panduan permohonan pensijilan disiplin mekanikal · 1.0 pengenalan cawangan kejuruteraan mekanikal...

19

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

46 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan
Page 2: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 2

PANDUAN PERMOHONAN

PENSIJILAN DISIPLIN MEKANIKAL

KAWALAN BUNYI DAN GETARAN

Page 3: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 3

KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF

3. TAHAP PENSIJILAN

4. KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN

5. LATIHAN

6. SYARAT PERMOHONAN

7. CARA MEMOHON

8. PENILAIAN

9. LAMPIRAN

SENARAI KURSUS

SENARAI SEMAK

LAMPIRAN I : BORANG PERMOHONAN

Page 4: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 4

1.0 PENGENALAN

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk

meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan perkhidmatan. Pensijilan ini

adalah sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan hasrat ini. Ianya juga

termaktub di dalam Pelan Peningkatan Kompetensi Cawangan dan adalah selaras

dengan aspirasi pengurusan atasan.

Pengwujudan program sebegini adalah melengkapi usaha jabatan untuk

menjadikan organisasi ini sebagai Pusat Kecemerlangan dan rujukan di peringkat

Negara dan dipersada dunia.

Jurutera Mekanikal (Kawalan Bunyi dan Getaran) yang bertauliah adalah mereka

yang telah berjaya melalui asas latihan merangkumi rekabentuk sistem mekanikal

dan kawalan bunyi dan getaran, penyelesaian isu sebenar di tapak bina bagi

menjadikan mereka amat berpotensi, berkemahiran tinggi dan berkualiti. Mereka

yang menerima pentaulihan ini adalah jurutera-jurutera mekanikal yang telah

mendapat kemahiran/kepakaran khusus dalam bidang sistem mekanikal dan

kawalan bunyi dan getaran di dalam projek-projek kerajaan.

Dengan pensijilan ini, Jurutera Mekanikal adalah diiktiraf telah mencapai tahap

kemahiran kompetensi pakar. Pegawai yang menerima pensijilan ini amat

berpotensi, berkemahiran tinggi, berkualiti dan menjadi sumber rujukan jabatan.

Page 5: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 5

2.0 OBJEKTIF

Mengiktiraf kompetensi, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan jurutera

dalam bidang mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran;

Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang strategik secara berperingkat

dan sistematik;

Meningkatkan kepakaran serta kualiti sistem penyampaian Kerajaan;

Meningkatkan motivasi jurutera mekanikal pakar dengan memastikan

kesinambungan kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing;

Peluang pembangunan dan kemajuan kerjaya yang lebih baik;

Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang

diberikan oleh jurutera mekanikal pakar.

3.0 TAHAP PENSIJILAN

Selaras dengan COMPETENCY MODEL & DICTIONARY JKR 20700-0285-17,

Program pensijilan ini terbahagi kepada TIGA (3) tahap pengkelasan. Tahap

pengkelasan adalah terdiri daripada Tahap – 2, Tahap - 3 dan Tahap - 4.

Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan diberi

gelaran seperti berikut :

Sijil Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap 2

Sijil Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap 3

Sijil Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap 4

Calon yang bertaraf Jurutera Profesional (P.E) layak dipertimbangkan untuk Sijil

Jurutera Mekanikal Tahap 3 Kawalan Bunyi dan Getaran, dengan syarat calon

perlu mempraktikkan bidang kejuruteraan mekanikal (kawalan bunyi dan getaran)

sekurang-kurangnya 5 tahun serta syarat yang berkaitan.

Page 6: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 6

4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN

Pemohon pensijilan perlu mempunyai pengetahuan seperti yang dinyatakan

didalam syarat -syarat yang disertakan bagi memohon pensijilan ini. Skop

pengetahuan bagi tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti dinyatakan

dibawah.

4.1 Pensijilan Tahap 2 – KAWALAN BUNYI DAN GETARAN

Calon perlu mempunyai pengetahuan asas seperti berikut:

a. Pengetahuan berkisarkan konsep dan prinsip kawalan bunyi dan getaran

dalam bangunan kerajaan;

b. Pengetahuan berkaitan:

Prinsip bunyi dan getaran

Asas kawalan bagi bunyi dan getaran

Kaedah pengukuran asas bunyi menggunakan Sound Level Meter

Kaedah pengukuran asas getaran menggunakan Vibration Analyser ;

c. Pengetahuan kepada akta/piawaian yang berkaitan (UBBL, Akta Kilang Dan

Jentera 1967, Garis Panduan Unit Pengurusan Ekonomi, Mechanical System

Designs And Installation Guidelines For Architect And Engineers dan mana-

mana piawaian yang berkaitan;

d. Pengetahuan berkaitan fungsi dan komponen peralatan penebat bunyi dan

getaran;

e. Pengawasan tapak untuk sistem dan peralatan mekanikal yang berkaitan

untuk tujuan kawalan bunyi dan getaran;

f. WAJIB mengikuti kursus asas Noise And Vibration yang berkaitan.

