pakaian_seragam_combine.pdf

10
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011 (Peraturan & Kadar Bekalan Pakaian Seragam) Berkuatkuasa 1 Jan 2011 & masih berkuatkuasa • Kaedah bayaran adalah melalui tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit • Di bayar sebaik kain diterima dan pegawai mengemukakan borang tuntutan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2014 (Bantuan Upah Jahit) Berkuatkuasa 1 April 2014 • Kaedah bayaran adalah melalui bayaran terus ke akaun pegawai yang layak tanpa menggunakan resit • Dibayar dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai PP BIL 1/2014 – BANTUAN UPAH JAHIT Tujuan : Menggantikan bayaran balik upah jahit kepada Pegawai Perkhidmatan Awam di bawah agensi yang mendapatkan kain serta mengagihkan kepada pegawai lain bagi menguruskan sendiri jahitan dan membuat tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit. 1

Upload: arjen-robben

Post on 12-Apr-2016

58 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: pakaian_Seragam_combine.pdf

Pekeliling Perbendaharaan

Bil. 6 Tahun 2011

(Peraturan & Kadar Bekalan PakaianSeragam)

Berkuatkuasa 1 Jan 2011 & masihberkuatkuasa

• Kaedah bayaran adalah melaluituntutan bayaran balik yang disokong dengan resit

• Di bayar sebaik kain diterima danpegawai mengemukakan borangtuntutan

Pekeliling Perkhidmatan

Bil. 1 Tahun 2014

(Bantuan Upah Jahit)

Berkuatkuasa 1 April 2014

• Kaedah bayaran adalah melaluibayaran terus ke akaun pegawaiyang layak tanpa menggunakanresit

• Dibayar dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai

PP BIL 1/2014 – BANTUAN UPAH JAHITTujuan : Menggantikan bayaran balik upah jahit kepada Pegawai Perkhidmatan

Awam di bawah agensi yang mendapatkan kain serta mengagihkan kepada

pegawai lain bagi menguruskan sendiri jahitan dan membuat tuntutan bayaran

balik yang disokong dengan resit.

1

Page 2: pakaian_Seragam_combine.pdf

Kadar yang dibayar bagi setiap jenis pakaian adalah

dikekalkan seperti berikut:

Bil. Jenis Pakaian Kadar BUJ

1. Baju Lengan Panjang/ Pendek RM 100

2. Seluar Panjang RM 130

3. Baju Kurung Wanita RM 120

4. Overcoat RM 100

2

Page 3: pakaian_Seragam_combine.pdf

Teguran Audit:

Tuntutan Upah Jahit Meragukan

1,161 anggota mengemukakan salinan resit yang meragukan;

Kedai yang dinyatakan pada resit tuntutan tidak wujud, tiada

alamat lengkap, tiada nombor telefon atau nombor telefon salah;

dan

Terdapat perbezaan yang ketara antara tuntutan yang dikemukakan

oleh anggota dengan kadar upah jahit yang dikenakan oleh kedai

jahit di kawasan berhampiran PTJ terlibat.

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011

Peraturan Dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam

3

Page 4: pakaian_Seragam_combine.pdf

Tanggungjawab KetuaJabatan

•Mengenal pasti pegawai yang terlibat dan layak untuk diberi BUJ;

•Menyedia dan mengesahkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit dengan mengandungi butir-butir maklumat; dan

•Memastikan bekalan kaindibuat pada tempoh yang munasabah supaya pakaianseragam dapat disiapkandalam waktu yang diperlukan.

•Ketua Jabatan perlu memastikan pegawai membuat pengesahan sebagai bukti pakaian seragam telah siap dijahit.

Tanggungjawab PusatTanggungjawab

•BUJ dibayar dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai;

•BUJ disempurnakan dalam tahun kewangan baki peruntukan dalam tahun kewangan semasa adalah mencukupi;

•Bagi pembayaran BUJ yang tidak dapat dibuat dalam tahun semasa, peraturan kewangan yang berkuat kuasa hendaklah dipatuhi; dan

•Senarai Pegawai Yang LayakMenerima Bantuan UpahJahit telah disediakan dandisahkan oleh Ketua Jabatandengan mengandungi butir-butir maklumat.

Tanggungjawab Pegawai

•Pegawai-pegawai yang dibekalkan pakaian seragam hendaklah memakai pakaian seragam yang kemas, bersih dan berada dalam keadaan baik semasa menjalankan tugas untuk menjaga imej Perkhidmatan Awam.

•Pegawai perlu menandatangani pengesahan seperti format sebagai pembuktian pakaian seragam baru telah siap dijahit.

•Pegawai perlu memastikanpakaian seragam yang dijahit/ ditempah adalahmemenuhi rekabentuk danspesifikasi yang ditetapkanoleh kementerian/ jabatan/ agensi mengikutperkhidmatan masing-masing.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2014

Bantuan Upah Jahit

4

Page 5: pakaian_Seragam_combine.pdf

Bagi penjelasan lanjut mengenai pelaksanaanBantuan Upah Jahit, Pekeliling ini dilengkapi

dengan perkara seperti berikut:

Carta AliranKerja

FAQ

Lampiran A-BorangSenarai

Pegawai Yang Layak

MenerimaBantuan Upah

Jahit

5

Page 6: pakaian_Seragam_combine.pdf

6

Page 7: pakaian_Seragam_combine.pdf

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014

CARTA ALIRAN KERJA

Ketua Jabatan mengenal pasti pegawai yang terlibat dan layak untuk diberi Bantuan Upah Jahit.

