kementerian tenaga kerja bahagian pengurusan tenaga kerja

14
KEMENTERIAN TENAGA KERJA Bahagian Pengurusan Tenaga Kerja Asing 1500 Bendemeer Road #02-01 Ministry of Manpower Services Centre Singapore 339946 Pertanyaan Am : 6438 5122 E-mel : [email protected] Laman Web : www.mom.gov.sg

Upload: lengoc

Post on 16-Jan-2017

251 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

NOTES

Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja asing 1500 Bendemeer Road #02-01Ministry of Manpower Services CentreSingapore 339946

Pertanyaan am : 6438 5122 e-mel : [email protected] Laman Web : www.mom.gov.sg

Page 2: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

??

1

Para Majikan yang Dihormati,

Semua Pembantu Rumah Asing yang memiliki permit kerja yang dikeluarkan atau diperbaharui mulai 1 Januari 2013 akan berhak mendapat satu hari rehat setiap minggu atau pampasan sebagai ganti.

Memandangkan ini adalah keperluan baru, kami telah menghasilkan panduan untuk membantu majikan melaksanakan keperluan hari rehat yang baru ini dengan yakin dan mudah. Di dalam panduan ini, kami berharap anda akan menemui jawapan mengenai butiran-butiran keperluan hari rehat dalam undang-undang serta tanggungjawab majikan. Kami juga berharap panduan ini akan memberi bimbingan praktikal tentang bagaimana untuk menghadapi situasi tertentu yang mungkin timbul.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila lawat laman web MOM di www.mom.gov.sg.

Terima kasih.

Yang benar,

Aw Kum CheongPengarah BahagianBahagian Pengurusan Tenaga Kerja Asing

Kementerian Tenaga Kerja

Pendahuluan

KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1

PERKARA YANG DIBIMBANGKAN MAJIKAN Soalan Lazim Daripada Majikan 2

ISU PENGURUSAN Pampasan 10 Mencapai & menandatangani perjanjian bersama 12 Pada hari rehatnya 15

PENALTI DAN PENGUATKUASAAN 18

PERJANJIAN DI ANTARA PEMBANTU RUMAH 21ASING DAN MAJIKAN MENGENAI ATURAN HARI REHAT MINGGUAN

NOTA 23

Page 3: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

?? SOALAN LAzIM DARIPADA MAJIKAN

2 3

1 Apakah kesan keperluan baru untuk hari rehat mingguan dengan pilihan untuk pampasan sebagai ganti terhadap saya mulai 1 Januari 2013?

• Keperluan baru ini tidak akan memberi kesan kepada anda jika permit Pembantu Rumah Asing anda dikeluarkan atau diperbaharui sebelum 1 Januari 2013.

• Anda tertakluk kepadanya apabila anda memperbaharui permit itu selepas 1 Januari 2013 atau mengambil Pembantu Rumah Asing yang baru atau tambahan pada atau selepas 1 Januari 2013. Dalam kes ini, anda mesti memberi Pembantu Rumah Asing anda satu hari rehat dalam seminggu, atau memberi pampasan kepadanya kerana bekerja pada hari rehatnya jika dia bersetuju secara bertulis untuk bekerja pada hari tersebut.

• Pembantu Rumah Asing anda mesti dibayar sekurang-kurangnya upah untuk satu hari bagi setiap hari rehat yang dilepaskannya. Upah harian Pembantu Rumah Asing dikira dengan membahagi gaji bulanannya dengan 26 hari bekerja, memandangkan terdapat 4 minggu (dan oleh itu 4 hari rehat) dalam sebulan secara lazimnya.

• Anda dan Pembantu Rumah Asing anda mesti sama-sama mempersetujui hari yang akan menjadi hari rehatnya bagi setiap minggu.

2 Saya mempunyai ahli keluarga yang mungkin sentiasa memerlukan perhatian dan saya mesti memberi pampasan kepada Pembantu Rumah Asing saya sekiranya dia bersetuju melepaskan semua hari rehatnya untuk pampasan ini. Ini akan meningkatkan kos saya untuk mengupah Pembantu Rumah Asing.

• Untuk membantu keluarga yang mengupah Pembantu Rumah Asing menjaga ahli keluarga yang sentiasa memerlukan perhatian, seperti kana-kanak, ahli yang tua dan yang kurang upaya, kerajaan telah memberikan pengurangan levi Pembantu Rumah Asing sebanyak $95 sebulan kepada majikan seperti ini. Keluarga ini membayar levi yang dikurangkan berjumlah $170 berbanding levi penuh Pembantu Rumah Asing berjumlah $265.

• Bagi meningkatkan bantuan kepada keluarga yang menjaga ahli keluarga tua yang lemah atau ahli keluarga yang kurang upaya, selagi ahli keluarga ini mempunyai kecacatan pada skala sederhana hingga teruk, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan memberi geran sebanyak $120 sebulan kepada keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan per kapita sebanyak $2,200. Ini termasuk mereka yang mempunyai kecacatan deria, autisme atau kecacatan akal yang lebih teruk. Ini adalah tambahan di atas pengurangan levi sebanyak $95 sebulan untuk keluarga yang mempunyai warga tua, dan merangkumi peningkatan kos pampasan kepada Pembantu Rumah Asing yang bekerja pada hari rehatnya.

• Geran Pembantu Rumah Asing diuruskan oleh Pusat untuk Kehidupan Berdikari (CEl). Butir-butir lanjut, termasuk proses permohonan dan latihan prasyarat boleh didapati di laman web CEI di (http://www.cel.sg). Untuk penjelasan lanjut, majikan boleh menghubungi CEI di talian maklumat mereka di

1800 8585 885 atau melawat Pusat untuk Kehidupan Berdikari di City Square Mall (180 Kitchener Road, #B2-19/20, Singapore 208539).

