panduan tutor - sabah.net | realising the network … · web viewmata pelajaran tersebut ialah...

17
TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat Jawapan Latihan Unit 1 Jawapan Soalan Latihan Unit 1: Bab 1 Latihan 1.1. ms. 7 -Malaysia telah beralih daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan industri yang mana ia telah memberi sumbangan yang besar kepada KDNK negara. Kini Malaysia sedang bergerak kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi di mana seluruh rakyat negara ini akan melibatkan diri secara aktif. -Malaysia memasuki era maklumat dengan pelancaran Wawasan 2020 iaitu bertujuan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020. -Negara serta masyarakat semakin bergantung kepada maklumat dan infrastrutur berkaitan. Oleh itu, teknologi ini wajar dioptimumkan sebaik mungkin supaya kita tidak ketinggalan dalam menyahut cabaran YAB Perdana Menteri bagi menempuhi era baru ini. -Ia adalah satu revolusi yang bersifat global yang berupaya mengubah kehidupan manusia di mana-mana sahaja. Revolusi ini adalah yang ketiga dalam sejarah manusia selepas revolusi pertanian dan revolusi perindustrian yang telah mengubah dunia dan meningglkan kesan yang hebat kepada masyarakat dunia. Latihan 1.2 ms 8 Data: Fakta mentah, rajah dan keterperincian lain yang belum diproses termasuk teks, angka, imej dan bunyian Contoh data: Jumlah jam anda bekerja dan kadar gaji anda 1

Upload: hoangkhuong

Post on 16-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

Jawapan Soalan Latihan Unit 1: Bab 1

Latihan 1.1. ms. 7

-Malaysia telah beralih daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan industri yang mana ia telah memberi sumbangan yang besar kepada KDNK negara. Kini Malaysia sedang bergerak kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi di mana seluruh rakyat negara ini akan melibatkan diri secara aktif.

-Malaysia memasuki era maklumat dengan pelancaran Wawasan 2020 iaitu bertujuan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

-Negara serta masyarakat semakin bergantung kepada maklumat dan infrastrutur berkaitan. Oleh itu, teknologi ini wajar dioptimumkan sebaik mungkin supaya kita tidak ketinggalan dalam menyahut cabaran YAB Perdana Menteri bagi menempuhi era baru ini.

-Ia adalah satu revolusi yang bersifat global yang berupaya mengubah kehidupan manusia di mana-mana sahaja. Revolusi ini adalah yang ketiga dalam sejarah manusia selepas revolusi pertanian dan revolusi perindustrian yang telah mengubah dunia dan meningglkan kesan yang hebat kepada masyarakat dunia.

Latihan 1.2 ms 8

Data: Fakta mentah, rajah dan keterperincian lain yang belum diproses termasuk teks, angka, imej dan bunyianContoh data: Jumlah jam anda bekerja dan kadar gaji anda

Maklumat: Data yang telah diproses dan berada dalam struktur yang berguna untuk membolehkan keputusan dibuat.Contoh maklumat: Jumlah pendapatan yang patut anda terima bagi jumlah jam bekerja untuk sebulan.

Pengetahuan: Kefahaman dan keprihatinan kepada set maklumat dan bagaimana maklumat tersebut boleh digunakan sebaiknya.

Contoh pengetahuan: Anda sebagai pekerja mengetahui yang syarikat anda telah membayar gaji yang setimpal dengan pekerjaan yang anda lakukan.

1

Page 2: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

Latihan 1.3 ms 13

Tujuh aplikasi utama telah dikenalpasti di MSC yang boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pembangunan multimedia dan persekitaran multimedia. Empat aplikasi yang pertama di bawah kategori pembangunan multimedia dan tiga aplikasi yang terakhir di bawah kategori persekitaran multimedia.

Tujuh aplikasi tersebut ialah:

1) Sekolah BestariSekolah Bestari boleh difahamkan sebagai kategori sekolah yang

menggunakan teknologi maklumat dalam pelbagai aspek persekolahan seperti pembelajaran, pengajaran, latihan, staf dan pengurusan. Dalam Sekolah Bestari, guru memainkan peranan pemudahcara pembelajaran,

suatu anjakan paradigma daripada guru sebagai penyampai pengetahuan. Pembelajaran akan ditentukan oleh pelajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri. Sebagai langkah pertama 4 mata pelajaran telah dipilih untuk pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di Sekolah Bestari terpilih. Mata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar dan seumpamanya (e-cash) telah luas digunakan

walaupun pada permulaannya agak lambat diterima seperti yang diperkenalkan oleh Bank Islam. Kini, bukan sahaja pihak bank yang akan atau telah menggunakan, pihak pengangkutan (seperti Bas City Liner), tol (seperti kad Touch & Go dan Smart Tag) dan pejabat (kad pekerja dan keselamatan) telah mula menggunakannya. Kad ini lebih merupakan kad wang elektronik atau e-domptet (dompet elektronik). Bagaimanapun yang diutamakan dan sedang diusahakan dalam MSC ialah kad pintar yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti bank, imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain. Secara amnya, dua jenis kad pintar serbaguna yang akan dibangunkan ialah yang berasaskan maklumat dan berasaskan urusniaga.

3) Kerajaan ElektronikKerajaan elektronik juga adalah antara aplikasi utama MSC. Beberapa projek yang menuju kepada kerajaan elektronik telah dijalankan. Antaranya ialah projek pertukaran data elektronik (EDI) dan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan (GITN) yang dikendalikan oleh syarikat swasta berkaitan. Seperti yang dilaporkan dalam Komputer Berita Harian (2 Julai

2

Page 3: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

97), projek EDI sistem komuniti Pelabuhan Klang (PKSC), sebagai contoh, telah menjimatkan RM100 juta setahun. Sistem ini menghubungkan terus Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Lembaga Pelabuhan Klang, tiga pengendali pelabuhan, 421 ejen penghantaran, 191 ejen perkapalan dan 15 institusi kewangan.

4) TeleperubatanTeleperubatan (telemedicine) adalah antara satu daripada aplikasi utama MSC dan perkembangan ini berkaitan dengan kad pintar serbaguna. Banyak syarikat yang sedang mengusahakan pembangunan aplikasi teleperubatan. Beberapa hospital baru yang atau sedang dibangunkan (contohnya Hospital UKM dan Hospital Selayang) telah dirancang mempunyai kelengkapan teknologi maklumat yang menyeluruh demi penggunaan teleperubatan yang berkesan.

5) Gugusan Penyelidikan & PembangunanPenubuhan kelompok institusi kajian serta institusi pendidikan di MSCuntuk meningkatkan kemahiran sumber manusia tempatan serta menjalankan kajian teknologi maklumat yang canggih.

6) Jaringan pembuatan seduniaDengan menyediakan kemudahan pembuatan kepada syarikat antarabangsa dengan menawarkan sumber manusia yang berdaya saing dalam peringkat antarabangsa dan murah dari segi bayarannya.

7) Pusat pemasaran tanpa sempadanJangkaan perniagaan masa depan ialah perniagaan tanpa wang tunai ataupun perdagangan elektronik (electronic commerce) dan telebelibelah (teleshopping). “The Mall of Malaysia” telahpun dilancarkan pada tahun 1997 untuk kita membelibelah melalui komputer (monitor shopping). Masalah utama telebelibelah ialah masalah keselamatan nombor kad kredit dan seumpamanya. Beberapa syarikat kad kredit telahpun menggunakan perisian SET (securing electronic transaction) untuk tujuan keselamatan proses telebelibelah melalui Pusat Membelibelah Elektronik (electronic mall)

3

Page 4: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

Latihan 1.4 ms 14

1. 6 Kerjaya: Juruanalisis Sistem Pengurus Web Penagaturcara Pentadbir Pangkalan Data Jurutera Perisian Ketua Pegawai Maklumat

2. Contoh Laman Web/ Infokios Jabatan Kerajaan:-

o Kerajaan negeri Johor: www.johordt.gov.myo Jabatan Perkhidmatan Awam: www.jpa.gov.myo Jabatan Kastam Diraja Malaysia: www.customs.gov.myo Bank Rakyat: www.bankrakyat.com.myo Jabatan Muzium dan Antikuiti: www.jma.gov.myo Majlis Belia Negeri Pahang: www.mbnpahang.com

3. 6 undang-undang siber:-i) Akta Tandatangan Digital 1997

Akta ini bertujuan untuk membolehkan tandatangan elektronik dan bukan tulisan tangan dalam urusan perniagaan dan perundangan. Tandatangan digital ini sebenarnya satu nombor kekunci yang digunakan untuk tujuan penyulitan dan tandatangan maklumat digital.

ii) Akta Hakcipta (Pindaan) 1997Akta ini memberikan perlindungan penuh kepada pembangun multimedia, memastikan kerja seseorang pencipta tidak boleh dipersembah sebagai kerja orang lain, melarang persembahan sesuatu kerja dalam bentuk yang telah diubahsuai serta mengelakkan pindaan dan pengubahsuaian maklumat pengurusan hak elektronik.

iii) Akta Jenayah Komputer 1997Akta ini menjelaskan kesalahan jenayah komputer dan hukuman jika disabit kesalahan tersebut. Antara kesalahan yang dijelaskan ialah capaian tanpa kuasa ke atas bahan komputer, capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahn lanjut, pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer dan komunikasi salah.

4

Page 5: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

iv) Akta Teleperubatan 1997Akta ini menjelaskan orang yang boleh mengamal teleperubatan, sijil untuk mengamalkan teleperubatan dan perolehan kebenaran pesakit berkaitan pengamalan teleperubatan ke atasnya.

v) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998Akta ini menggabungkan penyiaran dan komunikasi iaitu menggantikan Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988. Akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 April 1999, menjelaskan kuasa dan tatacara berkaitan, tribunal rayuan, perlesenan, kuasa dan tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Dengan tergazetnya akta ini, Kementrian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah ditubuhkan.

vi) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 Akta ini menjelaskan struktur, kuasa, fungsi, pekerja dan kewangan suruhanjaya ini

Jawapan Soalan Latihan Bab 2

Latihan 2.1 ms. 18

2 tugas unit kawalan:

i) mengawal dan menyelaras semua aktiviti komputer mengikut suruhan yang diterima (perisian atau aturcara)

ii) mengarah pergerakan data antara ingatan dan ALU, antara ingatan dan peranti Input/Output

Latihan 2.2 ms. 22

1. CISC - Pentium: MikrokomputerRISC - ALPHA : Superkomputer, Stesen Kerja

5

Page 6: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

2. Ingatan Kilat

Ingatan Kilat boleh menyimpan data secara kekal walaupun selepas bekalan elektrik diputuskan. Jenis ingatan ini lebih mahal daripada RAM yang biasa dan banyak digunakan dalam komputer mudah alih.

Tidak seperti RAM, data dan maklumat yang disimpan di dalam ingatan kilat semasa komputer aktif boleh disimpan dari satu seksyen penggunaan komputer ke seksyen seterusnya.

Tidak seperti ROM, data dan maklumat yang terdapat di dalam ingatan kilat boleh dipadamkan dan digantikan dengan data baru oleh program aplikasi.

Latihan 2.3 ms. 25

Nombor Minimum Maksimum8 0 28

16 0 216

32 0 232

64 0 264

Latihan 2.4 ms. 31

1. Kad grafik adalah perantara di antara CPU dengan monitor dalam proses pemaparan imej kepada monitor. Dalam sebuah kad grafik terdapat dua komponen penting iaitu memori video (video memory) dan cip video (video chip). Tugas memori video adalah untuk menyimpan dan memproses data asas imej, kemudian cip video pula memproses data imej itu sebelum dihantar kepada monitor untuk dipaparkan.

Terdapat dua jenis kad grafik di pasaran dan ianya dibahagikan menurut jenis sistem bas yang digunakan oleh kad tersebut. Sistem bas yang dimaksudkan ialah PCI dan AGP di mana kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing seperti paparan kad AGP yang lebih tajam.

Contoh kad PCI:. Creative Labs 3D Blaster Banshee, Matrox Millennium G200 SD PCI dan Diamond Multimedia Viper V550.

6

Page 7: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

Contoh kad AGP: Creative Labs Graphics Blaster RIVA TNT, 3dfx Voodoo3 3000 dan ATI Rage Fury.

2. Papan sistem ialah jaringan komunikasi untuk seluruh sistem komputer. Setiap komponen unit sistem disambung secara terus ke papan sistem. Ia berfungsi sebagai laluan data yang membolehkan pelbagai komponen berhubung di antara satu sama lain.

Papan sistem terdiri daripada papan litar leper yang dipenuhi soket dan komponen elektronik termasuklah pelbagai jenis cip.

3. Tiga Jenis Talian Bas:

a) Seni Bina Standard Industri (ISA): Dibina untuk komputer peribadi IBM. Pada mulanya ia mempunyai laluan 8 bit lebar, kemudian ia menjadi 16 bit lebar. Walaupun kurang pantas untuk kebanyakan aplikasi komputer hari ini, bas ISA masih digunakan dengan meluas.

b) Saling Sambung Komponen Perisian (PCI): Pada asalnya dibina untuk memenuhi keperluan video akibat penggunaan antara muka pengguna bergrafik. PCI ialah bas dengan kelajuan 32 bit atau 64 bit yang 20 kali lebih pantas dari bas ISA. Ia dijangka akan mengganti bas ISA pada masa terdekat. Bas pCI banyak digunakan untuk menghubungkan CPU, ingatan dan papan tambah.

c) Port Grafik Terpecut (AGP): Bas yang paling terkini dan lebih dua kali ganda lebih laju dari bas PCI. Bas PCI digunakan untuk pelbagai fungsi tetapi bas AGP adalah khusus untuk memecut prestasi grafik. Ia banyak digunakan untuk grafik dan animasi 3D. AGP diguna untuk menggantikan bas PCI dalam pemindahan data video.

Jawapan Soalan Latihan Bab 3

Latihan 3.1 ms 35

Dalam kemasukan data luar-talian, data yang telah diinput akan ditukar kepada bentuk yang sesuai, kemudian disemak. Data akan diperbetulkan dahulu jika terdapat sebarang ralat. Semua data yang telah disahkan betul akan diproses.

7

Page 8: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

Manakala dalam kemasukan data interaktif, setiap data yang diinput akan terus disemak dan diperbaiki. Proses ke atas ini akan terus dijalankan tanpa perlu menunggu semua data dimasukkan.

Latihan 3.2 ms 40

1. Bila bebola di bawah tetikus bergolek, kedudukan koordinat menegak danmengufuk kursor tetikus berubah. Dengan menyemak koordinat, komputer dapat menentukan kedudukan kursor dan menukar pergerakan tetikus ke isyarat elektronik. Kabel pada tetikus akan menyambung dan menghantar isyarat elektronik dari tetikus ke unit sistem. Unit sistem ini akan menukar isyarat ini ke kod ASCII.

2. Di antara peranti penuding yang sering digunakan ialah tetikus dan skrin sentuh.

Latihan 3.3 ms 45

1. Peranti input yang paling biasa digunakan ialah tetikus dan papan kekunci tetapi terdapat pelbagai peranti input yang lain untuk memenuhi keperluan pada sesuatu aplikasi seperti peranti input audio, video, peranti imbasan, peranti penuding (skrin sentuh, pen cahaya, sistem berasaskan pen) dan lain-lain.

2. Pengecaman Optik: Mesin Faks Pembaca Tanda Optik

Pengecaman Magnetik: Pembaca Aksara Dakwat Magnetik

Latihan 3.4 ms 48

1. Faktor-faktor mempengaruhi sukatan kelajuan pencetak:- jenis pencetak- kaedah pencetak (aksara, baris, halaman)

2. Pencetak laser Pencetak pancut dakwat

8

Page 9: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

Latihan 3.5 ms 52

1. Pemplot ialah peranti output bertujuan khas bagi menghasilkan carta bar, peta, lukisan arkitek dan ilustrasi tiga dimensi. Pemplot boleh menghasilkan dokumen multiwarna berkualiti tinggi dan juga dokumen yang lebih besar daripada kebanyakan pencetak jenis lain.

2. Monitor tiub sinar katod (CRT) -Paling biasa terdapat di pejabat dan rumah -Biasa diletak di atas unit sistem atau meja -Serupa dengan televisyen dari segi saiz dan teknologi -Kebaikan: murah, resolusi tersangat baik -Keburukan: saiznya

Monitor paparan panel rata (LCD): -monitor mudah alih -teknologi menggunakan hablur cecair -lebih nipis, ringan & kurang menggunakan kuasa daripada CRT -telah mula digunakan untuk sistem meja

3. Kamera Digital Tidak seperti kamera video tradisi, kamera video digital merekod pergerakan secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera. Kualiti imejnya adalah lebih baik dan harganya agak mahal berbanding dengan kamera video tradisi. Kamera video digital boleh juga diguna sebagai kamera digital dengan mengambil gambar yang statik. Dengan penurunan kos, kamera video digital menjadi semakin popular dalam perniagaan dan pengguna di rumah. Jawapan Soalan Latihan Bab 4

Latihan 4.1 ms 58

1. Kebaikan storan sekunder: - Saiz : Menampung saiz data yang besar - Ekonomi: Penjimatan kos simpanan

9

Page 10: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

2. 3 jenis storan magnetic: - Pita Magnetik - Cakera Liut

-Cakera Keras

Latihan 4.2 ms 63

Peranti storan optik menggunakan prinsip cahaya dan bukan prinsip magnet untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser yang digunakan menentukan data yang ditulis atau dibaca.

Dalam teknologi storan optik, pancaran laser mengubah permukaan cakera platik atau metalik untuk mewakili data. Tidak seperti cakera liut dan cakera keras, yang menggunakan cas magnet untuk mewakili 1 dan 0, cakera optik menggunakan pancaran pantulan. 0 dan 1 diwakilkan oleh kawasan datar yang dipanggil rata dan kawasan yang berlekuk dipanggil liang di permukaan cakera. Cakera akan dibaca oleh laser dengan memancarkan alur cahaya halus pada kawasan tersebut. Jumlah cahaya pantulan menentukan sama ada kawasan tersebut diwakili 1 atau 0.

Latihan 4.3 ms 66

1. Paras hierarki organisasi data:-- Bit- Aksara/bait- Medan- Rekod- Contoh rekod- Fail

2. Tiga jenis cakera keras:-- Cakera Keras Dalaman- Katrij Cakera Keras- Pak Cakera Keras

3. Dua teknik pemadatan data:-- Teknik lossless- Teknik lossy

10

Page 11: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

Soalan Tutorial 1.1 ms 69

Berikut ialah rangka jawapan sebagai panduan kepada anda untuk menjawab soalan tutorial 1.1 dan 1.2. Sebagai tutor anda boleh memberi pendapat dan pandangan anda sendiri sewaktu menjawab soalan-soalan yang diberikan. Perlu difahami bahawa tidak ada betul atau salah bagi tugas-tugas ini.

1. -Sila lawat laman web www.mdc.com.my untuk mendapat penerangan lanjut berkenaan undang-undang siber dan hak pengguna.

2. Langkah-langkah:

- Implementasi Undang-undang dan polisi.- Eg: Akta Hakcipta (Pindaan) 1997 – perlindungan hakmilik

Akta Jenayah Komputer 1997 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

- Pengguna perlu: etika dan bermoral- Kurangkan harga CD

Soalan Tutorial 1.2 ms 70

1. Perkakasan dan perisian

- Rujuk Unit1: Bab 2 modul Konsep Asas Teknologi Maklumat- Antara perkakasan komputer yang sering digunakan dalam industri ini ialah

komputer Silicon Graphic – berasaskan UNIX, Macintosh (Mac) – berasaskan MacOS, PC – berasaskan windows dan Amiga berasaskan Commodore

- Untuk menghasilkan animasi/iklan komputer mudah tidak perlu perkakasan canggih dan pemprosesan berkuasa tinggi. Mana-mana sistem komputer multimedia masa kini yang terdapat di pasaran sudah memadai.

- Contoh perisian: LightWave3D, 3D StudioMax, Adobe Photoshop dll.- Masukkan pandangan/pendapat anda sendiri

11

Page 12: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

2. Input dan Ouput

- Rujuk Unit 1: Bab 3 dan 4 modul Konsep Asas Teknologi Maklumat- Masukkan pandangan/pendapat anda sendiri

12

Page 13: Panduan Tutor - Sabah.Net | Realising The Network … · Web viewMata pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. 2) Kad Pintar Penggunaan kad pintar

TM 201 00 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Jawapan Latihan Unit 1

13