panduan ihya ramadhan smk sk 2015

18
  Disusun semula oleh Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Sektor Pendidikan Islam JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK MEI 2015 

Upload: saya04

Post on 04-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pdf

TRANSCRIPT

  • Disusun semula oleh Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam

    Sektor Pendidikan Islam JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

    MEI 2015

  • 2

    PANDUAN PROGRAM IHYA RAMADAN SEKOLAH RENDAH (SK/SJK) DAN

    SEKOLAH MENENGAH (SMK/SBP/SMJK) 1436H / 2015M

    1. PENGENALAN Bulan Ramadan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah pelajar dan warga sekolah.

    2. MATLAMAT

    Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.

    3. OBJEKTIF

    3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al Mubarak.

    3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

    3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan dalam kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

    3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadan.

    3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.

    4. SASARAN

    4.1. Pelajar-pelajar 4.2. Guru dan staf sokongan 4.3. Ibu Bapa Pelajar

    5. TEMPAT

    Premis sekolah dan kawasan sekitar

  • 3

    6. CADANGAN PROGRAM IHYA RAMADAN

    6.1. Aktiviti Utama

    a. Program Di Ambang Ramadan b. Tadarus Quran Pelajar dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang

    Bulan Ramadan) c. Ceramah Perdana / Forum Perdana d. Majlis Khatam Al-Quran e. Solat Tarawih f. Qiamullail g. Sumbangan Fakir Miskin h. Iftar Jamaie i. Banner ( Labbaika Ya Ramadan ) j. Majlis Perutusan Aidil Fitri k. Risalah Ramadan

    l. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, buku skrap, teka silangkata, gubahan bunga coklat, menulis khutbah aidil fitri, anyaman ketupat dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadan dan Aidil Fitri

    6.2. Aktiviti Elektif

    a. Kuliah Zohor b. Kuliah Subuh c. Tazkirah Murid d. Usrah e. Bacaan Mathurat f. Ceramah Nuzul al-Quran / Badar Kubra g. Gotong Royong / Keceriaan Surau h. Majlis Tahlil i. Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagi j. Kelas tafaqquh staf k. Forum pelajar l. Tayangan DVD m. Penghayatan Dhuha n. Cenderamata petugas Ihya Ramadan ( Pelajar )

    7. CADANGAN PROGRAM PERDANA IHYA RAMADAN

    7.1. Pengisian program ini sekurang-kurangnya seperti berikut :

    a. Forum Perdana / Ceramah Perdana b. Iftar Jamaie c. Tadarus al-Quran / Khatam al-Quran d. Penyediaan Juadah Berbuka secara gotong-royong ( nasi, lauk pauk, BBQ

    dll jika sesuai ) e. Penyediaan Bubur Lambuk secara gotong-royong ( jika sesuai ) f. Solat Tarawih g. Qiamullail h. Kuliah subuh i. Penyampaian hadiah pertandingan

  • 4

    7.2. Sasaran / penyertaan program ini seperti berikut :

    a. Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak / Pejabat Pendidikan Daerah b. Pimpinan masyarakat setempat c. Pengetua / Guru Besar atau wakil sekolah yang berhampiran d. PIBG sekolah e. Warga sekolah seluruhnya

    7.3. Tarikh :

    Ia ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. 8. Jawatankuasa Pelaksana Program Perdana Ihya Ramadan

    8.1. Jawatankuasa Induk Pengerusi

    Pengetua / Guru Besar

    Timbalan Pengerusi Penolong Kanan Pentadbiran

    Naib Pengerusi 1 Penolong Kanan HEM

    Naib Pengerusi 11 Penolong Kanan Ko-Kurikulum

    Setiausaha

    Penyelaras MAKDIS / Dakwah

    Penolong Setiausaha Guru Pendidikan Islam

    8.2 Ahli Jawatankuasa

    a. JK Urus setia b. JK Protokol dan Sambutan c. JK Tadarus al-Quran d. JK Majlis Khatam al-Quran e. JK Majlis Qiamulail f. JK Solat Tarawih g. JK Ceramah Perdana h. JK Rakaman & Dokumentasi i. JK Pengacaraan dan Bacaan Doa j. JK Persiapan Dewan dan Khemah k. JK Hiasan Pentas l. JK Keselamatan dan Kebajikan m. JK Seranta dan Siaraya n. JK Jamuan o. JK Hadiah dan Cenderamata p. JK Cenderahati q. JK Risalah dan Brosur

  • 5

    r. JK Pertandingan s. JK Penyambut Tetamu t. JK Tugas-Tugas Khas

    10. Faedah-Faedah Yang Dijangka Diperolehi

    10.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap antara warga sekolah.

    10.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang Ramadan.

    10.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga sekolah kepada orang yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan pertolongan.

    10.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari ilmuan dalam slot rawdhatul ilmi seketika bersama ilmuan.

    10.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis antara warga sekolah.

    11. Penilaian

    Laporan pelaksanaan program hendaklah dihantar secara : 11.1 dalam talian melalui portal rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak :

    jpnperak.moe.gov.my DAN

    11.2 satu salinan (secara hardcopy) kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah sebelum atau pada 1 Ogos 2015.

    ( Sila rujuk kepada Lampiran 2 ) 12. Perkara Yang Dipohon

    Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak memohon semua Pengetua / Guru Besar dan warga sekolah mengambil maklum dan bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Ihya Ramadan 1436H / 2015M.

    Disediakan oleh: Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Perak

  • 6

    Lampiran 1

    KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA RAMADAN

    1. Program Di Ambang Ramadan

    Tarikh : Ditetapkan oleh urus setia Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Tempoh Masa : 30 minit Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan menambat

    jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang Ramadan. 2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadan dan amalan

    yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin. 3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadan untuk makluman semua

    warga sekolah. Kaedah Pelaksanaan :

    a. Diadakan sempena perhimpunan mingguan atau perhimpunan pagi sekolah b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar c. Tayang multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadan.

    2. Tadarrus Al-Quran Guru dan Staf

    Tarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadan Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Objektif : 1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan. 2. Melaksanakan tahsin al-Quran dalam kalangan warga pendidik dan staf dengan

    dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.

  • 7

    3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan dalam kehidupan.

    Kaedah Pelaksanaan : a. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urus

    setia. b. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan c. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator d. Selesai tadarrus semua warga pendidik dan staf disarankan solat berjemaah bersama

    pelajar di surau.

    3. Tadarrus Al-Quran Pelajar

    Tarikh : Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadan Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Sasaran: Pelajar yang telah membaca al-Quran Objektif : 1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan. 2. Melaksanakan tahsin al-Quran dalam kalangan pelajar dengan dibimbing oleh seorang

    fasilitator atau guru 3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan

    dalam kehidupan. Kaedah Pelaksanaan : a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau/kelas dalam keadaan berwuduk b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urus setia. c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan. d. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.

    4. Ceramah Perdana / Forum Perdana

    Tarikh: Ditetapkan oleh urus setia Masa : 2 jam Sasaran : Seluruh warga sekolah

  • 8

    Objektif : 1. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadan. Kaedah Pelaksanaan : a. Program ini dicadangkan hanya sekali dalam bulan Ramadan. b. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah. c. Pelaksanaan program ini boleh digabungkan dengan Program Perdana Ihya

    Ramadan atau ia dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian pihak sekolah.

    d. Disarankan diadakan soalan kuiz selepas sesi ceramah. (ikut kesesuaian pihak sekolah)

    e. Hadiah atau cenderahati disediakan untuk pemenang. f. Tajuk yang dicadangkan seperti berikut :

    i Ramadan Menjana Kecemerlangan Hidup

    ii- Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Madrasah Ramadan

    iii- Mencontohi Kehidupan Generasi Qurani

    iv- Lain-lain tajuk yang sesuai.

    5. Majlis Khatam Al-Quran

    Tarikh : Ditetapkan oleh pihak sekolah Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Sasaran : Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di

    bulan Ramadan. 2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-Quran. 3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw. Kaedah Pelaksanaan : a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadan atau dibuat

    secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah. b. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran. c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih dalam kalangan pelajar yang lancar

    bacaan al-Quran. d. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di surau atau dewan sekolah. e. Peserta khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telur dan

    paluan kumpulan kompang.

  • 9

    f. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai.

    g. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.

    h. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

    6. Qiamullail

    Tarikh : Sekali setiap cuti hujung minggu Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : 1 jam sebelum bersahur Sasaran: Keutamaan pelajar yang tinggal di asrama sahaja manakala pelajar yang tinggal bersama keluarga digalakkan terlibat. Objektif : 1. Memberi kesedaran dan melatih pelajar untuk menghayati kelebihan ibadat qiamullail. 2. Membentuk jati diri dalam kalangan pelajar dengan bermunajat dan berqiamullail. 3. Melahirkan kesedaran, keinsafan dan berusaha mencari kelebihan malam Lailatul Qadr.

    Kaedah Pelaksanaan : a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk b. Pilih imam dalam kalangan pelajar atau imam jemputan untuk memimpin qiamullail. c. Solat sunat yang disarankan ialah solat sunat tahajjud, taubat, tasbih dan witir. d. Qiamullail diakhiri dengan doa. e. Pelajar bergerak ke dewan makan untuk bersahur.

    7. Tabung Sumbangan Fakir Miskin

    Tarikh : Sepanjang Ramadan Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Sasaran: Seluruh warga sekolah

  • 10

    Objektif : 1. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan dalam

    kalangan warga sekolah turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

    Kaedah Pelaksanaan : a. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Pengetua / Guru Besar pada hari pertama

    persekolahan di bulan Ramadan. b. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan pagi atau

    selepas solat. c. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat. d. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas. e. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh Pengetua /

    Guru Besar.

    8. Iftar Jamaie

    Tarikh : Pada masa program Perdana Ihya Ramadan Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Masa : Ditetapkan oleh urus setia Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,

    berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadan al Mubarak. 2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan

    Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

    Kaedah Pelaksanaan :

    a. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di dewan makan / tempat majlis. b. Tazkirah / ceramah mengenai fadhilat Ramadan oleh seorang guru Pendidikan Islam /

    penceramah jemputan.

    c. Membaca doa berbuka. d. Berbuka puasa. e. Warga sekolah dan tetamu bergerak ke surau untuk solat Maghrib.

  • 11

    9. Banner / Seranta

    Tarikh : Akhir Syaaban Tempat: Ditetapkan oleh urus setia Masa : Sepanjang Ramadan. Objektif : Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik. Kaedah Pelaksanaan : a. JK Banner memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak dalam kain

    banner. b. Letakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua warga sekolah. c. Layout banner berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan suasana

    Ramadan.

    10. Majlis Perutusan Aidil Fitri Oleh Pengetua / Guru Besar

    Tarikh : Ditentukan oleh sekolah Tempat : Dewan Besar Sekolah Tempoh Masa : 1 jam Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat sepanjang

    Ramadan. 2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam. 3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan syawal. Kaedah Pelaksanaan : a. Diadakan sempena perhimpunan mingguan atau perhimpunan pagi sekolah. b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar. c. Penyampaian sumbangan tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik. d. Tayang multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadan.

  • 12

    11. Masak Bubur Lambuk dan Bakar Lauk Pauk (BBQ )

    Tarikh : Ditetapkan oleh sekolah Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Tempoh Masa : Ditetapkan oleh urus setia. Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan

    Ramadan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

    Kaedah Pelaksanaan :

    a. Ia diurus setiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik b. Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memilik pengalaman dalam

    bidang tersebut. c. Lantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini.

    12. Pelaksanaan Aktiviti Elektif Ihya Ramadan Tarikh : Ditetapkan oleh sekolah Tempat : Ditetapkan oleh urus setia Tempoh Masa : Ditetapkan oleh urus setia. Sasaran: Seluruh warga sekolah Objektif : 1. Menyemarakkan lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang bermanafaat. 2. Membangunkan pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,

    rohani dan intelek. Kaedah Pelaksanaan : a. Pihak sekolah disarankan untuk memilih melaksanakan aktiviti elektif mengikut

    kesesuaian pihak sekolah. b. Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak sekolah.

  • 13

    c. Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya kepimpinan melalui slot tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau selepas solat

    d. Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara aktif untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

  • 14

    Lampiran 2

    CONTOH FORMAT LAPORAN PROGRAM IHYA RAMADAN

    SEKOLAH ___________________ TAHUN _______

    1. Pengenalan

    Bulan Ramadan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan Allah Taala. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadan al-Mubarak.

    2. Carta Organisasi 3. Objektif

    3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.

    3.2 Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadan.

    4. Aktiviti

    a. Aktiviti Utama Program Ihya Ramadan

    (i ) Kelas Tadarrus al-Quran (ii) Mengadakan Majlis Khatam al-Quran (iii) Solat berjemaah; sesi pagi solat zohor dan sesi petang solat asar manakala sekolah berasrama solat berjemaah lima waktu dll

    b. Aktiviti Elektif

    (i ) Pertandingan Hafaz al-Quran (ii) Pertandingan Hias Bunga Coklat dll

    c. Program Perdana

    5. Data

    ( i ) Tadarrus al-Quran a. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut tingkatan b. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasilitator dll

    ( ii ) Majlis Khatam al-Quran

    a. Telah diadakan pada 20 Ramadan 1436H b. Tetamu kehormat yang dijemput ialah YB Ahli Parlimen Kawasan dll.

    6. Gambar/ fotografi

  • 15

    BORANG MAKLUM BALAS PROGRAM IHYA RAMADAN SEKOLAH _____________________

    1436H/2015M

    Nama Sekolah : .. Alamat Sekolah : No. Telefon : E-mail Sekolah : ..

    Bil Aktiviti Tarikh

    Pelaksanaan Kumpulan Sasaran

    Jumlah Terlibat

    Cadangan / Komentar Tandatangan Pengetua / Guru Besar Cop Sekolah ( )

    Tarikh : .. Nota : 1. Sila isi dan kembalikan ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah sebelum

    atau pada 1 Ogos 2015. 2. Pelaporan kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak adalah

    secara dalam talian melalui jpnperak.moe.gov.my sebelum atau pada 1 Ogos 2015.

  • 16

    PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PROGRAM IHYA RAMADAN

    1. Setiausaha dan Urus setia Tugas - Melantik JK Pengelola / JK Pelaksana

    - Mengurus surat menyurat - Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa - Mengadakan raptai

    2. Protokol dan Sambutan Tugas - Melantik AJK Kecil

    - Menyediakan pasukan kompang dan silat. - Menguruskan penyediaan bunga manggar telur, bunga rampai, pulut

    kuning, Roset dan lain-lain yang diperlukan. - Memastikan protokol majlis berjalan lancar.

    3. Tadarrus al- Quran Tugas - Melantik AJK Kecil

    - Menguruskan pembahagian kumpulan tadarrus. - Menentukan pengagihan atau sukatan kumpulan tadarrus - Memberi taklimat kepada pelajar, guru dan staf - Memastikan perjalanan tadarrus berjalan lancar.

    4. Majlis Khatam al-Quran Tugas - Mengurus dan membimbing pelajar khatam Alquran - Mengetuai Majlis Khatam al-Quran - Memimpin bacaan doa khatam al-Quran. 5. Majlis Qiamullail Tugas - Melantik AJK Kecil - Memilih imam Qiamullail - Mengurus dan menyediakan bahan edaran - Menguruskan persiapan majlis 6. Ceramah Perdana / Forum Perdana

    Tugas - Melantik AJK Kecil - Memberi cadangan senarai nama ahli forum dan tajuk forum - Menyediakan Pengerusi Forum - Menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada ahli panel - Menyediakan tempat forum - Memastikan peralatan yang diperlukan

    7. Rakaman & Dokumentasi Tugas - Melantik AJK Kecil; - Menguruskan rakaman video sepanjang majlis berjalan - Menguruskan petugas photografi

    - Mengurus dan menyimpan segala bahan dokumentasi yang berkaitan majlis.

    8. Pengacaraan dan Bacaan Doa Tugas - Menyediakan teks doa yang sesuai dengan majlis

  • 17

    - Memimpin bacaan doa - Menyediakan aturcara pentadbiran setelah berbincang dengan Setiausaha - Menyediakan skrip pengacaraan majlis - Melantik juru acara majlis - Memastikan majlis berjalan lancar.

    9. Persiapan Tempat dan Khemah

    Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan tempat duduk VIP, tetamu dan jemputan - Menyusun atur kedudukan mengikut keutamaan - Memastikan kekemasan dewan semasa dan selepas majlis - Memastikan alat siaran berfungsi dengan baik ketika majlis berjalan dan

    mencukupi - Menyediakan alternatif lain sekiranya berlaku gangguan elektrik

    10. Hiasan Pentas Tugas - Melantik AJK Kecil

    - Menyediakan hiasan pentas - Menguruskan penyediaan latar pentas ( backdrop ) - Hias meja dan tempat duduk VVIP

    11. Keselamatan dan Kebajikan

    Tugas - Melantik AJK Kecil - Menyediakan tempat parking kenderaan yang sesuai. - Mengurus taklimat kepada petugas - Menyediakan peralatan kecemasan jika perlu.

    12. Seranta dan Siaraya Tugas - Melantik AJK Kecil

    - Menyediakan sepanduk dan memasangnya di tempat-tempat tertentu - Menghubungi pihak media untuk membuat liputan jika perlu

    13. Jamuan Tugas - Melantik AJK Kecil

    - Menyediakan menu VIP, tetamu jemputan dan peserta - Menyediakan anggaran dan tempahan menu jamuan - Menentukan tempat dan bentuk jamuan - Menyediakan petugas jamuan VIP dan tetamu - Memastikan bekalan jamuan mencukupi - Menguruskan persiapan dan hidangan bubur lambuk dan BBQ. - Mengurus bil pembayaran tempahan jamuan kepada pihak

    bertangunggjawab.

    14. Hadiah dan Cendermata Tugas - Melantikk AJK Kecil

    - Menyediakan cenderamata kepada VVIP - Mengurus door gift kepada tetamu jika disediakan. - Mengurus penyerahan cenderahati kepada petugas dalam kalangan

    pelajar sepanjang Ramadan. - Menyediakan hadiah / cenderamata untuk penceramah / panel forum - Mengurus hadiah/ cenderamata ketika penyampaian hadiah

  • 18

    15. Bubur Lambuk dan BBQ Tugas - Melantik AJK Kecil

    - Mengurus penyediaan bahan dan peralatan untuk menyediakan bubur lambuk dan BBQ

    - Mengurus pembelian bahan yang diperlukan untuk bubur lambuk dan BBQ

    16. Jemputan dan Sambutan

    Tugas - Melantik AJK Kecil - Mengurus jemputan Tetamu Kehormat - Menyediakan kad jemputan - Menyenaraikan nama para jemputan untuk diberikan kepada JK Urus

    setia - Membuat jemputan kepada para tetamu - Mengurus sambutan Tetamu Kehormat - Menyedia tempat rehat Tetamu Kehormat - Bekerjasama dengan JK Persiapan Tempat untuk menentukan tempat

    duduk mengikut susun atur keutamaan - Membuat penyelarasan dengan urus setia - Mengiringi dan menunjuk arah Tetamu Kehormat - Mengedar Buku Program kepada para jemputan

    17. Risalah dan Brosur

    Tugas - Melantik AJK Kecil - Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz - Mendapatkan senarai nama jawatankuasa kerja - Berbincang dengan pengerusi dan setiausaha kontens broucher - Mengurus layout broucher yang sesuai dengan majlis.

    18. Pertandingan Tugas - Melantik AJK Kecil - Membuat promosi kategori pertandingan - Menyediakan borang penyertaan pertandingan - Melantik hakim setiap pertandingan - Mengurus pemenang setiap pertandingan - Berbincang dengan JK Hadiah, jenis hadiah yang sesuai untuk setiap pemenang 19. Penyambut tetamu Tugas - Menyambut Tetamu semasa majlis diadakan.

    - Mengiringi tetamu dan memandu arah tetamu untuk ke tempat duduk yang disediakan

    - Mengiringi tetamu atau jemputan khas sehingga selesai majlis. 20. Tugas-Tugas Khas

    Tugas - Membantu Urus setia dalam melancarkan lagi persiapan dan penyediaan majlis.

    - Membantu melaksanakan tugas-tugas khas. - Menyelaras mana-mana tugas yang dipertanggungjawabkan oleh

    Pengerusi.