pbsm

18
TOPIK 1 KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BSSM SEMESTER 4 2011 1.0 Pengenalan Perkhemahan ini adalah aktiviti yang wajib diadakan oleh semua unit beruniform PISMP semester 4. Program ini dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya latihan amali diadakan untuk membentuk bakal pendidik yang mempunyai keupayaan dan kemampuan untuk berdikari serta amanah dan dapat memenuhi tanggungjawab. Misi utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan aktivit yang terdapat dalam unit beruniform. Perkhemahan ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas. 1

Upload: qiqylala

Post on 22-Oct-2015

77 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PBSM

TRANSCRIPT

Page 1: PBSM

TOPIK 1 KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM

PULAU PINANG

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BSSM

SEMESTER 4 2011

1.0 Pengenalan

Perkhemahan ini adalah aktiviti yang wajib diadakan oleh semua unit beruniform PISMP

semester 4. Program ini dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya latihan

amali diadakan untuk membentuk bakal pendidik yang mempunyai keupayaan dan

kemampuan untuk berdikari serta amanah dan dapat memenuhi tanggungjawab. Misi

utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan yang lebih

mendalam berkenaan aktivit yang terdapat dalam unit beruniform. Perkhemahan ini

juga bertujuan untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas.

1

Page 2: PBSM

1.1 Rasional

Perkhemahan ini penting diadakan kerana ia dapat memberikan pendedahan kepada

ahli persatuan BSSM dalam aspek perkhemahan terutama aktiviti yang melibatkan

ikatan dan simpulan dan dapat mempraktikkan teori yang dipelajari.

1.2Objektif

1.2.1 Memupuk sikap berani mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh dalam

aktiviti yang dijalankan.

1.2.2 Memupuk semangat kerjasama, tolak ansur dan matang ketika membuat

keputusan.

1.2.3 Melahirkan ahli BSMM yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental.

1.2.4 Melatih ahli supaya sentiasa bersedia menghadapi situasi kecemasan.

1.2.5 Memenuhi sukatan GERKO BBSM BPG dalam bidang perkhemahan,

kepimpinan dan kejurulatihan.

1.2.6 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program

kepimpinan.

1.2.7 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam

setiap situasi.

1.3 Penyertaan

Seramai 50 orang ahli akan menyertai perkhemahan unit beruniform ini. Mereka terdiri

dari 33 orang ahli persatuan, 5 orang pensyarah pengiring, seorang juru teknik, 2 orang

pemandu bas, 2 orang pegawai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan 8 orang

pegawai Pertahanan Awam Malaysia.

2

Page 3: PBSM

1.3.1Pensyarah Pengiring terdiri dari:

Puan Hairiah Binti Munip

En Chin Chee Keong

Puan Arthiletchemy A/P Suberamaniam

Encik Maniyarasan A/L Muniandy

Tuan Haji Faisal Bin Mohd Japeri

En Mohd Basil Bin Kabib @ Damanhuri

Tuan Haji Aminuddin Bin Abd Yazid

En. Shakib Ar-Selan Bin Mat Saman

Tn. Hj Abd Rahman Bin Syed Abu Tahir

Pn. Latifah Bt A. Jamil

Encik. Manimaran a/l Govindasamy

1.3.2 Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi :   Muhammad Syukri Bin Mohd Nor

Naib Pengerusi :   Soh Li Sin

Setiausaha :   Nurul Akmal Binti Zulzaimi

Naib Setiausaha:    Muhammad Firdaus B Ahmad

Bendahari :   Syafiqah Bt Razizi

 

Ajk Makanan :         Muhammad Khairuddin Bin Abdul Aziz

                                 Mohamad Azlan Bin Mohd Azilani

                                 Mohamad Afiq Bin Mohamad Sulaiman

                                 Muhammad Shafiq B. Hazman

                                 Nur Amira Bt Md Arif

 

3

Page 4: PBSM

Ajk Aktiviti :             Muhammad Azrin Bin Abdullah

                                  Mohd Fariz Bin Zulkifli

                                  Mohamad Bismil Basir B. Yahaya Basir

Md.Fariq Helmi Bin Mustafar 

 

