pamk2melaka2010

8
SULIT 900/2 Pengajian Am 2 3 Jam PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA) PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA TAHUN2010 PENGAJIAN AM 2 3 jam Arahan kepada calon: JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan dalam Bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan dan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak STPM 900/2 [Lihat sebelah] Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT .

Upload: ahmad-bin-hamzah

Post on 10-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PAmK2Melaka2010

8/8/2019 PAmK2Melaka2010

http://slidepdf.com/reader/full/pamk2melaka2010 1/8

SULIT

900/2

Pengajian Am 2

3 Jam

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH

MALAYSIA (CAWANGAN MELAKA)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN2010

PENGAJIAN AM 2

3 jam

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT

DEMIKIAN.

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E dan dua soalan

dalam Bahagian C.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan dan bagi tiap-tiap bahagian.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak 

STPM 900/2 [Lihat sebelah]

Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT .

Page 2: PAmK2Melaka2010

8/8/2019 PAmK2Melaka2010

http://slidepdf.com/reader/full/pamk2melaka2010 2/8

BAHAGIAN A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah

  perkataan. [25]

1. Belakangan ini budaya membaca tidak dijadikan amalan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Bincangkan.

2. Sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat tidak dapat dinafikan lagi namun golongan inijuga

terpaksa menghadapi dilema dalam merealisasikan sumbangan mereka.

 

Bincangkan pernyataan ini

BAHAGIAN B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah

  perkataan. [25]

3. Penyakit berjangkit bawaan vektor seperti demam denggi dan chikugunya, Japanese Encephalitis(JE)

dan malaria masih merupakan wabak yang serius terutamanya di negara-negara sedang membangun.

Justeru, pelbagai langkah serius perlu diambil untuk mengawalnya.

Bincangkan.

4. Selain amalan makanan dan pemakanan dalam bidang sukan, aspek sains dan teknologi dalam sukandapat membantu meningkatkan mutu sukan negara.

Huraikan pernyataan ini.

2

STPM 900/2 (Lihat Sebelah)

*K.ertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT

Page 3: PAmK2Melaka2010

8/8/2019 PAmK2Melaka2010

http://slidepdf.com/reader/full/pamk2melaka2010 3/8

BAHAGIAN C

Pilih dua soalan dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu lagi daripada

soalan 6(a) atau 6(b). [20]

5. (a)"Perubahan pendekatan lembaga koperasi sekolah amat perlu dalam usaha memastikan matlamat berkoperasi sentiasa berada dalam pemikiran mereka. Lembaga koperasi hendaklah mengamalkan pintii terbuka bagi mendengar pandangan atau keluhan anggotanya.Tindakan scbegini dapat membantu lembaga koperasiuntuk mengukur tahap pengetahuan tentang matlamat berkoperasi dalam kalangan anggotanya.Walau apa punsikap dan perlakuan anggota koperasiJembaga perlu menganggapnya sebagai cabaran kerana hal itu akanmembuka minda lembaga koperasi yang lebih matang.

(Disesuaikan daripada Pendidik,bil.45,2008)

(i) Apakah yang dimaksudkan koperasi mengamalkan pintu terbuka?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 perkataan, kemukakan ciri-ciri koperasi sekolah

yang baik.

ATAU

(b)"Guru merupakan komponen penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang berkesan sentiasa berlikir, menggunakan daya imaginasi dan merancang pengajaran dan pembelajaran murid. Kecemerlanganmasa depan profesion guru sebenarnya berkait rapat dengan pengimplimentasian teknik-teknik baru yangterbit daripada minda seseorang guru. Malangnya terdapat dalam kalangan guru yang masih berterusanmenggunakan teknik yang sama walaupun dia tahu teknik tersebut kurang berkesan.

(Disesuaikan daripada Pendidik, bil. 17,2005)

(i)Apakah dimaksudkan dengan guru yang berkesan ?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan ciri-ciri guru yang

 berkesan

3

STPM 900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

[Lihat sebelah]SULIT

Page 4: PAmK2Melaka2010

8/8/2019 PAmK2Melaka2010

http://slidepdf.com/reader/full/pamk2melaka2010 4/8

6. (a) " Banyak teknologi canggih kini hasil daripada kemajuan teknologi gentian optik yang menggantikanwayar tembaga yang digunakan pada suatu masa dahulu. Gentian kaca yang dihasilkan dengan jarak yang

 panjang dan bersaiz halus seperti benang mempunyai kekuatan yang tinggi, ringan dan kebolehlenturan yangtinggi sehingga membolehkannya ditanam di bawah tanah, diletakkan di dalam air atau dipasang di kawasan

  bersudut. Tidak seperti kabel tembaga yang digunakan sebelum ini, gentian optik tidak dipengaruhi olehgangguan kilat serta cuaca buruk."

