pantun rajin belajar

1
Pantun Rajin Belajar Memang cantik kereta Kancil, Menuju ke bandar waktu Subuh, Tugas adik semasa kecil, Mesti belajar bersungguh-sungguh. Pokok betik di tepi pagar, Pokok meranti di tepi bangsal, Sekiranya adik malas belajar, Dewasa nanti pasti menyesal. Pergi ke kedai bersama Mak Lijah, Hendak membeli baju baru, Waktu adik di bilik darjah, Tumpukan kepada ajaran guru. Pasar malam riuh tempatnya, Di situ tempatnya melelong jualan, Adik perlu rajin bertanya, Malu bertanya sesat jalan. Burung pipit di atas dahan, Turun makan di tepi penjuru, Selepas adik mencapai kejayaan, Jangan lupa jasa guru.

Upload: stella-sigi

Post on 02-Jan-2016

379 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Pantun Rajin Belajar

Pantun Rajin Belajar

Memang cantik kereta Kancil,

Menuju ke bandar waktu Subuh,

Tugas adik semasa kecil,

Mesti belajar bersungguh-sungguh.

Pokok betik di tepi pagar,

Pokok meranti di tepi bangsal,

Sekiranya adik malas belajar,

Dewasa nanti pasti menyesal.

Pergi ke kedai bersama Mak Lijah,

Hendak membeli baju baru,

Waktu adik di bilik darjah,

Tumpukan kepada ajaran guru.

Pasar malam riuh tempatnya,

Di situ tempatnya melelong jualan,

Adik perlu rajin bertanya,

Malu bertanya sesat jalan.

Burung pipit di atas dahan,

Turun makan di tepi penjuru,

Selepas adik mencapai kejayaan,

Jangan lupa jasa guru.