panduan isi borang perjanjian asasi kejuruteraan/sains uitm puncak alam

6
PANDUAN MENGISI BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: abdul-hakim

Post on 17-Dec-2015

68 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Panduan Isi Borang Perjanjian.

TRANSCRIPT

  • PANDUAN MENGISI BORANG

    PERJANJIAN ASASI IPTA

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    BAHAGIAN BIASISWA KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    MALAYSIA

  • Panduan Mengisi Borang Perjanjian Bahagian Biasiswa, KPM

    SENARAI SEMAK PERMOHONAN BORANG PERJANJIAN ASASI IPTA

    Tandakan ( )

    1. Surat Tawaran 2. Borang Perjanjian

    3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan benar

    4. Salinan Kad Pengenalan Penjamin yang disahkan benar

  • Panduan Mengisi Borang Perjanjian Bahagian Biasiswa, KPM

    3 3

    5. (i) Isikan tarikh perjanjian sama dengan tarikh setem hasil dimatikan / diremitkan (ii) Tarikh dimatikan setem hasil bagi ketiga-tiga salinan

    perjanjian hendaklah sama

    PERATURAN AM MENGISI BORANG

    Sila ( ) di kotak berkenaan setelah tindakan diambil

    DAKWAT

    TULISAN

    CUKAI SETEM

    DOKUMEN SOKONGAN

    TARIKH PERJANJIAN

    (ruangan teratas muka surat 1 perjanjian)

    1. Sila gunakan PEN BERDAKWAT HITAM sahaja. 2. Perjanjian ini hendaklah DITULIS TANGAN dalam HURUF

    BESAR. Salinan karbon (carbon copies) TIDAK boleh digunakan.

    3. Setiap salinan perjanjian hendaklah dimatikan setem

    Pastikan: i. Setem hasil sahaja digunakan. ii. dimatikan atau diremitkan di Pejabat Hasil sahaja. iii. setiap salinan perjanjian dikenakan cukai setem

    bernilai RM10.00 4. Sila sertakan dokumen-dokumen berikut bersama-sama

    dengan Perjanjian:

    (i) Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin (ii) Satu salinan kad pengenalan pelajar (iii) Satu salinan kad pengenalan penjamin

    MAKLUMAT PELAJAR & PENJAMIN

    (Muka surat 1

    perjanjian)

    6. Isikan nama, nombor kad pengenalan, alamat tetap yang lengkap dan tarikh lahir (Sila lihat syarat-syarat Penjamin di perenggan II)

    JANGAN menggunakan alamat yang tidak tetap seperti alamat kuarters, alamat rumah sewa atau alamat asrama.

  • 4 4

    Panduan Mengisi Borang Perjanjian Bahagian Biasiswa, KPM

    NOMBOR RUJAKAN

    SURAT TAWARAN (Muka surat 4 Perenggan 10

    Perjanjian)

    TANDATANGAN

    (Muka surat 5 Perjanjian)

    TANDATANGAN RINGKAS

    (Muka surat 4 Perenggan 10, muka surat 1,2

    & 3)

    COP RASMI

    (Muka surat 5 Perjanjian

    SERAHAN DOKUMEN

    PERJANJIAN

    CONTOH BORANG

    PERJANJIAN

    PERTUKARAN ALAMAT

    7. Sila isikan nombor rujukan dan tarikh seperti di dalam Surat Tawaran Pembiayaan Asasi (sila lihat contoh borang perjanjian).

    8. Pelajar, penjamin dan saksi-saksi hendaklah menurunkan

    tandatangan di tempat yang betul JANGAN tandatangan di ruangan bagi PIHAK KERJAAN.

    9. Pelajar dan penjamin bagi perjanjian ini hendaklah

    menurunkan tandatangan ringkas di sebelah kanan ruangan nombor rujukan dan tarikh dan di setiap penjuru bawah sebelah kanan muka surat 1, 2 & 3.

    10. Semua saksi hendaklah menurunkan cop penuh rasmi nama,

    jawatan dan jabatan. 11. Borang perjanjian yang telah lengkap diisi dalam 3 salinan

    hendaklah dicantumkan dengan dawai kokot (stapler) setiap satu dan dikepilkan 3 salinan tersebut dengan klip sebelum dihantar bersama-sama dokumen sokongan pada hari pendaftaran di pusat asasi IPTA.

    12. Bersama-sama ini dilampirkan salinan contoh borang

    perjanjian yang telah diisi. Jika berbuat sesuatu kesilapan, JANGAN cuba memadamkannya. Sebarang kesilapan hendaklah dipotong dengan satu garisan sahaja dan ditandatangani ringkas (intial) oleh pelajar dan penjamin. Penggunaan cecair pemadam (correcting fluid) adalah tidak dibenarkan. Pelajar diingatkan bahawa Kementerian ini berhak menolak borang perjanjian yang didapati kotor atau terlalu banyak kesilapan.

    13. Pertukaran alamat pelajar dan penjamin perlu dimaklumkan

    dengan segera ke Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 5 5

    Panduan Mengisi Borang Perjanjian Bahagian Biasiswa, KPM

    SYARAT-SYARAT PENJAMIN

    WARGANEGARA Hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia

    PENDAPATAN Pendapatan mestilah tidak kurang daripada RM500.00 sebulan

    STATUS KEWANGAN Hendaklah seseorang yang tidak muflis

    UMUR Penjamin hendaklah berumur tidak melebihi 45 tahun PENGECUALIAN SYARAT

    Ibu bapa / Penjaga yang sah yang menjadi Penjamin dikecualikan syarat pendapatan dan umur

    SYARAT-SYARAT SAKSI

    WARGANEGARA Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin di Malaysia

    JAWATAN (a) Saksi yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan, hendaklah

    menjawat jawatan tetap sahaja dan memegang jawatan pentadbiran Gred 41 ke atas.

    (b)

    Bagi saksi yang bukan pegawai kerajaan, mereka hendaklah yang telah diberi kuasa perundangan.

    SENARAI SAKSI

    (i)

    KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (Gred 41 / Kumpulan A ke atas)

    (a) Semua pegawai Kerajaan Gred 41 / Kumpulan A dan ke

    atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah.

    (ii) PEGAWAI PENDIDIKAN

    (a) Pensyarah di IPTA / Politeknik / Kolej Komuniti (b) Pegawai Pendidikan Negeri / Daerah (c) Pengetua / Penolong Kanan Pengetua di Sekolah

    Menengah Kerajaan sahaja.

    (iii) PEGAWAI PERKHIDMATAN PERUBATAN / KESIHATAN

    (a) Semua doktor yang bertugas di Hospital dan di Pusat Kesihatan sahaja.

    (iv) PEGAWAI KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

    (a) Semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan

  • 6 6

    Panduan Mengisi Borang Perjanjian Bahagian Biasiswa, KPM

    kehakiman dan perundangan Kerajaan. (Contoh : Hakim, Majistret, Peguam Persekutuan, Penasihat Undang- Undang, Pendaftar Mahkamah)

    (b) Semua Peguambela dan Penguamcara

    (c) Semua Pesuruhjaya Sumpah

    (d) Jaksa Pendamai

    (v) PEGAWAI BERUNIFORM

    (a) Tentera (Kapten dan ke atas)

    (b) Polis (Penolong Penguasa dan ke atas / No. Kad Pengenalan bermula dengan huruf G)

    (c) Pegawai Penjara (Penguasa Penjara dan ke atas)

    (d) Pegawai Bomba (Penguasa Bomba)

    (e) Jabatan Perhutanan (Pemelihara Hutan Gred 1 / Pegawai Hidupan Liar)

    (f) Jabatan Laut (Jurutera Laut dan ke atas)

    (g) Kastam (Penguasa Kastam dan ke atas)

    (vi) LAIN-LAIN

    (a) Wakil Rakyat / Senator

    (b) Penggawa / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)

    (c) SABAH DAN SARAWAK Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri

    / Kapitan / Pemanca / Pegawai Taman Sabah

    (d) Pengurus FELDA / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)