(Disesuaikan daripada Kosmik Disember 2009)

(i) Apakah keistimewaan bahan gentian optik berbanding wayar tembaga ?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan fungsi gentian optik 

ATAU

(b)"Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagimenangani impak negatif aktiviti manusia. Daripada aspek tenaga,teknologi hijau seperti tenaga solar akanmencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa yang sama mempromosikankecekapan guna tenaga. Daripada aspek alam sekitar pula, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkandan dipelihara."

(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia, Februari

2010)

(i) Apakah kebaikan teknologi hijau ?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kelebihan penggunaan

sumber tenaga solar 

4

STPM 900/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT

Page 5: PAmK2Melaka2010

8/8/2019 PAmK2Melaka2010

http://slidepdf.com/reader/full/pamk2melaka2010 5/8

BAHAGIAN D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

[15]

7. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai bagi menunjukkan jumlah

 pendapatan eksport komoditi terpilih antara tahun 2003 hingga tahun 2007

Eksport komoditi masih merupakan penyumbang utama dalam pendapatan negara. Sungguhpun saiz pendapatan eksport komoditi jauh lebih kecil berbanding eksport barang-barang perkilangan namun kedudukan pendapatan eksport komoditi tidak boleh diketepikan. Antara tahun 2003 hingga 2007 pendapatan eksportkomoditi terus bertambah daripada RM 41 611 juta kepada RM 70 291. Sungguhpun pada tahun 2004

 pendapatan eksport komoditi jatuh kepada RM 37 364 juta namun pada tahun-tahun berikutnya amaun tersebutmeningkat sebanyak RM 4 926 juta pada tahun 2005 dan menjadi RM 47 537 pada tahun berikutnya.

Antara komoditi penting dalam eksport Malaysia ialah petroleum mentah. Pada tahun 2003 pendapataneksport komoditi ini berjumlah RM 14 245 juta tetapi mencatat kejatuhan sebanyak RM 3 085 juta menjadi RM11 160 juta. Pada tahun-tahun berikutnya amaun pendapatan eksport petroleum mentah terus bertambah masing-masing menjadi RM 11 597 juta dan RM 13 104 juta sebelum meningkat lagi kepada RM 15 643 juta pada tahun2007. Pertambahan besar ini adalah berikutan peningkatan harga petroleum mentah di pasaran.

Eksport minyak kelapa sawit pula menyumbang sebanyak RM 9 948 juta pada tahun 2003. Pada tahun

2004, saiz pendapatan komoditi ini bertambah sebanyak RM 640 juta. Pendapatan minyak kelapa sawit terusmeningkat kepada RM 15 054 juta pada tahun 2005 dan RM 16 770 juta pada tahun 2006. Pada tahun 2007

 pendapatan eksport komoditi ini bertambah lagi sebanyak RM 570 juta. Pendapatan eksport gctah pula sebanyak RM 2 571 juta pada tahun 2003. Angka ini meningkat kepada RM 2 941 juta pada tahun 2006 berbanding RM 2492 juta pada tahun 2005. Pada tahun 2004 eksport getah mencatat saiz pendapatan yang paling sedikit iaitu RM1 886 juta.

Pendapatan eksport kayu balak dan bijih timah mencatat angka lebih kecil. Pada tahun 2003 eksport kayu balak menyumbang sebanyak RM 2 489 juta dan bijih timah pula sebanyak RM 935 juta. Pada tahun 2004 pendapatan eksport kayu balak merosot kepada RM 1650 juta tetapi bertambah kepada RM 1 790 juta padatahun 2005. Pendapatan eksport komoditi ini terus bertambah masing-masing menjadi RM 1 867 juta dan RM 20115 juta pada tahun 2006 dan 2007. Pada tahun 2004 pendapatan bijih timah pula mencatat RM 961 juta

 berbanding dengan RM 925 juta pada tahun 2005. Sejumlah RM 702 juta dicatatkan pada tahun 2006 sebelummerosot lagi kepada RM 680 juta pada tahun 2007.

Akhir sekali pendapatan eksport gas asli cecair menjadi komponen yang semakin penting. Pada tahun 2003komoditi ini menyumbang RM 11 423 juta tetapi merosot sedikit kepada RM 11 119 juta pada tahun berikutnya.Pada tahun 2005 amaun pendapatan eksport gas asli cecair telah merosot kepada RM 9932. Walau

 bagaimanapun pada tahun 2006 jumlah pendapatan eksport komoditi ini meningkat sebanyak RM 2 221 jutamenjadi RM 12 153 juta pada tahun 2006 dan RM 13 500 juta pada tahun berikutnya. Pertambahan pendapataneksport ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2008/2009)

 

5

STPM 900/2

*Kertas soatan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai

untuk menunjukkan eksport makanan terpilih Malaysia.

