pandangan f.sarasin k

3
PANDANGAN F.SARASIN DAN P.E SARASIN Pandangan yang dikemukan oleh pasangan linguistik F. Sarasin dan P.E Sarasin ialah mereka menyatakanpendapat tentang proses dan teori migrasi. Teori ini disifatkan antara teori yang paling terkenal dan berpengaruh yang dikatakan berkait rapat dengan perpindahan suku kaum utama Austronesia yang membawa kepada kewujudan utama yang dipercayai sampai ke Nusantara yang dinamakan Melayu Deutro. Mereka telah menduduki tempat tersebut sejak 2000 BC lagi. Kelompok ini juga dikatakan telah berhijrah beramai-ramai di bahagian Selatan China dan berhijrah secara melata ke seluruh kepulauan Asia Tenggara. Oleh itu, pasangan linguistik ini sangat yakin dengan prinsip mereka lalu menyatakan dengan jelas bahawa kawasan Selatan China adalah tempat asal-usul bertapaknya bahasa Austronesia dengan berpandukan pendapat daripada Peter Bellwood dan disertai tokoh-tokoh lain. Kira-kira 500 tahun kemudiannya, barulah kelompok kedua telah datang ke Nusantara yang telah membawa kepada kebudayaan logam. Mereka juga lebih dikenali sebagai kelompok Melayu Deutro. Kedatangan golongan ini telah menyebabkan kelompok Melayu Proto terpaksa berundur ke kawasan pendalaman seperti memasuki hutan, lembah, dan kawasan pendalaman, namun mereka terus hidup hingga ke hari ini dan terus berurutan zuriat dan keturunan sehingga sekarang digelar “Orang Asli”. Antara kaum orang asli ialah dari suku kaum Negrito, Senoi, Jakun, dan Temuan. Apabila penempatan Melayu Proto telah terpisah dari jarak yang jauh ini telah menyebabkan terhasilnya dialek dan

Upload: harunzz-abdullah

Post on 30-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sarasin

TRANSCRIPT

PANDANGAN F.SARASIN DAN P.E SARASIN

Pandangan yang dikemukan oleh pasangan linguistik F. Sarasin dan P.E Sarasin ialah mereka menyatakanpendapat tentang proses dan teori migrasi. Teori ini disifatkan antara teori yang paling terkenal dan berpengaruh yang dikatakan berkait rapat dengan perpindahan suku kaum utama Austronesia yang membawa kepada kewujudan utama yang dipercayai sampai ke Nusantara yang dinamakan Melayu Deutro. Mereka telah menduduki tempat tersebut sejak 2000 BC lagi. Kelompok ini juga dikatakan telah berhijrah beramai-ramai di bahagian Selatan China dan berhijrah secara melata ke seluruh kepulauan Asia Tenggara. Oleh itu, pasangan linguistik ini sangat yakin dengan prinsip mereka lalu menyatakan dengan jelas bahawa kawasan Selatan China adalah tempat asal-usul bertapaknya bahasa Austronesia dengan berpandukan pendapat daripada Peter Bellwood dan disertai tokoh-tokoh lain.

Kira-kira 500 tahun kemudiannya, barulah kelompok kedua telah datang ke Nusantara yang telah membawa kepada kebudayaan logam. Mereka juga lebih dikenali sebagai kelompok Melayu Deutro. Kedatangan golongan ini telah menyebabkan kelompok Melayu Proto terpaksa berundur ke kawasan pendalaman seperti memasuki hutan, lembah, dan kawasan pendalaman, namun mereka terus hidup hingga ke hari ini dan terus berurutan zuriat dan keturunan sehingga sekarang digelar Orang Asli. Antara kaum orang asli ialah dari suku kaum Negrito, Senoi, Jakun, dan Temuan. Apabila penempatan Melayu Proto telah terpisah dari jarak yang jauh ini telah menyebabkan terhasilnya dialek dan tutur kata bahasa Austronesia yang berbeza-beza dengan sendirinya mengikut arus perkembangan.

Menurut pasangan ini juga, golongan Melayu Deutro telah menurunkan orang Melayu Moden. Mereka juga dikatakan mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu Proto. Golongan ini lebih pandai dan berkemahiran jika dibandingkan dengan Melayu Proto. Mereka telah membina petempatan di Pesisiran Pantai dan tinggal menetap di situ. Melayu-Deutro juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang pelayaran. Dengan kemahiran ini, mereka terus membuka petempatan-petempatan baru di Kepulauan Melayu dan mereka terus berkembang di kawasan tersebut.[footnoteRef:1] [1: Dr.CA.Mess, 1967. Ilmu Perbandingan Bahasa Austronesia.Kuala Lumpur: Oxford University Press & University Of Malaya Press.Hlm.21.]

Pendapat W.F. Satterheim

Selain daripada pendapat diatas, pendapat oleh W.F.Satterheim ini juga tidak kurang pentingnya untuk dibincangkan mengenai teori penyebaran bahasa Austronesia. Seperti mana yang kita tahu, bahawa Robert Von Heine Geldern, juga turut mengatakan tentang asal-usul bahasa Austronesia yang didasarkan kepada artifak budaya, juga melalui penemuan beliung batu berasah. Kelompok ini juga mempunyai kebudayaan membuat Beliung yang hampir sama dengan yang ditemui di Jawa. Beliung ini dijumpai di Sailan, Filipina dan ia merupakan warisan kaum Orang Asli Negrito yang menetap di sana. Apabila dikaji dengan lebih mendalam lagi, lebih menarik minatnya apabila diberitahu budaya kaum Negrito ini agak sama dengan satu lagi kaum Orang Asli di sana, iaitu kaum Weda. Mereka ini dikatakan telah berhijrah ke Filipina menerusi gelombang pertama perpindahan beramai-ramai dari Taiwan seperti dikemukakan Bellwood dan Blust.[footnoteRef:2] [2: Peter Bellwood,2000. Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia (Edisi Revisi). Jakarta : PT Gramedia Pustaka Utama. halm.171.]