panasonic malaysia memperkenalkan enam model ketuhar ... 2010 launch... · masak handalan dengan...

5
1 Untuk Siaran Segera Panasonic Malaysia memperkenalkan enam model Ketuhar Gelombang Mikro terbaru yang melengkapkan rangkaian produk Gelombang Mikro Memaparkan Teknologi Inverter Panasonic dan bentuk dalaman Rata & Luas dalam fungsi Cooking Magic yang melengkapkan model terbaru ini. Petaling Jaya, 26 Oktober – Panasonic memperkenalkan enam model ketuhar gelombang mikro terbaru yang menawarkan pelbagai pilihan cara memasak. Model yang diperkenalkan untuk Demonstrasi Magis Masakan Ketuhar Gelombang Mikro ( Microwave Cooking Magic Demonstration) terdiri dari satu model dengan fungsi pemanasan, tiga model dengan fungsi pemanggang, dan dua model ketuhar gelombang mikro biasa. “Kesemua model-model ini, terutama model dengan fungsi pemanasan dan pemanggang yang direka untuk memudahkan pengguna disamping mengembangkan kreativiti pengguna dengan pelbagai fungsi yang terdapat dalam konsep Magis Masakan ketika memasak. Selain itu, fungsi terkenal dari Panasonic, Teknologi Inverter dan piring dalaman Rata & Lebar juga terdapat dalam rangkaian ketuhar gelombang ini,” kata Victor Koh, Pengurus, Panasonic Malaysia. “Piring dalaman Rata & Lebar ini tidak sama seperti piring dalaman yang digunakan dalam ketuhar gelobang mikro konvensional. Fungsi unik piring ini memberi lebih ruang, membolehkan beberapa pinggan makanan dimasak pada masa yang sama termasuk kaserol dan pinggan masak bentuk segi empat.” “Teknologi Inverter Panasonic yang unik ini menyediakan dan menetapkan aliran tenaga untuk memasak jenis hidangan yang ditetapkan. Ketuhar lain menggunakan tahap tenaga yang rendah dengan menggunakan kuasa tenaga yang tinggi setiap masa tetapi perlu sentiasa menghidupkan dan mematikan ketuhar tersebut,” tambah Koh.

Upload: dinhnga

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panasonic Malaysia memperkenalkan enam model Ketuhar ... 2010 Launch... · masak handalan dengan fungsi dan alat perkakasan dapur yang berguna dan inovatif,” tambah ... jenama Panasonic

1

Untuk Siaran Segera

Panasonic Malaysia memperkenalkan enam model Ketuhar Gelombang Mikro terbaru yang melengkapkan rangkaian

produk Gelombang Mikro Memaparkan Teknologi Inverter Panasonic dan bentuk dalaman Rata & Luas dalam fungsi

Cooking Magic yang melengkapkan model terbaru ini.

Petaling Jaya, 26 Oktober – Panasonic memperkenalkan enam model ketuhar gelombang

mikro terbaru yang menawarkan pelbagai pilihan cara memasak. Model yang diperkenalkan

untuk Demonstrasi Magis Masakan Ketuhar Gelombang Mikro ( Microwave Cooking Magic

Demonstration) terdiri dari satu model dengan fungsi pemanasan, tiga model dengan fungsi

pemanggang, dan dua model ketuhar gelombang mikro biasa.

“Kesemua model-model ini, terutama model dengan fungsi pemanasan dan pemanggang yang

direka untuk memudahkan pengguna disamping mengembangkan kreativiti pengguna dengan

pelbagai fungsi yang terdapat dalam konsep Magis Masakan ketika memasak. Selain itu, fungsi

terkenal dari Panasonic, Teknologi Inverter dan piring dalaman Rata & Lebar juga terdapat

dalam rangkaian ketuhar gelombang ini,” kata Victor Koh, Pengurus, Panasonic Malaysia.

“Piring dalaman Rata & Lebar ini tidak sama seperti piring dalaman yang digunakan dalam

ketuhar gelobang mikro konvensional. Fungsi unik piring ini memberi lebih ruang, membolehkan

beberapa pinggan makanan dimasak pada masa yang sama termasuk kaserol dan pinggan

masak bentuk segi empat.”

“Teknologi Inverter Panasonic yang unik ini menyediakan dan menetapkan aliran tenaga untuk

memasak jenis hidangan yang ditetapkan. Ketuhar lain menggunakan tahap tenaga yang

rendah dengan menggunakan kuasa tenaga yang tinggi setiap masa tetapi perlu sentiasa

menghidupkan dan mematikan ketuhar tersebut,” tambah Koh.

Page 2: Panasonic Malaysia memperkenalkan enam model Ketuhar ... 2010 Launch... · masak handalan dengan fungsi dan alat perkakasan dapur yang berguna dan inovatif,” tambah ... jenama Panasonic

2

“Ketuhar gelombang pemanasan mikro terbaru menjadikan penyediaan makanan lazat lebih

mudah dan pantas menjadikan proses masakan lebih praktikal disamping mengurangkan

tenaga kerja pengguna. Teknologi Inverter dengan fungsi haba yang tepat dan konsisten

membolehkan pengguna untuk memasak, memanaskan atau nyahsejuk-beku atau defrost

makanan tanpa membakar tepi hidangan yang dimasak,” kata Azizah Wahid, Pengurus Besar

Komunikasi Korporat dan Penjenamaan, Panasonic Malaysia di Demonstrasi Magis Masakan

Ketuhar Gelombang Mikro.