Page 7: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 7

4.2 Pensijilan Tahap 3 – KAWALAN BUNYI DAN GETARAN

Calon kompeten dalam perkara-perkara berikut:

a. Pengetahuan kepada akta/ piawaian yang berkaitan (UBBL, Akta Kilang Dan

Jentera 1967, Garis Panduan EPU, Mechanical System Design And

Installation Guidelines For Architects And Engineers, dan mana-mana

piawaian yang berkaitan)

Keperluan-keperluan untuk setiap disiplin (Arkitek, Sivil dan Struktur,

Elektrik dll)

Keperluan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan (Contohnya: Jabatan

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat

dll);

b. Berpengetahuan menganalisa, merekabentuk dan menyelesaikan isu kesan

bunyi dan getaran di tapak;

c. Anggaran kos pemasangan alat atau sistem kawalan bunyi dan getaran

(Projek Baru, Penggantian dll);

d. Pengawasan ditapak dalam pemasangan alat kawalan bunyi dan getaran

dalam sistem mekanikal;

e. Berkemampuan mengenalpasti lokasi/titik pengukuran data bunyi dan getaran

di tapak.

Calon perlu berkeupayaan untuk menganalisa isu, mengenalpasti punca masalah

dan melaksanakan analisis data serta menyediakan laporan cadangan

penyelesaian berkaitan bunyi dan getaran dalam sistem mekanikal. Calon perlu

mengetahui rekabentuk minimum dan berupaya menggunakan secara terus teknik

dan peralatan berkaitan kawalan bunyi dan getaran.

Page 8: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 8

4.3 Pensijilan Tahap 4 – KAWALAN BUNYI DAN GETARAN

Calon cekap dalam perkara-perkara berikut::

a. Polisi terkini; garispanduan, piawaian dan arahan-arahan lain yang berkaitan

bunyi dan getaran;

b. Penggunaan perisian yang diperlukan untuk memenuhi garis panduan,

piawaian dan arahan-arahan berkaitan bunyi;

c. Kaedah pemeriksaan dan pengujian, penggunaan peralatan, pengambilan

serta pengumpulan data untuk kajian kes/forensik yang berkaitan kawalan

bunyi dan getaran;

d. Anggaran kos pemasangan alat atau sistem kawalan bunyi dan getaran

(Projek Baru, Penggantian dll);

e. Pengawasan ditapak dalam pemasangan alat kawalan bunyi dan getaran

dalam sistem mekanikal dan Pengukuran bunyi dan getaran di tapak;

f. Membuat pembentangan kertas kerja berkaitan Noise/Vibration diperingkat

Jabatan atau persidangan dalam/luar negara.

Selain memenuhi semua keperluan skop pengetahuan kategori Pensijilan Tahap 2

dan Tahap 3, Calon yang berkelayakan adalah perlu menjadi sumber rujukan

kepada pihak lain yang memerlukan khidmat nasihat dalam bidang berkaitan

kawalan bunyi dan getaran. Calon juga perlu berkebolehan membangunkan teknik,

prosedur atau proses berkaitan mengawal kesan bunyi dan getaran dalam sistem

mekanikal dan juga berkeupayaan untuk menjadi mentor kepada pegawai-pegawai

lain serta boleh menjana amalan terbaik di peringkat organisasi dan peringkat yang

lebih meluas.

Page 9: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 9

5.0 LATIHAN

Bagi memastikan calon-calon telah dilatih secara terancang dan sistematik, mereka

dikehendaki menyertai kursus teknikal seperti yang termaktub di dalam dokumen

Pelan Pengurusan Kompetensi Dan Program Latihan Jurutera dan Penolong

Jurutera Mekanikal JKR.

6.0 SYARAT PERMOHONAN

Calon calon yang berminat boleh memohon tahap pensijilan yang telah dinyatakan

dengan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.

6.1 Sijil Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap 2

Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;

a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap

2;

b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Siswazah;

c) Menghadiri kursus Sistem Bunyi dan Getaran Asas; (sila lihat senarai kursus teknikal

wajib)

d) Pengalaman dalam bidang Kawalan Bunyi dan Getaran bagi Sistem

Mekanikal: minima 3 Tahun;

6.2 Sijil Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap 3

Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;

a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap

3;

b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Siswazah;

c) Menghadiri kursus Sistem Bunyi dan Getaran Lanjutan / Kursus luar berkaitan

Kawalan Bunyi dan/atau Getaran; (sila lihat senarai kursus teknikal wajib)

d) Pengalaman dalam bidang Kawalan Bunyi dan Getaran bagi Sistem

Mekanikal: minimum 5 Tahun;

Page 10: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 10

e) Melepasi Pensijilan Tahap 2 Kawalan Bunyi dan Getaran;

ATAU

f) Calon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang

Kejuruteraan Bunyi dan/atau Getaran;

ATAU

g) Calon yang mempunyai kelayakan Jurutera Profesional (P.E) layak

dipertimbangkan dengan syarat calon perlu mempraktikkan bidang

kejuruteraan mekanikal (kawalan bunyi dan getaran) yang berkaitan

sekurang-kurangnya 5 tahun serta syarat-syarat lain yang berkaitan.

6.3 Sijil Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap 4

Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;

a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap

4;

b) Berstatus Jurutera Profesional (P.E);

c) Menghadiri kursus Sistem Bunyi dan Getaran Lanjutan / Kursus luar berkaitan

Kawalan Bunyi dan/atau Getaran; (sila lihat senarai kursus teknikal wajib)

d) Pengalaman rekabentuk atau bidang kepakaran kejuruteraan mekanikal 12

tahun dan berkaitan dengan Kawalan Bunyi dan Getaran dalam sistem

mekanikal: minima 7 tahun;

e) Melepasi Pensijilan Tahap 3 Kawalan Bunyi dan Getaran;

ATAU

f) Mempunyai sekurang-kurangnya satu pensijilan berkaitan bidang yang

berkaitan.

Page 11: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 11

7.0 CARA MEMOHON

Hebahan program ini akan disiarkan melalui :

Laman web rasmi JKR / CREaTE

Borang permohonan adalah di seperti Lampiran I.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh dikemukakan kepada Urusetia

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya.

Borang permohonan, laporan pengalaman dan kertas kerja/jurnal/artikel yang

lengkap, boleh dikemukakan kepada Urusetia Pelaksanaan Program Pensijilan

Kepakaran Jurutera Mekanikal beralamat seperti berikut :

Urusetia

Program Pensijilan Kepakaran Jurutera Mekanikal

Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteran

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR

Alor Gajah, Melaka

8.0 PENILAIAN

8.1 Kaedah

Proses Penilaian adalah berasaskan kepada temuduga dan laporan pengalaman

beserta sikap yang akan di kendalikan oleh pihak Urusetia Pelaksanaan Program

Pensijilan Jurutera Mekanikal.

Calon yang telah memiliki Ijazah Lanjutan atau pernah menyediakan kertas kerja/

jurnal samada melalui JKR/ Agensi lain akan diberi pertimbangan sewajarnya.

Kertas kerja dan laporan pengalaman hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian/

Ketua Jabatan.

Panel penilai bagi pensijilan adalah terdiri dari pegawai-pegawai yang ditetapkan

oleh Jawatankuasa Program Pensijilan Jurutera Mekanikal.

Page 12: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 12

8.2 Pemarkahan

Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut :

Kriteria Markah

Temubual 50%

Personaliti dan perwatakan 20%

Pengetahuan Am 10%

Kepimpinan 10%

Kemahiran Komunikasi 10%

Kertas Kerja & Laporan Pengalaman 50 %

Laporan Pengalaman

Sumbangan / Track Record berkaitan

dengan sub bidang kepakaran yang dipilih

Projek/ Khidmat Nasihat berkaitan dengan

sub bidang kepakaran yang dipilih (laporan

lengkap – rekabentuk konsep, pengiraan

dan lain-lain)

Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan

Jurnal/ Artikel

Calon calon perlu mendapatkan markah keseluruhan sekurang - kurangnya

80 % untuk lulus dalam sesi penilaian ini.

