habibah binti md jusoh - fp.utm.my · rukhsah solat jamak qasar habibah binti md jusoh laporan ini...

29
PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP RUKHSAH SOLAT JAMAK QASAR HABIBAH BINTI MD JUSOH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hadung

Post on 20-Mar-2019

310 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TERHADAP RUKHSAH SOLAT JAMAK QASAR

HABIBAH BINTI MD JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

15 APRIL 2011 15 APRIL 2011

PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP

RUKHSAH SOLAT JAMAK QASAR

HABIBAH BINTI MD JUSOH

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

iii

DEDIKASI

بسم هللا الرمحن الرحمي

Segala puji-pujian hanya pada Mu Ya Allah

Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tidak terkira

Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW

Sekalung budi…

Buat suamiku yang disayangi,

Ayahanda dan bonda serta kedua mertuaku yang dikasihi,

Jasa dan pengorbanan serta doa kalian pemangkin kekuatan bagiku,

Jasamu tidak dapat ku balas dan pengorbananmu tidak mungkin kulupakan,

Redhakanlah kehidupanku didunia dan akhirat,

Semoga Allah sentiasa merahmati dan membahagiakan kalian di dunia dan akhirat.

Buat Kekanda semua,

Segala nasihat dan dorongan akan ku kenang selamanya.

Buat Pensyarah

Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang tidak pernah jemu mendidik dan

mencurahkan ilmu,

Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.

Buat Sahabat-sahabat seperjuangan

Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya.

Laksanakanlah amanah dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan. Selamat

berjuang sahabat-sahabatku. Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Barakallahu’alaina.

iv

PENGHARGAAN

بسم هللا الرمحن الرحمي

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan

kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta

salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang diutuskan untuk

membawa rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia

Ustaz Sulaiman Shakib bin Mohd Noor selaku penyelia dan pembimbing penyelidik

kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan

panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam

menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah

melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa dan suami yang

tidak jemu memberi sokongan dan idea dalam menjayakan kajian ini. Tidak

ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih kerana sudi memberi

tunjuk ajar dalam menyalurkan pelbagai bentuk maklumat. Semoga apa yang

dilakukan diberkati Allah.

Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah

dan pihak-pihak yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung. Segala

budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga

beroleh rahmat dan perlindungan dar Allah. Amin. Sekian wassalam.

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan suatu tinjauan umum berkenaan mengenalpasti persepsi

mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia terhadap Rukhsah Solat Jamak Qasar.

Kajian ini juga untuk melihat sejauhmana pengetahuan mahasiswa Universiti

Teknologi Malaysia terhadap Rukhsah Solat Jamak Qasar. Seterusnya untuk

mengenalpasti sejauhmana pengaplikasian mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia

terhadap Rukhsah Solat Jamak Qasar. Seramai 108 orang responden dari kalangan

pelajar kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti

Teknologi Malaysia bagi sesi 2010/2011 telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini

dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen

kajian yang mengandungi 32 soalan. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan

perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 15.0 bagi mendapatkan

kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah

α=0.866. Sementara purata min mengenalpasti persepsi mahasiswa Universiti

Teknologi Malaysia terhadap Rukhsah Solat Jamak Qasar adalah 4.76. Manakala

melihat sejauhmana pengetahuan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia terhadap

Rukhsah Solat Jamak Qasar menunjukkan purata min adalah 4.10. Purata min

mengenalpasti sejauhmana pengaplikasian mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia

terhadap Rukhsah Solat Jamak Qasar adalah 4.40. Data yang diperolehi dalam kajian

ini telah dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil kajian

menunjukkan bahawa persepsi mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia terhadap

Rukhsah Solat Jamak Qasar di kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) berada pada tahap tinggi dengan purata min keseluruhan adalah

4.42. Kajian lanjutan akan dicadangkan untuk kajian pada masa akan datang.

vi

ABSTRACT

This study was general survey of perception among students University

Technology Malaysia on Rukhsah Solat Jamak Qasar. It was also to students

knowledge on Rukhsah Solat Jamak Qasar. And then to identify students application

on Rukhsah Solat Jamak Qasar. There were 108 respondents involved in this study

and all of them are taking Bachelor of Technology & Education Living Skill

University Technology Malaysia for the 2010/2011 session. This study used

quantitative method by which a set of questionnaire was distributed to all of the

respondents. The questionnaire consisted 32 questions. The data of this study were

analyzed by using Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versions 15.0 to

obtain mode, mean and percentage. The findings, the reliability of the questionnaire

was α=0.866. The results showed that the mean for objective perception among

students University Technology Malaysia on Rukhsah Solat Jamak Qasar were

4.76, also to students knowledge on Rukhsah Solat Jamak Qasar were 4.10 and to

identify students application on Rukhsah Solat Jamak Qasar were 4.40. The data of

the findings was put in a table. Overall the findings showed that the mean of

perception among students of Bachelor of Technology & Education Living Skill

University Technology Malaysia was high which 4.42. At the end of this study some

recommendations were put forward for the future researchers.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

viii

1.8.1 Persepsi

1.8.2 Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia

1.8.3 Rukhsah

1.8.4 Solat

1.8.5 Jamak

1.8.6 Qasar

8

8

8

9

9

10

1.9 Kesimpulan 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Pengertian Rukhsah Solat Jamak Qasar 12

2.3 Hukum Mengqasarkan Sembahyang

2.4 Syarat-Syarat Mengqasar

2.5 Jarak Yang Diambil Kira Untuk Mengharuskan Qasar

2.6 Tempoh Masa Mengqasar

2.7 Solat Jamak

2.8 Syarat-Syarat Perjalanan Yang Membolehkan Jamak

2.9 Berakhirnya Tempoh Musafir

2.10 Hikmah Dan Faedah Keharusan Qasar

14

16

18

21

21

23

23

27

2.11 Kajian Lepas 28

2.12 Kesimpulan 29

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 30

ix

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Populasi Dan Sampel 31

3.4 Tempat Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Pengumpulan Data Primer

3.5.1.1 Bahagian A

3.5.1.2 Bahagian B, C Dan D

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder

32

32

33

33

34

3.6 Kajian Rintis 35

3.7 Prosedur Kajian 35

3.8 Analisa Data 36

3.9 Kesimpulan 37

BAB IV ANALISA DATA

4.1 Pendahuluan 38

4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden (Bahagian A)

4.2.1 Jantina

4.2.2 Umur

4.2.3 Tahun Pengajian

4.2.4 Aliran Pendidikan

4.2.5 Kelayakan Pendidikan

4.2.6 Latar Belakang Pendidikan Agama

4.2.7 Kekerapan Musafir

4.2.8 Jarak Dari Rumah Ke Kampung

39

40

40

41

41

42

42

43

43

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 44

x

4.3.1 Maklumat Mengenai Persepsi Mahasiswa UTM

Terhadap Rukhsah Solat Jamak Qasar

44

4.4 Analisis Data (Bahagian C)

4.4.1 Maklumat Mengenai Melihat Sejauhmana

Pengetahuan Mahasiswa UTM Terhadap

Rukhsah Solat Jamak Qasar

47

47

4.5 Analisis Data (Bahagian D)

4.5.1 Maklumat Untuk Mengenalpasti Sejauhmana

Pengaplikasian Mahasiswa UTM Terhadap

Rukhsah Solat Jamak Qasar

59

60

4.6 Analisis Keseluruhan 62

4.7 Kesimpulan 67

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 68

5.2 Perbincangan

5.2.1 Perbincangan Maklumat Dan Latar Belakang

Responden

5.2.2 Perbincangan Analisis Deskriptif Soal Selidik

5.2.2.1 Analisis Deskriptif Terhadap Persepsi

Mahasiswa UTM Terhadap Rukhsah Solat

Jamak Qasar

5.2.2.2 Analisis Deskriptif Melihat Sejauhmana

Pengetahuan Mahasiswa UTM Terhadap

Rukhsah Solat Jamak Qasar

69

69

70

71

72

xi

5.2.2.3 Analisis Deskriptif Mengenalpasti

Sejauhmana Pengaplikasian Mahasiswa

UTM Terhadap Rukhsah Solat Jamak

Qasar

5.3 Rumusan

5.3.1 Mengenalpasti Persepsi Mahasiswa UTM

Terhadap Rukhsah Solat Jamak Qasar

5.3.2 Melihat Sejauhmana Pengetahuan Mahasiswa

UTM Terhadap Rukhsah Solat Jamak Qasar

5.3.3 Mengenalpasti Sejauhmana Pengaplikasian

Mahasiswa UTM Terhadap Rukhsah Solat Jamak

Qasar

75

76

76

77

77

5.4 Cadangan

5.4.1 Pelajar

5.4.2 Guru

5.4.3 Masyarakat

78

78

78

79

5.5 Kajian Lanjutan 79

5.6 Kesimpulan 79

BIBLIOGRAFI 80

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Skala Lima Mata dan Skor 33

Jadual 3.2 Nilai Skor Min 34

Jadual 3.3 Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian 34

Jadual 3.4 Perubahan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata 37

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 40

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 41

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 41

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Pendidikan 42

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Latar Belakang Pendidikan

Agama

42

Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Musafir 43

Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Jarak Dari Rumah Ke

Kampung

43

Jadual 4.9 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 1 44

Jadual 4.10 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 2 45

Jadual 4.11 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 3 45

Jadual 4.12 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 4 46

Jadual 4.13 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 5 46

Jadual 4.14 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 6 47

Jadual 4.15 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 7 48

Jadual 4.16 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 8 48

xiii

Jadual 4.17 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 9 49

Jadual 4.18 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 10 49

Jadual 4.19 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 11 50

Jadual 4.20 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 12 50

Jadual 4.21 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 13 51

Jadual 4.22 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 14 52

Jadual 4.23 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 15 52

Jadual 4.24 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 16 53

Jadual 4.25 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 17 53

Jadual 4.26 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 18 54

Jadual 4.27 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 19 54

Jadual 4.28 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 20 55

Jadual 4.29 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 21 55

Jadual 4.30 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 22 56

Jadual 4.31 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 23 56

Jadual 4.32 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 24 57

Jadual 4.33 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 25 57

Jadual 4.34 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 26 58

Jadual 4.35 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 27 59

Jadual 4.36 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 28 60

Jadual 4.37 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 29 60

Jadual 4.38 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 30 61

Jadual 4.39 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 31 61

Jadual 4.40 Kekerapan dan Peratusan Bagi Item 32 62

Jadual 4.41 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenalpasti Persepsi

Mahasiswa UTM Terhadap Rukhsah Solat Jamak Qasar

63

xiv

Jadual 4.42 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Melihat Sejauhmana

Pengetahuan Mahasiswa UTM Terhadap Rukhsah Solat

Jamak Qasar

63

Jadual 4.43 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenalpasti Sejauhmana

Pengaplikasian Mahasiswa UTM Terhadap Rukhsah Solat

Jamak Qasar

66

xv

SENARAI SINGKATAN

Bil Bilangan

n Jumlah Responden

r.a Radhiallah ‘anhu

S Setuju

SS Sangat Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SAW Sallallahu’Alaihi Wa Sallam

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

SPSS Statistic Package For Social Sciene

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan Untuk Menjalankan

Kajian

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Solat adalah ibadah yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan

salam. Solat adalah rukun Islam yang kedua. Solat yang difardhukan ke atas umat

Islam adalah lima waktu sehari semalam. Solat merupakan tiang agama. Jika

seseorang itu meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agamanya.

Memandangkan solat adalah tiang agama, maka Allah menekankan dan memberi

amaran keras kepada hambaNya yang meninggalkan solat. Oleh itu, perlu

direnungkan bahawa solat adalah sebagai asas utama dalam beribadah. Sabda

Rasulullah SAW yang bermaksud

“Solat itu adalah tiang agama bagi sesiapa yang

melaksanakan solat, maka ia menegakkan agama dan bagi

mereka yang meninggalkan solat, maka sama halnya

merobohkan agama”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim, Jilid 1:98)

Begitu juga ibarat orang yang meninggalkan solat, mereka ini manusia yang

merosakkan agama, sedangkan agama merupakan rumah tempat yang nyaman bagi

rohani kita. Dengan merobohkan agama ia bermakna merobohkan tempat rohani

manusia (Mukhlas Syarkun, 2009: 10)

2

Solat akan menjadi makanan yang berterusan dalam akidah keyakinan kepada

Allah di dalam hati. Apabila seseorang Muslim sentiasa menunaikan solat, ia akan

menjadi makanan kepada imannya dan akan menyebabkan dunia dan segala bentuk

kelalaiannya tidak mampu melemahkan atau mematikan iman di dalam hatinya. Oleh

kerana itu, Allah telah memberi kelonggaran kepada hambaNya untuk menunaikan

solat walau dalam keadaan bagaimana sekalipun. Tetapi, ramai dikalangan

masyarakat kini yang masih belum mengetahui tentang fiqh safar, diantaranya ialah

mengenai cara sembahyang semasa melakukan perjalanan yang jauh. Ini kerana

menunaikan ibadah solat merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh

setiap manusia yang beragama Islam. Tidak kira dalam apa jua keadaan, kewajipan

tersebut tidak akan terlepas dari bahu setiap Muslim. Ia merupakan satu tanda

kesyukuran seorang hamba terhadap penciptaNya.

Sesungguhnya Allah amat sayang kepada setiap hambaNya. Dianugerahkan

keringanan mengerjakan solat terhadap orang yang bermusafir. Serta dibenarkan

untuk memendekkan solat yang panjang bagi memudahkan urusan musafir

terlaksana. Rukhsah solat ialah kemudahan dan keringanan yang diberi oleh Allah

dalam melakukan solat fardhu dalam keadaan-keadaan tertentu seperti ketika

bermusafir, sakit dan di medan peperangan (Muhammad Thoriq Akhyar Al-Medani,

2009: 88).

1.2 Latar Belakang Masalah

Setiap Muslim pasti akan menghadapi keadaan yang memerlukannya untuk

mengqasar atau menjamakkan sembahyang. Setiap manusia pasti akan menempuh

satu perjalanan yang mana syari’at telah membenarkan sembahyang itu dijamak dan

juga diqasarkan. Namun begitu ramai di antara kita yang tidak mahu melakukan

rukhsah (keringanan) yang Allah kurniakan kepada kita kerana menurut sangkaan

mereka persyaratan untuk dibolehkan sembahyang itu diqasar dan dijamakkan belum

dipenuhi.

3

Malah ada juga yang beranggapan bahawa bersembahyang secara sempurna

tanpa mengqasarkannya adalah lebih diutamakan ketika dalam perjalanan. Penyelidik

berpendapat bahawa kekeliruan ini berpunca dari kurangnya pendedahan terhadap

beberapa tatacara mengqasar dan menjamakkan sembahyang seperti yang pernah

diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya. Mencontohi

Rasulullah SAW dalam segala bentuk ibadah merupakan sesuatu yang disyari’atkan

kerana baginda merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi seluruh umat manusia.

Ini sebagaimana Firman Allah:

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada

diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang

yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan

baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati

Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

(Surah al-Ahzab:21)

Menurut hadis riwayat Imam Bukhari “Tidaklah Rasulullah SAW jika diberi

dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak

mengandungi dosa”. Daripada Abu Ayub katanya “Aku telah mendengar Rasulullah

SAW bersabda yang bermaksud “Barangsiapa berwudhuk sebagaimana yang

diperintahkan dan bersolat sebagaimana yang diperintahkan, diampunkan baginya

apa yang terdahulu dari amalannya”. Dan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh

Malik bin Al- Hauris daripada Nabi SAW bahawa baginda telah bersabda yang

bermaksud “Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat“.

Oleh itu, sebagai seorang Muslim hendaklah menunaikan solat. Solat telah di

letakkan sebagai amalan yang utama dan teramat mulia. Ia dijadikan kayu ukur untuk

melihat kualiti manusia. Tetapi, ramai dikalangan pelajar telah meninggalkan solat.

Menurut Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah

solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota

pasukan seragam dan juga para peniaga. Sejumlah lapan puluh peratus umat Islam di

4

Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Dalam satu

kajian yang telah dilakukan dan peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau

menerusi program-program ceramah dan motivasi yang dijalankan di seluruh negara

serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.(Utusan Malaysia 2008, 23 Jun)

Ini berdasarkan kajian yang telah dijalankan, antara faktor pelajar

meninggalkan solat ialah tiada pengetahuan dan pegangan agama, perasaan malas,

sibuk dengan kerja lain dan kejahilan pelajar dalam solat. Empat faktor berikut,

perasaan malas merupakan faktor utama pelajar meninggalkan solat. Faktor yang

paling kecil adalah faktor kejahilan pelajar itu sendiri. Kejahilan mereka merupakan

kesalahan yang terletak dibahu ibu bapa kerana tidak menekan pendidikan agama

kepada anak-anak tentang menunaikan solat lantaran sifat jahil yang menguasai diri

(Muhammad Zakaria, 1991: 68).

Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan

masalah yang serius atau cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu

sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh

kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan

dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi

jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang

melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.

Justeru itu kepentingan solat tersebut lantaran banyak telah ditulis oleh alim

ulamak di dalam berbagai- bagai kitab mengenainya. Namun demikian renungilah

kata-kata Hadrat Khuwaja Gharib Nawas seorang wali Allah mengenai solat “Tanpa

mendirikan solat tiada sesiapapun yang dapat menghampiri Allah, solat adalah

kemuncak kepada jalan menghampiri Allah bagi mereka yang soleh. Solat adalah

perjanjian bagi penjagaan hamba, satu hubungan rahsia di antara hamba dan

pencipta”. Firman Allah:

5

Maksudnya: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka

kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan)

sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang

kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh

yang amat nyata bagi kamu.

(Surah an Nisa’ : 101)

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khatab r.a berkata

yang bermaksud: “ Sembahyang Jumaat dua rakaat,

sembahyang hari Raya Fitrah dua rakaat, sembahyang Hari

Raya Adha dua rakaat, sembahyang musafir dua rakaat yang

kesemuanya adalah rakaat yang penuh dan bukannya qasar

seperti yang sabit daripada lidah Muhammad SAW”.

(Riwayat Ahmad bin Hanbal, An-Nasa’I dan Ibn Majah,

Jilid1:37)

Selain itu, rukhsah dalam solat juga menunjukkan betapa kasih sayang Allah

pada hambaNya. Justeru, sebenarnya tidak ada sebarang alasan untuk tidak

menunaikan solat kerana kita dapat melaksanakannya mengikut kemampuan dalam

sebarang keadaan. Masalah ini berlaku kemungkinan kerana kurang pendedahan dan

tidak tahu untuk mengaplikasikannya apabila mengalami perjalanan jauh.

Pendedahan mengenai rukhsah solat jamak qasar perlu diberi kepada semua

mahasiswa UTM terutama kepada pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) kerana mereka bakal pendidik yang akan berdepan dengan

kehidupan bermasyarakat. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan.

Walau sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan

tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya ejen yang menyampaikan tidak efektif.

(Abdul Halim El-Muhammadi, Ahmad Salleh, 2003).

6

1.3 Pernyataan Masalah

Melalui kajian lepas, penyelidik mendapati bahawa ramai dikalangan pelajar

meninggalkan solat. Dengan latar belakang masalah yang dikemukakan adalah sesuai

penyelidik membuat kajian dengan lebih terperinci terhadap pelajar Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan(Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia kerana

mereka bakal pendidik yang akan menempuh alam pekerjaan.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan sewajarnya pada peringkat awal,

dibimbangi ramai masyarakat meninggalkan solat atau tetap melaksanakan solat

fardhu (solat secara sempurna) sedangkan bagi mereka yang musafir diberi

keringanan untuk solat jamak dan qasar. Melalui kajian ini, penyelidik dapat

mengenalpasti persepsi mahasiswa UTM terhadap rukhsah solat jamak qasar,

melihat sejauhmana pengetahuan mahasiswa UTM terhadap rukhsah solat jamak

qasar dan mengenalpasti sejauhmana pengaplikasian mahasiswa UTM terhadap

rukhsah solat jamak qasar. Jadi, masalah ini telah mendorong penyelidik untuk

membuat kajian tentang persepsi mahasiswa UTM terhadap rukhsah solat jamak

qasar di kalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),

Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi 2010/2011.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti persepsi mahasiswa UTM terhadap rukhsah solat jamak qasar.

1.4.2 Melihat melihat sejauhmana pengetahuan mahasiswa UTM terhadap rukhsah

solat jamak qasar

1.4.3 Mengenalpasti sejauhmana pengaplikasian mahasiswa UTM terhadap rukhsah

solat jamak qasar.

7

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif persoalan kajian yang akan dikaji adalah:

1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa UTM terhadap rukhsah solat jamak qasar?

1.5.2 Adakah mahasiswa UTM mengetahui tentang rukhsah solat jamak qasar?

1.5.3 Adakah mahasiswa UTM dapat mengaplikasikan rukhsah solat jamak qasar?

1.6 Kepentingan Kajian

Penyelidikan ini dilakukan untuk penyelidik memberi pendedahan kepada

mahasiswa UTM mengenai rukhsah solat jamak qasar. Ini adalah kerana pelajar

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) merupakan bakal pendidik

yang akan menempuh alam pekerjaan sebagai seorang guru. Pendedahan ini perlu

diberikan agar mereka dapat melengkapkan diri dengan mempunyai pengetahuan

melaksanakan rukhsah solat jamak qasar agar dapat dilaksanakan dengan baik. Hasil

kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada penyelidik, bakal pendidik dan juga

pendidik serta kepada pihak-pihak tertentu.

1.7 Batasan Kajian

Fokus kajian adalah untuk mengenalpasti persepsi mahasiswa UTM terhadap

rukhsah solat jamak qasar dikalangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup). Kajian ini dilakukan kepada pelajar Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) bagi sesi 2010/2011 dengan melibatkan pelajar

tahun satu, dua, tiga dan empat. Rasional pemilihan responden kerana menjadi

kewajipan setiap individu Muslim melaksanakan solat serta responden bakal menjadi

pendidik disamping dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan apabila

menghadapi situasi perjalanan jauh. Selain itu juga, kerana tiada lagi kajian dibuat

kepada responden.

8

1.8 Definisi Istilah

Istilah –istilah yang digunakan di dalam kajian ini membawa maksud

tersendiri. Definisi yang dibuat adalah untuk memudahkan penyelidik menjalankan

penyelidikan supaya tidak terkeliru dengan istilah umum.

1.8.1 Persepsi

Persepsi ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang

sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan. Persepsi yang dimaksudkan

di dalam kajian ini adalah pandangan individu tersebut terhadap rukhsah solat jamak

qasar dari aspek pengetahuan dan pengaplikasikannya (Kamus Dewan, 2005: 1193).

1.8.2 Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia

Mahasiswa ialah sebagai pelajar (penuntut) di universiti. Mahasiswa UTM

yang dimaksudkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah penuntut Universiti

Teknologi Malaysia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan (Kamus Dewan,

2005: 975).

1.8.3 Rukhsah

Rukhsah ialah kebenaran untuk meninggalkan puasa ketika sakit,

memendekkan sembahyang dalam perjalanan sebagai kelonggaran dari hukum syara’

(Kamus Dewan, 2002: 953).

9

Menurut Wikipedia bahasa Melayu, rukhsah solat ialah kemudahan atau

keringanan yang diberikan kepada orang Islam yang bermusafir untuk melaksanakan

solat dengan cara qasar dan jamak. Seseorang yang bermusafir ke sesuatu destinasi

yang jauh diharuskan menunaikan solat fardhu secara qasar atau jamak atau kedua-

duanya sekali.

Rukhsah bererti keringanan. Rokhasha As-Si’ra bererti murah dan mudah

dijangkau. Raakhis bermakna orang yang mendapat keringanan, sebagaimana yang

diutamakan oleh Imam Al-Amidi (Ali Abu Al-Basal, 2008: 14).

1.8.4 Solat

Sembahyang ialah menyembah Allah yang satu dengan memakai pakaian

yang ditetapkan bagi perempuan menutupi kesemua anggota kecuali tapak tangan

dan muka, manakala lelaki menutupi bahagian atas pusat sehingga ke bawah lutut

dengan disertai bacaan dan cara –cara tertentu (Kamus Za’ba, 2002:962).

Sembahyang ialah perbuatan menyembah Allah, solat lima waktu (fardhu,

wajib) sembahyang yang wajib dikerjakan dalam sehari semalam (Kamus Dewan,

1970: 935)

1.8.5 Jamak

Jamak ialah dua sembahyang yang wajib yang dikumpulkan dan dilakukan

pada salah satu waktu diantara sembahyang wajib tersebut. Contoh sembahyang

Maghrib dan sembahyang Isyak dilakukan pada waktu Maghrib atau pada waktu

Isyak (Muhammad Thoriq Akhyar Al Medani, 2009: 21)

10

Menjamak solat para ulama sepakat menyatakan bahawa seseorang itu

dibolehkan menjamak dua solat (Ali Abu Al- Basal, 2008: 151).

1.8.6 Qasar

Qasar ialah memendekkan solat yang asalnya empat rakaat seperti Zohor,

Asar dan Isyak diringkaskan atau dipendekkan menjadi dua rakaat (Muhammad

Thoriq Akhyar Al Medani, 2009: 31).

Qasar secara bahasa ertinya lawan dari kata panjang membawa maksud

pendek. Istilah qasartu kadza ja’altuhu qashiran, aku memendekkan sesuatu. Qasar

secara istilah membawa maksud menghimpun atau meringkaskan jumlah rakaat

dalam solat fardhu iaitu daripada empat rakaat menjadi dua rakaat dalam musafir

(Ali Abu Al- Basal, 2008: 116).

1.9 Kesimpulan

Dalam bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan tentang pengenalan, latar

belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,

kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. Selain itu, bab1 ini juga

merupakan asas penyelidikan bagi penyelidik untuk kajian selanjutnya.