“Konsep Magis Masakan yang dikongsi dengan produk perkakasan rumah Panasonic lain,

melengkapkan perkakasan dalam dapur, membolehkan pengguna menjadi seorang tukang

masak handalan dengan fungsi dan alat perkakasan dapur yang berguna dan inovatif,” tambah

Azizah.

Tumpuan utama diberikan kepada model ketuhar gelombang mikro NN-CF770M dengan fungsi

pemanasan di Demonstrasi Magis Masakan Ketuhar Gelombang Mikro apabila Chef Ryan

Khang dari The Cooking House menyediakan hidangan enak seperti Nasi Pilaf dengan Mentega

Kari Ayam dan kek cawan Rocky Road dengan ketuhar tersebut.

Selain dua hidangan ini, terdapat 38 resipi lain yang dimuatkan dalam Buku Masakan Magis

Masakan dari Panasonic Malaysia yang boleh didapati mulai November nanti. Buku masakan ini

akan menjadi sumber inspirasi kepada sesiapa yang mempunyai minat untuk masakan dan

kreativiti. Dalam buku ini, penggunaan bahan-bahan masakan terbaik menjadikan resipi

hidangan menyelerakan disamping ilustrasi grafik yang memudahkan proses memasak.

Kesemua resipi ini boleh disediakan dengan menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro

Panasonic.

Secara alternatif, kepada suri rumah yang kreatif, bakal chef, atau sesiapa yang mempunyai

minat memasak boleh layari mikrosite Magis Masakan atau Cooking Magic di

http://www.panasonic.com.my/cookingmagic untuk penggunaan interaktif. Untuk keterangan

lanjut tentang ketuhar gelombang mikro dari Panasonic, layari http://www.panasonic.com.my.

Page 3: Panasonic Malaysia memperkenalkan enam model Ketuhar ... 2010 Launch... · masak handalan dengan fungsi dan alat perkakasan dapur yang berguna dan inovatif,” tambah ... jenama Panasonic

3

Mengenai Panasonic Malaysia Sdn Bhd

Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran untuk

jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual,

kelengkapan rumah, penghawa dingin, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran

System professional, System perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan

kecantikan sehingga ke batteri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi

pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut berhubung jenama dan produk

Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat Penjagaan

Pelanggan di 03-5543 7600.

Untuk siaran akhbar dan gambar, sila muat turun daripada www.pmpressroom.com

Perhubungan Media: Azizah Wahid Pengurus Besar, Komunikasi Korporat Penjenamaan

Tel: 03 7809 7876 Fax: 03 7955 1857 Mobil: 019 217 2730 Emel: [email protected]

Ashleigh Hong Eksekutif, Komunikasi Korporat Penjenamaan Tel: 03 7809 7874 Fax: 03 7955 1857 Mobil: 012 526 0265 Emel: [email protected]

Perhubungan Produk: Lau Swee San Marketing Manager, Home Appliances Tel: 03 7809 7608 Mobil: 012-3053836 Emel: [email protected]

###

Page 4: Panasonic Malaysia memperkenalkan enam model Ketuhar ... 2010 Launch... · masak handalan dengan fungsi dan alat perkakasan dapur yang berguna dan inovatif,” tambah ... jenama Panasonic

4

Panasonic Microwave Ovens – Product Information Model Number Details

RM 1,399

27 Liter Capacity Convection Microwave Oven

Inverter Power Delivery System

1400w Convection Heater & 1000w Grill

Heater

Stainless Steel Face

Flat & Wide non-turntable interior

Optional Trim Kit available

NN-CF770M

15 Auto Menus

RM 799

27 Liter Capacity Grill Microwave Oven

Inverter Power Delivery System

1100watt Grill Heater

Stainless Steel Face

340mm Large Turntable

Optional Trim Kit available

NN-GD570S

11 Auto Menus

RM 769

27 Liter Capacity Grill Microwave Oven

Inverter Power Delivery System

1000watt Grill Heater

Grey Color

Flat & Wide non-turntable interior

Optional Trim Kit available

NN-GF560M

7 Auto Menus

Page 5: Panasonic Malaysia memperkenalkan enam model Ketuhar ... 2010 Launch... · masak handalan dengan fungsi dan alat perkakasan dapur yang berguna dan inovatif,” tambah ... jenama Panasonic

5

RM499

23 Liter Compact Grill Microwave Oven

Inverter Power Delivery System

1000watt Grill Heater

Grey Color

285mm Large Turntable

Stylish White Finish

NN-GT370M

9 Auto Menus

RM339

23 Liter Compact Straight Microwave Oven

800watt Microwave Heater

Grey Color

285mm Large Turntable

NN-ST340M

8 Auto Menus

RM269

23 Liter Compact Straight Microwave Oven

700watt Microwave Heater

Grey Color

245mm Turntable

NN-SM330M

Mechanical Operation