[Lihat sebelah]

SULIT

Page 6: PAmK2Melaka2010

8/8/2019 PAmK2Melaka2010

http://slidepdf.com/reader/full/pamk2melaka2010 6/8

  Negara kita agak bertuah kerana dikumiakan tanah yang subur dan iklim yang sesuai yangmembolehkan kita menghasilkan pelbagai hasil daripada kegiatan pertanian. Sektor pertanian mempakan

 pembekal sumber makanan negara. Lebihan penghasilan daripada sektor ini dieksport ke luar negara seperti kenegara-negara ASEAN dan negara-negara maju. Eksport makanan Malaysia terus meningkat sejajar dengan

 permintaan makanan yang tinggi di pasaran dunia.

Eksport makanan pada tahun 2005 adalah sebanyak RM7245.274 juta dan dijangka meningkat

sebanyak RM 1225.081 juta pada tahun 2010. Eksport makanan haiwan dari Malaysia dijangka meningkatmelebihi 64.99 % dalam tempoh 5 tahun. Pada tahun 2005, jumlah eksport barangan ini ialah RM 492.340 jutadan dijangka meningkat sebanyak RM319.972 juta pada tahun 2010.

Sementara itu, pengeksportan ikan, kerang dan kepah pula adalah sebanyak RM 2327.942 juta padatahun 2005 dan jumlah ini dijangka melebihi RM 1187.185 juta berbanding tahun 2010. Eksport haiwan hidupseperti itik, ayam dan lain-lain dijangka berjumlah RM 278.188 juta pada tahun 2010. Jumlah ini didapatimenurun sebanyak RM 139.764 juta berbanding tahun 2005.

Penternakan lembu memberi sumbangan yang penting dalam pendapatan negara.Penggunaankaedah baru dalam penternakan seperti fedlot yang diperkenalkan di negara kita telah meningkat pengeluaranhasil tenusu. Hal ini terbukti dengan peningkatan eksport hasil tenusu yang meningkat dengan banyak padatahun 2005 hingga 2009 dan dijangka meningkat ke paras RM 1244.712 juta pada tahun 2010. Jumlah ini adalahmeningkat sebanyak 2 kali ganda berbanding tahun 2005.

Eksport daging didapati jauh lebih kecil berbanding haiwan hidup dan ikan, kerang dan kepah. Padatahun 2005 eksport daging cuma berjumlah RM85.307 juta. Walau bagaimanapun, jumlah ini dijangka akanterus meningkat secara mendadak sebanyak RM786.606 juta. Buah-buahan keluaran tempatan seperti jambu,mangga, belimbing, betik dan lain-lain juga mendapat sambutan dan permintaan dari negara luar. Buah-buahantempatan negara ini mendapat sambutan baik bukan sahaja dari negara-negara maju, malahan telah menembusi

 pasaran Asia Barat. Pada tahun 2005, nilai eksport barangan ini ialah RM 469.341 juta dan dijangka meningkatsebanyak RM165.943 juta 2010.

 Nasi merupakan makanan asasi penduduk negara ini. Oleh yang demikian, pengeksportan berasmerupakan eksport yang paling kecil untuk tempoh kedua-dua tahun berkenaan. Pada tahun 2005, Malaysiacuma mengeksport sebanyak RM 912.412 juta dan jumlah ini dijangka meningkat sebanyak RM 124.100 jutasahaja. Eksport Malaysia selebihnya adalah makanan lain. Walaupun berlaku pertambahan penduduk Malaysiasepanjang 5 tahun tersebut yang memerlukan bekalan makanan yang banyak dan mencukupi, namun Malaysiamasih mampu mengeksport bahan makanan ke luar negara.

(Sumber : Disesuaikan daripada Perangkaan Pertanian 2008, Kementerian Pertanian danIndustri Asas Tani Malaysia, Oktober 2008 )

6

STPM 900/2

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

BAHAGIAN E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

[15]

[Lihat sebelah]

SULIT

Page 7: PAmK2Melaka2010

8/8/2019 PAmK2Melaka2010

http://slidepdf.com/reader/full/pamk2melaka2010 7/8

9. Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan kadar inflasi bagi beberapa buah negara ASEAN bagi tahun yang

diliputi dan jelaskan langkah-langkah yang berkesan untuk mengawal inflasi di negara kita

Kadar Inflasi (%)

 Negara 2003 2004 2005 2006 2007

Malaysia 1.0 1.5 3.0 3.6 2.0

Indonesia 6.8 6.1 10.5 13.1 6.4

Filipina 3.5- 6.0 7.7 6.2 2.7

Singapura 0.5 1.4 0.5 0.5 0.3

Thailand 1.8 2.8 4.5 - 4.5 2.2

(Disesuaikan daripada : Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bloomberg)

7

STPM 900/2

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

10. Berdasarkan gambarajah di bawah huraikan faktor-faktor yang menyebabkan penipisan lapisan ozon dan

kesan-kesan penipisan lapisan ozon. (15)

[Lihat sebelah]SULIT

Page 8: PAmK2Melaka2010

8/8/2019 PAmK2Melaka2010

http://slidepdf.com/reader/full/pamk2melaka2010 8/8

(Disesuaikandaripada :http; WWW.pakanaskah.blogspot.com)

KERTAS SOALAN TAMAT

 

8

STPM 900/2 *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT