pck 1 perubahan bentuk2 tenaga

11
SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA PCK 1: PERUBAHAN TENAGA TUJUAN : Untuk menyiasat perubahan tenaga AKTIVITI: Jalankan aktiviti-aktiviti di bawah: a) Pasangkan lampu meja b) Menyalakan lilin c) Menghidupkan kalkulator kuasa solar d) Masukkan dua bateri ke dalam kereta permainan dan hidupkan e) Meregangkan gelang getah f) Memerhatikan telefon berbunyi 1

Upload: aaron-james

Post on 10-Aug-2015

852 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

SCE3109

TRANSCRIPT

Page 1: PCK 1 Perubahan Bentuk2 Tenaga

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

PCK 1: PERUBAHAN TENAGA

TUJUAN : Untuk menyiasat perubahan tenaga

AKTIVITI:

Jalankan aktiviti-aktiviti di bawah:

a) Pasangkan lampu meja

b) Menyalakan lilin

c) Menghidupkan kalkulator kuasa solar

d) Masukkan dua bateri ke dalam kereta permainan dan hidupkan

e) Meregangkan gelang getah

f) Memerhatikan telefon berbunyi

1

Page 2: PCK 1 Perubahan Bentuk2 Tenaga

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

PEMERHATIAN

Aktiviti Perubahan tenaga

a) Lampu meja dipasangkan

Tenaga elektrik tenaga

cahaya

b) Lilin dinyalakan

Tenaga kimia tenaga haba

+ tenaga cahaya

c) Kalkulator kuasa solar dihidupkan

Tenaga solar tenaga

elektrik tenaga cahaya

2

Page 3: PCK 1 Perubahan Bentuk2 Tenaga

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

d) Dua bateri dimasukkan ke dalam kereta permainan

dan dihidupkan

Tenaga elektrik tenaga

kinetik

e) Gelang getah diregangkan

Tenaga kinetik tenaga

keupayaan

f) Telefon berbunyi diperhatikan

Tenaga elektrik tenaga

bunyi + tenaga kinetik

3

Page 4: PCK 1 Perubahan Bentuk2 Tenaga

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

PENGETAHUAN MASTERI DAN SOALAN BERKEMAHIRAN

a) Apakah yang anda dapati daripada aktiviti ini?

Melalui aktiviti yang telah dijalankan, saya telah mengetahui bahawa tenaga

adalah satu keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta atau

dimusnahkan. Apabila kita menggunakan tenaga, ia tidak hilang tetapi menukarkan dari

satu bentuk ke bentuk yang lain. Dalam aktiviti harian, pertukaran tenaga berlaku dari

satu bentuk ke bentuk yang lain akan melibatkan kehilangan tenaga. Sebahagian

daripada tenaga akan hilang menjadi tenaga haba. Perubahan tenaga ini dikenali

sebagai Hukum Termodinamik.

Tenaga didapati bertukar dalam pelbagai bentuk seperti tenaga kinetik, tenaga

keupayaan, tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga bunyi, tenaga kimia, tenaga elektrik,

tenaga nuklear dan tenaga mekanikal. Tenaga bermula dengan satu bentuk dan

bertukar kepada bentuk yang lain. Tetapi, terdapat juga tenaga bertukar kepada lebih

daripada satu bentuk sebelum terhasil bentuk tenaga paling akhir.

b) Bahagian yang manakah kurikulum sains sekolah rendah boleh anda ajar bagi

tajuk seperti ini?

Bagi Kurikulum Sains Sekolah Rendah, bahagian yang sesuai untuk mengajar

topik seperti ini ialah mengikut sukatan Tahun 5 iaitu bahagian menyiasat alam fizikal.

Dalam bidang pembelajaran Tenaga, antara hasil pembelajarannya ialah:

(i) Memahami tenagaAras 1Menyatakan pelbagai sumber tenagaAras 2Mengenal pasti pelbagai bentuk tenagaAras 3Menerangkan konsep tenaga

4

Page 5: PCK 1 Perubahan Bentuk2 Tenaga

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

(ii) Memahami tenaga elektrikAras 1Memberi contoh pelbagai alat yang menghasilkan tenaga elektrikAras 2Memerihalkan tenaga elektrik boleh diubah kepada bentuk tenaga lainAras 3Menerangkan penjimatan penggunaan tenaga elektrik

(iii) Menghargai sumbangan sains dan teknologi dalam penciptaan alat yang boleh mengubah bentuk tenaga.

Mewajarkan kepentingan penciptaan alat elektrik yang boleh mengubah tenaga elektrik kepada bentuk tenaga yang diperlukan untuk keselesaan hidup.

c) Bincangkan bagaimanakah anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam proses

pengajaran dan pembelajaran?

