Transcript
Page 1: Pantun 4 Kerat Muafakat

• Kesungguhan bersama-sama menghadapi susah senang akhirnya membawa kejayaan

• Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat

• Sikap bekerjasama dan bergotong royong perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan hidup

Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia.

Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.

Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia.

Page 2: Pantun 4 Kerat Muafakat

• Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan aman sejahtera sekiranya nilai muafakat diberi keutamaan.

• Persefahaman akan berkekalan sekiranya saling mempercayai.

• Perpaduan akan dapat diperkukuh jika amalan bertolak ansur dan hormat menghormati diamalkan.

Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera.

Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.

Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Page 3: Pantun 4 Kerat Muafakat

TEMA

Amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan.

Page 4: Pantun 4 Kerat Muafakat

PERSOALAN

Pentingnya bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang.Kepentingan kesepakatan hidup bersamaPentingnya mempraktikkan amalan gotong royong.Sikap saling mempercayai dalam mengekalkan kesepakatanSikap bertolak ansur dan hormat menghormati mengukuhkan lagi perpaduan.

Page 5: Pantun 4 Kerat Muafakat

BENTUK

TerikatTerdiri daripada enam rangkapEmpat baris serangkapAda pembayang dan maksudnyaBil. Kata 3-5 patah kata sebarisRima akhir abab

Page 6: Pantun 4 Kerat Muafakat

UNSUR-UNSUR BUNYI

GAYA BAHASA

ASONANSI ALITERASI

PERIBAHASAIMEJ ALAM

REPITISIANAFORA

Page 7: Pantun 4 Kerat Muafakat

NILAI

Muafakat BekerjasamaBertolak ansurSaling mempercayai

Page 8: Pantun 4 Kerat Muafakat

PENGAJARAN

• Kita hendaklah bersama-sama menghadapi saat semasa susah ataupun senang.

• Anggota masyarakat perlulah mengamalkan sikap permuafakatan.

• Kita perlulah mengutamakan sikap bergotong royong demi kepintangan bersama.

• Kita perlulah saling mempercayai antara satu sama lain

• Kita hendaklah bersikap toleransi agar perpaduan dapat diperkukuh


Top Related