panduan penyediaan laporan ar_2012

14
Page 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 25 Mei 2010

Upload: masnura-saad

Post on 09-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

panduan penyediaan laporan ar

TRANSCRIPT

Page

1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN

PENYELIDIKAN TINDAKANPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

25 Mei 2010

Page

2

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus

Perlis yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai memenuhi

keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

2.0 KERTAS2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)

2.2 Warna: Putih

3.0 PENAIPAN3.1 Jenis Huruf: ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’

3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am dan

senarai rujukan. Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk abstrak

dan terjemahan abstrak.

3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:

Atas : 2.5 cm daripada jidai atas

Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah

Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan

Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Hanya setiap permulaan bab sahaja ditaip 5.0 cm daripada birai atas.

ii. Perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mesti mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

Page

3

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.

3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk.

3.5 Nombor Halaman :

i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv …….

Peringatan: halaman permulaan dianggap sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada halaman pertama.

iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….

Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya.

4.0 CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan.

Page

4

5.0 PENJILIDAN

5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenis

biasa SAHAJA.

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.

5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik

sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warna

kulit adalah Merah Tua (maroon).

6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN

6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut

urutan berikut:

Judul lengkap penyelidikan

Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan

Penyataan tujuan penyelidikan

Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar

Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cm daripada birai bawah (rujuk contoh di Lampiran A).

Page

5

6.2 Tulang Kulit

Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:

Nama IPG (singkatan)Nama CalonIjazahTahun

Contoh:

5.0 cm IPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 2010

5.0 cm

7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKANLaporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut

format Penyelidikan Tindakan.

8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:

8.1 Kertas Kosong8.2 Pengesahan Penyelia

Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian

hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu. Sila lihat

contoh pada Lampiran B.

8.3 Halaman Pengakuan PenulisHalaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian

penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat contoh

pada Lampiran C.

8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)

Page

6

Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu

perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar.

Sila lihat contoh pada Lampiran D.

8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat.

Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi

yang telah memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan kajian. Sila

lihat contoh pada Lampiran E.

8.6 Abstrak Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan

diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan

dalam kursus major di muka surat yang berikutnya. Abstrak mestilah

ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah

perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia hendaklah menyatakan

dengan ringkas tujuan penyelidikan, kumpulan sasaran, instrumen

penyelidikan, tindakan yang dijalankan, keputusan yang diperoleh dan

tindakan susulan. Sila lihat contoh pada Lampiran F dan G.8.7 Halaman Kandungan

Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan

mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk

yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh pada Lampiran H.

8.8 Halaman Senarai JadualSenarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam

penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.8.9 Halaman Senarai Rajah

Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta.

Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan

rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.

8.10 Halaman Senarai LampiranSenaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan

penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:

Page

7

a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran.

Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik,

peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk

dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara

langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks

bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran.

b. Lampiran hendaklah diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B

dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan

yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga boleh diberi

tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada Lampiran K.

8.11 Teksa. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah

mengandungi tajuk/judul yang membayangkan kandungannya

berdasarkan format penulisan Penyelidikan Tindakan. Setiap

tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan

dinomborkan, jika perlu.

b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkan menulis

perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat

menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan

dengan perenggan berikutnya.

c. Berikut adalah contoh-contoh tajuk/judul teks dalam laporan Penyelidikan Tindakan. [Perhatian: Tajuk-tajuk di diberi hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar boleh menulis laporan mengikut peringkat dalam Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]

Page

8

CONTOH A

1.0 PENDAHULUAN1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu1.2 Refleksi soroton literatur1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

2.0 FOKUS KAJIAN2.1 Isu Kajian 2.2 Tinjauan dan analisis masalah

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0 SENARAI RUJUKAN

Page

9

CONTOH B

1.0 PENDAHULUAN1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran saya yang lalu1.2 Refleksi soroton literatur1.3 Refleksi Nilai Pendidikan saya

2.0 FOKUS KAJIAN2.1 Apakah Isu Kajian Saya?2.2 Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian Saya?

3.0 APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?

4.0 SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI?

5.0 APAKAH TINDAKAN SAYA?

6.0 BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA?

7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?

8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?

9.0 APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?

10.0 SENARAI RUJUKAN

Page

10

9.0 Had Maksimum Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan adalah di antara 50

hingga 60 muka surat tidak termasuk senarai rujukan dan lampiran.

10.0 Senarai rujukan

1 Chow,F.M. & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan:Konsep dan amalan dalam pengajaran. Selangor:Penerbitan Multimedia.

2 Cohen, L., Manion, L.& Morrison, K., (2001). Research methods in education (5th. Ed.) London: Routledge Falmar.

3 Costello,P.J.M. (2011). Effective action research (2nd Ed.): Developing reflective thinking and practice. London: Continuum International Publishing Group.

4 Creswell, J.W. (2005). Educational research, planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Ohio: Prentice Hall.

5 Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (1990). How to design and evaluate research in education. USA: McGraw Hill.

6 Gillham, B. (2003). The research interview. London: Continuum.

7 Jones, J. (2005). Management Skills in school. London: Paul Chapman Publishing.

8 Kembar, D. (2000). Action learning and action research. London: Cougan Page.

9 Mills, G.E.(2000). Action research. A Guide for the teacher researcher. Ohio: Prentice Hall.

10 Publication manual of the American Psychological Association (6th.Ed.) (2010). Washington:American Psychological Association.

11 Rosli Sahat, Kartini Abdul Mutalib, Badrul Hisham Alang Osman & Ahamad Shabudin Yahaya. (2011). Kajian tindakan untuk PISMP. IPG Kampus Ipoh Perak.

12 Sagor, R.(2011). The action research guidebook: A four process for educators and school teams. USA:Corwin.

Page

11

8.12 Sistem Rujukan 8.12.1 Menulis Rujukan Dalam TeksBagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis

hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks. Rujukan dalam teks

dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American

Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks

adalah seperti yang berikut:

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan…

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

Page

12

(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee & Boon, 2005).

(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan …

Banyak kajian yang lepas (Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan…

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai RujukanContoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku

Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: Hodder Headline.

(b) Jurnal

Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher education: The efficiency dimension [Prestasi institusi

dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of Educational Research, 2, 175-199.

(c) Surat khabar

Page

13

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan Malaysia, hlm. 15.

(d) Tesis tidak diterbitkan

Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, UniversitiMalaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

(e) Media elektronik

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/

(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)

GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks

Pengarang Melayu

Pengarang Cina

Pengarang India

Dalam Senarai Rujukan

Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga.

Mohd. Ali (2005) menyatakan …

Lim (2006) menyokong …

Krishnan (2003) menerangkan…

Mohd. Ali Mohd. Bakar. (2005).Merdeka. Kuala Lumpur: Taufik Intelek Sdn. Bhd.

Lim, C. B. (2006). Politik dan saya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.

Page

14

Krishnan Thambipillay. (2003). Dunia politik. Kuala Lumpur: Tasha Publications.