Untuk mengaplikasikan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran, model 5

Fasa Needham boleh digunakan. Fasa yang pertama dalam model ini ialah fasa

orientasi iaitu bertujuan untuk menimbulkan minat murid-murid pada awal waktu kelas

diadakan. Aktiviti yang boleh digunakan adalah membawa alatan dan bahan seperti

lampu suluh/meja, kereta mainan, lilin, getah, kalkulator solar dan telefon bimbit ke

kelas dan menjalankan demonstrasi di hadapan murid-murid. Kemudian menjalankan

aktiviti seperti di atas dan bertanyakan soalan apakah yang berlaku pada bahan-bahan

tersebut. Guru juga boleh mengeluarkan bateri daripada kereta dan bertanyakan pada

murid jika kereta tersebut boleh bergerak atau tidak.

Fasa yang kedua pula ialah pencetusan idea. Fasa ini adalah bertujuan supaya

guru mengetahui pengetahuan sedia ada murid. Daripada aktiviti sebelumnya, guru

akan bertanya dengan murid-murid beberapa soalan seperti:

(i) Apakah yang menyebabkan bahan-bahan tersebut dapat berfungsi?

(ii) Apakah maksud tenaga?

(iii) Berikan contoh-contoh jenis tenaga yang diketahui?

(iv) Berikan contoh-contoh sumber tenaga?

5

Page 6: PCK 1 Perubahan Bentuk2 Tenaga

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

Seterusnya, fasa penstrukturan semula idea iaitu mewujudkan kesedaran

tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Dalam fasa ini, murid-murid akan

menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai dan diperkembangkan lagi

atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. Di sini, guru akan menerangkan konsep

tenaga dan peranan tenaga agar bahan-bahan tersebut dapat berfungsi, kemudian guru

menerangkan konsep tenaga yang boleh diubah ke bentuk tenaga yang lain dengan

menggunakan contoh-contoh bahan demonstrasi sebelumnya sebagai bahan bantu

mengajar.

Fasa yang keempat ialah pengaplikasikan idea iaitu dengan pengukuhan

kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Guru seterusnya akan

membentuk kumpulan perbincangan dan memberikan lembaran kerja kepada setiap

kumpulan. Murid-murid dikehendaki untuk berbincang soalan lembaran kerja iaitu

menyatakan jenis tenaga dan perubahan tenaga menurut soalan, kemudian

menyenaraikan 5 contoh peralatan lain dalam kehidupan seharian yang menggunakan

tenaga dan mengalami perubahan tenaga. Ini boleh menguji tahap kefahaman murid-

murid tentang topik ini.

Contoh-contoh lain:

i) Seterika elektrik: tenaga elektrik tenaga haba

ii) Radio menggunakan sumber tenaga: tenaga elektrik tenaga bunyi

iii) Televisyen : tenaga elektrik tenaga bunyi + tenaga cahaya

iv) Alat pengering rambut: tenaga elektrik tenaga kinetik tenaga haba +

tenaga bunyi

Fasa yang terakhir ialah refleksi. Tujuan fasa ini adalah menyedari tentang

perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka

telah berubah dan cuba membetulkan pengetahuan sedia ada mereka. Dalam fasa ini,

guru akan menyemak jawapan perbincangan lembaran kerja. Kemudian merumuskan

semua penerangan yang telah dijelaskan kepada murid-murid pada akhir kelas

menggunakan peta minda.

6

Page 7: PCK 1 Perubahan Bentuk2 Tenaga

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

d) Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

Seorang guru telah memainkan peranan yang sangat penting dalam

mengendalikan aktiviti ini. Guru memainkan peranan sebagai seorang penyampai

maklumat. Guru menerangkan tentang konsep tenaga dan perubahan tenaga supaya

memberi satu pendedahan awal kepada murid dan memberi pengenalan tentang

konsep ini sebelum menyatakan maklumat yang selanjutnya.

Selain itu juga, guru juga dikenali sebagai fasilitator yang akan membimbing

anak murid supaya berupaya untuk mengenalpasti bentuk-bentuk tenaga yang dalam

soalan lembaran kerja. Daripada situ, guru bertugas sebagai pembimbing yang akan

mendorong murid dan memberi penerangan seterusnya untuk mengukuhkan lagi

pengetahuan murid.

Guru juga dikenali sebagai pemberi masalah yang memberi banyak persoalan

kepada murid bagi menguji kefahaman seorang murid itu tentang topik yang diajar pada

waktu itu. Guru turut berperanan sebagai pembantu penyelesaian masalah yang

bertanggungjawab untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah kurang

memahami akan yang telah disampaikan oleh guru dan cuba untuk menjelaskan lagi

topik tersebut secara ringkas dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid

tentang topik ini.

7

Page 8: PCK 1 Perubahan Bentuk2 Tenaga

SCE3109 TENAGA DALAM KIMIA

SUMBER RUJUKAN

BUKU

Chang See Leong, Chia Song Choy (2004) Fokus e-masteri SPM Fizik. Penerbitan

Pelangi Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan.

LAMAN WEB

Perubahan bentuk-bentuk tenaga (transformation of energy)

http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/05/perubahan-bentuk-bentuk-tenaga.html

Nota Sains 1 2 3 (tenaga)

http://www.sains123.cikgunaza.com/2012/06/tenaga.html

Tenaga kinetik

http://www.sains123.cikgunaza.com/2012/06/tenaga-kinetik.html

8