Ajk Peralatan :         Muhammad Irfan Bin Azman

                                  Mohamed Ainnudin Bin Abdul Aziz

                                  Mohd Fakrulrozi Bin Mohd Nor

                                  Shahrul Faiz Bin Mohamed Shari

 

 

Ajk Keselamatan :   Bong Kok Sin

                                  Wong Huang Chio

                                  Hii Yii Kee

                                  Cecilia Bong May Fung

 

Ajk Pengangkutan : Azraei Fikrie Bin Mohd Khalid

                                   Ahmad Syariff Bin Ahmad Tajudin 

                                   Rosuan Bin Mohamad

 

Ajk Dokumentasi :    Seow Yi Hui

                                    Lian Chia Min

                                    Lim Wu Min

                                    Lim Yi Min

 

Ajk Tempat :              Tay Soon Yong

                                    Lau Hie Shin

                                    Tiong Su Ping

                                    Ong Sue Theng

                                    Ang Shu Zen

                                    Teh Shin Yuan

4

Page 5: PBSM

 

Ajk Rohani :               Mohd Nabil Fikri B. Ismail

                                    Shikh Muhammad Nur Hashim B Shikh Hassan

                                    Amanina Bt Kaus

                                    Nur Aqilah Syamimi Bt Mohammad Rozali

                                    Lem Suk May

                                    Chang Pei Shang

1.4 Cadangan Kursus

1.4.1 Tarikh : 18 – 21 April 2011

1.4.2 Tempat : Nur Lembah Lenggong

1.5 Jadual Aktiviti

5

Hari Aktiviti

Pertama Kemahiran Simpulan dan Ikatan

Kedua Kemahiran Kraf Perkhemahan

Ketiga Ikhtiar Hidup

Page 6: PBSM

1.6 Perbelanjaan

BIL PERKARA CATATAN

1 Makan

41 org x RM 16 X 3 hari

Jumlah RM 1 968

2 Tapak

41 org x RM 30 x 3 hari

Jumlah RM 2 460

JUMLAH RM 4 428

 

Kertas kerja disediakan oleh :

Nurul Akmal Binti Zulzaimi

(S/U Perkhemahan BSSM 2011)

6

Page 7: PBSM

TOPIK 2 LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

2.1 Laporan Sebelum Perkhemahan

Masa pantas berlalu dan kini sudah masuk semester empat program PISMP

kami telah menuntut ilmu di institut ini. Apabila mendapat tugasan yang diberikan oleh

pensyarah kami berasa sangat gembira kerana tugasan-tugasan seperti ini banyak

membantu kami menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Dalam kekurangan

pengalaman dan panduan, kami berusaha untuk meyiapkan tugasan yang diberikan.

Dalam keghairahan kami menyiapkan tugasan ini, kami mempelajari banyak perkara

antaranya tidak segan-silu untuk bertanya kepada pensyarah-pensyarah dan senior-

senior dalam memperoleh panduan dan bimbingan. Di samping dapat memudahkan

kerja, kami dapat berkenalan dengan pensyarah dan senior dengan lebih rapat lagi.

Oleh itu, kami mula berasa seronok untuk meneruskan perjuangan di institut ini kerana

para pensyarah dan senior sentiasa membantu apabila diminta pertolongan.

Perkhemahan Unit beruniform merupakan sebuah program yang penting dan

wajib kepada semua pelatih guru. Perkhemahan Unit beruniform ini diadakan pada 18

Julai sehingga 21 Julai 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di Nur Lembah

Lenggong selama empat hari dan 3 malam. Seperti yang tertakluk dalam kertas kerja

perkhemahan ini, program ini dirancang berdasarkan kesedaran betapa pentingnya

latihan amali diadakan untuk membentuk bakal pendidik yang mempunyai keupayaan

dan kemampuan untuk berdikari serta amanah dan dapat memenuhi tanggungjawab.

Misi utama perkhemahan ini diadakan ialah untuk meningkatkan pengetahuan yang

lebih mendalam berkenaan aktivit yang terdapat dalam unit beruniform. Perkhemahan

ini juga bertujuan untuk mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di dalam kelas.

