patient information leaflet medicine to … tangan anda sebelum dan selepas menggunakan ubat....

3
Page 1 of 3 PH005-002-M-0617-V1 MEDICINE TO TREAT: BACTERIAL INFECTIONS UBAT UNTUK MERAWAT: JANGKITAN BAKTERIA Clindamycin 1. Apakah kegunaan ubat ini? Clindamycin ialah antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. Jangkitan bakteria yang boleh dikawal oleh antibiotik ini termasuk jangkitan paru-paru, kulit, tisu lembut, darah dan saluran kencing. Ubat ini juga boleh disapukan pada kulit untuk merawat jerawat. 2. Bagaimana seharusnya saya makan/guna ubat ini? Clindamycin oral Clindamycin boleh diambil bersama dengan makanan atau susu untuk mengurangkan ketidakselesaan perut. Ambil ubat dengan segelas air yang penuh. Anda harus habiskan antibiotik berdasarkan tempoh yang diarahkan walaupun anda rasa lebih sihat kerana rawatan yang tidak lengkap akan menyebabkan jangkitan bakteria kembali atau mengakibatkan rintangan antibiotik. Apabila rintangan antibiotik berlaku, antibiotik ini tidak akan dapat mengawal pertumbuhan bakteria atau menghapuskan bakteria yang sebelum ini dapat dikawal ataupun dihapuskan. Jika anda mengalami tanda-tanda alahan seperti ruam, mata bengkak atau kesukaran untuk bernafas, anda seharusnya berhenti ambil tersebut dan berjumpa dengan doktor dengan segera. Ubat yang mengandungi kaolin yang mana kegunaannya adalah untuk merawat cirit-birit akan mengurangkan keberkesanan clindamycin. Jangan ambil kaolin semasa anda mengambil clindamycin. Jika anda terlupa mana-mana dos ubat, ambil dos tersebut sebaik saja anda teringat. Jika ia sudah menghampiri waktu untuk dos berikutnya, ambil dos anda seperti biasa saja. Jangan gandakan dos ubat anda atau ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos yang terlupa. Clindamycin topikal(untuk kegunaan pada kulit) Cuci tangan anda sebelum dan selepas menggunakan ubat. Pastikan kulit anda bersih dan kering apabila hendak menggunakan clindamycin dan sapu selapisan nipis sahaja pada kawasan tersebut. Ubat ini biasanya digunakan 1-2 kali sehari. Ikuti arahan yang diberikan oleh doktor anda. PATIENT INFORMATION LEAFLET

Upload: dangkiet

Post on 04-May-2018

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO … tangan anda sebelum dan selepas menggunakan ubat. Pastikan kulit anda bersih dan kering apabila hendak menggunakan clindamycin dan sapu

Page 1 of 3 PH005-002-M-0617-V1

MEDICINE TO TREAT: BACTERIAL INFECTIONS

UBAT UNTUK MERAWAT: JANGKITAN BAKTERIA

Clindamycin

1. Apakah kegunaan ubat ini?

Clindamycin ialah antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. Jangkitan bakteria yang boleh dikawal oleh antibiotik ini termasuk jangkitan paru-paru, kulit, tisu lembut, darah dan saluran kencing. Ubat ini juga boleh disapukan pada kulit untuk merawat jerawat.

2. Bagaimana seharusnya saya makan/guna ubat ini?

Clindamycin oral

Clindamycin boleh diambil bersama dengan makanan atau susu untuk

mengurangkan ketidakselesaan perut. Ambil ubat dengan segelas air

yang penuh.

Anda harus habiskan antibiotik berdasarkan tempoh yang diarahkan

walaupun anda rasa lebih sihat kerana rawatan yang tidak lengkap akan

menyebabkan jangkitan bakteria kembali atau mengakibatkan rintangan

antibiotik. Apabila rintangan antibiotik berlaku, antibiotik ini tidak akan

dapat mengawal pertumbuhan bakteria atau menghapuskan bakteria yang

sebelum ini dapat dikawal ataupun dihapuskan.

Jika anda mengalami tanda-tanda alahan seperti ruam, mata bengkak

atau kesukaran untuk bernafas, anda seharusnya berhenti ambil tersebut

dan berjumpa dengan doktor dengan segera.

Ubat yang mengandungi kaolin yang mana kegunaannya adalah untuk

merawat cirit-birit akan mengurangkan keberkesanan clindamycin. Jangan

ambil kaolin semasa anda mengambil clindamycin.

Jika anda terlupa mana-mana dos ubat, ambil dos tersebut sebaik saja

anda teringat. Jika ia sudah menghampiri waktu untuk dos berikutnya,

ambil dos anda seperti biasa saja. Jangan gandakan dos ubat anda atau

ambil dos yang berlebihan untuk menggantikan dos yang terlupa.

Clindamycin topikal(untuk kegunaan pada kulit)

Cuci tangan anda sebelum dan selepas menggunakan ubat.

Pastikan kulit anda bersih dan kering apabila hendak menggunakan

clindamycin dan sapu selapisan nipis sahaja pada kawasan tersebut.

Ubat ini biasanya digunakan 1-2 kali sehari. Ikuti arahan yang diberikan

oleh doktor anda.

PATIENT INFORMATION LEAFLET

Page 2: PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO … tangan anda sebelum dan selepas menggunakan ubat. Pastikan kulit anda bersih dan kering apabila hendak menggunakan clindamycin dan sapu

Page 2 of 3 PH005-002-M-0617-V1

Jauhi ubat dari mata, hidung, mulut dan bibir semasa anda menggunakan

ubat ini pada kulit. Cuci dengan air jika ubat ini terkena mana-mana

kawasan tersebut.

Anda mungkin perlu tempoh selama 3 bulan untuk melihat keberkesanan

ubat ini. Jangan henti menggunakannya walaupun anda tidak nampak

keberkesanannya dengan segera.

Jika anda terlupa untuk sapu sekali, sapu ubat tersebut sebaik saja anda

teringat. Jika ia sudah menghampiri waktu untuk penggunaan berikutnya,

sapukan ubat ini seperti biasa saja. Jarakkan setiap penggunaan ubat

selama 12 jam.

3. Apakah kesan-kesan sampingan yang mungkin saya alami semasa

mengambil/menggunakan ubat ini?

Jika anda mengalami kesan-kesan sampingan serius seperti berikut, berhenti mengambil/menggunakan clindamycin dan jumpa doktor dengan segera:

Kulit dan mata berwarna kuning, air kencing yang sedikit atau tidak membuang air kecil.

Tanda-tanda kolitis pseudomembran (keradangan usus besar yang disebabkan oleh antibiotik) seperti cirit-birit yang kerap, sakit perut dan darah atau nanah dalam najis.

Kesan-kesan sampingan lain yang kurang serius termasuk rasa loya, muntah, kurang selera, pedih ulu hati atau rasa logam yang tidak menyenangkan dalam mulut. Bincang dengan doktor anda mengenai sebarang kesan sampingan yang tidak normal atau menyebabkan ketidakselesaan.

4. Bagaimanakah saya tahu bahawa saya mempunyai alahan terhadap ubat

ini?

Tanda-tanda alahan ubat termasuk salah satu atau beberapa yang berikut:

Muka/mata/bibir bengkak

Kesukaran bernafas

Ruam kulit yang gatal pada seluruh badan

Jika anda mengalami mana-mana tanda di atas, anda seharusnya berhenti ambil ubat tersebut dan berjumpa dengan doktor dengan segera.

5. Apakah langkah-langkah pengawasan yang harus saya ambil semasa

makan ubat-ubat ini?

Clindamycin oral:

Page 3: PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO … tangan anda sebelum dan selepas menggunakan ubat. Pastikan kulit anda bersih dan kering apabila hendak menggunakan clindamycin dan sapu

Page 3 of 3 PH005-002-M-0617-V1

Jika anda mempunyai penyakit hati, buah pinggang, perut atau usus,

clindamycin mungkin tidak sesuai untuk anda atau anda mungkin perlu

mengambil dos yang lebih rendah. Pemantauan khas juga berkemungkinan

semasa tempoh rawatan anda.

Sama ada clindamycin akan membahayakan kesihatan bayi dalam

kandungan adalah tidak diketahui. Jangan ambil ubat ini tanpa berbincang

dengan doktor anda jika anda hamil.

Clindamycin boleh ditemui dalam susu ibu selepas diambil oleh ibu susuan

dan ubat ini mungkin boleh menjejaskan bayi yang disusui oleh ibu tersebut.

Jangan ambil ubat ini tanpa berbincang dengan doktor anda jika anda sedang

menyusui susu ibu kepada bayi.

Clindamycin topikal (untuk kegunaan pada kulit)

Jangan gunakan clindamycin pada luka kerana ubat ini mungkin boleh

menyebabkan luka anda menjadi lebih teruk.

Jangan gunakan produk kulit lain seperti pembersih, minyak wangi atau

kosmetik bersama dengan clindamycin pada kawasan kulit yang sama kecuali

doktor mengarahkan anda berbuat demikian.

Clindamycin tidak akan membahayakan bayi dalam kandungan jika ubat ini

disapu pada kulit. Walau bagaimanapun, sila bincang dengan doktor anda

sebelum menggunakan ubat ini jika anda sedang hamil. Clindamycin boleh

ditemui dalam susu ibu selepas diambil oleh ibu susuan dan ubat ini mungkin

boleh menjejaskan bayi yang disusui oleh ibu tersebut. Jangan sapu ubat ini

pada kulit anda tanpa berbincang dengan doktor anda jika anda sedang

menyusui susu ibu kepada bayi.

6. Bagaimanakah seharusnya saya simpan ubat ini?

Simpan ubat-ubat anda dalam botol atau kotak yang asal. Pastikan botol

atau kotak tersebut ditutup ketat dan disimpan di tempat yang dingin dan

kering serta jauh dari sinaran matahari.

Jauhi ubat-ubat ini daripada kanak-kanak.

Buangkan semua ubat yang telah luput.

Risalah ini hanya menjawab sesetengah soalan lazim mengenai ubat ini. Ia tidak

mengandungi segala maklumat yang sedia ada. Ia juga tidak menggantikan

perbincangan anda dengan doktor atau ahli farmasi anda.