pandangan agama terhadap pendidikan

5
ISL 8 EDU 3101 Pendidikan Dari Perspektif Agama Seterusnya, kita akan membincangkan kerjaya guru sebagai satu ibadah dari perspektif Agama. Perkara ini adalah penting kerana, kerjaya guru dianggap sebagai satu profisien yang paling mulia dan tidak boleh setanding dengan profisien-prosifien lain. Oleh yang demikian, setiap agama mempunyai pandangan tersendiri terhadap profisien perguruan. DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM Menurut Konsep Perguruan dalam Islam, pendidik atau guru merupakan murabbi, mualim, muadib, alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama islam. Guru juga dikelaskan sebagai: Pengelasan Guru Maksud Al-mu'allim menyampaikan ilmu yang benar Al-murabbi menjayakan proses tarbiah Al-mu'addi mengajarkan adab dan budi pekerti Al-mursyid membentuk kepimpinan insan Al-mudarris menitipkan pelajaran dan kemahiran Qdwatun hasanah beri contoh yang baik Evi Muafia (2005) Dari perspektif agama Islam, kerjaya guru dianggap sebagai satu kerjaya ibadah kerana guru yang pergi ke sekolah dianggap seolah-olah pergi ke medan Jihad. Ini adalah kerana mereka bertindak untuk

Upload: anantha-de-shirota

Post on 30-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pandangan Agama Terhadap Pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Pandangan Agama Terhadap Pendidikan

ISL 8 EDU 3101

Pendidikan Dari Perspektif Agama

Seterusnya, kita akan membincangkan kerjaya guru sebagai satu ibadah dari

perspektif Agama. Perkara ini adalah penting kerana, kerjaya guru dianggap sebagai

satu profisien yang paling mulia dan tidak boleh setanding dengan profisien-prosifien

lain. Oleh yang demikian, setiap agama mempunyai pandangan tersendiri terhadap

profisien perguruan.

DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

Menurut Konsep Perguruan dalam Islam, pendidik atau guru merupakan murabbi,

mualim, muadib, alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion

yang mulia dalam perspektif agama islam.

Guru juga dikelaskan sebagai:

Pengelasan Guru Maksud

Al-mu'allim menyampaikan ilmu yang benar

Al-murabbi  menjayakan proses tarbiah

Al-mu'addi  mengajarkan adab dan budi pekerti

Al-mursyid  membentuk kepimpinan insan

Al-mudarris  menitipkan pelajaran dan kemahiran

Qdwatun hasanah  beri contoh yang baik

Evi Muafia (2005)

Dari perspektif agama Islam, kerjaya guru dianggap sebagai satu kerjaya

ibadah kerana guru yang pergi ke sekolah dianggap seolah-olah pergi ke medan

Jihad. Ini adalah kerana mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan

mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak

berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang

Page 2: Pandangan Agama Terhadap Pendidikan

ISL 8 EDU 3101

muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru

dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. wahyu yang

diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari

keredaan Allah (Mak Soon Sang, 2004).

Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Mazlan Zulkifli (2006)

pula, ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang

terbuka. Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru atau pendidik yang mengajar.

Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar

ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah

menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah

Taala yang tidak boleh disia-siakan.

Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam

melaksanakan prinsip-prinsip “Maqasid Assyariah” (menjaga, memelihara dan

memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeling

tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada

generasi sekarang dan akan datang (Abu Zahari Bin Abu Bakar, 1992)..

Page 3: Pandangan Agama Terhadap Pendidikan

ISL 8 EDU 3101

DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU

Menurut Sukumaran.S, (1991), dalam agama Hindu, guru dianggap sebagai wakil

yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini. Justeru, guru merupakan pekerjaan yang

mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui

hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi selepas

Tuhan seperti rajah 2 di bawah.

Rajah 2 Hireiki Konsep Guru

Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang

disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan

akademik, sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa

hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab

terhadap kebajikan kerohanian anak mereka. Mereka menggunakan cara hafalan.

Menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab

berkenaan. Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah

menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.

DEIVAM

(TUHAN)

MATHA (IBU)

GURUU

(GURU)

PITHA (BAPA)

Page 4: Pandangan Agama Terhadap Pendidikan

ISL 8 EDU 3101

DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA

Menurut Mak Soon Sang (2004), agama Buddha merupakan agama yang

mempunyai penganut yang paling ramai di negara China. Agama ini sangat

mementingkan ilmu dan disiplin yang tinggi. Tempat untuk belajar ajaran Buddha

dinamakan Rumah rahib atau disebut Sangha.

Kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi

kepada sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut

Buddha. Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja. Oleh itu, murid-murid

dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam dhamma, iaitu kebenaran

dan vinaya , iaitu disiplin atau peraturan.

Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh

penganutnya. Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu

yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai

sumber di mana penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk

wang tunai atau barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib

perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin

Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi (Mak Soon Sang, 2004).

DARI PERSPEKTIF AGAMA SIKH

Menurut Agama Sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan

manusia dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion perguruan kerana guru dikaitkan

dengan Tuhan bagi perspektif agama sikh. Guru Nanak adalah pengasas agama

Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang Guru. Guru yang

terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh (Self David, 2008).

Menurut Self David (2008) juga, guru merupakan orang yang sangat penting

dalam masyarakat Sikh kerana mereka dianggap sebagai pelita jalan yang akan

menunjukkan jalan yang benar kepada murid– muridnya. Mereka juga mempunyai

budi pekerti beliau yang baik dan ramah tamah. Oleh itu, murid-murid mereka akan

menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi

senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan kebanaran.

Page 5: Pandangan Agama Terhadap Pendidikan

ISL 8 EDU 3101

DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN

Agama kristian merupakan agama yang yang memberi kedudukan yang tinggi

terhadap guru. Dalam agama ini sendiri, Yesus kristus merupakan seorang guru

yang agung (Mak Soon Sang, 2008).

Dari Perspektif Agama Kristian, guru dianggap sebagai seorang pemimpin

dan menjadi role model kepada anak-anak murid. Guru juga hendaklah sentiasa

berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa

mengharapkan balasan. Hal ini membuatkan seseorang guru akan sentiasa berasa

puas hati kerana dapat melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan menjadi

manusia yang berguna kepada bangsa dan agama. Menurut Self David (2008) juga,

Tuhan lebih mengetahui tujuan dan usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan kita

akan sentiasa dilihatNya dan Dia lebih mengetahui waktunya Dia akan membalas

kebaikan kita tersebut.