Fasa pertama iaitu sebelum program Perkhemahan Unit beruniform semester 4

dilaksanakan. Setelah taklimat diberikan oleh pensyarah, maka pelantikan ahli

7

Page 8: PBSM

jawatankuasa (AJK) telah diadakan di dalam makmal Deakin di blok C. Pelantikan ini

telah berjalan dengan lancar dengan sistem undian dan sekalian bersetuju dan berpuas

hati dengan pemilihan yang telah dibuat. Kami berasa cukup mudah untuk melantik AJK

kerana tiada tentangan dan bantahan yang dibuat.

Setelah itu, mesyuarat AJK telah diadakan setiap minggu. Mesyuarat ini

diadakan adalah untuk menyediakan kumpulan Badan Bulan Sabit Merah semester 4

ini bagi menghadapi program Perkhemahan Unit beruniform. Sepanjang tempoh masa

ini banyak persediaan yang kami lakukan termasuklah menempah baju T-shirt baru

untuk perkhemahan, membuat senarai tugas, tempahan barang dan pengangkutan dan

juga perbincangan dengan para pensyarah dan senior tentang pelaksanaan program

Perkhemahan Unit beruniform tersebut.

Terdapat juga beberapa kekangan ketika fasa persediaan untuk menghadapi

program perkhemahan ini. Antara kekangan yang kami hadapi adalah masalah

kekurangan barangan yang disediakan oleh pihak GERKO. Barangan tersebut

termasuklah periuk nasi, cangkul, pisau, dapur masak, pinggan, cawan dan gergaji.

Namun kami dapat selesaikan masalah ini dengan meminjam barang-barang tersebut

dari bengkel Kemahiran Hidup. Mujurlah terdapat pensyarah Badan Bulan Sabit Merah

kami adalah pensyarah Kemahiran Hidup maka dapatlah kami meminjam barangan

tersebut. Periuk nasi pula kami telah ikhtiarkan untuk mendapatkannya dari pihak surau

Al-Ghazali iaitu surau IPG Kampus Tuanku Bainun. Mujur juga terdapat ahli-ahli dalam

Badan Bulan Sabit Merah yang merupakan ahli Badan Kebajikan Surau maka dapatlah

kami meminjam periuk nasi dan sebagainya. Untuk masalah pinggan dan cawan pula

kami selesaikan dengan meminta setiap ahli membawa pinggan dan cawan masing-

masing.

8

Page 9: PBSM

Kami telah bertungkus-lumus mengadakan persediaan untuk perkhemahan ini.

Hampir setiap hari kami keluar mencari barangan yang diperlukan untuk dibawa ke

perkhemahan tersebut. WalaNamun demi kejayaan perkhemahan tersebut kami

sanggup berkorban apa sahaja.

Sebagai peserta kami cukup berpuas hati dengan persediaan yang AJK lakukan

kerana ahli Badan Bulan Sabit Merah semester 4 yang lain adalah sangat rajin dan

berdedikasi dalam menggalas tugas masing-masing dan saling bekerjasama dalam

membuat persediaan.

2.2 Laporan Semasa Melaksanakan Perkhemahan

Pada 18 Julai kami semua sebagai Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah

Malaysia telah bertolak dari maktab dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh

pihak maktab. Perjalanan kami ke kem Nur Lembah Lenggong penuh dengan pelbagai

persoalan di minda. Kami semua berharap , kami dapat menjalani aktiviti yang telah

disediakn tanpa mengalami sebarang masalah dan dapat bekerjasama dengan ahli unit

uniform yang lain dalam memastikan perjalanan aktiviti perkhemahan bergerak lancar.

Selepas sampai di Kem Nur Lembah Lenggong, kami semua terkesima dengan

keindahan alam semulajadi di kem tersebut. Kami semua menggambil kesempatan

untuk menangkap gambar bagi menjadi tatapan kepada mereka yang tidak

berkesempatan untuk menyertai perkhemahan bersama kami. Tempat perhemahan

bagi pihak lelaki dan pihak perempuan diasingkan bagi memastikan tiada perkara buruk

yang berlaku. Pada petang tersebut dengan keletihan yang masih menyelubungi diri

kami .Kami mendirikan khemah di tempat yang disediakan. Kami juga telah diberikan

9

Page 10: PBSM

20 batang buluh untuk dijadikan sebagai gadjet. Terdapat juga kumpulan yang telah

diamanahkan pada hari itu untuk memasak makan malam.

Selepas siap mendirikan khemah dan memastikan tempat perkhemahan kami

sesuai dan selamat tanpa ancaman musuh yang sentiasa bersiap-sedia untuk

melakukan ancaman. Kami bersiap sedia untuk pergi dewan yang telah disediakan

untuk menjalani aktiviti ice breaking. Pada mulanya kami menikmati ice breaking yang

telah dikendalikan oleh Ustaz Shakib. Tetapi kehadiran pensyarah Pandu Puteri yang

tanpa diundang telah tiba dengan perasaan amarah yang membuak-buak menghalau

kami semua ke dewan yang belum digunakan dengan 1001 alasan yang tidak

munasabah. Sebagai ahli Bulan Sabit Merah yang sentiasa bertolak ansur . Kami akur

dengan permintaannya tanpa pertumpahan darah walaupun terdapat sedikit pertikaman

lidah .

Ice breaking kami kemudiaannya diadakan di dewan yang hanya menggunakan

kipas dan jauh jaraknya dari tapak perkhemahan kami berbanding tapak perkhemahan

yang lain. Selepas tamatnya ice breaking,kami balik ke khemah untuk menyambung

kerja-kerja menyiapkan gadjet bagi memudahan kami meletakkan barang kami dengan

mudah. Berbanding dengan ahli pengakap yang membuat gadjet berlebihan untuk

dinilai. Pada waktu malam, ahli sentri yang telah ditugaskan mengikut jadual yang telah

disediakan bergerak ke hulu ke hilir bagi memastikan keselmatan kami terjamin tanpa

sebrang unsur khianat. Ada juga ahli BSMM yang tidak tidur dengan bermain

permainan kad . Kumpulan yang telah ditugaskan untuk memasak pula sibuk

menyediakan bahan untuk digunakan pada esok harinya.

Pada awal paginya, kami semua menjalankan solat subuh berjamaah di surau

yang jaraknya hanya 100 meter dari tempat perkhemahan kami . kemudiannya kami

semua bersiap sedia untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh

10

Page 11: PBSM

kumpulan yang telah ditugaskan. Kami semua menikmati sarapan pagi dengan penuh

berselera kerana selepas itu kami semua akan menjalankan khidmat komuniti di

Sekolah Kebangsaan Sumpitan.Sekolah tersebut terletak beberapa kilometer dari

tempat perkhemahan kami dan kami perlu bersiap awal untuk memastikan kedatang

kami tidak ditunggu-tunggu oleh pihak sekolah.

Sampai disana kami telah disambut oleh wakil guru dan kami telah dibahagikan

tugas oleh ketua bagi aktiviti khidmat komuniti iaitu Soh Li sin. Aktiviti kami telah

dilaksanakan sehingga tengah hari, pihak sekolah turut menyediakan pelbagai juadah

untuk memastikan kami dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang rasa lapar. Pelbagai

aktiviti yang telah dilakukan oleh kami pada hari itu antaranya ialah mengajar kanak-

kanak sekolah membaca, melukis mural, mengemas perpustakaan mengemas surau,

membuat kata-kata hikmah,motivasi dari kelas ke kelas dan pelbagai lagi aktivit yang

telah kami lakukan pada hari itu.

Selepas habis aktiviti yang dilakukan di sana, kami bersiap sedia menunggu

kedatangan bas yang membawa ahli Pandu Puteri. Kami berasa gembira kerana dapat

memberi impak yang besar kepada kanak-kanak di sekolah itu dan berharap kanak-

kanak tersebut dapat mencapai kecemerlangan yang mereka harapkan. Pada petang

tersebut , kami sepatutnya mejalani ceramah kesihatan oleh pensyarah yang telah

ditugaskan tetapi pensyarah tersebut tidak dapat hadir.Oleh itu kami semua

meneruskan kerja kami iaitumembuat gadjet mengikut kekreatifan kami sambil

mendengar alunan lagu pengakap.

