pbs - harmoni

4
INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Prinsip Rekaan :Harmoni Nota & Instrumen HARMONI : Objektif Kognitif : i. Mengetahui dan memahami konsep harmoni. ii. Meneliti prinsip harmoni pada objek buatan manusia, alam semula jadi dan hasil seni visual. 1. Harmoni merupakan salah satu prinsip dalam menghasilkan sesuatu rekaan seni visual. 2. Berlaku apabila unsur-unsur seni disusun atau diatur secara berulang atau terancang. 3. Susunan ini menimbulkan kesan tindakbalas tampak pada alam sekitar atau karya seni visual. 4. Semua atau beberapa unsur seni tersebut digabungkan untuk menimbulkan rasa menarik, selesa, sesuai, seragam, bersatu dan tenang. 5. Harmoni wujud pada benda alam semula jadi dan benda buatan manusia. 6. Dalam pendidikan seni visual, gabungan asas seni reka penting bagi menampakkan kesan harmoni. 7. Kesan harmoni pada unsur seni dapat digambarkan pada unsur seni melalui olahan berikut: i. Harmoni garisan : - Jika garisan yang bersuaian dengan bentuk sesuatu objek digunakan. - Contoh : garisan menggambarkan percikan bunga api, ombak, rintik hujan dll. ii. Harmoni rupa : - Dapat ditunjukkan jika rupa yang serupa disusun secara berulang-ulang untuk membentuk corak atau gubahan. - Contoh : rupa corak kertas pembalut hadiah. iii. Harmoni bentuk : - Terjadi jika terdapat keseimbangan dan kesesuaian dari segi saiz objek atau ulangan susunan bentuk. Contoh : kereta di jalan raya, tiang elektrik bersusun. Nota ringkas

Upload: farah-fauzi

Post on 24-Jul-2015

4.751 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Nota PSV tajuk: harmoni.

TRANSCRIPT

Page 1: Pbs - Harmoni

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Prinsip Rekaan :Harmoni Nota & Instrumen

HARMONI : Objektif Kognitif : i. Mengetahui dan memahami konsep harmoni.

ii. Meneliti prinsip harmoni pada objek buatan manusia, alam semula jadi dan hasil seni visual.

1. Harmoni merupakan salah satu prinsip dalam menghasilkan sesuatu rekaan seni visual.

2. Berlaku apabila unsur-unsur seni disusun atau diatur secara berulang atau terancang.

3. Susunan ini menimbulkan kesan tindakbalas tampak pada alam sekitar atau karya seni visual.

4. Semua atau beberapa unsur seni tersebut digabungkan untuk menimbulkan rasa menarik,

selesa, sesuai, seragam, bersatu dan tenang.

5. Harmoni wujud pada benda alam semula jadi dan benda buatan manusia.

6. Dalam pendidikan seni visual, gabungan asas seni reka penting bagi menampakkan kesan

harmoni.

7. Kesan harmoni pada unsur seni dapat digambarkan pada unsur seni melalui olahan berikut:

i. Harmoni garisan : - Jika garisan yang bersuaian dengan bentuk sesuatu objek digunakan.

- Contoh : garisan menggambarkan percikan bunga api, ombak, rintik

hujan dll.

ii. Harmoni rupa :

- Dapat ditunjukkan jika rupa yang serupa disusun secara berulang-ulang untuk

membentuk corak atau gubahan.

- Contoh : rupa corak kertas pembalut hadiah.

iii. Harmoni bentuk :

- Terjadi jika terdapat keseimbangan dan kesesuaian dari segi saiz objek atau ulangan

susunan bentuk. Contoh : kereta di jalan raya, tiang elektrik bersusun.

Nota ringkas

Page 2: Pbs - Harmoni

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Prinsip Rekaan :Harmoni Nota & Instrumen

iv. Harmoni jalinan :

- Berlaku jika jalinan yang sesuai dan seragam terdapat pada sesuatu permukaan,

atau sekumpulan.

