pantun 2

15
BBK: KESUSASTERAAN RAKYAT MELAYU PENSYARAH: PN.HJH.HALIMAH BT. HASSAN FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TAJUK: PANTUN SEBAGAI PEMBENTUK JATI DIRI INDIVIDU DAN MASYARAKAT MELAYU OLEH: ANIZA BINTI MALIK ( B 9244 ) B.A ( BLM )

Upload: aniza-malik

Post on 10-Jun-2015

1.513 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: pantun 2

BBK: KESUSASTERAAN RAKYAT MELAYU

PENSYARAH:

PN.HJH.HALIMAH BT. HASSAN

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAJUK:

PANTUN SEBAGAI PEMBENTUK

JATI DIRI INDIVIDU DAN MASYARAKAT MELAYU

OLEH:

ANIZA BINTI MALIK

( B 9244 )

B.A ( BLM )

Page 2: pantun 2

BAHAGIAN SATU..

Isi Kandungan Halaman

Dokumentasi Pantun

Latar Belakang Penutur

Latar Belakang Budaya dan Masyarakat

Rumusan dan Kritikan

Page 3: pantun 2

Pantun

Latar Belakang Penutur

Latar Belakang Budaya dan Masyarakat

Rumusan dan Kritikan

Page 4: pantun 2

BAHAGIAN DUA

Isi Kandungan Halaman

1. Pengenalan

2. Peranan Pantun peribahasa Sebagai Pembentukan Jati Diri Individu

2.1 Aspek Budi2.2 Aspek Maruah2.3 Aspek Berani dan Bertanggungjawab

3. Peranan Pantun Peribahasa Sebagai Pembentukan Jati Diri Masyarakat

3.1 Aspek Perpaduan3.2 Aspek Muafakat3.3 Aspek Timbang Rasa dan jujur3.4 Aspek Kesetiaan.

4. Kesimpulan

BibliografiLampiran

Page 5: pantun 2

BIBLIOGRAFI

Arba,ie Sujud,2007.Apresiasi Bahasa:Interpretasi dan Ekspresi.Kuala lumpur. Sarjana Press Sdn. Bhd.

Adnan Abd. Majid, 2008. Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aripin Said,1994.Puisi Warisan.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah,1989.Puisi Melayu Tradisional : Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur.Dawama Sdn.Bhd.

Rogayah A. Hamid, Jumaah Ilias, 2006.Pandangan Semesta Melayu: Pantun. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd.Fauzi Abdullah.“Pantun: Satu Analisis Semiotik” dlm.Dewan sastera, hlm.7-12, Feb.1998.

Noriah Taslim. “Yang Indah dan Yang Elok” dlm.Dewan Sastera. hlm. 28-29. Dis. 2007

Noriah Taslim. “ Pantun dan Pembudayaan Bangsa” dlm. Dewan Sastera.hlm.81-83.Ogos. 2007.

Noriah Taslim. “Pantun dan Psikodinamika Kelisanan ” dlm. Dewan Sastera. hlm. 82-87.Jan. 2003

Rahman Shaari. “Keharmonian Isi dengan Pembayang Pantun” dlm. Dewan Sastera.hlm.16-18 Oktober. 2006.

Rogayah A.Hamid “Kebijaksanaan dan Emosi dalam Pantun” dlm. Dewan Sastera.hlm.11-15 Oktober. 2006.

.

Page 6: pantun 2

PENDAPAT:

Mohd.Taib osman (1979:9) menyatakan bahawa kehadiran pembayang tidak lebih sebagai suatu hal teknikal proses penciptaan.

Sutan Takdir Alisjahbana (1971 :13) menganggap usaha mencari kaitan pembayang dengan maksud adalah sia-sia.

Pendapat Za’ba ( 1962:36) yang menggariskan salah satu criteria pantun yang baik dan murni iaitu:

‘ Maksud itu sebaik-baiknya hendaklah dibayangkan oleh bahagian pembayangnya dengan isyarat persamaan bunyi atau dengan gambaran kias ibarat’.

