panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

13

Click here to load reader

Upload: md-khairul-shaleh-md-asari

Post on 07-Jul-2015

91 views

Category:

Investor Relations


2 download

DESCRIPTION

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila melabur dalam unit amanah.

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Panduan umum apabila melabur

dalam unit amanah

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila

melabur dalam unit amanah.

Disediakan Oleh:

Mohammad Khairul Shaleh, BEng ,MSc, FIMM

Founder Celik Labur

*Sumber – SIDC , www.min.com.my

Page 2: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Pengenalan

Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa

panduan umum yang perlu dipatuhi untuk

melindungi pelaburan anda dan ia

bergantung kepada matlamat, keperluan

dan halangan yang berbeza-beza.

Page 3: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Paduan Ringkas Memilih Unit Amanah

Baca prospektus dengan teliti

Sebagai pemegang unit, fahami

di mana dan bagaimana wang anda

akan dilaburkan serta segala bayaran

dan yuran yang dikenakan.

1

Page 4: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Paduan Ringkas Memilih Unit Amanah

Sahkan Kelayakan Perunding

Jika anda dikunjungi oleh perunding,

minta dokumen atau kad kuasa yang

dikeluarkan oleh Persekutuan

Pengurus-pengurus Pelaburan

Malaysia (FIMM) bagi memastikan kesahihannya.

2

Page 5: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Contoh Kad FIMM

Page 6: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Paduan Ringkas Memilih Unit Amanah

Rujuk Dokumen Berkaitan

Jangan percaya bulat-bulat

kenyataan perunding secara lisan

yang tidak terdapat dalam

prospektus, borang permohonan atau

dokumen rasmi lain yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dana.

3

Page 7: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Paduan Ringkas Memilih Unit Amanah

Jangan Buat Keputusan Terburu-buru

•Jangan terpedaya dengan perunding yang mendesak anda supaya membuat keputusan secara terburu-buru.

•Unit amanah dana terbuka (open-end) yang biasanya berada di pasaran tidak hanya dijual dalam tempoh tertentu, tetapi akan ditawarkan sepanjang tempoh dana itu selagi ia tidak melebihi had yang diluluskan.

•Walaupun dana itu sudah habis dijual kerana telah mencapai had yang diluluskan, jangan bimbang kerana sebarang penebusan balik oleh pelabur sedia ada akan

membolehkan unit berkenaan dijual semula.

4

Page 8: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Paduan Ringkas Memilih Unit Amanah

Jangan Bayar Tunai @

Cek Nama Peribadi

• Jangan sekali-kali memberi wang

tunai kepada perunding atau

mengeluarkan cek atas namanya.

• Pembayaran hendaklah dibuat

kepada syarikat pengurusan.

5

Page 9: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Paduan Ringkas Memilih Unit Amanah

Boleh Tarik Diri Bersyarat

• Jika anda mengambil keputusan untuk menarik diri

daripada melabur dalam suatu dana unit amanah, anda boleh mendapat semula sepenuhnya wang yang dilaburkan, termasuk yuran yang dibayar.

• Tempoh ini dikenali sebagai “tempoh bertenang” (cooling off period) iaitu selama 6 hari bekerja dari hari pelaburan dibuat.

• Hak ini hanya diberi kepada pelabur yang melabur dalam produk sesebuah syarikat pengurusan unit amanah bagi kali pertama dan ianya juga tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

6

Page 10: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Paduan Ringkas Memilih Unit Amanah

Simpan Rekod Berkenaan

• Simpan rekod pelaburan anda dan

semak sebarang penyata atau sijil

yang anda terima bagi memastikan

butirannya adalah betul dan tepat.

7

Page 11: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Paduan Ringkas Memilih Unit Amanah

Selidik Profil Risiko Anda

• Ingatlah bahawa semakin tinggi kadar pulangan yang dijanjikan, maka semakin tinggi risikonya.

• Sesetengah dana menunjukkan prestasi yang baik tetapi mungkin mempunyai risiko yang tinggi dan tidak mampu ditanggung.

• Pastikan jenis dana tersebut sesuai dengan anda.

8

Page 12: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Hak Pelabur

Pelabur yang mempunyai sebarang masalah atau rungutan berkaitan dengan ejen unit amanah boleh

membuat aduan kepada Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia yang bertanggungjawab

mendaftarkan perunding yang memasarkan dan menjual unit amanah.

Aduan boleh diajukan kepada :

Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia

19-07-3, 7th Floor, PNB Damansara

19, Lorong Dungun, Damansara Heights

50490 Kuala Lumpur

Tel : 603-2093 2600

Faks : 603-2093 2700

Laman web : www.fimm.com.my

Page 13: Panduan umum apabila melabur dalam unit amanah

Mengenai Perunding

• Perunding adalah Pengasas kepada Program Celik Labur yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan dan pemahaman tentang pelaburan.

• Juga merupakan Perunding Unit Amanah Berlesen sejak 2010.

• Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi di saluran dibawah

• Email – [email protected]

• SMS – 011 21778739

• PERHATIAN ; Segala Perkongsian adalah PERCUMA dan tanpa sebarang ikatan