panduan jama dan qasar

Upload: azizuladin

Post on 30-May-2018

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Panduan Jama Dan Qasar

    1/9

    Musafir Penerbangan dan Beberapa Permasalahannya

    Hafiz Firdaus Abdullah

    Bahagian II Tajuk 1:2:3:4:5:6:7:8:9:10:11:12:13

    11 Menjamak Solat dalam Penerbangan.

    Jamak bererti menghimpun. Dalam sudut perlaksanaan solat ia bererti menghimpunkan

    dua solat dalam satu masa. Contohnya ialah menghimpunkan solat Zohor dan Asar dalam waktu

    Zohor, ataupun dalam waktu Asar. Juga seperti menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak dalam

    waktu Maghrib, ataupun dalam waktu Isyak. Apabila dua solat tersebut dihimpunkan dalam waktu

    yang pertama ia digelar sebagai jamak takdim dan apabila ia dihimpunkan dalam waktu yang

    kedua ia digelar sebagaijamak takhir.

    Tidak ada jamak antara solat Subuh dan Zohor, tidak ada jamak antara solat Asar dan

    Maghrib, tidak ada jamak antara solat Isyak dan Subuh. Berikut dikategorikan beberapa dalil danrincian bagi solat jamak ini.

    [1]

    Dalil yang mensyari'atkannya.

    Qutaibah bin Said radiallahu-anhu menerangkan:

    Adalah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila

    hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, beliau mengakhirkan solat Zohor sehingga

    dikumpulkan solat Zohor kepada solat Asar dan lalu beliau mendirikan kedua-duanya

    serentak. [Ini adalah Jamak Takhir]

    Apabila beliau hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka beliau bersolat

    Zohor dan Asar serentak (dalam waktu Zohor) kemudian beliaupun berangkat. [Ini adalah

    Jamak Takdim]

    Apabila beliau berangkat sebelum Maghrib maka beliau mengakhirkan solat

    Maghribnya sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya. [Ini adalah Jamak Takhir]

    Dan apabila beliau berangkat selepas waktu Maghrib maka beliau mengawalkan solat

    Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam waktu Maghrib). [Ini adalah Jamak

    Takdim][2]

    Hadith ini serta banyak lain yang sedia tercatit dalam kitab-kitab hadith jelas menerangkan

    bahawa dibolehkan menghimpun dua solat dalam satu waktu. Kebolehan ini hanya dibolehkan

    bagi antara solat Zohor dan Asar, dan antara solat Maghrib dan Isyak. Selain itu tidak dibolehkan

    jamak kerana tiada dalil yang menunjukkan sedemikian. Usul fiqh mengajar kita bahawa setiap

    perkara ibadah memerlukan dalil al-Qur'an atau as-Sunnah untuk membolehkannya kerana ibadah

    itu adalah urusan Allah dan bukan urusan manusia dan hanya Allah yang berhak menetapkan cara

    serta kaedah bagi hamba-hambaNya beribadah kepadaNya.

    enjamak Solat dalam Penerbangan http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bh

    9 9/2/2008

  • 8/14/2019 Panduan Jama Dan Qasar

    2/9

    Syarat-syarat bagi membolehkan solat dijamak.

    Pertama - Suasana yang sukar atau sulit.

    Asal hukum menunaikan ibadah solat-solat fardhu adalah lima kali sehari dalam waktu-

    waktunya yang sudah sedia ditetapkan sebagaimana perintah Allah Subhanahu waTa'ala:

    Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,yang tertentu waktunya. [Maksud surah an-Nisaa' 4 - 103]. Hukum asal ini hanya boleh diubah

    kepada menghimpunkan dua solat ke dalam satu waktu apabila seseorang itu menghadapi

    kesukaran untuk melaksanakannya dalam waktu-waktunya yang tersedia. Penjelasan ini

    berdasarkan pertanyaan yang pernah diajukan kepada Abdullah ibnu Abbas radiallahu-anhu

    seorang sahabat yang nyata tinggi lagi luas ilmunya, bahawa kenapakah dibolehkan menjamak

    solat. Lalu beliau menerangkan: Nabi sallallahu-alaihi-wasallam berkehendak memberikan

    kemudahan kepada umatnya (dalam suasana sukar).[3]

    Walaubagaimanapun hendaklah benar-benar diusahakan sekuat mampu untuk mengelakkan

    diri dari sengaja melakukan solat-solat fardhu secara jamak kerana beberapa sebab -

    1. Perintah asal bagi ibadah solat fardhu ialah dalam waktunya yang sedia termaktub lima kalisehari. Ini adalah perintah yang amat penting maka oleh itu hendaklah dipastikan bahawa

    kesukaran yang dialami adalah sesuatu yang benar-benar tidak dapat dielakkan

    2. Walaupun Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah menjamakkan solatnya, ini beliau lakukan

    hanya sekali-sekala apabila suasana amat menekankannya. Solat secara tetap lima kali sehari

    lebih beliau utamakan dan sentiasa didahului daripada pilihan menjamak. Sekalipun dalam

    perjalanan di gurun pasir yang panas atau di malam yang dingin, beliau lebih kerap melakukan

    solat-solatnya lima kali sehari dan hanya sekali-sekala menjamakkan solat-solatnya.[4]

    3. Sebagai pilihan dipertengahan terhadap pendapat lain yang mengatakan menjamak solat adalah

    tidak dibolehkan. Perselisihan pendapat ini wujud kerana terdapat perbezaan antara ahli-ahli

    hadith dalam menilai kekuatan sesetengah hadith yang mensyari'atkan solat secara jamak dan

    juga perbezaan tafsiran antara ahli-ahli fiqh terhadap hadith-hadith tersebut.[5]

    Perlu dinyatakan di sini bahawa suasana musafir bukanlah faktor penentu samada

    dibolehkan solat dijamak atau tidak. Faktor yang membolehkan dua solat fardhu dijamak dalam

    satu masa ialah berlakunya kesukaran atau kesulitan dalam salah satu daripada waktu solat

    tersebut. Oleh itu dibolehkan menjamak solat apabila berada dalam apa jua suasana yang

    menimbulkan kesukaran samada di perkampungan asal atau di dalam perjalanan ataupun di

    destinasi perjalanan. Sebaliknya jikalau perjalanan seseorang itu tidak membawa sebarang

    kesukaran atau kesulitan maka adalah lebih menepati kebenaran hukum syara' bahawa dia

    menunaikan solat-solat fardhu yang lima itu dalam waktunya masing-masing, tidak secara jamak.

    Sekali lagi diulangi bahawa suasana perjalanan atau musafir bukanlah faktor yang membolehkan

    solat dijamak.

    Ini berbeza hukumnya dengan mengqasarkan solat-solat fardhu yang empat raka'at kepada

    dua raka'at, di mana faktor yang membolehkan sesuatu solat itu diqasarkan ialah suasana musafir

    tidak kira samada musafirnya itu membawa kesukaran atau tidak. Perbincangan dalam bab solat

    qasar ini akan diperluaskan dalam perbincangan bab ke - 12 nanti.

    Dalil yang membolehkan solat dijamak sekalipun di perkampungan asal atau tempat

    enjamak Solat dalam Penerbangan http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bh

    9 9/2/2008

  • 8/14/2019 Panduan Jama Dan Qasar

    3/9

  • 8/14/2019 Panduan Jama Dan Qasar

    4/9

    dalam jangkaannya yang kuat dia akan dapat memperolehi pakaian tersebut dalam waktu akan

    datang maka dibolehkan dia mengakhirkan solat pertamanya ke dalam waktu kedua dengan kaedah

    jamak. Antara lain ialah suasana ketiadaan air atau tanah untuk berwudhu' atau bertayamum, maka

    jikalau dalam jangkaannya yang kuat dia akan dapat menemui salah satu unsur penyucian ini dalam

    waktu yang kedua maka dianjurkan dia melakukan jamak solat yang pertama ke dalam waktu yang

    kedua.

    Tidak dibolehkan menjamak solat atas alasan-alasan mengejar habuan dunia atau mentaatibisikan nafsu. Tidak dibolehkan jamak semata-mata kerana sibuk di bursa saham atau terlalu asyik

    di gedung beli-belah atau terlalu taksub dengan tontonan sukan di stadium dan yang seumpama.

    Juga tidak dibenarkan jamak dalam suasana hujan jikalau dia sememangnya biasa atau asalnya

    berniat mendirikan solat di rumah. Dalam ertikata lain tidak dibenarkan jamak atas alasan-alasan

    yang tidak kukuh lagi sahih di sisi syari'at. Seseorang yang meremehkan solat-solatnya dengan

    kerapkali menjamak akan dipertanggung-jawabkan nanti kerana dipandang sebagai melecehkan

    perintah agama yang terpenting ini.

    Kedua - Kesukaran itu secara pasti meliputi keseluruhan waktu solat tersebut.

    Kesukaran yang dihadapi oleh diri seseorang untuk dijadikan penyebab menjamaksolat-solat fardhu perlu dipastikan secara jelas atau dengan jangkaan yang kuat bahawa ia adalah

    sesuatu yang benar-benar hadir di sepanjang waktu solat yang akan dijamak itu.

    Contohnya ialah apabila seorang doktor yang dijadualkan untuk melakukan pembedahan

    pada pukul 4 petang, lalu dengan ilmu serta pengalamannya dia tahu serta yakin bahawa

    pembedahan tersebut akan memakan masa yang lama sehingga lanjut ke waktu Maghrib maka

    dengan itu dibolehkan dia melakukan jamak takdim dengan mendirikan solat Zohornya beserta

    solat Asar dalam waktu Zohor. Akan tetapi jikalau diketahui bahawa pembedahan tersebut adalah

    mudah dan ia dijangka akan selesai pukul 5 atau 6 petang maka tidak dibolehkan bagi doktor

    tersebut menjamakkan solatnya.

    Demikian juga, apabila seseorang bersolat Zohor dalam pesawat terbang lalu diketahuinya

    bahawa dia akan tiba ke destinasi pada awal waktu Asar maka dia tidak boleh menjamakkan solat

    Asarnya bersama solat Zohornya secara jamak takdim. Akan tetapi dalam kes yang sama, jikalau

    dia sedia mengetahui akan kesukaran yang bakal mendatang seperti mendarat di lapangan terbang

    asing di negara non-muslim maka dibolehkan dia menjamakkan solat secara jamak takdim.

    Demikian juga yang seumpama bagi kes-kes jamak takhir.

    Apabila seseorang itu telah pasti atau yakin benar bahawa kesukaran yang dihadapinya itu

    benar-benar meliputi waktu solatnya lalu dia mempraktikkan solat jamak, akan tetapi kemudian

    secara tidak diduga kesukaran tersebut hilang maka solat yang telah dijamaknya itu dikira sah dan

    tidak perlu diulangi. Berbalik kepada contoh seorang doktor yang yakin bahawa pembedah yang

    bakal dilakukannya itu akan meliputi seluruh waktu solat Asar lalu dia menjamakkan solat Asar

    tersebut bersama solat Zohornya secara jamak takdim, lalu secara tidak diduga pembedahannya itu

    selesai lebih awal dari yang dijangkakan dan waktu solat Asar pula masih hadir maka dia tidak

    perlu mendirikan semula solat Asarnya itu.[14]

    Ketiga - Solat dijamak mengikut tertib dan berturut-turut.

    Solat yang akan dijamak itu perlu didirikan secara tertib mengikut susunannya yang asal. Ini

    berpandukan dari perbuatan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam sebagaimana yang tertera dalam

    enjamak Solat dalam Penerbangan http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bh

    9 9/2/2008

  • 8/14/2019 Panduan Jama Dan Qasar

    5/9

    hadith-hadith yang telah dikemukakan sebelum ini. Seseorang yang akan melakukan jamak takdim

    hendaklah dia menunaikan solat Zohornya dahulu kemudian diikuti oleh solat Asar, juga

    menunaikan solat Maghribnya dahulu kemudian diikuti oleh solat Isyak.

    Susunan tertib yang sama adalah juga bagi seseorang yang akan melakukan jamak takhir.

    Hendaklah dia menunaikan solat Zohor dahulu kemudian diikuti dengan solat Asar sekalipun ini

    dilakukan dalam waktu Asar, juga menunaikan solat Maghrib dahulu kemudian diikuti dengan solat

    Isyak sekalipun dilakukan dalam waktu Isyak. Akan tetapi jikalau dijangkakan bahawa waktusolatnya itu akan berakhir dalam masa yang singkat maka dianjurkan dia menunaikan solat yang

    hadir dahulu kemudian diikuti dengan solat yang akan dijamak. Iaitu orang yang akan menunaikan

    solat secara jamak takhir padahal waktu Asar sudah hampir luput maka dianjurkan dia menunaikan

    solat Asar dahulu kemudian diikuti dengan solat Zohor.[15]

    Perlaksanaan solat yang akan dijamak juga hendaklah secara berturut-turut tanpa

    dipisahkan antara satu sama lain sekalipun dengan bacaan zikir. Disunnahkan membaca iqamat

    antara keduanya mengingatkan kepada sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang menyuruh agar

    diiqamatkan solat-solat yang akan dijamak, satu bagi yang solat yang pertama dan satu lagi bagi

    solat yang kedua. Oleh itu bagi seseorang yang menunaikan solat Zohor dan Asarnya secara jamak,

    apabila sahaja dia selesai solat Zohornya maka hendaklah dia iqamat kemudian terus diikuti olehsolat Asar. Demikian juga bagi jamak antara solat Maghrib dan Isyak. Dibolehkan menjarakkan

    antara satu-satu solat yang akan dijamak atas sebab-sebab yang amat perlu seperti mengulangi

    wudhu' yang terbatal.[16]

    Keempat - Solat jamak takhir hendaklah diniatkan pada waktu yang pertama.

    Apabila hendak menunaikan solat secara jamak dalam waktu yang kedua (Jamak Takhir),

    maka dituntut bagi orang tersebut mengetahui dengan sedar dalam waktu yang pertama bahawa dia

    akan melakukan solatnya itu di waktu yang kedua. Contohnya bagi seseorang yang mahu

    melakukan solat Zohor dan Asar secara jamak dalam waktu Asar maka dia wajib secara sedar

    berniat dalam waktu Zohor bahawa dia akan menunaikannya secara jamak dengan solat Asar dalam

    waktu solat Asar nanti. Ini tercapai dengan lintasan hati atau sebutan mulut yang berbunyi Solat

    Zohor aku ini akan aku jamakkan dengan solat Asar dalam waktu Asar nanti atau apa-apa yang

    seumpama. Demikian juga bagi solat jamak takhir Maghrib dan Isya'. Tuntutan ini diwujudkan bagi

    membezakan bahawa seseorang itu bersolat jamak takhir berdasarkan pengetahuan yang sedar

    sejak dari awal dan bukan kerana lalai, berlaku remeh atau malas ketika di dalam waktu yang

    pertama.[17]Jika seseorang itu benar-benar lupa secara ikhlas lagi tidak sengaja untuk meniatkan

    jamak takhir bagi solatnya yang pertama padahal sudahpun dirancang sejak dari awal maka

    dibolehkan bagi dia untuk tetap menunaikan solatnya itu secara jamak takhir kerana lupa itu adalah

    salah satu dari keuzuran yang dimaafkan oleh Islam. Sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam:

    Sesungguhnya Allah telah memaafkan kerana aku, kesilapan dan kelupaan dari umat aku serta

    apa yang mereka lakukan kerana dipaksa.[18]

    Beberapa Catatan Tambahan.

    1. Azan dan Iqamat. Adalah merupakan sunnah Nabi sallallahu-alaihi-wasallam untuk berazan

    apabila masuknya waktu solat dan kemudian iqamat bagi memulakan solat. Bagi solat yang

    akan dijamak iqamatnya adalah dua, satu adalah bagi permulaan solat yang pertama dan satu

    lagi ialah antara selesainya solat pertama dan sebagai permulaan bagi solat yang kedua.[19]

    2. Dibolehkan solat secara jamak jikalau seseorang itu menjadi makmum kepada sekumpulan

    enjamak Solat dalam Penerbangan http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bh

    9 9/2/2008

  • 8/14/2019 Panduan Jama Dan Qasar

    6/9

    jamaah yang sedang bersolat secara biasa.[20]

    Contohnya seseorang yang merancang untuk

    melakukan jamak takdim antara Zohor dan Asar lalu dia mengikut imam dan para makmum

    yang sedang bersolat Zohor secara berjamaah, lalu apabila selesai sahaja solat Zohor itu maka

    dia bangun, beriqamat dan kemudian terus melaksanakan solat Asarnya. Dianjurkan dia

    menyisih posisi sedikit dari barisan saf bagi mengelak kekeliruan kepada para makmum

    selainnya.

    Jikalau dia menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak takhir lalu dia menemuisekumpulan orang yang sedang menunaikan solat Isyak mereka secara berjamaah maka

    dianjurkan dia untuk turut mengikut jamaah tersebut dengan menunaikan solat Isyak kemudian

    apabila jamaah selesai maka dia berdiri sendirian dan menunaikan solat Maghribnya. Walaupun

    telah dinyatakan bahawa kaedah perlaksanaan solat jamak hendaklah mengikut turutan tetapi

    apabila berhadapan dengan situasi sebegini mengutamakan solat secara berjamaah adalah lebih

    terpilih dari solat sendirian.

    Bagi orang yang melaksanakan dua solatnya secara jamak dengan mengikut barisan imam dan

    makmum secara jamaah dalam salah satu solatnya, tidak perlu timbul sebarang pertanyaan

    tentang perbezaan niat antara imam, makmum dan dirinya kerana manhaj serta tuntutan solat

    berjamaah bukanlah persamaan niat tetapi adalah persamaan perbuatan dan ikutan kepada

    imam yang memimpin. Sabda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Seseorang imam itu dijadikansupaya diikuti. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza

    dengannya. Apabila dia bertakbir, takbirlah. Apabila dia rukuk, rukuklah. Apabila dia

    membaca bacalah dan apabila dia sujud, sujudlah. Apabila dia sembahyang dalam keadaan

    duduk, sembahyanglah juga dalam keadaan duduk.[21] Tambahan lagi menentukan niat

    imaman atau makmuman tidak pernah diajar oleh al-Qur'an mahupun as-Sunnah. Oleh itu tidak

    perlu berpegang kepada sesuatu syarat yang tidak ada nas atau dalilnya.

    3. Dibolehkan menjamak solat Asar bersama solat Juma'at bagi mereka yang memerlukannya.

    Iaitu bagi seseorang yang menjangka secara pasti bahawa dia akan mengalami kesukaran untuk

    menunaikan solat Asarnya nanti pada hari Juma'at maka dia boleh melaksanakan solat Asarnya

    itu sejurus selepas solat Juma'atnya secara jamak takdim. Dan solat Juma'atnya itu adalahsebagaimana yang difardhukan, iaitu secara berjamaah lengkap dengan khutbahnya di masjid-

    masjid. Ini sebagaimana yang diterangkan oleh Shaikh Mahmud Abu Hasan, seorang ulama'

    al-Azhar dalam kertas tesisnya.[22] Kebolehan ini adalah berdasarkan kepada kesamaan tujuan

    (illat) disyari'atkan solat secara jamak iaitu bagi memudahkan umat apabila mereka berhadapan

    dengan sesuatu kesukaran, dan adalah kesukaran itu rambang sifatnya dan boleh berlaku

    bila-bila sahaja termasuk di hari Juma'at. Walaubagaimanapun tidak boleh menunda solat

    Juma'at ke waktu Asar secara jamak takhir kerana solat Juma'at adalah tetap lagi khusus

    waktunya tanpa boleh diubah-ubah.

    Analisa Pendapat.

    Sesetengah pendapat menyatakan bahawa apabila sahaja seseorang itu berada dalam

    suasana musafir, dia diharuskan menjamak setiap solatnya (kecuali subuh) sekalipun setelah tiba di

    destinasi perjalanan asalkan tempoh keseluruhan musafirnya itu tidak melebih 3 hari, atau mengikut

    pendapat lain, 4 hari.

    Pendapat ini dianalisa sebagai tersangat lemah kerana Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tidak

    pernah menjadikan solat secara jamak suatu ketetapan mahupun kekerapan apabila beliau

    enjamak Solat dalam Penerbangan http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bh

    9 9/2/2008

  • 8/14/2019 Panduan Jama Dan Qasar

    7/9

  • 8/14/2019 Panduan Jama Dan Qasar

    8/9

    [1]Terdapat khilaf yang mendalam berkenaan kebolehan menjamak antara solat-solat. Pendapat yang penulis

    cenderongi ialah jamak itu dibolehkan, berpandukan kepada analisa dan perbandingan antara beberapa hujah dan dalil

    yang dipadukan oleh Shaikh-ul-Islam Imam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya Majmoo al-Fatawa, vol 24. Sebagai hujah

    perbandingan lihat Subul-us-Salam, 2/169-178 danKoleksi Hadith-hadith Hukum as-Shiddieqie, 4/382-393.

    [2]Maksud hadith riwayat Imam Ahmad [5/241], Abu Daud [1220], Tirmizi [2/438], ad-Daruquthni [151] dan

    al-Baihaqi [3/163] dan dinyatakan sahih oleh Shaikh Nasiiruddin al-Albani dalam - Silsalah al-Ahadith as-Sahihah waSyaiun min Fiqh wa Fawaaidiha, 1/368. Bagi perbandingan kajian hadith lihatZaad-ul-Ma'ad, 1/410-411.

    [3]Maksud atsar sahabat riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud, Sunan Abu Daud - no: 1167.

    [4]Lihat penerangan Imam Ibnu Taimiyah - Majmu'atur Rasail wal-Masail, 2/25-28.

    [5]Lihat Subul-us-Salam, 2/169-178 danKoleksi Hadith-hadith Hukum as-Shiddieqie, 4/382-393.

    [6]Maksud atsar sahabat riwayat Imam Shafie - Musnad Shafie, 1/116, Imam Ahmad - Musnad Ahmad, 1/367

    +2/191 dan Imam al-Baihaqi - Sunan al-Kubra, 3/164. Hadith dinyatakan sebagai lemah pada asalnya tetapi

    diperkuatkan oleh jalan periwayatan yang berlainan oleh para perawi yang terpercaya ( tsiqah). Demikian takhrij olehShaikh Abdul Qadir dan Shaikh Syu'aib al-Arna'uth dalam pentahqiqan mereka terhadap kitab Zaad-ul-Ma'ad, vol 1,ms

    411, notakaki 880.

    [7]Maksud atsar sahabat dari Sahih Muslim - no: 0705-E.

    [8]Maksud atsar sahabat riwayat Imam al-Atsram dalam kitab sunannya dan beliau adalah seorang ahli hadith

    yang menuntut bersama Imam Ahmad bin Hanbal, hadith disalin dari Koleksi Hadith-hadith Hukum as-Shiddieqie, no:

    1196. Diriwayat yang seumpama oleh Imam AbdurRazzaaq dalam kitab hadithnya al-Musannaf, 2/556.

    [9]Imam an-Nawawi - Majmu Syarh al-Muhadzzab, 4/233, Imam Ibnu Qudamah - al-Mughni, 3/137.

    [10]Pengajaran hadith riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud, Sunan Abu Daud - no: 1167.

    [11]Shaikh Muhammad Mahmud Abu Hasan - Hukum dan Persoalan Sembahyang Jamak dan Qasar, ms 112,

    Prof.Dr. Wahbah Zuhaili -Fiqh dan Perundangan Islam, 2/378-379.

    [12]Imam an-Nawawi - Majmu Syarh al-Muhadzzab, 4/237. Imam Ibnu Qudamah - al-Mughni, 2/261.

    [13]Lihat Prof. Dr. Yusuf Qardhawi -Hadyu Islam - Fatwa al-Mu'ashirah, ms 325-327,

    [14]Lihat penerangan Shaikh Muhammad Mahmud Abu Hasan - Hukum dan Persoalan Sembahyang Jamak dan

    Qasar, ms 101-102.

    [15] Shaikh Muhammad Mahmud Abu Hasan -Hukum dan Persoalan Sembahyang Jamak dan Qasar, ms 95

    [16]Shaikh Muhammad Mahmud Abu Hasan -Hukum dan Persoalan Sembahyang Jamak dan Qasar, ms 99.

    [17]Prof. Dr. Wahbah Zuhaili -Fiqh dan Perundangan Islam, 2/377, Shaikh Muhammad Mahmud Abu Hasan -

    Hukum dan Persoalan Sembahyang Jamak dan Qasar, ms 105.

    [18]Maksud hadith dari Abu Dzarr al-Ghaifiri dan Abdullah ibnu Abbas radiallahu-anhuma, diriwayatkan oleh

    Imam Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim, at-Thabrani dan ad-Daruquthni; dinilai sebagai hadithhasan oleh Imam

    an-Nawawi sebagaimana dinyatakan oleh Imam as-Suyuti dalam al-Asybah wa al-Nazha'ir, ms 166.

    enjamak Solat dalam Penerbangan http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bh

    9 9/2/2008

  • 8/14/2019 Panduan Jama Dan Qasar

    9/9

    [19]Lihat Sahih Bukhari, 2/732 dan banyak lagi hadith-hadith yang lain.

    [20]Penjelasan lanjut lihatPersoalan Solat dan Penjelasannya, ms 116-120 oleh Shaikh Abdul Aziz bin Baz.

    [21]Maksud hadith daripada Abu Hurairah radiallahu-anhu, diriwayatkan dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim;

    Al Bayan Hadith no: 0230. Lihat juga hadith-hadith no: 0228 dan 0229.

    [22] Kini telahpun dibukukan atas tajukHukum dan Persoalan Sembahyang Jamak dan Qasar, diterjemahkan

    oleh Suadara Ramzi Omar dan diterbitkan oleh Pustaka Ilmi - Malaysia 1999. Penjelasan berkenaan menjamak solat

    Jumaat dan solat Asar diterangkan pada mukasurat 104.

    [23]Imam Ibnu Taimiyah - Majmu'atur Rasail wal-Masail, 2/28.

    [24]Imam as-Sha'nani - Subul-us-Salam, 2/174.

    al-Firdaus.Com :: Senarai Kandungan

    enjamak Solat dalam Penerbangan http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bh