Soalanlazim daripada

majikan Anda tertakluk kepada keperluan hari rehat mingguan apabila anda memperbaharui permit, atau mengambil Pembantu Rumah Asing yang baru atau tambahan pada atau selepas 1 Januari 2013.

1

2

Semua Pembantu Rumah Asing yang permit kerjanya dikeluarkan atau diperbaharui pada atau selepas 1

Januari 2013 akan mendapat hari rehat mingguan. Oleh kerana pembaharuan

kamu dibuat pada bulan Jun 2012, maka syarat-syarat baru tidak terpakai.

Jangan risau, apabila tiba masanya untuk pembaharuan pada

2014...

Jadi Ma’am, saya tidak mendapat hari rehat mingguan?

...kita boleh bincangkan aturan hari rehat yang sesuai untuk

kita semua.

Okey, terima kasih, Ma’am!

Ma’am, adakah saya berhak untuk menerima hari rehat mingguan menurut kontrak baru?

Page 4: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

SOALAN LAzIM DARIPADA MAJIKANSOALAN LAzIM DARIPADA MAJIKAN

4 5

Penjagaan Warga Tua di Rumah

Pusat Penjagaan Warga Tua

Rumah Orang Dewasa Kurang Upaya

Rumah Kanak-kanak Kurang Upaya

3 Saya mempunyai ahli keluarga yang sentiasa memerlukan perhatian dan jagaan. Apakah pilihan penjagaan alternatif bagi saya?

• Pada hari ini, terdapat pelbagai perkhidmatan jagaan warga tua di rumah dan secara komuniti:

- Penjagaan Warga Tua di Rumah menawarkan perkhidmatan penjagaan di rumah sendiri untuk mereka yang memerlukan bantuan dengan sekurang-kurangnya satu Aktiviti Kehidupan Harian (ADL) dan/atau ADL Penting. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah penjagaan kebersihan diri, pengurusan rumah, dan perkhidmatan penjagaan diri (contoh: pemakanan melalui tiub dan pembersihannya, pemantauan tanda-tanda penting). Perkhidmatan hujung minggu disediakan oleh kebanyakan pembekal perkhidmatan.

- Pusat Penjagaan Warga Tua (SCC) menyediakan perkhidmatan penjagaan secara komuniti untuk warga tua yang lemah yang berumur 55 tahun ke atas, yang memerlukan pengawasan dan penjagaan apabila pengasuh tiada atau sedang bekerja. SCC menawarkan jagaan harian (untuk warga tua yang lemah hinggakan yang menghidapi demensia), perkhidmatan pemulihan komuniti dan perkhidmatan kejururawatan.

Bagi membantu menampung kos perkhidmatan penjagaan untuk pengasuh, subsidi berdasarkan ujian kemampuan akan dikenakan kepada Warga Singapura dan Pemastautin Tetap menurut Rangka Kerja Ujian Kemampuan Penjagaan Jangka Pertengahan dan Panjang.

• Rumah Kanak-kanak Kurang Upaya dan Rumah Orang Dewasa Kurang Upaya yang menyediakan perkhidmatan penjagaan sementara untuk kanak-kanak dan orang dewasa kurang upaya juga disediakan. Pusat-pusat ini menyediakan perkhidmatan penjagaan sementara jangka pendek untuk keluarga yang, di atas sebab tertentu, tidak dapat menjaga tanggungan kurang upaya mereka, atau apabila pengasuh sendiri memerlukan waktu rehat sementara.

• Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh menghubungi Pusat untuk Kehidupan Berdikari di 1800-8585 885 atau lawati laman web mereka di www.cel.sg atau Pusat untuk Kehidupan Berdikari di City Square Mall (180 Kitchener Road, #B2-19/20, Singapore 208539). Anda juga boleh menghubungi mana-mana pembekal perkhidmatan seperti yang dilampirkan di halaman 5:

Penjagaan Warga Tua di Rumah:

NTUC Eldercare: www.ntuceldercare.org.sg

Thye Hua Kwan Moral Charities: www.thkmc.org.sg

TOUCH Community Services: www.touch.org.sg

ECON Healthcare Group: www.econhealthcare.com

Lentor Residence: www.lentorresidence.com

Pusat Penjagaan Warga Tua:

NTUC Eldercare: www.ntuceldercare.org.sg

St Luke’s ElderCare: www.slec.org.sg

Rumah Kanak-kanak Kurang Upaya:

Metta Home: www.metta.org.sg

Red Cross Home: www.redcross.org.sg/articles/red-cross-home-for-the-disabled/

MINDSville@Napiri – Children’s Wing: www.minds.org.sg

Rumah Orang Dewasa Kurang Upaya:

Metta Home: www.metta.org.sg

Singapore Cheshire Home: www.cheshirehome.org.sg

Red Cross Home: www.redcross.org.sg/articles/red-cross-home-for-the-disabled/

Moral Home for the Disabled: www.thkms.org.sg

MINDSville@Napiri – Home: www.minds.org.sg

3

Page 5: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

??SOALAN LAzIM DARIPADA MAJIKANSOALAN LAzIM DARIPADA MAJIKAN

6 7

Pembantu Rumah Asing melakukan kesalahan bekerja secara haram sekiranya dia bekerja untuk selain daripada majikannya, tanpa mengira sama ada kerja itu dilakukan pada hari rehatnya atau tidak.

