(2), Akta Lembaga Hasil Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 Adalah Juga Merupakan Timbalan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri – Seksyen 134.

Cadangan

Peruntukan ini diperkenalkan bagi menjelaskan bahawa Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 6A(2), Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia secara automatik adalah Timbalan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai berkuat kuasa pindaan kepada seksyen 6A Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995.

24. Layanan Cukai Untuk Individu Yang Diluluskan Di bawah Program Bagi Menggalakkan Rakyat Malaysia Berpakaran Pulang [Returning Expert Programme (REP)] – Subperenggan 1(a) Dan 1(c), Bahagian XV, Jadual 1

Muka surat 24/43

Tempoh 90 hari(Tiada pampasan)

Tempoh 43 hari(Bilangan hari pampasan

kena dibayar)

Page 25: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cadangan

Bagi menggalakkan dan menarik lebih ramai kepulangan rakyat Malaysia yang berkepakaran kembali ke Malaysia, kerajaan memperkenalkan REP dengan galakan cukai di mana pendapatan bercukai daripada penggajian di Malaysia adalah tertakluk kepada kadar rata 15% bagi tempoh 5 tahun taksiran.

Pelaksanaan galakan ini adalah serupa dengan galakan yang diberi kepada seorang pemastautin pekerja berpengetahuan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia. Walau bagaimanapun REP tidak terpakai kepada individu yang telah diberikan galakan di bawah pekerja berpengetahuan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia di dalam tahun asas bagi sesuatu tahun taksiran.

Galakan diberikan kepada individu yang diluluskan di bawah REP. Permohonan hendaklah dibuat kepada Talent Corporation Malaysia Berhad pada atau selepas 1 Mei 2011dan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Cadangan ini adalah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 .

25. Memotong Perkataan 4A Di Dalam Perenggan 5 Jadual 4B

Peruntukan Sekarang

Di bawah perenggan 5, Jadual 4B, peruntukan Jadual 4A ini telah dimansuhkan di bawah Akta Kewangan 2005 (Akta 644) mulai tahun taksiran 2006 namun begitu perkataan 4A di perenggan 5 Jadual 4B tidak dipotong.

Cadangan

Perkataan 4A di perenggan 5 Jadual 4B dipotong selari dengan pemansuhan Jadual 4A di dalam Akta Kewangan 2005 (Akta 644) yang telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2006.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

26. Mengurangkan Elaun Pelaburan Semula (EPS) Bersamaan Dengan 60% Perbelanjaan Modal Yang Layak Sehingga 100% Pendapatan Berkanun Kepada 70% Pendapatan Berkanun Bagi Kawasan Yang Digalakkan – Proviso Perenggan 3 Dan 9, Jadual 7A

Peruntukan sekarang

Kawasan yang digalakkan (Sabah, Sarawak, WP Labuan, Perlis dan Koridor Pantai Timur) menikmati EPS bersamaan dengan 60% daripada perbelanjaan modal yang layak ditolak sehingga 100% pendapatan berkanun.

Cadangan

Muka surat 25/43

Page 26: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Mengurangkan kadar peratusan tuntutan EPS bagi kawasan yang digalakkan daripada 100% kepada 70% pendapatan berkanun setiap tahun taksiran memandangkan kawasan-kawasan tersebut telahpun berkembang seiring dengan kawasan lain.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

27. Taraf Perintis (TP) Dan Elaun Cukai Pelaburan (ECP) Adalah Saling Eksklusif Di Bawah Akta Galakan Pelaburan 1968 (AGP 1968) Atau APP 1986 – Subperenggan 7(b), (d) Dan (e), Jadual 7A

Peruntukan sekarang

Bagi memastikan syarikat menikmati satu galakan sahaja dalam satu tahun taksiran, subperenggan 7(a) Jadual 7A dipinda berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2011 supaya syarikat yang menikmati galakan taraf perintis di bawah AGP 1968 dan APP 1986 bagi suatu produk atau aktiviti digalakkan hanya layak menuntut EPS dalam tahun taksiran berikutnya selepas tempoh galakannya tamat. Walau bagaimanapun, galakan elaun cukai pelaburan (ECP) di bawah APP 1986 tidak dimasukkan bersama-sama dalam cadangan Bajet 2011.

Cadangan

TP dan ECP adalah saling eksklusif di bawah APP 1986. Bagi memastikan layanan yang serupa diberi kepada TP dan ECP berhubung dengan pemberian EPS pindaan dibuat kepada subperenggan 7(b), (d) dan (e), Jadual 7A. EPS boleh dibenarkan dengan syarat tiada pertindihan insentif dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

Cadangan pindaan galakan ini disifatkan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2011.

Contoh 9:

ABC Sdn Bhd (tempoh perakaunan 31 Disember 2012) menikmati ECP yang tamat pada pada 31/7/2012. Syarikat melakukan perbelanjaan modal pada 1/9/2012 untuk menjalankan projek yang layak bagi maksud Jadual 7A (EPS). Syarikat tidak layak menuntut EPS untuk tempoh 1/9/2012 hingga 31/12/2012 iaitu dalam tahun taksiran 2012 kerana dalam tahun taksiran yang sama syarikat sedang menikmati galakan ECP.

