panduan kepada guru mata pelajaran di kelas

10
Panduan kepada Guru Mata Pelajaran di Kelas Sebelum memulakan pengajaran -memastikan semua murid yang hadir pada hari tersebut ada di dalam kelas -mengetahui dengan jelas punca murid yang hadir tetapi tiada di dalam kelas -mengisi maklumat murid dalam Buku Pengesanan Murid -memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan teratur -memastikan semua murid berada dalam keadaan bersedia untuk belajar -mengambil tindakan segera jika ada murid yang tidak sihat/ cedera/ menghadapi masalah utuk mengikuti pelajaran dengan merujuk masalah yang berkenaan kepada Guru Bertugas/ penolong kanan/ pengetua untuk tindakan selanjutnya Semasa sesi pengajaran-pembelajaran -memastikan semua murid memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru -memastikan murid tidak bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu ketenteraman kelas -memastikan murid tidak meninggalkan tempat duduk masing-masing kecuali dengan izin atau arahan guru -memastikan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa tertentu dengan menggunakan Kad Izin Keluar Kelas dan nama murid yang keluar direkodkan dalam Buku Pengesanan Murid -memastikan semua murid membuat tugasan mata pelajaran yang diarahkan Sebelum keluar dari kelas -memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan terkawal -memastikan murid yang keluar dari kelas semasa p&p sudah kembali ke kelas atau perlu dimaklumkan kepada guru subjek yang berikutnya

Upload: cammry-anna

Post on 11-Jul-2016

19 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Kepada Guru Mata Pelajaran Di Kelas

Panduan kepada Guru Mata Pelajaran di Kelas

Sebelum memulakan pengajaran -memastikan semua murid yang hadir pada hari tersebut ada di dalam kelas -mengetahui dengan jelas punca murid yang hadir tetapi tiada di dalam kelas -mengisi maklumat murid dalam Buku Pengesanan Murid -memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan teratur -memastikan semua murid berada dalam keadaan bersedia untuk belajar -mengambil tindakan segera jika ada murid yang tidak sihat/ cedera/ menghadapi masalah utuk mengikuti pelajaran dengan merujuk masalah yang berkenaan kepada Guru Bertugas/ penolong kanan/ pengetua untuk tindakan selanjutnya

Semasa sesi pengajaran-pembelajaran -memastikan semua murid memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru -memastikan murid tidak bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu ketenteraman kelas -memastikan murid tidak meninggalkan tempat duduk masing-masing kecuali dengan izin atau arahan guru -memastikan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa tertentu dengan menggunakan Kad Izin Keluar Kelas dan nama murid yang keluar direkodkan dalam Buku Pengesanan Murid -memastikan semua murid membuat tugasan mata pelajaran yang diarahkan

Sebelum keluar dari kelas -memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan terkawal -memastikan murid yang keluar dari kelas semasa p&p sudah kembali ke kelas atau perlu dimaklumkan kepada guru subjek yang berikutnya

Page 2: Panduan Kepada Guru Mata Pelajaran Di Kelas

Peraturan Keluar Kelas

Peraturan Murid Keluar daripada Kelas

1. Murid tidak dibenarkan keluar kelas pada masa pertama dan akhir sebelum rehat serta waktu pertama dan akhir selepas rehat, kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan dengan kebenaran guru. 2. Kebenaran keluar hanya boleh diberikan oleh guru yang berada di dalam kelas berkenaan. 3. Hanya seorang murid sahaja dibenarkan keluar pada satu masa tertentu dengan menggunakan Kad Izin Keluar Kelas. 4. Murid-murid yang keluar kelas untuk Pendidikan Jasmani, ke makmal/ bengkel/ bilik khas, atau untuk pertukaran kelas, dikehendaki beratur dalam dua barisan dan dengan senyap berjalan dengan teratur. 5. Jangan tinggalkan wang atau barangan berharga di dalam kelas. 6. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada masa rehat.

Page 3: Panduan Kepada Guru Mata Pelajaran Di Kelas

Peraturan Keselamatan di Kelas

1. Murid-murid dilarang bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu ketenteraman kelas. 2. Murid-murid tidak boleh makan atau minum di dalam kelas. 3. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan tempat duduk kecuali dengan izin guru. 4. Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada setiap masa. 5. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur. 6. Bakul sampah mesti dikosongkan pada waktu pertama sebelum dan selepas rehat, serta sebelum balik. 7. Papan tulis mesti sentiasa dibersihkan sebelum bermulanya waktu mata pelajaran yang berikutnya. 8. Murid-murid mesti menjaga dengan cermat semua maklumat yang dipamerkan di papan kenyataan kelas. 9. Murid-murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan tempat duduk di dalam kelas tanpa kebenaran guru. 10. Murid-murid dilarang membawa alatan berbahaya seperti gunting, pisau, dan sebagainya tanpa kebenaran dan arahan guru. 11. Murid-murid dilarang membawa marker dan cecair pemadam. 12. Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting, alatan geometri, pisau dan sebagainya semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid mestilah mengikuti sepenuhnya arahan guru. Murid-murid dilarang bergurau-gurau dan bermain-main semasa menggunakannya. 13. Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan tangan yang basah. 14. Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu, kipas, suis, dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak pejabat dengan segera. 15. Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan yang berlaku di dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil tindakan. 16. Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa supaya keselamatan dan kebersihan di dalam kelas sentiasa terpelihara.

