panduan penyediaan laporan latihan industri …omega.fcsit.unimas.my/tmy3912/files/lireport.pdf ·...

3
PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 1. PENDAHULUAN Tujuan Latihan Industri ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada bidang IT secara praktikal. Melalui pendedahan ini, para pelajar dapat memahami lebih dekat teknologi IT secara menyeluruh dan menyedari masalah-masalah yang kerap dan mungkin ditemui. Latihan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pendedahan yang meningkatkan pengalaman dan pengetahuan pelajar perlu direkodkan dalam bentuk satu laporan yang kemas. Melalui laporan ini, pengalaman yang dilalui boleh disampaikan kepada umum. Laporan yang kemas dan bermutu dapat mempersembahkan pengalaman latihan dengan cara tersusun, tepat dan menarik. 2. TUJUAN LAPORAN Merekodkan pengalaman latihan dalam bentuk tulisan; Menanam kemahiran IT kepada pelajar, termasuk menulis buku manual, komunikasi, penilaian sistem dan rekabentuk; Memberi peluang pelajar merumuskan pengalaman masing-masing; Melatih pelajar menulis secara berkesan sebagai persediaan menulis laporan Projek Tahun Akhir. 3. KANDUNGAN DAN BENTUK LAPORAN Prosedur penyampaian laporan adalah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti berdasarkan garis panduan yang diterangkan dibawah. Ikut keselesaan untuk menggunakan bahasa penulisan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, tetapi jangan mencampur aduk kedua dua bahasa di dalam laporan. a) Format Am Laporan Laporan hendaklah dimuatkan atau dicetak dalam kertas putih bersaiz A4 (Kertas Simili 80 gram), saiz huruf adalah 12, jenis huruf adalah Century Schoolbook atau Times New Roman dan langkauan baris adalah 1.5. Laporan hendaklah dijilidkan dengan kemas dan teratur secara staple and tape binding’ atau ‘ring binding’. b) Format Kulit Hadapan Pelajar disarankan untuk menggunakan kertas keras berwarna kuning untuk kulit hadapan laporan. c) Abstrak / Mukadimah Bahagian ini ialah keterangan secara ringkas mengenai perkara perkara berikut: i. Aktiviti Organisasi; ii. Ringkasan Laporan;

Upload: truonglien

Post on 06-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

1. PENDAHULUAN Tujuan Latihan Industri ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada bidang IT secara praktikal. Melalui pendedahan ini, para pelajar dapat memahami lebih dekat teknologi IT secara menyeluruh dan menyedari masalah-masalah yang kerap dan mungkin ditemui. Latihan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pendedahan yang meningkatkan pengalaman dan pengetahuan pelajar perlu direkodkan dalam bentuk satu laporan yang kemas. Melalui laporan ini, pengalaman yang dilalui boleh disampaikan kepada umum. Laporan yang kemas dan bermutu dapat mempersembahkan pengalaman latihan dengan cara tersusun, tepat dan menarik. 2. TUJUAN LAPORAN

Merekodkan pengalaman latihan dalam bentuk tulisan; Menanam kemahiran IT kepada pelajar, termasuk menulis buku manual, komunikasi,

penilaian sistem dan rekabentuk; Memberi peluang pelajar merumuskan pengalaman masing-masing; Melatih pelajar menulis secara berkesan sebagai persediaan menulis laporan Projek Tahun

Akhir.

3. KANDUNGAN DAN BENTUK LAPORAN Prosedur penyampaian laporan adalah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti

berdasarkan garis panduan yang diterangkan dibawah. Ikut keselesaan untuk menggunakan bahasa

penulisan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, tetapi jangan mencampur aduk kedua dua bahasa

di dalam laporan.

a) Format Am Laporan

Laporan hendaklah dimuatkan atau dicetak dalam kertas putih bersaiz A4 (Kertas Simili 80 gram), saiz huruf adalah 12, jenis huruf adalah Century Schoolbook atau Times New Roman dan langkauan baris adalah 1.5. Laporan hendaklah dijilidkan dengan kemas dan teratur secara ‘staple and tape binding’ atau ‘ring binding’.

b) Format Kulit Hadapan

Pelajar disarankan untuk menggunakan kertas keras berwarna kuning untuk kulit hadapan laporan.

c) Abstrak / Mukadimah

Bahagian ini ialah keterangan secara ringkas mengenai perkara perkara berikut:

i. Aktiviti Organisasi;

ii. Ringkasan Laporan;

iii. Penghargaan.