Muka surat 26/43

1/1/2012 31/7/2012 1/9/2012 31/12/2012

Elaun Cukai Pelaburan Tidak layak EPS

1/9/2012 31/12/2012

Page 27: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

28. Memasukkan Definisi Kilang Bagi Maksud Elaun Pelaburan Semula – Perenggan 9, Jadual 7A

Peruntukan sekarang

LHDNM menafsir definisi kilang bagi maksud Elaun Pelaburan Semula hanya merangkumi kawasan yang melibatkan aktiviti pengeluaran semata-mata. Definisi kilang juga telah dijelaskan di dalam Ketetapan Umum No. 2/2008: Elaun Pelaburan Semula. Walau bagaimanapun, pembayar cukai memilih untuk menggunakan definisi kilang di bawah Jadual 3 yang mempunyai maksud yang lebih luas walaupun penjelasan telah diberikan di dalam Ketetapan Umum berkenaan. Oleh itu, pembayar cukai telah mencabar pendirian KPHDN ini di peringkat PKCP atau mahkamah di mana keputusan kes telah memihak kepada pembayar cukai.

Cadangan

Memberi definisi kilang bagi maksud Jadual 7A yang merangkumi –

bahagian keluasan lantai bangunan atau tambahan bangunan yang digunakan bagi tujuan projek yang layak untuk memasang dan meletak loji atau jentera; atau

untuk menyimpan bahan mentah atau barangan separa siap atau bahan siap sebelum dijual.

Bagi tujuan penyimpanan bahan mentah atau barangan separa siap atau bahan siap, bahagian bangunan atau penambahan bangunan yang digunakan mestilah tidak melebihi satu persepuluh (1/10) daripada keseluruhan kawasan lantai bangunan atau penambahan bangunan.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

SECARA PENTADBIRAN

29. Had Masa Pengauditan Dihadkan Kepada Lima Tahun Kebelakangan – Pindaan Akan Dibuat Ke Atas Rangka Kerja Audit

Peruntukan sekarang

Had masa untuk membangkitkan taksiran adalah dalam tempoh 6 tahun dari BNCP diterima oleh LHDNM.

Dalam Rangka Kerja Audit, semakan audit boleh dibuat tiga tahun kebelakangan.

Cadangan

Pindaaan dibuat untuk menambahkan had masa bagi menjalankan tindakan audit iaitu dari 3 tahun ke 5 tahun kebelakangan. Had masa ini tidak terpakai bagi aktiviti siasatan dan dibuktikan berlaku kecuaian di pihak pembayar cukai.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2013.

Muka surat 27/43

Page 28: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

II. AKTA SETEM 1949 [AKTA 378]

1. Membolehkan Bursa Malaysia Mengutip Duti Setem Bagi Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Atas Rights Subsciption Form – Seksyen 9

Peruntukan sekarang

Pada masa ini pembeli saham hadir ke pejabat setem untuk membeli dan melekatkan setem RM10.00 ke atas borang rights subscription form. Pejabat duti setem akan membuat semakan dan membuat taksiran sebelum franking dan borang tersebut diserahkan semula kepada pembeli saham.

Cadangan

Bursa Malaysia diberi kuasa mengutip duti daripada pembayar duti serta meremitkan kutipan kepada Pemungut Duti Setem, LHDNM. Kuasa adalah seperti yang diberikan kepada bank, broker saham dan syarikat insurans di bawah peruntukan seksyen 9 sedia ada.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tarikh berkuat kuasa Akta Kewangan 2011.

2. Memotong Perkataan Malayan Railway – Jadual 1 Dan General Exemptions

Peruntukan sekarang

Peruntukan sedia ada masih mengekalkan perkataan Malayan Railway walaupun perkhidmatan keretapi tersebut telah diswastakan menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dengan penswastaan ini, KTMB tidak lagi merupakan agensi kerajaan yang melayakkan KTMB menikmati pengecualian di bawah Jadual 1 ini.

Cadangan

a. Memotong perkataan Malayan Railway di bawah Jadual 1: subitem 2 (iii)(iv), perenggan (a) di butiran 23, Exemptions (b)(v) di butiran 32. General Exemptions - Perenggan 1.

b. Menggantikan perenggan (b) di butiran 23.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tarikh berkuat kuasa Akta Kewangan 2011.

3. Memasukkan Perkataan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (The Malaysia Co-Operative Societies Commission) – Perenggan 6 General Exemptions

Cadangan

Cadangan berbangkit daripada pindaan ke atas subseksyen 2(8), ACP 1967 yang memasukkan perkataan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (The Malaysia Co-Operative Societies Commission) sebagai badan yang boleh memberi kelulusan bagi skim pembiayaan berlandaskan prinsip syariah supaya instrumen tambahan berhubung dengan skim pembiayaan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga mendapat pengecualian duti setem.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tarikh berkuat kuasa Akta Kewangan 2011.

Muka surat 28/43

Page 29: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

4. Menyelaraskan Pemakaian Jenis Dokumen Yang Dinyatakan Di Dalam Akta Setem 1949 Seperti Yang Digunakan Di Dalam Akta Imigresen 1959/63 Berhubung Butiran 19 Security Bond - Jadual 2

Peruntukan sekarang

Dokumen yang dinamakan dalam butiran 19 Jadual 2 tidak sama seperti yang dinyatakan di dalam Akta Imigresen 1959/63 dan menghalang Jabatan Imigresen mematikan setem ke atas Security Bond terbabit, sekali gus melambatkan proses kerja kerana ianya hanya dapat dibuat di LHDNM sahaja. Pihak Imigresen melalui surat bertarikh 4 Februari 2008 telah meminta LHDNM untuk meminda butiran 19 Jadual 2 kerana tidak tepat dan tidak dapat menampung keperluan yang wujud kini.

