mesyuarat agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... banner...

16
SURAU TAMAN SRI NIBONG Mesyuarat Agung ke 16 Ahad, 27 April 2014, 27 Jamadil Akhir 1435H 9.00 pagi T INGKAT B UKIT K ECIL 4, T AMAN S RI N IBONG , P ULAU P INANG

Upload: votram

Post on 27-Jul-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

SURAU TAMAN SRI NIBONG

Mesyuarat Agung ke 16 Ahad, 27 April 2014, 27 Jamadil Akhir 1435H

9.00 pagi

T I N G K A T B U K I T K E C I L 4 , T A M A N S R I N I B O N G , P U L A U P I N A N G

Page 2: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

ii

Kandungan Bil. Perkara

Halaman

1. Agenda Mesyuarat Agung ke 16

3

2. Minit Mesyuarat Agung ke 15

4

3. Laporan Setiausaha

8

4. Senarai Kehadiran AJK

12

5. Penyata Kewangan Surau

13

6. Usul - Usul

16

Page 3: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

3

Agenda Mesyuarat Agung ke 16 Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong 2012/2014

1.0 Ucapan dasar oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong sesi

2012/2014

2.0 Bacaan doa selamat oleh Yg. Bhg. Tn. Hj. Ahmad Che Din.

3.0 Ucapan perasmian Mesyuarat Agung ke 16 oleh Yg. Bhg. Dato’ Professor Ir. Dr. Mahyuddin Bin Ramli.

4.0 Mesyuarat Agung dimulakan.

5.0 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke 15 Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong serta perbincangan perkara berbangkit.

6.0 Pembentangan Laporan Setiausaha bagi tahun sesi 2012-2014.

7.0 Pembentangan dan penerimaan Penyata Kewangan bagi tempoh 1 Jun 2012 sehingga 31 Mac 2014.

8.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa Pengurusan Surau sesi 2012/2014.

9.0 Perlantikan Ahli Jawatankuasa Surau Taman Sri Nibong sesi 2014/2016. 9.1 Pengerusi 9.2 Timbalan Pengerusi 9.3 Bendahari 9.4 Setiausaha 9.5 Penolong Setiausaha 9.6 AJK Kawasan Lintang (2 orang) 9.7 AJK Kawasan Persiaran (2 orang) 9.8 AJK Kawasan Leboh/Melati (2 orang) 9.9 AJK Kawasan PPJ/Lavinia (2 orang) 9.10 AJK Kawasan Tingkat (2 orang) 9.11 AJK Kawasan Mawar/Melor (2 orang) 9.12 AJK Ceramah dan Kuliah 9.13 AJK Tugas Khas 9.14 AJK Pengurusan Aset 9.15 AJK Muslimah 9.16 Juru Audit Dalaman 1 & Juru Audit Dalaman 2 9.17 Wakil Kawasan Bukit Kecil & Wakil Pemuda

10.0 Pembentangan dan pembahasan usul-usul yang diterima sebelum 20 April 2014.

11.0 Ucapan penangguhan mesyuarat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong sesi 2014/2016.

12.0 Majlis bersurai dan jamuan ringan.

Page 4: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

4

Minit Mesyuarat Agung ke 15 Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong 2012/2014

Tarikh: 17hb Jun 2012 bersamaan 27 Rejab 1433H. Masa: 9.00 pagi. Senarai Kehadiran:

1. Abdul Halim Bin Musa 2. Abd Rahni Bin Mat Piah 3. Abu Bakar Md Hassan 4. Mohamed Anwar Bin Ahmad 5. Shamsul Kamal Bin Ismail 6. Yaali Bin Kechik 7. Ahamad Tajudin Khader 8. Amirul Luqman Bin Yaacob 9. Mohd Fahmi Bin Abdul Rahim 10. Bukhari Bin Mansor 11. Hj. Md Ariffin Bin Che Embee 12. Shaik Abdullah 13. Abdul Rahim Bin Abdul Razak 14. Mohammad Shafizal 15. Mohd Shawal Bin Ahmad 16. Abd. Muif Wahab 17. Pawanteh 18. Ahmad Bin Che Din 19. Muhammad Rafie Hj. Mohd Arshad 20. Latif Idris 21. Akbar Ali 22. Ahmad Azam Bin Aboo Bakar

1) Perlantikan Pengerusi Majlis a) En. Mohamed Anwar b. Ahmad

2) Ucapan Pengerusi

a) Ucapan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Halim selaku Pengerusi. b) Ucapan terima kasih kepada semua AJK. c) Memohon maaf sekiranya ada kekurangan di dalam pengurusan musolla. d) Meminta kerjasama dari semua ahli qariah untuk mengajak jiran dan kenalan di

taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) Minta ahli qariah memberikan maklumbalas kepada AJK. f) Minta ahli mesyuarat membuat keputusan yang terbaik bila pemilihan diadakan. g) Maklumkan beberapa permohonan untuk penambahbaikan musolla yang telah

dibuat. h) Ucapkan terima kasih atas kehadiran semua.

3) Bacaan Doa a) Bacaan doa selamat di sampaikan oleh Tn. Hj. Halim.

Page 5: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

5

4) Ucapan Perasmian oleh Yg. Bhg. Profesor Dr. Abd Rahni Mat Piah a) Mengimbau sejarah musolla yang ditempatkan di hujung taman, ada hikmahnya

kerana sentiasa ada jemaah sebab berdekatan dengan Bukit Kecil. b) Hendaklah saling membantu dan kasih mengasihi. c) Jangan boikot institusi majid /surau kerana tidak setuju dengan individu tertentu,

harus ada sikap tegur menegur dan bersedia menerima teguran untuk menjamin keselamatan dan keharmonian hidup bermasyarakat.

d) Masyarakat akan jadi porak peranda disebabkan oleh mereka yang rosak akhlak, sikap mementingkan diri sendiri dan takut mahu menegur akan menyebabkan Allah menjadikan orang yang jahat sebagai pemimpin dan doa orang yang baik tidak diterima.

e) Memperingati israk mikraj, hendaklah membuat persediaan untuk ramadhan semasa rejab dan sya’ban.

f) Ingatkan tentang kepentingan menghadiri majlis ilmu. g) Jangan berhenti berdoa terutamanya memohon perlindungan daripada penyakit,

dan daripada ujian yang mendadak dan daripada kemarahan Allah swt.

5) Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke 14 a) Minit Mesyuarat Agung ke-14 telah dibentangkan oleh Tn. Hj. Halim. b) Minit Mesyuarat Agung ke-14 diterima.

i) Pencadang: Dr. Shaik Abdullah ii) Penyokong: Tn. Hj. Md. Ariffin

6) Pembentangan Laporan Setiausaha

a) Laporan Setiausaha telah dibentangkan oleh En. Mohd Fahmi. b) Cadangkan masukkan kuliyah Ustaz Shahul Hamid dalam laporan aktiviti, juga

masukkan aktiviti muslimah.

7) Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan a) Penyata Kewangan bagi sesi 2010-2012 (tahun berakhir 31 Mei 2012) telah

dibentangkan oleh Prof. Ahamad Tajudin Khader. b) Pembentangan Penyata Kewangan diterima.

i) Pencadang: Tn. Hj. Mohamed Anwar ii) Penyokong: Tn. Hj. Bukhari Mansor

8) Pembubaran Ahli Jawatankuasa Musolla sesi 2010/2012

a) Ahli Jawatankuasa Musolla sesi 2010/2012 telah dibubarkan oleh Pengerusi, Tn Hj. Abd Halim Musa.

9) Perlantikan Ahli Jawatankuasa Musolla dan Juru Audit Dalaman Sesi 2012/2014

a) Proses pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Musolla sesi 2012/2014 telah dijalankan.

b) Berikut adalah keputusannya: i) Pengerusi: Tn. Hj. Abd Halim Musa

(1) Pencadang: Tn. Hj. Shawal (2) Penyokong: Tn. Hj. Ahmad

Page 6: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

6

ii) Timbalan Pengerusi: Dr Shaik Abdullah (1) Pencadang: Prof Rahni (2) Penyokong: Hj. Ya’ali

iii) Bendahari: Tn. Hj. Mohamed Anwar Bin Ahmad (1) Pencadang: Tn. Hj. Shawal (2) Penyokong: Tn. Hj. Bukhari

iv) Setiausaha: En. Mohd Fahmi Bin Abdul Rahim (1) Pencadang: Tn. Hj. Ariffin (2) Penyokong: sebulat suara

v) Penolong Setiausaha: En. Abdul Muif Bin Abdul Wahab (1) Pencadang: Tn. Hj. Ariffin (2) Penyokong: sebulat suara

vi) Ahli Jawatankuasa Ceramah dan Kuliah: Prof Rahni (1) Pencadang: Tn. Hj. Bukhari (2) Penyokong: sebulat suara

vii) Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aset: Hj. Yaali (1) Pencadang: Tn. Hj. Shawal (2) Penyokong: Tn. Hj. Abd Rahim

viii) Ahli Jawatankuasa Tugas Khas: Prof. Rafie (1) Pencadang: Tn. Hj. Bakar (2) Penyokong: Tn. Hj. Shamsul

ix) Ahli Jawatankuasa Kawasan Lintang: Tn. Hj. Abd Rahim dan En. Mohd Ariff

x) Ahli Jawatankuasa Kawasan Lavinia/PPJ: En. Jamal Mohamed dan En. Mohd Fahmi

xi) Ahli Jawatankuasa Kawasan Persiaran: Tn. Hj. Shamsul dan Tn. Hj. Bukhari

xii) Ahli Jawatankuasa Kawasan Lebuh/Melati: Tn. Hj. Kuthose dan seorang lagi akan dilantik oleh Ahli Jawatankuasa musolla yang baru.

xiii) Ahli Jawatankuasa Kawasan Mawar/Melur: En Latiff dan Tn. Hj. Halim

xiv) Ahli Jawatankuasa Kawasan Tingkat: Tn. Hj. Ahmad Che Din dan Tn. Hj. Shawal

xv) Juru Audit Dalaman1: Tn. Hj. Akbar (1) Pencadang: Tn. Hj. Shawal (2) Penyokong: Tn. Hj. Ya’ali

Page 7: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

7

xvi) Juru Audit Dalaman2: Tn. Hj. Bakar (1) Pencadang: Prof. Rafie (2) Penyokong: En. Mohd Fahmi

10) Usul dan Cadangan

a) Tiada usul diterima.

11) Usul Tergempar a) Perlantikan Wakil Kawasan Bukit Kecil: Pawanteh b) Perlantikan Wakil Pemuda: Saudara Ramzan

12) Ucapan Penangguhan Pengerusi Ahli Jawatankuasa Musolla 2012/2014 a) Harap semua redha degan keputusan pemilihan. b) Minta ditegur jika ada sebarang kesilapan. c) Minta kerjasama untuk ajak jiran ke musolla. d) Akan buat kerjasama dengan beberapa persatuan seperti persatuan penduduk.

13) Bersurai & Jamuan Ringan. Disahkan oleh:

Nama: Hj. Abd. Halim Bin Musa Jawatan: Pengerusi

Nama: Mohd Fahmi Bin Abdul Rahim Jawatan: Setiausaha

Page 8: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

8

Laporan Setiausaha bagi sesi 2012-2014

Akitiviti – Aktiviti Sepanjang Tahun 2012 – 2014 1) Mesyuarat AJK

a) Jawatankuasa pengurusan surau telah mengadakan mesyuarat sebanyak 10 kali sepanjang tempoh Jun 2012 hingga April 2014. Selain dari itu terdapat juga mesyuarat khas untuk perbincangan isu tergempar atau mesyuarat susulan dimana perbincangan khusus untuk sesuatu program surau telah dibincangkan bagi mendapat maklum balas dan tindakan yang diambil oleh AJK tertentu.

2) Takwim Surau Taman Sri Nibong

a) Satu Takwim yang mengandungi tarikh penting seperti hari – hari kebesaran Islam telah dipaparkan di papan kenyataan surau.

b) Jadual Kuliah dan Majlis Ilmu bagi tahun 1434H dan 1435H juga telah dipaparkan di papan kenyataan surau.

3) Majlis Ilmu Mingguan

a) Majlis Kuliah mingguan dan bulanan telah dianjurkan seperti di bawah: i) Kuliah Tafsir oleh Ustaz Yusof, setiap minggu hari Khamis malam Jumaat. ii) Kuliah Sirah Nabawiyah oleh Dr. Shaik Abdullah Hassan Mydin, setiap hari

Jumaat malam Sabtu, minggu pertama dan kedua. iii) Kuliah Kitab Al-Hikam oleh Ustaz Wan Hizam Abdullah Sabil, setiap bulan pada

hari Ahad malam Isnin minggu ke empat. iv) Kuliah bagi pihak muslimah, pada setiap hari Ahad minggu ke tiga, jam 8 pagi.

4) Penukaran nama rasmi ‘Musolla’ Taman Sri Nibong kepada ‘Surau’ Taman Sri Nibong.

a) Bagi tujuan urusan rasmi dan pendaftaran dengan Pejabat Agama Daerah Timur Laut, nama sesebuah musolla atau surau perlu dimulakan dengan perkataan ‘Surau’ seperti “Surau An Nur Lebuh Nipah” dan sebagainya.

b) Keputusan daripada perbincangan dan pertimbangan dibuat adalah untuk hanya menukar perkataan ‘Musolla’ kepada ‘Surau’ tanpa diberi nama – nama lain.

c) Penukaran nama dan Pendaftaran dengan Pejabat Agama ini memudahkan urusan rasmi surau dan membolehkan surau mendapat diskaun rumah ibadat bagi pembayaran bil utiliti.

5) Pelancaran Laman Media Sosial (Facebook Page) Surau Taman Sri Nibong

a) Facebook Page Surau Taman Sri Nibong telah dilancarkan sebagai wadah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jemaah dan juga penduduk sekitar. Ia juga merupakan satu medium hebahan maklumat serta aktiviti Surau dan juga perkongsian ilmu buat semua muslimin & muslimat.

b) Dengan laman media sosial ini, pihak surau dapat berhubung dengan golongan muda dan remaja untuk menarik mereka datang mengimarahkan surau.

c) Setakat ini telah terdapat 39 individu yang mengikuti laman sosial ini (page likes) dengan majoriti adalah daripada mereka yang berumur di antara 18 hinggan 34 tahun. Taburan umur individu yang mengikuti laman sosial surau ini adalah seperti dalam gambarajah berikut:

Page 9: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

9

d) Laman media sosial ini telah dimuatkan dengan gambar – gambar kenangan semasa Aktiviti Ibadah Korban dan sebagainya. Ia juga telah dimuatkan dengan catatan – catatan dari kuliah dan majlis ilmu yang telah dianjurkan di surau ini.

e) Walaubagaimanapun pautan laman sosial ini mengekalkan pengunaan kata nama ‘Musolla’ kerana ia telah dilancarkan sebelum penukaran nama kepada Surau Taman Sri Nibong.

f) Laman media sosial surau ini boleh dicapai melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/MusollaTamanSriNibong

6) Program Ihya Ramadhan 1433H dan 1434H

a) Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan 1433H dan 1434H adalah seperti Program tazkirah bagi persiapan menyambut Ramadhan, Majlis Gotong Royong sebelum Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa, Solat Tarawih, Tadarus Al-Quran, Kuliah Subuh serta Moreh kawasan dan individu/berkumpulan.

b) Pihak surau juga telah membuat rayuan sumbangan kewangan daripada penduduk Taman Sri Nibong bagi menampung perbelanjaan akitiviti sepanjang bulan Ramadhan, sumbangan kepada fakir miskin dan perbelanjaan pengurusan aktiviti-aktiviti surau sepanjang tahun berikutnya. Mulai tahun 1434H, sumbangan juga boleh di salurkan secara dalam talian. Langkah ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

c) Jadual Moreh dan Aktiviti Ramadhan telah disediakan pada kedua – dua bulan Ramadhan sebagai makluman kepada para jemaah mengenai tarikh Moreh tajaan kawasan dan tajaan individu/kumpulan serta tarikh aktiviti sepanjang Ramadhan. Melalui jadual ini, para jemaah boleh memilih dan menetapkan hari untuk menaja moreh secara individu atau berkumpulan. Alhamdulillah sambutan dari para jemaah yang menaja moreh secara individu atau berkumpulan amat menggalakkan.

d) Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e) Pada bulan Ramadhan 1434H, surau ini telah menerima kunjungan Tuan Imam dari

Kedutaan Arab Saudi, Dr. Ahmad Bin Hamd al-Said, yang telah mengimamkan Solat Tarawih di sini.

7) Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1433H dan 1434H

a) Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dianjurkan pada 1 Syawal 1433H dan 1434H dengan mendirikan Solat Sunat Aidilfitri serta mengadakan Jamuan Hari Raya.

b) Aktiviti takbir raya dari rumah ke rumah juga telah dianjurkan pada tahun malam 1 Syawal 1433H dan 1434H.

c) Pada Aidilfitri 1433H, pihak AJK Muslimah telah menganjurkan Jamuan Raya untuk semua muslimin dan muslimat sekeluarga.

d) Alhamdulillah majlis – majlis sambutan ini telah dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan penduduk di taman ini.

Page 10: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

10

8) Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433H dan 1434H

a) Surau telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433H dan 1434H dengan menganjurkan Solat Aidiladha dan ibadah korban. Pada setiap tahun tersebut, 4 ekor lembu telah dikorbankan dari kalangan anak-anak kariah Taman Sri Nibong. Ibadah korban serta jamuan tengah hari juga diadakan di surau dan mendapat sambutan yang membanggakan.

b) Kerjasama dan ukhuwah yang erat dapat dipupuk melalui aktiviti korban, penyediaan jamuan dan jamuan tengah hari. Di harapkan kehadiran dan kerjasama yang terpupuk ini dapat diteruskan pada masa masa akan datang.

9) Aktiviti-Aktiviti Sambutan Maal Hijrah 1434H dan 1435H

a) Sambutan Maal Hijrah 1433H telah di anjurkan pada 29 Zulhijjah 1434H (14 November 2012 ) dan 30 Zulhijjah 1435H (4 November 2013). Aktiviti sambutan termasuk membaca surah Yasin dan tahlil sebelum maghrib, Doa akhir dan awal tahun serta ceramah Maal Hijrah.

10) Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H dan 1435H

a) Sambutan Maulidur Rasul diadakan pada 2 Rabiul Awal 1434H (3 Februari 2013) dengan mengadakan ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Shahril Long.

b) Sambutan Maulidur Rasul diadakan pada 12 Rabiul Akhir 1435H (12 Februari 2014) dengan mengadakan ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan.

11) Majlis Sambutan Israk Mikraj 1434H

a) Sambutan Israk Mikraj diadakan pada 14 Syaa’ban 1434H (23 Jun 2013) dengan mengadakan ceramah agama yang telah disampaikan oleh Dr. Badrul Amin Bahron.

12) Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk calon peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan

bakal Jemaah Haji a) Majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat telah dianjurkan pada 18 Zulkaedah 1433H (4

Oktober 2012) dan 29 Syawal 1434H (5 September 2013). b) Cenderahati juga telah dihadiahkan kepada bakal – bakal haji.

13) Ceramah Umum

a) Satu ceramah umum yang bertajuk “Sunnah-Sunnah Rasulullah” telah dianjurkan pada 12 Safar 1435H (15 Disember 2013). Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Alrizuady Bin Abdul Rahman.

b) Majlis ilmu ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran ramai jemaah dari Taman Sri Nibong dan sekitarnya.

14) Kelas Pengajian Al Quran

a) Kelas Pengajian untuk anak – anak qariah telah dikendalikan oleh Ustaz Tn Hj. Safar.

Page 11: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

11

15) Aktiviti Muslimah Surau Taman Sri Nibong a) Kuliah bulanan khas untuk para muslimah telah dianjurkan. b) Kumpulan muslimah Surau Taman Sri Nibong telah menganjurkan satu lawatan amal

ke Pusat Darul Hanan di Pongsu Seribu, Seberang Perai Utara pada 25 Julai 2013 dan seterusnya telah menyampaikan sumbangan.

c) Pada 16 Februari 2014, satu Bengkel Pemantapan Solat yang dikendalikan oleh Ustazah Hajjah Mardziah Binti Zakaria telah dianjurkan. Bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat baik.

d) Satu lawatan ke Pusat Pengajian Al Barakah di Ipoh, Perak juga telah dianjurkan pada bulan April 2014.

16) Penambahbaikan Infrastruktur Surau

a) Berikut adalah antara penambahbaikan infrastruktur yang telah dibuat: i) Pembinaan Tangga. ii) Sumbangan alat Pendingin Hawa daripada individu - individu. iii) Sumbangan Tirai Muslimah. iv) Pembaikan roller untuk pagar belakang. v) Penurapan semula dataran surau. vi) Sumbangan Khemah. vii) Pembaikan tombol kunci pintu store. viii) Pembaikan handle sliding door. ix) Pembaikpulihan tandas. x) Pembaikan gutters. xi) Pembaikan pembesar suara. xii) Pembelian dan penambahan peralatan seperti rak buku, meja dan kerusi plastik,

kipas angin, papan notis dan tirai surau.

b) Pihak AJK Pengurusan Surau Taman Sri Nibong ingin mengucapkan terima kasih kepada individu – individu dan organisasi – organisasi yang telah memberi sumbangan bagi penambahbaikan infrastruktur Surau seperti sumbangan alat pendingin hawa, tirai, khemah dan seumpamanya. Semoga sumbangan ini dapat menambah lagi keselesaan jemaah mengimarahkan surau ini. Pihak pengurusan surau juga mengalu – alukan sumbangan dari jemaah pada masa akan datang.

Page 12: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

12

Page 13: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

13

NOTA

Baki dalam tangan pada 1.6.2012 471.25

Baki dalam bank pada 1.6.2012 17,430.36

17,901.61

PENDAPATAN

Sumbangan individu 3,260.00

Tabung Surau 10,647.00

Tabung bergerak Hari Raya 1,407.00

Sumbangan ICU,JPM- ganti permaidani 6,000.00

Sumbangan Kerajaan Negeri (Aktiviti Ramadhan) 1,000.00

Kelas mengaji 3,245.00

Hibah bank 1.22

Sumbangan Koperasi Tunas Muda Bhd. 10,000.00

Sumbangan Ramadhan ( 2 tahun) 34,886.00

Sumbangan untuk majlis korban 910.00

Sumbangan untuk penghawa dingin 1,500.00

Baki korban (2013) 390.00

Sumbangan AJK untuk jamuan selepas kuliah 4,620.00 77,866.22

95,767.83

PERBELANJAAN

Upah bersih Surau 4,550.00

Kuliah Ust.Yusof 5,520.00

Kuliah Ust. Wan Hizam 2,800.00

Kuliah Muslimah 2,350.00

Saguhati - Kuliah & tazkirah Ramadhan 1,150.00

Saguhati penceramah (Maal Hijrah & Isra' Mikraj) 550.00

Saguhati penceramah Maulidur Rasul (2 tahun) 500.00

Saguhati penceramah (ceramah akhir tahun) 200.00

Jamuan-Jamuan 1 23,226.00

Bayaran fotostat/banner 618.00

Cetak buku resit 170.00

Bayaran bank 9.50

Saguhati Imam Solat Terawih ( 2 tahun) 4,100.00

Saguhati Bilal Solat Terawih ( 2 tahun) 700.00

Pembaikan, pembersihan dan penyelenggaraan 2 4,006.00

Pembelian/tambah peralatan 3 5,818.00

Saguhati Imam Solat Hariraya ( 2 tahun) 400.00

Saguhati kepada RELA 60.00

Cenderahati kepada bakal-bakal Haji ( 2 tahun) 287.00

Permit lembu (korban) ( 2 tahun) 160.00

57,174.50

SURAU TAMAN SRI NIBONG

PENYATA KEWANGAN DARI 01.06.2012 HINGGA 31.03.2014

Page 14: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

14

Jumlah dari muka sebelah 57,174.50

Upah gali lubang (korban) ( 2 tahun) 300.00

Beg plastik/camca/garpu/pinggan plastik 549.70

Pindah ke Akaun Simpanan Tetap 10,000.00

Sumbangan kepada keluarga Allahyarham Akbar Ali 300.00

Beli kunci 20.00

Beli 2 tong sampah 182.00

Bil elektrik 3,042.40

Bil air 36.50

2 rubber stamp 13.00

Sumbangan Zakat 3,400.00

Sumbangan kepada fakir miskin 1,400.00

Cenderahati peserta tadarus Al-Quran (Muslimah) 250.00

Pasang tangga 850.00 77,518.10

Baki dalam tangan pada 31.03.2014 136.65

Baki dalam bank pada 31.03.2014 18,113.08

95,767.83

Disediakan oleh:

(MOHAMED ANWAR BIN AHMAD)

Bendahari SURAU TAMAN SRI NIBONG

Telah diaudit oleh:

(HAJI ABU BAKAR)

Juruaudit

Page 15: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

15

NOTA 1 Jamuan-Jamuan

Jamuan selepas kuliah 13,053.00

Israk & Mikraj 200.00

Maulidur Rasul ( 2 tahun) 560.00

Gotong royong 73.00

Jamuan Hari Raya Muslimah (2012) 500.00

Jamuan Hari Raya Aidilfitri ( 2 tahun) 4,247.00

Jamuan Hari Raya Aidil Adha (2 tahun) 2,163.00

Jamuan Korban ( 2 tahun) 1,000.00

Bubur Asyura (2012) 200.00

Jamuan majlis Yasin- bakal Haji 270.00

Kuih/minum bulan Ramadhan 960.00

23,226.00

NOTA 2 Pembaikan, pembersihan dan penyelenggaraan

Baiki tandas, sinki & pintu pagar 450.00

Baiki tandas sumbat & tukar paip 150.00

Baiki & penambaikan tandas (tukar mangkuk tandas) 2,600.00

Baiki pembesar suara 120.00

Baiki tandas & paip 150.00

Baiki paip,gutter, bumbung & ganti kunci 450.00

Alat pembersihan & pencuci 86.00

4,006.00

NOTA 2 Pembelian/tambah peralatan

1,350.00

650.00

1,040.00

778.00

Papan notis (1) 300.00

1,700.00

5,818.00

Kerusi plastik (40)

Kipas angin (4)

Tirai surau

NOTA KEPADA AKAUN

Rak buku (3)

Meja plastik (10)

Page 16: Mesyuarat Agung ke 16 · taman ini untuk hadir dan mengimarahkan program di surau. e) ... Banner ihya Ramadhan yang boleh diguna semula telah disediakan. e)

16

Usul – Usul Berikut adalah usul – usul yang telah diterima sebelum 20 April 2014

Usul Pembentang Usul

1. Pembentukan Khairat Kematian Surau Taman Sri Nibong

Prof. Dr. Abd Rahni Bin Mat Piah

2. Surau Taman Sri Nibong perlu menyediakan tempat mandi jenazah dan peralatan – peralatan lain yang sesuai

Prof. Dr. Abd Rahni Bin Mat Piah