pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)

3
Busana Sabah Gelaran Negeri di Bawah "Bayu" membayangkan kedudukan negeri Sabah bukan sahaja dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan adat tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang. Keluasan negeri Sabah seluas 73620 km persegi ini menghimpunkan lebih 23 suku etnik dan setiap etnik kaya dengan adat dan budaya tradisional masing-masing. Busana tradisional mereka menggambarkan kekayaan hasil tangan seperti tenunan bersulam linangkit dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai hiasan seperti hiasan kepala sarempak , hiasan leher mandapun , penutup kuku keku , tali pinggang berserta pending ingkot pangkat juga selendang. Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik perhatian. Pakaian tradisional untuk tarian Mengiluk bagi suku kaum Suluk. Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain destar. Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarna-warni. Lelaki dan wanita suku kaum Irranun menggayakan pakaian tradisional yang diperbuat dari kain tenun atau kain Mogah. Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar. Pakaian tradisional suku kaum Kokos. Gandingan blaus organza beropol dipadankan sengan kain batik atau songket dan perhiasan kepala. Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot. Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

Upload: leonardo-leo

Post on 24-Jun-2015

3.832 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

oRG sABAH bHA!!!!!=P

TRANSCRIPT

Page 1: Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)

Busana Sabah

Gelaran “Negeri di Bawah "Bayu" membayangkan kedudukan negeri Sabah bukan sahaja dari sudut geografi tetapi juga keindahan yang tersirat di sebalik negeri yang kaya dengan adat tradisi, budaya, sejarah dan rupa buminya yang kehijauan serta luas mata memandang.

Keluasan negeri Sabah seluas 73620 km persegi ini menghimpunkan lebih 23 suku etnik dan setiap etnik kaya dengan adat dan budaya tradisional masing-masing. Busana tradisional mereka menggambarkan kekayaan hasil tangan seperti tenunan bersulam ‘linangkit’ dan kreativiti manik dan labuci serta pelbagai hiasan seperti hiasan kepala ‘sarempak’, hiasan leher ‘mandapun’, penutup kuku ‘keku’, tali pinggang berserta pending ‘ingkot pangkat’ juga selendang.

Kemahiran menghias pakaian dan cara berpakaian yang kemas dan cantik menjadikan koleksi pakaian negeri Sabah hebat, unik dan amat menarik perhatian.

Pakaian tradisional untuk tarian Mengiluk bagi suku kaum Suluk.

Pakaian tradisional suku kaum Lotud. Lelaki memakai baju baldu atau kapas berwarna hitam dan dihiasi sulaman dan labuci. Kepala memakai sundi dari kain destar. Wanita memakai baju dan sarung dari kain kapas yang dihiasi sulaman tinobogi dan linangkit dari benang berwarna-warni.

Lelaki dan wanita suku kaum Irranun menggayakan pakaian tradisional yang diperbuat dari kain tenun atau kain Mogah.

Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.

Pakaian tradisional suku kaum Kokos. Gandingan blaus organza beropol dipadankan sengan kain batik atau songket dan perhiasan kepala.

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan

Page 2: Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)

diri dari jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai.

Lelaki kaum Dusun Lotud Tuaran menggayakan baju dan seluar baldu bersulam, berikat bengkung serta destar. Wanita Murut pula menggayakan baju tanpa lengan dan kain bersulam manik halus berwarna-warni.

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

Pakaian petani wanita dari suku kaum Brunei. Bajunya Kebaya Pendek yang dipakai dengan kain pelekat yang diikat paras betis. Pakain kepala seharusnya dari kain batik sarung melindungi dari bahang matahari.

Pakaian nelayan lelaki Melayu. Bajunya potongan Baju Melayu ringkas yang dipakai dengan seluar dari kain pelikat ikat kepala dari kain batik berserta seraung dari anyaman buluh.

Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.

Lelaki suku kaum Suluk daerah Sampoerna memakai pakaian adat yang telah dipermodenkan. Baju dan seluar dari satin dihiasi sulaman benang emas.

Lelaki Lotud Tuaran menggayakan pakaian istiadat dari baldu yang diperindah dengan manik dan labuci. Bengkungnya dari kain batik atau kain tenun dan memakai pakaian kepala dari kain destar yang disebut sundi.

SUMBER:KPKK

 

Page 3: Pakaian kebudayaan kaum(busana sabah)