Cadangan

Menggantikan butiran 19 dengan butiran 19 baharu agar selari dengan Akta Imigresen 1959/63 bagi membolehkan Jabatan Imigresen membatalkan setem ke atas Security Bond tersebut.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tarikh berkuat kuasa Akta Kewangan 2011.

5. Membenarkan Jabatan Imigresen Membatalkan Setem Hasil Bagi Surat Cara Employment Contract – Jadual 2

Peruntukan sekarang

Tiada peruntukan di bawah Jadual 2 yang membenarkan Jabatan Imigresen membatalkan setem hasil bagi suratcara Employment Contract. Ketiadaan peruntukan tersebut telah menghalang Jabatan Imigresen membatalkan setem hasil bagi suratcara Employment Contract dan sekali gus melambatkan proses kerja kerana ianya hanya dapat dibuat di LHDNM sahaja. Pihak Imigresen melalui surat bertarikh 4 Februari 2008 telah meminta LHDNM untuk meminda butiran di bawah Jadual 2 agar selari dengan Akta Imigresen 1959/63 dan tindakan sewajarnya ke atas suratcara Employment Contract dapat dibatalkan.

Cadangan

Butiran 19A (baharu) iaitu Employment Contract issued to the Immigration Department for the purpose of securing the respective applied pass, dimasukkan bagi membolehkan pihak Imigresen membatalkan Employment Contract.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tarikh berkuat kuasa Akta Kewangan 2011.

Muka surat 29/43

Page 30: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

III. AKTA AKTIVITI CUKAI PERNIAGAAN LABUAN 1990 [LABUAN BUSINESS ACTIVITY TAX ACT (LBATA), 1990 ] [AKTA 445]

Menambah Dan Memberi Maksud Perkataan Tax Information Exchange Arrangements – Seksyen 22A

Peruntukan sekarang

Seksyen 132A ACP 1967 diperkenalkan dalam Bajet 2011 untuk membolehkan Kerajaan Malaysia mengadakan Perkiraan Pertukaran Maklumat Percukaian [Tax Information Exchange Arrangements (TIEA)] dengan negara lain dalam keadaan di mana tiada Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali dimuktamadkan. Walau bagaimanapun seksyen 22A LBATA hanya memperuntukkan kuasa untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan maklumat untuk double taxation arrangements sahaja. Bagi kedua-dua seksyen ini, tiada rujukan dibuat kepada TIEA.

Cadangan

Memperuntukkan disclosure of information di bawah LBATA bagi tujuan TIEA yang ditandatangan antara kerajaan Malaysia dengan mana-mana kerajaan asing. Maklumat hanya diberi apabila diminta oleh mana-mana pihak berkuasa percukaian luar negara. Bagi tujuan ini, perkataan tax information exchange arrangements ditambah selepas perkataan double taxation arrangements dalam perenggan 22A(1)(a) LBATA, dan maksud tax information exchange arrangement diperuntukkan di bawah Seksyen 22A(2) LBATA.

Cadangan pindaan ini disifatkan berkuat kuasa mulai 28 Januari 2011.

IV. AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976 [AKTA 445]

Memasukkan Perkataan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (The Malaysia Co-Operative Societies Commission) – Perenggan 3(g) Jadual 2

Cadangan

Pindaan adalah selaras dengan pindaan ke atas subseksyen 2(8), ACP 1967 yang memasukkan perkataan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (The Malaysia Co-Operative Societies Commission) sebagai badan yang boleh memberi kelulusan bagi skim pembiayaan berlandaskan prinsip syariah. Dengan pindaan ini, harga pelupusan harta tanah disifatkan bersamaan harga pemerolehan, bagi transaksi pelupusan di bawah skim pembiayaan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Cadangan pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

V. KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN

1. Galakan Cukai Ke Atas Penerbitan Sekuriti Islam Berdasarkan Prinsip Wakalah

Peruntukan sekarang

Di bawah Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan Penerbitan Sekuriti Islam) 2009 [P.U.(A) 420], potongan cukai dibenarkan ke atas perbelanjaan yang

Muka surat 30/43

Page 31: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

dilakukan bagi penerbitan sekuriti islam berasaskan prinsip mudharabah, musyarakah, ijarah atau istisna’ yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Labuan Financial Services Authority atau lain-lain prinsip syariah yang diluluskan oleh Menteri.

Cadangan

Bagi menggalakkan pertumbuhan pasaran modal Islam sejajar dengan objektif mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran sukuk utama global, potongan diperluaskan kepada perbelanjaan bagi menerbitkan sekuriti Islam berdasarkan prinsip Wakalah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti atau Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan bagi maksud pengurangan cukai pendapatan.

Cadangan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2015.

2. Potongan Dua Kali Ke Atas Bayaran Elaun Oleh Syarikat Swasta Yang Terlibat Dalam Internship Programme.

Peruntukan sekarang

Perbelanjaan (termasuk elaun) yang dilakukan oleh seseorang dalam memberi latihan kepada bukan pekerjanya adalah perbelanjaan yang tidak dibenarkan di bawah subseksyen 33(1). Walau bagaimanapun perbelanjaan tersebut dibenarkan potongan khas di bawah perenggan 34(6)(n).

Cadangan

Potongan khas dalam bentuk potongan dua kali diperluaskan kepada bayaran elaun yang dilakukan oleh orang yang bermastautin di Malaysia kepada pelatih yang menjalani tempoh penuh suatu program latihan yang diluluskan (Internship Programme) oleh Talent Corporation Malaysia Bhd. Program yang diluluskan adalah suatu program latihan berstruktur yang memberi pengalaman kemahiran teknikal, komunikasi dan perniagaan. Pelajar bagi maksud galakan cukai ini adalah pelajar sepenuh masa di peringkat sarjana muda yang belajar di universiti tempatan awam dan swasta .

Talent Corporation Malaysia Bhd adalah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang berfungsi untuk mempromosi dan melicinkan Program Pakar di Malaysia.

Cadangan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2016.

3. Potongan Dua Kali Ke Atas Biasiswa Yang Dianugerahkan Kepada Pelajar Yang Layak.

Peruntukan sekarang

Perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam tempoh asas suatu tahun taksiran untuk pemberian biasiswa kepada pelajar dibenarkan potongan khas di bawah perenggan 34(6)(l). Kelayakan potongan ini tiada had masa.

Cadangan

Syarikat dibenarkan potongan dua kali bagi perbelanjaan yang dilakukan dan dibayar untuk pemberian biasiswa kepada pelajar yang mengikuti pengajian di institusi

Muka surat 31/43

Page 32: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

pendidikan tinggi. Pemberian biasiswa tersebut adalah terdiri daripada bayaran yang dikehendaki oleh institusi pendidikan tinggi bagi bantuan pengajian dan kos sara hidup yang munasabah sepanjang pengajian pelajar di institusi pendidikan tinggi.

Galakan cukai ini layak diberikan kepada syarikat yang bermastautin di Malaysia dan berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Walau bagaimanapun galakan cukai ini tidak terpakai kepada syarikat yang telah membuat tuntutan di bawah perenggan 34(6)( l) dalam tempoh asas tahun taksiran yang sama.

Sekiranya biasiswa telah diberikan kepada pelajar tetapi kemudiannya pelajar dikehendaki membayar balik kepada syarikat, ianya dianggap sebagai pendapatan kasar kepada perniagaan syarikat yang berpunca dari Malaysia bagi tempoh asas tahun taksiran itu.

Potongan tidak akan ditarikbalik jika pelajar gagal menamatkan pengajian.

Kriteria yang melayakkan suatu syarikat menuntut potongan pemberian siswa yang dilakukan -

a. Pengajian tahun pertama seorang pelajar di institusi pendidikan tinggi bermula pada atau selepas 1 Januari 2012;

b. Pelajar adalah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;c. Menghadiri pengajian sepenuh masa bagi anugerah diploma atau ijazah pertama

(tidak termasuk ijazah sarjana atau kedoktoran) di institusi pendidikan tinggi;d. Tiada apa-apa punca pendapatan;e. Ibu-bapa atau penjaga, yang mana-mana berkenaan-

i. jumlah pendapatan bulanannya tidak melebihi RM5,000;ii. tiada apa-apa hubungan dengan syarikat;

f. Pelajar tersebut bukan bekas pekerjanya.

Cadangan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2016

4. Potongan Dua Kali Ke Atas Perbelanjaan Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Menyertai Pameran Kerjaya Di Luar Negara Yang Disahkan Oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (Talentcorp.)

Peruntukan sekarang

Perbelanjaan yang dilakukan oleh orang yang menyertai pameran kerjaya untuk mendapatkan pekerja adalah perbelanjaan yang dibenarkan di bawah subseksyen 33(1)

Cadangan

Sebagai galakan untuk menarik kepulangan profesional warganegara Malaysia dari luar negara untuk kembali ke Malaysia dan bekerja dengan syarikat di Malaysia, potongan tambahan (2X) dibenarkan ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi mengikuti pameran kerjaya di luar negara yang diluluskan oleh Talentcorp. dalam tempoh asas perniagaannya dan dilakukan terutama atau semata-mata bagi menarik kepulangan profesional warganegara Malaysia dari luar negara untuk kembali ke Malaysia dan bekerja dengannya.

Perbelanjaan yang dibenarkan adalah berkaitan dengan-

Muka surat 32/43

Page 33: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

a. Tambang berkenaan perjalanan ke luar negara yang tidak melebihi 3 orang bagi tujuan menyertai pameran kerjaya dan perbelanjaan sebenar yang terdiri daripada-

i. tambang kapal terbang kelas ekonomi;ii. maksimum sehingga RM300 sehari untuk penginapan; daniii. maksimum sehingga RM150 sehari untuk makanan bermula wakil bertolak

dari Malaysia hingga kembali semula ke Malaysia bagi menyertai pameran tersebut.

b. Publisiti dan iklan dalam apa-apa media di luar Malaysia berhubung dengan penyertaan dalam pameran kerjaya;

c. Apa-apa perbelanjaan langsung yang diperakui oleh Talentcorp. bagi menyertai pameran kerjaya tetapi tidak termasuk kos barang-barang pameran.

Potongan tidak dibenarkan bagi perbelanjaan yang termasuk di bawah subseksyen 39(1) serta yang berkaitan dengan punca perniagaan di luar negara yang tertakluk kepada cukai negara tersebut.

Cadangan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2016.

5. Potongan Dua Kali Bagi Perbelanjaan Promosi Perkhidmatan Pendidikan Sekolah Antarabangsa Dan Sekolah Swasta Di Luar Negara

Peruntukan sekarang

Perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang mempromosi perkhidmatan pendidikan tinggi di luar negara layak mendapat potongan dua kali di bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapaan (Potongan Bagi Penggalakan Eksport Pendidikan Tinggi) 2001 yang berkuat kuasa mulai tahun taksiran 1996.

Cadangan

Untuk menggalakkan perkembangan sektor pendidikan potongan dua kali diperluaskan kepada sekolah antarabangsa dan sekolah swasta .

Cadangan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

6. Potongan Ke Atas Perbelanjaan Fi Francais Bagi Memulakan Perniagaan Francais

Oleh Francaisi

Peruntukan sekarang

Perbelanjaan fi francais adalah perbelanjaan one-off yang perlu dibayar oleh francaisi kepada francaisor sebelum memulakan perniagaan francais. Oleh kerana perbelanjaan dilakukan sebelum perniagaan dimulakan, perbelanjaan tersebut tidak dibenarkan potongan di bawah subseksyen 33(1).

Muka surat 33/43

Page 34: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cadangan

Perbelanjaan fi francais adalah perbelanjaan one-off yang perlu dibayar oleh francaisi kepada francaisor sebelum memulakan perniagaan francais, tidak termasuk royalti atau sebarang bayaran berkala kepada francaisor.

Untuk menggalakkan perkembangan sektor perniagaan francais di Malaysia, potongan sekali dibenarkan ke atas perbelanjaan fi francais yang dilakukan sebelum memulakan perniagaan.

Galakan cukai hanya terhad kepada francais tempatan jenama tempatan yang berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Cadangan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012.

VI. PERINTAH CUKAI PENDAPATAN (PENGECUALIAN)

1. Insentif Cukai Sekolah Swasta Dan Sekolah Antarabangsa

Peruntukan sekarang

Sekolah antarabangsa dan sekolah swasta yang ditubuhkan tidak bermotif keuntungan adalah dikecualikan daripada pembayaran cukai pendapatan di bawah Perintah Cukai Pendapatan (PCP) seperti berikut:

Sekolah Antarabangsa & Sekolah Ekspatriat

PCP (No.20) 2006 [P.U.(A) 205/2006]

Sekolah yang ditubuhkan oleh sekumpulan orang atau suatu badan amanah di bawah seksyen 2 Akta atau suatu syarikat terhad oleh jaminan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang fungsinya semata-mata bagi maksud menubuh dan mengurus sekolah tersebut.

Penentuan dan kelulusan sebagai sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tidak bermotifkan keuntungan.Sekolah Swasta PCP (No.5) 2008

[P.U.(A) 247/2008] Sekolah yang ditubuhkan oleh

sekumpulan orang atau suatu badan amanah di bawah seksyen 2 Akta atau suatu syarikat terhad oleh jaminan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang fungsinya semata-mata bagi maksud menubuh dan mengurus sekolah tersebut.

Penentuan dan kelulusan sebagai

Muka surat 34/43

Page 35: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

sekolah swasta adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tidak bermotifkan keuntungan.

Sekolah antarabangsa yang ditubuhkan bermotif keuntungan pula layak menikmati pengecualian cukai pendapatan dalam tempoh asas suatu tahun taksiran bersamaan dengan kos perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pertama perbelanjaan modal yang layak dilakukan. Pengecualian dihadkan sehingga 70% daripada pendapatan berkanun untuk setiap tahun taksiran. Galakan ini adalah bagi permohonan yang diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia mulai 14 Julai 2010.

Cadangan

Bagi menggalakkan kemasukan pelajar-pelajar warga negara asing ke Malaysia, galakan cukai diberikan kepada sekolah antarabangsa dan sekolah swasta.

a. Sekolah Antarabangsa ertinya suatu syarikat yang –

i. ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan bermastautin di Malaysia;

ii. berdaftar di bawah Akta Pendidikan (Akta 550); daniii. penubuhannya diluluskan dan didaftar sebagai sekolah antarabangsa atau

sekolah ekspatriat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

b. Sekolah swasta ertinya suatu syarikat yang –

i. ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan bermastautin di Malaysia;

ii. berdaftar di bawah Akta Pendidikan (Akta 550); daniii. penubuhannya diluluskan dan didaftar oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia.

c. Sekolah antarabangsa dan sekolah swasta yang diberi pengecualian adalah sekolah bermotifkan keuntungan dan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965. Ia berbeza dengan sekolah yang diuruskan oleh sekumpulan orang atau suatu badan amanah di bawah seksyen 2, Akta atau suatu syarikat terhad oleh jaminan yang tidak bermotifkan keuntungan seperti di bawah peruntukan sekarang.

d. Galakan untuk sekolah swasta

Sekolah swasta diberi pilihan untuk menikmati:

i. dikecualikan daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaan penyediaan perkhidmatan pendidikan di Malaysia bagi tempoh 5 tahun bermula daripada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Pembanguran Pelaburan Malaysia. Pemberian galakan ini adalah serupa dengan taraf perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986; atau

ii. dikecualikan daripada pembayaran cukai pendapatan dalam tempoh asas suatu tahun taksiran berkenaan dengan pendapatan berkanun yang

Muka surat 35/43

Page 36: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

diperoleh daripada perniagaan penyediaan perkhidmatan pendidikan di Malaysia bersamaan dengan kos perbelanjaan modal yang layak yang dilakukan dalam tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pertama perbelanjaan modal yang layak dilakukan. Pengecualian dihadkan sehingga 70% daripada pendapatan berkanun untuk setiap tahun taksiran. Amaun kos perbelanjaan yang tidak dapat diserap dalam suatu tahun taksiran layak dihantar ke hadapan sehingga amaun tersebut dikecualikan sepenuhnya. Pemberian galakan ini adalah serupa dengan elaun cukai pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986

e. Galakan sekolah antarabangsa

Pengecualian cukai pendapatan dalam tempoh asas suatu tahun taksiran berkenaan dengan 70% daripada pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perniagaan penyediaan perkhidmatan pendidikan di Malaysia bagi tempoh 5 tahun bermula daripada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. Pemberian galakan ini adalah serupa dengan taraf perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

f. Sekiranya sekolah menjalankan perniagaan lain, perniagaan penyediaan perkhidmatan dianggap sebagai suatu punca perniagaan berasingan dan perlu menyediakan akaun berasingan.

g. Elaun modal berkaitan aset yang dikongsi antara perniagaan penyediaan perkhidmatan dan perniagaan lain hendaklah dibahagikan mengikut kaedah yang munasabah berdasarkan tahap kegunaan bagi setiap punca.

h. Galakan ini tidak terpakai kepada sekolah dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika –

i. telah menuntut elaun pelabuaran semula di bawah Jadual 7A atau 7B Akta;

ii. telah diberikan apa-apa galakan cukai di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

iii. telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subsekyen 127(3A) Akta;

iv. telah menuntut suatu potongan di bawah mana-mana kaedah-kaedah cukai pendapatan di bawah seksyen 154 Akta kecuali elaun di bawah Jadual 3 Akta;

v. gagal memenuhi syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam kelulusannya berhubung dengan perkhidmatan pendidikan di suatu sekolah.

i. Galakan ini tidak terpakai bagi permohonan yang dibuat kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia sebelum 8 Oktober 2011 atau selepas 31 Disember 2015.

2. Melanjutkan Pengecualian Cukai Ke Atas Penerbitan Dan Urus Niaga Sukuk Bukan Ringgit.

Muka surat 36/43

Page 37: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Peruntukan Sekarang

a. Pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang berhubungan dengan urusan berniaga dalam sukuk dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2008 [PU(A) 393]

b. Pendapatan berkanun yang diperoleh daripada aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti dan menasihati kewangan korporat di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang berkaitan dengan pengaturan, penajaminan dan pengagihan sukuk dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 10) 2008 [PU(A) 394].

c. Kedua-dua pengecualian akan tamat dalam tahun taksiran 2011.

Cadangan

Bagi mempromosikan Malaysia sebagai pangkalan penerbitan dan dagangan antarabangsa bagi sukuk bukan ringgit, adalah dicadangkan tempoh pengecualian cukai sedia ada dilanjutkan bagi tempoh 3 tahun lagi.

Cadangan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2014.

3. Pusat Pengurusan Perbendaharaan [Treasury Management Centre (TMC)]

Cadangan

a. Syarikat yang menubuhkan TMC dan menyediakan perkhidmatan pengurusan perbendaharaan kepada syarikat berkaitan di dalam Malaysia dan di luar Malaysia diberikan galakan cukai seperti berikut:

i. Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun yang diperoleh daripada perkhidmatan pengurusan perbendaharaan bagi tempoh 5 tahun. Pendapatan yang layak dikecualikan cukai adalah-

Fi dan pendapatan pengurusan daripada penyediaan perkhidmatan yang layak kepada syarikat berkaitan dalam dan luar Malaysia;

Pendapatan faedah yang diterima daripada pemberian pinjaman kepada syarikat berkaitan dalam dan luar negara Malaysia;

Pendapatan faedah dan keuntungan yang diterima daripada penempatan dana dalam bank tempatan berlesen atau pelaburan jangka pendek (dalam negara dan luar negara) sebagai sebahagian daripada pengurusan dan lebihan dalam kumpulan;

Keuntungan pertukaran mata wang asing daripada pengurusan risiko kumpulan syarikat seperti risiko kadar pertukaran, risiko kadar faedah dan risiko komiti; dan

Yuran jaminan.

Muka surat 37/43

Page 38: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

ii. Pengecualian cukai pendapatan (cukai pegangan) bagi pembayaran faedah ke atas pinjaman daripada bank bukan pemastautin dan syarikat berkaitan bukan pemastautin;

iii. Pengecualian cukai pendapatan ke atas bahagian pendapatan penggajian pegawai dagang berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan di luar Malaysia.

b. TMC ertinya suatu syarikat –

i. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 [Act 125] dan bermastautin di Malaysia;

ii. Menjalankan perniagaan penyediaan perkhidmatan yang layak di Malaysia; dan

iii. Diluluskan oleh Menteri setelah memenuhi syarat yang ditetapkan.

c. Perkhidmatan yang layak adalah perkhidmatan berkaitan perbendaharaan adalah seperti berikut-

i. Pengurusan perkhidmatan tunai, termasuk pengumpulan tunai melalui akaun pusat yang diselenggara dengan bank tempatan berlesen;

ii. Pengurusan akaun semasa, termasuk-

Urusan akaun pemiutang dan penghutang; dan Pengaturan penjelasan secara ofset antara syarikat.

iii. Pembiayaan dan pengurusan hutang, termasuk -

Mengatur pembiayaan yang kompetitif daripada dana lebihan dalam kumpulan atau daripada institusi kewangan di Malaysia dan luar negara serta melalui terbitan bon dalam ringgit atau mata wang asing; dan

Memberi atau mengatur jaminan kewangan dan bukan kewangan bagi kumpulan syarikat berkaitan.

iv. Perkhidmatan pelaburan termasuk -

Pelaburan dana kumpulan ke dalam pasaran wang domestik dan dalam aset mata wang asing di dalam dan di luar negara.

v. Pengurusan risiko kewangan, yang termasuk lindung nilai -

Risiko kadar pertukaran Risiko kadar faedah Risiko pasaran Risiko kredit / rakan niaga Risiko mudah tunai dan Risiko harga komoditi

vi. Khidmat nasihat korporat dan kewangan, termasuk-

Muka surat 38/43

Page 39: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Penyelidikan dan majlis pelaburan atau ekonomi Unjuran kewangan dan analisis trend kewangan; dan Pentadbiran dan kewangan kredit

Ia tidak termasuk perkhidmatan pengurusan harian (day to day) seperti perakaunan dan pemasaran.

d. Oleh kerana transaksi melibatkan syarikat berkaitan, fi yang dikenakan atau dibayar hendaklah mengikut prinsip selengan. Kadar faedah yang dikenakan atau dibayar juga perlu berdasarkan kadar pasaran.

e. Perkhidmatan pengurusan harian yang dinyatakan di perenggan (c) di atas, perniagaan lain dan penyediaan perkhidmatan yang layak di Malaysia adalah dianggap satu punca yang berasingan dan perlu menyediakan akaun berasingan.

f. Pendapatan yang dikecualikan adalah pendapatan berkanun iaitu selepas memotong elaun yang kena dibuat di bawah Jadual 3, Akta walaupun tiada elaun itu telah dibuat. Jika aset dikongsi di antara perniagaan perkhidmatan yang layak dan perniagaan lain, elaun modal hendaklah dibahagikan mengikut kaedah yang munasabah berdasarkan tahap kegunaan bagi setiap punca.

g. Ketidakpakaian

Perintah ini tidak terpakai bagi suatu pusat pengurusan perbendaharaan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran –

i. Telah membuat tuntutan untuk elaun pelaburan semula di bawah Jadual 7A atau elaun pelaburan di bawah Jadual 7B Akta;

ii. Telah diberikan apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327];

iii. Telah diberikan pengecualian di bawah perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) Akta;

iv. Telah membuat tuntutan untuk potongan di bawah mana-mana Kaedah yang dibuat di bawah seksyen 154 Akta kecuali elaun di bawah Jadual 3 Akta;

v. Gagal untuk memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri berdasarkan kelulusan peruntukan perkhidmatan yang layak.

Galakan ini bagi permohonan yang diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia mulai 8 Oktober 2011 hingga 31 Disember 2016.

VII. PERINTAH CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976 (PENGECUALIAN)

Muka surat 39/43

Page 40: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

1. Pengenaan Cukai Keuntungan Harta Tanah Bagi Pelupusan Aset Yang Boleh Dikenakan Cukai Pada Atau Selepas 1 Januari 2012

Peruntukan sekarang

Pengiraan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) atas pelupusan aset boleh dikenakan cukai (chargeable asset) adalah tertakluk kepada kadar cukai di bawah Bahagian I, II dan III Jadual 5 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976). Walau bagaimanapun melalui Perintah CKHT (Pengecualian) (No. 2) 2009 [P.U(A) 486/2009], pengecualian sebahagian ( partial exemption) diberi ke atas keuntungan aset yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun dari pemerolehan aset. Pengecualian tersebut mengakibatkan keuntungan pelupusan aset dikenakan cukai bersamaan 5% sahaja. Manakala pengecualian sepenuhnya diberi atas pelupusan aset yang dilakukan selepas 5 tahun dari tarikh pemerolehan.

Cadangan

Kadar tetap CKHT yang rendah iaitu 5% tidak begitu berkesan bagi membendung aktiviti spekulasi dalam pasaran harta tanah yang mana jika tidak dikawal akan memberi kesan kepada harga harta tanah. Bagi membendung aktiviti spekulasi, kadar CKHT ke atas pelupusan aset dikaji semula seperti berikut:

Tempoh Pegangan Kadar CKHT

SyarikatIndividu

(Warganegara & Penduduk Tetap)

Individu(Bukan

Warganegara)Sehingga 2 tahun 10% 10% 10%

Melebihi 2 hingga 5 tahun 5% 5% 5%Melebihi 5 tahun 0% 0% 0%

Bagi mencapai maksud di atas, perintah pengecualian diwartakan untuk mengecualikan sebahagian keuntungan boleh dikenakan cukai dalam semua transaksi pelupusan aset bermula 1 Januari 2012. Pengecualian tersebut akan mengakibatkan pelupusan aset dikenakan cukai bersamaan 10% dan 5% mengikut tempoh pegangan aset.

Amaun keuntungan yang layak diberi pengecualian ditentukan mengikut formula berikut –

A X C B

A - amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan boleh dikenakan cukai ke atas orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai dikenakan ke atas keuntungan boleh dikenakan cukai itu pada kadar –

sepuluh peratus (sekiranya pelupusan dibuat dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemerolehan aset ); atau

lima peratus (sekiranya pelupusan dibuat selepas 2 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun dari tarikh pemerolehan aset)

B - amaun cukai yang dikenakan ke atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu mengikut kadar cukai yang berkenaan;

C - amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu.

Muka surat 40/43

Page 41: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cadangan ini berkuat kuasa bagi pelupusan aset mulai 1 Januari 2012.

Contoh 10:

Syarikat Indah Sdn Bhd membeli sebuah bangunan kilang pada 20 Oktober 2012 dengan harga RM1 juta. Bangunan kilang tersebut didapati tidak sesuai untuk beroperasi maka pada 19 Ogos 2013 syarikat menjualnya pada harga RM1.2 juta. Tempoh pegangan harta tanah adalah 10 bulan (yakni dalam tempoh 1 tahun). Mengikut peruntukan Bahagian II, Jadual 5, ACKHT 1976, kadar CKHT yang patut dikenakan atas pelupusan tersebut ialah 30%. Walau bagaimanapun, melalui cadangan pindaan, pelupusan tersebut hanya dikenakan cukai pada kadar 10%.

Dengan menggunakan formula di atas pengiraan cukai adalah seperti berikut-

RM

1,200,000

1,000,000

200,000

Nilai balasan

Tolak: Harga pemerolehanKeuntungan pelupusan

Keuntungan yang dikecualikan:

(200,000 X 30%) – (200,000 X 10%) X 200,000 = 133,333 (200,000 X 30%)

Keuntungan yang boleh dikenakan cukai:(200,000 – 133,333) = 66,667

Cukai yang dikenakan:66,667 X 30% = 20,000.10

Kadar cukai secara efektif dikenakan pada kadar 10% ke atas keuntungan pelupusan aset ialah 200,000 X 10% = 20,000.

Contoh 11:

Puan Laila telah melupuskan sebidang tanah kosong di Pulau Langkawi pada 30 Jun 2014 dengan harga RM400,000. Tanah tersebut dibeli pada 15 Februari 2012 dengan harga RM250,000. Tempoh pegangan harta tanah adalah 2 tahun 4 bulan. Mengikut peruntukan Bahagian I, Jadual 5, ACKHT 1976, kadar CKHT yang patut dikenakan atas pelupusan tersebut ialah 20%. Walau bagaimanapun, melalui cadangan pindaan pelupusan tersebut hanya dikenakan cukai pada kadar 5%.Dengan menggunakan formula di atas pengiraan cukai adalah seperti berikut-

RM

400,000

250,000

150,000

Nilai balasan

Tolak: Harga pemerolehanKeuntungan pelupusanTolak:

Pengecualian Perenggan 2 Jadual 4

Muka surat 41/43

Page 42: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

RM10,000 atau 10% (yang mana lebih tinggi)

Keuntungan yang boleh dikenakan cukai

15,000

135,000

Keuntungan yang dikecualikan:

(135,000 X 20%) – (135,000 X 5%) X 135,000 = 101,250 (135,000 X 20%)

Keuntungan yang boleh dikenakan cukai:(135,000 – 101,250) = 33,750

Cukai yang dikenakan:33,750 X 20% = 6,750.00

Kadar cukai secara efektif dikenakan pada kadar 5% ke atas keuntungan pelupusan aset ialah 135,000 X 5% = 6,750.00.

VIII. PERINTAH DUTI SETEM (PENGECUALIAN)

1. Pengecualian Duti Setem 100% Ke Atas Surat Cara Perjanjian Pinjaman Rumah Kediaman Di Bawah Skim Perumahaan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) Yang Berharga Sehingga RM300,000.

Peruntukan Semasa

Pengecualian duti setem sebanyak 50% diberi ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama berharga sehingga RM350,000 dengan syarat perjanjian jual beli disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2012.

Cadangan

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah kediaman yang memberi nilai untuk wang, berkualiti dan lebih selesa di kawasan bandar, pengecualian duti setem 100% kepada mana-mana suratcara pinjaman bagi pembelian sebuah rumah berharga sehingga RM300,000 di bawah Skim PR1MA yang disempurnakan di antara seorang pembeli dengan-

a. sebuah bank, institusi kewangan, syarikat insurans atau koperasi; atau

b. seorang majikan di bawah suatu skim pinjaman perumahan pekerja,

Permohonan bagi pengecualian duti setem di bawah perenggan ini boleh dibuat hanya sekali dan pembeli merupakan seorang individu warganegara Malaysia yang layak membeli harta kediaman PR1MA.

Cadangan ini berkuat kuasa bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016.

2. Pengecualian Duti Setem Ke Atas Surat Cara Perjanjian Pinjaman Bagi Skim Pembiayaan Mikro Yang Diluluskan Oleh National SME Development Council Dengan Nilai Pembiayaan Tidak Melebihi RM50,000.

Muka surat 42/43

Page 43: Bajet 2012

TERHAD Nota Penerangan Bajet 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Cadangan

Pengecualian duti setem sebanyak 100% ke atas surat cara pinjaman yang diluluskan bagi skim pembiayaan mikro yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan (National SME Development Council) untuk amaun yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit (RM50,000) di antara seorang peminjam dan suatu bank atau institusi pinjaman yang disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2012.

Cadangan ini berkuat kuasa bagi surat cara pinjaman yang disempurnakan mulai 1 Januari 2012.

3. Pusat Pengurusan Perbendaharaan [Treasury Management Centre (TMC)]

Cadangan

Syarikat yang menubuhkan TMC dan menyediakan perkhidmatan aktiviti pengurusan kewangan kepada syarikat berkaitan di dalam dan di luar Malaysia diberikan pengecualian duti setem 100% ke atas semua surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan yang melibatkan TMC untuk menjalankan perkhidmatan yang layak.

Cadangan ini berkuat kuasa mulai 8 Oktober 2011 hingga 31 Disember 2016.

4. Dana Perkhidmatan Profesional

Cadangan

Pengecualian duti setem 100% ke atas surat cara perjanjian pinjaman berhubung Dana Perkhidmatan Profesional dengan nilai pinjaman tidak melebihi RM50,000 yang disempurnakan antara peminjam dan Bank Simpanan Nasional.

Cadangan ini berkuat kuasa bagi perjanjian pinjaman yang disempurnakan mulai 1 Januari 2012

Muka surat 43/43