- Contoh : rupa corak yang terdapat pada permukaan jubin yang disusun, jalinan pada

beberapa ekor rama-rama, harimau di rumput kering.

v. Harmoni ruang :

- Merujuk kesesuaian penggunaan ruang yang kosong di

dalam hasil seni visual atau pada ruang semula jadi.

- Dalam sesebuah penghasilan karya, pemilihan dan susunan

sesuatu bentuk dalam ruang akan menjadikan karya itu lebih

menarik.

vi. Harmoni warna :

- Dapat ditunjukkan apabila bersesuaian digunakan mengikut tema.

- Contoh : warna neutral untuk menghasilkan pemandangan alam, warna monokrom

digunakan untuk menghasilkan pemandangan senja, pakaian satu tema warna walaupun

berbeza reka bentuk, dan bilik bertema warna tertentu.

Nota ringkas

Page 3: Pbs - Harmoni

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Prinsip Rekaan :Harmoni Nota & Instrumen

8. Harmoni pada alam semula jadi.

i. Harmoni wujud pada alam semula jadi di sekeliling kita.

ii. Kehidupan kita berharmoni dengan elemen alam semula jadi dari segi warna, jalinan, rupa,

bentuk dan ruang di sekeliling kita. Contohnya rumput yang tumbuh sama saiz dan

ketinggian yang bergerak seiringan apabila ditiup angin, haiwan yang berharmoni dari segi

warna dengan habitatnya.

iii. Harmoni pada bentuk, jalinan dan warna pada haiwan dengan alam sekitar membantu

haiwan itu untuk berlindung di sebalik alam sekitarnya. Perlindungan ini membantu

daripada serangan pemangsa ataupun untuk berburu mencari makanan.

iv. Harmoni pada alam juga menampakkan keindahan, ketenangan dan keselesaan.

9. Harmoni pada objek buatan manusia

i. Elemen harmoni alam semula jadi sering digunakan sebagai sumber ilham penghasilan

barangan buatan manusia.

ii. Prinsip harmoni digunakan untuk menarik perhatian atau menimbulkan keindahan.

iii. Contoh : penggunaan warna sepadan pada bangunan, gabungan jalinan dan susunan reka

corak pada hasil kraf, warna dan jalinan pada produk sofa yang sedondon, motif flora

dalam reka corak pada kain batik dan susunan barangan mengikut produk di pasar raya.

iv. Penggunaan harmoni pada objek juga sering disesuaikan dengan tema dan jiwa pengguna

bagi menunjukkan harmoni atau keserasian. Contoh : tema flora pada pakaian wanita, tema

jalur dan petak-petak pada kemeja lelaki, jam tangan bersaiz besar untuk lelaki dan kecil

untuk wanita, aksesori barang kemas untuk wanita dan lelaki aksesori lebih maskulin untuk

lelaki.

Nota ringkas

Page 4: Pbs - Harmoni

INSTRUMEN PBS: Tingkatan 1 Prinsip Rekaan :Harmoni Nota & Instrumen

10. Harmoni pada karya seni visual. i. Semua produk seni seperti kraf tradisional, iaitu tenunan, anyaman, batik, ukiran kayu dan

tekat dibentuk dengan harmoni dan sesuai dengan fungsinya. Contoh : labu Sayong

dibentuk berbentuk labu bagi memudahkan penyimpanan air.

ii. Kesan susunan rupa dan warna yang sama akan menghasilkan kesan harmoni pada

pandangan mata.

iii. Susunan rupa yang rapi, berirama dan teratur dilihat lebih harmoni berbanding rupa yang

tidak tentu arah susunannya dalam menghasilkan corak.

iv. Pemilihan bentuk sesuatu objek dan jalinan di dalam ruang sebuah lukisan atau catan akan

mewujudkan harmoni dan keseimbangan dalam karya tersebut.

Nota ringkas