Bahagian ini dihadkan kepada dua (2) halaman sahaja.

d) Isi Kandungan Laporan Bahagian

i. Tajuk;

ii. Sub-tajuk;

iii. Mukasurat.

Tiap-tiap lampiran mesti diberi tajuk dan setiap halaman ditanda dengan mukasurat dengan jelas.

e) Latarbelakang Syarikat / Organisasi

Keterangan yang ringkas dan padat diperlukan mengenai syarikat/organisasi di mana latihan dijalankan. Perkara-perkara utama ialah:

i. Sejarah

ii. Struktur organisasi aktiviti utama

iii. Pangkat dan kedudukan pegawai bertanggungjawab

iv. Lain-lain yang penting (tidak perlu melebihi tiga (3) mukasurat)

g) Penerangan tentang projek / tugas semasa latihan industri

Di bahagian ini, pelajar dikehendaki menghuraikan pegalaman yang diperolehi mengikut tajuk-tajuk yang sesuai. Perkara utama ialah:

i. Projek-projek yang dilaksana;

ii. Kerja-kerja penyeliaan;

iii. Masalah-masalah yang dihadapi (semasa membangunkan projek, masalah teknikal di tempat kerja);

iv. Masalah yang diselesaikan.

h) Rumusan Keseluruhan

Bahagian ini ialah untuk pelajar membincangkan secara menyeluruh dan membuat kesimpulan mengenai latihan yang dijalani. Tajuk yang boleh disentuh ialah:

i. Jenis pengalaman yang diperolehi (lesson learnt);

ii. Kesimpulan pengalaman, persediaan untuk alam pekerjaan.

i) Rujukan

Jika terdapat sumber-sumber penting yang digunakan sebagai rujukan semasa menyediakan laporan, maka satu senarai lengkap tajuk-tajuk bahan rujukan berkenaan perlu disertakan.

j) Ringkasan Tugas (Log book)

Bahagian ini menerangkan dengan ringkas perkara berkenaan masa, tempoh dan jenis tugas yang dijalankan. Keterangan mestilah mengikut jadual masa iaitu dari awal latihan hingga akhir (24 minggu). Sekiranya terdapat beberapa hari kerja atau minggu yang tidak diguna untuk menjalani latihan, maka catatan perlu dibuat berserta dengan sebab-sebab. Surat-surat kebenaran mesti dimasukkan sebagai lampiran.

k) Lampiran

Lampiran ialah keterangan tambahan yang difikirkan perlu untuk disertakan sebagai sokongan kepada teks utama. Antara lampiran yang dicadangkan ialah:

i. Laporan kajian/projek semasa dalam latihan;

ii. Dokumen bukti cuti sakit/cuti kecemasan. 4. LAIN-LAIN

a) Gambarajah/Jadual

Semua gambarajah, jadual dan seumpamanya mesti diberi tajuk dan dilabelkan. Tiap-tiap gambarajah dan jadual mesti disebut di dalam teks.

b) Senarai Singkatan Simbol

Jika laporan mengguna banyak singkatan, maksud sebutan penuh perlu ditulis apabila pertama kali diguna di dalam teks. Senarai singkatan singkatan dan makna sepenuhnya boleh dibuat dan diletakkan selepas ‘Senarai Kandungan’. Cara yang sama boleh diguna untuk symbol simbol. Setiap lampiran mesti diberi tajuk dan disebut di dalam teks pada tempat-tempat berkenaan. Mukasurat semua halaman lampiran mesti berterusan dari mukasurat teks.

Nota: JANGAN masukkan bahan-bahan yang tidak berkaitan, seperti brosur-brosur syarikat, borang pesanan, majalah syarikat dan seumpamanya.