“Masssa billi billi billi... masssaaa billliii unkaba”..... alunan lagu pengakap

tersebut juga turut melenakan sebilangan ahli bulan sabit merah yang lain yang

keletihan selepas mengerah keringat sewaktu aktiviti kemasyarakatan pada pagi tadi.

Pada malam itu, kami semua mengadakan latihan malam kebudayaan selepas makan

11

Page 12: PBSM

malam. Kami mengadakan latihan sehingga lewat malam demi memastikan

persembahan kami mendapat pujian dan menimbulkan rasa iri hati kepada ahli unit

uniform yang lain.

Pada esok paginya, semua unit uniform akan menjalani aktivit bersama iaitu

kembaradi dalam hutan. Kami semua berjalan kaki mengikut tanda yang telah diberi

iatu tali merah yang telah diikatkan di pokok kelapa sawit. Sepanjang kembara tersebut

kami telah melalui ladang kelapa sawit, paya, ladang limau dan pelbagai lagi. Di

pertengahan jalan, kami semua berhenti untuk aktiviti memasak di dalam hutan. Kami

semua telah diberi sekampit beras sardin dan juga telur. Di situ kami semua telah

dibahagikan kumpulan untuk memasak bersama. Di situ kami dapat lihat mereka yang

reti dan tidak reti masak. Pelbagai aksi yang tidak dapt dirakamyag telah mencuit hati

semua orang. Setiap unit uniform juga telah disediakan 2 ekor ayam di mana ayam

tersebut perlu ditangkap sendiri terlebih dahulu. Unit uniform BSMM bertindak

cemerlang kerana berjaya menangkap 2 ekor ayam dahulu berbanding unit uniform

yang lain. Selepas selesai menikmati makanan yang telah dimasak sendiri, kami semua

diberi tugasan untuk membuat balutan dan anduh kepada kawan dan kemudiannya

mengusungnya kembali ke tapak perkhemahan.

Selepas sampai di tempat berkumpul kami semua telah diperiksa satu persatu

oleh pensyarah bagi memastikan balutan dan anduh yang telah kami lakukan betul.

Sekali lagi, unit uniform BSMM telah dipuji oleh pensyarah kerana mempunyai balutan

paling kemas diantara unit uniform yang lain. Sekali lagi laungan “Glory Glory Glory

uuuuuHaaaaaa...” oleh ahli unit uniform BSMM bergema di bumi Nur Lembah

Lenggong tersebut . Seterusnya semua unit uniform mengambil makanan makan

malam yang telah disediakan oleh puteri islam yang bertindak sebagai urusetia pada

perkhemahan tersebut.

Pada waktu petang ceramah mengenai pertolongan cemas oleh Mr Yeow telah

diadakan., ceramah tersebut turut dibantu oleh beberapa orang ahli unit uniform

12

Page 13: PBSM

BSMM.. ceramah tersebut merangkumi CPR,balutan dan anduh,usungan dan

sengatan. Selepas ceramah tersebut semua ahli unit uniform melakukan praktikal di

stesyen yang telah disediakan dimana ahli bsmm turut menilai kemapuan mereka.

Pada malam tersebut,malam kebudayaan yang telah diuruskan oleh unit uniform

Pandu puteri telah diadakan . Laungan keramat Glory Glory... memecah kesunyian

dewan tersebut dan unit uniform pengakap turut ingin bersaing dengan menunjukkan

tepuk pengakap yang dilihat sudah basi dikalangan semua unit uniform. Pada malam

tersebut, persembahan BSMM mendapat pujian dan tepukan paling gemuruh oleh

semua orang yang hadir pada waktu itu. Dengan mempertaruhkan teater ‘Bila Retak

Jiwa Manusia/ oleh pengarah berbakat yang bakal menggegarkan dunia perfileman

tanah air iaitu Mohd Syukri Mohd Nor. Persembahan kedua BSMM yang amat

menyentu perasaaan iaitu koir soprano di bawah bimbingan adik beradik Lim. Dengan

persembahan tersebut, BSMM menerima hadiah bagi persembahan terbaik

dananugerah pengarah muda.