Page 4: Panduan Kepada Guru Mata Pelajaran Di Kelas

Amalan Kebersihan Kelas

Perkara Amalan Pelaksanaan Jadual KerjaKerjasama dan

Tindakan

1. Meja Guru · Disusun kemas dan dialas dengan rapi

· Sentiasa dibersihkan

· Awal pagi

· Rehat

· Sebelum pulang

· Murid bertugas

2. Meja Murid · Disusun kemas dan dialas dengan rapi

· Ruang di bawah meja hendaklah sentiasa dibersihkan dan buku/ alat tulis disusun

· Susunan meja sentiasa teratur

· Sepanjang masa · Semua murid

3. Kerusi Guru/

Murid

· Pastikan sentiasa bersih dan baik untuk digunakan

· Susunan kerusi kemas dan teratur (kerusi dirapatkan ke meja setiap kali meninggalkan kelas)

· Sepanjang masa

· Setiap kali meninggalkan kelas dan sebelum balik

· Semua murid

4. Papan hitam · Bersihkan papan hitam

· Bersihkan pemadam papan hitam

· Bersihkan bekas habuk kapur

· Sebelum pembelajaran bermula

· Selepas digunakan waktu akhir pembelajaran

· Murid bertugas harian

5. Papan putih · Bersihkan papan putih

· Alat tulis disimpan oleh Ketua Kelas/ Penolong Ketua Kelas/ Guru

· Setiap kali selepas digunakan

· Selepas penggunaan

· Murid bertugas

· Ketua kelas/ Penolong ketua kelas/ Guru

Page 5: Panduan Kepada Guru Mata Pelajaran Di Kelas

6. Tingkap · Sentiasa dibersihkan · Awal sesi pembelajaran · Murid bertugas/ Pekerja

7. Papan

kenyataan

· Sentiasa dikemas kini dengan bahan/ carta yang sesuai

· Pamerkan hasil kerja murid

· Seminggu sekali/ mengikut kesesuaian

· Usaha baik/ cemerlang

· Setiap kumpulan mengikut mata pelajaran

· Guru / murid

8. Lantai · Disapu

· Dilap (mop)

· Awal sesi

· Waktu akhir

· Seminggu sebelum semester bermula

· Apabila perlu

· Murid bertugas

· Murid/ Guru/ Pekerja

9. Kipas, lampu

dan siling

· Dibersihkan

· Padamkan suis lampu dan kipas

· Sebulan sekali

· Sebelum meninggalkan kelas

· Murid dengan pengawasan guru

· Murid/ Guru/ Pekerja

10. Bakul sampah,

penyodok

sampah,

penyapu dan

penyapu

cermin tingkap

· Diletakkan di tempat yang sesuai

· Sampah dibuang ke dalam tong sampah

· Selepas digunakan

· Sebelum pulang/ waktu akhir di kelas

· Murid bertugas

· Murid bertugas

11. Bahan bantu

mengajar,

· Dibersihkan serta ditutup selepas menggunakannya

· Setiap kali selepas menggunakannya

· Guru/ Murid

Page 6: Panduan Kepada Guru Mata Pelajaran Di Kelas

komputer,

carta, dsb.

· Peralatan yang telah digunakan disusun dan disimpan di tempat yang selamat dan sesuai

12. Kaki lima laluan

kelas dan

longkang

· Dibersihkan · Awal sesi · Murid bertugas/ Pekerja

Posted by monasrim at 7:07 PM 0 comments

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Labels: Pengurusan Kelas

Thursday, July 28, 2011

Panduan Pengurusan Kelas untuk Guru Kelas

Pengurusan dan organisasi kelas 1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Bendahari dan AJK (cth.: Kebersihan, Disiplin, Mata pelajaran, Pertandingan, dsb.)1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:1.2.1 Jadual waktu1.2.2 Jadual tugas (duty rooster)1.2.3 Perabot kelas seperti kerusi, meja pelajar dan guru serta papan putih diinventorikan1.2.4 Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah 1.2.5 Dll (cth.: moto kelas, mutiara kata, hiasan, dsb.)1.3 Menentukan kawat elektrik, kipas dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.1.4 Melaporkan perihal perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pejabat.1.5 Membimbing organisasi kelas yang diketuai oleh ketua kelas menjalankan tugas.1.6 Memastikan butiran harian ditulis oleh ketua kelas/ wakil di sudut atas kanan papan tulis pada setiap hari persekolahan.1.7 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya dikutip secara berkala untuk tujuan yang berikut:1.7.1 Keceriaan kelas.1.7.2 Kebajikan pelajar.1.7.3 Pengurusan akademik.

