pantun 4 kerat muafakat

8
Kesungguhan bersama-sama menghadapi susah senang akhirnya membawa kejayaan Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat Sikap bekerjasama dan bergotong royong perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan hidup Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia.

Upload: raj

Post on 18-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Diharapkan bahawa nota pantun ini dapat membantu pelajar dalam pt3

TRANSCRIPT

Page 1: Pantun 4 Kerat Muafakat

• Kesungguhan bersama-sama menghadapi susah senang akhirnya membawa kejayaan

• Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat

• Sikap bekerjasama dan bergotong royong perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan hidup

Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia.

Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia.

Page 2: Pantun 4 Kerat Muafakat

• Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan aman sejahtera sekiranya nilai muafakat diberi keutamaan.

• Persefahaman akan berkekalan sekiranya saling mempercayai.

• Perpaduan akan dapat diperkukuh jika amalan bertolak ansur dan hormat menghormati diamalkan.

Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera.

Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.

Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Page 3: Pantun 4 Kerat Muafakat

TEMA

Amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan.

Page 4: Pantun 4 Kerat Muafakat

PERSOALAN

Pentingnya bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang.Kepentingan kesepakatan hidup bersamaPentingnya mempraktikkan amalan gotong royong.Sikap saling mempercayai dalam mengekalkan kesepakatanSikap bertolak ansur dan hormat menghormati mengukuhkan lagi perpaduan.

Page 5: Pantun 4 Kerat Muafakat

BENTUK

TerikatTerdiri daripada enam rangkapEmpat baris serangkapAda pembayang dan maksudnyaBil. Kata 3-5 patah kata sebarisRima akhir abab

Page 6: Pantun 4 Kerat Muafakat

UNSUR-UNSUR BUNYI

GAYA BAHASA

ASONANSI ALITERASI

PERIBAHASAIMEJ ALAM

REPITISIANAFORA

Page 7: Pantun 4 Kerat Muafakat

NILAI

Muafakat BekerjasamaBertolak ansurSaling mempercayai

Page 8: Pantun 4 Kerat Muafakat

PENGAJARAN

• Kita hendaklah bersama-sama menghadapi saat semasa susah ataupun senang.

• Anggota masyarakat perlulah mengamalkan sikap permuafakatan.

• Kita perlulah mengutamakan sikap bergotong royong demi kepintangan bersama.

• Kita perlulah saling mempercayai antara satu sama lain

• Kita hendaklah bersikap toleransi agar perpaduan dapat diperkukuh