panduan perkembangan pembelajaran murid...

7
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1

Upload: ngotu

Post on 08-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …busybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppmscie… · teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

SCIENCE

TINGKATAN 1

Page 2: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …busybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppmscie… · teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 1

MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE

Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan

pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat

keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti

kurikulum Science sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka mendapatkan

pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk

membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan

teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF KURIKULUM SCIENCE Kurikulum Science untuk sekolah menengah membolehkan murid: 1 Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena

alam semulajadi dan pengalaman harian Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian

2 Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir 4 Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan

nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan 5 Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi 6 Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan 7 Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

8 Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan

bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat 9 Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat

10 Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh

penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal 11 Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.

Page 3: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …busybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppmscie… · teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 1

BAND

PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

2

Mengetahui dan memahami konsep dan prinsip sains

3

Mengaplikasi pengetahuan saintifik untuk mengembangkan pemahaman konsep dan prinsip sains

4

Menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip

sains

5

Mengamal dan menilai maklumat saintifik yang berkaitan konsep dan prinsip sains dan teknologi dalam menyelesaikan masalah

6

Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan

dengan sains dan teknologi

Page 4: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …busybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppmscie… · teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 1

TEMA / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

TEMA A

MEMPERKENALKAN SAINS

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA SAINS

1 menyatakan pelbagai fenomena semula jadi dan kerjaya dalam bidang sains dengan betul.

2 menerangkan kuantiti fizik dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai konsep berat dan jisim secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk membuat pengukuran mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat faktor yang mempengaruhi ayunan bandul dalam satu jangka masa mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai kepentingan unit piawai dalam kehidupan harian secara kreatif, inovatif dan lengkap.

Page 5: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …busybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppmscie… · teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 1

TEMA / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

TEMA B

MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN HIDUPAN

TAJUK 2 SEL SEBAGAI UNIT ASAS

KEHIDUPAN

1 menyatakan pelbagai jenis sel manusia dengan betul.

2 menerangkan maksud dan contoh organisma unisel dan multisel dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai persamaan dan

perbezaan struktur serta fungsi bagi sel haiwan dan sel tumbuhan, fungsi pelbagai jenis sel dalam badan manusia dan organisasi sel dari mudah ke kompleks secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk

menyediakan slaid, menggunakan mikroskop dan melukis stuktur

sel haiwan dan sel tumbuhan mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk mengelaskan organisma unisel dan multisel melalui kajian makmal mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan untuk menjelaskan manusia adalah organisma kompleks secara kreatif, inovatif dan lengkap.

Page 6: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …busybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppmscie… · teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 1

TEMA / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

TEMA C

JIRIM DALAM ALAM

TAJUK 3 JIRIM

TAJUK 4 KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI

TAJUK 5 UDARA DI SEKELILING KITA

1 menyatakan pelbagai objek yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang dengan betul.

2 menerangkan kegunaan pelbagai sumber di Bumi yang menyokong kesinambungan hidup dalam kehidupan harian dengan jelas. 3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai perbezaan

susunan dan pergerakan zarah dalam tiga keadaan jirim secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik

untuk mengkaji udara, air, tanah, benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang, perbezaan antara unsur, sebatian dan campuran, kaedah pengasingan campuran, ciri-ciri logam dan bukan logam serta pengelasannya,dan komponen udara, ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

5 mengamal dan menilai maklumat saintifik bagi menyelesaikan

masalah berkaitan ketumpatan, menyiasat gas yang terlibat dalam respirasi dan pembakaran,dan persamaan, perbezaan antara udara sedutan dan udara hembusan mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan tentang hubungan sumber dengan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi secara kreatif, inovatif dan lengkap.

Page 7: PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID …busybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppmscie… · teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan

SCIENCE TINGKATAN 1

TEMA / TAJUK

BAND

BAND

DESKRIPTOR

TEMA F TENAGA DALAM KEHIDUPAN

TAJUK 6 SUMBER TENAGA

TAJUK 7 HABA

1 menyatakan pelbagai jenis dan sumber tenaga dengan betul.

2 menerangkan perbezaan antara haba dan suhu dengan jelas.

3 mengaplikasikan pengetahuan saintifik mengenai pengelasan tenaga yang boleh diperbaharu dan tidak boleh diperbaharu secara meluas.

4 menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji perubahan tenaga daripada tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik dan sebaliknya, Matahari membebaskan haba dan kesan haba terhadap jirim mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan. 5 mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat konduktor haba, penebat haba serta kegunaannya, dan objek yang gelap dan kusam menyerap, membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

6 mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai keperluan memelihara sumber tenaga dan cadangan penggunaan tenaga efisien secara kreatif, inovatif dan lengkap.