Apakah yang boleh dilakukan oleh majikan sekiranya Pembantu Rumah Asing mereka membandingkan persekitaran kerja pada hari rehat mereka dan bertukar-tukar kerja atau menuntut syarat-syarat bekerja yang lebih baik (dan mengancam untuk berhenti sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi)?

• Pembantu Rumah Asing sama sahaja seperti pekerja lain. Kami faham keinginan mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka melalui gaji dan syarat-syarat bekerja yang lebih baik, sama ada mendapat hari rehat ataupun tidak. Sama seperti hubungan kerja yang lain, apa-apa perubahan kepada syarat-syarat bekerja mesti dipersetujui bersama oleh majikan dan Pembantu Rumah Asing. Kami menggalakkan majikan memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan Pembantu Rumah Asing dan menyelesaikan isu-isu bersama dengan mereka.

• Pembantu Rumah Asing masih perlu mendapatkan kebenaran majikan mereka sebelum mereka dibenarkan menukar majikan.

• MOM akan memantau Pembantu Rumah Asing yang sering bertukar ganti majikan. Agensi pekerjaan (EA) mesti memaklumkan majikan mengenai sejarah Pembantu Rumah Asing dan mendapatkan perakuan bahawa mereka menerima maklumat tersebut. MOM sedang mempertingkatkan audit bagi memastikan EA mematuhi syarat-syarat pelesenan ini.

Bolehkah Pembantu Rumah Asing bekerja untuk orang lain pada hari rehatnya?

• Pembantu Rumah Asing hanya dibenarkan untuk melakukan kerja rumah untuk majikannya di alamat kediaman majikan yang dinyatakan dalam permitnya.

• Pembantu Rumah Asing melakukan kesalahan bekerja secara haram sekiranya dia bekerja untuk selain daripada majikannya, tanpa mengira sama ada kerja itu dilakukan pada hari rehatnya atau tidak.

• Sebagai majikan, anda mesti mengingatkan Pembantu Rumah Asing anda supaya tidak bekerja secara haram pada hari rehatnya. Di bawah Seksyen 5(2) Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing (EFMA), tiada pekerja asing yang dibenarkan bekerja untuk mana-mana majikan tanpa pas kerja yang sah. Pembantu Rumah Asing yang bekerja untuk selain daripada majikannya yang sah telah melakukan kesalahan di bawah Akta EFMA. Jika disabit kesalahan, mereka akan didenda tidak melebihi $20,000, dipenjarakan tidak melebihi 24 bulan, atau kedua-duanya sekali. Mereka juga akan dihalang daripada bekerja di Singapura.

4

5

Ma’am, kawan-kawan saya mendapat wang sampingan dengan bekerja pada hari

rehat mereka. Jika Ma’am ada kawan-kawan yang memerlukan

pembantu rumah sambilan, boleh tak saya bekerja untuk mereka

pada hari rehat saya?

Yani, kamu tidak boleh kerja pada hari rehat kamu! Jika kamu ditangkap, kamu

boleh didenda sehingga $20,000 dan/atau dipenjarakan sehingga 2 tahun. Jika saya

membantu kamu bekerja secara haram, saya juga boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjarakan sehingga 1 tahun, atau kedua-

duanya sekali. Sungguh tak berbaloi. Lagi pun hari rehat kamu adalah untuk kamu berehat!

Ooh! Saya akan ingatkan kawan-kawan saya supaya jangan bekerja pada hari

rehat mereka!

Page 6: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

??SOALAN LAzIM DARIPADA MAJIKANSOALAN LAzIM DARIPADA MAJIKAN

8 9

Penyedia Kursus

1 FAST - Persatuan Latihan Kemahiran Pembantu Rumah Asing www.fast.org.sg Penjagaan, Memasak, Bahasa Inggeris, Keselamatan Kerja

2 ACMI- Suruhanjaya Archdiocesan untuk Penjagaan Pastoral Migran dan Orang Bergerak http://www.acmi.org.sg/node/14 http://www.facebook.com/pages/ACMI/254071285496 Penjagaan, Kemahiran Komputer, Mendandan Rambut

3 Aidha - sekolah perniagaan mikro dunia http://www.aidha.org/singapore-campus/our-curriculum/overview/ Kemahiran Kewangan dan Pengurusan, cth: Belanjawan dan Penabungan,

Kemahiran Komputer Asas dan Lanjutan, Kemahiran Keusahawanan dan Pengurusan Atau sila tulis kepada [email protected]

4 HOME - Pertubuhan Kemanusiaan untuk Ekonomi Migran www.home.org.sg Penjagaan, Komputer, Kosmetologi

5 Komuniti Filipina Novena, Pembangunan Semua Wanita Gereja New Era (DAWN) http://dawnsingapore.wordpress.com Penjagaan, Memasak & Membuat Kek dan Roti, Kemahiran Komputer

6 Perkhidmatan Latihan GoForth Sila tulis kepada [email protected] atau hubungi 68751227 Pembantu Jururawat, Kecelikan Komputer

7 Rumah Sunlove Hubungi 63862763 Penjagaan Kesihatan Asas (Penjagaan Rumah) terutamanya dalam bidang

penjagaan orang tua yang kurang upaya dari segi fizikal atau orang tua yang menghidapi demensia.

