panduanci_permohonannopin.pdf

9
PANDUAN PENGGUNA ANTARAMUKA BERPUSAT ezHASiL - PERMOHONAN NO PIN- & -LOGIN KALI PERTAMA-

Upload: dar0411229292

Post on 05-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PENGGUNA

    ANTARAMUKA BERPUSAT ezHASiL

    - PERMOHONAN NO PIN-

    &

    -LOGIN KALI PERTAMA-

  • Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    2

    Isi Kandungan

    BAHAGIAN A: PENGENALAN ................................................................................................................... 3

    1. Tujuan ......................................................................................................................................... 3

    2. Keperluan Sistem ........................................................................................................................ 3

    3. Penyenggaraan Pelayar Web ...................................................................................................... 3

    BAHAGIAN B: AKSES KE LAMAN WEB ezHASiL ....................................................................................... 4

    1. PENGGUNA KALI PERTAMA ........................................................................................................ 5

    1.1 Permohonan No. PIN (bagi pembayar cukai individu) ........................................................ 5

    1.2 Permohonan No. PIN e-Filing Organisasi ............................................................................ 6

    1.3 Login Kali Pertama .............................................................................................................. 7

  • Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    3

    BAHAGIAN A: PENGENALAN

    1. Tujuan

    Dokumen ini bertujuan untuk memberi panduan ringkas kepada pengguna yang ingin

    menggunakan sistem ezHasil- Antaramuka Berpusat.

    2. Keperluan Sistem

    Keperluan Butiran

    Komputer/Prosesor Sekurang-kurangnya Intel Pentium III 400Mhz

    Memori Sekurang-kurangnya 128 megabait (MB)

    Sistem Pengoperasian Sekurang-kurangnya Microsoft Windows XP

    Pelayar Web

    Microsoft Internet Explorer 8.0 atau ke

    atas

    Mozilla

    Google Chrome

    Safari

    enkripsi128-bit

    Sijil Digital e-Filing

    3. Penyenggaraan Pelayar Web

    Bagi pengguna yang menggunakan Pelayar Web daripada Microsoft seperti Internet Explorer 8.0

    dan ke atas atau Google Chrome, anda dikehendaki untuk menyenggara tetapan di Pelayar Web

    anda. Sila ikuti langkah-langkah berikut :

    Membuang pop-up blocker - Ke Tools > Internet Options > Privacy > Popup Blocker

    > Buang tanda pada Turn On pop-up blocker (Disabled Popup Blocker).

  • Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    4

    BAHAGIAN B: AKSES KE LAMAN WEB ezHASiL

    Layari laman web rasmi ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/.

  • Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    5

    1. PENGGUNA KALI PERTAMA

    1.1 Permohonan No. PIN (bagi pembayar cukai individu)

    Fungsi Permohonan No. PIN melalui e-Mel adalah untuk memberi kemudahan kepada

    pengguna yang mempunyai alamat e-Mel yang berdaftar dengan LHDNM untuk memperolehi

    No. PIN melalui e-Mel.

    i. Layari laman web rasmi ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/.

    ii. Klik menu Permohonan No. PIN seperti rajah di atas. Sistem akan memaparkan skrin

    seperti di bawah.

    iii. Sila ikuti arahan seperti di laman tersebut. Sistem akan menghantar No. PIN pembayar

    cukai ke alamat e-Mel yang telah didaftarkan.

    iv. Mesej berjaya akan dipaparkan sekiranya pengguna memasukkan maklumat yang tepat.

  • Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    6

    v. Pengguna akan menerima e-Mel daripada [email protected]. Sila semak e-

    Mel pengguna yang berdaftar untuk mendapatkan No.PIN.

    1.2 Permohonan No. PIN e-Filing Organisasi

    Permohonan nombor pin e-Filing Organisasi boleh dibuat melalui saluran berikut :

    i. Cawangan LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC)/Pusat Khidmat Hasil (PKH).

    Tuan/Puan boleh hadir ke Cawangan LHDNM/UTC/PKH yang berhampiran. Sila

    kemukakan dokumen berikut semasa memohon :

    a. Borang CP55B yang lengkap diisi.

    b. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.

    c. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat - Jika CP55B ditandatangani oleh individu

    selain Pengarah Syarikat.

    d. Salinan kad pengenalan/passport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.

    e. Permohonan melalui pihak ketiga dibenarkan dengan syarat ada kebenaran

    bertulis dengan menggunakan kepala surat syarikat daripada Wakil Syarikat

    berserta salinan pengenalan diri Wakil Syarikat. Dokumen lain yang diperlukan:

    Salinan Borang 49 ( jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah

    Syarikat ).

    Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat ( jika Borang CP55B

    ditandatangani oleh individu selain daripada Pengarah Syarikat ).

    ii. Permohonan Melalui e-mel

    Permohonan melalui e-mel perlu dibuat dengan mengisi Borang Maklum Balas

    Pelanggan. Sila pilih kategori Maklum Balas > Permohonan > PIN e-Filing Organisasi.

    Permohonan perlu memenuhi syarat serta dokumen seperti di bawah perlu disertakan:

    a. Menggunakan e-mel Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat yang dilantik sahaja.

    E-mel daripada pihak ketiga tidak akan diproses. Selain itu, alamat e-mel mesti

    sama seperti dalam rekod kami. Sila sertakan Borang CP600B jika terdapat

    pertukaran alamat e-mel tuan/puan.

    b. Borang CP55B yang lengkap diisi.

    c. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.

    d. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat - Jika CP55B ditandatangani oleh individu

    selain Pengarah Syarikat.

    e. Salinan kad pengenalan/passport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat.

    Kegagalan tuan/puan memenuhi syarat dan tidak menyertakan dokumen seperti diatas

    akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

    Sila klik di sini untuk membuat permohonan PIN melalui Borang Maklum Balas

    Pelanggan.

  • Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    7

    1.3 Login Kali Pertama

    Fungsi ini digunapakai oleh pengguna yang ingin menggunakan sistem ini. Pengguna mestilah

    melakukan fungsi Login Kali Pertama terlebih dahulu untuk memastikan pengguna memiliki sijil

    digital sama ada individu mahupun organisasi. Pengguna boleh log masuk seperti biasa apabila

    telah berjaya melakukan transaksi ini.

    Perhatian:

    Nombor Pengenalan Peribadi atau No. PIN boleh didapati melalui fungsi Permohonan No. PIN

    atau melalui mana-mana kaunter atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

    (LHDNM) yang berdekatan.

    i. Klik Login Kali Pertama. Skrin berikut dipaparkan.

  • Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    8

    ii. Masukkan No.PIN dan No. Rujukan (No. Pengenalan) dan klik Hantar. Skrin berikut akan

    dipaparkan.

  • Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat Permohonan No PIN

    9

    iii. Isikan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Setuju. Skrin seperti di bawah akan

    dipaparkan.

    iv. Klik butang Hantar untuk teruskan.

    v. Klik di sini untuk log masuk sistem.