panggilan untuk berdoa bagi gereja dan negara kita.pptx

12
KUMPULAN 1 KUMPULAN 2 KUMPULAN 3 KUMPULAN 4 KUMPULAN 5 Ps. Lee Jeffery Laidis Cynthia Sylvia Josephine Sharyn Floyid Terence Esther Tan Sharryfevya na Jackson Famieza Felix Selizah Angeline Ayu Lee Nee Choong KUMPULAN 6 KUMPULAN 7 KUMPULAN 8 KUMPULAN 9 KUMPULAN 10 Geetha Rahel Ps. Linda Harrison Kenji Kelvin Florynah Feffah Jalawai Jessica Trevor Marcus Chaw Yee Mei Chin Mei Mei

Upload: reen-cyee

Post on 21-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

christian only

TRANSCRIPT

Page 1: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

KUMPULAN1

KUMPULAN2

KUMPULAN3

KUMPULAN4

KUMPULAN5

Ps. Lee Jeffery Laidis Cynthia Sylvia

Josephine Sharyn Floyid Terence Esther Tan

Sharryfevyana Jackson Famieza Felix Selizah

Angeline Ayu Lee Nee Choong

KUMPULAN6

KUMPULAN7

KUMPULAN8

KUMPULAN9

KUMPULAN10

Geetha Rahel Ps. Linda Harrison Kenji

Kelvin Florynah Feffah Jalawai Jessica

Trevor Marcus Chaw Yee Mei Chin Mei Mei

Page 2: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA

DAN NEGARA KITA MALAYSIA

Page 3: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

1. MENCARI ALLAH DI DALAM DOA DENGAN PENUH KERENDAHAN DIRI

a. Doakan agar gereja-gereja di Malaysia akan mencari wajah Tuhan dengan ketulusan serta kesungguhan. Mari kita tuntut janjiNya “dan umat-Ku, yang atasnya nama-Ku disebut, merendahkan diri, berdoa dan mencari wajah-Ku, lalu berbalik dari jalan-jalannya yang jahat, maka Aku akan mendengar dari sorga dan mengampuni dosa mereka, serta memulihkan negeri mereka.” (2 Tawarikh 7:14)

Page 4: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

2. MENEKANKAN KEKUDUSAN DAN KEBENARAN DI DALAM GEREJA (KOL 1:9-11)

a. Doakan agar gembala-gembala, pemimpin gereja dan ahli-ahlinya akan berusaha untuk hidup dengan kudus

b. Doakan agar setiap gereja akan memberikan ajaran untuk hidup dengan kekudusan secara sistematik

Page 5: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

3. MEMUPUK KESATUAN DI ANTARA GEREJA DAN PELAYANAN BAGI PERDAMAIAN (EFE 4:1-4)

a. Doakan agar umat Kristian akan berusaha untuk mengekalkan kesatuan di dalam Roh

b. Doakan agar semua umat Kristian belajar untuk hidup di dalam kesatuan, saling bermaafan dan perdamaian

Page 6: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

4. MENGAJAR UMAT KRISTIAN KOS PEMURIDAN (MATIUS 16-24)

a. Doakan agar umat Kristian akan memahami maksud sebenar menjadi murid Kristus dan sanggup untuk memikul salib mereka serta berkorban untuk Yesus setiap hari.

b. Doakan agar mereka yang bekerja secara profesional dan pelajar di luar Negara akan kembali dengan visi yang jelas untuk membangunkan gereja dan Negara kita.

c. Doakan ibu bapa akan mendorong anak-anak mereka untuk menetap di Malaysia dan melayani Tuhan di sini.

Page 7: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

5. MENUBUHKAN KEPIMPINAN YANG MENCERMINKAN TUHAN BAGI GEREJA-GEREJA KITA

a. Doakan agar pemimpin gereja, gembala dan pekerja awam, bertumbuh di dalam kematangan sebagai gembala Kristus yang sejati.

b. Doakan agar mereka rindu akan firman Tuhan

c. Doakan agar pemimpin yang sedia ada untuk membina dasar yang teguh

Page 8: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

6. MENGUATKAN GEREJA, TERUTAMANYA MEREKA YANG BERADA DI MALAYSIA TIMUR

a. Doakan supaya terdapat lebih banyak sumber bahan pembelajaran dan Alkitab di dalam bahasa ibunda

b. Doakan bagi pertumbuhan serta persekutuan yang efektif di dalam pelayanan serta misi di antara Semenanjung serta Malaysia Timur.

c. Doakan bagi pertumbuhan gereja-gereja yang teguh serta pemimpin yang kuat dan takut akan Tuhan

Page 9: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

7. MENJADI “TERANG DAN GARAM” BAGI BANGSA KITA

a. Doakan agar Tuhan akan tetap memberkati Negara kita dengan pertumbuhan ekonomi yang kuat dan teguh

b. Doakan agar masalah politik dan penyelewangan dapat diatasi kerana kedua-dua masalah tersebut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Negara.

c. Doakan agar komuniti yang lebih kecil dan lemah dari segi ekonomi untuk tidak dipinggirkan. Doakan agar hak-hak penduduk-penduduk Sabah, Sarawak dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia untuk dipelihara dan dipatuhi

d. Doakan agar kepimpinan gereja-gereja Tuhan akan meneraju untuk menjangkau di dalam kasih dan kesungguhan terhadap mereka yang miskin

Page 10: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

8. MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN DASAR HAK ASASI MANUSIA

a. Doakan agar gereja, masyarakat awam, dan rakyat untuk mempertahankan Perlembagaan

b. Doakan agar kerajaan akan berusaha untuk menegakkan hak yang sekata bagi semua rakyat

c. Doakan agar demokrasi dipraktikkan sepenuhnya dan agar Parlimen, Perkumpulan Negeri-negeri, undang-undang dan pejabat mempertanggungjawab kepada rakyat.

Page 11: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

9. MENGUNDI AHLI POLITIK YANG BERWIBAWA, KOMITED KEPADA KETULUSAN DAN KEADILAN.

a. Doakan agar masyarakat kita mampu untuk melantik pemimpin yang ikhlas, berwibawa, seorang yang akan menaungi Negara dengan kesungguhan, ketulusan, kebenaran dan keadilan.

b. Doakan agar umat kristian menunaikan tanggungjawab mereka sebagi pengundi dan melakukan apa yang benar.

Page 12: PANGGILAN UNTUK BERDOA BAGI GEREJA DAN NEGARA KITA.pptx

10. MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA CONTOH

a. Doakan agar Malaysia, dengan kasih karunia Allah, akan berkembang dengan ekonomi yang stabil dan kukuh;

b. Doakan Malaysia berharmoni- di mana semua rakyat adalah sama rata dengan kebebasan yang dilindungi oleh Perlembagaan dan rangka undang-undang yang mempertahankan mereka yang lemah. Ini akan menjadikan Malaysia sebuah Negara contoh bagi yang lain.