8 Pusat Pembelajaran Mujahidah http://mujahidah.mujahidinmosque.sg Menjahit, Memasak, Membuat Kek dan Roti, Kemahiran Komputer, Agama

9 Pekerja Filipina di Luar Negara (FOWs) @ Bayanihan Pusat Bayanihan di 43 Pasir Panjang Road atau hubungi 64722954 (hari Ahad sahaja) Bantuan Kejururawatan, Kemahiran Komputer

10 Program Pembangunan Berterusan Filipina (FILODEP) 49A Holland Road atau hubungi 6280 0451 Memasak, Membuat Kek dan Roti, Menjahit, Kemahiran Komputer, Gitar

11 Sekolah Indonesia Sila tulis kepada [email protected] atau kunjungi kami di 20A Siglap Road Bahasa Inggeris, Kemahiran Komputer, Menjahit, Mendandan Rambut, Kursus

Sekolah Menengah, Tinggi dan Universiti Terbuka, disediakan dan diiktiraf oleh Majlis Peperiksaan Nasional Indonesia

Bolehkah majikan bersetuju dengan Pembantu Rumah Asing secara lisan mengenai aturan hari rehat tanpa mendokumenkan secara bertulis? Mengapa perlu mendokumenkan aturan ini?

• Perjanjian secara lisan menghadapi risiko salah faham dan pertikaian yang akan menjejaskan hubungan kerja. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, dan untuk memberikan penjelasan dan kepastian yang lebih kepada majikan dan Pembantu Rumah Asing, kedua-dua pihak mesti mendokumenkan perjanjian bersama aturan hari rehat untuk kepentingan masing-masing.

• Undang-undang Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja) memerlukan persetujuan secara bertulis daripada Pembantu Rumah Asing untuk bekerja pada hari rehatnya dengan diberi pampasan sebagai ganti rugi. Perjanjian bertulis ini mesti dikemas kini sekiranya terdapat perubahan pada aturan yang dipersetujui bersama. Anda juga mungkin mahu merekodkan variasi ad hoc pada aturan hari rehat.

Apakah tindakan wajar majikan bagi memastikan Pembantu Rumah Asing mereka menghabiskan hari rehat mereka secara produktif?

• Pembantu Rumah Asing anda harus diberi kebebasan untuk menentukan bagaimana dia mahu menghabiskan hari rehatnya. Anda boleh menggalakkan Pembantu Rumah Asing anda untuk menyertai aktiviti yang membina dan bermakna seperti kursus-kursus pembelajaran serta latihan kemahiran, untuk membantunya menggunakan masa secara lebih produktif.

• Terdapat NGO yang menawarkan program latihan kemahiran dan menganjurkan aktiviti rekreasi untuk Pembantu Rumah Asing pada hari rehat mereka. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program ini dan menggalakkan penyertaan Pembantu Rumah Asing anda. Sila lawati laman web organisasi yang disenaraikan di halaman 9 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

• Anda juga boleh membaca buletin INFOCUS untuk majikan yang juga mengandungi senarai kursus dan aktiviti berguna untuk Pembantu Rumah Asing.

6

7

…bagi kepentingan kedua-dua pihak, aturan hari rehat yang dipersetujui bersama mesti didokumenkan dengan jelas.

Page 7: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

ISU PENGURUSAN

…Pembantu Rumah Asing anda mesti dibayar sekurang-kurangnya upah sehari bagi setiap hari rehat yang dilepaskan.

10 11

Bolehkah saya mengumpulkan hari rehat Pembantu Rumah Asing saya dan membenarkannya mengambil cuti panjang di penghujung kontrak pekerjaanya?

• Tidak. Di bawah Undang-undang Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja), hari rehat gentian mesti diberikan di dalam tempoh bulan kalendar itu juga.

• Hari rehat mingguan adalah untuk membenarkan Pembantu Rumah Asing berehat dari segi mental dan emosi daripada tugas-tugas rumah mereka.

Pampasan

Pada hari rehatnya

Mencapai dan menandatangani

perjanjian bersama

PenguruSaniSu

PAMPASAn

Bagaimanakah kadar pampasan sebagai ganti hari rehat dikira? Bolehkah saya membayar Pembantu Rumah Asing saya $20 sebulan supaya dia melepaskan hari rehatnya untuk bulan itu?

• Di bawah Undang-undang Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja), Pembantu Rumah Asing mesti dibayar sekurang-kurangnya upah sehari bagi setiap hari rehat yang dilepaskan. Ini mesti dibayar sebagai tambahan kepada gaji mereka pada setiap bulan.

• Upah harian Pembantu Rumah Asing dikira dengan membahagi gaji bulanannya dengan 26 hari bekerja, kerana lazimnya terdapat 4 minggu (bersamaan 4 hari rehat) dalam sebulan.

Bagaimana jika Pembantu Rumah Saya mahukan lebih daripada upah sehari sebagai kadar pampasan minimum?

• Anda dan Pembantu Rumah Asing anda mesti berbincang dan mencapai persetujuan bersama mengenai jumlah pampasan yang munasabah untuk kedua-dua pihak. Di bawah Undang-undang Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja), Pembantu Rumah Asing anda mesti dibayar sekurang-kurangnya upah sehari bagi setiap hari rehat yang dilepaskan.

Saya akan memperbaharui kontrak pekerjaan saya dengan Pembantu Rumah Asing selepas 1 Januari 2013. Di bawah kontrak sekarang, dia mempunyai 1 hari rehat setiap bulan. Jika Pembantu Rumah Asing saya mahukan lebih banyak hari rehat di bawah kontrak baharu, bolehkah saya mengurangkan gajinya kerana dia akan menikmati lebih banyak hari rehat dan lebih sedikit hari bekerja?

• Upah ditentukan oleh kuasa pasaran, dan sejauh mana anda perlukan dan menghargai perkhidmatan Pembantu Rumah Asing anda. Anda dinasihatkan supaya membincangkan syarat-syarat bekerja yang baharu dengan Pembantu Rumah Asing anda untuk mencapai persefahaman mengenai gajinya dan untuk mencatatkan persetujuan tersebut.

1

2

3

4

Nita, anda nampak ceria hari ini. Oh, kalau begitu, baik

saya gunakan cuti mingguan saya!Maafkan saya Nita, tapi itu tak

dibenarkan. Hari rehat mingguan adalah untuk memberikan kamu masa rehat secukupnya supaya

kamu dapat bekerja dengan lebih selamat dan produktif.

Ya Ma’am. Saya fikir, jika saya tidak menggunakan hari rehat

mingguan saya, saya dapat mengumpulkan kesemuanya dan

mengambil cuti lebih awal apabila kontrak saya tamat nanti.

Kamu juga ada pilihan untuk menerima pampasan sebagai ganti hari rehat jika itu yang

kamu mahukan.

Page 8: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

??ISU PENGURUSANISU PENGURUSAN

12 13

Apakah perlu saya atau Pembantu Rumah Asing saya lakukan sekiranya mana-mana pihak ingin menukar perjanjian hari rehat yang dipersetujui sebelum ini?

(Contoh 1: Saya bersetuju memberikan Pembantu Rumah Asing saya hari rehat, tetapi sekarang, saya perlukan dia bekerja pada hari rehatnya.

Contoh 2: Saya bersetuju memberikan Pembantu Rumah Asing saya hari rehat, tetapi sekarang, dia lebih suka bekerja pada hari rehatnya.

Contoh 3: Pembantu Rumah Asing saya bersetuju bekerja pada hari rehatnya, tetapi sekarang, dia mahu mengambil cutinya.)

• Majikan dan Pembantu Rumah Asing boleh mengubah aturan hari bekerja mereka yang dipersetujui sebelum ini berdasarkan persetujuan bersama.

• Apabila timbul keperluan atau terdapat permohonan daripada Pembantu Rumah Asing untuk mengubah aturan hari rehat, kami menggalakkan kedua-dua pihak supaya berbincang secara terbuka dan berusaha ke arah mencapai aturan hari rehat yang dipersetujui bersama. Anda kemudiannya harus mencatatkan aturan baharu ini secara bertulis.

…bagi gaji bulan Disember, Pembantu Rumah Asing mesti dibayar gaji dan pampasan sebagai ganti hari rehat sebelum 7 Januari.

Bolehkah saya membayar Pembantu Rumah Asing saya pampasan untuk semua hari rehat dalam bentuk bonus apabila tamat tempoh pekerjaan nanti?

• Undang-undang Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja) (EFMR) mewajibkan majikan membayar pampasan kerana bekerja pada hari rehat bersama gaji yang perlu dibayar kepada Pembantu Rumah Asing untuk bulan tersebut.

• Menurut EFMR, gaji bulanan mestilah dibayar tidak melebihi 7 hari daripada hari terakhir tempoh gaji. Sebagai contoh, jika tempoh gaji ialah pada bulan Disember, Pembantu Rumah Asing mesti dibayar gaji dan pampasan sebagai ganti hari rehat sebelum 7 Januari.

MenCAPAI DAn MenAnDATAngAnI PeRJAnJIAn BeRSAMA*

Bolehkah saya meminta Pembantu Rumah Asing saya supaya melepaskan semua atau sebahagian daripada hari rehatnya bagi tempoh dua tahun secara kontrak?

• Ya, anda boleh meminta Pembantu Rumah Asing anda supaya melepaskan semua atau sebahagian daripada hari rehat mereka untuk pampasan sebagai ganti secara kontrak bagi tempoh dua tahun atau mana-mana tempoh yang lain. Kami faham bahawa ada majikan yang mungkin mempunyai ahli keluarga yang memerlukan penjagaan sepenuh masa oleh Pembantu Rumah Asing. Ada juga majikan yang mahu Pembantu Rumah Asing mereka bersetuju mengambil hari rehat apabila mereka sudah tinggal lebih lama di Singapura, terutamanya yang baru pertama kali bekerja di situ.

• Kami mahu menggalakkan majikan supaya mengambil berat keperluan Pembantu Rumah Asing untuk berehat dan memberikan mereka hari rehat sejauh mana yang mampu.

* Contoh perjanjian yang akan ditandatangani di antara majikan dan Pembantu Rumah Asing untuk mencatatkan aturan hari rehat boleh didapati di halaman 21 Panduan ini.

5

1

2

Ma’am, saya mahu mengambil hari rehat saya dan tidak

mahu pampasan.

Tetapi kamu bersetuju bekerja pada hari rehat

kamu apabila kamu menandatangani kontrak

pekerjaan.

Kamu buat saya serba salah. Saya perlu kamu menjaga anak-anak bila saya dan suami keluar

untuk urusan-urusan rumah pada hari Ahad.

Okey, kita boleh buat begitu. Saya berasa lega kamu faham

keadaan saya. Saya juga faham kamu perlukan waktu

rehat kamu dan masa bersama keluarga dan kawan-kawan kamu.

Ya Ma’am, tetapi sepupu saya bekerja di sini sekarang dan saya ingin berjumpa dengannya pada

hari rehatnya.

Bagaimana jika saya ambil cuti selang seminggu?

Page 9: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

?? ISU PENGURUSANISU PENGURUSAN

Anda dan Pembantu Rumah Asing anda boleh saling mempersetujui hari mana dalam seminggu yang akan menjadi hari rehatnya. Hari itu tidak semestinya hari Ahad.