Page 13: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 13

SENARAI KURSUS

Kursus - kursus teknikal yang wajib dihadiri oleh calon bagi pensijilan tahap yang

berkaitan mengikut bilangan yang ditetapkan adalah seperti berikut :

1. Sijil Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap 2 2.

Modul Program Tajuk Kursus Bil. hari

Kepakaran 1. Noise and Vibration Control (Asas) 2

2. Analisa Forensik Dalam Sistem Mekanikal 2

Pengujian dan Pentauliahan

1. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3

rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

3. Sijil Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap 3 4.

Modul Program Tajuk Kursus Bil. hari

Kepakaran 1. Noise and Vibration Control (Lanjutan) 2

2. Analisa Forensik Dalam Sistem Mekanikal 2

Pengujian dan Pentauliahan

1. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3

rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

5. Sijil Jurutera Mekanikal Kawalan Bunyi dan Getaran Tahap 4 6.

Modul Program Tajuk Kursus Bil. hari

Kepakaran 1. Noise and Vibration Control (Lanjutan) 2

2. Analisa Forensik Dalam Sistem Mekanikal 2

Pengujian dan Pentauliahan

1. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3

rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Page 14: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kawalan Bunyi dan Getaran

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 14

SENARAI SEMAKAN UNTUK PERMOHONAN

Dokumen dokumen yang perlu dihantar kepada urusetia adalah :

i. Borang Permohonan Pensijilan Jabatan Kerja Raya(Sistem Automasi Bangunan)

ii. Salinan Sijil-sijil berkaitan (Ijazah, PhD, P.E. etc)

iii. Salinan pengesahan Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan Jurnal/ Artikel

iv. Laporan pengalaman dan latihan yang telah dilalui

v. Sijil kehadiran kursus teknikal wajib

vi. Maklumat dan Dokumen Tambahan

Disediakan oleh : Urusetia Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya Disiplin Mekanikal

Page 15: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

LAMPIRAN I

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA BORANG PERMOHONAN

PROGRAM PENSIJILAN KEPAKARAN JURUTERA MEKANIKAL

TAHUN 20....

1. NAMA :___________________________________________________________________

2. No. K.P :___________________________________________________________________

3. ALAMAT TEMPAT BERTUGAS: ______________________________________________________

________________________________________________________________________________

4. NO. TEL PEJABAT & BIMBIT:________________________________________________________

5. FAKSIMILI :_______________________________________________________________________

6. EMEL :__________________________________________________________________________

7. JAWATAN & GRED:________________________________________________________________

8. KELAYAKAN AKADEMIK:____________________________________________________________

:____________________________________________________________

9. KELAYAKAN PROFESIONAL/KOMPETEN :_____________________________________________

:_______________________________________________________________________________

10. TEMPOH PERKHIDMATAN TETAP DI JKR :_____________________________________________

(Sehingga tarikh memohon)

Sila nyatakan sub-bidang kepakaran yang dipilih dan tandakan (/) pada tahap pensijilan yang dimohon pada petak yang

disediakan.

Sub-Bidang Kepakaran JM Tahap 2 JM Tahap 3 JM Tahap 4

SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA KENYATAAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR DAN SAYA TELAH

MENEPATI SEMUA SYARAT YANG DITETAPKAN BAGI PENSIJILAN YANG DIMOHON.

_____________________ ______________________________ TARIKH TANDATANGAN & COP PEMOHON

(A) MAKLUMAT PERIBADI & PERKHIDMATAN

(B) KATEGORI PENSIJILAN

(C) ULASAN KETUA BAHAGIAN

1. SAYA SOKONG/ TIDAK SOKONG PERMOHONAN JURUTERA MEKANIKAL INI UNTUK PENSIJILAN

DIATAS.

_______________________ _________________________________ TARIKH TANDATANGAN KETUA BAHAGIAN & COP RASMI JABATAN

Page 16: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

LAMPIRAN I

TAHUN

BERKHIDMAT

(DARI-HINGGA)

TEMPAT

BERTUGAS JAWATAN, PERANAN & TANGGUNGJAWAB

Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.

(D) PENGALAMAN KERJA (dari mula berkhidmat hingga kini)

Page 17: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

LAMPIRAN I

BIL

TAJUK DAN KETERANGAN RINGKAS

Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.

(E) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Kertas kerja/ Laporan/ Jurnal/ dan lain-lain)

Page 18: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan

LAMPIRAN I

BIL KEKOMPETENAN

TAHUN

(F) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Lain-lain Sijil Kekompetenan)

Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.

Page 19: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 1.0 PENGENALAN Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan