pameran reka cipta, penyelidikan dan ... - · pdf file1 | 3 pameran reka cipta, penyelidikan...

3
1 | 3 PAMERAN REKA CIPTA, PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PRPI) 2016 TARIKH: 15 & 16 NOVEMBER 2016 | MASA : 8.30 am – 5 pm TEMPAT: DEWAN BESAR PKKSSAAS UPM MAKLUMAT UNTUK PENYERTAAN PAMERAN Penyelidik / Pemohon 1. Borang permohonan perlu dimuat turun di laman web Pusat Pengurusan Penyelidiakn (RMC) http://www.rmc.upm.edu.my/muatturun. 2. Pemohon perlu menghantar borang permohonan yang telah lengkap kepada pegawai penyelaras PTJ Pejabat Timbalan Dekan/Pengarah (Penyelidikan) di PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 16 September 2016. 3. Borang hendaklah dihantar bersama-sama bukti penerbitan atau perlindungan harta intelek. Permohonan akan ditolak sekiranya bukti-bukti tersebut tidak dikemukakan. Pegawai Penyelaras PTJ 1. Penyelaras PTJ perlu menyemak borang permohonan dan pastikan perkara-perkara berikut: a. Borang telah lengkap diisi b. Penyertaan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan c. Dokumen bukti penerbitan dan perlindungan harta intelek disertakan 2. Penyelaras PTJ perlu memasukkan data (key-in) permohonan dalam template senarai penyertaan (format MS. Excel) yang boleh di download dari laman web RMC http://www.rmc.upm.edu.my/muatturun. 3. PTJ perlu menghantar hantar dokumen permohonan lengkap dan softcopy senarai penyertaan (format MS. Excel) selewat-lewatnya pada 21 September 2016. Kegagalan mengemukakan dokumen pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan PTJ ditolak secara automatik. 9. LAIN-LAIN Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi: Pn. Hafliza Hussin 03-89471254 | [email protected] Pn. Yushaida Yusof 03-89471250 |[email protected]

Upload: phamhanh

Post on 06-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PAMERAN REKA CIPTA, PENYELIDIKAN DAN ... - · PDF file1 | 3 pameran reka cipta, penyelidikan dan inovasi (prpi) 2016 tarikh: 15 & 16 november 2016 | masa : 8.30 am – 5 pm tempat:

1 | 3

PAMERAN REKA CIPTA, PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PRPI) 2016

TARIKH: 15 & 16 NOVEMBER 2016 | MASA : 8.30 am – 5 pm TEMPAT: DEWAN BESAR PKKSSAAS UPM

MAKLUMAT UNTUK PENYERTAAN PAMERAN Penyelidik / Pemohon

1. Borang permohonan perlu dimuat turun di laman web Pusat Pengurusan Penyelidiakn (RMC) http://www.rmc.upm.edu.my/muatturun.

2. Pemohon perlu menghantar borang permohonan yang telah lengkap kepada pegawai penyelaras PTJ Pejabat Timbalan Dekan/Pengarah (Penyelidikan) di PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 16 September 2016.

3. Borang hendaklah dihantar bersama-sama bukti penerbitan atau perlindungan harta

intelek. Permohonan akan ditolak sekiranya bukti-bukti tersebut tidak dikemukakan. Pegawai Penyelaras PTJ

1. Penyelaras PTJ perlu menyemak borang permohonan dan pastikan perkara-perkara berikut:

a. Borang telah lengkap diisi b. Penyertaan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan c. Dokumen bukti penerbitan dan perlindungan harta intelek disertakan

2. Penyelaras PTJ perlu memasukkan data (key-in) permohonan dalam template senarai

penyertaan (format MS. Excel) yang boleh di download dari laman web RMC http://www.rmc.upm.edu.my/muatturun.

3. PTJ perlu menghantar hantar dokumen permohonan lengkap dan softcopy senarai penyertaan (format MS. Excel) selewat-lewatnya pada 21 September 2016. Kegagalan mengemukakan dokumen pada tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan PTJ ditolak secara automatik.

9. LAIN-LAIN Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi:

Pn. Hafliza Hussin 03-89471254 | [email protected] Pn. Yushaida Yusof 03-89471250 |[email protected]

Page 2: PAMERAN REKA CIPTA, PENYELIDIKAN DAN ... - · PDF file1 | 3 pameran reka cipta, penyelidikan dan inovasi (prpi) 2016 tarikh: 15 & 16 november 2016 | masa : 8.30 am – 5 pm tempat:

2 | 3

SYARAT DAN TERMA PENYERTAAN PAMERAN REKA CIPTA, PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PRPI) 2016

Penyertaan Pertandingan 1. Penyertaan terbuka kepada penyelidik (Pensyarah, Felo Penyelidik, Pelajar Pasca Doktoral dan

Pegawai Penyelidik) UPM.

2. Hanya projek penyelidikan baharu yang tidak pernah dipertandingkan di mana-mana pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa dibenarkan menyertai pameran ini.

3. Penyertaan hanya terbuka kepada projek penyelidikan yang telah :

a. diterbitkan di dalam jurnal indeks petikan atau jurnal indeks bukan petikan yang berkaitan dengan projek yang dipertandingkan; atau b. mempunyai status dan jenis perlindungan harta intelek yang berkaitan dengan projek yang

dipertandingkan seperti paten, proses paten, copyright, industrial design, trade secret, trademark.

4. Setiap projek penyelidikan hanya dibenarkan menyertai satu kluster pertandingan sahaja.

5. Permohonan penyertaan dibuka pada 16 Ogos 2016 dan ditutup pada 16 September 2016.

6. Permohonan penyertaan adalah melalui borang manual yang boleh dimuat turun di laman web Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) http://www.rmc.upm.edu.my/muatturun dan melalui Pejabat Timbalan Dekan/Pengarah Penyelidikan di PTJ masing-masing.

7. Penyertaan penyelidik akan disahkan selepas saringan oleh Jawatankuasa Penyertaan dan

Saringan dan bayaran yuran penyertaan dijelaskan. Penyertaan adalah terhad kepada 200 penyertaan sahaja.

8. Peserta tidak dibenarkan menarik diri dari penyertaan seminggu sebelum tarikh pertandingan

dan yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

Yuran Penyertaan 9. Kadar yuran penyertaan pertandingan adalah sebanyak RM200/penyertaan.

(Nota: Terhad kepada 200 penyertaan)

Penghakiman Pertandingan

10. Setiap penyertaan akan diadili oleh satu jemaah hakim bagi setiap kluster untuk melayakkan mereka (mengikut merit yang ditentukan) dianugerahkan dengan pingat emas, perak atau gangsa. Jumlah pingat adalah tidak terhad.

11. Setiap penyelidik atau wakil dikehendaki berada di booth setiap masa di sepanjang waktu pameran berlangsung. Kegagalan menghadirkan diri terutama pada masa penghakiman boleh menyebabkan kegagalan memenangi sebarang pingat.

12. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

Page 3: PAMERAN REKA CIPTA, PENYELIDIKAN DAN ... - · PDF file1 | 3 pameran reka cipta, penyelidikan dan inovasi (prpi) 2016 tarikh: 15 & 16 november 2016 | masa : 8.30 am – 5 pm tempat:

3 | 3