Pada pagi esoknya, kami semua memastikan tapak perkhemahan dibersihkan

dan semua alatan yang dibawa mencukupi . Kemudiannya kami semua bergerak ke

dewan untuk menghadiri majlis penutupan yang telah dihadiri oleh encik Mat Ali yang

mewakili Tuan Pengarah. Selepas beberpa ucaan panjang kami dilepaskan untuk

menaiki bas untuk balik ke maktab yang tercinta.

Kami berharap pengalaman menyertai perkhemahan bersama rakan-rakan yang

berbilang bangsa dan agama ini dapat dijadikan kenangan sehingga kami di akhir hayat

untuk dijadikan cerita kepada anak dan cucu.

13

Page 14: PBSM

2.3 Laporan Akhir Perkhemahan

Fasa yang ketiga adalah selepas pelaksanaan perkhemahan Unit beruniform

dijalankan. Ketika waktu ini pembahagian tugas dilakukan untuk membuat tugasan

kerja kursus yang telah diterima ketika pelaksanaan perkhemahan Unit beruniform.

Tugasan yang telah dibahagi dalam kumpulan telah kami dilakukan dengan penuh

dedikasi dan semangat kerjasama. Setelah selesai tugasan tersebut dikutip dan

dihantar kepada pensyarah yang berkenaan. Saya berasa kerjasama antara ahli

kumpulan kami iaitu Ahmad Syariff, Amanina, Aqilah, dan Muhammad Syukri adalah

baik dan tugasan dapat disiapkan dengan baik.

Setelah perbincangan bersama rakan-rakan terdapat beberapa penambahbaikan

yang boleh dilakukan sekiranya terdapat program seperti ini pada masa hadapan.

Antaranya adalah penyediaan barang-barang dari GERKO perlulah sistematik dan yang

lebih penting adalah mencukupi untuk semua badan unit beruniform. Kekangan ini akan

menjadi masalah yang besar sekiranya masih berlaku lagi kerana perkara ini

melibatkan keperluan asas peserta selama perkhemahan. Perkara yang perlu

penambahbaikan lagi adalah pengurusan perkhemahan seperti tarikh, tempat dan

jadual perkhemahan perlu diuruskan dan ditetapkan seawal yang mungkin bagi

menjadikan persediaan peserta-peserta perkhemahan lebih rapi dan efisien. Sekiranya

tempat dan jadual tidak dapat dipastikan dalam masa terdekat maka persediaan

peserta akan terbantut dan mungkin akan mengakibatkan persediaan yang tidak rapi.

Perbincangan juga telah dilakukan dalam kumpulan kami untuk menambah sedikit

cadangan terhadap program perkhemahan seperti ini. Antara cadangan kami adalah

dengan meminta kerjasama pihak Badan Bulan Sabit Merah dari mana-mana

cawangan daerah atau negeri untuk mengendalikan isi perkhemahan. Ini dapat

meningkatkan tahap integriti dan moral peserta malah dapat mengukuhkan lagi isi

pelajaran Badan Bulan Sabit Merah. Pegawai-pegawai Badan Bulan Sabit Merah yang

14

Page 15: PBSM

menghadiri perkhemahan akan menjadikan perkhemahan lebih berprestij dan unggul

yang akan menjadi kebanggaan para peserta perkhemahan.

Akhir kata kami berasa gembira kerana akhirnya program perkhemahan Unit

beruniform ini telah berjaya dilaksanakan dengan selamat dan jayanya. Program

perkhemahan Unit beruniform memang sebuah program yang bermanfaat dan banyak

pengalaman dan pengajaran yang kami dapat pelajari melalui program tersebut. Kami

akan menggunakan pengalaman ini dengan sebaiknya dan menghargai ilmu yang telah

kami dapati dalam membina jati diri kami sebagai seorang bakal guru yang akan

mendidik anak bangsa pada masa hadapan. Semoga hasil usaha kami pada masa

sekarang akan membuahkan hasil apabila menghadapi cabaran pendidikan pada masa

yang akan datang.

15