Za,ba ( 1962:223) membincangkan teknik hubungan kiasan antara pembayang dengangan maksud :

‘Antara pembayang dengan maksud yang sebenar itu ada perhubungan lain juga daripada perhubungan bunyi;jika panun yang cukup elok boleh dilihat pembayangnya memang mengandungi maksud pantun itu dengan cara kias dan bayangan disambilkan kepada gambaran-gambaran alam dan sebagainya. Tujuan yang dimaksudkan itu telah ada terbayang di situ tetapi tiada terang seolah-olah sengaja ditudung…’

Francois-Rene Daillie mengatakan dalam bukunya Alam Pantun Melayu: Studies of the Malay Pantun,yang bermaksud:

‘Pantun dan kehidupan bagaikan irama dan lagu pada masa dahulu.Namun kini keseiringan ini hanya kekal dalam majlis-majlis tertentu.Ia harus dipulihara dan diangkat kembali supaya terus seiring dalam kehidupan Melayu sarwajagat.Teknologi moden yang merobah cirri-ciri kehidupan tidak harus dijadikan batu loncatan untuk menodai hak milik kekal bangsa sendiri yang sudah teruji nilainya sejak berabad lamanya..’

R.J Wilkinson dan R.O Winstedt (1961) mengatakan bahawa, “satu daripada perkara penting yang boleh membawa seseorang itu Berjaya menyelidik hal-

Page 7: pantun 2

ehwal orang Melayu ialah kebolehannya memahami dan menyelami pengetahuan,perasaan,dan aliran fikiran orang Melayu melalui pantun. Seseorang itu tidak akan dapat menduga aliran fikiran orang Melayu kalau tidak memahami pantunnya”.

Budi adalah perkataan Sanskrit,bererto asas-hikmah,dan di dalam ilmu kejawen,budi diibaratkan sebagai pelita atau obor ysng menyinari jalan yang ditempuhi oleh manusi

(R.Paryana Suryadipura 1993:177)

Manusia Melayu melihat rupa dan paras jiwa seseorang itu dalam bentuk budi yang mana,budi adalah struktur dalaman atau struktur batiniah Melayu yang terpancar dari satu hikmah yang tertinggi iaitu Tuhan.

(Zainal Kling 1995: 15)

Oleh itu,manusia yang memiliki nilai dan berorientasikan budi disebut sebagai manusia budiman. Orang yang berbudi ialah individu yang membuat jasa dan berjasa kepada orang yang menerima budi-baktinya.

Konsep budi dan budiman inilah teras kemanusiaan Melayu yang bukan sahaja ‘selcentered’, ‘man-centered’,tetapi juga berpaksikan ketuhanan (‘God-ecentered’)

(Norazit Selat dan Zainal Abidin Borhan 1996: 33)

Hina besi kerana karat,

Hina manusia tidak berbudi

Dalam rangkap ketiga,”Hina besi kerana karat” menggambarkan sikap individu yang tidak berbudi.Sikap ini diibaratkan seperti besi yang telah berkarat dan tidak berguna lagi malahan mendatangkan kecederaan sekiranya dipijak.

Sikap individu yang tidak berbudi dianggap hina kerana budi itu sendiri diibaratkan sebagai pelita yang menyinari jalan kehidupan manusia.

( R.Paryana Suryadipura 1993:177)

Dengan adanya sikap berbudi,kehidupan individu yang berbudi ini akan sentiasa dihargai dan masyarakat akan hidup dalam keadaan saling tolong-menolong seterusnya membantu dalam memperkukuhkan lagi jati diri bangsa Melayu.

Page 8: pantun 2

Kesimpulan

Sastera adalah cerminan hidup yang di dalamnya terungkap persoalan hidup dan kehidupan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pemaparan. Dalam konteks ini bahasa Melayu yang mempunyai keistimewaan berupaya menyelongkar khazanah makna yang menjadi cerminan kepada keperibadian prilaku masyarakat yang dipaparkan.

Demikianlah yang dapat dikesan melalui pantun yang dapat merakamkan hati budi dan daya pemikiran orang Melayu yang berfokus kepada aspek personaliti atau keperibadian bangsa Melayu dalam sikap berkasih sayang,kerendahan diri,sikap berbudi,sikap kepahlawanan dan bersopan.

Hakikat pantun sebagai khazanah bagsa yang di dalamnya terungkap pelbagai mesej penting adalah sesuatu yang perlu dipertahan. Dalam pantun tergambarnya jiwa dan keperibadian masyarakat Melayu khususnya masyarakat Melayu tradisional. Hal ini sebagaimana ungkapan R.O Winstedt yang menjelaskan jika ingin mengetahui orang Melayu telitilah pada pantun-pantun kerana di situlah wujudnya jiwa mereka. Dalam konteks ini tafsiran tentang orang melayu akan mudah difahami sekiranya bahasa yang menjadi asas pembinaan pemikiran dapat diterjemah dalam bentuk tafsiran yang konkrit. Di sinilah terletaknya fungsi dan peranan bahasa sebagai pengantara dalam penghubung unuk menggagaskan sesuatu secara lebih berhemah.

Penelitian terhadap pantun-pantun ini mendapati unsur jati diri Melayu jelas terpapar dalam garapan sastera empat baris yang berestetika tinggi ini. Secara keseluruhan warisan sastera bersama Nusantara ini perlu dihalusi keindahannya agar identiti dan keaslian peribadi bangsa terserlah untuk dikongsi dan dihargai bersama.

Page 9: pantun 2

Asmah Haji Omar (1995) mengatakan bahawa orang Melayu sangat menekankan kesantunan dan kesopanan ketika berbahasa. Dalam apa-apa sahaja topik yang dibualkan, didapati bahawa sikap berselindung itu masih diamalkan. Mereka tidak mahu berterus-terang dalam banyak hal. Perkara yang mereka bicarakan seolah-olah dirancang terlebih dahulu, padahal, sebenarnya tidak. Mereka seolah-olah bermain dengan bahasa dan ini sudah semacam menjadi satu kelaziman bagi mereka. Percakapan yang tidak langsung ini, menurut beliau, dapat dilihat dari segi aspek sosiolinguistik dan juga aspek pragmatik penggunaan bahasa.

PENGENALAN

Prosa traditional merupakan penghasilan hasil karya kreatif sebelum bermulanya sastera moden.Sastera ini merupakan yang tertua dan satu-satunya jenis kesusasteraan yang wujud sebelum masyarakat Melayu mengenali sistemtulisan.Ciri-cirinya adalah seperti;

1.Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit2.Tidak terdapat nama pengarang kerana berasal daripada cerita lisan3.Mempunyai unsur-unsur mitos dan lagenda

Antara contoh prosa traditional ialah pantun.Pantun merupakan pengucapan kemelayuan sejak dahulu kala sehingga kini.Dalam pantun terkandung seluruh jiwa,seni,kebijaksanaan,budi bahasa,dan pandangan dunia Melayu.PantunMelayu sarat dengan kiasan dan nasihat.

Dari sudut epistemologi pula, pantun mempunyai dua bahagian utama iaitupembayang dan maksud atau sampiran dan isi.Namun demikian kedua-duabahagian ini bertemu secara integratif sehingga menjadi suatu pengucapan yangbegitu indah.Kedua-dua bahagian ini diibaratkan dua struktur yang salingmelengkapi dan tidak dapat dipisahkan.Antara contoh pantun Melayu ialah pantun peribahasa yang merupakansatu pantun yang penuh dengan kiasan berkaitan sesuatu perkara dimana terdapat unsur nasihat di dalamnya.

Page 10: pantun 2

CONTOH PANTUN PERIBAHASA ;Tinggi sungguh Gunung Daik,Mercunya nampak terang berkelium;Kalau asal benih yang baik,Jatuh ke laut menjadi pulau.

Kayu bakar dibuat arang,Arang dibakar memanaskan diri;Jangan mudah menyalahkan orang,Cermin muka lihat sendiri.

Pergi ke rumah Cik Mariam,Ramai orang tengah berjaga;Carik-carik si bulu ayam,Lama-lama bercantum juga.

Kayu keras si kayu kampas,Alas tempat orang berjudi,Ada beras kerja pun deras,Ada padi kerja pun menjadi.

Kalau ada duit sekupang,Boleh beli cuka mentahun;Habis padi burung terbang,Bagai ulat tak kenangkan daun.

FALSAFAH DISEBALIK PANTUN

Tinggi sungguh Gunung Daik,Mercunya nampak terang berkelium;Kalau asal benih yang baik,Jatuh ke laut menjadi pulau.