Ketua Jabatan menyedia dan mengesahkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit (Lampiran A).

PTJ membuat bayaran Bantuan Upah Jahit dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai.

PTJ menyemak Lampiran A.

Ketua Jabatan membekalkan kain kepada pegawai yang layak.

Pegawai menandatangani ruang ‘Pengesahan Pegawai’ di Lampiran A (salinan pendua) sebagai pembuktian pakaian seragam baru telah siap dijahit.

Ketua Jabatan menyimpan Lampiran A (salinan pendua) sebagai rekod.

Ketua Jabatan menyerahkan Lampiran A (salinan asal) kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan membuat salinan pendua bagi tujuan pengesahan pegawai apabila dibayar Bantuan Upah Jahit.

Mula

Rekod

Tamat

Page 8: pakaian_Seragam_combine.pdf

BORANG BUJ/PP BiI. II2OI4 LAMPIRAN A

SENARAI PEGAWAI YANG LAYAK MBNERIMA BANTUAN UPAH JAHIT

a

bc

d

NamaNo. IUPengenalanJawatan Dan GredNo. Gaii

a

b

c

d

NamaNo. IVPengenalanJawatan Dan GredNo. Gaii

a,

bc

d

NamaNo. K/PengenalanJawatan Dan GredNo. Gaii

a. Namab. No. K/Pengenalanc. Jawatan Dan Gredd. No. Gaiia

b

cd

NamaNo. I(/PengenalanJawatan Dan GredNo. Gaii

PENGESAHAN KETUA JABATAN

Disahkan betul dan diluluskan:

(Tandatangan Ketua Jabatan)Nama:Tarikh:Cop Rasmi JawatarV Jabatan:

Untuk Kegunaan Peiabat

l. Salinan asal dikemukakan kepada PTJ untuk tujuan baucarbayaran (tanpa pengcsahan pcgawai).

2. Salinan pendua disimpan oleh Ketua Jabatan untuk tujuanpengesahan pegawai sebagai pembuktian pakaian seragam telahsiap dijahit.

Page 9: pakaian_Seragam_combine.pdf

1

FAQ BAGI PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

BIL. SOALAN MAKLUM BALAS

1. Apakah tujuan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014 dikeluarkan?

Memperkenalkan Bantuan Upah Jahit sebagai ganti kepada bayaran balik upah jahit dengan disokong resit.

2. Apakah penambahbaikan yang dilaksanakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014?

Pegawai tidak perlu mengemukakan resit sebagaimana pelaksanaan sebelum ini. Bantuan Upah Jahit terus dibayar kepada pegawai yang berkelayakan.

3. Siapakah pegawai yang layak menerima Bantuan Upah Jahit?

Pegawai Perkhidmatan Awam di bawah agensi yang mendapatkan kain serta mengagihkan kepada pegawai bagi menguruskan sendiri jahitan dan membuat tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit.

4. Adakah pelatih/ kadet dan seumpamanya yang sedang mengikuti kursus pra-perkhidmatan layak menerima Bantuan Upah Jahit?

Tidak layak.

5. Berapakah kelayakan pegawai untuk menerima Bantuan Upah Jahit?

Setiap pegawai layak dibayar Bantuan Upah Jahit terhad kepada tiga (3) pasang pakaian seragam dalam setiap tahun kalendar.

6. Adakah Ketua Jabatan perlu membuat Kew.8 untuk tujuan pembayaran Bantuan Upah Jahit?

Tidak perlu disediakan Kew.8. Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014 sudah memadai untuk tujuan pembayaran.

7. Apakah kod pembayaran bagi Bantuan Upah Jahit?

Kod Objek 15199 - Pelbagai Pemberian Termasuk Elaun Perkakas dan Elaun Pakaian

8. Keperluan untuk dicatatkan Bantuan Upah Jahit dalam penyata gaji.

Tidak diperlukan oleh kerana bayaran dibuat secara baucar bayaran biasa.

9. Keperluan untuk dicatatkan Bantuan Upah Jahit dalam Buku Rekod Perkhidmatan.

Tidak perlu dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan.

10. Apakah tindakan Ketua Jabatan dalam melaksanakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014?

a) mengenal pasti pegawai yang terlibat dan layak untuk diberi Bantuan Upah Jahit;

b) menyedia dan mengesahkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit dengan mengandungi butir-butir maklumat

Page 10: pakaian_Seragam_combine.pdf

2

BIL. SOALAN MAKLUM BALAS

seperti format di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014; dan

c) memastikan bekalan kain dibuat pada tempoh yang munasabah supaya pakaian seragam dapat disiapkan dalam waktu yang diperlukan.

11. Apakah tindakan Pusat Tanggungjawab dalam melaksanakan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014?

a) memastikan Bantuan Upah Jahit dibayar dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai;

b) memastikan Bantuan Upah Jahit disempurnakan dalam tahun kewangan semasa dan baki peruntukan dalam tahun kewangan semasa adalah mencukupi;

c) bagi pembayaran Bantuan Upah Jahit yang tidak dapat dibuat dalam tahun semasa, peraturan kewangan yang berkuat kuasa hendaklah dipatuhi; dan

d) membuat bayaran Bantuan Upah Jahit berdasarkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit seperti di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014

12. Bagaimanakah pembayaran Bantuan Upah Jahit sekiranya melibatkan pegawai yang dinaikkan pangkat/ baru dilantik/ akan bersara?

Bantuan Upah Jahit dibayar secara proportionate mengikut bilangan bekalan kain tanpa mengambil kira tarikh lantikan, tarikh naik pangkat atau tarikh bersara pegawai.