panduan pelaksanaan program sumur tahun 2014

23
0 PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) DI SMKA DAN SABK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CYBERJAYA 2014

Upload: hairi-hamzah

Post on 02-Oct-2015

104 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

2014

TRANSCRIPT

  • 0

    PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM

    SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)

    DI SMKA DAN SABK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    CYBERJAYA 2014

  • 1

    KATA ALU-ALUAN Pengarah

    Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia

    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinan-Nya telah memungkinkan usaha bagi pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bagi semua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara yang mula diperkenalkan dari tahun 2007 hingga kini. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga segala usaha tersebut diberi ganjaran sebaik-baiknya disisi Allah SWT. Sesungguhnya, usaha membangun Modal Insan melalui kaedah mendidik, mengajar, membentuk dan membimbing pelajar di sekolah merupakan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berteraskan kepada prinsip ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM mengambil inisiatif memperkenalkan satu program khusus ke arah pembentukan sahsiah pelajar dari semasa ke semasa. Hasilnya, program SUMUR ini dilaksanakan di semua SMKA dan SABK seluruh negara dan matlamat pelaksanaannya dilihat sejajar dengan anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 yang memberi penekanan untuk Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar segala usaha kita ini akan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, terima kasih

    Hj Abdullah bin Md Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

  • 2

    LATAR BELAKANG

    1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

    2. Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma.

    3. Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato Noh bin Omar, Timbalan Menteri

    Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.

    4. Susulan daripada itu, sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi

    melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad, Melaka; SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK SAM Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK SMA Al-Maarif, Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.

    5. Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Bil.2/2010 pada 8 Februari

    2010 telah memutuskan bahawa program SUMUR ini diserahkan kepada Operasi Dakwah BPI KPM dan telah dilaksanakan bermula tahun 2010 di semua SMKA dan SABK.

    6. Aktiviti pelaporan berpusat telah dilaksanakan pada tahun 2012 melibatkan semua

    SMKA dan SABK di enam (6) zon meliputi zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur, zon Sabah dan zon Sarawak.

    7. Manakala bagi tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di

    semua sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah SMKA dan 159 buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan sebagaimana dirancang.

  • 3

    PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR

    1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini berada di bawah Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid dan merangkumi semua aktiviti sekolah. Penyelaras program SUMUR di peringkat sekolah pula perlu dilantik di kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI).

    2. Program SUMUR ini terkandung di dalamnya empat (4) modul utama iaitu Modul Mutadayyin, Modul Berbudi Bahasa, Modul Jati Diri dan Modul Penampilan Diri.

    3. Semua pelajar hendaklah diberitahu dan diperjelaskan secara terperinci tentang

    pelaksanaan setiap modul supaya mereka faham dan menyedari bahawa sesuatu modul tersebut sedang berlangsung dan mereka turut terlibat dalam pelaksanaan modul tersebut. Pernyataan-pernyataan dalam bentuk banner dan bunting perlu dipamer sepanjang setiap modul itu berlangsung.

    4. Proses penilaian bagi setiap modul adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil

    pelajar (usrah) bagi meringan tugas guru. Guru (murabbi) perlu mengesahkan penilaian berdasarkan borang yang telah disediakan.

    5. Usrah WAJIB dilaksanakan pada kadar minimum sekali sebulan di semua sekolah

    SMKA dan SABK sama ada di sekolah yang mempunyai asrama atau tiada asrama. Pihak sekolah perlu menubuhkan satu badan contohnya Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR/BDK) untuk menguruskan program usrah ini.

    6. Penilaian murid hendaklah dibuat sebanyak empat (4) kali iaitu dua minggu sekali

    bagi tempoh dua bulan setiap modul itu berlangsung. 7. Penyelaras program SUMUR sekolah perlu menghantar peratus dapatan daripada

    penilaian murid bagi setiap modul yang dilaksanakan secara berkala iaitu 4 kali setahun (April, Jun, Ogos dan November) dengan mengisi Borang Pelaporan yang dijana dalam MS Excel. Laporan keseluruhan pelaksanaan program SUMUR dalam bentuk hard copy pula perlu dihantar kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM pada bulan November bagi tahun semasa.

    8. Bagi tujuan pengurusan fail pula, pihak sekolah perlu menyediakan enam (6) fail

    utama merangkumi :

    a) Fail Panduan Pelaksanaan Program SUMUR b) Fail Induk c) Fail Aktiviti d) Fail BADAR/BDK e) Fail Penilaian Pelajar f) Fail Pemantauan

    9. Sebarang kesulitan pada pelaksanaan program ini hendaklah dirujuk kepada penyelaras program SUMUR di BPI KPM.

  • 4

  • 5

    MODUL A : MUTADAYYIN

  • 6

    MODUL B : BERBUDI BAHASA

  • 7

    MODUL C : JATI DIRI

  • 8

    MODUL D : PENAMPILAN DIRI

  • 9

    PERINCIAN MODUL SUMUR

    MODUL 1 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN

    PENILAIAN ULASAN FEB - MAC

    SOLAT BERKUALITI 1. Kempen Islah-Tazkirah Mutadaiyin Awal program

    Pertengahan Februari Minggu Ketiga

    Pemantauan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah

    1. Solat di awal waktu 2. Ceramah (1 x)

    2. Solat berjemaah 3. Buletin

    3. Solat sunat 4. Qiamullail

    MUTADAYYIN

    TADARUS AL-QURAN 1. Tadarus Al-Quran secara halaqah atau berpasangan.