Secara keseluruhannya,pantun di atas membawa maksud seseorang individu yang baik akan sentiasa diterima oleh masyarakat walau di mana pun dia berada.Dalam pembayang pantun jelas menunjukkan penulis mengaitkan unsur alam dengan maksud yang ingin disampaikan iaitu antara benih dan juga laut.Dari sudut falsafah dapat difahami bahawa sesuatu yang berasal dari benih atau keturunan yang baik akan menjadi sesuatu yang berguna kapada orang lain.

Kayu bakar dibuat arang,Arang dibakar memanaskan diri;

Page 11: pantun 2

Jangan mudah menyalahkan orang,Cermin muka lihat sendiri.

Pantun di atas membawa makna yang positif iaitu menyuruh masyarakat untukmelihat kekurangan yang terdapat pada diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain berkaitan sesuatu perkara.Dari sudut falsafah masyarakat Melayu amnya,lebih suka untuk bermuhasabah diri iaitu sentiasa menyedari bahawa setiap individu mempunyai kelemahannya yang tersendiri.Dalam pembayang pantun,jelas menunjukkan perkaitan antara unsur alam iaitu kayu bakar yang dijadikan arang dan arang tersebut di bakar untuk memanaskan diri.

Pergi ke rumah Cik Mariam,Ramai orang tengah berjaga;Carik-carik si bulu ayam,Lama-lama bercantum juga.

Secara keseluruhannya pantun diatas bermaksud adik-beradik yang bergaduh,lambat-laun akan berbaik semula.Dalam rangkap maksud pantun diibaratkan seperti carik-carik bulu ayam yang lama kelamaan akan bercantum semula.Hal ini disebabkan hubungan darah diantara adik-beradik yang tidak boleh diputuskan.Dari sudut falsafah,masyarakat Melayu memang menitikberatkan kasih sayang atau silaturahim antara adik-beradik kerana ia merupakan salah satu asas kepada kebahagiaan sesebuah keluarga.

Kayu keras si kayu kampas,Alas tempat orang berjudi;Ada beras kerja pun deras,Ada padi kerja pun menjadi.

Secara keseluruhannya rangkap pantun diatas membawa maksud sekiranya kitamempunyai kemahiran dan keupayaan berkaitan sesuatu perkara maka segala kerja yang dilakukan akan menjadi mudah dan senang.Dari sudut falsafah terdapat unsur pengajaran dalam rangkap pantun diatas iaitu kita seharusnya memiliki kemahiran yang mantap sebelum mencuba untuk melakukan sesuatu kerja agar kerja tersebut tidak menjadi sia-sia dan merugikan diri sendiri.Masyarakat Melayu selalu menerapkan dalam kehidupanseharian agar masyarakat tidak melakukan perkara yang sia-sia atau tidak berfaedah.

Kalau ada duit sekupang,Boleh beli cuka mentahun;Habis padi burung terbang,Bagai ulat tak kenangkan daun.

Secara keseluruhannya pantun diatas bermaksud seseorang yang sudah lupadiri.Dalam rangkap maksud dikaitkan unsur flora dan fauna iaitu padi dan juga

Page 12: pantun 2

burung.Dari sudut falsafah,burung menjadi simbol kepada orang yang lupa diri kerana burung lantas terbang setelah padi habis di makannya.Selain itu,ulat turut diibaratkan sebagai seseorang yang lupa diri kerana ulat telah melupakan daun sedangkan daun adalah asal usul ulat.Berdasarkan pantun diatas terdapat unsur pengajaran didalamnya iaitu kita tidak seharusnya lupa diri kerana sifat ini akan membawa kepada kehancuran diri sendiri.

KESIMPULAN

Berdasarkan pantun peribahasa yang telah saya kupas dapat disimpulkan ataudirumuskan secara keseluruhannya bahawa karya klasik Melayu mempunyai nilaiestetikanya yang tersendiri.Disebalik nilai tersebut terdapat pula maksud yang tersirat atau abstrak dan memerlukan kajian yang mendalam untuk memahami maksud disebaliknya.Sebagai generasi baru kita hendaklah melakukan kajian tersebut agar nilainilai yang terdapat dalam karya klasik Melayu tidak pupus di telan zaman.

BIBLIOGRAFI1.2007, Kamus Dewan Edisi ke empat, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa danPustaka2.Lagu Rakyat,Memupuk Kesantunan Melayu, Rogayah A.Hamid danJumaah Ilias.3.1995 , Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu KumpulanKertas Kerja Hari Sastera4.Sumber internet.