14 15

PADA HARI ReHATnYA

Adakah hari rehat perlu jatuh pada hari Ahad?

• Anda dan Pembantu Rumah Asing anda boleh saling mempersetujui hari mana dalam seminggu yang akan menjadi hari rehatnya. Hari itu tidak semestinya hari Ahad.

• Oleh kerana hari rehat lazimnya jatuh pada hari Ahad, maka lebih digalakkanjika anda mencapai persetujuan dengan Pembantu Rumah Asing anda sebelum dia mula bekerja dengan anda sekiranya anda lebih suka dia mengambil cuti pada hari lain. Jika anda menggunakan perkhidmatan agensi pekerjaan, anda harus menyatakan keperluan ini dari awal lagi.

Apakah yang perlu dilakukan oleh saya atau pembantu Rumah Asing saya jika mana-mana pihak perlu mengubah aturan hari rehat hanya untuk sekali sahaja?

• Anda dan Pembantu Rumah Asing anda harus membincangkan variasi ad-hoc kepada aturan hari rehat anda dengan notis secukupnya diberikan kepada pihak lain supaya persetujuan yang memuaskan hati semua pihak boleh dicapai.

• Sekiranya anda dan pembantu rumah anda gagal mencapai persetujuan, maka kedua-dua pihak mesti terus menerima aturan hari rehat yang dipersetujui sebelum ini.

Jika saya memperbaharui permit kerja Pembantu Rumah Asing saya selepas 1 Januari 2013, perlukah saya menandatangani kontrak pekerjaan baharu dengan memasukkan syarat hari rehat yang baharu? Apakah aturan hari rehat yang baharu sekiranya saya tidak menandatangani kontrak pekerjaan baharu dengannya?

• Untuk pembaharuan Permit Kerja mulai 1 Januari 2013, anda harus menandatangani kontrak pekerjaan baharu yang menjelaskan aturan hari rehat yang dipersetujui oleh anda dan Pembantu Rumah Asing anda selaras dengan Undang-undang Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja) yang baharu.

• Sekiranya tiada perjanjian bertulis merakamkan aturan hari kerja di antara majikan dan Pembantu Rumah Asing anda, ini bermakna bahawa Pembantu Rumah Asing anda akan mengambil hari rehat mingguannya.

• Anda juga harus tahu bahawa ketiadaan perjanjian bertulis akan menyebabkan proses penyiasatan yang berpanjangan sekiranya terdapat sebarang pertikaian atau aduan.

3

4 1

Yani, boleh tak kamu tukar hari rehat kamu dari hari

Ahad ke hari Jumaat ini? Saya perlu bantuan kamu untuk

mengadakan parti hari jadi.

Umm, tapi Sir, saya perlu hantar duit ke kampung. Bukankah MOM hanya membenarkan hari Ahad

sebagai hari rehat?

Tidak, MOM membenarkan mana-mana hari dalam seminggu sebagai

hari rehat, asalkan kedua-dua pihak bersetuju.

Oh, okey Sir, kita boleh tukar untuk minggu ini.

Terima kasih, Yani! Mari catatkan perubahan dalam aturan ini secara bertulis

untuk rekod kita!

Page 10: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

?? ISU PENGURUSANISU PENGURUSAN

16 17

2

Bolehkah Pembantu Rumah Asing memilih untuk tinggal di rumah pada hari cuti mereka?

• Oleh kerana Pembantu Rumah Asing tinggal di rumah majikan mereka, mereka harus dibenarkan duduk di rumah majikan jika mereka tidak mahu keluar.

6 Bolehkah saya meminta Pembantu Rumah Asing saya melakukan kerja ringan pada hari rehatnya?

• Aturan kerja dalam setiap rumah adalah berbeza. Anda dan Pembantu Rumah Asing anda harus membincangkan aturan yang dipersetujui bersama. Pada umumnya, anda boleh meminta Pembantu Rumah Asing anda untuk melakukan kerja-kerja ringan.

Adakah Pembantu Rumah Asing saya dianggap mendapat hari rehat sekiranya saya membawanya bersiar-siar bersama keluarga?

• Hari rehat harus terpulang kepada Pembantu Rumah Asing anda. Dia harus boleh memilih bagaimana dia mahu menghabiskan hari rehatnya. Pembantu Rumah Asing juga harus diberi kebebasan untuk keluar rumah jika dia mahu, supaya dia mendapat rehat yang secukupnya dari segi fizikal dan emosi.

7 Perlukah saya menyediakan makanan untuk Pembantu Rumah Asing saya pada hari rehatnya?

• Majikan lazimnya menyediakan makanan untuk Pembantu Rumah Asing mereka jika Pembantu Rumah berada di rumah pada waktu makan pada hari rehat mereka. Anda juga boleh berbincang dengannya tentang ini jika perlu.

Berapa jamkah yang ditetapkan untuk berehat dalam satu hari rehat dan apakah waktu bagi tempoh tersebut?

• Kebanyakan majikan memberikan Pembantu Rumah Asing mereka sekurang-kurangnya 8 jam terus-menerus untuk berehat daripada kerja. Oleh kerana aturan kerja di setiap rumah berbeza, anda harus berbincang dan mencapai persetujuan bersama dengan Pembantu Rumah Asing anda mengenai masa dan tempoh hari rehatnya.

• Pembantu Rumah Asing anda mesti diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk berehat dari segi fizikal dan emosi daripada kerja serta kebebasan untuk memilih bagaimana dia mahu menghabiskan masa rehatnya itu.

Jika Pembantu Rumah Asing saya pulang lewat pada hari rehatnya, bolehkah saya potong gajinya?

• Anda tidak boleh memotong gajinya kerana dia tidak dibayar pada hari rehatnya. Undang-undang juga mewajibkan anda membayar gaji Pembantu Rumah Asing anda sepenuhnya pada setiap bulan.

• Jika Pembantu Rumah Asing anda pulang lewat, anda harus berbincang dengannya dan mengingatkannya supaya mematuhi waktu pulang yang dipersetujui bersama lalu menasihatinya supaya tidak mengulanginya pada hari rehat seterusnya.

35

4

6

7

…Pembantu Rumah Asing harus diberikan kebebasan keluar rumah jika dia mahu supaya dia boleh berehat secukupnya dari segi fizikal dan emosi.

Okey Yani, tidak apa. Saya nak keluar membawa anjing berjalan-jalan. Saya akan lipat baju yang

bertimbun ini bila saya balik nanti.

Terima kasih, Yani, tapi kamu harus dapatkan rehat yang

secukupnya untuk diri kamu. Saya tahu ini sangat penting.

Atau mungkin kita boleh buat

sama-sama…lebih cepat habis nanti.

Tak apa, Ma’am. Saya boleh tolong Ma’am lipat

baju nanti.

Okey Yani. Terima kasih!

Saya akan belanja kamu makan tengah hari yang enak

nanti!

Yani, kamu tak keluar hari ini?

Ma’am, saya mahu duduk di rumah sahaja dan tulis surat kepada

keluarga saya di Indonesia.

Page 11: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

??

PENALTI & PENGUATKUASAAN

18 19

Sekiranya Pembantu Rumah Asing melanggar Permit Kerjanya atau melarikan diri, apakah akan terjadi pada bon sekuriti sebanyak $5,000?

• MOM memahami kebimbangan majikan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan sekiranya Pembantu Rumah Asing mereka melanggar syarat-syarat Permit Kerja dengan sendiri, terutamanya di luar waktu kerja atau pada hari rehat mereka. Oleh itu, sejak Januari 2010, MOM tidak lagi menganggap majikan bertanggungjawab sekiranya Pembantu Rumah Asing mengandung atau melanggar syarat-syarat Permit Kerja disebabkan kesalahan sendiri.

• MOM juga tidak akan mengambil bon sekuriti sekiranya Pembantu Rumah Asing melarikan diri, contohnya, ke MOM atau kedutaannya untuk memohon bantuan, atau jika rekod kami menunjukkan bahawa dia telah meninggalkan negara.

• Bon sekuriti menghadapi risiko hanya jika majikan gagal memenuhi syarat-syarat bon atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, apabila Pembantu Rumah Asing melarikan diri dan majikan gagal menghantarnya pulang. Cuma beberapa bon sekuriti yang tidak dikembalikan oleh MOM setiap tahun. Pada tahun 2011, 22 bon sekuriti tidak dikembalikan sebahagiannya bagi membayar repatriasi Pembantu Rumah Asing yang dijumpai selepas mereka hilang. Tiada bon sekuriti yang diambil sepenuhnya. Oleh itu, Pembantu Rumah Asing yang hilang bukanlah perkara besar walaupun hakikatnya mereka berjumlah lebih daripada 200,000 orang di Singapura.

Apakah penalti yang dikenakan terhadap majikan sekiranya mereka gagal memberikan Pembantu Rumah Asing mereka hari rehat mingguan atau memberi pampasan kepada mereka pada kadar paling minimum gaji sehari kerana bekerja pada hari rehat?

• Majikan yang gagal melakukan demikian telah melanggar Undang-undang Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja) (EFMR). Penalti maksimum bagi pelanggaran EFMR adalah denda sehingga S$10,000 atau penjara sehingga 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Apakah penalti yang dikenakan terhadap majikan sekiranya mereka menggunakan perkhidmatan Pembantu Rumah Asing lain yang bekerja pada hari rehat mereka dengan melakukan kerja rumah sambilan atau kerja sambilan di pejabat, kedai dsb.?

• Majikan melakukan kesalahan jika mereka menggunakan perkhidmatan Pembantu Rumah Asing yang tidak diluluskan untuk bekerja dengan mereka.

• Di bawah Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing, majikan ini boleh didenda sehingga $30,000 atau dipenjarakan sehingga 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Adakah saya akan dikenakan penalti jika Pembantu Rumah Asing saya bekerja secara sambilan pada hari rehatnya?

• Pembantu Rumah Asing yang bekerja secara sambilan pada hari rehat melakukan satu kesalahan dan boleh didenda sehingga $20,000 dan/atau dipenjarakan sehingga 2 tahun.

• Anda tidak boleh membenarkan Pembantu Rumah Asing anda bekerja secara sambilan atau memudahkannya bekerja secara haram kerana berbuat demikian merupakan satu kesalahan. Majikan yang didapati berbuat demikian boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjarakan sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya sekali.

1

2

3

Penalti

PenguatkuaSaan&

4

MINIMART XYZMINIMART XYZ MINIMART XYZ

Hari rehat untuk Pembantu Pekerja Asing ini satu idea

yang sangat bagus. Kamu dan kawan-kawan kamu boleh

mendapat duit lebih bekerja untuk saya.

Kami dari MOM dan kamu didakwa mengambil pekerja haram. Kamu

menghadapi denda sehingga $30,000 dan penjara sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pembantu Rumah Asing yang bekerja untuk kamu juga akan didakwa.

Ya, majikan saya tidak tahu saya bekerja pada hari

rehat saya, tetapi sekarang saya dapat kirim lebih

banyak wang ke kampung.$30,000

Page 12: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

PERJANJIAN DI ANTARA PEMBANTU RUMAH ASING (FDW) DAN MAJIKAN MENGENAI ATURAN HARI REHAT MINGGUAN FDW

Perjanjian ini dibuat di antara (a) FDW dan (b) Majikan selaras dengan Undang-undang Kementerian Tenaga Kerja berkenaan peruntukan hari rehat mingguan bagi FDW. Sila rujuk kepada Lampiran A dalam petikan daripada Undang-undang Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Pas Kerja).

Syarat-syarat Perjanjian:

Kami, FDW dan Majikan, bersetuju bahawa pihak majikan akan memberikan FDW:

Satu hari rehat untuk setiap minggu. Hari rehat akan diberikan pada hari

_____________________ ;

ATAU

__________ hari rehat dalam sebulan pada hari ___________________________

dengan pampasan sebagai ganti pada kadar $ __________ bagi setiap hari rehat

yang dilepaskan.

_____________________________ _____________________________ Tandatangan FDW Tandatangan Majikan Tarikh: Tarikh:

[Bagi setiap perubahan selepas ini yang dipersetujui oleh majikan dan FDW, rekod berikut mesti dikekalkan]

Kami, FDW dan Majikan, bersetuju bahawa majikan akan memberikan FDW:

Hari rehat pada _____________ (tarikh) sebagai ganti hari rehat yang dilepaskan

pada _____________ (tarikh);

ATAU

Pampasan sebagai ganti pada kadar $ _______________ (paling minimum gaji 1 hari)

kerana bekerja pada hari rehat pada ______________ (tarikh)

_____________________________ _____________________________ Tandatangan FDW Tandatangan Majikan Tarikh: Tarikh:

PIHAK TeRLIBAT PeMBAnTU RUMAH ASIng (FDW) MAJIKAn

Nama

No. Kad Pengenalan/No. Permit

20 21??

SEKOLAH MEMASAK MAMA MIA

Itu pembantu baru kamu? Dia keluar untuk hari rehat ke?

Tak menyusahkan kamu sekeluarga ke?

Ya. Setiap minggu, dia dapat cuti sehari.

Mula-mula, agak susah sedikit. Tapi Yati sendiri masuk kelas menjahit dan memasak. Sekarang saya dapat

menikmati hasilnya!

Dia tiada masalah. Kami menghabiskan lebih banyak masa bersama pada pagi Ahad sekarang. Kami pergi

ke pasar kemudian balik masak lauk sendiri!...

…Kamu tahulah, buat kerja bersama-sama! Kamu tahu, suami saya sekarang pandai masak! Rupa-rupanya hari

rehat ini sangat bagus bagi kami.

Oh, baguslah! Mesti dia rasa sungguh

seronok. Bagaimana dengan suami kamu? Dia setuju dengan

keadaan ini?

Page 13: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

LAMPIRAN A NOTA

22 23

JADUAL KeeMPAT, UnDAng-UnDAng PengAMBILAn TenAgA KeRJA ASIng (PAS KeRJA) 2012

12. Tertakluk pada perenggan 13, majikan akan memberikan pekerja asing satu hari rehat tanpa gaji bagi setiap 7 hari (termasuk hari Ahad dan cuti am). Hari rehat semestinya terdiri daripada mana-mana hari dalam tempoh 7 hari tersebut dan mesti dipersetujui bersama oleh majikan dan pekerja asing.

13. Walau apa pun perenggan 12, majikan tidak perlu memberikan hari rehat kepada pekerja asing jika terdapat perjanjian bertulis terdahulu yang dipersetujui bersama oleh majikan dan pekerja asing -

a) di mana pekerja asing akan bekerja menggantikan hari rehatnya; dan

b) di mana pekerja asing akan diberi pampasan sebagai ganti kerana bekerja pada hari rehat dalam bentuk –

(i) hari rehat gantian tanpa gaji. Hari rehat gantian semestinya satu hari dalam bulan yang sama jatuhnya hari rehat asal dan mesti dipersetujui bersama oleh majikan dan pekerja asing; atau

(ii) pampasan kewangan yang tidak kurang daripada kadar gaji untuk kerja sehari bagi pekerja asing,

dan pekerja asing diberi pampasan menurut perjanjian bertulis yang terdahulu.

14. Bagi tujuan perenggan 12 dan 13 -

a) hari Ahad atau cuti umum akan dianggap sebagai hari rehat hanya sekiranya majikan dan pekerja asing mempersetujui bersama bahawa hari Ahad atau cuti umum ialah hari rehat;

b) jika tempoh 7 hari yang dirujuk dalam perenggan 12 jatuh di antara 2 bulan, majikan dan pekerja asing akan mempersetujui bersama akan hari rehat gantian dalam tempoh salah satu daripada 2 bulan tersebut;

c) perjanjian terdahulu yang dirujuk dalam perenggan 13 mesti dipersetujui bersama oleh majikan dan pekerja asing sebelum pekerja asing bekerja menggantikan hari rehat;

d) apabila mengira kadar gaji untuk kerja sehari di bawah perenggan 13(b)(ii), kadar gaji untuk kerja sehari adalah kadar gaji bulanan pekerja asing dibahagi dengan 26; dan

e) sebarang pampasan kewangan yang diberikan sebagai ganti hari rehat mesti dibayar oleh majikan kepada pekerja asing bersama dengan gaji bulanan seterusnya yang terawal yang perlu dibayar kepada pekerja asing itu

Page 14: Kementerian tenaga Kerja Bahagian Pengurusan tenaga Kerja

NOTA

24