pandangan terhadap kekuatan dan kelemahan kssr.docx

3
Pandangan terhadap kekuatan dan kelemahan KSSR Menurut pandangan dan maklumat, saya berpendapat bahawa kekuatan antara perubahan dari KBSR ke KSSR yang paling menonjolkan dari segi pentaksiran ialah KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan Pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Cikgu tidak lagi menilai prestasi seseorang murid menggunakan kaedah peperiksaan dan keputusan peperiksaanlah yang menentukan tahap perkembangan dan prestasi murid di kelas tetapi lebih mengutama kepada kaedah pentaksiran yang digunakan uintuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistic. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Dengan cara sebegini, murid tidak lagi berasa pergi ke sekolah semata- mata untuk menjalani peperiksaan dan peperiksaan itu merupakan satu bebanan yang berat bagi mereka. Murid- murid dapat merasai keseronokan belajar di sekolah dan dapat pergi ke sekolah secara rela hati. Di samping itu, aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.Selain itu, pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasaMelayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat

Upload: nurulhusna-mohdpuat

Post on 01-Jan-2016

265 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kssr

TRANSCRIPT

Page 1: Pandangan terhadap kekuatan dan kelemahan KSSR.docx

Pandangan terhadap kekuatan dan kelemahan KSSR

Menurut pandangan dan maklumat, saya berpendapat bahawa kekuatan antara perubahan dari

KBSR ke KSSR yang paling menonjolkan dari segi pentaksiran ialah KSSR memberi penegasan

kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan Pengajaran dan

pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan.

Cikgu tidak lagi menilai prestasi seseorang murid menggunakan kaedah peperiksaan dan keputusan

peperiksaanlah yang menentukan tahap perkembangan dan prestasi murid di kelas tetapi lebih

mengutama kepada kaedah pentaksiran yang digunakan uintuk membolehkan penilaian yang lebih

autentik dan holistic. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara

berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Dengan

cara sebegini, murid tidak lagi berasa pergi ke sekolah semata- mata untuk menjalani peperiksaan

dan peperiksaan itu merupakan satu bebanan yang berat bagi mereka. Murid- murid dapat merasai

keseronokan belajar di sekolah dan dapat pergi ke sekolah secara rela hati. Di samping itu, aktiviti

pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan

murid mencapai standard yang ditetapkan.Selain itu, pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan

dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran

dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan

penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasaMelayu dalam proses

pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat meningkatkan

penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjekMatematik dan Sains sejajar dengan

matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik dalamBahasa Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan

penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras

dengan pemansuhan dasar PPSMI.Selain itu, saya sekali lagi menegaskan bahawa murid-murid

juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta

yangdiberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat menggunakanteori

tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan, kemampuan

dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadiada dalam diri mereka. Murid-murid

juga akan dapat mengeksploitasikan diri merekamenjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana

mereka dapat melakukan sesuatu yangmereka minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan

Page 2: Pandangan terhadap kekuatan dan kelemahan KSSR.docx

apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan mempunyai minat dan

penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini

akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang

diberikan. Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru

bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama,

secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh

ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan

standard pembelajaran yang telah ditetapkan.Selain itu, saya juga berpendapat bahawa melalui mata

pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti mata pelajaran sejarah, ianya dapat

mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak langsung

akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Semangat perpaduan dan

kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan awal tentang

sejarah yang berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai jasa

dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan

mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara ini. Konsep 1 Malaysia juga dapat

diaplikasikan dan diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat bekerjasama dan menyesuaikan

diri sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa, agama dan warna kulitdalam setiap aktiviti

yang dijalankan di sekolah. Saya juga memberi pendapat tentang kekuatan KSSR ialah perubahan

atau transformasi yang berlaku dalam KSSR dapat dikesan melalui aspek pembelajaran yang

digunakan. KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Justifikasi

Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan

boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung, pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana setiap guru ada pilihan

untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka yang sepadan dengan

dan kebolehan murid.