    (2 hari seminggu). Borang muhasabah diri

    1. Bacaan secara tartil 2. Bengkel Tahsin Qiraati

    2. Istiqamah membaca Al-Quran

    3. Bacaan secara disemak

    AMALAN ZIKIR DAN DOA BERTERUSAN

    1. Buletin bulanan

    Awal program Februari mingggu kedua

    Hafazan zikir dan doa selepas solat

    1. Basahi lidah dengan zikir dan doa

    2. Ceramah kelebihan Zikir

    2. Mulakan pekerjaan dengan iringan doa.

  • 10

    MODUL 2 CIRI-CIRI AKTIVITI PERLAKSANAAN PENILAIAN CATATAN

    BERBUDI BAHASA

    1. Hormat menghormati

    )(

    Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menghormati jiran tetangganya

    )( Seseorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya keseorangan ketika saudaranya memerlukan

    - kempen : * Ciri-ciri kempen memiliki 5 1 :

    i. Informasi ii. Inovasi iii. Ilmiah iv. Intelek v. Islamik

    Cadangan aktiviti :

    i. Perasmian / Penutup ii. Sebaran Maklumat

    (Reach Out) iii. Kempen 5 S

    - Senyum - Salam - Sapa - Sopan - Sayang

    iv. Sentuhan Jibril Sentuhan lima saat lebih bermakna daripada pertuturan 5 minit

    v. Mentor Mentee

    APRIL - MEI - Penilaian Rakan sebaya - Penilaian Naqib (Mentor pelajar) - Penialain Guru Instrument rujuk lampiran

    - awal dan akhir program

    - Sepanjang program

    2. Tolong menolong

    : (92)

    Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia

    adalah keras terhadap orang-orang kafir,

    tetapi berkasih sayang sesama mereka

    - Banner

    Contoh :-

    ()

    What the eyes sees not the heart rues not

    - Pemplet

    - Guruku ibubapaku - Kami sayang guru

    Seminggu Sekali

  • 11

    3. Mengenang budi / Menghargai

    ) ( 7. Dan (ingatlah juga) , tatkala Tuhanmu

    memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti kami akan menambah

    (nikmat) kepadamu, dan jika kamu

    mengingkari (nikmat-Ku), Maka

    Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.

    )( ( Orang yang tidak bersyukur kepada manusia adalah orang yang tidak

    bersyukur kepada Allah

    - Tayangan Clip Video

    - Tayangan Filem / Drama

    Cth :

    i. Anakku Sazali ii. Si Tanggang

    iii. Siri Al- Hidayah iv. Mutiara Hati v. Cikgu Limau Kasturi

    :

    1. Sijil penghargaan 2. Perkongsian pengalaman 3. Cenderamata 4. Bertukar hadiah

    - Waktu perhimpunan

    rasmi

    - Sebulan sekali untuk

    tayangan filem

    4. Laras Bahasa

    18. Dan janganlah kamu memalingkan

    mukamu dari manusia (karena sombong)

    dan janganlah kamu berjalan di muka

    bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah

    tidak menyukai orang-orang yang

    sombong lagi membanggakan diri.

    19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan

    [1182] dan lunakkanlah suaramu.

    Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah

    suara keledai

    ( 38)

    () Waspadalah kamu dari kata-kata yang kotor kerana sesungguhnya Allah tidak

    suka kepada kata-kata kotor dan perilaku

    yang cabul

    )(

    Aku pun turut bergurau senda, tetapi aku tidak mengatakan sesuatu, melainkan yang

    benar belaka

    - Kaedah Penyampaian Lisan

    i. Forum ii. Tazkirah ringkas

    iii. Nadwah (seminar) iv. Multaqa (Rollcall) v. Sumbang saran

    vi. Ceramah

    Mengikut kesesuaian

    masa

    - Persembahan

    i. Pentoman

    ii. Coral Speaking ) ( iii. Lakonan iv. Sajak/ Puisi

    - Poster

    i. Pertandingan ii. Iklan di kelas dan sudut-

    sudut pameran

    :

    - Lagu / Nasyid berkaitan

    budi bahasa

    - Tokoh Pelajar

    - Berdasarkan kepada penilaian

    Mengikut kesesuaian

    masa

    Waktu senggang

    Cth :-

    i. Sebelum perhimpunan

    ii. Waktu rehat iii. Waktu balik iv. Waktu koku v.

