pbsm ppt

29
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Upload: cikgu-nabilah

Post on 30-Jun-2015

498 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: PBSM PPT

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Page 2: PBSM PPT

Dihasilkan sepenuhnya daripada…

Ahli Bulan Sabit Merah Malaysia,

Semester 3,IPGM Kampus Dato’ Razali

Ismail.(Unit Sains & Pendidikan

Khas)

Page 3: PBSM PPT

PENDAHULUANKelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah

Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka.

Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". 

Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

 

Page 4: PBSM PPT

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:

 " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah

kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat

semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan

sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-

tahun akan datang ".

Page 5: PBSM PPT

BAPA PALANG MERAH

JEAN HENRY DUNANT (1828-1910)

(SEORANG PEMUDA BERPAKAIAN PUTIH)

Page 6: PBSM PPT

Dilahirkan 8 Mei 1828, di Rue Verdaine, Geneva,Switzerland.

Beliau bergiat secara aktif dalam menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi.

Selain daripada itu beliau juga menjadi ahli sebuah

organisasi ‘League of Alms’ di Geneva yang bertujuan membantu penduduk yang miskin, sakit dan serba kekurangan.

Beliau juga sering melawat penjara.

 

Page 7: PBSM PPT

Tujuannya agar para banduan dapat mengubah sikap dan perangai mereka agar lebih bertanggungjawab.

Pada usianya 30 tahun, menyertai dalam sebuah organisasi ‘Young Men’s Christian Union’ yang bergiat aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium.

Peranan organisasi tersebut sama dengan ‘Young Men’s Christian Association’ di England iaitu terlibat dalam aktiviti kebajikan terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Page 8: PBSM PPT

SEJARAH PENUBUHANPeristiwa di Solferino:

25 Jun 1859, semasa menguruskan perniagaan di Castiglione della Pieva di Itali, berlaku satu pertempuran di Solferino.

Perang antara Austria dan pakatan Perancis-Sardinia(Itali).

Dunant mendapati ramai mangsa perang bergelimpangan di bandar kecil tersebut.Manakala perkhidmatan perubatan tentera pula terlalu

terbatas dan kekurangan kelengkapan.

 

 

 

 

Page 9: PBSM PPT

Sehari sebelum Dunant sampai di Solferino, bala tentera Austria telah bertempur dengan perikatan tentera Perancis-Sardinia sepanjang hari di Solferino, sebuah kampung di utara Itali.

Lebih kurang 40,000 orang tercedera, mati dan hilang.

Perkhidmatan bantuan dan jururawat adalah untuk sebahagian anggota tentera yang terdedah kepada tembakan ataupun dijadikan tawanan.

Dunant dengan pakaian serba putihnya telah melancarkan kempen bantuan kepada mangsa-mangsa perang tersebut.

Page 10: PBSM PPT

SEJARAH PENUBUHAN DUNIA

JAWATANKUASA BERLIMADunant mendapati, Geneva merupakan tempat yang sangat sesuai untuk memulakan kerja-kerja kemanusiannya.

The Societe Genevoise d’Utilite Publiqueyang dipengaruhi seorang peguam muda, Gustav Moynier telah menunjukkan minat terhadap gagasan idea Dunant.

Page 11: PBSM PPT

Dunant bersama, Guillaume-Henri Dufour, Louis Appie, Theodore Mounior dan Gustav Moynier dengan segera menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagimembantu mereka yang tercedera.

 Jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross-ICRC).

Walaupun pada waktu itu berstatus sebuah pertubuhan persendirian, namun wakil-wakil negara akan hadir dalam setiap persidangan mereka.

Page 12: PBSM PPT

26-29 Oktober 1863

Deligasi seramai 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva.Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah lambang khas: Palang Merah yang berlatar belakangkan warna putih.

Februari 1864

Lambang ini muncul untuk kali pertama di medan pertempuran antara Prussia dan Denmark. ICRC telah menghantar Dr Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia. Walau bagaimanapun di Jerman, pihak ICRC menghadapi masalah pengiktirafan rasmi.

Page 13: PBSM PPT

Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah mengadakan sebuah persidangan diplomatik yang dihadiri oleh 12 buah negara. Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan pertempuran.

Ogos 1864

22 Ogos 1864

Resolusi konvensyen ini telah ditandatangani oleh kesemua 12 orang wakil negara. Kemudiannya disusuli pula oleh negara-negara lain.

Page 14: PBSM PPT

SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA

(1948)April 1948 – Persatuan Palang Merah British Cawangan Borneo Utara.April-Mei 1948 – Cawangan Sarawak

(1950)Unit Palang Merah pertama Semenanjung – Pulau Pinang

(1951)Februari 1951 – Cawangan Persekutuan Tanah Melayu Miss Jordan, Miss Johnson & 2 pegawai Palang Merah British.Penghujung 1951 – Perak , Terengganu, Selangor.

Page 15: PBSM PPT

(1952)Cawangan Melaka, Johor, Pahang

(1957)Oktober 1957 – Lady Limerick (Naib Pengerusi Persatuan Palang Merah British) menyerahkan panji-panji secara rasmi kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (PPMPTM).

(1961)Di Parlimen, satu rang undang-undang telah dikemukakan untuk memperbadankan PPM.

Page 16: PBSM PPT

(1962)16 April 1962 – Akta PPMPTM (perbadanan) Akta 1961 telah dikuatkuasakan.

(1963)4 Julai 1963 – PPMPTM telah menerima pengikhtirafan rasmi sebagai Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas daripada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.24 Ogos 1963 – diterima masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang Merah & Bulan Sabit Merah

(1965)Apabila Malaysia terbentuk pada September 1963, satu akta menyerapkan PPMPTM, Sabah, Sarawak, Singapura di bawah Persatuan Palang Merah Malaysia melalui Akta PPM Malaysia.

Page 17: PBSM PPT

(1975)4 September 1975 – Akta PPM Malaysia diwartakan selepas Parlimen meluluskan PPM ditukar nama kepada PBSMM.

(2007)25 Mac 2007 – PBSMM ditukar kepada BSMM hasil keputusan Majlis Mesyuarat BSMM ke-16.

Page 18: PBSM PPT

CARTA ORGANISASI

Page 19: PBSM PPT

PERANAN DAN MATLAMAT UTAMA BULAN SABIT MERAH SEDUNIA

Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam.Memberi bantuan kepada mangsa-mangsa bencana

alam.Mencegah penyakit-penyakit dan membaiki tahap

kesihatan.Melatih anggota-anggota Pertolongan Cemas & Rawatan

dan pembantu-pembantu lain. Dalam peperangan, membantu Perubatan Tentera,

menjaga yang cedera/sakit dan menderita di kalangan tentera.

Page 20: PBSM PPT

PRINSIP ASAS PERGERAKAN BSMM

Kemanusiaan.Kesaksamaan.Keberkecualian.Kebebasan.Perkhidmatan sukarela.Ketunggalan.Kesejagatan.

Page 21: PBSM PPT

LAMBANG PALANG MERAH

Pengenalan

Pelindung

Page 22: PBSM PPT

Ia merupakan terbalik dari bendera Swizerland.November 1876 mengumumkan kepada Majlis

Persekutuan Swiss supaya menggunakan lambang bulan menggantikan palang merah yang menghina agama islam.Sejak itu negara islam menggunakan bulan.Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvokesyen

Geneva sejak tahun 1929.

Page 23: PBSM PPT

Logo BSMM

Page 24: PBSM PPT

Bendera BSMM

Page 25: PBSM PPT

Lagu BSMMBulan Sabit Merah Di MalaysiaGiat Berjasa Untuk NegaraTidak Kira Kaum Dan AgamaWaktu aman atau bahayaDimana jua adanya sengsaraDisana ada kitaDidarat dan laut kita bersediaWalaupun diancam bahayaBulan sabit merah gerakan seduniaMembantu semua yang menderitaBadan sukarela berkhidmat dengan tabah dan bersemangat

Lirik: Tan Sri Dato’ Dol RamliLagu: Dato’ Johari Salleh

Page 26: PBSM PPT
Page 27: PBSM PPT

Contoh aktiviti-aktiviti BBSM

Page 28: PBSM PPT

• http://redcrescent.org.my/drupal/node/2

Page 29: PBSM PPT

SEKIANTERIMA KASIH

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA“SEDIA BERKHIDMAT”