Jadual kedatangan dan kehadiran pelajar 2.1 Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir. 2.2 Menyimpan daftar kedatangan pelajar di pejabat selewat-lewatnya semasa loceng yang menandakan waktu kedua berakhir.2.3 Menentukan kelengkapan butiran yang dikehendaki ada di dalam buku kedatangan pelajar 2.4 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.2.5 Memastikan ketidakhadiran pelajar dicatat.

Page 7: Panduan Kepada Guru Mata Pelajaran Di Kelas

2.6 Menghantar surat pemberitahuan kepada ibu bapa/ penjaga tentang ketidakhadiran pelajar (tanpa bukti bertulis/ ponteng) apabila mencapai tempoh yang ditetapkan.2.7 Menghantar salinan surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD tentang ketidakhadiran pelajar.

Laporan pelajaran, sijil berhenti, surat akuan dan Kad 001 3.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar.3.2 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kad kemajuan pelajar bagi setiap penggal.3.3 Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibu bapa dan mendapatkannya semula.3.4 Mengambil Kad 001 daripada Penyelaras Kad 001 (Kaunselor).3.5 Guru tingkatan kelas PMR dan SPM hadir semasa keputusan peperiksaan tersebut diumumkan di sekolah.3.6 Menyediakan dan mengisi:3.6.1 Buku Daftar Pelajar (bagi tingkatan satu/ empat dan pelajar baru).3.6.2 Kad 001.3.6.3 Penyata markah bagi setiap peperiksaan sekolah.3.6.4 Sijil berhenti dan surat akuan.

Masalah pembelajaran, kesihatan, dan disiplin 4.1 Sentiasa mengingatkan pelajar akan kewajipan menuntut ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.4.2 Memberi galakan, motivasi dan merangsang minat pelajar terhadap kecemerlangan akademik.4.3 Mengingatkan pelajar supaya mematuhi disiplin dan tidak keluar kelas sesuka hati/ tanpa kad izin keluar.4.4 Melaporkan kepada Guru Bertugas jika ada pelajar yang menghadapi masalah kesihatan. 4.5 Melaporkan kepada Guru Jawatankuasa Disiplin/ Kaunselor jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin yang serius/ bermasalah pembelajaran.4.6 Memastikan semua surat penggantungan sekolah dan pembuangan sekolah ditandatangani oleh Pengetua sahaja.

Buku teks, biasiswa, dan bantuan 5.1 Memastikan SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak (warganegara) dan memastikannya dibalut dengan pembalut plastik dan nama pelajar ditulis dalam ruangan yang disediakan.5.2 Mengemas kini fail SPBT dari semasa ke semasa.5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun serta memberikan senarai nama itu kepada guru SPBT.5.4 Mengenal pasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru kebajikan.5.5 Melaporkan kepada AJK Biasiswa dan ibu bapa dengan segera sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran/ disiplin dalam kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

Kutipan yuran/ bayaran tambahan dan derma 6.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekali gus.6.2 Mengutip sumbangan/ derma PIBG.6.3 Mengutip bayaran koperasi.6.4 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.6.5 Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan yuran kepada

Page 8: Panduan Kepada Guru Mata Pelajaran Di Kelas

kerani kewangan.6.6 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.

Pendaftaran pelajar baru 7.1 Menerima kemasukan pelajar baru daripada Penyelaras Tingkatan.7.2 Merekodkan nama dan butiran diri dalam Buku Kedatangan Pelajar7.3 Mendapatkan resit yuran sekolah asal - dalam daerah/ negeri 7.4 Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku daftar pelajar.7.5 Memastikan penerimaan borang SPBT/ pengesahan membawa buku teks (sekiranya layak- warganegara) daripada sekolah yang terdahulu.7.6 Menyemak sekiranya pelajar menerima sebarang bentuk biasiswa dan bantuan.7.7 Memastikan penerimaan kad kemajuan pelajar dan Kad 001 dari sekolah yang terdahulu. 7.8 Menentukan rumah sukan.7.9 Memastikan kecenderungan pelajar dalam aktiviti kokurikulum (minat/ wakil sekolah/ daerah/ negeri, dsb.)

Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain 8.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai rumah sukan.8.2 Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform kepada Penyelaras Kokurikulum. 8.3 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain.

Pelajar keluar 9.1 Memastikan kelulusan untuk bertukar telah diterima.9.2 Memastikan borang SPBT, Kad Kemajuan pelajar dan Kad 001 dihantar ke pejabat.9.3 Memastikan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 3 dan 5 (termasuk kerja kursus).9.4 Memastikan urusan buku teks disempurnakan.9.5 Memastikan penerimaan biasiswa/ bantuan dilaporkan kepada pejabat.9.6 Memastikan pelajar memulangkan buku Pusat Sumber9.7 Memastikan pelajar menjelaskan yuran/ hutang9.8 Memastikan pelajar pulangkan alatan yang dipinjam –(cth: jersi, kayu hoki, dsb)9.9 Meminta pelajar bawa ibu/ bapa/ penjaga hadir ke sekolah bagi maklumkan pertukaran 9.10 Membatalkan nama pelajar dalam Buku Daftar Pelajar9.11 Membatalkan nama pelajar dalam Buku Kedatangan Pelajar