    Majlis penutup program

  • 12

    MODUL 3 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN

    PENILAIAN ULASAN JUN - JULAI

    JATI DIRI

    1. Berkeyakinan Usrah Sepanjang Tahun Borang soal-selidik

    2. Sabar dan tabah Gotong-royang 1 hari Penilaian selepas program

    3. Tetap pendirian Forum Hari Kebesaran Pemantauan

    4. Semangat juang Pameran 1 hari

  • 13

    MODUL 4 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN

    PENILAIAN ULASAN OGOS - SEPT

    PENAMPILAN DIRI

    1. Pemakaian: 1. Kempen:

    Sepanjang Program

    Penampilan Diri Tunjuk

    cara berpakaian

    Borang soal-selidik

    i) Kemas - Banner

    ii) Bersih -Poster

    iii) Sesuai mengikut

    keadaan, tempat dan

    majlis

    -Pamplet

    2. Adab: 2. Bengkel:

    Bengkel Adab diberikan

    kepada pelajar-pelajar

    yang terpilih dan pelajar-

    pelajar tersebut

    menerangkan semula

    kepada pelajar-pelajar lain

    dalam LDK.

    Pantauan secara

    berterusan dan

    penilaian diberikan

    berdasarkan kriteria-

    kriteria berikut:

    i) Adab bercakap - Ceramah i- Kefahaman

    ii) Adab menuntut ilmu -LDK ii-Penglibatan

    iii) Adab bergaul iii-amalan

    3. Kepemimpinan: 3. Pengucapan Tazkirah / ucapan oleh

    pelajar sebelum kelas

    bermula mengikut giliran

    setiap hari persekolahan.

    Dinilai oleh guru yang

    mengajar bagi masa

    pertama kelas tersebut.

    i) Bijak membuat

    keputusan Awam:

    ii) Boleh berkomunikasi

    dengan baik

    4. Sikap Positif dan

    Proaktif

    4. Anugerah Pelajar

    Mithali

    Penilai berdasarkan

    pencapaian keseluruhan

    ciri-ciri yang

    dikehendaki.

    i) Aktif di dalam

    aktiviti dalam / luar

    kelas

    ii) Suka membantu guru

    dan pelajar lain

  • 14

    PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR

    BIL AKTIVITI JAN FEB MAR

    1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

    1 Surat Siaran Pelaksanaan SUMUR dari BPI KPM kepada SPI JPN dan Sekolah SMKA dan SABK

    2 Mesyuarat Jawatankuasa SUMUR dan BADAR sekolah dan Perancangan Takwim SUMUR dan BADAR

    3 Pelantikan AJK SUMUR dan BADAR sekolah

    4 Pelancaran SUMUR dan Modul Mutadayyin peringkat sekolah

    5 Pelaksanaan Modul Mutadayyin peringkat sekolah

    6 Penilaian Program Mutadayyin oleh Naqib

    7 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program Mutadayyin oleh Murabi dan Naqib

  • 15

    BIL AKTIVITI APRIL MEI

    1 2 3 4 1 2 3 4

    8 Pelaporan Modul Mutadayyin oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

    9 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Berbudi Bahasa peringkat sekolah

    10 Penilaian Program Berbudi Bahasa oleh Naqib

    11 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program Berbudi Bahasa oleh Murabi dan Naqib

  • 16

    BIL AKTIVITI JUN JULAI

    1 2 3 4 1 2 3 4

    12 Pelaporan Modul Berbudi Bahasa oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

    13 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Jati Diri peringkat sekolah

    14 Penilaian Modul Jati Diri oleh Naqib

    15 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Jati Diri oleh Murabi dan Naqib

  • 17

    BIL AKTIVITI OGOS SEPTEMBER

    1 2 3 4 1 2 3 4

    16 Pelaporan Modul Jati Diri oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

    17 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Penampilan Diri peringkat sekolah

    18 Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Naqib

    19 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Murabi dan Naqib

  • 18

    BIL AKTIVITI OKTOBER NOVEMBER

    1 2 3 4 1 2 3 4

    20 Pihak sekolah menyiapkan dokumentasi dalam bentuk hard copy untuk dihantar kepada SPI JPN pada bulan November tahun semasa

    21 Pelaporan Modul Penampilan Diri oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

    22 Pihak sekolah menghantar dokumentasi pelaporan program SUMUR sepanjang tahun dalam bentuk hard copy kepada SPI JPN

    23 Pihak SPI JPN memilih pelaporan terbaik bagi 2 SMKA dan 2 SABK mewakili setiap negeri untuk dihantar ke BPI KPM

    24 Pihak SPI JPN menghantar pelaporan terbaik mewakili negeri kepada BPI KPM

  • 19

    BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL A : MUTADAYYIN

  • 20

    BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL B : BERBUDI BAHASA

  • 21

    BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL C : JATI DIRI

  • 22

    BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL D : PENAMPILAN DIRI