pantun budaya angsa melayu pernah kuat

Upload: peningla

Post on 16-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pantun

TRANSCRIPT

Bangsa Melayu pernah kuat,Buka tanah guna tulang empat kerat,Masih sempat beristeri empat,Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,Ular, harimau ditepuk tampar,Kerisnya bisa silatnya gempar,Amuk Melayu bumi bergegar.

Bangsa Melayu pernah gagah,Berkaki ayam hutan diredah,Pernah cuba diganyang penjajah,Umat Melayu jihad sabilillah!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,Seantero dunia kesultanan hebat,Tujuh penjajah cuba menempat,Dengan kudrat semua dihambat.

Bangsa Melayu bangsa keramat,Nabi (saw) pernah beramanat,Buat dakwah di bumi berkat,Diakhir masa ramai wali hebat.

Bangsa Melayu terasnya hikmat,Sejarah Melayu tertera riwayat,Nabi (saw) memberi amanat,Raja Melaka mendapat hidayat.

Bangsa Melayu penuh santunan,Agama dijunjung zaman berzaman,Wali Melayu penuh kehebatan,Karamah barakah jadi laziman.

Bangsa Melayu penuh daulah,Halusi sahaja kisah sejarah,Waad Melayu jangan disanggah,Sanggah waad menjemput tulah.

Tanah Melayu pernah tersurat,Raja rakyat saling muafakat,Alim ulama dijunjung hormat,Bumi bertuah terbilang sejagat.Bumi Melayu penuh berkat,

Tempat tumpuan ulama sejagat,Madrasah pondok merata tempat,Menjana insan unggul berhikmat.Tanah Melayu intinya hebat,Bumi zuriyyat Nabi (saw) sudah tersurat,Kesultanan Melayu hampir padat,Pancaran Baginda penuh karamat.

Bumi Melayu pernah terbilang,Sejarah rajanya penuh gemilang,Turunan penjajah mana menghilang,Kesultanan tradisi masih ditatang.

Melayu pernah berilmu budaya,Dari llahi satu kurnia,Manuskrip tersebar serata sedunia,Menyimpan khazanah Melayu tua.

Bangsa Melayu halus seninya,Hayati warisan persuratannya,Syair seloka indah madahnya,Pertukangan sulaman tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,Adat dijaga bersama-sama,Bangsa Melayu harum namanya,Rahmat Allah turun semua.

Orang Melayu usahlah alpa,Warisan leluhur bukan sehari dua,Pusaka Melayu 6 kurun lamanya,Jadi kebanggaan anak bangsanya.

Orang Melayu usahlah goyah,Propaganda musuh jangan melatah,UngkapanMelayu lemah semata tohmah,Strategi musuh mencabar maruah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,Namun dicemar musuh keparat,Propaganda keji dibuat-buat,Maruah Melayu disiat-siat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,Bangsa Melayu pernah berdaulat,Silap Melayu membuang adat,Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,Sudah wujud sekurun dua nan lalu,Serangan penjajah bertalu-talu,Tradisi dijarah tiadalah malu.Melayu mula ditimpa musibah,Pabila Inggeris datang menjajah,Adat dibuang agama disanggah,Akhirnya Melayu ditimpa tulah.

Sekian lama Melayu disasarkan,Sejarah jatidiri diserang-serang,Musuh luar dan dari dalaman,Mungkin tersirat suatu ramalan?Melayu kini resah gelisah,Namun jelas hakikat sejarah,Mungkin tersirat sebalik musibah,Melayu pencetus kebangkitan ummah?Ingat pesanan Rasulullah (saw),Panji hitam dari timur, bumi karamah,Bangsa Melayu usah menyerah,Cari kekuatan dari sejarah.Sejarah Melayu sebenarnya hebatBaka Melayu penuh hakikat,Bumi ahlul-bait itulah kudrat,Umara-ulama kunci terletak.Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,Berilmu, bertariqat, berisi dirinya,Janganperlekeh riwayat firasatnya,Takkan Melayu Hilang di Dunia!!Nurul Amira Edora1:15pmNurul Amira EdoraMELAYUMelayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenakaBudi bahasanya tidak terkiraKurang ajarnya tetap santunJika menipu pun masih bersopanBila mengampu bijak beralas tangan.Melayu itu berani jika bersalahKecut takut kerana benar,Janji simpan di perutSelalu pecah di mulut,Biar mati adatJangan mati anak.Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:Jawa itu Melayu, Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu, Minangkabaumemang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua MelayuMamak dan Malbari serap ke MelayuMalah muaalaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautanMelorongkan jalur sejarah zamanBegitu luas daerah sempadanSayangnya kini segala kehilanganMelayu itu kaya falsafahnyaKias kata bidal pusakaAkar budi bersulamkan dayaGedung akal laut bicaraMalangnya Melayu itu kuat bersorakTerlalu ghairah pesta temasyaSedangkan kampung telah tergadaiSawah sejalur tinggal sejengkaltanah sebidang mudah terjualMeski telah memiliki telagaTangan masih memegang taliSedang orang mencapai timba.Berbuahlah pisang tiga kaliMelayu itu masih bermimpiWalaupun sudah mengenal universitiMasih berdagang di rumah sendiri.Berkelahi cara MelayuMenikam dengan pantunMenyanggah dengan senyumMarahnya dengan diamMerendah bukan menyembahMeninggi bukan melonjak.Watak Melayu menolak permusuhanSetia dan sabar tiada sempadanTapi jika marah tak nampak telingaMusuh dicari ke lubang cacingTak dapat tanduk telinga dijinjingMaruah dan agama dihina janganHebat amuknya tak kenal lawanBerdamai cara Melayu indah sekaliSilaturrahim hati yang murniMaaf diungkap senantiasa bersahutTangan diulur sentiasa bersambutLuka pun tidak lagi berparutBaiknya hati Melayu itu tak terbandingkanSelagi yang ada sanggup diberikanSehingga tercipta sebuah kiasan:Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makanKera di hutan disusu-susukanAnak di pangkuan mati kebuluranBagaimanakah Melayu abad dua puluh satuMasihkan tunduk tersipu-sipu?Jangan takut melanggar pantangJika pantang menghalang kemajuan;Jangan segan menentang laranganJika yakin kepada kebenaran;Jangan malu mengucapkan keyakinanJika percaya kepada keadilan.Jadilah bangsa yang bijaksanaMemegang tali memegang timbaMemiliki ekonomi mencipta budayaMenjadi tuan di negara Merdeka~ Usman Awang