pantun-budi

10
Pengenalan Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Menurut Dr Mohd Taib Osman, 1978 pantun juga termasuk dalam puisi Melayu tradisional. Sebagai puisi ia merupakan pernyataan melalui bahasa indah yang berperanan untuk berfalsafah terhadap hidup manusia, menyatakan isi hati, mengutarakan nasihat atau sekadar menyerikan majlis. Pantun dianggap sesuatu yang konservatif kerana ia menggambarkan ketajaman keintelektualan dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Upload: cherilyn-woan-woan

Post on 08-Dec-2015

343 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pantun-Budi

TRANSCRIPT

Page 1: Pantun-Budi

Pengenalan

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Menurut Dr Mohd Taib

Osman, 1978 pantun juga termasuk dalam puisi Melayu tradisional. Sebagai

puisi ia merupakan pernyataan melalui bahasa indah yang berperanan untuk

berfalsafah terhadap hidup manusia, menyatakan isi hati, mengutarakan nasihat

atau sekadar menyerikan majlis. Pantun dianggap sesuatu yang konservatif

kerana ia menggambarkan ketajaman keintelektualan dan nilai-nilai masyarakat

Melayu tradisi. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai

ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini

pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang

terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri

daripada empat barisan.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu

bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian

pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan

dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat

pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIKPantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

mengandungi 4 kerat/baris

jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan

Page 2: Pantun-Budi

jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata

ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di

bawah)

bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .

bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak

menggunakan unsur alam.

maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup

sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang

dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan

perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

Pantun Budi

Anak muda memelihara itik,

Buah Cempedak tidak berbisa.

Apa guna berwajah baik,

Page 3: Pantun-Budi

Kalau kurang budi bahasa.

Dari Johor ke Pulau Pinang,

Dijangka sampai pukul lapan.

Akhlak terpuji sentiasa dikenang,

Itu menjadi lumrah kehidupan.

Lily membeli ginseng,

Singgah di kedai mencari sari.

Jangan ikut budaya samseng,

Kelak menyesal di kemudian hari.

Kucing putih berbulu lebat,

Yang hitam pulu kaki berkarat.

Apa dipandang rupa yang hebat,

Niat ikhlas murni membawa berkat.

Gali timah di lombong,

Ayam kicap dimasak sedap.

Hilang bahasa kerana sombong,

Hilang budi kerana biadap.

Penjelasan

Rangkap pertama pantun budi ini membawa maksud penampilan luar

seseorang tidak penting, yang penting ialah seseorang itu mesti berbudi bahasa.

Berbudi bahasa mempunyai budi pekerti yang tinggi dan berhemah tinggi.

Seterusnya, rangkap kedua pula membawa maksud seseorang yang berakhlak

Page 4: Pantun-Budi

mulia akan dikenang orang bila-bila masa sehaja. Itu telah menjadi kebiasaan

hidup.Di samping itu, rangkap seterusnya pula menasihati remaja pada masa

kini jangan mengikuti budaya samseng. Pada masa kelak mereka akan berasa

menyesal.Rangkap keempat pula, bererti niat seseorang yang ikhlas dan murni

akan membawa berkat.Rangkap terakhir bermaksud seseorang itu akan kehilang

budi bahasa kerana sombong manakala seseorang itu hilang budi kerana tidak

sopan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pantun ini mengandungi nilai-nilai sepeti

pengajaran, nasihat dan adab berbudi mengikut cara Melayu. Masyarakat

Melayu tradisional menganggap orang yang memiliki nilai etika dan moral yang

Page 5: Pantun-Budi

tinggi akan digelar sebagai orang yang budiman. Dalam erti kata ini, manusia

yang budiman ialah manusia yang sebenarnya yang tahu mengenali dirinya, tahu

menjaga harga diri dan memiliki kekuatan diri sehingga menjadi role model yang

selalu diidamkan.

Refleksi

Dari Kerja Kursus Pendek (KKP ) ini, saya telah mempelajari banyak ilmu

meskipun saya telah menghadapi banyak masalah semasa menyiapkan KKP.

Semasa saya menerima KKP ini, saya berasa amat bimbang bagaimana hendak

menyiapkan KKP ini. Pengalaman dan pengetahuan tentang KKP ini amat

Page 6: Pantun-Budi

kurang kerana ini adalah kali pertama saya diminta menghasilkan kerja kursus

ini, tetapi saya akan berusaha untuk menghasilkannya.

Oleh sebab kerja kursus ini adalah tugasan induvidu, saya hendaklah

menghasilkan kerja kursus ini seorangan. Selepas beberapa kali perbincangn

dengan kawan, saya mula membahagi tugas. Saya mendapat maklumat dari

sumber yang berbeza seperti buku rujukan, buku teks dan internet. Ini dapat

mengeratkan silatulahim antara kawan dengan saya.

Saya belajar banyak perkara dalam KKP ini. Saya percayai kemahiran ini

akan memanfaatkan dalam pelajaran saya dan juga akan membantu saya

semasa mengajar murid saya. Selain itu, selepas menghasilkan kerja kursus ini

saya telah menguasai kemahiran untuk mencari maklumat melalui pelbagai

sumber seperti internet dan bahan bercetak.

Dalam sepanjang masa saya menghasilkan kerja kursus ini, apabila saya

menghadapi masalah, saya pun meminta pendapat dari pensyarah-pensyarah,

pensyarah-pensyarah pun rela untuk memberi pendapat yang bermanfaat

kepada saya. Pada masa yang sama, ini juga mengeratkan hubungan antara

pensyarah-pensyarah dengan saya.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih lagi kepada pensyarah-

pensyarah dan rakan-rakan saya yang selalu membantu dan membimbing saya

dalam proses menghasilkan kerja kursus ini.

CHONG WOAN BEY

890110-12-6200

Bibliografi

Sumber Khusus ( Buku) Mahali, S. N. (2007). Unsur Bahasa Dalam Budaya. Sabah: Penerbit UMS

Page 7: Pantun-Budi

Shaari, S. M. (2007). Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sulaiman Masri, A. Y. (2006). Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Utusan Publications & DistributorsSdn Bhd.

Sumber Umum

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantun

2. http://www.slideshare.net/loloqz/pantun-melayu-presentation-673034

3. http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?

Content=vertsections&SubVertSectionID=826&VertSectionID=25&CurL

ocation=208&IID&Page=1

Pelan Tindakan

BIL TEMPOH PROSES KERJA

Page 8: Pantun-Budi

1. 14 April 2012 Mendapat tugasan daripada pensyarah.

2. 15 April 2012 Melayari internet untuk mencari maklumat.

3. 16 April 2012 Mencari bahan rujukan di pusat sumber.

4. 17 April 2012 Mengemaskini bahan – bahan yang dapat dicari dari laman web.

5. 19 April 2012 Menghasilkan tugasan mengenai sumner yang dapat dicari.

6. 19 April 2012 Menyediakan Bibliografi, muka depan dan Isi Kandungan folio serta menyemak dan membetulkan kesilapan yang terdapat di folio. Mengumpul semua maklumat dan bahan dan akhir sekali menggabungkannya sebagai sebuah buku folio.