kementerian pendidikan malaysia - busybee -...

20
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2

Upload: lykien

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN

PEMBELAJARAN MURID

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMAHIRAN TEKNIKAL

TINGKATAN 2

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

Cetakan 2014

© Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,

ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun

tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga

Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

0

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2

3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

2

3

4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

6 TAFSIRAN 5

7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

8 PENYATAAN STANDARDKHB KEMAHIRAN TEKNIKAL 7

10 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 8

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

1

PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikalmerangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi,Kemahiran Teknikalserta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikalsebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

3

MATLAMAT MATA PELAJARAN

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

menghasilkan produk.

OM3 Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

OM4 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM5 Menterjemah idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.

OM6 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM7 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM8 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

4

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

5

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

pelaporan individu.

o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generikbagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptorialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

dan dicapai.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran murid yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

6

KERANGKA STANDARD PRESTASI

1

2

3

4

5

6

Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

Tahu

Faham Tahu

Boleh Buat Faham Tahu

Tahu Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

Faham

Tahu Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

Faham

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

7

PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

BAND PENYATAAN STANDARD

6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan.

2 (Tahu dan Faham)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan.

1 (Tahu)

Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi,kemahiran teknikalserta perniagaan dan keusahawanan.

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

8

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 2

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

9

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

1. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek B1

Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menyenaraikan lima alatan tangan.

B2 Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan lima alatan tangan dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong dengan mengikut prosedur1.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong dengandaya usaha1.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menggunakan alatan tangan untuk kerja mengukur, menanda dan memotong dan membimbing1.

prosedur1 : Kaedah dan teknik yang betul.

daya usaha2 : (i) Hasil kerja kemas dan betul.

(ii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan. membimbing

1 : (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.

(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

10

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

2. Elektronik B1

Menyatakan tentang asas elektronikdengan memberikan tiga simbol komponen elektronik.

B2 Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga komponen elektronik dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan menterjemah semua komponen1 dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur2.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar dengan daya usaha2.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan dan membimbing1.

semua komponen1 : Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)]

prosedur2 : Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul.

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

11

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

3. Lukisan teknik B1

Menyatakan tentang asas lukisan teknik dengan memberikan empat alatan tangan lukisan teknik.

B2 Menerangkan tentang asas lukisan teknik dengan menjelaskan empat alatan lukisan teknik dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik dengan melukis unjuran ortografik.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara sistematik dengan melukis unjuran ortografik mengikut prosedur1.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik dengan daya usaha3.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis unjuran ortografik danmembimbing1.

daya usaha3 : (i) Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm)

(ii) Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul. (iii) Hasil lukisan betul dan bersih.

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

12

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

4. Masakan B1 Menyatakan tentang masakan dengan mengenal pasti jenis-jenis minuman.

B2 Menerangkan tentang masakan dengan mengenal pasti bahan yang sesuai untuk jenis minuman.

B3 Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat.

B4 Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan mengikut prosedur3

B5 Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dengan daya usaha4.

B6 Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman tentang masakan dengan menghasilkan minuman menyegarkan/berkhasiat dan membimbing1.

prosedur3 : Urutan dan langkah kerja yang betul

daya usaha4. : (i) Menghias (ii) Hasil kerja kemas (iii) Mengamalkan peraturan keselamatan diri dan alatan

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

13

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI

5. Tanaman hiasan B1

Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan mengenal pasti dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

B2 Menerangkan tentang tanaman hiasan dengan menjelaskan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan mengikut prosedur3.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dengan daya usaha2. .

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan membuat pemasuan semula tanaman hiasan dan membimbing1.

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

14

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

KEMAHIRAN TEKNIKAL

7. Lukisan teknik (elektif) B1

Menyatakan tentang lukisan teknik dengan mengenal pasti lukisan isometrik, lukisan hamparan dan lukisan keratan penuh.

B2 Menerangkan tentang lukisan teknik dengan mengenal pasti kaedah melukis lukisan isometrik, hamparan dan keratan penuh.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara sistematik dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh mengikut prosedur1

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh dengan daya usaha3

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara berinisiatif dengan melukis lukisan isometrik, lukisan hamparan garis selari dan lukisan hamparan garis jejari serta lukisan keratan penuh dan membimbing1.

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

15

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

KEMAHIRAN TEKNIKAL

8. Elektronik (elektif) B1

Menyatakan tentang elektronik dengan mengenal pasti dua simbol komponen1 elektronik.

B2 Menerangkan tentang elektronik dengan menjelaskankomponen1 elektronik dari segi fungsinya.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik dengan menghasilkan projek elektronik.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara sistematik dengan menghasilkan projek elektronik mengikutprosedur4.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektroniksecara berinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya usaha2.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektroniksecara berinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dan membimbing1

komponen1 : Komponen elektronik untuk elektif Kemahiran Teknikal tingkatan dua

prosedur4 : Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

16

BIDANG TAJUK BAND DESKRIPTOR

KEMAHIRAN TEKNIKAL

9. Asas keusahawanan B1

Menyatakan tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti ciri usahawan.

B2 Menerangkan tentang asas keusahawanan dengan menjelaskan ciri usahawan.

B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan berbanding makan gaji.

B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan mengenal pasti kelebihan menjadi usahawan berbanding makan gaji dan bidang kegiatan usahawan.

B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan membuat perkaitan kerjaya yang ingin murid ceburi dengan bidang keusahawanan.

B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas keusahawanan dengan membanding diri dengan ciri usahawan.

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - BusyBee - Homebusybeestudyaccess.weebly.com/uploads/1/4/1/9/14195757/pppm_kh… · Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan

17

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787

Faks : 03-88843783

Web :http://www.moe.gov.my/lp e-mel : [email protected]