panduan kursus

4
Panduan Kursus|iii PANDUAN KURSUS PENGENALAN Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Anda dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus TRM3033 memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Aljabar Asas yang merangkumi pembelajaran matematik di sekolah. Tidak ketinggalan juga, kursus ini menyediakan modul yang akan membantu anda meningkatkan mutu dan kualiti pembelajaran anda. Di samping itu, kursus ini memberi penekanan kepada penguasaan isi kandungan aljabar. Modul yang ditulis khas ini menyediakan pelbagai contoh dan penyelesaian yang akan dapat membantu anda untuk memahami dan sekaligus menguasai setiap unit. Anda juga diberikan latihan formatif dan latihan sumatif untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. KUMPULAN SASARAN Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah di UPSI, khusus kepada pelajar yang mengikuti Program Jarak Jauh.

Upload: abe-loh-mat-bq

Post on 23-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kursus

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN KURSUS

 

 

 

Panduan  Kursus|iii  

PANDUAN KURSUS

 

PENGENALAN

Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan

kandungan kursus. Anda dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas

itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda

melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.

Kursus TRM3033 memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Aljabar Asas yang

merangkumi pembelajaran matematik di sekolah. Tidak ketinggalan juga, kursus ini

menyediakan modul yang akan membantu anda meningkatkan mutu dan kualiti

pembelajaran anda. Di samping itu, kursus ini memberi penekanan kepada penguasaan isi

kandungan aljabar. Modul yang ditulis khas ini menyediakan pelbagai contoh dan

penyelesaian yang akan dapat membantu anda untuk memahami dan sekaligus

menguasai setiap unit. Anda juga diberikan latihan formatif dan latihan sumatif untuk

menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan.

KUMPULAN SASARAN

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan Sekolah Rendah di UPSI, khusus kepada pelajar yang mengikuti Program Jarak

Jauh.

Page 2: PANDUAN KURSUS

 

 

 

Panduan  Kursus|iv  

PERUNTUKAN MASA PENGAJARAN PEMBELAJARAN MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

Waktu pembelajaran kursus TRM3033 Aljabar Asas adalah disyorkan seperti Jadual 1.

Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran TRM3033

Mod Penyampaian Pemberatan 1. Tutorial 10 jam 2. Modul P&P (CD) 10 jam 3. E-Learning (MyGuru) 12 jam 4. Video P&P (MyGuru) 10 jam

Jumlah 42 jam    

HURAIAN TRM3033 ALJABAR ASAS HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus TRM3033, anda diharap dapat: 1. Menganalisis penggunaan aljabar dalam penyelesaian masalah seharian. (C4, A3)

2. Mengenali sifat-sifat polinomial serta operasi aljabar terhadapnya. (C2)

3. Menggunakan janjang aritmetik dan janjang geometri dalam menyelesaikan masalah. (C3,

LL3)

4. Menggunakan kaedah matriks dalam penyelesaian bagi suatu persamaan linear. (C3)

5. Menggunakan hubungan, fungsi dan operasinya dalam menyelesaikan masalah. (C3, CT5)

6. Mengenal pasti persamaan dan lakaran graf bagi keratan-keratan kon seperti bulatan,

parabola, elips dan hiperbola. (C3, P3)

Page 3: PANDUAN KURSUS

 

 

 

Panduan  Kursus|v  

SINOPSIS KURSUS Kursus ini membincangkan tentang sejarah dan penyelesaian menggunakan aljabar dalam

menyelesaikan masalah seharian, konsep-konsep asas operasi polinomial, persamaan kuadratik,

sistem persamaan linear; matrik dan penggunaannya, jujukan dan siri, janjang aritmetik dan janjang

geometri, teorem Binomial; hubungan, fungsi dan graf, lanjutan geometri koordinat.

ISI KANDUNGAN KURSUS

Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus

dibahagikan kepada 10 unit semuanya yang terkandung dalam seperti berikut:

UNIT TAJUK

1 Operasi ke atas Polinomial dan Pemfaktoran 2 Teorem Baki, Teorem Faktor dan Penyelesaian Persamaan Kuadratik

3 Pengenalan dan Operasi Matriks 4 • Sistem Persamaan Linear

5 Jujukan dan Siri 6 Aruhan Matematik dan Siri Binomial

7 Pengenalan Fungsi dan Graf 8

8 Gabungan Aritmetik bagi Fungsi

9 Bulatan dan Elips

10 Parabola dan Hiperbola

Penilaian

Kerja Kursus 60%

Peperiksaan Akhir 40% Jumlah 100%

Page 4: PANDUAN KURSUS

 

 

 

Panduan  Kursus|6  

RUJUKAN Dugopolski, M. (2009). Algebra for College Students (5th. ed.). New York: McGraw-Hill.

Stewart, J., Redlin, L., & Watson, S. (2009). College Algebra (5th. ed.). Belmont, CA: Brooks/Cole, Cengage Learning.

Larson, R., & Hostetler, R. P. (2004). College Algebra (6th.ed.). Boston: Houghton Mifflin.

Larson, R., & Hostetler, R. P. (2004). Algebra and Trigonometry (6th. ed.). Boston: Houghton Mifflin.

Swokowski, E.W. & Cole, J.A. (2003). Algebra and trigonometry with analytic geometry (I0th. ed.). Brooks Cole: Pacific Grove.

HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, membuat pengiraan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.